Thursday, July 29, 2010

I Yang Tak Desperate Housewives...

Here’s the thing, everytime I bekenalan dengan orang baru and bila dorang tanya, I kerja apa, I cakap housewife. The first thing that came out of their mouth was, “eh? tak bosan ke?” Or “korang boleh la tak kerja.. Or mesti banyak free time kan....?.” Ingat kita orang yang housewife nie tak ada kerja ke kat rumah or melepak 24/7 ke? Bak kata cikgu Nurul, mak dia berpuluh tahun jadi housewife tak pernah complaint boring pun. The ‘best question’ that was always ask off me was..., “Kat rumah buat apa?” Ndak je jawap test motor untuk merempit malam-malam. Masak laaaa, basuh baju laaaa and all kerja-kerja kat rumah laaa...

Lepas tu dorang akan tanya atau menjawab soalan sendiri tanpa sedar, “mesti selalu keluar jumpa-jumpa kawankan? Bila I cakap, tak ada la, I prefer duduk rumah...lagi la dorang bertambah hairan and tekejut..”eh ye ke?”. I’m not the type yang suka keluar-keluar with friends walaupun I over peramah. I nie..anti social, tak ramai kawan, kalau ada pun, kawan just kat cyber. I tak keluar-keluar dengan dorang nie. Bukan I tak mau tapi I tak tau apa nak cakap or topic apa yang nak dibentangkan. Semua kawan-kawan I jauh muda daripada I. So butiran bicara sungguh jauh berbeza. Baik dari segi nahu bahasa, slanga dan sebagainya. Kalau ada yang sebaya pun mesti cerita pasal bende-bende yang I tak minat and wavelength tak sama. Lagi satu, I suka la sesangat bergurau/mengusik orang so I takut nanti ada yang terasa dengan usikan I yang tanpa limit atau permit ini. Dari I sakitkan hati orang tanpa I sedar baik la I duduk diam-diam kat rumah sambil berangan muda balik ke apa kui kui kui....

Ada ex officemate I ajak keluar and I pernah keluar jugak dengan dorang dulu-dulu tapi I rasa sangat penat mendengar cerita sad story or kisah duka nestapa dan malapetaka yang sama (kira kes ulang tayang la nie). I letih la. Kalau cerita sekali cukup la tapi ini kalau asyik issue sama aje sapa tahan. Itu belum lagi part-part orang yang bragging nih. I rasa macam diperbodoh-bodohkan kalau orang tu start brag brag pasal diri sendiri atau kejelitaan dan kepandaian dia dalam semua segi. I bukannya jury beauty pageant untuk judge you and just because you rasa rendah diri, you nak brag kat I to make yourself feel good. Tolong jangan seksa I with your idiotic tales. Tapikan kalau you cerita or share pasal your love story, luahan perasaan or asking for my opinion and also pasal kehidupan harian you...itu I suka... and I sanggup dengar sampai berhari-hari pun tak pe...

Berbalik kepada kisah housewife nie... I’m my own boss. I decide my own schedule. I nak masak ke nak tidur ke, nak mandi ke.. it is up to me.. But being a housewives is never an ending job. There's always a thing to do around the house. One thing for sure, I love being a housewife and I cherish every moment of it....

Tuesday, July 27, 2010

Grey's Anatomy Season 6 Final...


