Showing posts with label I'm Not Well. Show all posts
Showing posts with label I'm Not Well. Show all posts

Monday, February 13, 2017

Alahai, Januari Ku..

 

(Nasib baik dia bagi I belon and teddy bear masa I sakit, kalau tak sure ada airmata bertakung, mulut mengigil nak nangis and mesti keluar ayat "sampai hati you tak kesian kat I"..wakaka..., yea, you I tak berubah, masih aunty yang kuat majuk-majuk....uwek!!)

Asalamualaikum and hello to everyone... (ramainya yang baca hehehe.. )
Sekejap je dah habis bulan Januari kan?  Well..so far there’s nothing new or exciting pun dalam hidup I untuk tahun 2017.  Yang past, awal-awal tahun lagi I dan husband I dah sakit tekak suara tak keluar dan ala-ala rock, batuk non-stop yang sangat teruk dalam hidup I, badan lemah-lemah separa demam and selsema tak jadi.  I tak pegi doctor sebab konon tak mau makan ubat doctor (kalau boleh, walau ubat darah tinggi and ubat cholestrol tetap tak miss).  Lama la jugak nak baik batuk nie kan almost sebulan.  I sakit nie pun menyangkit kat husband I, tetaplah nak blame laki... yela dia yang start sakit dulu, masa tu I masih sihat lagi, I cakap...nie mesti I akan kena jugak... betul-betul kena sehari lepas tu.  So both of us tak keluar rumah, we missed Azri’s birthday on 1st January haritu..uhuk..  takut menjangkit kat budak-budak sebab kalau ada gathering kat rumah keramat tu, memang macam tadika sebab budak2 lebih kurang sebaya ramai, semua cucu sedara, tiga belas orang, so you can imagine..dengan cucu lelakinya yang lasak seramai sembilan orang dan cucu perempuan seramai empat orang.  Cuma seorang je dah dalam tingkatan and sorang tahun tiga and yang lain-lain tu either tadika, tahun satu dan kecik-kecik lagi.

My husband’s birthday was on January too.  Seperti biasa husband I tak nak ada celebration, hadiah atau kek.  Dia kata, dia tak rasa apapun...macho la konon....  But, Khairul whatsapp and ajak makan rumah dia.  We were surprised and it was so unexpected, ingat dia kat Acu dia, terharu sentimental ma...  “Masih ada yang sayang padamu, masih ada yang rindu padamu”, tiba-tiba bait-bait lagu Nas Atea berkumandang (sungguh ancient I nie!) “Mengapa diragukan dirimu, senyum-senyum selaluuu...” eh tak abis lagi wakaka.... tetaplah menyimpang dalam tiap bicara I nih...  Before going to their house, I told my husband to buy a few packets of noodles soup at Melawati, takan nak tangan kosong aje kan. So masa both of us on the way nak ke rumah dia, we decided to buy a balloons for Daniyal.  Sampai situ Shida masak beehoon goreng, oh... her beehoon is so delicious and ada KFC, I tambah sampai tiga kali... yea yea...I memang pelahap.. adoii..  Sambil tu risau jugak I, sebab I dengan husband I masih tak sihat lagi and suara I pun keluar parau je and I semput batuk lagi.  But I make sure I’m far away from the kids.  I nak tengok baby yang baru lahir last month pun, I tengok dari jauh aje.. betul-betul risau sebab budak-budak kan masih vunerable lagi.  Daniyal tu tak payah kira la...memang non-stop bergerak sana sini hahaha..
Dalam bulan Januari jugak, I pegi doctor for my yearly breast examination.  Tahun nie buat ultrasound aje sebab last year dah buat mamogram and ultrasound so next year buat mamogram and ultrasound.  I hate mamogram but I have no choice!!  I hope in the future they have a special machine to do the examination instead of the painful mamogram tu...nasib baik la sekejap aje or else.  Anyway, result ok, there’s nothing to worried about or anything.  Syukur Alhamdullilah.  But ladies, if you’re 40 and above, I seriously suggest all of you buat la breast examination.  It’s for your own good.

My insomnia datang balik dari awal Januari but these past week makin teruk, sampai pagi I tak boleh tidur, lepas solat subuh, I managed to catched some sleep dalam dua jam and then terus terbangun and terus tak tidur-tidur sampai pagi the next day and went back to the two hours sleep. I’m so bloody tired!!   I’d tried everything... berzikir, baca macam-macam ayat, minum air milo panas, mandi malam panas-panas, exercise, baca buku sampai nak abis satu buku, semua tak jalan.  Dalam masa berjaga tu kan, macam-macam I dengar igauan husband I hahaha... kadang-kadang dia terkejut la, meraung manja auw auw la wakakaka... I cepat-cepat kejutkan dia sesambil tu I gelak la jugak... Dia punya snoring tu jangan cerita la, all kind of sounds... rasa macam kat perbarisan Merdeka je or macam kat Jazz club je (macam kat movie) mendengar alunan snoring trumpet and sax beliau. And dua tiga hari nie dah bertukar la pulak.  I berjaga sampai pukul 5am, kadang-kadang I tahan sampai time solat subuh pkl 6.am, masa-masa tu la mata I start tak dapat bukak and then tertidur sampai pukul 12pm or more.  Macam orang kerja shift je.  I missed my solat subuh and dah beberapa hari nie asyik ganti je.  I feel bad but nak buat macam mana. I also missed Yen’s kenduri masa Chinese New Year hari tu.  Alahai.. apa nak buat...  Risau I mesti muka I cepat tua...huhuhu....  I hope my sleeping pattern will go back to normal sebab banyak kerja I tak dapat buat sebab I selalu active di pagi hari....

