Showing posts with label Memoir Wo and Me. Show all posts
Showing posts with label Memoir Wo and Me. Show all posts

Tuesday, June 30, 2015

Sweet Memories with Uncle Unjie

 
(Long entry is back)

Dalam banyak-banyak bulan, bulan May la yang paling banyak pekara berlaku di persekitaran I. Lama dah I nak buat entry pasal the passing of one of our family member but I decided to hold on to it for a while sebab rasa macam it is not fair for me to write something sad and a few days later cerita pasal benda-benda yang buat I happy. Kena la respect.  

Here goes... early last month, I got a news that my dad’s younger brother passed away. Remember masa I balik Kuching two years ago and visited my uncle yang tak berapa sihat itu? Yes, that Uncle Vincent. I think I ada post gambar dia dengan I, mmm...tak ingat I. So my uncle nie passed away due to his illness. I was sad but I didn’t shed any tears because I tak rapat dengan dia but when someone that you know and tambah lagi your relatives and you pernah cakap dengan dia, you akan tetap rasa kehilangan dia. It is like something has been taken out of your chest...rasa macam ada ruang kosong kat dalam tu. That is how I feel and still is. Then teringat masa mula-mula I jumpa dia masa kita orang balik Sarawak masa tinggal kat Singapore dulu. I ada cerita dalam entry Wo and Me punya series. Let me recall balik lah... 

Masa tu kita orang make a stop over kat Kuching sebelum balik kampung Daddy. Uncle Vincent or nick name dia Uncle Unjie tinggal kat Kuching and kerja kat RTM. My first impression of Uncle Unjie nie masa first time jumpa dia, wah... chubby jugak pipi Uncle Unjie nie. With his Shaun Cassidy’s hair, bell bottom pants, kasut boot bertumit tinggi dan baju t-shirt ketat, well..Uncle Unjie was so hot during that time. Masa tu I darjah satu ke dua..tak ingat lah. Sengihan dan gelak ketawa tak pernah lekang dari wajah Uncle Unjie. Dia tak banyak cakap cuma like I said asyik gelak-gelak kecil aje. So for a few days jugak lah kita orang tinggal kat bilik bujang beliau. Rumah bujang Uncle Unjie nie macam hostel yang kat U or college. Sebilik sorang tapi share bilik mandi. First time masuk bilik dia, omg, bersepah macam tongkang pecah terdampar di tepi pantai. Kita orang terbeliak bijik mata masa mula-mula masuk bilik beliau yang sekangkang itik itu. Katil pun tak nampak apalagi lantai yang strewn around with all kind of stuff. Tersembul perkataan “apuuuu” (apu tu is an expression dalam bahasa iban yang bermaksud... oh my oh wow...kira macam tak percaya..) dari mulut kita orang hehehe...dan I dengan Wo terang-terang cakap, bersepahnya bilik uncle nie... Mummy yang pandai cover senyum-senyum je.. but dalam hati who knows la kan.. sementelah adik ipar beliau..takan la dia nak maki-maki kan.. I tell you, Mummy nie pandai bermanis-manis, itulah trait yang diperturunkan kepada Wo hehehe..

Anyway, Mummy pun teruslah mengemas bilik Uncle Unjie nie, sambil I dengan Wo buat inspection bilik rakan-rakan beliau sebelah menyebelah. Kadang-kadang terserempak dengan budak-budak bujang lelaki perempuan lalu kat depan bilik Uncle Unjie. Bila time nak mandi, masuk kat bilik mandi ada la a perempuan dengan tuala keluar dari situ sambil senyum manis. Budak-budak bujang kat situ semua baik-baik dan peramah. I teringat lagi muka one of the girls dengan rambut bertocang, pakai tuala pink, berkulit hitam manis, lalu sambil tanya-tanya I dengan Wo. Bila Uncle Unjie and daddy balik aje, terkejut Uncle Unjie sambil tergelak kecil tengok bilik dia Mummy dah kemas. Wo dengan I pun sibuk la cakap, tengok uncle, tengok uncle, your room Mummy dah kemas. Wo cakap, dulu sepah sekarang dah bersih dengan sengihan gigi depan yang sumbing itu wakaka..

There was one night, since Wo and I were so bored and we got nothing to do, yelah kan.. I tak ingat ada tv ke tak bilik Uncle Unji, makanya Wo dengan I pun pegilah menziarah bilik budak bujang sebelah bilik Uncle Unjie. Masuk je, tekejut I dengan Wo tengok wall dia penuh dengan gambar perempuan bogel dengan berbagai pose itu. Since masa tu kecik lagi and perasaan malu pun tak ada. I dengan Wo tengok satu persatu and hairan kenapalah perempuan-perempuan omputih nie mengangkang bagai dan ada bulu-bulu, masa kecik mana la ada bulu pubic lagi kan. Tapi sempatlah I cakap, eh.. tak malunya perempuan nie. Budak bujang tu gelak aje. Tak lama kemudian, Mummy datang cari kita orang. Bila Mummy jenguk je, Mummy buat-buat senyum bila tengok dinding, Mummy cakap,”suka letak gambar yea.. hobby eh?. budak bujang tu cakap, “yea” sambil tersenyum-senyum malu, merah muka dia. I didn’t understand the “exchange” back then, bila dah tua nie baru I faham. Rupa-rupanya uncle tu segan kat Mummy. Then Mummy ajak kita orang balik bilik Uncle Unjie. 

