Showing posts with label Medical. Show all posts
Showing posts with label Medical. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

Kisahku Dan Tahi Lalatku (Part 3 and Final)


(Bersedialah korang membaca yet another post yang teramat panjang dari I..)

23rd March, 2015 to 30th March 2015

Balik dari KLCC, I jadi sedih balik bila memikirkan akan keputusannya yang hanya akan di perolehi pada Isnin depan. Berbagai-bagai scenario yang I bayangkan di tambah dengan emosi yang syahdu. Husband I kata, jangan risau, it should be ok. Then husband I buat joke, dia kata, dia rasa I nie memang tersalah ambik masa kat hospital masa I baru lahir dulu. I tanya, meaning? Dia kata, just imagine, somewhere out there, ada perempuan muka and features macam adik beradik dan parents you kat family omputih tu. Mesti family and sedara mara omputih nie question, macam mana anak/kakak/cucu aku nie lain je rupa tak macam adik beradik caucasian dia yang lain, pendek-pendek bulat, jahat tau husband I.. terus I berdekah-dekah ketawa... ahahaha.. dalam kesedihan itu ku tertawa jua. Husband I tambah lagi, dorang semua gelap-gelap, you je putih and lawa pulak tu tak macam family you....alahai husband I tak abis-abis ingat bini dia la yang paling cantik hehehe.. I cakap, “Ish.. you nie ada je, buat buat jeling marah la konon.. wakaka...padahal perasan bukan main lagi I. Husband I cakap lagi, you tengok la.. perangai dorang macam mana...mana ada sama dengan you..dorang are a cold hearted people, whereas you are a very kind, warm hearted, sensitive and  gentle  person (hapa?? Katakan ini semua statement khayalan)...Husband I kata tak apalah dia yang untung sebab dapat kahwin dengan bidadari, serba serbi perfect .... alahaiii... hehe... (nah bucket muntah untuk korang wakaka...). Best betul kalau share statement yang buat orang meluat macam nie kui kui kui....
 
 
(Atas permintaan dari Zue yang nak tengok stitch I kat muka ini.  Bahagian lain I tak tunjuk, kang ada yang steam tengok perut I yang macam pancake or hips I yang penuh dengan celoreng-celoreng cellulite wakaka.. Korang yang baca nie bukan boleh pecaya some of you nie might be a pervert wakakaa...)
 
 Sampai rumah I berkira-kira should I shower my whole body or lap-lap aje. Doctor pesan I boleh mandi macam biasa tapi jangan soak lama-lama walaupun kat bahagian perut, hips and kaki guna plaster waterproof tapi bahagian muka jangan sekali kali kena air hanya selepas tiga hari sahaja. Maknanya I tak dapat solat untuk tempoh itu. Bila time nak mandi, I cakap kat husband I yang I nak mandi macam biasa sambil basuh kepala but I make sure bahagian muka tak terkena air sebab doctor tak plaster bahagian berjahit itu and seperti yang I katakan tadi, jangan sekali-kali kenakan air. Husband I cakap, no, jangan mandi, I kata I kalau balik hospital I mesti mandi sebab mana tau aura-aura orang berpenyakit atau roh orang mati ikut I balik... (tah apa-apa theory I nie but this is my amalan dari dulu, balik hospital or orang meninggal I mesti mandi betul-betul or mandi wajib). Masa I mandi tu, bila I rasa macam air mengalir kat muka atau plaster waterproof tu, I pun menjerit la sorang-sorang kat bilik mandi, itu misi, cepat-cepat datang and mula la bising seraya berkata, “hah..tak nak dengar cakap orang dengan dahi berkerut beliau, ah.. I buat derk je. Tapi memang tak puas lah mandi sebab kena lap-lap aje walau rasa macam nak jirus badan satu baldi je tapi I tahan la. I know, I kena dengar cakap husband I sebab kalau I tak ikut cakap dia mesti ada je benda terjadi kat I, dapat on the spot pulak tu. 
 
 (Nah, I bagi gambar x-large)

So the next day, balik dari kerja, I tengok husband I ada bawak satu plastik memory lane besar. I tanya, eh, apa tu? Husband I dengan tersenyum simpul menyerahkan kepada I. I tengok, wah.. ada kotak besar dan satu get well soon card. Terharu I sekejap and I cakap, I pun tertunggu-tunggu jugak, ada ke hadiah untuk I, tengok ada jugak, ingat you kat I eh.. (maksud yang sebenarnya ialah “nasib baik you bagi I something or else I merajuk besar” dan akan keluar lah ayat, you tak sayang I lagi wakaka..). Then bila I bukak je kotak, terkejut I sebab tengok ada one huge teddy bear ..wakaka.. aiyoo..ingat I nie budak-budak ke (kata I dalam hati tapi mulut menguntum senyum walau sebenarnya tak berapa puas hati hehe..). Husband I tanya, suka ke..I kata of course, walaupun rasa agak canggung, tua-tua pegang teddy bear...ewww... I pun terpaksa la peluk teddy bear tu untuk menunjukkan perhargaan I pada beliau. Tapikan bila I peluk je kan, tiba-tiba hati I rasa sangat lega. No wonder la kalau orang or especially budak-budak sakit kat hospital and di beri teddy bear, emosi dorang akan berubah and rasa happy. I pun meneruskan lakonan I itu untuk jaga hati beliau walaupun I sangat segan.. masa kecik tak ada pun segan-segan or malu-malu macam nie. Yea, maknanya I dah tua la sekarang nie. Ditambah lagi kalau I buat tak tau nanti dia tanya-tanya tak suka ke? Kang melepas pulak nak dapat hadiah yang lain-lain in the future. I sentiasa memikirkan masa depan dan hadiah-hadiah yang bakal I perolehi hehehe.. So kena la I bagi senyuman selebar-lebarnya and convince dia yang I sangat suka. Untuk hari pertama dan kedua kalau teddy bear tak ada kat sebelah husband I tanya, mana tedduy bear you? Aduhhh mak.. makanya terpaksa la ku kepit merata-rata. Kalau nak tidur, ada je dia letak sebelah I...OMG, tua-tua tidur kepit teddy bear... malunya I. Tapi masuk hari ketiga, dia dah lupa and I rasa sungguh lega hehehe..I bukanlah hipokrit but at the same time I want him to know how much I appreciate his gift, adatlah berumahtangga, dengar tu adik-adik. Tengoklah betapa baiknya dia dengan I selama ini, dia pun pandai ambik ati I. I know I kept on memuji-muji husband I but man, he is a gift from God to me. He is such an exceptional guy! Yelah nie cakap masa tengah sayang-sayang, cuba kalau I tengah marah-marah...habis segala kecaman hebat I hamburkan kat dia, itu belum lagi silent treatment wakakaka... So, for the first few days, kesan jahitan kadang kala terasa berdenyut dan seperti di cucuk jarum tapi I tahan je sebab tak ada la sakit sangat. Bila I mengadu sikit, husband I tanya, ubat painkiller tak makan ke. I kata, I tak nak. I tell you, I kalau boleh memang I tak nak makan painkiller ke panadol ke walau kadang-kadang period pain I rasa seperti perut I di pulas-pulas dan macam kena jerut je. Selagi I boleh tahan, I akan bertahan. Part nie, I tak dengar cakap husband I, dia selalu mengomel bila tengok I sampai merangkak atau berpaut kat kerusi ke dinding ke..itu belum lagi I nak bagi memek muka yang sampai terpejam-pejam mata wakaka..character actress you hehehe...

Anyway, jahitan di muka harus di sapu dengan alcohol swab dan disapukan dengan gel tiap-tiap hari selama tiga hari berturut-turut dan plaster waterproof harus di ganti selepas tiga hari. Jantung I berdebar tiap kali I sapu alchohol swab kat bahagian pipi sebab ada pedih-pedih sikit, maklumlah tempat yang baru di potong dan di jahit. Itupun I main acah-acah sikit je, as for the gel tu tak rasa apa pun I main acah-acah jugak. Time nak tukar plaster waterproof adalah acara yang mendebarkan jugak sebab the thought of jahitan di dalam itu...huiii... Part nie I suruh misi I buat. Husband I belum bukak plaster lagi I dah menjerit hehe.. I warning beberapa kali suruh dia be careful. Bila husband I mula bukak, start la I cakap adui, adui... husband I tanya, sakit ke, I kata tak, ngeri je. Mula-mula I tak nak tengok kesan jahit but I was curious so I jenguk la jugak...huh! nampak benang... seram I. Kat belakang kaki I tak tengok sebab susah kepala I nak terteleng cuma kat perut and hips aje. Since I nie jenis pengeli and always imagine kalau plaster nie lekat lama-lama akan tumbuh fungus la, kulit I rosak la, so I suruh husband I beli plaster waterproof sebab doctor cuma kasi one set je. Sebenarnya tak ada apa-apa and sure doctor akan bagi extra tapi I nie paranoid. So after three days barulah I dapat basahkan muka yang selama ini I lap sahaja. After that I mandi seperti biasa but I still make sure plaster waterproof nie tak kena air lama-lama. I rasa sungguh lega finally dapat shower all my body.

During those one week, hati I sentiasa resah kerana tak tau apakah result dari lab. Kadang-kadang I rasa nak menangis, sedih and down sangat. Kadang-kadang redha and bersedia menerima apa-apa berita buruk yang bakal I perolehi nanti. All this while, I google merata-rata and baca anything about moles, melanoma/skin cancer ini. There are times airmata I bergenang dan berkeluh kesah mengenangkan nasib ini. Husband I selalu menenangkan I and said tak ada apa-apa, belum tau lagi dah susah hati etc. I kata of course la, it’s happened to me, it’s my body mesti la I emosi. One evening, I baring kat bilik then husband I datang duduk sebelah I. I cakap, if it is a bad news, I would be so sad, I wouldn’t want to do anything anymore, I’m not looking forward for the future or our live together. I don’t want to do anything, I would just lie on my bed. I’m not giving up on life but I have no will power to do anything anymore. I kata, kalau dah masuk bloodstream habis la and boleh jadi lymphoma and sure macam-macam procedure kena buat and I tak nak buat chemo. I pesan kat husband I bila I mati nanti, please jangan tinggal sembahyang dan buat charity banyak-banyak sambil tu air mata I bergenang (hahaha.. shit la bila ingat balik). I cakap kat husband I yang I dapat merasakan umur I tak panjang sebab dari kecik lagi I dah rasa macam tu. Macam ada suara hati I berbisik that I wouldn’t be able to grow old with him and that I memang di takdirkan mati awal... mula la I dengan my ala-ala clairvoyant mind (mengarut kah kah kah...). Husband I cakap, kalau I tak ada, habis la dia, dia pun tak akan lama hidup sebab memang macam tu (alahai..wakaka..). Dia pun bagi a few example pasal couples yang laki dia mati and a few months later bini dia pulak mati. I kata tak semestinya, tengok you pegi enjoy but I don’t mind because you have the right to do anything you want to do even if you nak kahwin lain, kahwin la. I dah mati, mana la tau pasal your life. Dia kata kalau I dah tak ada dia akan berenti kerja. I tanya kenapa? Dia kata buat apa dia nak kerja, life dia dah tak ada.. Macam script film 70’ an je ala-ala Ruming dan Juling je wakakaa...

So last Monday 30th March 2015 at 3pm, we went back to visit Dr Eileen sebab nak bukak jahit. Dalam perjalanan ke Gleneagles, I senyap aje sambil membayangkan berita buruk yang bakal I perolehi. Husband I try to talk to me but I jawab tanpa perasaan dan muka yang separa nak nangis. Again husband I cuba reassure I but since I always think negative nothing he said dapat comfort hati I yang lara ini. I cakap buat apa I nak think positive and have high hope and suddenly I dapat bad news sure I jatuh terjelepuk nanti. Sampai kat clinic Dr Eileen kena tunggu sekejap sebab ada patient kat dalam. Bila I masuk aje bilik dia, doctor tanya, how are you? I kata, I’m not good and sad as I don’t know what is the result. Doctor cakap, hey, there’s nothing to worry about. I said, what? Nothing to worry about? What do you mean? Doctor ulang balik there’s nothing to worry about, here..sambil menunjukkan result kat paper. Macam la I tau apa terms or benda yang di tulis itu. Doctor pun explained one by one. The first one is dekat pipi I. Yang nie I suspense sebab dia cakap, moles kat pipi I bukan moles dan bukan cancer or melanoma. I tanya, what is it then? Doctor cakap, the features are those of dysplastic naevus but don’t worry about it, it’s not cancer. I suruh dia ulang lagi and then I tany, so I don’t have to worry about it. Dia kata no. But I tak puas hati, I tanya lagi, how about the big one next to my belly button. Dia kata, itu is just a normal moles. Ah..lega I.

Then doctor suruh I baring untuk bukak jahit. Mula-mula dia bukak yang kat pipi. Tak ada la sakit mana but knowing me yang mesti ada sound effect, I pun au au la kan bila terasa sikit hehe.. sikit je.. Doctor cepat-cepat kata sorry.. Dia buat slow and sangat careful. Dalam pada tu sempat la jugak I tanya, what do you think I should do to my face (memandangkan dia plastic surgeon). Doctor kata, no la, you still young, wait until ten more years time, I kata ok, I will look for you in ten years time, gelak gelak doctor tu yang tak berapa boleh nak gelak memandangkan muka beliau yang sangat straight akibat face lift (mesti punya) itu. You know macam kita kena ulcer kat dalam mulut, bila nak gelak or ketawa kan kita kena katup mulut, hah.. macam tu la expresi doctor tu..meaning ada bunyi ha ha ha tapi versi tertutup atau bukak sikit mulut tapi sengihan macam tak menjadi cuma ada sedikit garisan di tepi hujung mata. Kalau you tengok kat internet profile muka dia macam biasa but bila you tengok in person dia memang lawa dan bergaya penuh sopan. Tak ada la macam amoi-amoi cina yang macam nak pegi disco siap dengan stokin hitam berjaring atau yang nampak g-string itu. This lady is classy. Anyway, yang kat hips and belakang kaki I dia tak bukak jahitan sebab masih belum heal, dia cuma dapat bukak yang kat perut and pipi aje. So tomorrow I kena datang balik untuk bukak the last two nie. Doctor bagi I another set of alcohol swab dan strip untuk di ganti dua kali sehari dan hari-hari di bahagian muka I. Yang bahagian perut I pun dia suruh I buat benda yang sama tapi memandangkan I akan jumpa dia untuk bukak jahitan kat kaki, dia suruh I biarkan dulu. 