Akhirnya abis la jugak I tengok series/drama Grey’s Anatomy Season 6 yang I downloaded about a few months ago. As usual ending/final episode (23 and 24) penuh dengan adegan yang sungguh mendebarkan dada I. Kadang-kadang I menjerit tekejut bila ada part-part suspense and dari mula sampai abis ati I sebak and also airmata sentiasa tergenang di kelopak mataku yang layu ini huhuhu....ohhh..sungguh touching giler... A few interns mati kena tembak.. I sedih yang teramat part Bailey yang macam orang hilang akal sebab tak dapat selamatkan one of the intern, Ben (syok kat Reed and he didn’t even know that Reed was the first one to die...) and masa Ben nak mati tu...adeehh.. tersekat udara kat tekak I, oh Mandy Moore was one of the pesakit and dia la dengan Bailey cuba selamatkan Ben...huhuu..., I tekejut bila Reed (intern) kena tembak point blank kat kepala (that was the beginning or rentenan kepada permulaan yang cemas). I sedih part Cristina Yang yang brokenhearted sebab Owen tak dapat buat pilihan between her and Teddy , I kesian jugak kat Teddy sebab dia memang lama dah menaruh hati kat Owen..(riak wajah dia sungguh menyedihkan), Torres (Callie) pun brokenhearted kat Erica (part nie I tak sedih..lesbian love affair), I sedih part Lexie and Mark cuba selamatkan Alex yang kena tembak and Alex dalam keadaan separuh sedar ingat Lexie tu Izzie and dia kata Izzie jangan tinggalkan dia, hancur hati Lexie and Mark (Sloan) pulak yang memang dari dulu masih cinta kat Lexie makan hati..huhuhu... I rasa cemas giler bila Dr Shepherd (Derek) kena tembak and Cristina and Avery cuba selamatkan dia kat OR, I cemas bila Owen kena tembak... Dan yang paling I sedih sekali bila Meredith dapat tau dia pregnant and dia dah plan nak bagitau Dr Shepherd masa dinner tapi dia keguguran masa dia cuba selamatkan Owen and also dia stress bila laki dia kena tembakk...ohhh...banyak lagi adegan adegan yang giler suspense and menyedihkan...waaaa.....

One thing I can say, semua cast Grey’s Anatomy nie memberikan performance yang sungguh excellent, world class and dorang memang pandai bermain dengan emosi penonton... Itu belum lagi script yang sungguh brilliant and point blank itu. I feel like I know all of them very well...(offcourse la I tengok dari season 1 lagi) and..sambil tu I berangan la pulak nak jadi one of the actress kat series nih, pegang watak nurse bagi instrument masa dorang perform operation atau koman koman jadi nurse baca chart pun jadila wakakakkaka....

Monday, July 26, 2010

Cerita Kak FA...

I was very very busy with my “new office” yang I buat kat one of the corner of the living room yippee... Husband I suruh buat kat ruang tamu je sebab kalau kat bilik dia tak nampak I, dia kata nanti dia linduuuu (rindu)... aisyemen..orang tua tu lomantisnyee...(romantisnye) kui kui kui... I was thinking of hendak menambahkan apa-apa kat situ...maybe this coming weekend we will go out to have a look at some stuff... Habis la rumah jadi macam store... Anyway....

Ingat tak I nak cerita pasal kakak yang ala-ala datin tu punya kisah misteri? Ok here goes, I namakan kakak tu kak FA je la. Kak FA and family baru pindah kat KL about 6 months ago before this they had been living around the world ikut suami dia bertugas. Masa dorang baru sampai KL nie macam-macam rumah dorang cari and check tapi tak satu pun yang bersesuaian, either it was so expensive, kawasan tak bagus etc. So when they finally found the house that they like, tanpa berfikiran panjang dorang pun pindah la. Rumah tu besar, bersih and dah di renovate lawa-lawa and the price was unbelievable. Kata Kak FA, masa mula-mula owner and wife dia ajak bawak dorang kat rumah yang they are about to move in, dia hairan kenapa bini owner nie tak nak masuk, dia cuma berdiri kat luar aje tapi dia tak pikir apa-apa lagi masa tu. Cuma laki dia cepat-cepat tunjuk ini itu masa bawak dorang tour dalam rumah tu. Then kak FA perasan, neighbour kiri kanan jenguk-jenguk dari tingkap and bila dia pandang dorang cepat-cepat masuk or tutup tingkap.

Dia tanya laki dia kenapa dorang macam tu. Laki dia kata orang kat KL punya character memang macam tu, tak friendly... Like I said, they were so excited moving to the big/huge house and beautifully renovated. Masa malam pertama, kedua tak ada apa-apa berlaku tapi bila masuk malam ketiga... jeng jeng jeng.. malam ketiga tu bila dia and husband dia nak tidur mengiring ke tempat lain, tiba-tiba dorang dengar bunyi orang ketuk-ketuk kat belakang dorang, bila dorang pusing kat tempat yang berbunyi tu, bunyi tu senyap. Then dorang mengiring balik, same thing happened. But dorang tak pikir apa-apa lagi. After that everynow and dorang dengar macam-macam jenis bunyi. Bunyi pecah pinggan la, bila dorang jenguk kat dapur tak ada apa-apa pulak. Lampu bulb hangus la, bunyi ketuk-ketuk dinding, pintu tutup bukak, berdentam dentum and macam-macam lagi la.

