Tuesday, January 11, 2011

Life Begins At Whatever....

Over the years, I’ve read a lot of articles or heard stories around about people were saying that men’s life begin at 40, 50, 60 etc. Macam-macam la perangai and the way men change their life or pick up a new hobby. But I didn’t see that in my husband. For your info, he was way passed his 40’s. It was like a distant memories wakaka.. and berapa tahun lagi dah boleh pencen kalau keja government. Oh silap, sebenarnya there are a lot of changes in my husband. Kalau dulu masa dating and baru-baru kahwin, it was a very rare to hear his kentut but nowadays kalau dia nak kentut dia akan letupkan sesuka hati dia. Diikuti dengan letupan-letupan serta rentenan kecil. Tak puas dengan itu dia akan kentutkan kat mulut. Konon ingat I tak tau. Lepas tu dia tersenyum penuh bangga kat I. Perubahan seterusnya, sama seperti kisah kentut kalau masa dating and baru-baru kahwin, kalau dia sendawa cepat-cepat dia cover mulut and cakap sorry. Tapi sekarang nie, kalau dia nak sendawa, dia akan bukak mulut dia seluas-luasnya and sendawa penuh exaggerate dan disusuli dengan sendawa pelsunya. Paling dia suka, bila dia minum air coke, mula la dia mengalunkan iramanya itu. Lagi I marah, lagi la dia suka.. Tapi this two things, kentut and sendawa dia cuma buat kat rumah kalau kat luar pandai pulak dia belakon sopan...eee...

Dari segi berpakaian pulak, masa dating dulu offcourse la dia bergaya sakan, al maklum nak pancing I. Tapi sekarang nie, tak ada dah nak pakai macam orang muda, selain dari bentuk badan yang tak mengizinkan, I tengok husband I pasrah dengan keadaan beliau. Apa-apa jenis baju, dia main rembat aje. Selagi baju tu tak rosak, selagi tu la dia akan pakai kalau keluar bejalan. Baju yang 10 tahun lepas pun dia pakai lagi and ada satu baju tu punya la lusuh sampai I marah tak kasi dia pakai baru la dia tak pakai. Kadang-kadang I merungut suh dia tukar kalau I rasa baju tu macam dah macam putus nyawa, dia kata tak apa masih ok lagi. I kata nanti orang ingat you pekerja kat shopping complex ke. macam la I pakai lawa-lawa padahal I lagi cincai. Selain dari itu, husband I masih lagi pakai kereta buruk kita orang tu. I selalu tanya, tak nak tukar ke, dia kata, selagi dapat jalan buat apa nak tukar, maybe in the future dia beli baru. Tapi tak ada la dia nak pakai yang sporty-sporty macam separuh orang tua yang tak sedar diri. Dia kata kalau dia nak beli, beli yang macam trak aje.. (dalam hati I tak tahan nak gelak). Dia kata real man guna truck, ye la tu.. so I nie kalau duduk sebelah jadi kelendan la..

So, I think men’s life begin at 40 ke 50 ke 60 ke yang selalu orang gembar gemburkan tak berlaku kepada semua orang lelaki. Ada yang tak terkena tempias. And I’m so glad that it didn’t happen to him. I can’t imagine kalau tiba-tiba nak naik atau beli motor berkuasa besar macam yang both of us selalu tengok kat sini. Or tetiba nak simpan rambut panjang ke or colour rambut blond ke or pakai bandana ke..ya Tuhan. Or that husband I jadi gatal kenjar nak ngorat pompuan lain ke or nak menambah bini ke, usshh...

Walau husband I snoring kuat tiap tiap malam sampai katil boleh bergegar and membuatkan I selalu terjaga, bercita-cita nak langgar mat rempit, mengelarkan semua orang kat jalan raya either penyampun atau lanun dan perasan dia sangat kuat dan boleh belasah semua lelaki kat dunia nie, dia lah cinta hati I. Ketidak sempurnaannya adalah yang sangat sempurna pada I.

Monday, January 10, 2011

Birthday Buah Hati I

Today is pengarang jantung I punya birthday. So one whole day hari nie, I sibuk la nyanyi lagu happy birthday kat dia dengan berbagai-bagai versi that I can think off...(merapu). Husband I segan-segan dengar I nyanyi hehe.. And instead of me giving him a birthday present (which I did a few days ago...ala senapang biru tu..), dia pulak bagi I present, laptop sony vaio. Tekejut l. I never expect he would buy one but he did hinting kat I a few times before and tanya I colour apa yang I suka kalau dapat. During that time, I cakap tak payah beli sebab my sony vaio yang lama tu is still in good condition and setakat two or three years masih tak outdated lagi.



