Wednesday, October 2, 2019

My Birthday Part 1


So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of situation especially dugaan hidup ini.  I try to look on the positive side of it and the reason why it happened.  Sebab kalau I nak pikirkan all this issues, I boleh jadi gila.  I don't need anyone's advise or tell me what I should do or think, you are not in my situation, you will never understand.  Kalau you kena, you boleh bunuh diri, I'm serious.  I took a different approach, I go with the flow and hope for the best in the future.  Whatever happened right now, I just brush it aside sebab kalau I nak susah hati pun problem tak akan resolve unless kalau I mati, satu masalah la pulak kena seksa kat kubur knowing I'm a sinner!  Yang penting both of us still have each other to rely on and giving each other support or else, we don't know what to do should the other one gone. 

As for my birthday nie, I tidur awal malam tadi, pukul 10pm dah masuk bilik.  Tidur siang ke tak tidur siang still mata I akan mengantuk around that time or earlier than that.  I jarang tidur siang but there a time where hari-hari I tidur siang sampai 2 or 3 hours but sekarang nie I tak nak tidur siang sebab banyak benda I nak buat and my brain susah nak rest.  So pagi tadi I bangun solat subuh and duduk kat meja belajar.  Husband I pun siaplah nyanyi lagu happy birthday tapi I buat tak tau sebab hati I tengah tertanya-tanya, eh where is my birthday present? hahaha.. I know your aunty nie memang melampau, dah tua-tua pun tetaplah nak present kan, *cubitkan.  Husband I kept on singing lepas tu bila dia tengok no respond dia datang dekat, cuit-cuit la, cium-cium, I still buat tak tau sambil pandang screen computer and buat-buat senyum kelat dan tak ikhlas tapi hati rasa perit.  You tau la I kan, tak boleh sembunyikan perasaan I, kalau I tak puas hati, it will show on my face.  No wonder la pelakon gred B nie tak pernah naik ke gred A. 

I cakap today I tak nak masak, al maklum alasan birthday, you boleh hantar ke, dia kata boleh, I kata nanti la I akan call dia nak makan apa.  Fikiran kacau you sebab menanti present tak kunjung tiba.  I  tak kisah la apa-apa hadiah janji dalam bungkusan or wrapper cantik-cantik siap dengan ribbon wakaka... gilakan aunty nie hehehe.  Yelah, kerana diriku begitu berharga - sambil meminjam iklan Loreal dahulu kala.  Bila dia dah nak pegi kerja, dia hulur tangan nak salam macam biasa, I cium tangan dia tapi mulut I muncung.  Dia tanya, eh, kenapa muncung nie, I kata tak ada apa-apa (dengan tone mendatar hahahaha...) and mata masih tengok screen nie.

(First time buat birthday cake sendiri you, alahai buruknya.  I tak tulis kat atas tu, malas, yang penting I finally managed to made one and in between tu I belah and ada cream tau)

Around 10am tadi, I decided to buat cake birthday sendiri berpandukan resepi omputih kat internet.  I pilih Easy Orange Cake (nama pun easy memang sangat easy).  Rupa alahai buruk yang amat tapi tak apa lah first time buat birthday cake sendiri siap degan cream icing tapi bila I jilat ada macam krup krup la pulak, ah sudah.  Nasib baik I dah kurangkan gula, kalau tak mesti manis.  Oh my mummy ada call early in the morning but I was so busy so I kata I akan call dia balik.  Kakak I yang pussy lagi chicken itu pun whatsapp setelah sekian lama membawa diri masing-masing, dia wish hantar birthday gambar kumpulan K-Pop on which I don't know and bagi emoticon kiss.  Mula-mula ingat tak nak kasih emoticon kiss tapi I pikir bagi la balik walau hati I masih terhiris berkali-kali and akan kekal sampai bila-bila masa.  Lagipun I kena tunjuk contoh I orang Islam, mature dan I tak nak memutuskan hubungan silaturahim - bedosa you, but I won't be the same in fact nowadays I mind my own business and I hardly or never talk to any of my friends except Yati. Then Khairul pun hantar whatsapp wish from him and his family.  That was very kind of him sementelah birthday kita orang selang sehari. 

Tengahari husband I pun balik and bawak food, ma'am besar yang perasan birthday dia special hari nie nak relax.  Dia belikan I belon and Secret Recipe's cake (nanti I post on my siri birthday part 2).  Eh I kata, kenapa you beli, I kan dah buat.  Dia kata tak apa nanti dia boleh bawak cake yang I buat tu ke office.  Then I pun buat muka muncung balik, I cakap, tunggu orang bagi hadiah tak bagi-bagi.  Malam tadi pun tak bagi, pagi nie pun tak dapat ( gedikkan aunty korang nie hahaha).  Dia kata, dah ada tapi tak sempat nak ambik.  Eh, I kata apa hadiah yang nak kena tunggu siap nie but eh, jangan cakap, I nak surprise (kan too much hahaha..).  Dia kata tak sempat nanti petang dia ambik... Wah curious I. 