(Ah...a touch of paradise....)

Balik dari Gleneagles, husband I kena pegi office but dia suruh I tunggu kat KLCC. On the way ke situ, I non-stop tersengih-sengih kegembiraan. I was so happy with the result, those one week was the most stressful week of my life. I was so emotional, di tambah dengan sakit period pain lagi and of course bila period lagi la mood I tak bagus. Semangat pun hilang and murung memanjang. Rasa macam nak gila pun yea.. bila I tengah relax or happy-happy suddenly I teringat akan result yang masih menjadi tanda tanya teruslah I down balik. Now, bila teringat discuss pasal mati-mati, macam nak gelak la pulak hehe. Anyway, this is the second time this year I pegi KLCC, the first time was last week yang masa I beli dinner kat Coffee Bean. Lama jugak I tak pegi, ada dekat setahun dua kot. So, I decided to go to Kinokuniya yang telah berkurun tidak I kunjungi. I was still excited with my result earlier on, so I splurge on books. I bought four books as a present for myself although I already promised myself not to buy anymore since banyak buku kat rumah tak baca-baca lagi. Yang beli kat Big Bad Wolf zaman dahulu kala pun tak bukak-bukak lagi. Masa I risau aritu I promise macam-macam pada diri sendiri, kalau good news, I akan mengotakan janji I one but one and slowly. I want to take every minute of my time and create a beautiful memory on this earth. And of course one of my janji was to rajin-rajin update blog, eceh senyum Zue. hehehe...kalau tak kan, nanti dia whatsapp I macam chettiah tagih hutang je wakaka.. Promise yang lain-lain tu nanti I share..

Anyway, sementara tunggu husband I habis kerja, I ambik a few pictures and sent one to my husband. Tak lama kemudian husband I datang and I ajak dinner kat Chilli’s. Sampai situ orang tak ramai. I think this is the second time I makan kat Chilli’s. The first time was masa mula-mula KLCC bukak kot... Well it was long time ago. Sementara tunggu food sampai, dengan wajah risau, I told my husband pasal ladang I yang I tinggalkan.. wakaka.. Hay Day la. I cakap boat I tak lama lagi nak berangkat and my crate tak penuh lagi. I tak collect butter lagi untuk dimasukkan kat crate wakaka... Husband I tanya waiter kat situ ada internet ke kat Chili’s nie, waiter kata tak ada. Then husband I cakap, don’t worry about it. Dia keluarkan one of his phone, take out the sim card and masukkan kat tablet I. Alaa.. sweet la husband I. I was so happy. Makanya I pun sibuk la menguruskan ladang I kejap, dengan binatang ternakkan yang perlu di bagi makan, menjual hasil tanaman dan berbagai-bagai lagi tugas seorang peladang berjaya hehe.. Nasib baik I tak terlepas boat, kalau tak rugi I hari tu tak dapat collect duit, bintang dan card wakaka..

Anyway, the service from the waiter/waitress is always good and warm but the food was bad. Dah la lama tunggu, bila sampai food dah sejuk. Bila waiter tanya, how was the food? I kata my food sejuk and boleh tak dia panaskan balik. Dia hantar balik ke dapur. I was worried that they might spit or do something to it. I’m not saying Chilli’s is doing that but I banyak baca kisah-kisah pasal tukang masak or waiter yang sakit hati dengan customer cerewet kat restaurant-restaurant nie. I also teringat akan cerita cikgu I dulu-dulu pasal this kind of thing. I tak cerewet and I cakap baik-baik kat waiter tu tadi, takut oo... we are at their mercy. Bila food I sampai balik, I peratikan rupa food I or any sign of tampering and thanks God, it was exactly like when it left my table before from the postion of the brocolli to the shape of the fish that I’d cut. I also look at the texture if there’s any sign of other foreign object/fluids ke kan..I know..I memang paranoid hehe... Anyway, I tak makan abis sebab tak sedap. The rest, husband I habiskan.

Masa dalam kereta kat parking lot time nak balik, I bagi husband I duit. Dia terkejut and tanya kenapa.. I cakap I niat nak belanja dia kat Chilli’s tadi, so this is the money. Husband I mula-mula tak nak, you tau la lelaki macho dan control freak itu, he always think that he is the provider and his job is to pay for everything. Tapi I pujuk dia, I cakap, this is my niat kalau I dapat good news and I dah lama plan nak belanja dia and please take it, I insist. Akhirnya dia ambik dengan berat hati. I tak nak bagi kat restaurant tadi knowing my husband akan rasa tercabar kelakiannya kalau I buat macam tu, that is why I bagi dalam kereta... (I cukup masak dengan perangai husband I). A liberal and an open minded guy but yet ciri-ciri lelaki lama masih menebal dalam diri beliau.

Anyway, kesimpulannya di sini, please please, if you have a suspicious moles you better go and check. Yang membuatkan I suspense was that, I punya mole kat perut nie dulu kecik tapi lama-lama dia besar and it has been there for as long as I can remember. Colour bertukar, dari hitam jadi brown dan tak sekata, ada pink brown dan hitam kat mole tu. Ada macam isi ternaik dan mengerutu. Size pun besar dari pemadam pencil yang kat belakang pencil dan tidak bulat macam mole biasa. What if it is melanoma and I biarkan aje? If If and If. Jangan ambil mudah pekara-pekara macam nie. Jangan dengar cakap orang yang cakap, ahh..tak ada apa-apa tu, jangan risau sangat, itu tahi lalat biasa je etc. Orang boleh cakap apa saje sebab tak terjadi kat dorang. It’s your body, you yang kena decide bukan orang lain. Pegi je check and dapatkan nasihat doctor, kalau bukan melanoma tak apa, you tak rugi, at least you dah tau and tak perlu risau-risau and kalau it is a melanoma and masih stage 1 or baru, you boleh prevent cepat-cepat sebelum melarat. It is better to know than not knowing at all. Ignorance is not always bliss. I know I nie menceceh panjang sangat but because I care for all of you my reader although some of you I may not know personally.  You all know Bob Marley kan. You tau tak, mati-mati I ingat Bob Marley nie mati overdose drug memandangkan beliau yang rasta itu. I need to change my mindset yang selalu pikir asal superstar je, mati overdose or makan dadah (bak kata Mummy). Anyway, Bob Marley nie mati disebabkan oleh rare form of skin cancer start kat toe nail dia. Dia tak nak toe or kaki dia di potong memandangkan agama dia melarang untuk berbuat demikian so doctor ambik skin dari thigh – skin graft and letak kat kaki dia or something. Last-last cancer tu melarat ke seluruh badan dia. Doctor cakap kalau kaki or toe dia di potong chances of dia sembuh is 99%!

But you know what? Like I said in my Part 1, punyalah lama tak baca baca Mingguan Malaysia or any paper, out of the blue last month husband I beli and kebetulan pulak pasal tahi lalat that prompt me untuk pegi check cepat-cepat, sampai sekarang I masih tertanya-tanya and wonder what makes him tergerak hati nak beli, yes after all these years. Syukur Allhamdullilah. Allah is working through him and I’m so grateful to my husband, nak jadikan sebab, I owe my husband my life. And this thing happened for a reason so that I’m aware and educate myself more on this matter and also what if my moles lama-lama boleh jadi cancer kalau tak remove awal-awal, who knows kan? Nowadays, I look at my moles differently and tidak memandang enteng lagi. Tak ada nye tahi lalat nie pemanis pemanis. I look at each of it closely and every three months I will go to Doctor Gan to have it check.

There’s a few procedure that I plan to do but untuk bulan nie I nak rehat kejap, penat la, bulan January lepas dah pegi check my breast which I have to do annually, March pulak moles nie. I will do other procedure soon, maybe somewhere in May or June I will share with all of you nanti.   

 Sekian catatan I untuk kali ini...   

Tuesday, March 31, 2015

Kisahku Dan Tahi Lalatku (Part 2)

(Tetap nak mengabdikan kenangan walau sekadar mengisi borang..aiyaa..I look so old)
 
We went to another doctor yang akan buat surgery I nanti. Sampai situ kita orang buat appoinment, Monday, 23rd March 2015, 4pm... dengan Doctor Eileen Fong.

Monday, 23rd March 2015

Dekat pukul 3.45pm baru husband I sampai rumah disebabkan jam yang agak teruk. Bergegas kita orang ke Gleneagles and thanks God kita orang sampai pukul 4.05pm...phew! Husband I drop I kat situ and cari tempat parking. I terus naik ke clinic Doctor Eileen. Masuk situ, I di panggil untuk di ambil berat, tinggi dan blood pressure. Then I isi borang, masa isi borang tu husband I pun sampai and sempat la jugak I suruh husband I ambik gambar I memandangkan masa surgery nanti sure tak ada masa nak ambik gambar.

Tak lama kemudian I di panggil masuk ke bilik doctor. Wah, Doctor Eileen nie boleh tahan lawa jugak. Kecik, kurus dan bergaya dengan dress renda orange menaikkan seri di wajah beliau. I peratikan keseluruhan muka dia dan hidung dia yang mancung itu tiba-tiba I terpandang di belakang beliau ada berbagai-bagai jenis dan bentuk breast silicon, oh yeah?? By now, you all mesti dah masak dengan I and my obession and also my frustrated with “anak dara sunti” nenen ini, cit! Baru lah I perasan, I sebenarnya sedang mengadakan consultation dengan doctor plastic surgery. Masa I ambik card kat luar tadi, I tak baca pun apa yang tulis kat card dia. So, it says” Consultant Plastic, Reconstructive & Aesthetic Surgeon”..hah itu dia. Mata ini tidak lepas-lepas memerhatikan berbagai rupa silicon di atas meja belakang beliau yang di longgokkan bak ikan di pasar malam itu. No wonder la, doctor nie nampak presentable dan bergaya. Mestilah kan, nak jual product atau perkhidmatan, diri sendiri kena nampak lawa. I kan kalau ada sales girls nak jual product skin care tapi muka mengerutu terus I turn off. Kalau you nak jual benda macam tu, muka you sepatutnya licin despite period ke tak, yelah kena ada living testimonial – diri sendiri and that it is a good product. Macam mana you nak tarik costumer kalau sendiri tak dijadikan contoh kan. Same goes dengan orang yang gedempol jual pil kurus or orang kulit gelap jual krim pemutih kulit, jual cerita dongeng apa?

Anyway, doctor cakap moles macam I nie kebanyakkan terjadi dekat white people of western descent (again). Nasib baik husband I tak ikut masuk, kalau tak maunya I nak tergelak. Yelah kan, muka I nie clearly dengan hidungnya yang kecik dan matanya yang sepet. Then I membayangkan muka ahli keluarga I (termasuk I) serta saudara mara I yang memang penduduk asli “omputih” itu membuatkan I gelak baring-baring dalam hati wakaka.. Bukanlah I nak kata omputih nie perfect, nooo.. tapi I just membuat perbandingan features aje. Please don’t get me wrong, tapi omputih nie selalu perasan yang dorang superior dari kita, just because they think they are better looking then us, padahal... malas la I nak kutuk-kutuk rupa orang, dosa tau.. (yela tu..we’ll see on your future post nanti..haha.. shut up.. I’m entitle to make any comment I want uwek..). Anyway, I kata no, I’m iban and my family has dark skin except me. I kata iban sama je macam kebanyakkan melayu punya skin colour. Doctor cakap tak semestinya and she think I have some kind of genetic or hereditary dahulu kala that I don’t know. I cakap I don’t think so. Tetaplah bangga dengan asal usul diri. Yelah doctor, if it is true I nie ada sedara mara keturunan omputih, apakah agaknya my surname itu? Smith, Rhys, de Klerk (hah..keturunan racist la pulak gua) or tribe swahili, hakuna matata. Nie nak kena buat DNA profile nih.

Again anyway, banyaknya statement terkeluar tajuk, doctor ada mentioned a few times syndrome apa tah nama... I tak ingat la, teruknya my level of memory nie.. dia kata I kena datang jumpa Doctor Gan untuk check my moles nie every three months takut ada growth or bertukar colour. I tunjukkan kat perut and kat muka and then I decided might as well I show semua kat dia atau dengan kata lain, I half naked jelah depan dia. Mesti doctor nie cakap dalam hati, “eh, gendut dan mengelebehnya perut minah nie”, iya me and my assumption and of course memanjang inferiority complex hehe...syyhh.. Doctor terjumpa two more suspicious moles kat my hips sebelah kanan and belakang atas sikit dari lipatan kaki kanan I. Dia tanya nak remove this one ke, I kata what do you think? Dia cakap if you ask her, of course kena remove and analyse. I kata remove la, apa la doctor nie.. Then dia buat cycle dengan pen and explained to me what is she going to do. Dia kata kalau melanoma masih awal stage dia akan removed potion or buat biopsi disekeliling skin yang affected and skin yang healthy. I tanya bahaya ke skin cancer/melanoma nie, dia kata kalau dah dalam and sampai kat bloodstream bahaya. I terus jadi sedih. Dia kata jangan sedih sebab tu kena remove and hantar kat lab to analyse. Of course la I’m sedih, I tak nak sakit-sakit, keluar masuk hospital, baring-baring kat single bed beralas kain putih with all the wire kat seluruh badan I di usia yang masih remaja ini... (puiikk) and tak nak mati cepat kan... I tak nak buat appointment awal-awal malaikat Izrail and “berkenal mesra” dengan malaikat munkar dan nakir. Lepas habis semua penerangan beliau, I pun di bawa nurse dia untuk turun ke bilik operation for minor operation di bahagian emergency. Masa I turun dengan nurse dia and husband I, sempat lagi I bergossip dengan nurse tu. I tanya lawa eh Doctor Eileen nie, dia kata yes and doctor nie ada buat plastic surgery. I kata..oo.. no wonder la hidung dia mancung. sengih-sengih je budak nurse itu sambil mengiyakan kata-kata I. Sibuk la pakcik pengossip kat belakang, tanya I apa yang I bualkan dengan budak tu, sibuk je orang tua nie..yela kan pendengaran beliau dah berkurangan sekarang nie (oh, nanti I story wakaka..). Then I terpikir mesti segala nip and tuck doctor nie buat or liposuction ke..itu pasal la badan dia slim tapi still terbentuk. Nenen pun menegak je. Ini kalau pakai bikini two pieces..fuh.. mesti cun leper je perut. Tasha Shila.. tayang la perut and your abs sekarang, tunggu la sampai umur I nanti.. tetap la nak bagi statement warning jealous...