Anyway, bila dia bagi kat I petang tadi, I was so excited and ternganga la kejap mulut ku ini. Gembira tak terkata. I kata, buat apa la nak beli baru, buat bazir duit aje, kan I punya yang lama masih ok lagi.. tapi dalam hati I cakap..hah, bagus, buat la selalu..haha.. Dia kata, yang lama tu 16.5 inch besar and berat kalau nak bawak travelling. Yang this one only 14 inch and ringan aje.. (macam la I live the jet set life yang memerlukan I banyak travelling..padahal 90% hidup I duduk kat rumah aje..yang 10% tu ukur shopping complex) .



Lagipun dia cakap, kalau I nak bawak keluar masuk bilik senang aje...aparaa dia punya reasoning, macam la jarak dari bilik keluar tamu jauh betul, dua tiga langkah dah sampai.

So this evening, dia ajak I makan kat Chakri Palace, KLCC. Lama dah tak makan kat sini, the last time was when it was newly open. Reason tak pegi was because the food was quite expensive and rasa tak da la sedap mana, bland je... according to my tastebud la.

But because it was the birthday "boy" more of an atok...so I ikut je. Sebab kalau nak makan kat Cosy House or tempat yang selalu we all pegi (although it was way tastier than this place) but like I said since it was a special occasion so pegi jugak la kat sini.
Ini je yang we all makan. Atas tu appetizer and yang kat tepi tu, I order tom yam prawn, husband I order chicken slice with coconut gravy. Yang ikan tu, ikan masak asam. I tak makan banyak sebab pedas cili padi menusuk ke tekak I. You know la I punya perutkan extra sensitive.


Yang kat bawah nie is dessert yang both of us order. Husband I order yang ada mangga and pulut tu. I order red ruby tu. Lepas makan, jalan-jalan kejap kat KLCC and kedai semua dah nak tutup, tengok dari luar je.

So darling ;

Happy Birthday My Love, with each year I love you more and more....

Note : Malam tadi tengok AJL25, ok la..congrats to Ana Raffali although I'm not her fan but dia dah fated nak menang. But I sangat suka pembukaan by Francessca Peter and those yang previously menang and I love love the closing by Kak Pah and Ziana Zain... performance yang mantap dan suara..ahh so fantastic, marvellous.. as for yang sorang tu.. ahh..macam konsert kebudayaan pun ada and macam dia punya konsert pulak...sungguh jelak I tengok...

Thursday, January 6, 2011

Update


There’s nothing much interesting thing that had happened to me these past few days, macam la interesting sangat hidup I nih haaa..... Anyway, I buat passport last Tuesday kat Sri Rampai Wangsa Maju nih. Memula tu ambik gambar kat sebelah tu jugak. Sebelum tu masa kat rumah bukan main lagi I touch up apa-apa yang kurang.. ber make up indah. Sampai kat situ terus ada budak ajak pegi kat kedai untuk ambik gambar and photostate IC. Masa nak ambik gambar tu, bukan main lagi I cuba memaniskan muka, senyum senget la, bukak mulut la. Bila gambar dah ready, OMG, ugly nya gambar I. I bukan cantik pun..jauh sekali lawa, manis pun tak ada tapi seriously rupa I kat gambar tu macam nenek kebayan. Eye bag kat bawah mata was so obvious. Bentuk muka bulat, tak ada bujur sirih langsung, buat penat aje I juih-juihkan mulut kasi dagu panjang..ceh!. Kalau I tau, I pegi kat photo studio and ambik gambar kat situ. Untuk 5 tahun macam tu la muka I kat passport.. depress I.