Sekian catatan I untuk kali ini...

Sunday, July 7, 2013

Birthday dan Tak Sihat



Yesterday was our cucus sedara’s birthday party, Rayyan and Rayhan. 

Mulanya I macam tak larat nak pegi. The reason why was because I dah start demam/flu and I don’t want to menyangkit kat the kids yang datang. But since it was Khairil and we all rapat with all the anak buah rasa macam tak kena je kalau tak pegi. Furthermore, Khairil cukup arif dengan alasan yang kita orang selalu bagi kalau tak nak pegi ke kenduri sedara-sedara lain, it was always alasan sakit or not in town. Kang dia ingat I trick pulak this time hehehe... Like I said demi anak buah kugagahi jua walau kepala I macam mabuk-mabuk due to ubat flu that I took last night di tambah juga dengan tak cukup tidurnya.

So sampai sana, I cuma duduk aje and I feel bad for not contribute some dishes or help around. Lydia pun cakap duduk je auntie, dia pun kurang sihat after taking care of the Rayhan yang admitted kat Ampang Puteri last week. Ramai betul orang tak sihat these past weeks including Mbo, Girl, Boy and Yati with demam, batuk and all.. Anyway, after about 2 hours, we decided to go back since I couldn’t take it anymore with this fever and beside the aircond at the club house where they had their birthday party was so cold. Beside I need to take my medicine. Kalau nak diikutkan I belum nak balik because I nak tengok potong-potong and makan birthday cake kan...huhuhu... apa nak buat I dah betul-betul tak larat.

Sampai rumah dengan rasa yang sangat lemah, I bergegas solat asar, tukar baju dan berbaring sambil berbungkus satu badan. I rasa sangat sejuk, badan mengeletar, siap pakai stokin lagi and cepat-cepat makan ubat panadol. Rasa macam nak pengsan pun iya jugak. Sendi-sendi I rasa sangat lemah. Misi (nama lama bagi jururawat, untuk sesiapa yang tak tau) merangkap suami pun sibuk la cater to my every whim. Bila I batuk sikit je, terus dia masuk and check temperature, check kaki (I don’t know why) dan urut-urut belakang I dengan vicks, untung dapat misi tak berbaju ini, perkhidmatan beliau adalah percuma ekeke...

Malam tadi I makan ubat doctor, terus I rasa mengantuk semacam dan rasa macam kat atas kapal deadliest catch je. Kejap-kejap terlelap dan terjaga. Around 1am, I terus tertidur sampai pagi and I miss my subuh’s solat. Bangun pagi je terus I batuk-batuk non-stop but malam nie I rasa dah lega sikit, batuk pun kurang, panas badan and flu pun dah hilang, cuma suara masih sengau ala-ala Alicia Kuncis. I think sebab I makan oranges and pil vitamin C lebih dari satu biji. Selalunya I makan satu biji sehari but since flu nie I makan dua biji. And furthermore, I think milo panas yang husband I buat non-stop is another factor kepada my speedy recovery. Thank you la darling.

Tadi around 9.30pm I teringin nak makan McFlurry ice cream and husband I pun pegi keluar untuk belikan I. Balik je instead of beli McFlurry ice cream dia belikan ice cream swirl mcdonald yang biasa tu. He said, he went to two places and both dah habis. I pun tarik la muka sedih and masuk bilik je terus la ada adegan telengkup muka kat tilam and bantal wakaka..., ah drama-drama..., kecewa tau sebab teringin sangat nak makan dari tengahari tadi. Husband I cakap, jangan nangis nanti dia keluar balik, cari and belikan. I kata I tak nangis, tengok la mana ada airmata keluar, I cuma pilu-pilu je sambil memekkan muka berkedut ini...heee...buruk rupa macam nenek tua retak seribu... I rasa guilty, I kata tak payah la dah malam, tak nak la you keluar dua tiga kali and tak bagus makan manis-manis around this time, walau dalam hati ini berkata sebaliknya. Biasalah lain di mulut lain di hati. Husband I yang sememangnya tau akan perangai I, kata it’s ok, dia nak belikan jugak. Ah demi bidadarinya nan seorang ehek!

Tak lama kemudian dia balik bersama McFlurry idaman I itu. Lepas abis makan I tunjukkan bekas McFlurry yang telah kosong itu kat dia sambil tersipu-sipu manja...errkkk.. pengsan. Sambil berjalan ke dapur, tiba-tiba husband I cakap, eh..tunggu, dalam hati I terpikir takan nak mintak upah cium, ngeri I...hoho.. Dia kata, sudu McFlurry tu jangan buang eh?... Ada ke? Macam la tak ada sudu kecik kat rumah... well... that’s...my husband!