Next day, Uncle Unjie bawak I dengan Wo ke tempat dia kerja, iaitu RTM Kuching. Bila colleague dia tanya, siapa dorang nie Vince? Uncle Unjie cakap, “my anak or my daughters”, dorang cakap, “ish tipu la”, I pun cakap, bukan, “he’s my uncle, my daddy punya adik”. Uncle Unjie senyum-senyum and gelak-gelak je. Dia bawak both of us merata-rata and introduced us as his daughter, last-last, I sampai malas nak explained, I cakap bukan and senyum aje. Now that I realised, he was so proud of us and show us off to everyone and even mengaku anak dia... (tiba-tiba I jadi sebak). There was one place, bilik rakaman and it was so cold and ada cermin. I tengok ramai budak-budak sebaya I dengan Wo kat dalam tu, I think dorang tengah nyanyi kot. I cakap dalam hati, I should have been in there “hmm... suara I lagi sedap”. I kecik-kecik lagi dah perasan bagus you wakaka...  
 
 (Nie la rupanya gadget itu, tapi the colour is orange but style semua sama even the cover pun)

Bila time nak tidur, Uncle Unjie tidur bilik kawan dia kat sebelah, I think yang ada gambar perempuan bogel tu kot. I tak ingat. But sebelum tu, Uncle Unjie belikan I dengan Wo, gadget yang bila tarik je bunyi lelaki ketawa. So kejap-kejap I dengan Wo tarik, sampai Mummy fed up and suruh kita orang jangan main lagi. Next day tu, we showed it to the girls bujang yang menyewa kat situ and one of them cakap, “ingatkan apa malam-malam dengar bunyi orang lelaki ketawa, takut dengar sambil tersenyum-senyum. Wo dengan I apa lagi gelak sakan, yelakan berjaya buat orang gerun.. ah, the simple toy/gadget during the 70’s. After that we went back to the kampung and leave Uncle Unjie. I dengan Wo sempat pesan, “Uncle nanti , mesti bilik Uncle bersepah balik, jangan malas kemas tau...” Uncle Unjie gelak besar. Mummy cakap,”ish mulut korang nie”... hehehe..

That was the last time I saw Uncle Unjie until we move back to Sarawak many years later. One day, we went back to Dad’s kampung, Wo came to me and told me Uncle Unjie is bringing his GF or fiancee (both of us are not sure) to meet up with the family. She was a teacher and berbangsa Bidayuh. I dengan Wo pun sibuk la pikir macam mana muka GF or tunang dia itu. Then bila dia introduced Aunty Ann (Anna) to us, eh..I tengok macam muka melayu aje, ditambah dengan kulit dia yang hitam manis (I’m not saying all melayu kulit gelap or sawo matang sebab ada juga melayu yang kulit putih but generally). She has a beautiful huge eyes, very sweet but reserve and a bit quiet. Mestilah kan, baru berkenalan. Dia panggil inik (nenek kita orang), mummy, sekalikan bila Aunty Ginjah dengar, terus la dia kutuk-kutuk Aunty Ann behind her back, Aunty Ginjah kan banyak mulut and dengki kat Aunty Ann masa tu. Bila I dengan Wo dengar, makanya si gossiper dua orang ini terus bagitau Aunty Ann. Aunty Ann bengang la kan tapi dia diam aje but from that onward, Aunty Ann panggil inik, Indai (Mak dalam bahasa iban). Tapi sebutan Indai, Aunty Ann lain sikit, instead of Indai dia panggil Inai (Wo dengan I apalagi gelak each time dia panggil Inai, bunyi sengau and after diperbetulkan barulah dia panggil Indai). Oh lupa nak cakap, on the way nak jumpa kita orang, both of them terjumpa one cat warna kelabu and terus bawak ke situ. And that cat became Mbo’s pet and kucing tu kita orang panggil kelabu and can always be seen lying down or sitting bawah buaian Mbo masa Mbo kecik but after that we don’t know where is the cat has gone too...dah mati ke merajuk lari... tak ingat I.  Then I heard they got married or registered the marriage but I'm not sure if they have any wedding ceremony/ocassion or makan-makan.

There was one time, me and Aki went to visit Uncle Unjie and Aunty Ann when they lived in Sri Aman. And then we lost touch with Uncle Unjie and Aunty Ann until both Wo, myself and our Aunty Helena came to visit them at Kuching. I think we only spent two nights at their house and hang out with our cousin Melvin Crista, Uncle Edward’s daughter ( Uncle Edward is Dad’s eldest brother – Daddy ramai adik beradik, 9 orang termasuk Daddy). Melvin Crista or fondly call Endun stayed with them because she was taking a typing course in one of the school. Kat kampung mana ada such course during those time. Uncle Unjie has two kids, our cousin, Andrew and Cherrie Marie. Those two were so naughty and likes to disturb Endun. Uncle Unjie yang memang pendiam langsung tak bercakap with all of us and send us to wherever we want to go. And I don’t see any laugh only a hint of smile from him. Kalau balik kampung during apa-apa occasion, we will just exchanging smile and greet, “Hello Uncle” and dia akan jawab, Hi Dek and that’s all. After that I didn’t see him anymore except for a few gossip among the family about his marital problem and his drinking issue. There was one time, I heard that he was admitted to the hospital due to his liver issues and something to do with his drinking. Our cousin Bedi was crying and visiting him and told him to stop drinking or else he will die soon. The last time I saw him was two years ago when I went to visit Mummy and Mbo and family in Kuching. I was shocked to see that he look haggard, not as vibrant and cheerful as before. He look so weak and can’t hardly speak. Seeing him like that, broke my heart. I was crying inside and all of the sweet memories came rushing to me but I try to control myself because I don’t want to make him sad. But I know he can read the expression on my face. I nie kan susah nak sembunyi akan perasaan yang sebenarnya, memang terserlah di wajah I ini..

