Wednesday, November 29, 2017

Sand and Sandals Desaru JB Part 2, 3 & 4

 


Sand and Sandals Desaru JB Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pagi tu, I buffet breakfast with my husband.  I tak makan banyak and decided we need to look for roti, manalah tau later nanti lapar and I’m also looking for a bubble bath sebab ingat tuan puteri kayangan berangan di awan nak berendam jap lagi.  So pagi-pagi sebelum husband I pegi kerja makanya kita orang pusing kat Desaru and tanya merata-rata, keluar masuk kedai, satu pun tak ada jual bubble bath and some of them don’t even know what it is, I pun kena explain, air buih sabun and still they can’t figure it out.   Lastly, I went to the biggest supermarket around and just grab one sabun mandian yang ada tulis spa je.  Dalam hati I cakap nantilah kalau tak ada buih akan ku kocak-kocak sendiri.
 

Lepas husband I pegi kerja, I decided to check out the beach.  Hari tak panas dan agak mendung so tak ada la kulit I akan terbakar furthermore I tak ada sunblock.  I took a few pictures dekat pantai and also kawasan persekitaran hotel.  Then I ordered / tapau food for lunch kat restaurant. Sementara tunggu food siap, I pegi kat convenience shop kat hotel and beli some ice creams, drinks and kacang.  Then I pegi ke game room and main basketball kejap. Balik bilik, I mandi, makan and tengok cerita yang I download sampai petang.  Sementara tunggu husband I balik, I lepak-lepak kat verandah and dengar live band yang menyanyikan lagu era 70 dan 80’an, so retro.  Petang tunggu husband I balik, tak balik-balik (sebelum tu I dah belasah mee in my mug, keropok, roti etc... but still.. ) I dah lapar, rasa macam nak menangis je hehehe... jangan you, makanan punya pasal boleh kasi I pilu, dah la sekarang nie, selera makan membuak-buak, I gemuk giler, seluar semua tak boleh pakai, kena beli baru and pakai yang bergetah je... I know I pernah cakap kat my previous blog, yup... berat badan tak turun-turun, hampa I.  Anyway, husband I called, I pun mula la berkeluh kesah akan penderitaan I yang kelaparan, dia kata jangan tunggu dia, suruh I order room service, you see? Mana nak cari isteri mithali macam I nie, dah pupus you wakaka..  I pun order la food, tak lama kemudian husband I balik.  I pun suruh dia order cepat-cepat order so that room service sampai sama-sama dengan I.
 
Lepas makan, I tengok tv kejap and then tidur.....
 
Sand and Sandals Desaru JB Part 3
 
 

Today, I breakfast sorang-sorang sebab husband I nak pegi awal.  Lepas makan I naik balik ke bilik.  Ingat nak bubble bath but bila pikir kejap lagi ada orang datang cuci bilik, so I mandi cepat-cepat.  Husband I suruh pegi spa, I kata nantilah, next time lah sebab I baru pegi a few weeks ago.  I surf internet jap sambil orang datang cuci bilik.  Lepas dia siap, I turun order food, bawak naik atas and makan.  Lepas tengok tv I pun bubble bath or mandi sabun kat luar.  I make sure tak ada orang nampak sebab window tu tutup separuh aje.  Lepas berendam beberapa seketika, oh, nasib baik shower cream spa tu buih, so tak payah la I nak kocak-kocak.  Next time I guna je shower cream, murah pun murah, tak kiralah brand apa.  Lepas tu I mandi lagi sekalik, tengok tv and bila petang, I decided to jalan kat pantai lagi, ambik angin, ambik gambar dan acara gerakkan kaki.


I tengok semua yang pegi situ, either berpasangan atau satu family.  I je sorang-sorang, tapi takde la I nostalgic cuma kalau husband I ada, sure I dah berkemban ala-ala Panggilan Pulau ayo ayo ayo ayo kezambo dan jangan lupa bunga kena selitkan kat telinga sambil tu ketawa mengekek... uishh..buruk rupa wakaka.. After a while, I balik.  Malam I cadang nak makan kat restaurant instead of order room service, tak lama kemudian husband I called and suruh I makan dulu.  Memang plan tak tunggu pun kang gerimis mengundang la pulak..  Dalam menunggu makanan sampai, husband I kejap-kejap whatsapp, cakap dia lapar, ala siannya dia..  Then I borak dengan waitress kat situ, dia tanya I bercuti sorang ke (tiba-tiba I terpikir, betul jugak budak nie cakap sebab I did everything alone, makan pun sorang, lepas tu asyik cakap dalam hati je...).  I pun explained, cakap husband I lambat balik etc.  Budak nie datang dari Sabah and start kerja pun baru lagi, last September.  Baik dan peramah lagi, I usik mesti homesick, dia kata yea.


Lepas makan, I duduk-duduk kat luar, ambik-ambik gambar suasana malam and whatsapp kat husband I.  After a while I naik masuk bilik.  Malam husband I balik.

Sand and Sandals Desaru JB Part 4

Today, both of us sama-sama bersarapan sebelum balik KL.  We went to JPO and husband I belikan bag Coach, tak kisah la off season, yang penting harga murah giler!!  And a few other things.  We made a lot of stop along the way, lunch, beli buah etc.

Sekian, catatan I kali ini...

P/S : Congrats Fazura and Fattah, moga berbahagia ke anak cucu....

Saturday, November 25, 2017

Sand & Sandals Desaru, JB Part 1


Assalamualaikum,

Lama I tak berblog, bukan sebab tak nak tapi I tak ada mood.  Banyak benda I nak cerita tapi semua I pendam dan I lupakan sahaja.  Anyway, next time lah I share my supersappy story nih.
 