Tuesday, October 1, 2019

Jerebu Di Hatiku

(Tajuk bukan main lagi)

I decided to removed all my family, relatives and friends from my IG's, make it private and only leave two of my goodfriends as my follower.  I also decided to active balik my IG's but my life style bukannya interesting pun. Kalau ada kawan-kawan or family request nak follow, I akan filter and think before I accept them.  But for now biarlah I jadi seorang yang reculsive but I share la jugak kat sini kan... so what's the different? haha..

So I dengan husband I baru baik dari all this sinus, pink eyes, batuk etc  for a week and I masih lagi batuk sikit-sikit.  Rasa sejuk and panas badan nie and bila keluar kahak colour hitam and berdarah.  Naik risau I tapi Dr merangkap husband I cakap, don't worry itu sinus punya pasal.    As usual, haze!  Husband I apa lagi, hari-hari menceceh pasal haze nie, siap update I everyday of the condition or index macam la I tak baca internet tapi I buat-buat tak tau so that dia rasa  proud dia tau semua.  Dalam rumahtangga nie kadang-kadang you have to pretend or give some credit to boost their self esteem.  Bukan sebab husband I ada low self esteem, trust me this mamat is sangat over confident. But I want him to feel special and bukan sakit pun puji-puji partner kita, dapat pahala you, kita mengembirakan hati dia and kalau dia mengembirakan hati kita.. 

Haritu dia sibuk cakap Dr M hantar surat kat President Indonesia.  Butir bicaranya macam nie. "Eh you tau tak Mahathir ada hantar surat dekat JOKOMO.  I gelak bukan main lagi.  I kata bukan Jokomo la Jokowi. Dengan tersipu-sipu dia cakap ah, whatever lah. Satu hari I sakat husband I.  He is so funny, orang sibuk cakap pasal haze or politik dia pun sibuk la nak bagi buah fikiran dia.  I tahan-tahan and senyum sorang-sorang sebab fakta dia selalu bercanggah ataupun old news. 

Sekarang haze dah kurang and almost everyday hujan lebat especially bila petang, dia dah mula ngomel pasal hujan la pulak, adoi  cute la dempol I tu, ada je tak puas hati.....

As for our live, well, there's a lot of down time these past years, bukan pasal our marriage because our marriage is as strong as ever but the things that had has and currently happening to us.  I will try to share or post back regularly kisah harian hidup I yang tak seberapa ini.

Monday, June 10, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

(Aiza and Myself)


OMG, I miss blogging so much!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin to everyone that celebrate this wonderful ocassion.  Tahun nie seperti tahun lepas, routine yang sama, in the morning pegi rumah in law, makan-makan sambil catch up dan update berbagai-bagai stories.  Kalau tak ada adegan air mata memang tak sah la.  My person is of course Aiza, dia la pendengar setia I dan yang paling memahami I dari dulu hingga sekarang.  She never judge me and always at my corner.

This year I dengan husband I tak pegi Open House Tun unlike last year.  Gila nak mati penat last year, dengan peluhnya, panasnya, sampai I kena bukak high heels, jalan berkaki ayam kat pavement - (on the way back tu husband I beli selipar kat station bus and I buang je high heels I tu hehehe.... ) Dengan peluhnya dengan ramainya orang.  Serik la walau hati terasa gatal nak pegi this year tapi husband I kata dia tak larat dah.  So Balik dari rumah in law, kita orang balik rumah kejap sebab husband I nak tukar baju, as for me, I tak tukar, al maklumlah I nak merasa suasana beraya walau di mana I berada.  You tau I first time pakai baju kurung ke KLCC, selalunya "pakaian rasmi" I jeans, sneakers, t-shirt atau blouse je.  Kalau orang pakai baju kurung dengan heels ke atau heels bertumit rendah but I pakai  sneakers, macam budak-budak remaja, kasi la chance kan..  Tak kuasa I nak berjalan tertonggek-tonggek menahan seksa sakit.  Tua-tua nie I go for comfort, xde dah concept biar merana asal bergaya.  Sometime I wonder, macam mana dulu-dulu I sanggup dan boleh berjalan dengan kasut 5 to 6"?