Sampai situ, I dengan husband I duduk sekejap sementara tunggu nama di panggil untuk masuk dalam bilik surgery. You tau tak, I yang terkenal dengan wanita penuh emosi (dikenali di kalangan you all ler..) dan sentiasa gelabah yang amat, sikit pun tak nervous atau takut. I sendiri hairan, kenapa lah I cool sangat. In fact I tak sabar nak masuk. I guess, I want to get this thing over with quickly. Tak lama kemudian nama I di panggil. I masuk dan tukar baju. Then doctor suruh tanggalkan gelang, jam dan cincin. Rantai and anting-anting tak apa. I keluar kejap dengan baju surgery tu, doctor kata eh, jangan keluar macam tu, I kata “don’t worry doctor, I tak kisah”. Then I terpikir nak bawak handphone ke tak sebab ingat nak ambik gambar dalam tu but I pikir balik, ah tak payah lah. Masuk dalam balik, baru I perasan kat dinding ada notice tulis, tak boleh bawak handphone or ambik gambar. Nasib baik I tak bawak or pose-pose sengsara kat dalam tu, kalau tak, sure kena warning... Makanya I pun di suruh berbaring kat katil surgery. But since this is a minor one, so I tak di beri oxygen or di bius keseluruhan cuma di bahagian yang hendak di potong sahaja.

I yang sangat tenang tadi tiba-tiba jadi gelabah bila doctor kata dia nak inject bius kat tempat yang nak kena potong. You know la my love story and injection nih...hehe.. mula la I gelabah, mulut jadi bertambah kertu, pernafasan pun jadi kencang. I tanya sakit tak doctor, doctor kata tak, sikit aje. I cakap, ok sebelum you inject I, I need to hold the nurse’s hand (wakakaka...). Kira I nak dapatkan kekuatan la. Dia kata ok no problem. I tell you, this doctor cukup tenang melayan kerenah I hehe.. Ok, silakan continue baca dengan penuh kemenyampahkannya yea kui kui kui... Then nurse suluh dengan lampu yang sangat terang dekat tempat yang I nak kena potong, tempat pertama, bahagian muka I di bawah dagu sebelah kanan. Muka I ditutup dengan kertas dan cuma di buka di bahagian yang hendak di potong itu. I cakap kat doctor, sebelum you inject I, please let me know and that let the nurse hold my hand. Dia cakap, yes dia akan bagitau (hehe.. siap remind doctor you, punyalah nervous). Nurse pun datang la dekat I sambil memberi tangannya kepada I hehehe... Budak nie muda lagi dalam 19 or 20 tahun kot. Dia senyum-senyum je. Bila doctor start inject I, mula la badan I jadi stiff kejung sebab takut nak mampus wakaka... Nurse and doctor cakap, relax yea.. I tell you.. inject bius sakit ooo... I merengek-rengek hek hek you... yucks! Tapi nak gerak I tak berani, takut tersalah inject, kang kena inject lagi, so you imagine la, I merengek bawah kertas biru dengan pernafasan yang turun naik berserta dengan badan kejung itu wakaka.. benci la..bila ingat balik. Bila doctor dah habis inject, dia cepat-cepat cakap dengan I. I tanya kenapa lama sangat dia inject kat tempat tu, berapa kali dia inject. Dia kata dia inject tiga kali, oh wow! Tiga kali in one place, no wonder la sakit. Tak ada la sakit giler, sakit macam kena cubit but sakit la jugak. Lepas tu I tak rasa apa-apa dah bila dia potong moles I and jahit kulit dalam dan kulit luar. Cuma I boleh rasa benang tu bila dia tarik, kepala I and bahagian lain yang dia jahit pun ikut gerak. At one stage doctor tanya, rasa ke sebab yelakan I ikut benang bila benang kena tarik. I kata tak, cuma suspense bila you tarik benang tu wakaka.. tapi tak sakit langsung and same goes to kat perut I yang bawah tepi pusat, hips kanan dan belakang kaki kanan I itu. Lama dia buat kat satu-satu tempat and I siap boleh berborak dengan budak nurse tu, macam-macam I tanya and dia pun cerita-cerita tapi ada malu-malu sikit kat I. Biasalah budak muda kan taraf confident tak sama dengan orang tua macam I nie.

Oh yeah, nurse nie bukan nurse yang kat bilik doctor tu, nie nurse hospital Gleneagles. Apparently budak nie nurse in training, kira intern la kot. Mak dia pun nurse, kira dia mewarisi profession mak dia, tinggal dengan family and rumah tak jauh dari KL Festival Mall, siap boleh jalan kaki lagi. Kesian la pulak bila I teringat I genggam lengan and tangan dia dengan kuatnya each time doctor inject I. Sure biru-biru lebam tangan dia I kerjakan. Each time lepas I genggam lengan or tangan dia, I cakap sorry dik..dia kata tak apa sambil senyum-senyum manis. Oh I sempat tanya, mesti dia pernah tengok orang yang masuk kat emergency room nie datang dengan berbagai rupa... dia kata iya, then I tanya lagi pernah ke assist doctor and then orang tu mati...hahaha... dia kata tak pernah lagi.. you wait jela dik, the time will come when you have to face it wakaka.. kejam I bisikku sendirian. I hope this girl will become a successful in her career. I kan admire budak-budak muda yang dah ada vision or know what they want to do in their life unlike me bila muda-muda orang tanya nak kerja apa. I cakap nak kerja kat office yang ada aircond... hehehe... (nampak sangat tak ada guidance dari parents I). Tea lady pun kerja kat office and pantry yang ada air cond...aparaa I nie..

Lepas habis semua moles I doctor removed and jahit balik, doctor bagi serba sedikit penerangan macam mana nak jaga tempat jahitan kat muka I serta dekat perut, hips and kaki I. Then I keluar untuk mendapatkan husband I yang sedia menunggu. Bila I sampai kat dia, seluruh badan I tiba-tiba mengeletar (maybe sebab kesan bius kot) and I explained kat dia akan kesakitan yang I alami. I exaggerate je, tak ada sakit mananya kena inject tu tapi tetaplah nak menjual cerita ngeri sikit bagi meraih simpati. Husband I cakap, kesian dengan muka layunya itu. Habis bayar bill, husband I belikan I air milo panas dekat machine untuk mengembalikan tenaga I. Then husband I ajak terus pegi office dia yang tak jauh dari KLCC. Dia suruh I tunggu kat KLCC. I suruh dia jumpa I kat Coffee Bean sebab nak take away for our dinner. I ordered macam-macam, sandwhich turkey, sandwhich chicken, chinese chicken salad, peach tart, chocolate blended dan vanilla blended. Almaklum la lepas operate la katakan, walau sekadar minor sekalipun. Sementara tunggu bungkusan food siap. I took a few snap of my stitches yang dekat muka itu. Tak lama kemudian husband I pun sampai.

To be continued...

Sekian catatan I untuk kali ini.

Saturday, March 28, 2015

Kisahku Dan Tahi Lalatku (Part 1)

(Mingguan Malaysia bertarikh 22.2.2015)
 
About a month ago, my husband went out to buy a newspaper The Star for himself for the weekend. Balik aje, dia bagi I newspaper Mingguan Malaysia, hari Ahad 22.02.2015. I tanya, eh, kenapa you belikan I? You know I don’t read this weekly or any other paper anymore, the last time was about ten years ago. Dia kata, saje je beli sebab dia teringat I suka baca dulu especially ruangan sisipan. I kata, jangan haraplah I nak baca-baca paper nie semua, bukan I anti mana-mana newspaper ke apa tapi I tak ada masa. So I biarkan lah selama beberapa hari until one day, I decided to have a look at it. I went straight to the ruangan sisipan/ruangan tengah. It was ruangan Kesihatan and what stop me of my track was that the title in bold and caps “AWAS KULIT CERAH” and gambar tahi lalat. As you all know I banyak tahi lalat. Bukan hanya di muka sahaja malahan di kiri kanan tangan berserta kaki dan juga di badan I. I terus baca isi kandungannya. I remember a long time ago or more, I pernah ajak husband I pegi hospital untuk check one of my suspicious tahi lalat kat bahagain perut yang agak besar and it has been there for as long as I can remember. But husband I doesn’t take it seriously, dia kata tak ada apa-apalah and that he asked me kalau tahi lalat I tu pernah rasa sakit or berdarah. I kata tak ada. Dia kata don’t worry. So, I just let it go and totally forgot about it.

For as long as I can remember, dari kecik lagi I memang banyak tahi lalat especially kat muka. Kadang-kadang budak-budak usik I, kata muka I jamban lalat la.. geram la jugak tapi tidak la menyebabkan I marah because I know it is not true. Bila balik rumah, I tanya Mummy kenapa muka I banyak tahi lalat dan kenapa dinamakan tahi lalat, kenapa tak diberi nama lain. Mummy kata memang dah bahasa macam tu. But I still tak puas hati sebab of all the name in the world why did moles nie hendak diserupakan dengan something that is dirty and unhealthy dalam bahasa melayu, tahi.. hmm... Wo pulak selalu cakap dan membanding-bandingkan tahi lalat dia dengan I. Dia pasti akan cakap sambil tersengih dengan gigi gongaknya (bak kata husband I), ‘ hehe.. aku ada satu je kat muka tahi lalat and maknanya manis, Dek ada banyak”..nyampah I tau..hahaha. Bila I meningkat remaja, I realised that, my tahi lalat ini membuatkan I dan rupa I lain dari yang lain, yelahkan orang muka bersih je, I punya muka bertaburan bak bintang di langit itu wakaka..tetaplah nak bersastera. I know, each time orang tengok or pandang muka I, mesti dalam hati dorang cakap, “eh, banyaknya tahi lalat kat muka minah nie”. Masa I sekolah dulu, sempat lagi kawan-kawan I guna eyeliner hitam and put more dots on my face. Tapi I tak kisah sebab I participate dengan penuh rela and then gelak-gelak bersama.

One day, masa jalan-jalan kat Berjaya Time Square, this was about mmm.. 10 or more years ago, we saw ada booth dekat tengah-tengah ground floor. I saw ada one old chinese guy and gambar-gambar orang bertahi lalat. Bila I datang dekat, rupa-rupanya laki cina nie boleh tanggalkan tahi lalat on the spot dengan menggunakan sejenis ubat sapuan. I cakap kat husband I, I nak try buang la sikit. Husband I kata, tak payah la, kan cantik tahi lalat I. I kata nak try satu dua je. So cina tu pun sapu la satu kat muka I and dua kat badan I sebab I nak test macam mana or I takut ada reaction apa-apa. During dia buat tu, dia cakap, I nie jenis yang peramah, banyak cakap and I patut buat charity work and I nie senang nak dapat kerja (which is so true hehehe.. asal interview je, mesti dapat). Then dia kata I jenis yang sensitive (kah kah..) tapi baik hati (double kah kah..). I kata, ye ke? Cewah buat-buat tak tahu tapi dalam hati alahai.. kembang you. Dia kata dia baca dari tahi lalat I. Tapikan I tak pecaya apa dia cakap sebab kalau kita dah tua-tua memang tak susah nak baca perangai orang, banyak pengalaman lah katakan. So anyway, ubat nie macam kapur, dia sapu kat tahi lalat tu. Sakit ooi..rasa macam nak terbakar je kulit I. Nasib baik letak sikit. Dia kata a few days nanti tanggal and hilang with no parut. After a few days dan hingga kini, tahi lalat tak hilang pun, tipu lah cuma colour je pudar and still ada tanda tahi lalat tu..

Back to my earlier story, bila I baca what was written on the paper, hati I jadi resah and penuh emosi. Terus rasa nak nangis. Husband I cakap, jangan risau nanti kita check sama-sama. Hari-hari I menjadi agak mendung, jiwa I kacau you. So we googled around and check which skin doctor/dermatologist yang kita orang nak pegi. It took us about two weeks to decide and plan which one we want to go. We read and checked all the doctors or any dematalogist around and their credentials and testimonial. We decided we should go to Gleneagles Hospital since dah selalu pegi situ and go for the consultation. After asking the receptionist at the ground floor which doctor should we go to, the receptionist gave us two name, Dr Chang Choong Chor and Doctor Gan Ain Tian and said both are good. I tanya, yang mana lebih senior/tua and she told me Dr Gan. So we went up to his clinic to make an appointment. Assistant/nurse/receptionist kat dalam tu cakap, hari nie doctor tak ada, dia kat hospital kat Jalan Tunku pada setiap hari Isnin dan Rabu tapi hari lain dia ada kat Gleneagles. I kata nanti I decide. I dengan husband I keluar dari clinic dia and discuss kat luar. Nak pegi kat dia ke or nak pegi kat another doctor. Husband I cakap, baiklah pegi yang tua sebab they are more knowledgeable. I kata, tak semestinya sebab doctor yang lebih muda, lebih advance and familiar with all the new technologies. Husband I kata, both are not much different. Experience is better. Then I tanya balik, what do you think? Wakaka..nampak sangat I yang undecided. Husband I kata, tak apa, buat appointment nanti kita decide together. Masuk balik, assistant tu kata, tak payah buat appointment, datang je and dia akan slot in sebelum pukul 1pm. It was very nice of her.