 Husband I finally got a job and start working last week – Thursday after not working for quite a while.  Both of us were so ecstatic.  A few days later which was last Tuesday 21st, he has to go to Desaru for an introductory etc course, so dia bawak I.  Mula-mula I tak nak ikut sebab dia pergi atas urusan kerja (cewah.. perasan isteri memahami konon hehe..) tapi you know la husband I yang control freak and over risau itu, dia cakap, tak apa ikut je, boss dia pun kata boleh bawak wife and furthermore dia risau tinggalkan I sorang-sorang kat rumah, sementelah tak ada anak untuk menemani and also siapalah yang peduli pada diriku ini apa lagi bertanya khabar jauh sekali (sempatlah jugak menyelitkan unsur-unsur simpati).

 (Masuk je tengok katil 4 poles bed, nie, ala-ala katil pengantin baru la pulak, siap kelambu lagi)

So mula-mula ingat nak bertolak pagi-pagi around 4am but I propose drive malam so that dia boleh tidur kejap and tak penat bila terus ke office.  Kita orang keluar around 9.30pm, I siap bawak bantal and selimut, macam budak-budak je.  We brought a few foods/fruits along the way.  Singgah on a few R&R, beli buah and sebab I asyik nak buang air je, sejuk you.  Bila sampai kat Johor, husband I masuk Kota Tinggi nak ke Desaru nih.  Oh, we’d been here before about 23 years ago in 1994 when my husband worked here for just a few months.  Bila masuk Kota Tinggi, kita orang drive punyalah jauh and was wondering, kenapa tak sampai-sampai nih?  Dekat traffic light, we asked budak naik motor, dia pun bagilah direction, dia kata dia nak ke situ tapi dia ikut jalan jauh and dia kata direction yang dia bagi dekat lagi.  Dalam drive tu, kita orang pikir lagi kenapa tak sampai nie, dah dekat sejam lebih and the road was so quiet, dark with no lampu di kiri kanan.  Kadang-kadang berkabus and we are the only car around.  I kan rasa seram semacam je, dalam hati I cakap jangan la tiba-tiba ada lembaga putih berterbangan hinggap kat tingkap.  Jantung I rasa lemah semacam, kadang-kadang I pejam mata sebab takut nak tengok depan.  Kadang-kadang I kecikkan mata so that kalau ada benda meniarap kat depan I, tak ada la I terkejut mana I know I’m a chicken hehehe, walaupun garang bukan main hehe. Dah la tu, I tiba-tiba rasa nak terkencing yang amat sangat, kedai makan or even petrol station yang kita orang stop semua dah tutup and bilik mandi berkunci.  Tak payahlah I cerita bagaimana I buang air kecil tanpa memberhentikan kereta tapi yang pasti, tiada kesan percikkan di mana-mana samada di luar atau di dalam kereta dan tak mungkin I melepas di luar, kang ada makcik rambut ala-ala Makcik Simply The Best – Tina Turner atau anak dara cun melecun dengan baju kebaya ketat, kain kipas terbelah sampai ke peha, tegur I out of nowhere...hehehe....

 
Dah dekat 2 jam baru la nampak signboard tulis Desaru.  Lega hati I, lampu jalan pun dah ada begitu juga dengan kawasan perumahan di kiri kanan.  Dalam pukul 3.30am, barulah kita orang sampai.  Lepas check in, I terus cepat-cepat ambik gambar sana sini.  Lepas mandi, I terus naik katil, but, you know what?  I saw something dari ekor mata kat tepi jalan (bentuk kain kapan warna putih) masa lalu kat kawasan jalan sunyi tu but I didn’t tell my husband, kalau I bagitau dia masa tu, dia akan secepat kilat memusingkan kepala dan tanya I, mana- mana dengan penuh dramatic.  Lagipun I tak nak dia panik, only masa nak tidur aje baru I bagitau dia, apalagi kecoh la pakcik alam mistik tu bertanya bertubi-tubi. Siang tu husband I cakap, no wonder la budak tu tak nak ikut jalan yang dia suruh kita pegi...  Yelah kan chances ada yang membonceng kalau naik motor is very high...

Sekian, untuk kali ini, esok I sambung, kalau I tak busy berangan.

P/S : Tahniah Fazura and Fattah, walau I bukan fan and hanya tengok 10 episode HSC, but I’m so happy for them especially her.  Finally she found someone yang tidak mempermainkan dia and betul-betul menyayangi dia hingga ingin memperisterikan dia....

Tuesday, February 21, 2017

TV, Aku dan Hal Ehwal Semasa


You, I dah active balik ber instagram... yea, makcik kerek pun nak la jugak ber socmed kan... keh keh.. I post gambar makanan je, gambar sendiri tu macam segan la, sebab I dah gumuk giler sekarang, nyesal tak ambik gambar banyak-banyak masa badan I hot sekeping dulu..eleh.. perasan hot lots lots of mixsss..foun dai shon...!!!! I try macam-macam pose nak kasi muka tirus, tetaplah wajah penuaan tak dapat hide.  Frust I, how I wish I was young so that I boleh letak gambar pakai hot pants ke, bikini ke...eh eh... tetek kau ada ke? Oopss hehehe.. shut up lah... Tak ada la I nak letak muka bentuk empat segi ini tiap saat kan... tapi ndak la syok sendiri kejap-kejap belek insta nengok muka sendiri sambil senyum perasan...ahak!  Keluar kat internet you, satu dunia tu...maunya tak perasan glamour walau bukan “so called artist”, nak muntah I sebut perkataan artis untuk dorang yang kat Malaysia nie... (boleh di kira la a true artist kat negara kita nie) sebab belakon sekali, jadi penjaga reban ayam pun dah chop diri sendiri artis berpengalaman..eleh..  Atau baru sekali jadi “patung”... untuk iklan perwarna bulu kaki terus kat profile tulis dalam section perkerjaan : model.. hapa?? (Itu pun produk keluaran sedara mara sendiri...), padahal ada kerja tetap....tak mau pulak letak...amboi.. makcik melahar...
 