We stayed in their house for about an hour, talking and catch up with all kind of stuff. When we were about to leave, Uncle Unjie look so sad, I know he want us to stay longer and he even said, “kenapa sekejap aje, I still want to talk to all of you?” I pun memang masih nak becakap-cakap and bermesra dengan cousin I Cherrie Marie and Aunty Ann, tak puas hati (memang sekejap pun, the reason? I can’t share with you guys because it was tensed and embarassed at the same time.. let’s just say someone that we didn’t expect to come showed up in his house and making all of us feel uncomfortable and awkward, I really want to tell and share with all of you from my first entry masa I pegi Kuching dulu but I can’t, maybe someday). You know, my life nie penuh drama dan wayang, yang apa-apa I share kat blog nie cuma 2% aje, yang I tak share..huiii...it will make a good soap opera or tv series... Dallas (yang ada bapak JR zaman dulu bukan yang baru-baru nie) or Dynasty (budak sekarang takan tau punya) pun kalah. Belum lagi I nak cerita pasal secret or kisah setiap ahli keluarga on my dad’s side or kisah keturunan nenek moyang I..., sure kena sue haha...


Anyway, that was the last time I saw Uncle Unjie until I heard of his death from Mbo through Whatsapp last month. I didn’t go back to visit or pay my last respect to him but he is always in my heart and part of my life/memory. Goodbye Uncle Unjie, till we meet again...
 
Sekian catatan I untuk kali ini... 

Wednesday, May 30, 2012

Wo and Me Episode 30


Before we leave the house for the last time, we went from one room to one room to look at it for the last time. We look at one of the wall in the living room where we use it as our little “theater” when there was a shortage power/black out at our block. The four of us, Mummy, Daddy, Wo and I would sit in front of the wall where Daddy would shone a torch light on the wall and kita orang pun buat berbagai-bagai bentuk using our hand and start guessing what it was that we do. Wo pun akan sibukla ambik buku sivik yang ada ajar macam mana nak buat bentuk-bentuk binatang. Kita orang buat bentuk butterfly, rabbit, kepala rabbit, bird’s wing etc. I cuma tau buat bentuk butterfly and kepala rabbit (using peace sign je) and dorang show off la buat shape rabbit dengan kaki sekali using both hand. I remember three of them try to explain to me akan shape-shape seluruh badan rabbit but I still tak nampak. Punya la highly imagination tapi things as simple as that pun I tak boleh imagine wakaka… Bila electric datang balik I akan jadi sangat frustrated and mengomel, “kenapa la ada lampu, tak best la, it would be nice kalau kita bergelap sampai pagi, best la sangat main wayang tangan”. It was like, the fun is just getting started and it was over so soon. Mummy cakap nanti icebox tak sejuk and panas tak dapat tidur kipas tak dapat pusing.

Then I looked at the door of our bedroom (wo and me) where Mummy mula-mula ajar I baca jam analog (I dah ceritakan kat one of the episode long time ago). Memang penderaan mental betul masa tu, tapi apa nak buat sebab nak pakai jam jugakkan so terpaksa lah ku redahi. Then kat tepi pintu tu ada Mummy mark ketinggian I dengan Wo. I jenguk ke dalam bilik both of us, kat situ la I kena nightmare and tengok hantu berbagai bentuk tapi semua rupa macam pelakon-pelakon siri combat (my favourite’s series, walaupun tak paham), anak jepun rambut panjang, penari Hindustan pakai body suit berkilat colour merah (nie kes Mummy and Daddy selalu heret kita orang tengok wayang Hindustan), jungle, lift dalam bilik dan berbagai-bagai lagi (I pernah ceritakan kat one of the episode dulu-dulu jugak). I tengok bekas-bekas tetakkan Mummy dengan parang kat tingkap-tingkap masa I bagitau dia yang I nampak hantu-hantu kat situ. Katil spring tempat wo and I selalu lompat-lompat and ikat dengan selimut untuk buat hammock/buaian. Almari bilik kita orang yang selalu bersepah dengan baju-baju walau Mummy dah lipat and susun dengan kemas. Then I pegi ke toilet belakang (dulu toilet and bilik mandi berasingan), tempat wo ber experiment untuk tengok rainbow, tempat wo and I jadikan bilik untuk our fashion show, tempat letak kasut-kasut Mummy, tempat I first time kena sembelit and serangan cacing (pernah I ceritakan jugak kat episode lepas). Dekat verandah belakang, Daddy’s favourite’s photography session, tempat Mummy suapkan I and wo makan nasi and I senyap-senyap buang sayur dalam lubang pengairan yang macam kat toilet, tempat I ber creative buat craftwork yang sungguh hazab, tempat kita orang main-main dengan anak jiran tingkat bawah, hulur-hulur surat dengan benang and tempat kita orang ber sun tan (konon) on the weekend.

I jenguk ke bilik mandi and teringat time-time wo and I tutup lubang air sebab nak jadikan swimming pool (pernah I ceritakan) tapi takat buku lali je la. Tempat I dengan wo mengelak mandi olok-olok kalau sejuk (masa tu mana ada heater), it was wo’s idea la, letak air kat mata and renjis badan kat belakang wakaka… Then I tengok dapur where Mummy produced some of the most delicious food in the world, kat lantai tu tempat Mummy buat kek and biscuit for Christmas and sometime Hari Gawai, kerusi meja makan tempat I makan mee maggi curry and kerusi tempat I berdiri bila nak makan sebab tinggi (kecik lagi masa tu) and kadang-kadang I duduk atas meja. Kat situ la jugak I pernah jatuh terlentang dengan kerusi masa I mencuba keupayaan kerusi tu of how far I boleh jongkitkan kerusi tu ke belakang.