Sekian catatan meraih simpati I malam ini...keng keng keng....

Friday, March 8, 2013

Kisah Hari Jumaat...

Today I went to see my panel doctor to do a follow up. I tak nak pegi kat Ampang Puteri sebab like I said before doctor kat Ampang Puteri cakap I boleh pegi mana-mana doctor. So I choose my favourite doctor kat clinic biasa aje. Malam tadi I tidur awal at 11pm, tah macam mana pagi nie terlajak bangun pukul 8.22am. Damn! I miss my morning prayer... Patutnya kalau cukup tidur lagi la senang nak bangun kan? Ini terbalik la pulak.

 So sampai kat clinic orang boleh tahan ramai jugak. Ada yang batuk, bersin etc. I was so worried, jangan la I menyangkit nantikan.. yela memandangkan dah ber “nenda” nie senang betul menyangkit. I met my ex-colleague, aci tukang sapu, apa lagi kecoh la mulut I sambil bergenggam tangan and tak terlepas sepanjang kita orang berborak itu. I like this aci because she was the coolest that I’ever met, cakap pun so polite and berhati-hati. Dia dah berhenti kerja and buat part time kat one of our ex-colleague yang bukak business sendiri. Dia datang sebab nak tanya doctor, ada ke ubat untuk diet/kasi kurus untuk anak perempuan dia. Anak dia tak datang sebab kerja. Dia tanya doctor, doctor suruh anak dia datang sekali. Yelakan..macam mana doctor nak check, ambik berat badan ke apa ke. Maybe doctor tu ada ubat kot or maybe akan bagi adivse ke or recommend to other places ke. Masa I berborak dengan aci, husband I dah menghilang sebab dia pegi buang air besar kat station minyak wakaka..sabar je orang tua tu.. Kalau dah nak melepas, memang tak dapat di tahan-tahan.

Tak lama kemudian nama I dipanggil, masuk je terus I tunjukkan my report dari Ampang Puteri. Doctor tu check and explained to me. That is why I suka sangat dengan doctor nie, he is the best that I ever met. Dia advise I macam-macam dan dia la yang suruh I buat scan untuk perut I masa I yang asyik-asyik kena gastrick dulu. Rupa-rupanya ada batu kat gallbladder. So I suggest kalau you all selalu kena gastrick walaupun makan teratur, baik la buat scaning sebab I sampai hairan kenapa makan betul pun still kena gastrick dulu kan. Lepas gallbladder I dipotong/buang terus sampai sekarang I tak kena gastrick, same goes tu anak buah kita orang Aiza, lepas buang gallbladder terus tak kena lagi. Wah..macam-macam medical advise yang I bagi kat you all eh..
 
 (Inilah antara rupa masakan I yang berjaga makan ini.  Macam lauk hospital aje hehe..)

Berbalik kepada cerita I tadi, doctor pun check I punya glucose reading. And guess what? My glucose level telah turun! Yes turun, I terkejut you. Sebab masa check kat Ampang Puteri last week, my reading was 6.2 (borderline) and bila check kat doctor nie dah turun ke 4.9. I was so happy dan hati ini berbunga-bunga mekar di dalam. I think this contribute to cara permakanan I yang langsung tak sentuh gula or minum air bergula sepanjang seminggu ini. Junk food pun I tak makan lagi. Buah, cuma oranges je yang I makan. Nasi pun I makan sekali aje during lunch time and malam kalau teringin I makan dua tiga sudu je. And ofcourse like I’d said on my previous posting, cara permasakan I cuma, kukus, bakar dan rebus. Kalau I goreng sayur pun, I cuma letak satu sudu teh je. But in the future I will reward myself maybe once or twice a month. Mana boleh berjauhan dengan sambal udang or sambal sotong kan... Tengah-tengah discuss dengan doctor, tiba-tiba husband I masuk selepas melepas di station minyak..hehe.. Sibuk la dia kan.

 Then doctor tengok I punya reading on cholestrol yang agak tinggi itu. Makanya bermula dari sekarang I kena makan ubat colestrol sepanjang hayat I. Tak boleh berhenti sampai bila-bila. Doctor sendiri cakap dia makan ubat cholestrol eversince he was 32 years old. Doctor kata anggap la ubat cholestrol nie macam vitamin aje tapi sangat penting. Dia suruh I makan setengah bijik sebelum tidur. Lepas I makan ubat cholestrol, I can eat anything, berlemak ke, bergoreng ke...wah... sukanya I dengar...keinginan tiba-tiba menjelma dengan tiba-tiba ahh... masak lemak, sambal udang...here I come.. hehe but I’m still gonna limit my food intake. Bila doctor check I punya blood pressure reading, still tinggi. Daripada dulu dia check and daripada dulu jugaklah tinggi.. Tapi dia tak nak bagi I ubat darah tinggi dulu. Dia suruh I buat follow up next week lepas I makan ubat cholestrol. I sepatutnya buat jab Hepatits A and B but doctor dah habis yang combination tu, meaning jab sekali je for both. Yang asing-asing tu ada but doctor tak nak jab I banyak kali sebab dia tau I takut kena jab haha..alahai..  