Then Kak FA tengok banyaknya surat atas nama tenants yang lepas-lepas, ada Melayu, Cina and India. so she decided to called them and ask, what’s wrong with the house kan...yelaa.. with all kind of bunyi tak kira siang malam. When she managed to talked to one of them, orang tu pun cakap memang banyak bunyi macam-macam and dia ada anak kecik so she decided to moved out. And I think Kak FA cakap with another tenant (I’m not sure), this former tenant tak perasan sebab she’s a scientist and selalu pegi kerja pagi-pagi and balik pun pagi-pagi.. Was this the same former tenant yang ada anak kecik...I tak ingat, like I said, suara Kak FA nie halus and cakap lemah lembut.. kalau I mintak dia ulang banyak kali nanti dia malas nak ceritakan.. (yang sebenarnya I tak nak la nampak sangat yang I tak berapa dengar.. inilah dia punca banyak sangat tengok konsert masa muda...wakakakaka.!).

So anyway, Kak FA and family dah tak tahan so dorang pegi dapatkan ustaz and ustaz tu datang rumah dorang and the best thing was ustaz tu boleh berkomunikasi dengan “bende” tu.. Rupa-rupanya dorang berkongsi rumah dengan Jin. Jin Islam pulak tu and bukan sorang dua tapi ramaaaaiiiiiiiiiii.... Ustaz tu kata rumah yang tempat dorang tinggal nie memang tempat Jin nie tinggal. Jin nie tak kacau dorang tapi becareful sebab Jin nie boleh buat dorang sakit. No wonder la, Kak FA cerita, pagi-pagi mesti Jin nie kejutkan dorang untuk sembahyang subuh. Kalau tak bangun dia akan ketuk pintu especially pintu bilik anak dia. Lepas tu tak boleh bising-bising and kalau dah malam-malam, tv dorang akan tertutup dengan sendirinya kalau dorang masih tak masuk tidur lagi. Or lampu dorang terpadam ke.. Kalau dorang pasang radio.. Kak FA kata dia boleh nampak tombol radio Jin tu akan pusingkan and kecikkan atau tutup terus radio dorang malam-malam around 9pm mesti ada bunyi gate terbukak and tutup.. Jin tu balik dari surau la...

Ada satu malam tu, dorang buat research pasal Jin kat internet and laki dia cabar Jin tu. Laki Kak FA kata, A Jin has a mind of a 10 years old.. tiba-tiba..bunyi pap pap pap..bedentum-dentum rumah dorang...and tak lama kemudian laptop anak dia terpadam and bila on balik tak dapat. Pegi kat kedai computer, orang tu cakap fius dah hangus... Kak FA kata no wonder la, dorang tak ada sign agreement apa-apa... as if the owner cepat-cepat nak sewakan kat dorang.. So it was hard for them to move out from the house sebab deposit dah bayar and mesti owner tu tak nak pulangkan... Tak baik kan buat orang macam tu... Kak FA cerita lagi, jiran-jiran sebelah menyebelah rumah pun selalu terkena/terdengar macam-macam bunyi kat rumah dorang. Kalau jiran dia tak tahan, dorang akan keluar rumah and bila dorang dah agak reda baru dorang balik semula... Ada lagi cerita Kak FA but this time kat rumah dia kat negeri lain. Next time la I cerita...but yang pasti Kak FA sangat generous dan baik hati..dia bagi I and Nurul lots of panties, girder, nighties (uhh..lala), bras, G-String pun ada wakakaka... banyak giler...dua tiga tahun pun tak abis I pakai...and quality sangat bagus..as good as Triumph! Maklumla Kak FA and her husband is the owner of company yang jual bende-bende nie... Thank you so much Kak FA. Tapikan I respect Kak FA and her family sebab they are still manage to stay in the house despite everything.

Tuesday, July 20, 2010

I Yang Tak Sihat....