Tuesday, 17th March, 2015
The next day we went back to Gleneagales to Doctor Gan’s clinic. Orang tak ramai kat clinic dia, sorang dua aje. Then husband I kata, why don’t we check out clinic Doctor Chang pulak. I kata ok and we went to his clinic and wow, his clinic was so impressive. It was modern and receptionist/nurse/assistant siap pakai uniform lagi. Orang agak ramai, air cond sejuk and the place was so beautiful and new. Both of tanya-tanya a few question and assistant to cakap dia boleh slot I without appointment dalam masa satu jam but doctor akan start bercuti dari esok sampai 28th. I cakap, ok tak apa nanti I discuss dengan husband I. Keluar dari clinic Doctor Chang, kita orang discuss lagi kat hallway. I kata clinic Doctor Chang lawa la, modern, lively etc. Husband I cakap, pegi je kat Doctor Gan balik, orang tak ramai and doctor kulit semua sama aje. So we went back to clinic Doctor Gan yang agak retro itu. Rasa seperti melangkah ke zaman Bruce Lee hehe.. dengan kerusi kulit pvc colour biru kehijauan yang sangat “government look alike”. Sebelum nie I tak perasan pun akan persekitaran until I masuk ke clinic Doctor Chang. Bila masuk balik I peratikan hiasan painting kat dinding yang ancient itu, gambar-gambar, poster serta gambarajah tentang kulit yang telah pudar di telan dek zaman dan suasana muram bagai ada kesedihan yang berpanjangan. You know la I nie, asyik mementingkan keindahan luaran dari quality dalaman sometime..

Tak sampai lima minit duduk , I dengan husband I masuk ke bilik doctor. The first thing the doctor asked me was, are you a caucasian? I cakap no, I’m iban dengan tidak memandang husband I sebab husband I pasti akan buat signal muka kat I. And I definietly knows what he is going to say after we go out from the doctor’s clinic afterward with the doctor’s remarks about me being a caucasian. The doctor said, the reason why he asked was because usually this kind of skin and moles happened to a white people. I cakap, my family semua kulit gelap except for me. Anyway, Doctor nie kurus dan agak berumur tapi wajah beliau sangat tenang dan berperawakkan cool. I pun tunjukkan my suspicious moles di bahagian perut dan muka. I peratikan muka doctor itu yang ada moles jugak, dua butir di wajah beliau berdekatan dengan hidung dan satu dekat mulut. Then I tengok ada satu butir di tangan beliau. Then doctor suruh I baring sebab nak tengok di bahagian punggung I. Doctor kata bahagian punggung tu tak ada apa-apa same goes yang dekat breast but yang dekat perut dan muka tu I kena check. Meanwhile doctor discuss berbagai option and memberi serba sedikit penerangan and during those moment berbagai-bagai reaction dari I tapi yang pasti muka panic sepanjang masa and kadang-kadang menghela nafas tapi Doctor Gan ini sangat tenang dan tidak lekang menguntumkan senyuman manis di bibir beliau. Sambil I membayangkan kalau la doctor nie hot macam Doctor Derek Shepherd atau paling-paling aura Doctor Owen Hunt yang bagai ada unsur-unsur albino itu, pasti ku pengsan dengan panahan senyuman itu. After that, doctor recommend I pegi dekat another doctor untuk buat minor surgery to remove the moles and then send it to the lab untuk buat analysis. 

Keluar dari clinic, husband I mula la usik I, caucasian la, white people la etc.  Husband I cakap, nie mesti I anak angkat la, tersalah ambik kat hospital la... eeee..    I cakap, eh ingat, pure asian tak ada kulit putih ke?  I  cakap I saje tak nak tengok you masa doctor cakap tadi sebab I tau you akan buat muka kat I and sure I tergelak besar... hehehe.. I cukup masak dengan kerenah husband I itu.

We went to another doctor yang akan buat surgery I nanti. Sampai situ kita orang buat appoinment on, Monday ,23th March 2015, 4pm.

To be continued..... (yes, me and my drama again...tak habis-habis...)

Zue, kalau zue nak tau, inilah yang membuatkan hati sis berkocak masa Zue whatsapp sis.. :(

Sekian catatan I untuk kali ini....

Monday, March 23, 2015

Kisahku dan Gigiku

I’ve been wanting to go to the dentist for quite sometime because each time I floss one of my teeth, I rasa ngilu. Setelah berbulan memikirkan masa yang sesuai akhirnya on Saturday I berkesempatan untuk pegi. I went to Klinik Pergigian Zalinda. Dulu klinik Pergigian Zalinda kat Permata but sekarang dah berpindah ke Wangsa Maju. Let me tell you a story about me and my gigi.  

(Di Klinik Pergigian Zalinda, with Doctor Zalyana, sambil mulutku terbuka, wah..boleh buat rap nie.. sempat lagi ber snap-snap dengan seadanya hehe..)

Bermula la kisah...(dengan nada syair...)

Masa I kecik-kecik dulu, Mummy and Daddy selalu bawak I dengan Wo ke klinik tentera called Sick Bay kat Singapore. I cukup takut pegi situ sebab takut kena inject (sekarang orang panggil jab... but I prefer to use ayat retro, sebab I rasa lebih feel lagi menulis..). Each time I dengan Wo pegi situ, Wo always came out from the doctor’s room with a wonderful experienced and a kind doctor whereas it would be a different one for me. So while waiting for my turn, I would sit on the bench, looking at the snake or any kind of animal yang sudah mati yang dorang awet dan simpan dalam balang kaca and I wonder why. Kadang-kadang I datang dekat-dekat but other time, I just sit and just look at it. Nak ketuk-ketuk balang kaca tak berani la pulak. Sometime, there’s a few patient yang duduk menunggu kat bench and some of them ada yang kaki bersimen or mata bertampal dan pakai baju putih. Muka serious aje. I pun tak tanya, I nie masa kecik sangat la pemalu tapi kalau I dah kenal orang tu I akan banyak cakap but still I masih malu-malu.

Anyway, balik dari Sick Bay, Wo would tell us about how wonderful the doctor were to her. Doctor akan borak-borak la, cerita macam-macam dengan dia la, bagi dia gula-gula la and cakap baik-baik. I akan tanya balik, was that the same doctor that treated me too. Dia kata yes la. I hairan la sebab doctor tu tak ada pun borak-borak dengan I. Doctor cakap open your mouth and said a few words. I tak dapat gula-gula pun. Dalam hati I pikir, kenapa doctor nie treat me differently? Dia tak suka I ke? Or you think Wo are telling the truth? I cakap kat Wo, doctor tu biasa je dengan I, tak ada pun borak-borak? Wah, I tengok muka Wo bukan main puas hati bila I cakap macam tu. Dia pun continue la dengan sengihan “kemenangan” dan “dongengannya” itu.. (I jealous la kan). Biasalah sibling rivalry. Bila sampai rumah pun dia tak habis-habis cerita. Each time we came back from the Sick Bay, ada je la cerita “indah-indah” dari dia. Lepas tu dia tanya, “you macam mana dek? I kata, “tak ada pun, sikit-sikit je (nak sedapkan hati)” sambil mencebikkan mulut I yang well..cute itu haha...

Bila pindah kat Sarawak, kat sekolah rendah tu ada disediakan doctor gigi. I tell you, this doctor gigi and perempuan sangatlah garangnya dan kasar. I don’t know why dia anti betul dengan kita orang budak-budak sekolah nie. Nak kata kita orang kacau dia, tak ada pun, we are too busy studying and playing with each other to even notice akan kewujudan dia. Tapi kegarangan dia memang cukup tersohor. Each time, my rakan sedarjah balik dari jumpa dia, mesti ada je cerita-cerita ngeri dari dorang. Doctor nie maki-maki lah, membebel and buat gigi dorang dengan kasarnya. Bila budak-budak mengadu sakit, dia tengking and cakap ngada-ngada lah. Some of my friends akan nangis-nangis bila balik dari visiting doctor rimau ini. One day, I was told by the teacher that I need to see the doctor You tau, I punya la risau, jantung I berdegup laju. Rasa macam nak lari aje. Dengan penuh debaran I menyusuri tangga menuju ke arah bilik doctor ini dengan fikiran berkecamuk. Masuk aje bilik doctor, I senyum kelat and ucap selamat pagi dengan muka pucat dan mata yang terbeliak seram. Doctor kata duduk dengan kasanya tanpa memandang I. Lepas tu dia suruh bukak mulut dengan separa herdik (apa kena dengan minah senget nie? I tak cakap apa-apa pun). Then dia tanya, bapak kerja apa. I kata, navy. Tiba-tiba doctor yang berwajah garang itu berubah, dari muka masam terus macam muka takut-takut. I pun hairan. I perhatikan rambut dia yang ala-ala negro dan kulitnya yang agak gelap itu. Sambil tu I masih terpikir akan perubahan drastik beliau. I tak ingat apa yang dia buat kat I, samada tampal or tak buat apa-apa. It was long time ago. Lepas abis dia buat something kat gigi I ke apa ke. Dia tulis something and cakap ok. On the way out, tanpa memandang beliau, I cakap, TERIMAKASIH NURSE...hahahaha.. Don’t ask me, sampai sekarang I tak tau kenapa I panggil dia nurse, maybe sebab dia pakai cap and baju nurse colour putih kot or memang dia nurse but kat sekolah tu semua orang panggil dia doctor. Balik dari jumpa doctor nie, kawan-kawan I tanya, how was it. I cakap la mula-mula dia cakap kasar muka masam but bila dia tanya bapak kerja apa, I cakap navy terus dia turunkan voice and tak cakap or marah-marah. Kawan-kawan I cakap eh, peliknya and mulalah kita orang buat andaian yang kemungkinan besar boyfriend dia navy lah, bapak dia navy lah, or nak tackle uncle navy la, you jangan, kecik-kecik kita orang memang hebat part gossip nie wakaka... One of my friend cakap, nanti kalau doctor nie tanya bapak dia kerja apa, dia nak cakap kerja polis, terekek kita orang gelak, semua pakat-pakat nak tukar profession bapak masing-masing hehehe... Ahh..tiba-tiba teringatkan my kawan sedarjah ini, I jadi rindu yang teramat...nabila, edot, zalia..I was wondering, di manakah kalian or 6 kaki ke bawah...uishh..ngeri I..

Sejak dari hari tu (darjah tiga) hinggalah ke zaman remaja, I or Wo tak pernah di bawa berjumpa doctor gigi selain dari yang kat Singapore dulu. Not because we don’t want to go but because my parents tiada kesedaran or keperhatian and they never empasize or told us about the important of taking care of our teeth or that we need to put on a braces etc. One day after a few years of hidup berumahtangga I noticed that one of my gigi dah pecah. I sangat takut untuk berjumpa doctor gigi sebab lama tak pegi and bila teringat akan sakitnya kena inject masa kecik dulu, I pendamkan perasaan I itu. Lagipun, dengan penyakit aids yang mula menular dan diperkatakan hebat oleh semua orang masa itu. Dengan kisah-kisah orang yang terkena jangkitan hiv/aids nie from doctor gigi yang tak membersihkan equipment etc. Masa tu lots of people masih belum educate clearly and also orang masih question on how hiv/aids nie boleh berjangkit. Husband I cakap, not to worry about our Malaysian doctor, lain la kalau kat negara miskin yang lain and beside dia cakap jangan kena sakit gigi sebab sakit gigi adalah sangat sakit. Dia kata dia pernah kena dulu, satu badan rasa sakit yang amat and berdenyut-denyut. I pun jadi risau dengan cerita beliau, so one day I decided to go and do whatever necessary.

We look around at this small town kat Sarawak and found the one and only. This pekan is so small within 10 minutes dah boleh cover semua tempat. Anyway, doctor gigi nie doctor cina and kurus je. I was so scared, I rasa macam nak menangis aje bile nama I di panggil. Husband I ikut masuk. You tau I siap mengigil. Doctor kata jangan takut. I kata I takut kena inject. Dia kata sakit sikit aje. Bila dia inject I, I rasa macam nak menjerit and menangis sikit...(apalah I nie...). Husband I pujuk and cakap, dah inject dah... hahaha.. ceh... Then mula la mulut I terasa kebas and tebal. Bila dia dah habis buat, I rasa sangat lega. Then doctor bagi I cermin besar and suruh I tengok-tengok sendiri. Rasa macam budak kecik aje... Then doctor cakap, mana ada sakit. I senyum-senyum malu hehe..

After that, I tak pegi doctor gigi, lama jugak la until we move to KL. Yea, I jadi orang Keh Hel! One day, I saw my gigi, the same spot yang doctor tampal kat Sarawak tu pecah balik. Aisye, nak kena pegi doctor gigi lagi!.. I tension you... Satu petang tu, balik dari kerja, we decided to redah aje mana-mana klinik gigi. We saw one huge sign kat Taman Permata, depan Giant tertulis Klinik Pergigian Zalinda. Kita orang pun naik la atas and dalam menunggu doctor tu sempat la I berborak dengan makcik-makcik (mudalah konon masa tu) tentang permasalahan gigi dorang. This one makcik cakap dia sakit gigi sampai tak dapat tidur satu malam, dia kumur-kumur dengan air asam jawa pun tak jalan, dia menangis satu malam. Dia cakap dia takut betul nak jumpa doctor gigi. I pun cakap, a’aha I pun takut etc. tapi I buat-buat cool.

Di pendekkan cerita, bermula la episode I ke Klinik Pergigian Zalinda nie beberapa kali, dengan tampalnya, dengan root canaling nya, dengan crown/cap nya, dengan penambahan giginya sebab gigi I jarang kat bahagian bawah, dengan pertukaran tampalan gigi dari besi ke putih. Inject jangan cerita la, banyak kali ooo... Oh, I tell you, macam-macam suasana ngeri, drama, tangisan tak berlagu, nyanyi-nyanyi kecil tanpa irama to distract my mind from the injection, dengan mengenggam tangan asisstant dan juga husband I..wakakakaka...macam orang nak beranak je, dengan mengadu au au lagi. Kalau I nak cerita secara terperinic, sehari semalam pun tak habis tau... But this doctor Zalinda ini, sangat patience dan lemah lembut. Suara dia alahai..so sweet la.. And dia suka berdakwah dengan I and told me about some of her patient dari tak bertudung hinggalah bertudung the next time datang buat appointment (hey don’t look at me, I tak nak pakai tudung, I nak tutup aurat je wakaka..bila tu? Jangan tanya... I nak jadi macam kak nita wakaka...lodeh hoi mak lodeh...). Anyway, doctor nie berhijab hitam you... I pulak dengan pakaian balik kerja dengan baju kebaya, baju sulaman, tampalanya lagi...itu belum I nak cerita akan kemerahan lipstik, high heels dan beg yang berbagai-bagai tiap kali I visit dia. Ikut theme la katakan... Wah, baru perasan betapa glamour nya I time kerja dulu. Sekarang nie jangan cerita la, dengan pakaian lusuh harian dan baju pyjama yang menjadi favourite I huhu...perfume pun perfume bau lauk je sekarang nih..huhuhu... Waaa...I nak kerja balik...huk huk....