So next week I kena buat follow up lagi to check my high blood and my glucose level but this time I kena makan dulu sebelum jumpa dia sebab dia nak check naik ke turun. Oh yeah, balik kerja petang tadi, husband I belikan Blood Glucose Meter and Lancing Device. Wah.. dah macam clinic kecik la pulak. Yang Blood Pressure Monitor pun I tak guna lagi...

 Balik dari clinic, I terus sms Wo and Whatsapp Mbo. I update dorang with my latest news. Dalam pada tu, I suruh Mbo bagitau I result dia bila dia check up nanti, sebab dia bagitau I dia nak check next month, which she said last month, maknanya bulan nie la sepatutnya kan. Sebenarnya I nak suruh dia pegi check up but in a nice way, I terus la cakap macam dia confirm nak pegi. You see, I guna pendekatan psychology instead of asking her directly, muehehe... And guess what Mbo’s said.. dia belum buat lagi, nantilah... dengan icon kucing menyeringainya itu.. I balas balik, I kata...wah.. you jangan tak buat, kalau orang pandai you suruh eh.... As for Wo pulak, dia MC hari nie sebab lutut dia sakit lepas dokong girl masa nak pegi sekolah. Wo ada sakit Oestoanthritis kat lutut. Doctor bagi dia painkillers. Wo cakap kalau teruk sangat nanti kena buat operation but currently Wo ongoing makan supplement and she said it should be ok. I googled tadi and what she said is true. Dulu Wo pernah cerita pasal lutut dia. Penyakit nie semua orang tua akan dapat, memang tak dapat lari.. Adeihh..tua-tua nie macam-macam penyakit datang eh?

So, itulah cerita I hari nie, asyik kisah pasal penyakit je kan. But I learned a lot about all this sickness... So, you all, pegi check up ok.  I know, I sounds like a broken record asyik suruh you all buat medical check up je kan, but hey, you can’t help orang tua macam I bagi advise kui kui kui especially I yang Miss Repetitive ini and ofcourse because I care so much for all of you....If I didn't care for all of you, why would I sibuk-sibuk nak advise kan? 

Sekian....buat kali ini...and have a wonderful weekend...

Tuesday, March 5, 2013

Pemeriksaan Kesihatan....

Sunday
 
We didn’t go anywhere and I dah start plan nak masak benda yang sihat-sihat aje. Breakfast I makan telur rebus without yolk (I memang kureng sikit yang kuning tu) dengan dua keping roti wheat massimo yang di sapu dengan Naturel majerin lembut tanpa cholestrol dan a few slices of cucumber. Air, I minum air milo tanpa gula. After that, I makan dua bijik oranges. For lunch, I bakar tempe instead of goreng macam dulu, I cuma letak setitik minyak atas pan. I buat asam pedas ikan tanpa di tumis, dulu sometime I tumis sometime I rebus aje but this time I akan hanya rebus sahaja. I kurangkan gula and garam. Sayur pun I rebus aje and I kurangkan garam. Husband I beli beras tanpa kanji. Walaupun tak sesedap dan seempuk macam nasi biasa tapi demi kesihatan, ku telan jua tapi sedap la pulak.... Malam I makan tiga sudu nasi dan sedikit ikan asam pedas tapi I snacking a lot on tempe bakar itu. Air, I memang dah tak minum air lain, selain dari air putih dan air milo tanpa gula. Nanti I nak minum air teh and teh hijau tanpa gula. Petang, sibuk I dengan husband I mengemas dan membuang segala-gala junk food dalam kitchen cabinet. Tak expired pun I buang jugak. Nanti I akan buang chocolate and semua gula-gula dalam ice box pulak.

Malam tadi juga I ber skype dengan Mbo and discussed I punya result dengan dia. Mbo kan nurse and adivse I untuk ambik medication right away. I ingat nak tunggu sebulan. Dia kata reading diabetes I ok lagi and before that husband I pun dah googled and check I punya reading diabetes I tak ada apa yang perlu di risaukan and it was not even diabetes type 2. But neverthless I will do a glucose check up this coming Friday. Anyway, like I said, I thought of not seeing the doctor to take the medication right away and wait for one month but Mbo told me to go cepat-cepat because my cholestrol and blood pressure tinggi. Mbo also said that bila dia dah tua nanti dia akan kena makan ubat high blood and cholestrol jugak sebab memang dah keturunan. So I akan pegi jumpa doctor to take the medication this Friday jugak. I’m not going to the doctor at Ampang Puteri since doctor cakap I boleh pegi panel clinic aje. I also planned to have the vaccination on Hepatitis A and B lagi sekali... Ala..I dah la takut kat jarum but what to do... Sakit tau kena jab Hepatits nie, dah la kat punggung atas. So I’m going to see my favourite doctor. Mbo cakap jab banyak kali pun tak apa. And benda tu memang tak boleh dictate even after we took the jab.

