Friday, September 2, 2011

Puasa Ini

Firstly, I hope tak terlambat untuk I mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin to my pembaca yang tidak sampai berapa keratnya ini. Sorry banyak-banyak buat semua terutama Zue yang merindui akan kisah-kisah kehidupan berumahtanga I/sis dengan my huggable husband yang sungguh tragis lagi penuh 18sx ini haha…

The reason why I tak update blog I dekat sebulan ini sebenarnya tak ada sebab pun.. I memang nak update dan ianya bukan kemahuan fikiran (Fauziah Latiff la pulak) tapi disebabkan perasaan ini yang tidak mengizinkan diri ini untuk berkarya sempena bulan puasa ini. Diri I telah terarah kepada benda lain so sekarang nie I tengah detox/rehab untuk ber blog balik. Banyak benda I nak story.

But I nak story pasal bulan puasa (I know dah lepas), oh yea.. I start puasa ganti semalam sebab I nak abiskan cepat-cepat, tak nak bertangguh macam dulu and yes berat badan I dah turun macam orang tak cukup nutrition. Sekarang nie berat badan I 41kg.. serious I tak tipu but I love it so much. Walaupun macam sekeping tapi ada la jugak shape (mesti la kan), but I found that my husband still find that I’m irresistible and kejap-kejap heavy breathing la pulak tengok I kan. Lepas tu ada la tangan kanji (gatal) dia konon-konon pegang pinggang I and cakap, kurusnya tapi sexy. I tau tactic dia, sebenarnya dia nak ambik kesempatan. Bila I jeling, dia sengih-sengih.. ingat I tak tau ke. Nasib baik puasa wakaka… Yea I memang kurus sekarang nie and I can’t be more happier than this. I ingat nak turun sampai 40kg la.. I know tak bagus kurus-kurus but let me be. Kasi chance la.. I tau tak lama lagi I naik balik huhuhu. As for husband I, hari-hari dia kecoh cakap berat badan dia turun 5kg, tapi I tengok macam biasa je kandungan perut dia tu… Bila dia pakai short favourite dia, mula la dia turunkan sikit, lepas tu dia suruh I pandang pinggang dia and cakap, pinggang dia dah kurang sebab tu la short dia dah longgar and jatuh… Pandai la nak trick I hahaha.. husband I kelakar tau..sungguh attention seeker ….

And sepanjang bulan puasa yang lepas nie jugak, I tak pernah sekali pun menjejakkan kaki I ke Pasar Ramadhan, memang pecah record la sepanjang hidup I berpuasa nie. Hari-hari I masak and cuma tiga kali je makan kat luar. I was so surprised at myself for not having nafsu besar untuk makan macam-macam. I masak simple aje and sekali pun I tak buat desert or even makan buah. I’m so glad both of us tak membazir atau buang-buang makanan macam dulu-dulu (masa beli kat pasar ramadhan). I guess bila dah “berusia” nie selera makan pun kurang and dah berubah kot. Begitu jua dengan facebook, I semakin “menjauhkan” diri dari dunia itu. I lama tak log in or even check whats going on. I rasa macam tak sesuai aje untuk I. Maybe it is not for me after all. I know I shouldn’t neglect my friends or relative tapi entahlah.. I makin “mengasingkan” diri. I hope some of you will understand. Panggil la sombong ke or tak suka bercampur dengan orang. I tak kisah. Sepanjang bulan puasa I tak dapat tidur malam-malam, so bila siang I dah mengantuk, I decided to off je handphone I sebab I tak mau tidur I diganggu. Lagipun tak ada siapa pun yang call I kecuali husband I kalau I tak off kan.

Sepanjang bulan puasa yang lepas nie jugak, I sungguh bersyukur sebab walaupun I tak makan banyak or jarang bersahur, sekali pun I tak kena gastrick. I kurang marah walau tak cukup tidur atau penat. Rasanya sekali je I marah, itupun I tak consider marah.. And bila I datang period pun tak kena senguggut, cuma extra letih aje. I tak makan pun masa period, cuma minum seteguk dua air je.. Kadang-kadang langsung tak minum. Masa first day period I tertidur sampai nak dekat berbuka. Bila husband I kejutkan, I tengok dia dah siap-siap potong sayur, basuh ayam and masak nasi. Ikan bilis pun dia dah rendam untuk goreng dengan sayur and sebijik telur untuk di campurkan sekali. Kuali dia dah letak atas dapur gas. Sudip untuk mengoreng pun dia dah letak kat pinggan kecik. Minyak dia dah letak cantik-cantik kat tepi and dia dah siap keluarkan garam and all the rempah ratus atas meja so that bila I nak masak I tak payah nak susah-susah bukak almari. I tengok air sirap dia dah siap-siap letak ais dalam icebox. Pinggan, gelas and sudu dia dah siap-siap sediakan. Kurma pun dia dah keluarkan. Bau nasi yang dia masak, harum memenuhi ruang dapur. Dalam kemamaian baru bangun, sempat lagi hati I tersentuh sebab tengok akan keperihatian dari dia. I tengok dia tengok-tengok muka I for approval.. Bila I tekejut, wah bukan main suka dia lagi. Kira dia nak impress I berbaloi la kan. I senyum and said thank you a few times kat dia. I peluk sayang dia. Dia cuba sedaya upaya memudahkan kerja I. Dalam masa setengah jam je siap dua masakan sekali. Sesambil tu dia tolong I basuh pinggan etc and siap-siap masukkan baju kotor kat washing/dryer. I know you all bosan baca kisah I puji-puji husband I. But to me orang sebaik dia memang patut I share or ceritakan. I tau dia bukan orang yang terkenal tapi dia adalah seseorang yang sungguh terkenal di hati I.

Overall, sepanjang berpuasa tahun ini everything went smoothly except for I yang sentiasa alpa dengan pekara lain…. I’m so glad that Allah sentiasa memberikan I peluang untuk memperbaiki diri sendiri.

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...