So anyway, two Saturdays ago.. (ada ke grammar/sentence nie), I went to visit Klink Pergigian Zalinda ini yang terletak di Wangsa Maju. Puncanya sebab I rasa each time I floss one of my gigi nie rasa ngilu. Klinik beliau yang kat Permata tu dah tak ada lagi. I also found out that klinik nie ada fb. So I pun bacak-baca sikit. I called and nak buat appointment but receptionist cakap tak payah buat appointment and boleh datang terus aje. I cakap I nak doctor Zalinda, receptionist nie cakap, doctor Zalinda bercuti dan hanya available bulan April. I pikir-pikir, ndak ke tak ndak dengan doctor lain nie sebab doctor Zalinda aje yang memahami perangai I yang banyak songeh ini... but I decided... I try la doctor lain kat klinik dia nie. Lagipun, I tak nak tunggu lama-lama sebab husband I cakap, kalau kena sakit..huiii sakit rasa macam nak pengsan. Suspense I. But thanks God, so far I tak pernah lagi mengalami sakit gigi sementelah wisedom tooth pun tak tumbuh-tumbuh pun walau sudah bergelar neneks. Dalam pada itu, hati I rasa a bit lega jugak tak jumpa doctor Zalinda kang dia tengok I sure dia cakap dalam hati “ wah...minah nie tak tutup-tutup aurat lagi walau dah bertahun-tahun and makin tua” ah.. me and my assumption...

Sampai situ, I tak lama tunggu, kejap je, tak macam dulu. Dulu berjam-jam I kena tunggu. Bila assistant dia panggil, I maasuk je, I cakap nak pegi toilet dulu. Doctor yang rawat gigi I nama dia doctor Zalyana. Doctor nie pun baik and sangat cool. Assistant dia pun bagus sangat. Dalam process itu, sempat lagi la I berambik gambar hehe..mula-mula doctor nie tak nak, I kata..ala..(dengan penuh manja lagi).. I nak letak kat blog wakaka... Doctor siap gelak kat I, dia kata ok and siap nak tengok gambar yang I ambik hehe..Lepas tu dia kata promote la klinik nie, I kata of course dengan jelingan ayu (uwek..) I took lots of pictures and sempat lagi I hantar whatsapp gambar I kat group sisters Wo and Mbo itu. Oh yeah, lupa nak cerita, detik-detik yang I lalui. Mula-mula doctor tanya, nak jab (wah jab la pulak) ke? I kata tak nak tapi kalau I tak tahan nanti I akan mintak jab..(cewah..). Doctor nie buat bagus and dalam dia grill I punya gigi, sempat la I mintak pegang tangan assistant dia yang sweet itu wakaka.. drama tetap drama haha..(huii..banyaknya hehe hahah wakaka.. nampak sangat blog syok sendiri). Masa doctor check gigi I, dia kata dia nampak satu lagi gigi I ada shadow selain dari gigi I yang ngilu bila I floss itu. Dia kata nak tampal satu dulu ke and then next week datang lagi. I kata ok but then I decided suruh dia buat dua-dua sekali, wah...I sudah berani. Lagipun I malas nak datang banyak kali. Then doctor nie tanya nak buat scalling tak..I kata buat je... Ngilu ooii.. but I tahan dengan sepenuh hati.

Lepas abis dia buat semua gigi I.. I tanya ada tak gigi-gigi I rosak sebab I nak settle semua sekali. Doctor kata tak ada, I siap tanya lagi you. Then I tanya berapa kali setahun I kena check gigi, eventhough I tau but just to be sure, doctor cakap, after six month. Anyway, my gigi dengan dua tampal and scalling cost about RM290.00. Like I said, doctor nie bagus and yes, I tidak takut lagi untuk ke doctor gigi dan tiada langsung debaran di hati before, during and after. I guess, with all the experienced of my gigi history, ianya betul-betul mendewasakan I and membuatkan I lebih berani walau sekadar ke doctor gigi. If you rasa macam nak ke doctor gigi, pegi je, there’s nothing to worry about or jangan takut-takut. Tak ada apa yang nak ditakutkan. Kalau takut tengok jarum, jangan tengok pejamkan mata or mintak jarum untuk budak-budak macam I dulu. Kalau boleh tahan kena cubit, apa la sangat jarum itu. I buat root canalling dulu, lagi la seksa, dah la kena pegi banyak kali, procedure dia memang macam-macam and dengan kesan after effect each time balik dari klinik...huii..but percaya la if I yang pengecut ini can get through it, apalagi you all...kan? Pegi la Klinik Pergigian Zalinda, doctor dan assistant serta receptionist baik-baik from my experienced dari dulu sampai sekarang. Wah, iklan free nih.

Oh yeah, I got more story to share with you all... haha... apa lagi me and my drama la.... Nanti I karang yeahhh...tapi kena tunggu la.. nak kena cari mood jugak...

Sekian catatan I untuk kali ini...

Monday, January 26, 2015

Kisah Pergi Hospital

Sudah hampir sebulan tahun 2015 berlalu..kejap je kan.. So.. Aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar semua.... Aisye hip hop la pulak, mentang-mentang menang AJL aritu kan. It has been a week and most people are still talking about it. I don’t expect Joe and Sonaone to win memandangkan asyik-asyik lagu dan muzik yang hancur hati dan lembab je kan ...nevertheless, I am so so happy that hip hop won this year... finally... Lirik lagu tentang permulaan, pengalaman dorang dalam industri and how much dia rindukan bestfriend dia, best oo.. I tak perasan pun selama nie until I listened to the lyrics. Orang kata dia cuma bercakap and bait-bait lagu tak power la, suara Sonaone semput la... hey, there’s no restriction dalam seni nie.. Beside, I’m so tired di sogokkan dengan lagu lagu yang tiada memberi manafat kepada manusia sejagat, your lips are moving, your lips are moving..eh..apahal minah trainor nih hehe... Anyway, ramai yang tak puas hati dengan kemenangan dorang nie. Well.. you can’t be pleased all the time.. Biasalah ada suka ada yang tak. And people are still talking about Caliph Busker.. Persembahan dorang memang best and they deserved to win and same goes to Dayang Nurfaizah, vocal terbaik. The ending of Di Pintu Syurga was so unexpected, rupa-rupanya suara terakhir pilot MH370 and the song in a way kerinduan for them...tiba-tiba I terkedu. As for Shila Amzah, I didn’t care much for her music but I tak kisah dia dapat no. 2. Kasi chance la bakat muda tulis lirik and composed lagu. Kalau ada yang tak puas hati dengan pendapat I, please keep your thought to yourself because I don’t want to know what you have in mind hahaha... kejam, nak bash pun bash la dalam hati wakaka...

Anyway, tak ada apa-apa cerita menarik dalam hidup I yang serba serbi serdahana ini...eceh..macam cool je statement. So on the second week of this month, I went for my doctor’s appointment untuk buat ultrasound for my breast. Ingat kena buat mamogram sekali, mula la seminggu sebelum appointment tu, hati I dah tak keruan bila mengingatkan boobs I bakal dipenyek sampai leper...huhu... Bila ingat first time buat dulu, sakit dia rasa macam nak pengsan je. Hari-hari I mengadu kat husband I akan hati yang gundah gulana ini dan kengerian yang bakal I hadapi. Husband I cuma mampu buat muka simpati dan cakap kesian. So last Friday tu, pagi-pagi kita orang dah ke Gleneagles and I was so glad sebab cuma ada dua tiga orang aje. Tak lama kemudian nama I di panggil. Masuk bilik menunggu untuk buat ultrasound, immediately all of us kat situ di suruh tukar baju. Baju yang di beri walaupun bersih tapi teruk sangat, dengan talinya yang reput dan hanya satu. So pandai-pandaila kita ikat sendiri so that tak terbukak. Hazab sangat, dah la lama dan lusuh macam kain buruk aje. I don’t know why dorang nie tak tengok akan keburukkan baju persalinan ini. I should have took the picture. Lepas salin baju, I tanya staff kat situ, I nie kena buat mamogram jugak ke? Dorang check I punya record and paper cakap tak ada... Really?? I kata betul ke, macam tak percaya je sebab doctor Suseela cakap last year I kena buat for this year. Dorang kata kalau kat record tak ada tulis memang tak ada, hati yang direndami dengan airmata sejak seminggu yang lalu tiba-tiba terus menjadi mekar. Hilang segala keresahan dan tekanan di dada ini. I rasa macam nak head banging aje punyalah happy. Kita orang pun terus la berborak akan betapa sakitnya mamogram nie hehe.. Nasib baik sekejap je process mamogram nie, kalau tak, for sure I dah pengsan 10 malam berturut-turut.

I pun berborak la dengan orang-orang kat sebelah I. Ada perempuan cina nie cakap, dia tak ada kanser cuma ada ketumbuhan macam my case. Dia kata dia kena buat dua kali sebab benda tu tumbuh dua kali. Terus la I tak sedap hati, janganlah tumbuh lagi and nak kena bedah la pulak. Kang another round of my sob sob story kan. I tak suka betul kena bius nie sebab bahagian tangan I yang kena cucuk jarum akan rasa sakit sampai dua bulan lebih. Risau I ingatkan tak boleh baik. Lama la jugak I tunggu time I nak masuk bilik ultrasound and I pun start la tanya another chinese lady yang ala-ala classy itu. Dengan slang english berabuknya dia pun explained, mak dia ada cancer and then dia pun ada tapi dia dah buang nenen dia sebelah. Dia kata what to do. Bila fikirkan kita perempuan nie yang have go through this kind of thing, kena buang nenen la, kena buang sarang peranakkan la, kena chemo la, beranak lagi la dan berbagai-bagai lagi, I rasa kesiannya orang perempuan nie. Wahai lelaki, sayangi dan kasihanilah kami orang perempuan.. No, I tak menyalahkan takdir but it is a fact of life. And if I were given a choice, I still prefer to be a woman than man. Because I suka la pakai-pakai baju, pakai-pakai make up, berdandan semua hehe.. padahal masa kecik tomboy yang amat.. oh yeah speaking of tomboy nanti I cerita.. (nanti nanti nanti cerita...tapi ceritanya tak pernah ada....). So anyway, agak lama la jugak I tunggu berjam-jam you. Siap I keluar balik kat tempat husband I tunggu kat bahagian luar and ambik note tab I. Ingat nak main Hay Day (lama sudah I tinggalkan ladang dan hasil ternakkan I itu) tapi signal dari Dome tak kuat la pulak. Last-last I main word clue aje, ala.. yang teka-teka perbuatan itu (wah..bahasa melayu I sungguh unggul..hehe..). Baru nak teka anjing yang baring kat atas floater kat swimming pool, tiba-tiba nama I di panggil. Sebelum tu banyak kali I buang air kecil sebab sejuk sangat kat situ. Bila nama I dipanggil untuk masuk bilik, terus I cakap kat staff ke doctor dalam tu, I pegi toilet dulu, then staff kat luar cakap, salah bilik, mana la I tau, dorang tak bagi tau bilik mana hehe.. Bila dah masuk bilik yang betul, I di suruh baring. Oh God, again I have to wait. Kang nak buang air kecil balik. Dalam pada itu I berfikir, janganlah dorang lupa kat I yang dalam bilik nie. Kalau I tunggu sampai setengah jam, doctor tak masuk jugak, I akan keluar and tanya. Dah la dalam bilik nie sejuk kan beku pulak I.

Dalam masa lima belas minit, doctor pun masuk (I check jam you). Nama doctor yang buat ultrasound I nie Doctor Chong. Doctor Chong nie sangat peramah macam gang kamcing la pulak. Macam-macam yang kita orang borakkan about people, about diri sendiri.. humble la..macam bukan doctor, dah la ala-ala tomboy sikit. I yang low esteem akan nenen I yang kecik dan leper nie, mula la cakap, mummy and adik beradik perempuan I semua nenen besar-besar bila tiba kat I alahai.. macam size anak dara sunti je hehe.. Makanya berbagai-bagai theory yang kita orang discussed. Sesambil tu doctor kata tak ada ketumbuhan atau apa-apa dekat kedua belah nenen I, everything is perfect and normal. Ahh...I rasa sungguh lega. This time buat ultrasound kejap je, tak sampai 20 minit pun. Oh yeah, before I forgot, bilik ultrasound memang kena sejuk because of the ultrasound machine. Anyway, lepas habis buat ultrasound, we went to Dr Suseela’s clinic. Kita orang sampai early, appointment sepatutnya pukul 3pm but since datang awal and semua dah beres so our appointment dipercepatkan. Doctor tak sampai lagi, so kita orang cadang pegi makan dulu and datang balik pukul 12.30pm or 1pm. Since it was still early and baru je breakfast kuih tadi, we decided to lepak kat Starbuck although I don’t want to go there sebab pada I semua minuman or makanan tak menepati selera I. Unless it was Coffee bean, anything in Coffee bean is so delicious pada I. Anyway, since tak ada Coffee bean and kalau nak makan kat Gloria Jeans macam awal la sangat nak lunch makanya tak ada choice kena la jugak makan makanan ringan kat Starbuck.