Oh ya..I dah start exercise balik. I belari kat threadmill tapi tak lama thirty minutes aje but at least I exercise. Mbo tak kasi I exercise sebab dia kata I dah kurus but I cakap kat dia, I have too so that darah I bergerak lancar etc..
 
Monday

Hari nie I tak breakfast sebab malas and sibuk main game hehehe... Oh God, I really need to stop with this obsession la, abis kerja rumah tak buat and terbengkalai... Project nak mengemas dan membuang makanan junk food such as chocolate, sweets dalam icebox tak buat-buat lagi. Nanti la I buat.. I makan lambat around 3pm, yeah without breakfast pun, nasib baik tak kena gastrick. Hari nie I kukus chicken wing untuk makan dengan nasi but tiba-tiba menu bertukar, I malas nak makan nasi la pulak So I buat soup ayam and sayur. Soup nie I tak tumis, instead I rebus aje, I letak ayam sikit sebab I dah kukus chicken wing, bawang putih/merah yang telah ditumbuk, garam, setengah kiub ayam and lada putih. Then I rebus mee hoon... Bila I nak makan I tuang soup rebus ayam panas-panas kat mee hoon and I makan dengan chicken wing kukus. I letak kicap sikit and cili kat mangkuk mee hoon I untuk bagi perasa sikit since soup tu tawar.
         

Balik tengahari husband I belikan I Blood pressure Monitor kat Guardian. Nampak gayanya husband I akan jadi nurse I untuk monitor my high blood nie.. Yang pasti nurse I sexy ooo... hehehe...

Petang I makan dua keping roti yang disapu dengan naturel majerin, sekeping chicken wing kukus, timun tiga keping dan air putih. Lepas tu I makan dua biji oranges. Then I tengok tv kejap, lepas tu I start berjalan/belari kat threadmill for thirty minutes.

Malam, I minum air milo panas dan tiga keping biscuit jacobs.

Tuesday

Hari nie I masak ikan selar singgang. Selain dari tu, I kukus tauhu dan I letak crabstick sikit. Dekat pukul 4pm baru I makan, a very late lunch. Then petang I makan two pieces of oranges but today I tak exercise sebab nak kasi muscle I rest sebab I baru exercise balik. Esok I start balik.  Dinner tadi I makan dua suap nasi dengan tiga sudu mee maggi kari, teringin la pulak.   Right now, I minum milo panas and kejap lagi I akan makan sekeping dua biscuit jacobs.  Anyway, siang tadi Wo bagi petua suruh minum timun blend dengan celery, so I took that opportunity to ask or should I say push her to go and buat medical check up. I think Wo mesti dah fed up sebab I asyik suruh buat je kan haha.. biarla dia nak fed up sekarang, I don’t care as long as dia buat and because she's my sister and because I love her....


And I would like to ask you, my dear reader please buat medical check up at least setahun dua kali, tak kira muda lagi ke but you all must do it. I pun sayang kat you all. I tak mau you all sakit and susah-susah di kemudian hari.  Tak payah takut nak kena jab ke apa ke, tengok la I yang pengecut nie pun boleh buat. I know some of you, including me risau what is the result or the outcome but it is better to know now rather than not knowing at all. At least kita boleh prevent cepat-cepat. Lagipun kan we save time, money and tak payah nak tanggung sakit teruk-teruk nanti such as kena bedah ke, admitted ke kan, lagi menyusahkan.  Masa I tengah tunggu time nak ambik darah, I terdengar this guy tengah cakap dengan kawan dia yang dia hantar bini dia sebab bini dia malam tu tiba-tiba rasa kebas-kebas and numb kat muka. That is a sign of a serangan high blood tau. I kan tak ada simptom-simptom high blood such as pening-pening kepala, sesak nafas ke but tengok-tengok high blood I tinggi. What if I tak pegi check up? Tak pasal-pasal kena serang and lumpuh sebelah badan and herot-herot muka. Mbo kata dia banyak tengok cases macam nie, orang tu tak ada simptom tiba-tiba je terkena and dia cakap it is a timebomb.

And she was so happy that I listened to her and dia cakap memang dah ditakdirkan I datang visit dia and so happened that dia checked my blood pressure. Syukur Alhamdullilah, everything happened for a reason... If I still haven’t talk to her or visited her, I don’t think so I will take my health seriously... or do the medical check up right away....

Sekian catatan I kali ini.... Al-Fatihah buat semua anggota keselamatan kita yang terkorban, semoga ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.... I know kematian itu pasti but I can’t help being sad for them and their family....

Monday, March 4, 2013

Weekend's Update / Pemeriksaan Kesihatan...

Last Friday, I went to have my medical check up at Ampang Puteri. Mula-mula nak buat medical check up kat clinic aje but since sekarang nie company policy on medical dah bertukar and banyak la sangat songehnya with the insurance and all. Then we decided to do a thorough check up sebab tak pernah buat and cuma buat yang basic medical check up aje, itupun sekali and kat clinic aje. Mula-mula nak pegi kat Gleneagles but bila tengok package mahal so we decided to check Ampang Puteri and the package is cheaper. So last Friday pagi-pagi kita orang dah bersiap sebab the best time to come is as early as 8am. Masuk je kereta, tiba-tiba kereta tak nak start, rupa-rupanya dah flat battery. Of all the days, why it has to be that day kan... Husband I kena panggil mechanic suruh datang bawak battery baru.. Then husband I called hospital bagitau datang lambat sikit. Around 9.30am baru sampai hospital and masalah nak cari parking kat dalam tu sebab kebetulan ada Iranian punya function la pulak. Terpaksa parking kat belakang nun di luar sana.