Anyway, lepas ambik nombor, kejap je tunggu then officer tu panggil.. Then officer suh tunggu sejam for the passport to be ready. Sementara nak tunggu passport siap, I dengan husband pegi makan kat AU 2 and buat marketing sikit kat supermarket. Sesambil tunggu husband I kat counter bayaran I duduk kat tengah-tengah arena. And you know what? Sempat la jugak I dengar adegan telefilem kat belakang I tu. Kisah macam nie, masa I duduk-duduk tu ada seorang laki bagi (I assume) anak dia la, makan subway sandwhich, kecik lagi budak tu... Then I dengar dia cakap kat (I assume lagi..bini dia) kat hp and dia bagitau bini dia, dia kat arena. Tak lama kemudian ada pompuan datang kat dia, sekali I dengar dia naikkan suara, dia kata something like this “ kalau I panggil you datang, you datang la...and then pompuan tu explain something, tak berapa clear...then dia naikkan lagi suara “Bullshit”! and then husband I datang... ceh! Spoil...I lagi nak dengarkan..hehe..sibuk la I.

Then pegi balik kat Jabatan Immigration tu and within few minutes I dah dapat collect my passport.. Service sungguh bagus and officers kat situ semua pompuan and baik-baik siap senyum lagi...Keep up the good work ladies... Husband I sempat bisik and cakap, “perasan tak, sekarang nie kat bahagian immigration nih tak ada pekerja lelaki lagi kat counter”? I kata “a’ha la”, husband I sambung, “sebab lelaki selalu rasuah”.. hah!


Petang semalam both of us makan kat Cosy House GE, I teringin nak makan Kue Tiaw basah. Husband I order Kue Tiaw goreng biasa aje. I rasa dia punya sedap, dia pulak rasa I punya sedap hehe..so kongsi.. Then husband I ajak pegi Ke Toy R Us and I tengok dia survey gun yang dengan bullet macam cucu sedara kita orang bawak masa malam 31st aritu. I kata kat husband I, boleh la you tembak cicak dengan nie. Wah, husband I yang mempunyai instinct hunter itu terus interested. Dia kalau bab-bab nak hapuskan serangga perosak atau cicak durjana tu memang laju je. Then I pikir-pikir dalam hati, why not I belikan as his birthday gifts as I don’t know what to give him anymore. Bila sampai kat counter pembayaran, I cakap kat dia, it is on me, accept this as your birthday present. Tekejut dia sambil tersenyum malu. Lepas I bayar, husband I kata thank you and sempat lagi cakap, nanti duit I abis la..I kata tak apa.. (lagipun dari mana datang duit I pun kalau bukan dia...maklumla I kan persara tak ada duit pencen...huhu).

On the way nak balik stop kejap kat Ampang Point sebab nak beli fastfood.. sebab malam gerenti lapar nih...and I sempat lagi grab two loaf of French bread..yang panjang tu...huhuhu... yea... azam I nak turunkan berat badan hanya tinggal kenangan aje..

Malam tadi, husband I seperti biasa dengan tidak berbaju dan berseluar short penuh bersemangat mengenggam senapang barunya menanti akan kehadiran musuh ketat beliau iaitu cicak durjana...Tapi seperti boleh meneka akan maut yang bakal mengundang....cuma seekor je keluar itu pun anak cicak yang saje melekat kat atas dinding betul-betul bawah aquarium ikan...so husband I tak dapat tembak sebab takut bullet getah masuk kat dalam aquarium ikan kesayangan beliau..

Sunday, January 2, 2011

First Time Recipe and Menu For 2011

(Ikan Tumis Asam)

This is the first dish/menu that I cooked for 2011 and also the first time that I've tried from buku resepi yang I beli about 2 months ago. I was walking around kat dalam Popular Bookstore when I came across the book and I remember Fiez penah mentioned and pegi kat KL to join bengkel memasak from this famous chef. So bila I nampak je I terus grab and I belek-belek. Wah, macam menarik and simple aje, ingredient pun yang kita familiar. From the picture and the way it was cooked I dapat rasakan that it is going to be delicious.

And so, tengahari tadi I gave it a try. I letak sebijik chili merah (chili hijau tak ada), memandangkan perut I yang sungguh oversensitive nih. What I can tell you, base on my citarasa, it was so yummy and so very easy to make. I senang-senang I ndak la try, kalau susah-susah tak kuasa I (sebenarnya malas, yang remeh temeh nih).

Actually, tengahari tadi I masak ayam masak kicap dan sayur tauhu, malas I nak upload sebab I dah banyak kali tepek kat blog. I will only post recipe yang I first time try aje. I'm sure Fiez dah beli buku resepi chef kesayangan dia nih..hehe..