Well, I ordered randomly je without giving much thought but it took me quite a while to choose. I only have a few bites lepas tu terus stop kerana seperti yang sudah di jangkakan, tidak menepati selera I. I minum chocolate ice blended pun tak habis. Lepas melepak for a while we went back to the clinic. Tak lama kemudian doctor Suseela pun sampai. Bila my turn masuk, Dr Suseela tengok I sambil senyum and cakap “I remember you, the one yang sangat takut itu”..wakaka... malu I tau... I cakap, I la doctor, the one and only and also the one that people always remember hehehe.. gelak doctor. Lepas doctor baca record, ultrasound and check my breast, doctor satisfied and suruh buat appointment for next year but this time kena buat mamogram...waaaaaa...nangis. But doctor suruh buat appointment masa I tak period sebab masa period breast kita bengkak dan sakit.

Sekian catatan I untuk kali ini...

Thursday, April 10, 2014

Aku dan Hospital

Hi, I’m back... I know lama I tak tulis apa-apa kat blog I, due to my kesihatan yang tak menentu dan secara automatically membuatkan I hilang mood. Baiklah tanpa membuang masa lagi (aisye...tetaplah dengan ayat formal nya haha...), biarlah I teruskan kisah yang bakal membuatkan you all bosan gila sebab kisah yang I nak share nie berkaitan dengan issue kesihatan yang penuh dengan unsur-unsur mintak simpati serta flashback yang dah basi...hehehe..

14th January, 2014

Lepas dua hari balik dari KL and setelah menelan ubat BP yang di ambik dari Dr Ganesan, my mabuk laut masih tak kurang-kurang and everynow and then I have to berpegang pada dinding-dinding rumah and whatever it is to support myself or when I want to walk around the house. Even duduk kat sofa pun kepala I bergerak ke kiri kanan. That is how bad it was. On the second morning (14th January) after I had my breakfast and telan the ubat, my sesak nafas menjadi-jadi it was getting worse and I can even see my baju dekat dada kiri bergegar-gegar. We decided to go to the hospital immediately. We chose Paolo although I’m not to keen about it but memandangkan dekat dengan rumah which took about 10 minutes or less kalau tak jam. Sampai kat hospital tu, we went to the reception counter and were told to wait for a while because dorang nak cari translator. Mind you, kat situ ada translator siap ber uniform lagi, siap bersanggul. Memang nampak class dan kemas macam pramugari international. Lupa I nak ambik gambar. Anyway, Each and everyone of them know how to speak all kind of language such as russian, arabic, chinese etc., yelakan nama pun translator. 

Then tak lama kemudian one translator came and she the one who took us around the hospital, to talk with the nurses and all. We were took to one section, a waiting room to meet with the doctor. There’s a lot of doctor’s room and patient there. I dengan husband I peratikan how these people buat kerja, nurses and all. I tell you, it was so smooth, efficient and sangat attentive. Kejap je, one by one nama dorang di panggil and masuk bilik doctor. Masa I pegi to the section, I was weight and my blood pressure was taken too. Blood pressure I sangat tinggi, berapa kali nurse tu ambik still tinggi, around 190, dah la I risau nak jumpa doctor and wondering what is wrong with me, di tambah dengan darah gemuruh rasa macam nak pengsan. Tak lama kemudian, I pun masuk bilik doctor. I dapat doctor berketurunan India/hindustani and his name is Doctor Nirmal Bhatia. Beside speaking english he knows how to speak thai fluently too. Doctor, tanya-tanya kenapa, I pun explained yang I tak boleh bernafas, tak stabil etc. Then doctor suruh I baring and check I punya heartbeat and dia cakap, sangat laju, dia check my blood pressure yang nurse tu ambik and then dia suruh I ikut nurse and untuk ambik darah and buat a few test. After dapat result dia suruh I jumpa dia balik. I, bila sebut je nak kena ambik darah terus la mengelabah macam biasa, ceh lah I nie kan... tak apa-apa tah. 

Then me, my husband, nurse and also our translator pun pegi la ke another section on a different level untuk ambik darah I. Masa nurse nak ambikd arah, macam biasa, I duduk and pusing badan ke husband I sambil berpaut kat lengan dia dengan pejam-pejam mata lagi haha.. Another nurse and translator senyum-senyum tengok perangai I. Tak sampai beberapa saat, darah I dah diambik, tak rasa apa pun, I sendiri terkejut. I cakap kat husban di, eh, kejapnya tak sakit la... (wah.. action eh?). Husband I cakap, mana ada sakit... Lepas tu, kita orang turun bawah untuk buat EKG (electrocardiography), untuk check jantung I. Macam-macam la wayar di lekatkan dada, pergelangan lengan and also kat area buku lali I. Lepas result keluar dari machine, I tanya nurse tu, ok ke, dia kata ok. Then I di bawa to another building untuk buat chest x-ray. Lepas tukar baju, terus nama I dipanggil, wah..kejapnya. Tak sampai lima minit. Then kita orang balik semula ke section tempat nak jumpa doctor masa I mula-mula datang. Nurse kata, result boleh dapat dalam masa 2 jam lepas tu kena jumpa doctor balik. Sementara tunggu result keluar, kita orang pegi makan dulu which is in the hospital.

Dalam hospital nie ada restaurant makanan arab. So tak ada la masalah nak cari makan kat mana. Oh yea, there’s another section in the hospital just for orang arab and it is quite big. No wonder la kita orang tengok ada a few orang-orang arab berjubah lalu lalang kat dalam hospital nie. And there’s a few local faces yang bertudung and yang lelaki pakai suit berjanggut. Maybe their translator and also representative kot. Then husband I cakap, maybe owner restaurant nie pun ada share kat hospital nie. Tak ramai makan kat restaurant nie, masa kita orang kat situ cuma ada one group of people and the rest is empty. I cakap kat husband I, untung tukang masak and waitress kat sini sebab banyak free time. The food was ok, biasalah makanan arab, sama je. 

Lepas makan, we went back to see the doctor. Lepas doctor check result, doctor cakap, I tak ada thyroid problem, blood count I pun bagus and that everything seems normal. Tapi doctor prescribed dua jenis ubat and then suruh I datang jumpa dia for the next appointment, next week. Lepas jumpa doctor, we went to another section untuk ambik ubat. Satu nama Miracid and satu lagi Motilium. 

21st January, 2014

After one week, we went back to the hospital and meet with Doctor Nirmal again. This time he was on the 3rd floor because he has to see a patient who is leaving for overseas. As usual, I was weighted and my blood pressure di ambik. Then masuk jumpa doctor. Doctor tanya-tanya and I cakap sama je, nothing change. Then doctor prescribed the same medicine and told me to makan the ubat for one week and then stop for another week. And jumpa dia in two weeks time

During those time kat rumah, I makan for 5 days ubat yang doctor prescribe but after that I tak makan sebab I feel like I bertambah worse. Hearbeat I bertambah laju sampai I rasa nak pitam. Oh, tak tau I nak cakap betapa panic dan takutnya I, mana la tau tiba-tiba I kojol dan dan tu jugak. Terus I kesian kat husband I, mesti dia lonely kalau I mati kan... huhu sedih oo...


(Section Jantung)

4th February, 2014

After two weeks, we went back to the hospital and meet with Doctor Nirmal again. Same procedure, I was weighted and blood pressure di ambik. Doctor check jantung I, masih laju lagi, then dia check my blood pressure, sama je tinggi. Doctor tanya macam mana, I kata sama je, I masih lagi tak stabil lagi, susah nak bernafas etc. Then doctor decided to refer me to pakar cardiologist. So kita orang plus one nurse pun di bawa ke section jantung on another level. Sampai kat situ, I tengok muka-muka yang menunggu kat waiting room tu, semuanya dah tua-tua, pangkat nenek-nenek datuk. Ada pakcik sorang tu dia pandang je I, not pandang “as in pandang”, tapi see through – pandang I tapi macam pandang tembus... get what I mean? Muka macam dah give up je.. Dalam hati I kan..tengok orang-orang tua kat sini, macam tak lama je.. tiba-tiba hati I jadi sedih dah sayu, mula la nak buat adegan airmata kasih kan.... Yelakan.. orang yang menunggu kat situ semua dah tua kerepot kendur bagai, tiba-tiba je diva kylie minogue nie pun join menunggu sekalikan (pengsan juling).. maunya hatiku tak resah... On top of that, I tertanya-tanya, I nie ada penyakit lemah jantung ke...huhuhu... cemas tau, ndak-ndak diusia yang masih “remaja” ini kah kah. 

I cakap kat husband I, “tengok la muka-muka yang menunggu tu, I sorang je masih muda”, husband I kata, “ish tak ada la..tengok tua ada sorang dua tu muda lagi”. I kata “no lah, nie mesti dorang temankan atuk nenek dorang”. Husband I kata, “don’t worry, think positive, you’re not having any heart problem”. Sekalikan, airmata I bergenang and mula la I nak berdrama kat situ. I cakap kat husband I, “matilah I tak lama lagi (hahaha..nak gelak bila ingat balik), kesian you tinggal sorang-sorang, you jangan kawin lagi eh, nanti you tak jumpa I kat syurga (ahaha.. confident je pegi syurga)”, sambil kesat airmata. Husband I cakap, “eh, you nie”, don’t worry, you tak ada apa-apa, I’m very sure there’s nothing wrong with you”. Then I cakap, “if there’s something wrong with my heart, biarlah..dah nasib I, apa nak buat”, kekonon pasrah lah kan.
(Wire kat dada and perut I)

Then nurse datang, nak weight and ambik my blood pressure. Lepas tu duduk balik and tunggu nama di panggil. Tak lama kemudian, nurse datang, bawak jumpa doctor. Masuk je, wah.. I dapat doctor yang macam grandfatherly looking, atuk-atuk. Kalau dia tak pakai baju doctor sure orang ingat atuk kebun je ni. Nevertheless, I was so happy sebab makin tua doctor tu maknanya makin banyak pengalaman and mesti orangnya sabar. Nama doctor nie Doctor Thatchai. Dia sangat fluet berbahasa Inggeris and cakap baik-baik je. I peratikan tangan dia, sebab orang kata heart surgeon or surgeon nie jari jemarinya panjang and lurus and yes, I can’t agree more. Doctor baca I punya record from doctor Nirmal and then dia ambik my blood pressure and I explained everything to him. Then doctor suruh I buat physical test, EKG and lepas tu jumpa dia balik to discuss the result. One thing I like this hospital sebab you will get your result on the same day, sungguh efficient.

(With one of the nurse yang buat test physical kat I)

(Pose dari tepi)

So I pun buat la EKG again. Nasib baik tak sakit, cuma sejuk je bila nurse letak gel etc., dan again bawah nenen ku kena tampal. Nurse pun tak heran dah menengoknya tapikan dorang nie sangat polite and cool aje. Bila I tanya, ok ke EKG I, dia kata nanti doctor akan bagitau, I kata, bagitau la, I tak akan bagitau doctor, see..kuasa memujukku... dia kata, all ok sambil senyum-senyum manis. Lepas tu kita orang makan sebelum memulakan test yang lain. Lepas makan, pegi balik semula kat tempat tu. Then nurse panggil masuk and suruh tukar baju and dia suruh I pakai kasut stokin and kasut sport sebab nak buat physical test, kena belari atas treadmill. I dah la lama tak exercise, dalam hati I cakap, nie mesti semput. Sebelum memulakan larian epic I nih, habis bahagian atas badan I di tampal dengan berbagai-bagai jenis wire yang berselerakkan. Then nurse pun suruh la I lari, then stop, lari, stop sampai I tak larat dah. Sempat la lagi I berborak-borak, tanya kisah riwayat hidup dia, bila dia start kerja etc.. ala cute nya bila dia tersengih, menampakkan braces nya itu di tambah dengan intonasi suaranya yang lembut dan english nya yang berterabur..hehe.. Bila dah habis test lari-lari nie, nurse suruh I baring kat atas katil yang ditutupi dengan kain tirai. Nurse cakap husband I boleh ikut sekali. I tengok kat sebelah katil nie ada macam monitor scanning ultrasound.

(With very kind and attentive Doctor Thatchai)

Tak lama kemudian, doctor pun datang and duduk sebelah katil I. Then doctor buat ultrasound/scan jantung I, sesambil tu dia explain and cakap jantung I perfect, tak ada defect, tak ada blocking, tak ada bengkak and sangat sihat. I rasa sungguh lega dan so happy, hilang segala resah di hati ini. Then dia tunjukkan kat monitor rupa jantung I yang tengah berdegup itu. Husband I ngeri tengok jantung I gerak-gerak siap ada bunyi-bunyi. I kata ala, apa nak takut, that is my heart. I’m so proud, maknanya I’m still alive and jantung I tengah berkerja hantar darah sana sini. Sementara tu I suruh husband I ambik-ambik gambar I. Sibuk la I kan... Lama jugak doctor scan and explain macam-macam kat I. Habis buat scanning nie, I jumpa doctor and dia explained all the test and the result yang I buat dari pagi tadi. Doctor kata, everything is perfect except for my blood pressure yang tinggi itu. I know the same old issue. I tanya macam mana I boleh ada high blood pressure? I tak makan hari-hari benda berlemak and masin. I tak kerja, I sorang-sorang aje kat rumah and tak ada benda yang boleh buat I stress. Doctor kata, some people memang dah ada benda-benda nie sejak dari lahir lagi. Then doctor prescribe I ubat and suruh I datang in ten days time. Sebelum balik, nurse datang bawak satu gelen botol and suruh I kencing kat dalam botol for one day and next day bagi kat hospital sebab dorang nak buat test. Nak tergelak I. I cakap no problem sebab I nie kuat kencing, setakat setengah gelen nie tak payah tungggu satu hari, setengah hari pun dah penuh wakaka.. I cakap kat husband I, on the way to work next day sila hantar air kencing sakti I tu, husband I cakap eee... I cakap kat husband I, mintak-mintak masa dia bawak, tudung botol tu terbukak and tersimbah kat baju kerja dia hehehe..