Sampai sana terus register kat Premier Screening and Wellness Centre and pilih package. Hati I sudah berdebak debuk sebab scary bila ingat nak kena ambik darah.. Alahai..macam la tak biasakan but I don’t know why I takut sangat and bukannya sakit pun, tapi itulah..tak tau nak cakap. Rasa macam nak runtuh je rangka kat dada I nie. Tak lama kemudian, I turun ke another floor untuk bagi sample air kencing. Tunggu kejap sementara tunggu giliran nombor untuk di ambik darah. Oh dear.. I boleh nampak baju I berrdegup-degup akibat dentuman jantung I wakaka... nak tergelak la bila ingat balik. Sebelum masuk I dah siap-siap cakap dengan husband I suruh dia temankan I sebab I need to hold his hand. Masa nurse kat situ ambik darah I, adeeihh rasa macam nak pengsan. Dah la tu lama pulak sebab nurse tu kena ambik slowly, I siap cakap, lamanya hehe... senyum-senyum dia. After that I rasa sungguh relief. Lepas tu I kena pegi to another section untuk buat ECG untuk jantung I. Nurse berpangkat makcik tu (hai..macam la sendiri muda), lekatkan a few pelekat kat dada I and sambil monitor and print my report.

Then I pegi balik ke Wellness balik bersama dengan report itu and then dorang suruh I turun bawah pegi tempat x-ray untuk chest x-ray and also buat ultrasound breast and pelvis (yang nie I tambah sebab tak ada dalam package. I was so worried that my nenen would be swollen after the ultrasound but sikit pun tak rasa apa only during the procedure je I rasa discomfort bila benda tu di oles-oles bersama gel ke merata-rata bahagian nenen dan ketiak I. As for pelvic tu, I have to drinks lots of water before the procedure... sampai kembung la perut I tapi tak ada la pulak rasa nak kencing... Nurse yang buat both procedure nie sungguh lembut dan sangat-sangat polite. I love her! Same goes to makcik yang check jantung I, peramah dan baik. Semua la orang-orang kat situ baik-baik belaka termasuk pekerja yang di kiri kanan masa kita orang check mana nak masuk masa mula-mula datang. Not to forget layanan superb! Result kena ambik besok.

After that we went back and tapau some food kat restaurant ayam penyet before my husband went to have his Friday prayer. Oh yeah, kita orang tapau ayam penyet for my husband, udang and talapia bakar...huiii sedanpnya udang tapi talapia bakar pedas nak mampus.. Tak berani I makan.

Saturday
Saturday, kita orang pegi balik ke Ampang Puteri sebab nak ambik result. After a while doctor panggil masuk. Hati dah berdegup sebab risau what is the result kan. So doctor kata, urine, blood cel, liver function, thyroid, rheumatoid, veneral disease semua ok (oh ya..I tambah package untuk test darah for AIDS, Hepatits A/B selain dari glucose, cholestrol etc..yang memang dah dalam package). Darah I ok cuma tak dapat dictate whether I dah ada immunity against Hepatits A/B when infact I pernah buat vaccination dulu. But its ok I akan buat lagi nanti. Procedure nie, jab tiga kali, jab sekali and then the next one after a month and then next one after 6 months. My kidney and all the organ pada bahagian pelvis pun ok, tak ada problem. Doctor tanya ultrasound for abdomen ada buat ke, I kata tak ada nurse bagitau I, dia kata kena buat. I cakap I pernah buat endoscopic and buang gallbladder dulu, dia kata kalau dah buat tu tak apa. But I cakap I nak buat jugak nanti when I came for my next visit maybe end of this month ke. Then doctor cakap my reading on diabetes, cholestrol, blood pressure, heart adalah tidak bagus. I was so sad when I heard what was said to me.... Dalam hati I merintih-rintih especially when she said about the diabetes, ituler penyakit yang paling I tak hendak sekali... Siapa la yang ndak kan... I cakap macam mana I boleh kena, I jaga makan, I tak makan benda berlemak, gula and I tak ada la stress sangat. Then dia tanya pasal my parents and ofcourse both of my parents ada semua penyakit di atas itu. Keturunan pun iya jugak. Like I said I jadi depressed when I heard the news. Then dia bagi referral letter and recommend kat I which docktor that I should go to kat Ampang Puteri nie, to do a follow up immediately. Then dia bagi another report comment plus the pathology report and also dvd on my ultrasound breast and pelvis. After that kita orang pegi makan kat Cosy House GE, I order mee hoon sup dan air suam je.  Hati I sedih aje and jelas di wajah,  bukan main lagi husband I bagi assurance.  Depress ooo...  Automatically, I terus jaga makan. Then husband I pegi kat pet shop, tengok-tengok fish, cats, dogs la etc. Husband I sungguh suka tengok semua jenis binatang-binatang and in fact kalau dia boleh beli Zoo I rasa mesti dia dah beli punya la suka kan. Asyik nak ajak I pegi Zoo je.. tapi tak kuasa I cium bau busuk Zoo kan...dah la panas, kalau bawak guest tak apa la jugakkan. And he loves watching Animal Planet even Dog Whisperer punya program tu pun dia suka...