Oh yea, speaking of baju kurung, you tau I buat baju raya I nie at the last minute je.  Ingat nak pakai baju kerja yang lama-lama macam last year but I decided to jahit je sendiri.   Kat luar tu mahal la, dengan economy yang tak seberapa sekarang nie, lagipun I kan tau menjahit, lainlah kalau yang fashion yang complicated ke, baju yang jadi I buat pun cuma baju kurung je, yang lain-lain pasti hancur walau hanya baju kelawar sekalipun, mesti ada tak kena kat bahagian collar.  Baju kurung kedah yang simple pun asyik rosak je, baju kurung je la selamat.  Kain nie I tak ingat bila I beli adalah dalam 5 or 6 tahun yang lepas kot.  Bahagian baju nie tak cukup, I tampal-tampal mana yang dapat,kalau Tim Gunn tengok kat dalam mesti dia pitam setahun, make it work, make it work!  Nasib baik untuk bahagian kain ada lebih, boleh la I guna untuk padding, sudah pasti, I kan 80's girl .  Oh, kain baju nie I tak pakai zip, I pakai keliling getah aje hehe.... I know I malas but comfy maaa…

Back to jalan-jalan kat KLCC, we decided to go to the Avenue K.  I tak pernah pegi situ.  Jalan ikut subway, alahai bau badan orang jangan ceritalah, I siap tutup hidung.  Hidung I kan teramatnya sensitive dengan bau-bauan nie sebab tu la kalau nak tau lauk basi ke or apa-apa bau,  I la kena hidu sampai kadang-kadang merah mata menahan nak muntah.  Husband I cakap I boleh kerja immigration bahagian pintu keluar masuk ganti anjing penghidu - ala-ala anjing hush puppies la pulak.  Oh I tell you, masa kita orang pegi Red Light District kat Amsterdam, bau ganja weed merata-rata, husband I dengan anak-anak buah relax je jalan-jalan menyedut udara kat situ as for me I have to cover my nose, kang tak pasal-pasal kepala I weng.  Kang ada yang jadi penganja yang tegar, tersadai tepi longkang!

Asyik menyimpang je cerita I nie.  Anyway, malap je Avenue K nie, I think maybe sebab kebanyakkan kedai tutup because of Hari Raya kan.  Pusing-pusing kejap both of us balik ke KLCC, beli a few stuff and bought some food, pie tee and lobak.  On the way back, singgah kat Big Aeon AU2 beli pizza  kat pizza hut and lemang, ketupat daun palas, ketupat nasi, rendang and serunding.  I rasa ini la roughly cara orang bandar beraya, bukan kita orang aje, ramai local I jumpa are doing the same thing.  Orang selalu cakap, I will never know the true feeling or the joy of  celebration of Hari Raya unless I celebrate kat kampung.  They might be right but I believe I can create my own happiness and memories wherever I go.  The point is the true meaning of Hari Raya to me adalah kesabaran menempuh dugaan puasa selama sebulan.  Walau mulut ini terkadang sukar di kawal bila ada benda yang menjengkelkan hati.

Sekian la cerita I yang langsung tidak memberangsangkan ini.  Bye for now.....

Thursday, December 14, 2017

Desaru (S&S) Dan Drama Sepanjang Jalan


I’m back at Sand and Sandals Hotel at Desaru...
 

My husband ada kerja kat sini so dia ajak I lagi.  We went there around noon two days ago and made few stops at the Rest and Relax along the way untuk makan, solat and buang air kecil. We choose this hotel again because we like the place and the environment sangat selesa.  Hotel is not for a big capacity so orang tak ramai and tak sesak.  But the downside is... food tak banyak choice kat restaurant.  So before pegi sini, we decided to buy a small rice cooker yang sangat cute masa pegi Yati’s pot luck last year. She told me sangat senang di bawa kemana-mana.  From that onward I dah plan, I akan beli nanti for travelling / kalau ada trip kemana-mana nanti especially kalau stay in a hotel.  I dah siap-siap dengan a few things from home such as apples, milo, oat, pinggan mangkuk, sudu garpu etc., macam pindah rumah la pulak and I also masak sambal ikan bilis dan ikan goreng.  We also bought a few canned food and of course mee in my mug which is wajib.  Along the way we bought some crackers and fruits.  Anyway, traffic agak slow with lots of cars and the rain.  Husband I as usual bawak kereta terkedek-kedek, stress I, you.  Lori bawak tong gas yang bertimbun pun lagi laju apalagi lori bawak sayur.  I tengok all the vehicles passed us by and I buat-buat aksi tengok kereta lain yang potong baru la dia terhegeh-hegeh nak bawak laju, itu pun tak laju mana pun.  Oh, btw, I ada selisih faham dengan husband I over something remeh masa di awal perjalanan tu, so I buat silent treatment, I tau dia macam nak giler nak cakap dengan I (biasalah, I kan mulut kecoh), try to make a conversation and mintak maaf but me being the makcik yang penuh dengan ego nya yang melangit buat tak tau je sambil memuncungkan mulut hehehe... rasain kau... Masa tak bercakap yang makan berjam-jam tu, I dah membayangkan diri I jumpa mamat hot yang mature ( anak ikan tak main you or atok baya Dato K is so eww.., at least as mature and tampan as Hans Issac ke wakaka...dalam berangan pun sempat lagi memilih kriteria calon boyfriend or suami baru hehe...kalau husband I baca sure bertambah risau, al maklum makcik tua perasan masih hot lagi walaupun....wajah sudah di mamah usia).  I bayangkan boyfriend I kaya raya, dating atas yacht, makan eclairs kat Paris atau menari flamenco di Spain, Sepanyol dan Matrik wakakakaka.... Lepas tu bila nak nikah, majlisnya simple je and bila pak and mak mentua sedara mara belah laki nak buat majlis meriah, I tolak dengan penuh lembut and cakap takpe la mak, abah, I bukan first time kahwin, buat yang simple je – wah.... nie sudah bakal menantu kesayangan nih dan mak pak mentua serta ipar duai I insist nak buat majlis meriah...so apa I nak cakap lagi?  Terimalah saje offer dorang, makanya grand lah perkahwinan I yang baru ini, siap jemput Sheila Majid lagi hehe.. Ed Sheeran I tak boleh jemput sebab itu favourite singer husband “lama” I wakakaka... addeihhh... my silly imagination....