Oh speaking of model, I sekarang nie tengok ANTM but this time Rita Ora jadi host mengantikan acik Tyra yang busy katanya, walau Tyra masih lagi playing a big role tapi kira belakang tirai je.  Tyra dah ada baby boy, tau kan..dengan boyfriend photographer dia yang ala-ala muka Chef Ramsay tu.  Tapi dia guna kaedah ibu tumpang sebab dia susah nak dapat baby, tried IVF and all.  By the way, I tell you, I memang paling menyampahlah dengan ANTM tapi tetaplah nak tengok walau perangai model-model nie sangat hazab!  Dah la muka tak ada nilai commercial and tiada keunikkan langsung.  Cute tu jauh sekali, ikan selar lagi cute.  Tak macam yang Australia, punyalah cantik, unik, cute, baik hati – personality yang sangat elok (sorang dua je yang kerek tapi itu pun kira angel in comparison to ANTM yang OMG).  Kalau muka kureng tapi perangai ok, tak apa jugak, ini dengan berkeraknya, asyik ada conflict and tak tau malu langsung.  I don’t consider them as having a competitive spirit but more toward busuk hati.  I bukan nak kutuk muka-muka orang, I pun tak lawa tapi muka kita berbeza but if you are in an industries yang penuh dengan limelight, glamour and pekerjaan yang memerlukan you di perhatikan oleh orang ramai, of course kena ada complete package and of course the most important thing, stand out or unique.  But I understand zaman sekarang, kalau perangai macam setan, yang itu la akan jadi famous... famous for a different reason.. oh..a world that we live in..  Anyway, I tak ada ayam tambatan atau favourite pun, yang I support tu pun not wholeheartedly sebab knowing chances dorang nak menang is zero, so far I suka India dengan Courtney tapi Courtney tu banyak sangat songeh and complain.  I tengok pun macam-macam tu je tapi tetap la bising-bising sorang hehehe... kalau la orang pasang cctv kat rumah ahaha...
 
Selain daripada tu, cerita The Celebrity Apprentice dengan boss nya Arnold Schwarzengger baru je abis last week.  I prefer Arnold dari that racist idiot Trump sebab Arnold nie tak berat sebelah (so far la kan...beside ini baru first season dia).  Tapi I tak tahan betul bila Arnold nie bercakap, macam ada batu melekat kat kerongkong dia.  I yang dengar rasa macam perit, wah... orang tu bercakap dia pulak yang emo kerut-kerut muka eh?  Oh, dia punya assistant atau eyes and ears la konon was his nephew, suara pun lebih kurang je tapi this guy is more and way clearer than him and yes,Tyra, yea yang, acik Tyra is everywhere, tu yang I cakap busy giler, eh..macam la I PA dia hee.. Tapi Tyra keluar dua episode, masa mula-mula and masa finale.  I am so happy that Matt Iseman yang menang, he deserved it sebab mamat nie sangat baik dan gentlemen (depan camera la, tak tau la kalau kat belakang belagak Diva), semua celebrities suka kat dia sebab dia tak ada gaduh-gaduh dengan orang, humble and very supportive.  Dia tak ada la famous mana tapi dia host American Ninja Warrior dengan Akhbar.  Walaupun I’m a big fan of Boy George during the 80’s tapi dia tak best la, orang lain je yang banyak buat kerja and ideas he didn’t even give a speech pembukaan.  Tau la dia boss tapi tak berkewibawaan lah... Dia bagi kat Carson (omg, that guy was so hilarious dengan mulut muncung gay nya itu... )  So I puas hati bila Matt menang instead of George..wah..first name basis lagi wakaka... Anyway, I suka tengok cerita ANW nie, nanti la kalau season 2017 keluar I akan story sikit.  Yang pasti, ANW nie selalu buat I ketawa terbahak-bahak sebab some of the contestant nie cakap besar/bongkak tapi baru lompat on the first hurdle dah jatuh kat air.  Sometime ada yang menangis...eh... baik I simpan dulu kang dah cerita semua tak ada modal pulak.   Btw, sekarang nie British Ninja Warrior is going on tapi I tengok sikit je terus I tak dapat nak continue sebab dia buat indoor, paham la weather kan Yingland...but tak best la, I tak ada feel...amboiii.. kak, main feel feel hehe...
 