I jenguk bilik Mummy and Daddy but there’s not many memories in there since I dengan wo sangat jarang masuk ke situ tapi sempat la kita orang curi-curi masuk kadang-kadang and found some magazine kat situ. Lastly, I berdiri kat ruang tamu, yes, tempat yang paling banyak sekali memories, tempat I main pondok-pondok dengan wo, tempat I perasan menyanyi sorang-sorang, tempat I berlakon, tempat I perasan tengah ber gymnast (I pernah cerita masa zaman Nadia Comaneci dulu), perasan jadi cat walk model, menari ballet, tengok tv dengan kaki bawah tv. Terlalu panjang untuk I ceritakan.

Then all of us, Wo, me, Mummy and Daddy berangkat turun and semua jiran-jiran datang and ikut turun sekali. Semua kawan-kawan Mummy menangis-nangis and the hardest one was mak Sheila siap melentuk di bahu Mummy. Mak Sheila menangis sampai tersengguk-sengguk. I tengok Mummy sedaya upaya menahan airmata sambil menepuk-nepuk pipi mak Sheila. Lepas bersalam-salam with all of them, pakcik Roslan, suami mak Sheila hantar kita orang dengan kereta mini Austin colour orange dia sampai ke johor. Masa kat immegresen orang kastam ingat pakcik Roslan pak wan cha (pakcik teksi), bengang pak cik Roslan hehehe… We spent spent overnight kat JB before menaiki penerbangan TUDM ke Sarawak.
Ahhhh…… Singapore/JB meninggalkan sejuta kenangan buat Wo and Me. That is where part of our early life, where we grew up, where we start to form a memory. That is the happiest time for the both of us. Sometime when we’re down especially during our teenage years, where there were a lot of commotion and crisis, Wo selalu cakap, how she wish we can go back to that time when we were at Singapore and that she miss it so much. She said, we have no worries and care free. I cakap kat Wo, satu je yang I tak suka, Wo tanya, what was that? I replied, Homework!

(One and only family vacation together.  Lepas gambar nie di cuci, Mummy cakap apa la tangan Dek kat situ.  Daddy kata, tak apa la...)

I really miss those moment. I wish I boleh jenguk kembali saat-saat itu…sekali… sekali pun jadilah untuk ke zaman itu. I dambakan suasana itu, I rindu, I sungguh merinduinya. If we’re back and I knew what I know now, I wouldn’t argue with Wo every day, I will listen to Mummy and eat more vegetables, I will said that I love Daddy more than Mummy and I would hold, kiss and hugs Mummy, Daddy and Wo so tight that I don’t want to let them go. and I’ll beg and tell Daddy, that we don’t have to leave and let us stay and be in this time capsule forever…..

That was the end of my/our first phase of life......Era gilang gemilang haha...

Thursday, May 17, 2012

Wo and Me Episode 29


(Our earlier life in Singapore, tersangat purbanya gambar ini wakaka... Wo always said until now, she wish there were only the four of us....)

Series epic kembali lagi hehehehe.....

One day during school holiday in December, I was on holiday from primary three and Wo primary five, Mummy called us. I dah tak sedap hati and pikir-pikir apa yang I or Wo dah buat nie. Matila kena cubit or marah dari Mummy. Dalam berdebar-debar tu Mummy told us that we are going to move to Sarawak. Tekejut both of us. I tanya kenapa nak kena pindah. Mummy kata Daddy kena transfer balik but actually, Daddy yang mintak balik. I have mix feeling because I’m going to miss my friends kat sini but at the same time I rasa sangat lega because my last result was quite bad and next year if I were to be in the same school I would be on a class that I don’t like among the not so bright student. I tanya macam mana dengan kawan-kawan I kat sekolah next year, nanti dorang tak jumpa I. Macam mana I nak bagitau dorang kan and I boleh terus berhenti, without informing the teacher ke..wakaka.. (nak gelak bila I teringat balik soalan nie kat Mummy). Mummy kata, you don’t have to worry about that. Then I tanya kat Sarawak tu tempat yang kita akan pindah nanti macam mana. Ada macam Singapore/JB tak? Mummy kata it’s totally different. Untuk menyedapkan hati kita orang, Mummy kata lagi, we have lots of relatives, cousins, aunties and uncles that we haven’t met yet. The thought of having to meet the cousins, excite us immdediately. I tanya Mummy lagi, sekolah kat sana tau ke I akan sekolah kat situ. Mummy kata, jangan risau lah dengan nada fed up nya wakaka… I ingat lagi masa tu, betapa risaunya I akan rupa and building sekolah yang kat Sarawak nanti macam mana. I know, kecik-kecik lagi I dah sibuk pasal rupa sekolah wakaka.. ada ke? I tengok Wo macam happy je. Wo cakap kat I not too worry, it’s going to be ok. Wo nampak sungguh enthusiastic. Ah… Wo always the relax and positive one between the two of us.