Tiba-tiba I tersedar, di sebelah I, lelaki perkasa sedang memandu dengan serba salah dan buat muka sedih sambil mengurut kaki ghout beliau yang cramp memandu untuk meraih perhatian hehehe...  Oh, lupa, I masih dengan first husband ekekeke...  Anyway, sampai kat the last R&R yang kita orang stop, I decided to address the issue, walau marah macam mana pun, discuss kena discuss and tak boleh sweep under the carpet or tikar buluh.  Rundingan damai la nie. Alahai puncanya sebab argue pasal salah jalan je pun wakaka...setan punya kerja la nie.  So we are back to normal and I the mulut machine pun cakap la non-stop on the last leg to our destination.  I sempat lagi perli husband I, I cakap, “You memang sengaja nak bawak slow eh?  Jangan complained and asking kenapa lambat sampai tau”! sambil menjeling, sisa marah dari KL tak habis lagi nih walaupun rundingan damai dah termeterai.  Sampai bandar Desaru, terus kita orang cari tempat makan sebelum check in.  Kita orang makan dekat kedai, apa tah nama lupa tapi, something like kedai makan 24 jam.  The food was well... kureng but I paksa makan sebab perut kosong kang tak pasal-pasal keluar news “Aunty cun tua pengsan kelaparan jatuh terlentang”.  Lepas makan I terus check in, kemas-kemas barang, mandi dan cuba tidur.  Tapi I tak lena tidur, I think kepenatan yang amat sangat kot...

Anyway, moral of the story, kalau argue dengan laki, please jangan berangan or berfantasi nak ada boyfriend atau laki tampan macam Hans Issac, biarlah I sorang je yang berangan wakaka.., nasib baik I perempuan, kalau laki sure I dah mengatal merata-rata and kahwin banyak-banyak, itu tak termasuk dengan gundik merata-rata lagi heh!

Sekian catatan I untuk kali ini....

Wednesday, November 29, 2017

Sand and Sandals Desaru JB Part 2, 3 & 4

 


Sand and Sandals Desaru JB Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pagi tu, I buffet breakfast with my husband.  I tak makan banyak and decided we need to look for roti, manalah tau later nanti lapar and I’m also looking for a bubble bath sebab ingat tuan puteri kayangan berangan di awan nak berendam jap lagi.  So pagi-pagi sebelum husband I pegi kerja makanya kita orang pusing kat Desaru and tanya merata-rata, keluar masuk kedai, satu pun tak ada jual bubble bath and some of them don’t even know what it is, I pun kena explain, air buih sabun and still they can’t figure it out.   Lastly, I went to the biggest supermarket around and just grab one sabun mandian yang ada tulis spa je.  Dalam hati I cakap nantilah kalau tak ada buih akan ku kocak-kocak sendiri.
 