So anyway, sementara tunggu dia kat pet shop, I pun hantar msg kat Wo and Mbo serentak, bagitau akan penyakit I and yes I’m so sad during that Saturaday. Right away Wo called I but I couldn’t talk sebab sebak, dia cakap tunggu I dah reda then we talk. Keluar dari GE terus, I called dia and discuss pasal penyakit empat serangkai I ini. I suruh dia pegi buat medical check up. Dia kata dia selalu buat, I kata buat yang thorough bukan yang basic. Dia kata nanti tunggu ada duit, I kata you kan selalu pegi clinic government and free aje..  I kalau boleh pun prefer pegi clinic government tapi malas nak tunggu lama, orang ramai, sesak and beside I nak result cepat.   I really want her to do because I’m pretty sure dia pun ada jugak. But knowing how chicken Wo are, I think I have to do a lot of pushing after this... Then Mbo pun ber whatsapp dengan I and we promised to Skype each other to discuss further nanti. 

Petang buat marketing kejap but this time I didn’t take any juice as I memang betul-betul nak jaga makan. And husband I asyik kata jangan risau, jangan risau. Malam, mood sudah sedia low setelah mendapat berita siang tadi bertambah low and tengok tv pun malas, husband I kejap-kejap urut rambut I and memberi kata semangat and saying that it is going to be ok sampai penat I dengar. After that we have a lot of discussion and I went to sleep early as part of the things that I want to do in order to jaga my health. Milo panas pun I minum tanpa gula. And I dah start minum plain water sahaja....

To be continued....

Sekian catatan I kali ini bersambung esok...(macam drama ber episode la pulak...)

Thursday, June 9, 2011

I Yang Tak Sihat...


I terbangun pagi semalam bila I perasan satu badan I basah kuyup macam kena hujan. I rasa haus sangat and badan I panas. Betul la doctor tu cakap I kena fever. I bangun around 6am and minum air season barli sejuk. I minum sikit-sikit. Then I rasa lega and bila masuk nak sembahyang tiba-tiba badan I mengigil. I tutup kipas. Then I try to go to sleep. I tak dapat tidur lena, kejap-kejap terbangun. I tukar baju and tidur balik sebab basah kuyup. I terbangun around 1pm and badan/baju I basah lagi.

I mandi, lunch and makan ubat. Lepas solat I tertidur sampai pukul 6pm. I bangun and dinner..itupun tak lalu, makan ubat and ngantuk. I think ubat tu kasi I ngantuk kot. But I feel much more better.

Then pagi nie lepas solat subuh I tertidur dengan tidak nyenyaknya. Pukul 11.30am I terbangun. I pegi dapur I tengok husband I dah siap-siapkan milo cuma tunggu I letak air panas. Semalam pun dia buat macam tu tapi hari nie dia siap letak note yang diselitkan di tudung saji..ahh..so sweet la that husband of mine.

Tak lama kemudian dia balik tapau Yong Tau Foo for lunch and bagi I sejambak bunga, bunga get well soon. I rasa sungguh terharu and I suka. Perut I tengah sakit and bila I makan tadi bertambah sakit and I have to stop makan. I dah makan ubat tapi nape tak baik-baik. As I’m writing this perut I memulas yang amat..huhuhu… I nyampah la.. terus la pikir dah nak mati ke nie..ish I nie.. Dulu masa muda remaja tak ada pun pikir nak mati ke ajal dah sampai ke, sekarang nie ke situ pulak. Kalau mummy cakap macam tu, I dengan wo selalu marah, kita orang akan cakap be positive la mummy, sekarang baru I paham.

Ya Allah..panjangkan la usia I nie, I belum bertaubat lagi and nak taubat la nie. And I belum pegi haji or umrah. Account tabung haji pun tak ada lagi. I masih jahil dalam hal-hal agama nie walaupun tanda-tanda penuaan semakin menyerlah secara physically and mentally kat I nie. And I kesian kalau I pegi dulu, tinggalkan husband I sorang-sorang. Mesti dia tak lalu makan. Mesti dia suspense tinggal sorang-sorang and ingat rumah kita orang berantu sebab I je yang banyak spent time kat ruman nie kan. Taula husband I kalau bende-bende mistik suka betul dia, walau penakut. Aura I mesti terlekat kat mana-mana kan. Husband I kata, kalau I pegi dulu dia akan jual rumah nie and tinggal balik dengan mak and abang dia. I pun cakap the same thing too. Sedih la pulak tiba-tiba.

Wah, bila sakit-sakit baru la I ingat Allah, eh tak la..I tak sakit pun I ingat jugak tapi tak ada la se agresive masa sakit kan.