Ada banyak lagi cerita tv I nak share nie tapi kalau panjang sangat boring pulak korang baca.  Beside not everyone share the same enthusiasm or a couch potato like me.  As for drama melayu...nope no way! But I have to admit cuma dua kali aje I pernah ikut series cerita melayu, itu pun cerita Kutub Utara Kutub Selatan 1 (yang ada Nasha Aziz and Norlia Ramli) berpuluh tahun yang lalu dan Tahajjud Cinta, lepas tu tak ada lagi... As for telefilem pun sangat lama I tak tengok.  I tak mengikuti perkembangan and it is always a turn off.  But MLM...hahaha.. walaupun trashy to the max, I tetap nak tengok.  But unfortunately, Astro punya disc kat rumah buat hal, I might download je nanti... gigih you... wakaka...  Oh yeah, speaking of tv series yang baru abis, Suami Pilot whatever the title is, it seems that everyone was and still is talking about it, pegi la kat mana-mana website gossip or forum merata-rata la kisah dorang – hero and heroin nih.  Itu belum lagi ada perang insta nya lah... Tak paham I akan ketaksuban dorang nie.  Maybe sebab I tak tengok kot itu yang I tak paham but please have some sense sikit.  I yang tengok muka dorang bedua nie pun naik menyampah because of the commotion.  Macam-macam la cerita I baca pasal dorang nie, sampai semua orang keliling termasuk family pun ada sipi-sipi terbabit, dengan video youtube nya la, dengan interview nya la... huii... betul-betul fenomena, latest news Fatah buat buku and terus jadi bestseller you hahaha... no comment la.. I tak baca lagi but I’m not going to buy it. And before that siap rakam lagu lagi you... mana tak orang dengki. Orang kutuk la macam-macam but pada I, this guy is a very business minded person sebab dia tau, tengah-tengah famous la masa yang paling sesuai nak make money and kaut untung.  Dia ada cafe named Stalkercafe lagi, see?  Baik la sapu semua tengah-tengah orang suka kat kita nih, bila orang dah tak minat, at least ada la jugak simpanan di kemudian hari, instead of buying ferrari yang million itu.  Tak ada la bila tua mintak bantuan persatuan artis ke.  Si Neelora tu jangan cerita la, dengan family yang dah sedia kaya raya, with her business tudung, another clever and business minded lady.  Hai..bertuah la both of them kerana mempunyai kemasyhuran (walau sekadar dalam negara),  kemewahan (walau tak semewah Trump), kekayaan (walau tak sekaya Mark Z) dan hubungan kekeluargaan yang sangat rapat.  Anyway, I’m not a fan of these two, dorang couple ke, nak kahwin dengan Soltan Al Koltan ke, gaduh ke, belit-belit story ke, it's none of my business, it is just so happened that I “disogokkan” dengan cerita dorang tiap kali I masuk, fb, insta, forum or baca website gossip... well, I’m just an accidental observer....keh keh..
 
More on to a serious note, the whole country was shocked and sad with the tragic lost of a 8 lives of a young men at JB recently.  I tak tau nak cakap apa or nak comment banyak-banyak because No. 1, I don’t have a children of my own, No. 2, I’m not the their parents and their family/relatives and No. 3, I’m not the driver of the car.  But I remembered while cruising late one night with my husband of course, (takan la dengan Ryan Gosling kan..), we saw a group of kids/young men as young as 12 years old cycling along the road with a thin looking and translucent/neon colours bicycle, tayar pun nipis.  The first word that came out of my mouth was, “Eh, parents dorang tak cari dorang ke? Especially early in the morning macam nie?”.  After that, banyak kali la jugak tengok  a group of budak-budak naik basikal kat merata-rata jalan either petang dan malam.  I’d read some of the parents/family member marah and try to stop them from going out but the kids tak dengar cakap.  My husband once asked penjual basikal, what kind of a bicycle that the kids are using, pekedai tu cakap, ada macam-macam jenis and jenis yang kurus nipis tak ada break. So anyway, like I said, I tak nak cakap banyak, I simpati pada family and hanya mampu sedekahkan Al Fatihah buat those kids, moga di tempatkan di kalangan orang yang beriman.. amin..
 
Sekian, catatan I hari ini...

Monday, February 13, 2017

Alahai, Januari Ku..

 

(Nasib baik dia bagi I belon and teddy bear masa I sakit, kalau tak sure ada airmata bertakung, mulut mengigil nak nangis and mesti keluar ayat "sampai hati you tak kesian kat I"..wakaka..., yea, you I tak berubah, masih aunty yang kuat majuk-majuk....uwek!!)

Asalamualaikum and hello to everyone... (ramainya yang baca hehehe.. )
Sekejap je dah habis bulan Januari kan?  Well..so far there’s nothing new or exciting pun dalam hidup I untuk tahun 2017.  Yang past, awal-awal tahun lagi I dan husband I dah sakit tekak suara tak keluar dan ala-ala rock, batuk non-stop yang sangat teruk dalam hidup I, badan lemah-lemah separa demam and selsema tak jadi.  I tak pegi doctor sebab konon tak mau makan ubat doctor (kalau boleh, walau ubat darah tinggi and ubat cholestrol tetap tak miss).  Lama la jugak nak baik batuk nie kan almost sebulan.  I sakit nie pun menyangkit kat husband I, tetaplah nak blame laki... yela dia yang start sakit dulu, masa tu I masih sihat lagi, I cakap...nie mesti I akan kena jugak... betul-betul kena sehari lepas tu.  So both of us tak keluar rumah, we missed Azri’s birthday on 1st January haritu..uhuk..  takut menjangkit kat budak-budak sebab kalau ada gathering kat rumah keramat tu, memang macam tadika sebab budak2 lebih kurang sebaya ramai, semua cucu sedara, tiga belas orang, so you can imagine..dengan cucu lelakinya yang lasak seramai sembilan orang dan cucu perempuan seramai empat orang.  Cuma seorang je dah dalam tingkatan and sorang tahun tiga and yang lain-lain tu either tadika, tahun satu dan kecik-kecik lagi.