Lepas husband I pegi kerja, I decided to check out the beach.  Hari tak panas dan agak mendung so tak ada la kulit I akan terbakar furthermore I tak ada sunblock.  I took a few pictures dekat pantai and also kawasan persekitaran hotel.  Then I ordered / tapau food for lunch kat restaurant. Sementara tunggu food siap, I pegi kat convenience shop kat hotel and beli some ice creams, drinks and kacang.  Then I pegi ke game room and main basketball kejap. Balik bilik, I mandi, makan and tengok cerita yang I download sampai petang.  Sementara tunggu husband I balik, I lepak-lepak kat verandah and dengar live band yang menyanyikan lagu era 70 dan 80’an, so retro.  Petang tunggu husband I balik, tak balik-balik (sebelum tu I dah belasah mee in my mug, keropok, roti etc... but still.. ) I dah lapar, rasa macam nak menangis je hehehe... jangan you, makanan punya pasal boleh kasi I pilu, dah la sekarang nie, selera makan membuak-buak, I gemuk giler, seluar semua tak boleh pakai, kena beli baru and pakai yang bergetah je... I know I pernah cakap kat my previous blog, yup... berat badan tak turun-turun, hampa I.  Anyway, husband I called, I pun mula la berkeluh kesah akan penderitaan I yang kelaparan, dia kata jangan tunggu dia, suruh I order room service, you see? Mana nak cari isteri mithali macam I nie, dah pupus you wakaka..  I pun order la food, tak lama kemudian husband I balik.  I pun suruh dia order cepat-cepat order so that room service sampai sama-sama dengan I.
 
Lepas makan, I tengok tv kejap and then tidur.....
 
Sand and Sandals Desaru JB Part 3
 
 

Today, I breakfast sorang-sorang sebab husband I nak pegi awal.  Lepas makan I naik balik ke bilik.  Ingat nak bubble bath but bila pikir kejap lagi ada orang datang cuci bilik, so I mandi cepat-cepat.  Husband I suruh pegi spa, I kata nantilah, next time lah sebab I baru pegi a few weeks ago.  I surf internet jap sambil orang datang cuci bilik.  Lepas dia siap, I turun order food, bawak naik atas and makan.  Lepas tengok tv I pun bubble bath or mandi sabun kat luar.  I make sure tak ada orang nampak sebab window tu tutup separuh aje.  Lepas berendam beberapa seketika, oh, nasib baik shower cream spa tu buih, so tak payah la I nak kocak-kocak.  Next time I guna je shower cream, murah pun murah, tak kiralah brand apa.  Lepas tu I mandi lagi sekalik, tengok tv and bila petang, I decided to jalan kat pantai lagi, ambik angin, ambik gambar dan acara gerakkan kaki.


I tengok semua yang pegi situ, either berpasangan atau satu family.  I je sorang-sorang, tapi takde la I nostalgic cuma kalau husband I ada, sure I dah berkemban ala-ala Panggilan Pulau ayo ayo ayo ayo kezambo dan jangan lupa bunga kena selitkan kat telinga sambil tu ketawa mengekek... uishh..buruk rupa wakaka.. After a while, I balik.  Malam I cadang nak makan kat restaurant instead of order room service, tak lama kemudian husband I called and suruh I makan dulu.  Memang plan tak tunggu pun kang gerimis mengundang la pulak..  Dalam menunggu makanan sampai, husband I kejap-kejap whatsapp, cakap dia lapar, ala siannya dia..  Then I borak dengan waitress kat situ, dia tanya I bercuti sorang ke (tiba-tiba I terpikir, betul jugak budak nie cakap sebab I did everything alone, makan pun sorang, lepas tu asyik cakap dalam hati je...).  I pun explained, cakap husband I lambat balik etc.  Budak nie datang dari Sabah and start kerja pun baru lagi, last September.  Baik dan peramah lagi, I usik mesti homesick, dia kata yea.


Lepas makan, I duduk-duduk kat luar, ambik-ambik gambar suasana malam and whatsapp kat husband I.  After a while I naik masuk bilik.  Malam husband I balik.

Sand and Sandals Desaru JB Part 4

Today, both of us sama-sama bersarapan sebelum balik KL.  We went to JPO and husband I belikan bag Coach, tak kisah la off season, yang penting harga murah giler!!  And a few other things.  We made a lot of stop along the way, lunch, beli buah etc.

Sekian, catatan I kali ini...

P/S : Congrats Fazura and Fattah, moga berbahagia ke anak cucu....

Saturday, November 25, 2017

Sand & Sandals Desaru, JB Part 1


Assalamualaikum,

Lama I tak berblog, bukan sebab tak nak tapi I tak ada mood.  Banyak benda I nak cerita tapi semua I pendam dan I lupakan sahaja.  Anyway, next time lah I share my supersappy story nih.
 
 Husband I finally got a job and start working last week – Thursday after not working for quite a while.  Both of us were so ecstatic.  A few days later which was last Tuesday 21st, he has to go to Desaru for an introductory etc course, so dia bawak I.  Mula-mula I tak nak ikut sebab dia pergi atas urusan kerja (cewah.. perasan isteri memahami konon hehe..) tapi you know la husband I yang control freak and over risau itu, dia cakap, tak apa ikut je, boss dia pun kata boleh bawak wife and furthermore dia risau tinggalkan I sorang-sorang kat rumah, sementelah tak ada anak untuk menemani and also siapalah yang peduli pada diriku ini apa lagi bertanya khabar jauh sekali (sempatlah jugak menyelitkan unsur-unsur simpati).