As for my azam untuk turun berat badan? Yeah right! Belasah macam nak giler tengahari tadi and sebelah petang pulak I masak cucur ikan and kejap tadi baru lepas makan biskut danish 5 keping and sekarang nie minum air milo....huhu.... Exercise? Lets just say my mind is doing the exercise... So much for azam, see I've told you?

Saturday, January 1, 2011

Azam Tahun Baru...

I tak tau la apa azam I dah sebabkan I don’t carry on with my azam each time I berazam nih. I just pikir nak buat or berubah but I can never stand by it. I tak pernah take it seriously. So I guess that is not an azam la kan. Azam is something that we say, want, determine and we plan to do exactly just that. But this year I seriously want to lose my weight. I have 4kg to go after that I akan maintain. Excercise? I mesti betul-betul buat nie, tak nak hangat-hangat pancake je. Bukan apa, I kurang semangat la kalau buat sorang-sorang, nak harapkan husband I sebagai peneman or kawan se excercise hmmm..tak payah la... Ade je alasan, sakit kaki la, doctor tak kasi... ntah bila dia pegi visit doctor, tak penah tau pun I since semua bende dia story kat I especially kalau part nak menagih simpati atau menceritakan penderitaan diri. Tiap-tiap hari routine buang air besar pun dia cakap kat I. Other than that I tak ada azam yang lain and I tak ada apa-apa wish list pun.

Anyway, my/our first activities for today on our first day of the year was lunch kat cosy house GE and the first thing that I grab was a calendar RM15.00 kat MPH sebab I dah bising tak ada calendar hehe..

Sekian...

Friday, December 31, 2010

I Sakit, Manda And Heronya Sivaji


I was supposed to update my blog this past days, but unfortunately I got sick... huhuu... I terkena food poisoning and automatically gastick pun campurtangan jugak. Ceritanya macam nie, as usual Ida would come every Tuesday to clean up the house. So when she came I tak masak sebab I tak mau kacau dia nanti dia kena cuci dapur banyak kali and furthermore I tak nak abuk-abuk masuk kat makanan kalau dia tengah lap-lap or cuci-cuci furniture kan. As usual jugak husband I akan tapau makanan untuk I dan Ida. This time I suruh husband I beli nasi dan lauk. Lepas makan tu I tak rasa apa-apa but petang tu perut I rasa lain macam, sebu and berangin semacam. Then I pegi melepas and makan ubat Actal. Malam tu tengah baring-baring tengok tv I dapat msg dari Manda, dia kata Sivaji The Boss ada kat tv. Then dia sms lagi dia kata kat astro fiesta 110. Eh, I tak tau pun ada saluran astro fiesta nih..nampak sangat I lama tak tengok tv. Tapikan I rasa Manda saje je nak kasi I jealous sebabkan dah dekat ½ jam nak abis baru dia bagitau.. Manda Kejam hehehe... So sibuk la dia bersms ngan I sambil mengutarakan point-point cemas dan penuh dramatic itu.. I tak sangka selama ini rupa-rupanya Manda Pencinta Filem Tamil secara diam-diam. Maka terserlahlah kini ketamilan beliau. Dari sms Manda I dapat rasakan bahawa dia sungguh mengagumi filem-filem lakonan Rajinikanth ini. Dan I pasti abg Raji ini adalah hero Idola Manda yang jitu. I dapat bayangkan di handphone, laptop atau di computer office Manda, hero tamil ini menjadi wallpaper beliau..wakaka..

Berbalik kepada kisah I yang tak sihat ini, the next day sedang I masak memasak dengan penuh rancak tiba-tiba I rasa perut I rasa macam nak kentut (sebelum tu I asyik sendawa angin non-stop). Serentak dengan itu I terus belari untuk melepas and memang sah I kena cir bir.. Lepas dari itu I sambung masak lagi. Lepas makan I terkena cir bir lagi tapi I tak rasa sakit sangat. Husband I balik kerja I rasa dah mula sakit semacam but I macam boleh tahan lagi. I pikir-pikir nak pegi klinik ke tak nak. Tak lama kemudian I rasa perut I sungguh berbisa. Terus husband I ajak pegi dengan terbongkok-bongkok lagi I masuk kereta. Dalam kereta I rasa macam dah nak pengsan, berpeluh-peluh dan I terpaksa bernafas pendek-pendek. Macam perempuan pregnant kat lamas kelas aje. Sakit sungguh tak tertahan sampai I menangis walau I cuba tahan. I ingat adakah ini hari terakhir I kat bumi. Serious, I ingat nyawa I dah nak kena cabut.