Dah beberapa lama I tak sihat starting from two weeks ago...

Mula-mula I kena gastrick, perut keras semacam dan berangin. Nak kata diet tak jugak sebab I makan betul and cukup time. I tak makan bende pedas or masam-masam.. what's wrong eh? Lepas kena gastrick, everything seems to be fine for a few days... After that I was so busy during those weeks, keluar merata-rata and cari macam-macam barang menjahit, kain kat TAR, etc... sesambil tu I tengok ramai orang batuk-batuk and bersin. One day later I pulak terkena flu, bersin, running nose. Husband I ajak pegi clinic I tak nak sebab dah serik aritu sampai tiga kali pegi clinic sebab flu still tak baik-baik. I suruh dia beli ubat kat pharmacy aje. Then I kena sakit tekak... oh... berbagai-bagai gula berangin and ubat batuk I makan and telan. Hari nie dah lega sikit cuma ada lendir-lendir kat tekak. But the problem is, I don't sleep well as every one hour I terbangun. It has been going on for a few nights til now. To make matters worse, I tak ada selera and tak tau apa nak makan. Kalau makan pun sikit-sikit aje.

And last night I teringin nak makan roti lekat dinding (roti nan) and tosei. So husband I keluar beli bawak balik. Half way makan baru la I terperasan yang kari ayam tu dah basi... Selalunya awal awal lagi I dah boleh bau tapi disebabkan hidung I masih tersumbat sikit-sikit so ujung-ujung baru I terbau. I stop immediately and told my husband to do so. And this morning I rasa macam susah nak bernafas, rasa macam banyak angin kat dada.. I dah mula risau.. adakah ini tanda-tanda I nak kojol..huhuhu.. dah la tengah baca buku "Insaf" keluaran Mastika... suspense ooo.... Then around 11.00am I decided to have a late breakfast. I panaskan ANW waffle yang husband I beli semalam.. Around 11.30pm suddenly perut I memulas yang amat sangat. Ida masa tu tengah cuci bilik mandi, I told her I want to use it as I can't stand it anymore. Apalagi macam nak pengsan I kat dalam tu, dengan peluh berjurai-jurai macam hujan and I sesak nafas lagi.. sakit jangan cerita...... I sampai pejam-pejam mata tahan sakit. Lama jugak I kat dalam tu..bila keluar abis satu badan I berpeluh... Cepat-cepat I telan ubat actal.

Then I baring kat luar sementara tunggu Ida kemas bilik tidur.. I ingat nak pejamkan mata sebab badan I dah mula lemah..sebelum tu I kata kat Ida kalau I pengsan suruh dia call husband I immediately. A few minutes later husband I balik and I told him of my condition, dia pun cakap dia sakit perut jugak and "membuang" dekat tiga kali. I cakap I need to go to the clinic, dah tak larat dah nie.. I jalan slow slow and terbongkok-bongkok dengan rambut yang kusut masainya, I dah tak peduli..I nak makan ubat cepat-cepat... Balik dari clinic I ajak Ida makan, I makan sikit aje... Lepas makan ubat I ingat nak mandi but I tahan dulu sebab I'm sure lepas makan mesti I akan sakit perut... and yes I masuk toilet lagi.. again I rasa macam nak pitam....

Ida yang nak balik tadi pun risau nak tinggalkan I..I kata, kalau ada apa-apa nanti I call dia or husband I.. and right now..perut I bergelora with all kind of bunyi...dan berdehem disebabkan lendir di tekak I yang tak surut-surut....

I redha dengan dugaan ini..., it is my mistake for not taking care of myself..I keluar when I know banyak penyakit kat luar and I tak jaga makan sebab makan makanan luar yang tak diketahui akan kebersihannya... Lagipun apa la sangat sakit I nie kalau nak dibandingkan dengan orang yang menderita sakit yang dahsyat-dahysat...