(0ne of the section untuk ambik ubat.  Ada tiga tempat untuk ambik ubat kat hospital nie)

14th February, 2014

After ten days, we went back to see the doctor. Malam sebelum pegi hospital doctor dah pesan suruh berpuasa, stop makan after 12am. Sampai hospital and ke bahagian jantung, macam biasa nurse my weight and blood pressure. Then nurse panggil untuk ambik darah. This time, I langsung tak takut and cool aje, maybe sebab dah biasa. In fact masa nurse ambik darah, for the first time in my life, I tengok the whole process dari mula sampai dia cabut jarum and tampal plaster kat lengan I. Husband I impress tengok akan keberanian I ini. Wah... minah nie apa lagi, tak habis-habis la mengulang tayang kisah akan kecekalannya itu. Tak habis-habis I perasan memuji diri sendiri yang berjaya melepasi dugaan yang “maha hebat” itu. I kata, tengok I tak takut pun, tak sakit la..eleh..macam la bukan I yang bergayut kat tangan husband I a few weeks ago masa nurse ambik darah. But hey, at least ada la progress dalam diri I yang pengecut lagi manja mengada ini ekeke... Lepas ambik darah, I diarahkan ke bahagian yang I pegi x-ray aritu. But this time tak buat x-ray, instead I kena buat ultrasound seluruh bahagian perut I. I kan belum makan dari pagi and mula la I dah rasa lapar but memandangkan lepas nie I ingat nak lunch so I tahan je dulu. Lama la jugak masa orang tu buat ultrasound kat perut I. Kejap-kejap dia suruh I tarik nafas and then tahan, tarik lagi, hembus dan berbagai-bagai. Lepas abis buat nie I kena pegi balik jumpa doctor. Bila doctor check I punya record, dia suruh I pegi lagi sekali kat tempat tu sebab orang kat situ tak buat another ultrasound kat I. Bengang la I sebab I dah nak lunch perut I dah lapar.

So dengan penuh rasa geram yang amat, I pegi balik kat situ. I dah start complained lapar kat husband I. Husband I pun lapar jugak. Masuk kat tempat scan ultrasound tu, I sound orang yang buat ultrasound, kenapa dia tak buat sekaligus so that I tak payah pergi balik. Dia kata ramai orang sebab tu dia tak dapat complete terus, kira kena buat berperingkat-peringkat. Sekali airmata kasih I berlinangan hahaha...I cakap, I sangat lapar and tak makan dari pagi tadi and sekarang nie dah pukul 2pm and I rasa macam nak tumbang. Panic budak tu, dia dengan assistant dia pujuk I and cakap aww penuh simpati. Then dorang suruh I baring and buat a second round of ultrasound. Sesambil dia buat my ultrasound, sesambil tu jugak airmata rimau yang tengah kelaparan ini mengalir, takut-takut budak dua orang tu hehe... Tak pernah I nangis lapar tau, first time. Sensitive betul I during that time. I risau bukan apa, I takut I nak pitam lagi, sampai sekarang I masih trauma.

Bila dah habis budak tu buat, cepat-cepat dia suruh I pegi makan. I dengan husband I terus ke kedai arab yang dalam hospital nie untuk makan. Bila food sampai, I makan dengan tak makannya sebab dah terlampau lapar and selera pun sudah hilang. I makan sikit-sikit and then balik semula ke section jantung untuk jumpa doctor. Tak lama kemudian, I masuk bilik doctor and doctor bagitau result I bagus. I don't have any heart problem, my liver and all bahagian dalaman kat badan I perfect dan tak ada masalah apa-apa. I was so relieved bila I dengar result I itu. Tak habis-habis I senyum-senyum. Then doctor prescribe the same medicine and suruh datang jumpa dia in a month. Another tiring day for me, each time I jumpa doctor mesti sampai petang sebab nak tunggu result and also doctor nie ramai patient buat appointment dengan dia.

(Tetaplah nak bergambar dalam bilik persalinan)

14th March, 2014

Another appointment with the doctor and as usual, nurse ambik blood pressure and weight I. Tak lama kemudian, I jumpa doctor and explained what's going on and how I feel etc. Doctor tengok ubat cholestrol yang I dah makan for a year from doctor Ganesan. Dia suruh I datang jumpa dia in three months time and fasting sebab dia nak ambik darah and check everything. 

I'm so glad that my husband was able to sent and go with me to the hospital even on weekdays due to the closing of his office for these past three months. Dia start kerja balik pun early april, lepas orang yang berdemo negotiate dengan government and keluar dari office. I'm so glad that we chose this hospital beside near to the hospital, layanan dan kecekapan mereka memang first class!  

Anyway, akhirnya habis jugak entry I yang tertangguh-tangguh sejak berbulan-bulan yang lalu. 

Sekian, catatan I untuk kali ini.

Tuesday, December 10, 2013

Aku, Drama Dan Emosi..


(Yesterday was the last day of anti government demonstration. I boleh dengar and nampak from my condo akan perarakan itu dekat main road. Ramainya orang berjalan-jalan and sangat panjang. Rasa macam nak capai je camera, turun and take a few snap ala-ala CNN reporter la pulak kan but memandangkan I nie chicken, manala tau something bad happen during those rally ke so I hanya mampu memerhatikan dari jauh dan mendengar akan suara leader dorang yang serak pecah itu di corong-corong loud speaker tanpa memahami sepatah haram pun yang di perkatakan. Bising with all the sorakkan peyokong dorang nie)

Anyway, this is one of or should I say maybe my the longest entry blog ever hehe... Thank you for being so patience, percayalah, pernantian anda sangat berbaloi *alahai perasannya I, macam la best sangat cerita I...

Here goes...

I was supposed to attend my younger sister, Mbo’s convocation at Putra Jaya and we had planned it about a year ago but since masa I surgery aritu husband I kena jaga I for two weeks, makanya plan I terpaksa dibatalkan. Husband I kan baru kerja dua bulan kat sini and itupun dia bernasib baik dapat cuti walau kalau nak diikutkan mana boleh kan. Furthermore, kerja husband I bertimbun disebabkan cuti tu and also dia ada meeting on Friday, the day that we were supposed to fly back to KL. Frust la jugak I sebab I dah siap-siap bawak baju and kasut dari KL aritu and ingat bila touch down kat airport, terus check in hotel kat putrajaya without balik rumah kat KL. Well, apa nak buat, kita hanya mampu merancang, the rest is up to Allah. But I’m so proud of her. So I called Mbo a few days before the event and told her that I can’t make it. She said, it’s ok, nanti dia akan buat Master and masa convo nanti I mesti datang.

Anyway, about three weeks ago Wo, Mbo and myself had a conversation/whatsapp, with me asking them particularly Wo (memandangkan umur kita orang dekat je, beza dua tahun), whether she has this some kind of a floaters, a dark spot thread and a bubble things wandering in her eyes. Dia cakap dia tak ada. Then Mbo said, I better check it out, it might be a retina detachment. I kata ok nanti I check dengan doctor mata kat sini. After the conversation, I pun google la and I was so shocked to see that my symptom nie exactly like retina detachment punya disease and it is very dangerous. I pun teruslah jadi emotional, susah hati, depress, sedih, kecewa you name it. I jadi sangat risau, terus la terbayang yang I nie bakal jadi buta kalau terlambat (it has been a few years since I first notice those floaters etc.) and tak akan dapat tengok movie or tv lagi (ada ke itu yang I pikirkan, maklumla hobby teragung). I langsung tak ada mood nak buat apa-apa. Husband I cakap jangan risau, I belum check doctor lagi but I kata memang confirm I dapat penyakit mata nie according to the google and I’m very sure of it. I pun start la bergenang air mata but I cuba tenangkan hati I dan pasrah la dengan apa yang bakal menimpa. Bila I baca pasal recovery nie lagi la I hati I bertambah kacau bilau sebab teruk sangat and some regain dia punya sight balik after many years and some terus buta. And sakit lepas surgery tu jangan cerita la, separuh tu cakap kepala rasa macam kena tendang dengan kuda...huhuhu.. Oh.. you should see how down I was during those time.

I cakap dengan husband I regardless what it is, I akan buat surgery di KL instead of Bangkok. Don’t worry about whose going to take care of me, I tau la macam mana nanti. Husband I kata, dia akan berhenti kerja kalau dia tak dapat cuti, wah.. drama sungguh. But still husband I cakap, don’t worry about it, its nothing and dia confirm I bukan kena retina detachment nih. Tapi I mana nak dengar nasihat or cakap husband I, lagi dia nak bagi I tenang lagi la I bertambah risau. Tiba-tiba I jadi alim semacam la, terus nak bertaubat la, kejap-kejap berzikir, tasbih bawak merata-rata, sembahyang pun jadi khyusuk, lepas solat terus baca buku-buku agama and baca yassin walau dalam bahasa rumi, then teringin nak pakai tudung bagai, siap dah plan nak pakai tudung labuh lagi you and try pashmina lagi..haha.. Selalu lepas solat, doa I pendek-pendek je but not during that time, doa I punya la panjang rasa macam tak nak stop aje.. Kejap-kejap I memujuk hati sendiri, I cakap dalam hati, tabah la hati, berserahlah, terima la ketentuan Allah, Allah sayang kat I sebab tu I have all this dugaan, this is nothing, orang lain lagi teruk, kalau I nak buta, buta la kalau itu yang terbaik pada Allah, biarlah I terseksa di dunia asal I bahagia di akhirat or masuk syurga nanti... ah... syahdunya.. All kind of motivasi diri lagi you... Tiba-tiba all the quotes yang bagi kuat semangat or think positive sungguh bermakna bagi I.. selalunya I sekali baca je...

Then I google cari the best hospital mata kat Bangkok and sambil tu I suruh husband I book appointment doctor mata kat KL. I kata I want a few opinion before I decide but walau apa-apa pun I nak buat surgery kat KL. I baca merata-rata forum expat kat Bangkok pasal best doctor and hospital mata. Then I found one, Rutnin Eye Hospital Bangkok. Katanya Thailand Premier Eye Hospital for over 49 years and the only one at Bangkok yang mainly cater to mata sahaja. Then I called my husband and asked him to book and make an appointment with the doctor.     
 

Makanya, the Saturday’s Mbo’s convo was the day I pegi ke hospital mata ini. But that night sebelum pegi, I dah tak dapat tidur. Again, macam kes I yang nak kena surgery nenen kat KL aritu and same goes to masa surgery gallbladder dulu kala. Oh, I tell you, malam tu kejap-kejap I pusing kiri kanan and terjaga dengan dengkuran husband I. Dada I berdebar-debar memikirkan apa yang akan berlaku or news yang I akan dapat nanti. I dah rehearse apa I nak cakap dengan doctor, apa baju I nak pakai and how am I going to react to the news.. hoho.. kena rehearse ke? Sesambil tu I berzikir sambil berbaring nak tidur dengan tasbih tak lepas dari tangan sampai la I terlena berzikir benda lain and terkejut balik. I terlelap kejap and around 4am, I terbangun and tiba-tiba airmata I mengalir bila mengenangkan nasib ini.. (huh..self pity la sesangat). Ilham buat puisi tiba-tiba datang non-stop, berbagai prosa, metafora, you name it, berlegar-legar di fikiran usang ini wakaka..wah... kalau dah berdarah seni darah seni la jugak...*lentok. Punyalah dramatic sampai tak tau nak pilih mana satu tajuk for my puisi ini contoh Meraih Hati Yang Rawan la, Hati Yang Germisi la, haha..shit punya title!. 
 

Next day tu, pagi-pagi lagi kita orang dah keluar rumah since the appointment was at 9.30am but we have to be there around 8.30am. I pakai spec instead of contact lense, leceh nak bukak-bukak and nak kena bawak solution lagi. Lepas turun dari BTS, kita orang ambik taxi. Sampai kat hospital I tengok kat ground floor tempat mendaftar tu, orang tak ramai and hospital nampak kecik aje. Ingat nak snap gambar tapi since I tak ada mood, I kata dalam hati nanti la. Lepas register dan diberi nombor giliran, kita orang naik second floor, bahagian retina. Bukak je lift, oh..ramainya manusia and same goes with the nurse, ramainya nurse kat situ.. muda-muda dan sangat cute. No wonder la some of the forum expat yang I baca, ada a few mat salleh pegi hospital lain not hospital mata nie, puji-puji the nurses kat bangkok. Seriously, muka dorang nie lebih kurang, kecik, slim, kulit putih, rambut hitam bersanggul, bertopi, same uniform, maunya mat-mat salleh penasaran tak suka. Yelakan.. perempuan mat salleh or their nurses kat negara dorang kebanyakkan badan tinggi besar-besar, tua-tua, shape muka bersegi and perangai dan juga cara percakapan pun agak kasar dengan muka masamnya lagi. Ini bukan I cakap but base on the comment yang dibaca, kang ada yang kata I bias just because I nie asian..haha..like I care? So anyway, 80% orang or patience kat situ adalah local, tak tau la pulak kalau some of them orang asia dari south east asia jugak, al maklum muka kita nie kan lebih kurang je.

While waiting for my name to be called, I suruh husband I ambik kan air yang dah disediakan kat situ, air mineral or chinese tea. I mintak dia ambikkan air mineral aje sebab kalau minum chinese tea, chances of me kejap-kejap pegi toilet is very high. Sementara tunggu nama I dipanggil, I saw satu pasangan suami isteri yang I presume datang dari somewhere in timur tengah/Pakistan/India (berdasarkan wajah dan juga warna kulit and definietly is a muslim sebab bini dia pakai tudung/jubah) in front of my seat. Well.. hehe..need I say more? Yea, kakak korang yang peramah ini pun menegur la dengan gigihnya. I tanya, dorang nie jumpa doctor kenapa and which one of them yang akan jumpa, although I know sure yang lelaki nie sebab dia pakai spec but who knows la maybe bini dia ke. So husband dia pun cakap, dia yang nak jumpa. I kata bagus ke hospital nie? Dia kata bagus and it was not his first time. About five years ago dia pernah datang sini. This time dia datang nak buat check up aje. I cakap I dari Malaysia, bila dengar je nama Malaysia, muka dorang berubah wajah ceria, yelakan siapa tak kenal Malaysia, thanks to Tun. Bini dia tanya, Malaysia tak ada good eye doctor/hospital ke. I cakap, husband I kerja sini sebab tu I datang sini je. Tak lama kemudian, nama I di panggil and we have to go to another section. Lepas mintak diri, sempat lagi I bagi salam. Then we went to the counter and bagi our file. Tak lama kemudian husband I cakap nama I di panggil although I tak dengar. I kata no lah, it’s not my name and it can’t be that fast. Husband I insist that I should go to the nurse at the counter yang supposedly called my name. I pun pegi and tunjuk my number, nurse tu suruh I duduk. Apparently, it was not my name. I sungguh geram and malu sebab dua tiga kali I tanya-tanya nama I di panggil and berdiri-diri kat situ. Then I bejalan balik sambil pandang muka husband I dengan mengerutkan muka I. I cakap, I told you, it’s not my name. Masa tu I rasa macam nak telan aje husband I. Orang kat situ pandang-pandang I. Then I duduk balik. Dia kata, dia dengar macam nama I kena panggil. I kata bukan la dengan muka gangster lorong I ini. Husband I memang tau...selalu bagi I scene malu yang tak sepatutnya..