Sampai kat klinik nasib baik tak berapa ramai orang. Tak lama kemudian nama I kena panggil and I rasa lega sebab Dr Marina yang bertudung labuh itu. I suka kalau dia or Dr Ganesan on duty. I pun bagitau la sakit I dengan suara yang terketar-ketar. Dr Mariana kata nak jab, I kata ok, first time I setuju dengan penuh beraninya dan tanpa berfikir panjang. Selalunya I akan kata no. Tapi I kata kat Dr, I nak jarum paling halus, dia kata kalau nak makan ubat pun boleh jugak. I kata no, you jab je, I dah tak boleh tahan nie (wah, beraninya I..that shows I dah betul-betul tak tahan). Then I pesan kat doctor lagi I nak jarum paling halus. Dr kata kalau nak jarum yang paling halus, ubat tak keluar..hehe..tegelak la pulak. So bila time dia nak jab, I kata tunggu dulu, I nak kena pegang tangan your assistant/nurse sebab memang jadi kebiasaan I (yang pengecut ini) kalau nak kena jab mesti kena pegang orang.. Dr tu gelak and I kata Dr Ganesan memang dah cukup arif dengan perangai I nih hehehe.. I kata, I nie tua-tua pun takut, Dr Marina kata tak apa. Offcourse la, tak kan dia nak kata, you nie memang tua bangka pengecut gila kan wakaka...kang ada yang berparang kat klinik heh.

Lepas dia jab, I expect it to be baik on the spot, tapi tak jugak, so I duduk kejap kat klinik sebab I takut kalau I terpengsan sebab I tengah tertunduk kesakitan. Tak lama kemudian, husband I ajak balik and husband I tak kasi I jalan biar dia ambik kereta. Balik rumah sakit tak baik-baik, tak lama kemudian I muntah. I muntah air kosong and lepas tu I rasa kepala I pening. Badan I pulak lemah-lemah and mengantuk yang amat. Then I paksa makan nasi sebab perut I kosong (sebelum tu kena makan ubat gastric dulu) and acid gastric banyak dalam perut I. Lepas makan I telan ubat cir bir. Tak lama kemudian Manda from Mumbai sms and bagitau Sivaji the Boss keudara lagi..wakaka.. dalam sakit-sakit tu I tegelak besar. Dia kata pukul 9.00pm start and I bagitau dia I tengah tengok Malaysia lawan Indonesia. I kata nanti I nak beli la Sivaji The Boss nye dvd (cet rom la). I kata nak DL kat tor mesti tak ada subtitle. MANDA DENGAN PENUH BANGGA KATA DIA DAH ADA SIVAJI THE BOSS NIE DENGAN SUBTITLE SEKALI.... huiii... terkasima I sebentar wakakakaka.... Gab.. member setamil dah ada tu (ke atau Gab memang dah tau tapi secret-secret kat sis? hehe). Vagg macam mana? Dah ada unsur-unsur kesarian ke? Kui kui kui.... Kalau tak berjaya kat Vagg kita brainwash AFI lak...bak kata pepatah kalau nak melentur buluh baik la dari rebungnya oppsss...lariii...

Tak lama kemudian I termuntah and abis semua nasi yang I makan terkeluar balik... adeeihhh.. seksanya.. Kepala I pusing bagai nak giler and I bejalan terhoyong hayang. Tapi I rasa a bit lega although asyik sendawa angin non-stop. Semalam I masih cir bir lagi tapi sebelah pagi je. Hari I rasa a bit better. I hope next year I wouldn’t have to carry this sickness again and I hope I tak terkena lagi...tak sanggup rasanya. I betul-betul serik and akan berhati-hati kalau nak makan or beli kat luar lepas nie.

As for all of you out there, either you are my friends or a silent reader, I would like to wish you a very Happy New Year 2011.