Monday, July 5, 2010

Last Weekend and Today




(First project)

Last weekend I and husband I sungguh goodboy and goodgirl sebab both of us tak keluar berpoya-poya seperti kebiasaannya.. Yes! Tak keluar rumah! Unbelievable! That Saturday, I masak dengan penuh jayanya..ala goreng chicken wings and soup sayur fishball aje..kahkahkah.. Since tak keluar I pun memulakan experiment dengan project membuat skirt I yang pertama. Kejap je tak sampai berapa jam tapi tak ada la lawa mana tapi boleh la untuk keluar marketing beli lauk pauk kat supermarket. Kain beli hari Jumaat petang, RM8 semeter murah je (beli 2 ½ meter mana la tau takut salah potong ke kan). I tak sabar nak buat lagi and sambil tu macam-macam yang I nak buat, siap buat list lagi. As for Yati yang suruh buat baju untuk letak kat kedai dia...huhuhu.. I tak buat lagi sebab I tak beli kain and I tak tau fesyen apa I nak buat, kain pun I tak tau kain apa. Nasib baik I tak berjanji dengan dia.. I paling takut nak berjanji sebab nanti takut I tak dapat nak tunaikan.

Sunday, I tak masak sebab perut I rasa semacam gastric aje, padahal I makan macam biasa, in fact I breakfast lagi semenjak dua menjak nie.. Tapi entah la rasa perit semacam, kejap-kejap sendawa, cuba la kentut boleh la I tembak kat husband I. So I tak buat project apa-apa beside I tengah pikir fesyen apa I nak buat. Macam-macam website I masuk and I google. Kejap-kejap I belek kain-kain yang I beli and kumpul selama nie.. pening-pening. Husband I suruh I relax and take my time..

Malam tadi, my friend kat sekolah menjahit telephone suruh I datang, dia kata sunyi I tak ada. Beside, dia nak bagi I lingerie, bra and panties free since she and her husband is the owner of company yang jual pakaian dalam wanita nie. I pun nak bagi dia snippet yang I beli just for her. But I don’t think so husband I boleh keluar since boss dia ada. I feel bad. Tengahari taid dia called I lagi.. I cakap I might be able to come tomorrow then after I put down the hp I realised that I can’t since Ida will come tomorrow to clean the house... Oh dear...

Anyway, petang tadi I suggested to my husband to eat at this cafe yang I tengok kat program “walk walk search food” last Sunday aritu.. From the way that chef’s daughter promote, bukan main enak lagi. So why not give it a try since it was not far from our house. Bila sampai-sampai, I was kinda shocked because kat tv bukan main menarik but when you actually went to the place.. hmmm... Mula-mula I ingat besar, I keluar balik and jenguk-jenguk kat sebelah lot nak cari seat and was thinking betul ke ini tempat nye then I asked the waitress about the size of the cafe. Masa duduk tu, I rasa macam nak bangun, with the smell of rokok and bekas puntung rokok yang tak berbuang. Waiter kat situ punya la malas nak bagi menu. Then tunggu lagi waiter/waitress nak datang, I have to signalled for them to come over to our table.

Lepas order, I dengan husband dah sceptical, with the layanan and the surrounding. Our food datang lambat and after for like 20minutes waitress datang and told my husband yang sos blackpepper for chicken chop dah habis. Kenapa la tak bagitau dari awal. And bila bubur I sampai, tekejut I tengok portion yang sungguh sikit and tak ada apa-apa yang istimewanya, to me Mc Donald’s porridge lagi sedap. Oh don’t get me started with the passion fruit milk tea dia yang sungguh masam dan tak ada bubble tea tu, kat gambar bukan main lagi. I tasted my husband’s chicken chop, tak ada apa yang sedap pun biasa je. Both of us cakap, this would be our first and last. We will never menjejakkan kaki kat cafe nie lagi. Then teringat masa host lama yang mengacarakan program nie dulu, same thing happened. We went to the place that this host suggested and we were shocked when we went there because it was not what we thought it would be. Rata-rata yang makan kat situ was of other races and kat menu ada arak lagi. Both of us cari-cari tanda halal, hmm.. tak ada pun. So we order air and then terus cau.

I was wondering, was the food that she ate (no offend to her because I minat dia sesangat) are really delicious or just for show? Or was it not up to my standard? I rasa in a way macam tertipu aje....