 (Masuk je tengok katil 4 poles bed, nie, ala-ala katil pengantin baru la pulak, siap kelambu lagi)

So mula-mula ingat nak bertolak pagi-pagi around 4am but I propose drive malam so that dia boleh tidur kejap and tak penat bila terus ke office.  Kita orang keluar around 9.30pm, I siap bawak bantal and selimut, macam budak-budak je.  We brought a few foods/fruits along the way.  Singgah on a few R&R, beli buah and sebab I asyik nak buang air je, sejuk you.  Bila sampai kat Johor, husband I masuk Kota Tinggi nak ke Desaru nih.  Oh, we’d been here before about 23 years ago in 1994 when my husband worked here for just a few months.  Bila masuk Kota Tinggi, kita orang drive punyalah jauh and was wondering, kenapa tak sampai-sampai nih?  Dekat traffic light, we asked budak naik motor, dia pun bagilah direction, dia kata dia nak ke situ tapi dia ikut jalan jauh and dia kata direction yang dia bagi dekat lagi.  Dalam drive tu, kita orang pikir lagi kenapa tak sampai nie, dah dekat sejam lebih and the road was so quiet, dark with no lampu di kiri kanan.  Kadang-kadang berkabus and we are the only car around.  I kan rasa seram semacam je, dalam hati I cakap jangan la tiba-tiba ada lembaga putih berterbangan hinggap kat tingkap.  Jantung I rasa lemah semacam, kadang-kadang I pejam mata sebab takut nak tengok depan.  Kadang-kadang I kecikkan mata so that kalau ada benda meniarap kat depan I, tak ada la I terkejut mana I know I’m a chicken hehehe, walaupun garang bukan main hehe. Dah la tu, I tiba-tiba rasa nak terkencing yang amat sangat, kedai makan or even petrol station yang kita orang stop semua dah tutup and bilik mandi berkunci.  Tak payahlah I cerita bagaimana I buang air kecil tanpa memberhentikan kereta tapi yang pasti, tiada kesan percikkan di mana-mana samada di luar atau di dalam kereta dan tak mungkin I melepas di luar, kang ada makcik rambut ala-ala Makcik Simply The Best – Tina Turner atau anak dara cun melecun dengan baju kebaya ketat, kain kipas terbelah sampai ke peha, tegur I out of nowhere...hehehe....

 
Dah dekat 2 jam baru la nampak signboard tulis Desaru.  Lega hati I, lampu jalan pun dah ada begitu juga dengan kawasan perumahan di kiri kanan.  Dalam pukul 3.30am, barulah kita orang sampai.  Lepas check in, I terus cepat-cepat ambik gambar sana sini.  Lepas mandi, I terus naik katil, but, you know what?  I saw something dari ekor mata kat tepi jalan (bentuk kain kapan warna putih) masa lalu kat kawasan jalan sunyi tu but I didn’t tell my husband, kalau I bagitau dia masa tu, dia akan secepat kilat memusingkan kepala dan tanya I, mana- mana dengan penuh dramatic.  Lagipun I tak nak dia panik, only masa nak tidur aje baru I bagitau dia, apalagi kecoh la pakcik alam mistik tu bertanya bertubi-tubi. Siang tu husband I cakap, no wonder la budak tu tak nak ikut jalan yang dia suruh kita pegi...  Yelah kan chances ada yang membonceng kalau naik motor is very high...

Sekian, untuk kali ini, esok I sambung, kalau I tak busy berangan.

P/S : Tahniah Fazura and Fattah, walau I bukan fan and hanya tengok 10 episode HSC, but I’m so happy for them especially her.  Finally she found someone yang tidak mempermainkan dia and betul-betul menyayangi dia hingga ingin memperisterikan dia....