My husband’s birthday was on January too.  Seperti biasa husband I tak nak ada celebration, hadiah atau kek.  Dia kata, dia tak rasa apapun...macho la konon....  But, Khairul whatsapp and ajak makan rumah dia.  We were surprised and it was so unexpected, ingat dia kat Acu dia, terharu sentimental ma...  “Masih ada yang sayang padamu, masih ada yang rindu padamu”, tiba-tiba bait-bait lagu Nas Atea berkumandang (sungguh ancient I nie!) “Mengapa diragukan dirimu, senyum-senyum selaluuu...” eh tak abis lagi wakaka.... tetaplah menyimpang dalam tiap bicara I nih...  Before going to their house, I told my husband to buy a few packets of noodles soup at Melawati, takan nak tangan kosong aje kan. So masa both of us on the way nak ke rumah dia, we decided to buy a balloons for Daniyal.  Sampai situ Shida masak beehoon goreng, oh... her beehoon is so delicious and ada KFC, I tambah sampai tiga kali... yea yea...I memang pelahap.. adoii..  Sambil tu risau jugak I, sebab I dengan husband I masih tak sihat lagi and suara I pun keluar parau je and I semput batuk lagi.  But I make sure I’m far away from the kids.  I nak tengok baby yang baru lahir last month pun, I tengok dari jauh aje.. betul-betul risau sebab budak-budak kan masih vunerable lagi.  Daniyal tu tak payah kira la...memang non-stop bergerak sana sini hahaha..
Dalam bulan Januari jugak, I pegi doctor for my yearly breast examination.  Tahun nie buat ultrasound aje sebab last year dah buat mamogram and ultrasound so next year buat mamogram and ultrasound.  I hate mamogram but I have no choice!!  I hope in the future they have a special machine to do the examination instead of the painful mamogram tu...nasib baik la sekejap aje or else.  Anyway, result ok, there’s nothing to worried about or anything.  Syukur Alhamdullilah.  But ladies, if you’re 40 and above, I seriously suggest all of you buat la breast examination.  It’s for your own good.

My insomnia datang balik dari awal Januari but these past week makin teruk, sampai pagi I tak boleh tidur, lepas solat subuh, I managed to catched some sleep dalam dua jam and then terus terbangun and terus tak tidur-tidur sampai pagi the next day and went back to the two hours sleep. I’m so bloody tired!!   I’d tried everything... berzikir, baca macam-macam ayat, minum air milo panas, mandi malam panas-panas, exercise, baca buku sampai nak abis satu buku, semua tak jalan.  Dalam masa berjaga tu kan, macam-macam I dengar igauan husband I hahaha... kadang-kadang dia terkejut la, meraung manja auw auw la wakakaka... I cepat-cepat kejutkan dia sesambil tu I gelak la jugak... Dia punya snoring tu jangan cerita la, all kind of sounds... rasa macam kat perbarisan Merdeka je or macam kat Jazz club je (macam kat movie) mendengar alunan snoring trumpet and sax beliau. And dua tiga hari nie dah bertukar la pulak.  I berjaga sampai pukul 5am, kadang-kadang I tahan sampai time solat subuh pkl 6.am, masa-masa tu la mata I start tak dapat bukak and then tertidur sampai pukul 12pm or more.  Macam orang kerja shift je.  I missed my solat subuh and dah beberapa hari nie asyik ganti je.  I feel bad but nak buat macam mana. I also missed Yen’s kenduri masa Chinese New Year hari tu.  Alahai.. apa nak buat...  Risau I mesti muka I cepat tua...huhuhu....  I hope my sleeping pattern will go back to normal sebab banyak kerja I tak dapat buat sebab I selalu active di pagi hari....

Sekian catatan I untuk kali ini...

Friday, December 16, 2016

I Jual Perfume Keluaran Sendiri... Ehem...



Hello...... How are you? I sihat je... cuma sesak nafas je kadang-kadang and selalu lapar...al maklum la kan...malas la I nak cakap reason kan...paham-paham la nak dekat 50 tahun nih.   Badan I  naik mendadak this year...huhuhu...orang kalau makin tua makin kurang makan but this makcik nafsu makan uh lalala..., semua seluar jeans bersaiz cute dah tak muat lagi...waaaaa..I sedih... Sekarang nie seluar I semua pakai yang ada getah, kalau jeans pun pakai yang tak ada saiz bernombor tapi terus kepada L....huhuhu....nak ambik gambar pun kena main angle and muka make sure ala-ala tirus...I tak pandai guna filter atau photoshop..so what you see is what you get...  Itulah puas betul menghayunkan badan, ke kiri dan ke kanan untuk bagi nampak slim... Sadis....




Anyway, selepas membaca luahan hati I, sini I nak bagi tau.. I dah jadi saudagar perfume you (hui...main saudagar lagi....hehe...sebelum nie jual baju online, tapi tak jalan...).  I jual dua jenis perfume inspired by untuk permulaan...  Nie I punya produk keluaran sendiri bukan stokist, agent atau dropship.


Details kat bawah.... ayat perniagaan you.... hehehe.. btw Garik Boutique nie nama syarikat I... Ituler.. ada syarikat lagi...kasi chance la...hehe. Berminat sila whatsapp atau call my number :   012-2592858 or 0196622858.

Assalamualaikum dan Selamat Datang.

Untuk permulaan, Garik Boutique menjual dua jenis pewangi yang di inspirasikan dari pewangi jenama antarabangsa.  Ciri-ciri pewangi ini adalah :-

1.      Tiada alkohol dan mengandungi pati pewangi tulin.

2.      Boleh di bawa sembahyang tanpa ragu-ragu.

3.      Tiada bahan kimia yang berbahaya.

4.      Tahan lebih 12 jam bergantung kepada jenis kulit.

5.      Tahan selama 2 hingga 3 hari di baju.

6.      Saiz 40ml dan mudah di bawa kemana-mana

Harga sangat berpatutan cuma RM55 sahaja (tidak termasuk postage)

Harga bagi Semenanjung Malaysia adalah RM55 – poslaju RM7 : RM62

Harga bagi Sabah/Sarawak adalah RM55 – poslaju RM10 : RM65

Assalamualaikum and Welcome

For a start, Garik Boutique are selling two type perfumes inspired by International brands.