Lepas duduk tu, I perasan ada dua lelaki and sorang perempuan kat belakang I. Sebelum tu I ada tengok dorang tunjuk passport kat counter masa I duduk-duduk and I guess dorang nie bukan local sebab local mana ada tunjuk passport. And haha.. I pun tegur la ekeke... (kepoh kan?). I tanya, where are you from? One of the guy nie cakap dorang datang dari Kemboja sambil senyum-snyum kat I (thanks God, he didn’t find me annoying, ye ke?). I tanya siapa yang nak jumpa doctor, dia kata kakak ipar dia and dia introduce perempuan tu and also abang dia. So abang dia punya bini la nie. I tanya kakak ipar dia but she doesn’t know how to speak english and muka senyum-senyum kelat je. Adik ipar dia explained, kakak ipar dia nie ada nampak floaters. I cakap, sama macam I. Then I tanya, first time ke datang sini. Dia kata tak, dulu dia hantar mak dia ke sini and hospital/doctor sangat bagus. I tanya, dia datang sini semata-mata nak hantar kakak ipar dia ke dia kata dia ada business so kira menyelam minum air la kan. Dia kata kadang-kadang dia datang and buat check up kat Hospital Bumrungrad. I kata, hospital tu mahal, abang dia terus gelak sebelum tu abang dia cuma senyum-senyum je, although tak tau cakap english, bila I cakap very expensive, tau la pulak dia kan. Then dia kata sebelum nie dorang buat medical check up kat Elizabeth Hospital kat Singapore. Dalam hati I cakap, wah... kaya dorang nie although pakai biasa-biasa, peramah, humble dan berbudi perkerti pulak tu. Dia kata Elizabeth Hospital nie lagi murah (dalam 15% je) in comparison to Hospital Bumrungrad kat Bangkok nie tapi kalau dah kira makan, hotel etc.. lebih kurang sama or lagi mahal kat Singapore.

Tak lama kemudian, nama dorang pun kena panggil untuk jumpa doctor. Then nama I di panggil and di suruh ke section lain. I was asked to remove my spec and nurse kat situ check my spec. Then dia check mata I and cakap wind. I ingat apa la wind wind nie kan. Rupa-rupanya, bila I letak muka I kat machine tu ada angin keluar hembus mata I. Tiap kali angin nie hembus mata I, tiap kali tu jugak la badan I terangkat-angkat sebab sejuk angin tu bukan sakit pun tapi acting je lebih... Lepas tu dia check mata I macam yang kat kedai tu, suruh I baca apa yang kat dinding. Lepas abis dia check, I kena duduk balik kat section tadi. Tak lama kemudian, nama I dipanggil and kena pegi tu another section ( I know, banyak sangat section). Bila masuk the section, I tengok eh kenapa macam ada katil-katil and tirai?. Takan la doctor check kat tempat macam tu, macam makeshift punya tempat je. Then I tengok ada ramai orang tengah duduk, separuh tu tengah pejam mata. Then that kemboja guy berserta abang and kakak ipar dia pun ada. I tanya macam mana dengan kakak ipar dia, dia kata dorang dah jumpa doctor and doctor suruh dorang pegi ke tempat nie and datang jumpa doctor nie balik lepas buat procedure kat sini. Wah... I cakap kat dia, eh, kenapa I tak jumpa doctor lagi and terus ke sini? I pun sibuk la bagitau husband I and then I pun kecoh-kecoh la tanya nurse kat situ, kenapa I tak jumpa doctor dulu sebelum ke sini. Nurse dengan senyum penuh lembut cakap, dia kena letak liquid kat mata untuk bagi pupil I membesar so that doctor boleh check dalam mata I. I kata ok walau tak habis-habis I cocet dengan husband I, tak puas hati la kan.

Then nurse tu suruh I duduk dekat machine untuk check my blood pressure. And as usual, blood pressure I naik. Dia kata tak apa nanti dia akan check lagi. Then I duduk balik kat seat. Lepas tu dia kata nak letak liqiuid kat mata I. I tanya sakit tak? Dia kata tak cuma pedih sikit-sikit. No wonder la perempuan kat sebelah I pejam mata sambil mendongakkan kepala ke atas. Sebelum dia letak, nurse nie cakap, mata I akan kabur for a few hours or sampai petang. Lepas dia titik liquid tu, I tanya, boleh ke I bukak mata. Dia kata boleh kalau tak pedih. Orang kat situ semua senyap, I aje yang bising-bising tanya-tanya soalan hahaha... Bila ingat balik perangai, alahai I nie kan.... Bila I bukak mata tak lama kemudian I terasa pedih cepat-cepat I kipas-kipas mata I and pejam mata I balik. Tapi tak tahan pejam lama sebab sibuk nak tengok orang keliling. I bukak balik mata I sambil tu mencari-cari wajah kesayangan hamba itu hehe.. Sempat lagi I tengok husband I tengah berborak dengan orang kemboja tu. Tak lama kemudian, nurse nie pegi kat I balik and check my blood pressure and seperti yang you all telah sedia maklum blood pressure I lagi naik. Oh, balik nanti I nak jumpa my doctor and insist nak makan ubat high blood la, risau I tau. I dah berapa kali mintak tapi dia tak nak bagi jugak. A few minutes later, nurse datang balik and titik balik kat mata I. Dia kata, dia kena titik tiga kali after a few minutes. Lepas abis procedure nie, I ingat sure kena baring kat katil yang ada tirai-tirai nie but I was asked to go back to the same section before untuk jumpa doctor.

Balik ke section tu, I tanya husband I mata I macam mana. Husband I cakap anak biji mata I besar. Gelak-gelak dia tengok. Then I ambik cermin and I tengok sendiri..hehe... memang betul, pupil kita yang biasa kecik ini jadi besar, macam tak cukup ruang untuk iris macam mata orang makan meth je. Husband I cakap ada iras-iras mata ular. Really kelakar tau, mata I macam mata kartun manga. Then I pegi toilet kejap walaupun tak ada rasa nak buang air kecil, mana la tau masa doctor check tiba-tiba I rasa macam nak buang air kecil ke sebab nervous and all. Tak lama kemudian serasa bagai nama I di panggil oleh nurse and husband I suruh cepat-cepat masuk. I masuk je I tengok, eh, kenapa doctor nie nampak muda bukan yang macam I tengok kat internet. I terus tanya, what is your name doctor. Sekali doctor tu tanya I balik, what is your name.. hahaha.. Then I sebut nama I. Then nurse tu tengok kat file yang dia pegang and it was not my turn yet. And it was not my name that she called. Then I dengan husband I keluar balik, aisyemen, how many time I nak kena malu nie? On the way nak keluar dari bilik doctor, I cakap kat husband I, I swear I heard my name and husband I cakap dia pun dengar sama. Lepas tu I cakap kat husband I, agaknya nenek tua kecik rambut beruban, berkain batik berselisih dengan I masa I nak keluar bilik doctor and dia masuk tu agaknya kot yang nurse nie panggil and maybe nama dia sama dengan nama glamour (la sangat) I tak?

Lepas nenek tu keluar, tak lama kemudian nama I pun di panggil. Doctor baca I punya file and I explained kat doctor pasal I nampak floaters, macam rambut halus, bubbles kat mata I. I cakap yang bila I pandang something, it seems that ada a few spot menghalang pemandangan I but I still can see the things or figure in front of me. Then doctor pun check mata I yang macam check mata kat kedai mata but lagi sophisticated. Then dia suruh I baring tanpa bukak kasut. Then dia tutup lampu and dua nurse bediri kat sebelah dia. Masa dia pancarkan lampu kat mata kanan I, meleleh-leleh airmata I, bukan sebab I sedih tapi keluar automatically. Dia suruh pandang atas, bawah, kiri dan kanan. Then bila dia pancarkan lampu kat mata kiri I pulak, oh, this is a bit uncomfortable sebab selain dari airmata I keluar meleleh-leleh, I rasa silau yang amat sampai terangkat kaki I. Doctor tanya I kenapa, I kata mata silau sangat. Then doctor said something to the nurse and nurse tu kurangkan aircond, mungkin dia ingat I sejuk.

Lepas tu nurse bukak lampu and doctor explained kat I and husband I. I tanya, I ada retina detachment ke. Doctor kata no and mata I tak ada apa-apa. Ya Allah! I was so relieved. Buat penat aje I menjeruk perasaan selama seminggu lebih itu. Dengan all the drama, the sadness, the airmata selju bergenang, dengan depress, dengan segala puisi syahdu, tak lalu nak makan la, siap dah plan nak practice kalau lepas kena surgery – nak baring macam mana la, siap pikir nanti kalau I terbuta macam mana nak bejalan, baju nak pakai, cara nak masak, buat air tea/coffee bagai..oh dear, I know, imaginasi I memang melampau dan tak terjangkau oleh pemikiran korang hehe but honestly, that is what I had gone through and over nothing! Then doctor cakap, I punya power sangat tinggi and beside I dah berumur *merana..itula punca kenapa I ada this floaters and all. I tak puas hati, I tanya lagi sebab nak confirm pasal retina detachment tu. I tanya tak ada tear ke, dia kata tak ada. How about benda yang cover penglihatan I yang macam flash. Doctor tu kata, mata kita nie macam kulit, kalau pinch hari-hari dia akan jadi macam tu. Then I tanya, apa I kena buat and boleh hilangkan ke. Doctor kata, tak boleh hilang, as we grow old benda nie akan ada kat setiap orang. So stand by la korang nanti yea..hoho... Then doctor sambung lagi, eat lots of vegetables and fruits. I tanya bila I kena datang lagi for check up, doctor kata, datang after six months or check once a year.

Lepas keluar dari bilik dia, kita orang nak turun ke bawah untuk bayar bills and ternampak gang kemboja nie. I tanya macam mana dengan kakak ipar dia, dia kata, tak ada apa-apa cuma abuk. Dia tanya I punya case, I cakap I dah tua sebab tu la nampak all this things then all of us gelak. Then we said our goodbye. On the way nak turun, husband I cakap, kan dia dah kata, bukan retina detachment and dia sangat confident itu bukan. I kata kat husband I, macam tak puas hati je. I kata balik KL nanti I nak pegi check lagi sekali. Husband I cakap, I pegi doctor mata, apa yang I tak satisfied, dia dah diagonse I tak ada apa-apa, dorang ofcourse expert dalam bidang nie and he has all the experienced and he knows what he’s doing and talking about. I kata, yela yela... Bila keluar dari hospital nie, oh... punya la terang benderang, sampai I tak boleh nak bukak mata sebab silau yang amat. This is due to the pupil I yang masih dilated lagi and it will take a few hours or until the evening for it to go back to it original size. I bukak spec and pakai spec hitam. Jadi bertambah kabur la pulak. I berpegang kat husband I macam orang buta, kalau bawak tissue memang confirm orang ingat nak jual and mintak derma. Originally husband I ajak naik taxi tapi I insist on bejalan, ingatkan dekat, berpeluh habis dengan panas and with all the vehicles around. During those bejalan moment, husband I asyik merungut, jauh la, panas la, mana BTS nie tak nampak-nampak and dia siap tanya guard kat one of the building betul ke jalan yang kita orang tengah menapak nie jalan ke BTS. I kata jangan nak malas-malas.. exercise... Husband I pulak bejalan agak slow, I fed up I terus jalan ke depan dengan rabun nya lagi and tah macam mana sikit lagi motorsikal nak langgar I masa I seberang jalan. Husband I cakap, penunggang motorsikal tu siap geleng-geleng kepala lagi. I kata, you la jalan slow sangat. Husband I cakap, sabar la.. Balik dari situ, kita orang lunch kat restaurant kat MBK. During makan tu, Mbo hantar gambar gambar dia convo dan dorang yang attend such as Mummy, Wo and laki dia. I kata kat husband I, rasa rugi la. Husband I kata, tak apa, dah fated you tak dapat pegi walau macam mana you merancang sekalipun. Allah knows better. Yela.. Ustad...

Lastly, in my opinion and base on my experienced, Rutnin Eye Hospital nie sangat bagus dan efficient walaupun ramai patient. Service sangat teratur dan hospital sangat bersih. Harga berpatutan, tak mahal. Layanan amat memuaskan. Air minuman mineral and chinese tea sentiasa ada di setiap floor, bukan pakai botol tapi pakai gelas yang ditutup dengan plastic. Orang-orang and nurse kat situ baik-baik, helpful, polite and sentiasa senyum melayan kerenah.... I ler. I sampai pukul 9.00am kat hospital tu, pukul 12pm dah keluar..  Anyway, balik rumah husband I cakap, wah... semua orang I tegur tak kira bangsa.  Dia kata I patut join politik,  I kata I tak minat nak join politik sebab I tak sanggup nak fitnah or back stab orang.  Husband I cakap, I punya marketing sangat bagus.  I kata nasib I tak gunakan mulut I yang peramah nie untuk menjadi Miss putar alam, tipu sana sini.  Then  husband I cakap, campak la I kat mana-mana and sure semua orang I tegur and kalau kat pekan-pekan kecik mesti merata-rata orang dah kenal, who knows boleh jadi mayor... I cakap, ahh...sudahlah..

Sekian catatan I untuk kali ini.... 

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...