Maka bermula la siri mengemas-ngemas rumah and sibuk la I dengan Wo, bagitau kawan-kawan disekeliling flat yang kita orang akan pindah. I tengok Mummy and Daddy sibuk cari kotak and start bungkus barangan dengan suratkhabar. Dalam pada tu Mummy kejap-kejap risau akan pinggan mangkuk pyrex kesayangannya akan pecah and suruh Daddy letak banyak-banyak kertas. I rasa jiran-jiran pun ada tolong-tolong bungkus jugak. I dengan Wo, tak ada la tolong apa sangat. Mana la kita orang tau mana satu nak sort. All we do during that time was that, we were so excited with all the commotion and betapa bersepahnya rumah masa tu. Maklumlah jadi center of attention as a kid was a big thing back then walaupun hanya bersandarkan motive pindah wakaka… Petang tu both of us turun bawah nak main kat playground. I tengok ada satu tong sampah besar kat one place and I terkejut sebab I macam perasan familiar je barangan kat situ. I datang dekat-dekat tiba-tiba, eh, kenapa macam I dengan Wo punya toys. I naik atas I cakap dengan Mummy kenapa buang toys and our old books, I want to take it back. Mummy tak kasi, Mummy kata berat nanti kapal tak dapat nak angkat. I dengan Wo turun balik and then I tengok soft toy muka sebelah nangis and muka sebelah ketawa yang one of the serani neighbor bagi kat I and Wo during Christmas dikepit oleh one of anak jiran kat situ. Budak pompuan tu pandang I and senyum siap cakap, hey, hadiah awak, kita ambik kat tong sampah. I cakap, yea kita tau, itu kita punya. I ingat lagi rupa dia, hitam manis dengan gigi putih tak sekata dengan sepit rambut di sisipkan di rambut berombak takat bahunya itu, pakai t-shirt colour putih and skirt warna warni. I rasa sangat sedih masa tu, I naik atas balik and cakap dengan Mummy sambil airmata I tersekat-sekat, kenapa dia buang soft toy tu, I masih nak main and suka beside it was a Christmas present. Mummy cakap you dah besar and you don’t need to play with that soft toy anymore. I tell you, I was so broken hearted that evening. I ingat lagi masa tu dah senja and I can see serpihan warna-warna jingga di langit (feeling sungguh I). And to tell you the truth that was one or should I say the saddest thing that ever happened to me as a child, I always remember and define who I am. As a result from that, I grew up as a person who has no hesitation of throwing things out if I don’t like it anymore. I was so mad that she threw my stuff without asking me first. At least tanya la dulu and then kalau dia nak veto, veto la. And all my year book kat primary school 1,2 & 3) pun dia buang. It’s like she wipe off all the memories zaman persekolahan I.

A few days later in the morning, a big huge giant truck came and parked kat bawah. I tanya Mummy, was that the truck that would carry our stuff nanti. Mummy bo layan I so I went down and have a look. Malam-malam I bediri kat verandah rumah and jenguk truck kat bawah. I’m pretty sure that was the truck for us. The next day, Mummy dah siang-siang kejutkan and warned us not to get in the way bila orang nak angkut barang-barang nanti. Lepas lunch kalau tak silap I, jiran-jiran lelaki or our ayah-ayah punya kawan datang and mula sort barang-barang yang hendak di angkut dengan lift untuk bawak ke bawah. Suasana memang cukup busy and sangat kecoh masa tu, wo, me and anak-anak jiran berdiri-diri kat situ and mak dorang sibuk berborak-borak and tolong-tolong Mummy sikit-sikit. Bila dah dekat maghrib baru la semuanya selesai.

Before we leave the house..... (to be continued....)

Wednesday, December 21, 2011

Wo and Me Episode 28



(Again Wo duduk sebelah Daddy and I sebelah Mummy.  Tension-tension.  Tengok la kita orang asyik pakai baju yang sama aje.  Mummy and Daddy, bukan main lagi melaram.  Sampai hati wakaka...)

One night before Christmas, lampu clip clip yang Daddy gantung two nights ago kat tingkap, di nyalakan. Both of us were so excited. And petang tu both of us dah jemput kawan-kawan sepermainan sebelah menyebelah untuk datang ke rumah and sibuk la kita orang bagitau kalau datang dapat goodie bag, hebat la konon goodie bag tu kan..hehe.. Mummy susun goodie bag dalam bakul and siap pesan kita orang, one person, one goodie bag and one topi kertas yang berbentuk kon itu and it is only for kids. Sesambil tu, kita orang tengok tv that shown Christmas movie, black and white. I lupa cerita apa. Mummy sibuk di dapur prepare sikit-sikit apa-apa untuk di masak pagi-pagi esok. Selesai part tu, Mummy start keluarkan pinggan mangkuk and susun balang-balang biscuit. Mummy tak isi or simpan biscuit dalam balang tu sebab dia takut masuk angin. Oh yeah, two days ago dorang letak hadiah bawah pokok Christmas tree. I dengan Wo sibuk la belek-belek and goncang-goncang. Sepesen je. We couldn’t figure what it is. I asyik tanya, apa dalam ni Mummy, Mummy kata surprise la, ini la itu. Dalam hati I pikir nie mesti toys tapi Mummy kata no more toys sebab kita orang dah besar.

Sebelum masuk tidur, Wo mintak permission dari Mummy nak bawak susu and candies ke bilik. Mummy tanya kenapa, Wo kata untuk Santa Claus bila dia datang bawak hadiah tengah malam, masa kita orang tidur. And Wo kata dia nak bagi Jesus Christ sekali (Wo kecik-kecik dah menampakkan kealimannya haha.. tah mana-mana dia dapat idea nih. I nie ikut je. Bila tulis nie, sengih-sengih I teringatkan kisah kita orang nie hehehe.. Wo and her theory ahaha..) Mummy said ok. Then kita orang letak kat side table sebelah katil. Bila Mummy dah keluar dari bilik, I tanya Wo, macam mana Santa Claus nak masuk kalau rumah kita tak ada chimney, Wo kata ikut pintu atau tingkap. I kata pintu Mummy kunci and Santa Claus mana muat ikut tingkap sebab perut dia buncit, Wo kata Santa Claus boleh masuk. I kata kalau macam tu, Santa Claus nie macam pencuri la, Wo marah I hehe.. Sebelum tidur, Wo ajak I wish kat Santa Claus and Jesus Christ. I pun wish la mintak jadi pandai and cantik wakaka.. (memang ya pun I pandai, pandai merapu, as for cantik, adeihh hai..muka penuh tahi lalat wakaka..) I tanya Wo, dia wish apa, Wo kata dia wish macam-macam, I tak ingat, tapi I ingat dia pun wish pandai jugak.