Benefits of the perfumes are :-

1.      Non alcohol base perfume contain pure perfume oils.

2.      Suitable for muslim prayers.

3.      No harmful chemical.

4.      Can last longer up to 12 hours depend on skin type.

5.      Can last up to 2 to 3 days on clothes.

6.      Size 40ml and it’s convenient to carry anywhere.

Price is only RM55 (without postage)

Price for West Malayasia is RM55 – poslaju RM7 : RM62

Price for East Malaysia RM55 – poslaju RM10 : RM65

Wednesday, August 17, 2016

Hello, I Buat Comeback...

 
 
Hello All,
 
(Alahai... tajuk blog I.. macam artis yang dah kahwin lepas tu menghilang, then menjanda, then datang balik wakakaka...)
 
Ingat kat I lagi ke.... Yea, I kakak merangkap aunty “cool” kesayangan korang hehehe... Err... ada  ke yang masih sudi datang menjenguk blog I nih?  Miss me? Mesti la miss kat I... Sorry lama sangat I menghilang di persada penulisan ini... I busy (malas) you especially this year.  Tahun yang sangat dan paling busy sekali.  Tak pernah I busy dari awal tahun sampai dah lebih dari setengah tahun nie... Mula-mula ingat tak nak teruskan dengan berblog lagi sebab sekarang nie ramai orang cakap, blog dah tak relevant lagi sebab orang prefer tulis kat insta, fb, twitter etc. But, memandangkan I nie kuat menceceh (merapu) panjang, rasa macam tak berbaloi I nak update sikit-sikit.  Contoh, letak muka marah and tulis, “I tengah marah” atau letak gambar pakai bikini tepi kolam dengan caption “Eh, sexy ke I” wakakaka... At least nak lah jugak I cerita panjang-panjang pasal bikini I, beli kat mana, brand apa, berapa harga, sulit ke masa nak memakainya dengan lemak-lemak tepu ini ke kan... Ini kalau setakat letak caption sikit-sikit, nanti menimbulkan persoalan hingga menyebabkan orang tak dapat tidur memikirkan bikini sexy I atau lemak2 cellulite I yang berselerat ini wakakaka...  Makanya, I pun berblog lah kembali demi korang tauuuu... hehe...

 
(I la..Azri yang diperkatakan oleh Neksu I, I ngantuk la....)
 
Anyway, like I said, there’s a lot of things that had happened to me these past months.  I rasa rugi I tak blog kan kisah-kisah I yang tak interesting mana tapi tetap nak bagitau kat satu dunia ini..  Kalau I rajin nanti I recap balik ke or kalau I blog apa-apa in the future, I might selit-selitkan sikit ke.  For example, awal tahun nie iaitu 1st January nih, one of our niece, Aiza, bersalin on the date itself, best kan dia punya date, senang nak ingat.  Kalau buat-buat lupa pun memang tak boleh la hehehe... Orang celebrate new year, baby boy dia pun celebrate birthday, cun kan?  Oh yes, dia dapat boy lagi, nama Azri.  Nama ala-ala pelakon drama penuh konflik je.. hehe.. mesti Aiza ketap-ketap gigi baca nih hehehe..  Nasib baik dia tak letak nama omputih, kang orang panggil nama Bradley Cooper kat klinik ke, sekali yang datang nak ambik ubat kat kaunter rupa ala-ala gangster tarik kereta berkulit sawo matang.  Bukan la kata orang asia tak boleh nama omputih ke apa, sedangkan kucing pun ada nama hot. I’m just saying dari sudut culture identity je...  Alahai, I pun apa kurangnya, nama bukan main glamour (ye ke?), sekali yang muncul, alahai, rupa macam nyonya jual rojak yang tengah gaduh dengan customer sebab isu kurang timun kan...

 
(Ini gambar bulan dua, dah panjang seinci dua...)
 
Oh, pada tarikh itu jugak, I buat pertama kalinya memotong rambut sependek Halle Berry.  Pendek you. The last time I had a very short hair was, when I was in form 2, rambut style Lady Diana lagi.  Anyway, back to the future, cerita dia macam nie, mula-mula I pegi dekat salon yang I selalu pegi, I suruh la pompuan tukang gunting tu potong rambut I pendek-pendek, dia tak mau, dia kata tak kena dengan muka I, I paksa jugak, dia still tak nak, dia kata tak cantik.  Pelikkan? I’m the customer but since dah selalu pegi kat dia, dia pun dah kenal, I pun malas nak argue,  I kata ok lah.  So dia potong setakat bahu.  I cukup nyampah kalau rambut I potong setakat bahu, 80’s sungguh, macam pelakon drama Dynasty, si Linda Evans tu je (google la kalau korang nak tau, that is how old I am hehe..).  Bila masuk kereta, husband I tekejut tengok rupa I dengan rambut setakat bahu.  Dia pun mula la tak puas hati, I kata setakat bahu je, dia kata tak lawa bla bla bla.  I yang memang dah tak puas hati dengan rambut I, I cakap kat dia, esok kita pegi salon lain la and tengok macam mana stylist nie boleh buat kat rambut I.  Sebenarnya dalam hati, memang niat I nak potong pendek, tapi I tak cakap kat dia, nanti dia tak nak hantar.  So, the next day, 1st January, petang, round area rumah akhirnay terjumpa la satu salon nie.
I pun apa lagi, terus suruh sylist nie potong pendek-pendek macam Halle Berry.  Stylist nie tak agree jugak, what the hell?  Dia kata, tak kena dengan muka I.  Dia kata dia kasi panjang sikit dalam dua inci.  Ndak tak ndak I pun agree la jugak.  Bila husband I tengok, bertambah-tambah marah la dia kat I.  I tell you, penatnya I dengar dia mengomel macam makcik mak nenek je.  Tiba-tiba I jadi sedih pulak sebab in a way I dah melukakan hati dia (macam la tak biasa buat hehehe..).  I felt so bad and quilty at the same time.  Sampai hati I kan... I berjanji kat dia and diri sendiri, I tak akan potong pendek-pendek lagi.... Well...every now and then, husband I masih lagi complaint, ungkit-ungkit pasal rambut I yang di potong pendek ini.....
Sekian catatan I untuk kali ini......(huii... akhirnya update jugak blog yang sudah setahun terbiar ini....)