Saturday, July 3, 2010

Last Day At School/Class

(Kek yang I hadiahkan untuk Nurul, my teacher)

Akhirnya malam Thursday lepas 1st July 2010, tamatlah pengajian I kat sekolah tu after menempuh berbagai dugaan dan cabaran. I couldn’t believe I belajar kat situ for almost one year ( short of one week of one year), kira one year la. Banyak kenangan manis dan berbagai-bagai perangai orang yang I temui. Macam-macam cerita or pekara-pekara personal, I/them shared with each other. They became my goodfriend/close confidante etc. and kita orang dah anggap each other macam adik beradik, especially me and Nurul, my wonderful teacher tu. Bayangkan I spend about 6 months with her and dalam seminggu 2 kali (8 hours) I jumpa dia and kadang-kadang I datang kelas ganti. And each time we met, we would trade story about our daily life. Eventhough she’s so much younger than me but we bonded well and she respected me as someone who is older than her and I respected her as my teacher. She’s the best teacher that I ever had in my life. Dia ajar memang best and apa-apa baju or design yang dia ajar kat I mesti jadi 100%. That is how good she is. I know she didn’t know about my blog but I feel the need to share it with you how great she is. And one more thing, dia tak kedekut ilmu and tanya la apa-apa she will be happy to tell and share it freely.

Anyway, like I said, last night was my last day at the school, so a few days before that I dah suruh husband I order Nasi Briani Gam Johor kat Aladin and both of us book cake untuk Nurul. Before that I shopping cari kain untuk dia as my way of saying thank you to her. Last night was also Rhomi’s from Lombok (dia maid Indon tapi baik sangat and suka usik I dalam kelembutannya) last day tapi this coming Wednesday dia akan datang sebab seluar baju melayu bahagian pinggang dia tak siap lagi, sikit lagi tinggal. And we had a great time last night, Rhomi bawak donut yang mak dia buat sendiri, ohhh..sedap giler, lebih sedap dari mana-mana donut yang ada kat KL nih. Nurul bawak karipap and karipap dia memang menjadi favourite kita orang. Nisa beli I kotak peel fresh and there was one funny incident happened about the air kotak antara Ain, Siti, Shidah and myself hahaha... I’m gonna miss those moment. Encik Sham pun dah mula join in the conversation as for Lili I tak sempat nak bermesra sangat dengan dia as dia baru join kelas Nurul, before this she was with Ika. I tanya kenapa dia mintak kelas Nurul, dia kata Ika garang... Ika is a bit strict with her student sampai I openly gelar dia mak tiri in front of her. Before leaving all of them keep on asking me to come and visit them and spend time kat kelas tu. Dorang suruh I bukak boutique and semua offer diri nak kerja dengan I hahhaha.. Thanks for the semangat dear friends. Yati (the owner) berapa kali pesan kat I suruh buat baju untuk letak kat kedai dia. And semalam I visited tapak kedai tempat dia berniaga and dia mintak sorry lagi kat I sebab tak sempat nak datang kat farewell malam aritu sebab it was her first day of pembukaan of her shop and sebelum tu dia ada sms I. And masa I nak balik dia ulang lagi suruh I buat and letak baju kat kedai dia.

Ahh..I akan merindui gelak ketawa, gurauan dan kasih sayang dari kawan-kawan kat sekolah/kelas tu although rata-rata semuanya masih muda kecuali I yang terlebih “muda” ini. I’m proud of the way I handled myself all through the year and how I treat everybody. But most of all, I’m so proud of myself for being able to finish what I’ve started. This was the first time that I was able to do so. Selalunya apa-apa project yang I buat dengan semangat yang berkobar-kobar di permulaan mesti dalam tengah jalan aje, I stop sebab bosan but not this one. I hope I would be able to retain this positive side of me and that it would be the beginning of something wonderful to come in the future. Kudos to me!


Tengahari semalam I was waiting for my husband untuk balik lunch. Tengok jam dah lambat and I was wondering nape dia tak call kalau tak balik and then pintu terbukak dengan senyum penuh lebarnya husband I hadiahkan I one bouquet and another one two set of teddy bears. I tekejut, at first I thought dia dapat dari office. I tanya kenapa bagi I, dia kata, congratulation on your graduation. I rasa sungguh terharu.. Thanks Darling...

(If you notice, husband I salah eja word congratulation hahaha...pandaila dia kata I graduate"On top of the class" tu)