Bila time nak tidur, I bagitau Wo, I tak nak tidur, I nak tengok Santa Claus and Jesus Christ makan candies and minum susu yang kita buat. So malam tu, I terkebil-kebil menahan ngantuk, bila nak terlelap I cepat-cepat bukak mata balik. A few minutes later, I dah tak larat, I cakap dalam hati, nanti tengah malam mesti mata I terjaga. Bangun pagi-pagi I tengok, eh, kenapa susu penuh lagi and candies macam ada orang dah usik tapi I kira sama je macam semalam (bila dah besar baru I tau, rupanya Mummy and Daddy punya kerja, Wo yang bagitau). Wo tanya I ada ke nampak apa-apa malam tadi, I kata macam ada je tapi Jesus Christ tak minum or makan dia floating aje (pepandai la I tipu-tipu berimaginasi sendiri haha..).

Di luar sana terdengar Mummy dah mula busy dengan menghidangkan berbagai juadah and I tengok balang biskut telah Mummy isi. Mummy susun kek yang telah Mummy potong cantik-cantik di dalam pinggan sesambil tu Mummy panggil kita orang suruh mandi. Lepas siap-siap mandi pakai baju. Daddy ajak kita orang bergambar kat pokok Ru kebanggaan family itu. Lepas sibuk berambik gambar, I dengan Wo dah siap-siap bukak pintu seluas-luasnya and terjengau-jengau tunggu kawan-kawan kita orang nak datang. Mummy kata, it is still early in the morning, dorang baru bangun tidur and nak mandi lagi. So kita orang on tv and on lampu clip-clip sesambil tu makan biscuit sikit-sikit. Tak lama kemudian kawan-kawan kita orang pun datang. Sibuk la I dengan Wo nak bagi goodie bag tu and ke dapur tolong Mummy bagi dorang minum air gas.. wow.. we were so excited!! seronoknya tak dapat I gambarkan dengan perkataan. Rasa macam famous and penting sangat kita orang masa tu hehe.. Parents dorang pun mula datang. Bila parents dorang usik-usik mintak goodie bag, I tengok muka Mummy. Mummy kata, dorang main-main je.. fuh lega.. hati I, sebab kalau boleh, I ndak sangat goodie bag nie ada extra sebab sepeket for me tak cukup. Then kita orang sibuk belari-lari kat luar sambil tiup belon etc.


(Some of the friends, duduk, Rusilawati, Nazatul Isma ke Intan, I, Wo tengah dokong Shapirus, Danny and Iskandaruddin)

Petang tu, ada a few uncles (not related but daddy’s colleague and we are asked to call uncle or auntie for non malay, pakcik or makcik for malay) and brought more candies. I dengan Wo sibuk la nak bukak and bagi-bagi kat kawan-kawan but when we tasted it, it feels weird. Mula-mula tu ok but bila sampai kat tengah, gula-gula tu dah rasa payau and we quickly puked it out. I masuk rumah and tanya kat Mummy, gula-gula apa nie and suruh Mummy rasa. Bila Mummy rasa, cepat-cepat Mummy mintak balik and tanya whether we give to kawan-kawan lain. I cakap kita orang bagi, Mummy kata suruh dorang buang and I dengar Mummy bisik kat Daddy. Daddy tergelak, la rupa-rupanya gula-gula ada alcohol, no wonder la rasa semacam aje. Mummy sangat marah and bengang. Mummy berleter kat Daddy. Mummy tanya Daddy siapa yang bawak. I tak ingat uncle yang mana satu. Then kita orang keluar and main balik dengan kawan-kawan kat luar and I suruh dorang muntahkan balik gula-gula tu. Bila dorang tanya kenapa, I kata gula-gula tu untuk orang besar aje.

Anyway, kawan-kawan Mummy and Daddy datang non-stop siang tu and petang another group of their friend’s came to the house. Sesambil dorang berborak, lagu-lagu 70’s yang tengah hit memenuhi ruang tamu. Bone M maaa… I dengan Wo nak tengok tv pun tak dapat and we decided to main kejar-kejar kat luar. Bila dah malam, semua orang dah balik. Mummy panggil kita orang masuk sebab nak bukak hadiah. We were so excited. Finally, saat-saat yang ditunggu tiba jua. I bukak kertas present dengan penuh rakus and bila I tengok eh, kotak kasut bata. Ini mesti kotak je kot, dalam mesti ada something special. Bila I bukak and check ke dalam kotak aje, it is true, kasut sekolah brand bata and gula-gula shape orange. Wo pun dapat hadiah yang sama. I was so frustrated. I kata, apa nie bagi hadiah kasut bata. I rasa sangat sedih and ada sendu dalam tiap patah perkataan I. I never expect it to be that, at least anak patung ke kan… Mummy and Daddy, marah I balik, dorang kata nanti nak pegi sekolah ada kasut sekolah baru. Wo, pujuk I penuh lembut, Wo kata dengan lenggukkan kepala sambil memeluk kasut bata colour putih itu “tak apa Dek, next year kita boleh pakai kasut baru yea. Kan cantik and baru nie hadiah kita”. Wo dari kecik sampai sekarang adalah seorang yang mudah adapt in any kind of situation, unlike me. Wo mudah berpuas hati and mempunyai sikap yang so easy going. Wo are so easy to please. Wo memang cool dari kecik lagi (baru I notice akan sifat-sifat Wo yang memang telah sedia ada bila I tulis nie). Perlahan-lahan I pujuk hati I yang hampa and bagi senyuman tawar. Dalam hati I berjanji pada diri sendiri, bila I dah besar and kaya I akan beli toys sebanyak-banyaknya and tak mau kasi satu pun kat Mummy and Daddy.. wakaka.. kecik-kecik dah simpan niat jahat ahaha..