Tuesday, February 21, 2017

TV, Aku dan Hal Ehwal Semasa


You, I dah active balik ber instagram... yea, makcik kerek pun nak la jugak ber socmed kan... keh keh.. I post gambar makanan je, gambar sendiri tu macam segan la, sebab I dah gumuk giler sekarang, nyesal tak ambik gambar banyak-banyak masa badan I hot sekeping dulu..eleh.. perasan hot lots lots of mixsss..foun dai shon...!!!! I try macam-macam pose nak kasi muka tirus, tetaplah wajah penuaan tak dapat hide.  Frust I, how I wish I was young so that I boleh letak gambar pakai hot pants ke, bikini ke...eh eh... tetek kau ada ke? Oopss hehehe.. shut up lah... Tak ada la I nak letak muka bentuk empat segi ini tiap saat kan... tapi ndak la syok sendiri kejap-kejap belek insta nengok muka sendiri sambil senyum perasan...ahak!  Keluar kat internet you, satu dunia tu...maunya tak perasan glamour walau bukan “so called artist”, nak muntah I sebut perkataan artis untuk dorang yang kat Malaysia nie... (boleh di kira la a true artist kat negara kita nie) sebab belakon sekali, jadi penjaga reban ayam pun dah chop diri sendiri artis berpengalaman..eleh..  Atau baru sekali jadi “patung”... untuk iklan perwarna bulu kaki terus kat profile tulis dalam section perkerjaan : model.. hapa?? (Itu pun produk keluaran sedara mara sendiri...), padahal ada kerja tetap....tak mau pulak letak...amboi.. makcik melahar...
 
Oh speaking of model, I sekarang nie tengok ANTM but this time Rita Ora jadi host mengantikan acik Tyra yang busy katanya, walau Tyra masih lagi playing a big role tapi kira belakang tirai je.  Tyra dah ada baby boy, tau kan..dengan boyfriend photographer dia yang ala-ala muka Chef Ramsay tu.  Tapi dia guna kaedah ibu tumpang sebab dia susah nak dapat baby, tried IVF and all.  By the way, I tell you, I memang paling menyampahlah dengan ANTM tapi tetaplah nak tengok walau perangai model-model nie sangat hazab!  Dah la muka tak ada nilai commercial and tiada keunikkan langsung.  Cute tu jauh sekali, ikan selar lagi cute.  Tak macam yang Australia, punyalah cantik, unik, cute, baik hati – personality yang sangat elok (sorang dua je yang kerek tapi itu pun kira angel in comparison to ANTM yang OMG).  Kalau muka kureng tapi perangai ok, tak apa jugak, ini dengan berkeraknya, asyik ada conflict and tak tau malu langsung.  I don’t consider them as having a competitive spirit but more toward busuk hati.  I bukan nak kutuk muka-muka orang, I pun tak lawa tapi muka kita berbeza but if you are in an industries yang penuh dengan limelight, glamour and pekerjaan yang memerlukan you di perhatikan oleh orang ramai, of course kena ada complete package and of course the most important thing, stand out or unique.  But I understand zaman sekarang, kalau perangai macam setan, yang itu la akan jadi famous... famous for a different reason.. oh..a world that we live in..  Anyway, I tak ada ayam tambatan atau favourite pun, yang I support tu pun not wholeheartedly sebab knowing chances dorang nak menang is zero, so far I suka India dengan Courtney tapi Courtney tu banyak sangat songeh and complain.  I tengok pun macam-macam tu je tapi tetap la bising-bising sorang hehehe... kalau la orang pasang cctv kat rumah ahaha...
 
Selain daripada tu, cerita The Celebrity Apprentice dengan boss nya Arnold Schwarzengger baru je abis last week.  I prefer Arnold dari that racist idiot Trump sebab Arnold nie tak berat sebelah (so far la kan...beside ini baru first season dia).  Tapi I tak tahan betul bila Arnold nie bercakap, macam ada batu melekat kat kerongkong dia.  I yang dengar rasa macam perit, wah... orang tu bercakap dia pulak yang emo kerut-kerut muka eh?  Oh, dia punya assistant atau eyes and ears la konon was his nephew, suara pun lebih kurang je tapi this guy is more and way clearer than him and yes,Tyra, yea yang, acik Tyra is everywhere, tu yang I cakap busy giler, eh..macam la I PA dia hee.. Tapi Tyra keluar dua episode, masa mula-mula and masa finale.  I am so happy that Matt Iseman yang menang, he deserved it sebab mamat nie sangat baik dan gentlemen (depan camera la, tak tau la kalau kat belakang belagak Diva), semua celebrities suka kat dia sebab dia tak ada gaduh-gaduh dengan orang, humble and very supportive.  Dia tak ada la famous mana tapi dia host American Ninja Warrior dengan Akhbar.  Walaupun I’m a big fan of Boy George during the 80’s tapi dia tak best la, orang lain je yang banyak buat kerja and ideas he didn’t even give a speech pembukaan.  Tau la dia boss tapi tak berkewibawaan lah... Dia bagi kat Carson (omg, that guy was so hilarious dengan mulut muncung gay nya itu... )  So I puas hati bila Matt menang instead of George..wah..first name basis lagi wakaka... Anyway, I suka tengok cerita ANW nie, nanti la kalau season 2017 keluar I akan story sikit.  Yang pasti, ANW nie selalu buat I ketawa terbahak-bahak sebab some of the contestant nie cakap besar/bongkak tapi baru lompat on the first hurdle dah jatuh kat air.  Sometime ada yang menangis...eh... baik I simpan dulu kang dah cerita semua tak ada modal pulak.   Btw, sekarang nie British Ninja Warrior is going on tapi I tengok sikit je terus I tak dapat nak continue sebab dia buat indoor, paham la weather kan Yingland...but tak best la, I tak ada feel...amboiii.. kak, main feel feel hehe...
 