 

Saturday, August 8, 2015

Puasa, Hari Raya dan Genangan Air Mata Ini

Hello,

First of all, I nak ucapkan Selamat Hari Raya to all of you out there..either you’re celebrate or come as a guest... There’s not much going on or activities during Puasa or Hari Raya ini. During puasa, I jarang sangat masak although ada buat lauk frozen, itupun I dengan husband I tak makan. Either tapau or makan kat luar aje. Itupun tak ada makan-makan heavy, yang simple aje. But for the first time in my sejarah berpuasa nie, I tak miss sahur kecuali period. Itulah you, I pun macam tak percaya. I sahur pun simple je, mostly I minum oats dengan vico without sugar, kadang-kadang roti. Tapi berat badan tak turun-turun, maintain kembang...perut I makin buncit, maybe minum air banyak kot kata diri ini memberi alasan untuk menyenangkan hati yang tengah gundah. Ish! orang cerita pasal sembahyang terawih and pasal malam israk mikraj, I cerita pasal makanan during puasa and sahur...tetaplah tak berubah... 
 


As for Hari Raya for this year, hmm... I tak buat open house, cukuplah sekadar menyambut di rumah in-law pada setiap tahun. Sis in-law I ada tanya, ada buat open house ke? I kata, tak ada sebab tak ada mood. Hah.. terus terang lagi, tak kuasa I nak bagi berbagai-bagai alasan or corner kiri kanan just because nak menyedapkan hati orang nanti memakan diri sendirk. Open house ke tak open house ke tak penting, yang penting kita nie menyambut kemenangan setelah sebulan mengawal diri dari melakukkan pekara-pekara rutin. Tapikan you, sampai sekarang I still amaze that, kalau I tak makan betul or lambat makan, I akan rasa mengigil satu badan, mulut rasa sejuk, sesak dada and rasa pening-pening nak pengsan. Bila puasa je, langsung tak rasa apa-apa, in fact I boleh belari-lari lagi and sampai petang pun I masih rasa segar. I rasa macam wow... tak tau macam mana I nak explained, sedangkan I bukan la alim mana but of course solat I jaga. I sangat terasa kenikmatan dan humble dengan kebesaran serta kekuasaan Allah. Itu yang sometime I hairan kenapa masih ada orang yang tak boleh/tak nak berpuasa and orang-orang lelaki yang kena tangkap sebab curi-curi makan haritu.

Anyway, hari raya this year Bigail datang lagi sebab nak celebrate dengan both of us. Actually, dia cakap dia datang hari Rabu, I ingat hari Khamis. Bila dia hantar gambar ticket last week, I tak perasan lagi but bila dia whatsapp cakap dia dah dalam bas, tekejut I, I tanya bila datang dia kata today, I pun kelam kabut kemas bilik and sediakan tilam, selimut, bantal untuk dia tidur. This is the second time dia datang sendiri-sendiri, the first time was last year. Dia datang naik bas and LRT. Risau I sebenarnya dengan anak dara I sorang tu. Takut penyamun penyamun brengsek nie kacau-kacau dia. Bila dia kata dia dah dekat nak sampai, cuma one more station, lega rasa hati I. I dengan husband I buat marketing kat supermarket and beli food for berbuka, so I suruh datang situ. I tunggu kat tempat cookies sebab janji kat situ tapi dari jauh dah tersengih-sengih ikut husband I dari belakang. Geram I tengok pipi gebu dia..rasa macam nak gigit je.. She is so cute. Walaupun umur dah 20 tahun tapi I dengan husband I masih anggap dia macam budak-budak lagi. Yelakan, dari merah-merah baru sehari lahir I dah kenal dia.

Sebelum dia datang, dia dah pesan kat I, yang dia are on strictly diet tak makan nasi tapi sempat lagi tanya ada tak ice cream kat rumah sebab dia nak belasah puas-puas hahaha... nak diet konon... heh! Pening la kepala I memikirkan nak bagi dia makan apa. Then I dengan husband I decided that, kalau dia tak nak makan. I akan tetap masak nasi hehehe.. kejam I kan. So masa kat shopping complex tu, I tapau nasi ayam for berbuka for all of us and doughnut Big Apple which is her fav’s. Oh yeah..she’s fasting. Last year dia puasa penuh but this year dia puasa jugak but ada sekali dua dia makan kurma pukul 6.30am hahaha... tak pe la dia bukan muslim but I respect her and cuma period dia tak puasa. You see, if she can do it, I don’t see why the muslim can’t do it. Dia tak bangun sahur lagi, kadang-kadang aje.