Esok tu ada sorang kawan tanya, apa hadiah yang I show off kat bawah christmas tree. I pun cakap dengan senyuman manis (tapi dalam hati mencebik hampa), kasut bata. Budak tu tekejut, kasut bata. I kata iya, tak pe la, untuk I pegi sekolah next year. Petang tu, kita orang visit rumah kawan Daddy yang berbangsa serani and dorang kasi Wo dengan I hadiah anak patung soft toy yang sangat cool dan besar. Muka depan muka girl toy tu menangis and muka belakang girl toy to senyum ketawa. We were so happy and start dari hari tu, I kepti soft toy tu mana-mana I pegi. Wo punya soft toys, bersih and kemas, tak macam I punya. I siap conteng-conteng lagi rupa toys tu after a while. Then I basuh balik tapi still ada bekas-bekas magic pen. Rambut soft toy I pun messy, getah rambut tah hilang di mana.

A week or two later, we start simpan balik christmas decoration yang sungguh hazab itu. Pokok Ru yang dalam rumah kita orang, terus mekar subur sampai mencecah siling. About a month later, we through it away not before Mummy nangis-nangis sebab sayang kat pokok Ru, pokok Christmas hiasan hazab kesayangan keluarga…..

When I look back of all the memories of every Christmas that we ever had, this is the best Christmas celebration ever and one that I shall never forget. I’m glad at least I got to feel the spirit of christmas or should I say a piece of heaven, surrounded by people that I know who care for me back then. I wish I can turn back the clock and be that little girl again, who has no worries in the world, whose heart is pure and not corrupted by anything. I wish all of us are together. A wish that I know can never be fulfilled. Have you guys ever thought or have our sweet memories cross your mind, sometime? I love you Wo, Mummy and Daddy, I wish all of you a Merry Christmas and Happy New Year wherever all of you are in the world.

Monday, December 19, 2011

Wo and Me Episode 27

(Gambar nie di snap, rasanya di pagi Christmas, tengok la rambut I, Mummy siap blow dry lagi hehe...Masa nie I tengah sakit hati sebab I nak bergambar sebelah Daddy tapi Wo dah chop dulu, sebelum gambar nie di snap oleh tripod, Wo sempat lagi, dengan action cakap, yay..Wo bergambar sebelah Daddy, geram I masa nih hehe... Daddy senyum-senyum bangga sebab anak dara dia berebut nak duduk sebelah dia. Mummy pulak menjeling kat kita orang. Oh, Christmas tree (pucuk pokok Ru kebanggaan keluarga wakaka...)

Hello, ingat lagi akan kisah Wo and Me, well.. I'm back with this special story....

Ah! Christmas datang lagi. I have lots of fond memories about my Christmas experienced and I really would like to share some of it with all of you. It is not that I admire Christmas since now that I’m not a Christian anymore but that is who I am, part of my history. I guess some story are worth to be told and the story that I’m about to tell you is one of the most memorable ever in all my Christmas history. And of course, nothing can top the story where the starring role are Wo and me hehe.., Mummy, Daddy and the rest are the guest star.

I remembered a few weeks before Christmas, Mummy dah mula sibuk check buku-buku resepi (especially biscuit) yang dia kumpul or cut off from a newspaper where she paste to her scrap books over the years. Then Mummy akan ke supermarket beli planta, ghee minyak sapi, gula, tepung, manik-manik gula untuk hias biscuit etc. Petang-petang or malam, mula la Mummy menjalankan activity raksaksanya itu. I dengan Wo selalu sibuk nak join in tapi Mummy tak kasi. Tension tau. I merengek mintak tepung yang Mummy dah uli and sibuk la nak tekan acuan. Kadang-kadang Mummy kasi chance and suruh kita orang letak manik gula kat atas biscuit but most of it masuk kat mulut I. There are times, Mummy suruh letak kismis or cherry merah/hijau kat atas biscuit yang lain pulak. Bau biscuit harum semerbak and bila dah keluar dari oven, Wo and I akan rasa sebijik dua. Mummy tanya sedap tak, I dengan Wo of course kata sedap. To us, semua yang Mummy masak sedap. Dalam banyak, banyak biscuit yang Mummy buat, biscuit yang paling I suka and my favourite is biscuit makmur…. Sedappp.. Every Christmas, Mummy mesti buat biscuit nih, oh and biscuit tart nenas. Kira biscuit wajib.