Ada banyak lagi cerita tv I nak share nie tapi kalau panjang sangat boring pulak korang baca.  Beside not everyone share the same enthusiasm or a couch potato like me.  As for drama melayu...nope no way! But I have to admit cuma dua kali aje I pernah ikut series cerita melayu, itu pun cerita Kutub Utara Kutub Selatan 1 (yang ada Nasha Aziz and Norlia Ramli) berpuluh tahun yang lalu dan Tahajjud Cinta, lepas tu tak ada lagi... As for telefilem pun sangat lama I tak tengok.  I tak mengikuti perkembangan and it is always a turn off.  But MLM...hahaha.. walaupun trashy to the max, I tetap nak tengok.  But unfortunately, Astro punya disc kat rumah buat hal, I might download je nanti... gigih you... wakaka...  Oh yeah, speaking of tv series yang baru abis, Suami Pilot whatever the title is, it seems that everyone was and still is talking about it, pegi la kat mana-mana website gossip or forum merata-rata la kisah dorang – hero and heroin nih.  Itu belum lagi ada perang insta nya lah... Tak paham I akan ketaksuban dorang nie.  Maybe sebab I tak tengok kot itu yang I tak paham but please have some sense sikit.  I yang tengok muka dorang bedua nie pun naik menyampah because of the commotion.  Macam-macam la cerita I baca pasal dorang nie, sampai semua orang keliling termasuk family pun ada sipi-sipi terbabit, dengan video youtube nya la, dengan interview nya la... huii... betul-betul fenomena, latest news Fatah buat buku and terus jadi bestseller you hahaha... no comment la.. I tak baca lagi but I’m not going to buy it. And before that siap rakam lagu lagi you... mana tak orang dengki. Orang kutuk la macam-macam but pada I, this guy is a very business minded person sebab dia tau, tengah-tengah famous la masa yang paling sesuai nak make money and kaut untung.  Dia ada cafe named Stalkercafe lagi, see?  Baik la sapu semua tengah-tengah orang suka kat kita nih, bila orang dah tak minat, at least ada la jugak simpanan di kemudian hari, instead of buying ferrari yang million itu.  Tak ada la bila tua mintak bantuan persatuan artis ke.  Si Neelora tu jangan cerita la, dengan family yang dah sedia kaya raya, with her business tudung, another clever and business minded lady.  Hai..bertuah la both of them kerana mempunyai kemasyhuran (walau sekadar dalam negara),  kemewahan (walau tak semewah Trump), kekayaan (walau tak sekaya Mark Z) dan hubungan kekeluargaan yang sangat rapat.  Anyway, I’m not a fan of these two, dorang couple ke, nak kahwin dengan Soltan Al Koltan ke, gaduh ke, belit-belit story ke, it's none of my business, it is just so happened that I “disogokkan” dengan cerita dorang tiap kali I masuk, fb, insta, forum or baca website gossip... well, I’m just an accidental observer....keh keh..
 
More on to a serious note, the whole country was shocked and sad with the tragic lost of a 8 lives of a young men at JB recently.  I tak tau nak cakap apa or nak comment banyak-banyak because No. 1, I don’t have a children of my own, No. 2, I’m not the their parents and their family/relatives and No. 3, I’m not the driver of the car.  But I remembered while cruising late one night with my husband of course, (takan la dengan Ryan Gosling kan..), we saw a group of kids/young men as young as 12 years old cycling along the road with a thin looking and translucent/neon colours bicycle, tayar pun nipis.  The first word that came out of my mouth was, “Eh, parents dorang tak cari dorang ke? Especially early in the morning macam nie?”.  After that, banyak kali la jugak tengok  a group of budak-budak naik basikal kat merata-rata jalan either petang dan malam.  I’d read some of the parents/family member marah and try to stop them from going out but the kids tak dengar cakap.  My husband once asked penjual basikal, what kind of a bicycle that the kids are using, pekedai tu cakap, ada macam-macam jenis and jenis yang kurus nipis tak ada break. So anyway, like I said, I tak nak cakap banyak, I simpati pada family and hanya mampu sedekahkan Al Fatihah buat those kids, moga di tempatkan di kalangan orang yang beriman.. amin..
 
Sekian, catatan I hari ini...

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...