So masa hari raya, I bagi dia baju yang I buat tapi tak pernah pakai. Ngam-ngam kat badan dia. On the way to in-laws house, husband I stop kat tepi jalan belikan lemang for them and then on the way nak balik, husband I beli lemang and rendang for us and for our chinese neighbour. We didn’t go anyway sebab husband I kena ghout kat kaki. I pun tak tau dia makan apa. Sampai rumah, I masak lontong untuk bagi neighbour sebelah, berserta dengan lemang, rendang dan serunding. Bahan-bahan untuk lontong dah prepare siang-siang with the help of Bigail, of course. Rajin dia tolong I tau.. Haritu masa dia baru datang, I tengah simpan barang kat dalam icebox, sekalikan air kelapa tertumpah, terus dia ke kitchen without being told and ambik mop, terus dia mop beberapa kali. So tell me how orang tua macam I nie tak sayang habis kat dia? Dia pandai ambik hati I yang sangat lembut lagi gebu ini hehehe...

We didn’t go anyway sepanjang dia kat sini, melepak aje kat rumah, tengok tv and of course berborak non stop, kadang-kadang sampai ke solat subuh. You tau je la, I nie kuat berborak hah... Itu belum lagi part I mengulang cerita, borak dengan orang tua macam I, memang macam tu you... Kalau tak repeat topic yang sama, memang tak sah, itu belum lagi I nak cerita how forgetful I am. Sabar je la Bigail melayan I. Bila dia bangun and siap-siap mandi, dia akan tanya I ada apa-apa nak tolong kat dapur or I akan panggil dia tolong I. I only need her for 1 or 2 hours je, selebih tu dia buat hal dia, main tablet, whatsapp dgn kawan-kawan dia or borak dengan I and makan sama-sama depan tv. Bercakap pasal whatsapp nie, dia ramai betul peminat and kawan-kawan, bak ahli perniagaan yang business nya tengah masyuk. Nak tergelak I tengok. Kalau dia borak dengan I, dia akan ignore all the calls, I tanya eh, tak nak jawap ke girl, dia kata tak apa..wah.. she can take her sweet time lagi you, bila-bila dia nak reply.. punyalah laku hehe... Kalau ada orang call, I akan usik dia, I buat suara background ala-ala filem tamil tengah bergaduh la or kalau ada mamat yang nak kacau dia, I siap tulis ayat-ayat funny kat kertas masa dia tengah borak dengan orang tu, sebab nak bagi dia ketawa, mengigil dia tahan gelak. Nasib la dapat aunty macam I. Bigail cakap I nie sometime dia rasa hubungan dia dengan I macam kakak dengan adik aje but sometime rasa macam aunty. Hai, I nie kan pelakon serba boleh makanya semua watak memang berjayalah I lakonkan hehe... Tapi yang sebetulnya bukan I belakon but I’m just being myself beside I don’t know how or the right way to handle a daughter or those who is way younger than me as you know I dengan husband I kan tak ada anak. So I just treat her like a friend and be an aunty (according to me la) at the same time.  Itu belum lagi husband I yang akan ambik food bila dia nak capai or buat-buat nak bawak food lari.. hahaha..

I ajak dia tengok Masterchef Australia (finale two weeks) yang latest, sekali ada la mamat bujang sorang nama Reynolds yang cute. Of course la dia support Reynolds nie bukan main lagi you... Dia kata kat I handsome kan aunty, cute kan aunty and this or that kan. I tengok alahai.. pangkat anak aku je nih. Not my taste la nak uhhh and ahhh or syok pada anak hekan nie. Pelik la kalau tiba-tiba I tersipu-sipu malu tengok budak-budak bujang yang muda nie..ish! Oh, wait.. don’t get me wrong or take it personally with my statement. It has nothing to do with Che Tar ke or Hellah or Erang Pazirang or any other women yang kahwin or couple dengan lelaki muda. Lain perempuan lain la taste nya kan. Tapi even if I’m single pun I memang tak minatlah. Tambah-tambah I jenis yang malas nak layan kerenah orang... Errr... am I speaking too soon? Kang ada la yang duduk atas peha anak hekan sambil memintal mintal rambut sendiri dan berlaga pipi sambil ber selfie mulut arnab gigi kapak...hapa??? Anyway, I cuma sengih-sengih je la tengok perangai dia, kadang-kadang I dengan husband I pandang each other sambil memberi signal keat belakang dia... oh she is so cute... Teringat zaman I muda remaja dulu, dengan emotion yang ups and down dan extreme itu hahaha... Tapi yang pasti, I memang anak yang baik dan paling tak menyusahkan Mummy and Daddy, seriously, nanti la I cerita (kalau I ingat) akan diri yang memang impian para ibubapa seluruh dunia wakakaka...uwekksss..... cuma itu la..sensitive je hehe...

After spending a few days with us, it was time to send her back. We dropped her at the nearest LRT station so that she can catch a bus back to Malacca. Sebelum tu, we all pegi makan dulu sambil selfie lagi you... Lepas hantar dia balik, I pun terus la nak ke bilik tempat dia tidur sebab nak kemas bilik, bukak sarung bantal, cadar tilam dan selimut untuk di basuh, tiba-tibakan hati I jadi sebak especially bila tengok baju, tuala dan beg yang dia tinggalkan di situ. Cepat-cepat I keluar dari bilik dia, tanpa sempat mengemas dan sebagainya.. Rumah terasa sepi tanpa gelak tawa dan borakkan I dengan dia. Sebelum ini I tak tau apakah maknanya sunyi dalam erti kata yang sebenar (mula la meleret...), tapi petang itu hanya kedengaran kipas siling yang berpusing. I peluk husband tanpa dapat melafazkan kata-kata sambil airmata I bergenang.....
Sekian antara catatan yang ketinggalan ini...
 

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...