Bila dah nak dekat-dekat Christmas, Mummy lagi busy. That is the time Mummy start buat kek pulak. I tengok Mummy buat kek sangat leceh. Masa tu tak ada mixer and Mummy kena guna pemukul spring yang guna tangan. Penat I tengok. Lepas tangan kanan, Mummy guna tangan kiri untuk memukul. Kadang-kadang Wo dengan I sibuk nak tolong dia pukul-pukul. Mummy kata nanti mesti penat, tak lama, I kata I nak jugak. Mummy give up and bagi kta I. Tak sampai 5 minit I dah penat. Then Mummy cakap, kan Mummy dah kata hehe..Lepas tu turn Wo pulak pukul-pukul and mula la Wo buat lama dari I, show off as usual hehe.. Wo memang tau. Not only that, Mummy tak guna gula halus, instead Mummy guna gula biasa and tumbuk dengan lesung batu sampai halus (sekarang nie, I wonder why Mummy tak guna gula halus or gula caster eh?). Seingat-ingat I, Mummy guna planta instead of butter. Kadang-kadang aje Mummy guna butter. Anyway, masa yang Mummy ambik untuk buat kek lama and I yang tengok and tunggu pun penat. Lepas Mummy abis gaul, pukul semua ramuan, this is the time that Wo and I tunggu-tunggu. Bila Mummy dah abis masukkan kat acuan tin kek, sibuk la kita orang nak mencolek lebihan bancuhan kek tu, kadang-kadang Mummy colekkan kat jari dia and bagi I jilat. Berebut-rebut I dengan Wo sapu keliling mangkuk tu. Lepas Mummy masukkan kat dalam oven, sibuk la I dengan Wo tunggu. Bau kek yang Mummy yang dalam oven semerbak membuatkan I dengan Wo tak sabar-sabar nak tengok hasilnya. Kejap-kejap kita orang tanya, Mummy dah masak ke kek tu, etc. Mummy kata belum and nanti Mummy bagitau. I dengan Wo and terjengau-jengau tengok kat luar cermin oven, Mummy dah siap-siap warning jangan bukak pintu oven. Bila dah siap and Mummy keluar dari oven, apalagi Wo dengan I, sibuk la nak rasa. Actually, kita orang bukan ndak sangat makan kek or biscuit tapi sebab excited tengok cara-cara Mummy buat. Menyibuk je kan. Tapi makan kek panas-panas sedap dan gebu. Then Mummy tanya lagi, sedap tak, Wo dengan I macam biasa akan kata sedapnyaaaa (nya tu kena panjang), then Mummy kata eleh, sambil tersenyum simpul.

On the weekend pulak, all four of us, Mummy, Daddy, me and Wo akan ke emporium sebab nak cari hiasan or accessories for Christmas tree. Dulu Daddy ada beli Christmas tree tapi yang plastic and kecik aje, tinggi betis. I dengan Wo tanya Daddy tak beli ke Christmas tree yang tinggi. Daddy kata nanti dia cari. So masa shopping for the accessories tu, Mummy and Daddy aje pilih. I dengan Wo sibuk pegang-pegang benda-benda kat situ. Mummy and Daddy tak beli banyak pun, cuma a few aje. Tension je kita orang. Sibuk la tanya apa hadiah dorang nak bagi kat kita orang. Mummy kata diam-diam, kalau nakal and gaduh-gaduh with each other, hadiah tak ada. So during the week or two weeks before the event, I dengan Wo make sure kita orang tak gaduh-gaduh. Kālau gaduh-gaduh we both make sure that it would not gaduh yang kuat-kuat sebab tak nak Mummy dengar.

A week before Christmas, Daddy balik bawak pucuk pokok Ru hidup. I dengan Wo tekejut yang amat but both of us were so excited, menjerit-jerit and melompat-lompat kegembiraan. I dengan Wo siap peluk-peluk lagi. Kita orang tak tau pun yang Daddy plan nak pakai pokok Ru kan wakaka.. Ingatkan nak guna pokok Christmas plastic yang cenonet tu. Mummy pun tekejut sama and tanya, macam mana Daddy boleh potong pucuk pokok Ru and tak ada orang nampak ke. Mummy kata, kang kena tangkap. Daddy, kata ah.. don’t worry. Mummy and Daddy pun siap-siap cari pasu and I can’t remember which one of them turun bawah ambik tanah. All I know is that night, pokok Ru telah siap-siap dimasukkan ke dalam pasu. So malam tu, the four of us mula la menghias hias pokok Ru kebanggan keluarga hehe.. I dengan Wo kalau tak gaduh-gaduh manja tak sah, kadang-kadang mana yang Wo dah gantung or I dah gantung, both of us akan tukar position. Tapi tak best la accessories tak banyakkan, kapas pun Daddy suruh letak sikit aje.. dia kata kang kalau kita orang luka mana dia nak cari kapas nak lap-lap letak ubat… apara punya alasan kan… I ambik kapas sikit, sesambil tu I try letak kat atas bibir nak buat moustache haha.. Oh yeah, sesambil kita orang hias-hias, Daddy pun pasang cassette (I know zaman retro cassette.. haha..) lagu Christmas. Wo dengan I sibuk la nyanyi sama. Tengah kita orang nyanyi-nyanyi, Wo suh I dengar lyric lagu “I, saw mummy kisses santa claus”, dendangan Michael Jackson. Bila I dengar, I kata, a’hah la Wo, then sibuk la I tanya, kenapa mummy dia cium santa claus and siapa la santa claus tu, daddy dia tak marah ke. Wo pun buat la andaian, maybe just kiss kiss pipi biasa and sibuk la I tanya Mummy, kenapa mummy dia cium santa claus la bagai.. Mummy kata tu daddy dia dress up as santa claus. Baru la hati I lega. Anyway, semua lagu Christmas kita orang boleh hafal without lyrics. Sampai sekarang I ingat semua lagu-lagu Christmas.

Two days before Christmas, Mummy dah start tukar cushion cover, tukar langsir baru and Daddy bought lots of soft drink, beers and all kind of alcohol beverage, macam-macam nama. I dengan Wo pulak bila tengok air gas that’s it, mula la merengek-rengek nak minum air gas. Mummy and Daddy warning siang-siang, kalau nak minum air gas kena mintak permission kat dorang dulu. Kalau tak ada kawalan ketat dari dorang, satu hari, satu kotak air gas definitely kita orang boleh habiskan. Petang before Christmas, Mummy dah start buat goodie bags untuk di beri pada anak-anak neighbour yang akan datang bertandang. Mummy letak sweets, belon getah, belon yang ada straw kuning, small toys etc. Sibuk la I and Wo nak join in and nak tolong letak-letak. Kita orang mintak sepeket kat Mummy. Sebelum bagi, Mummy pesan, sepeket sorang aje, lepas nie tak boleh ambik lagi. Kita orang pun promise (yela tu.. masa tu je).

One night before Christmas……. (to be continue…)

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...