Sunday, December 26, 2010

Kisah Tengok Wayang Tron


(I makan laksa lemak, husband I makan laksa asam. Selain dari tu both of us share pie tee, lobak and ice kacang)

Last Friday evening/night husband I pujuk lagi, this time dia ajak pegi tengok wayang. I cukup malas nak tengok wayang especially bila mengenangkan penonton-penonton yang cukup monkey suka buat bising and siap cerita-cerita lagi. But bila teringat husband I banyak kali ajak tengok and I asyik menolak aje, so tak sampai hati la pulak kan... you know perkahwinan kan kena ada compromise..tak kan nak ikut kepala one party je kan. See, husband, you’re lucky kahwin dengan I yang sungguh bertimbang rasa ini (ye la tu uweek uwweek). I suh husband I check what was on kat TGV KLCC right now.

Lepas mandi and solat both of us pun make our way there but not before husband I isi minyak and I grab a few tidbits nak makan dalam kereta because I was so hungry. Sampai aje, terus order makanan kat Little Penang and then husband I pegi beli ticket. We haven’t decide what to watch, it would be depends on the time. I tak nak tengok yang jauh malam sangat. It would be either Tron or Gulliver’s Travel. Husband I called from the TGV and bagitau yang GT dah penuh and kalau nak pegi tak sempat because makan berapa lama kan, so I kata Tron pun boleh jugak. Actually, I tak tau pun Tron nie cerita apa, I cuma tengok one time promo kat tv aje and I don’t even know sapa yang berlakon etc. Lepas makan, both of seperti biasa berpoya-poya and sempat la I beli one pair of CAT shoes. Actually, I tak ada ati pun nak beli but memandangkan ada discount sampai 50% tiba-tiba kasut tu nampak cantik la pulak, yela harga dah murahkan.

Then husband I pegi turun balik kat kereta sebab nak ambik keropok yang dibeli kat station minyak tadi. I dah cakap siang-siang kat dia, ambik yang plastic yang I ikat (sebab ada dua plastic). Anyway, I tak berapa suka tidbits kat TGV nih sebab tak banyak choice. Sebelum tu husband I belikan cupcake Bisou betul-betul depan TGV. Bila husband I dah naik balik. I tengok dia ambik bungkusan plastic yang salah. I kata salah keropok you ambik, I kan dah cakap ambik plastic yang I ikat, husband I kata tak nampak pun. I kata, macam mana la you boleh lulus periksa, you memang sewel hehehe.. Husband I try to question my integrity. Ini tak boleh jadi. I kata kalau you nak turun ambik, ambik la but kalau tak nak pun tak apa boleh makan yang ini but I swear, I ikat and I kata dah dua kali I ulang ambik yang ikat, satu masa dalam kereta sebelum both of us naik atas and satu masa you nak turun ambik.

Then husband I turun, bila dia sampai balik kat tempat I menunggu dia kata, mana ada ikat, nie I jumpa kat bawah seat. I kata mana I tau, I ikat and siap berdemi Allah lagi haha..last-last both of us gelak because we look so stupid arguing over some very silly thing .. adeeihh...so korang nanti kalau dah sampai usia macam I dengan husband I, percayala bende-bende remeh pun boleh jadi big issue and seems to be a very big deal...

Bila time nak masuk, husband I beli pop corn and air coke yang guna cawan Tron and air mineral. Lepas buang air kecil both of us pun masuk and ambik spec 3D kat luar panggung. Sampai-sampai sudah! Budak-budak kat depan and kat belakang kita orang. Habis la.. both of us cakap. But it was surprised that budak-budak nie was well behave, tak banyak cakap and tanya. In fact mamat dua orang sebelah I yang kurus aje sekali sekala sibuk nak story pasal kisah nie... By the way, it was a pleasant movie to watch. I never expect it to be that good. Kalau korang suka tengok cerita sci fi/computer/futuristic/game, boleh la tengok. Pada I cerita nie best and tak boring, sekejap aje dah nak abis. Malas I nak story kisah nie, korang tengok la sendiri. Ok la I cerita sikit, pasal bapak Sam nie termasuk and tak dapat keluar dari game yang dia cipta. Sam termasuk dialam itu dan bermula la segala-galanya dan terjawap la dimana bapak dia menghilang selama dua puluh tahun itu.

Bila dah abis, mamat kurus dua orang sebelah I tak bangun-bangun, mengeliat aje sambil tengok belakang. Sekali I tendang tangan dia, terus dia gelabah bangun..wakaka..yea..I memang tak sabar and panas baran..

Sekian..

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...