Tapi I tau, I sakit-sakit nie sebab nak buang dosa-dosa kecik kan..sakit la kalau ianya dapat membuang dosa-dosa kecik I..

Sekian..dari I yang lara..(mintak simpati la kunun).

Tuesday, June 7, 2011

Ke Klinik dan Hati Yang Panas

Masa nak bangun sembahyang subuh pagi tadi, I rasa lain macam aje ulu hati I nie.. pedih-pedih, sendawa angin, perut berbunyi and rasa uneasy yang amat. Lepas solat, husband I buatkan air milo panas and roti bakar. Then I makan ubat actal. Tapi macam tak surut aje.

Lepas husband I pegi kerja, I jalan mundar-mandir. Ingat nak sambung tidur balik but perut I dah mula nak menganas. I tengok tv kat luar and after a while I terlena sekejap and I decided to take a nap kejap kat bilik. Sebelum tu I tanak bubur and rendam ayam. Around 11am, husband I called tanya macam mana. I mintak dia hantar I ke clinic. I tak nak mandi dulu sebab I akan mandi selepas balik dari clinic, you know la all kind of penyakit around.

Around 12.15am, husband I datang ambik. Sampai my favourite’s clinic I tengok, wah ramainya orang. Tunggu punya tunggu, I tengok orang yang datang kemudian dah kena panggil. But since I thought mesti lepas nie my turn kot. Then I tengok lagi orang lain masuk dulu, although it was supposed to be my turn. I tengok ada pompuan and laki kat sebelah pun dah complaint kat receptionist kenapa dorang tak masuk-masuk .

Hati I sudah mula mendidih. Tiap-tiap saat I tengok jam. Then husband I bangun tanya receptionist kenapa nama I tak kena panggil-panggil. Receptionist tu bagi alasan, doctor tak panggil and tunggu doctor panggil. I dah geram abis, ingat I bodoh ke sebab dorang la yang kena bagi card kat doctor and dorang la yang kena panggil not the doctor. I told my husband lepas pesakit nie masuk, kalau nama I tak kena panggil, siap la… haha..

And yeah, receptionist tu panggil pesakit lain yang baru masuk. I terus bangun and sergah ke bilik doctor, I kata “eh, kenapa nama I tak panggil-panggil lagi nie I tunggu dari 12.20pm lagi. Dua pesakit yang baru masuk kat bilik doctor pucat lesi. Doctor kata nama siapa, I pun beri la nama I yang dua rangkap itu. Doctor sengih-sengih and kata, lepas nie I. Badan I dah bergegar and I told my husband, let’s just get out from this place sebelum I maki semua orang. Husband I kata, I kan serasi dengan ubat doctor nie and furthermore doctor nie bagus. I dengan muka yang macam nak cari gaduh, diam and sesambil tu mengetap-ngetapkan gigi. Sakit perut pun hilang tiba-tiba. Mood sudah buruk oo…

Bila finally receptionist tu panggil I, I masuk kat bilik and terus I hamburkan kemarahan kat doctor tu. I kata I, tunggu dekat sejam and why everybody yang baru datang by pass me. Doctor kesayangan I itu senyum-senyum manis and try to subside my anger. Sesambil tu air ingus dari idung I mula meleleh keluar sebab geram kesumat yang amat. Then dia tanya sakit apa…bla bla bla… I cakap la a few days back I ada makan mangga tapi manis. Doctor kata, itu tak boleh makan untuk orang gastic macam kita (apparently dia pun gastric). Dia pun ceritala how dia makan mangga jelly lepas tu dia pun terus kena gastric. So now I have to strike mango from my list..huhuhu…

Then dia checked my temperature yang pakai electronic tu, kat kepala. And doctor kata I kena fever. I kata offcourse la badan panas, I sakit hati and mengelegak satu badan. Siap dengan memekan muka I yang macam tertelan telur rebus. Then doctor gelak kat I. I felt bad la jugak sebab doctor tu kena hambur. Then I kata, eh I tak rasa pun I demam ke apa. Then doctor ambik temperature lagi sekali this time guna yang cucuk kat bawah lidah. Bila dia check balik, dia kata memang sah I demam and badan I panas. Dia kata dia boleh tau sebab base on my lips yang kering and rupa I (I cakap dalam hati..offcourse la I tak mandi lagi ekeke and tak pakai lip balm). You all should see how I dress up. Dengan beg yang di slingkan ke depan macam penjual cd haram kat pasar malam and flip flop dengan platform setebal 3 inci. T-shirt I pulak komok-komok tak ber iron. Dengan stretchable jeans yang murah. Rambut, I ikat macam amah yang bawak budak jalan-jalan. I look so hideous. Oh dengan muka I yang masam.

Then bila time receptionist panggil suruh ambik ubat kat kaunter. I tak bangun and suruh husband I ambik sebab I tak boleh pretend or senyum-senyum kalau hati I sakit. I palingkan muka kat tv and cun-cun la pulak kisah crocodile. I dah la geli tengok bende-bende mengerutu nie and I hate kisah crocodile ke, alligator ke or apa-apa reptile nie terpaksa la tengok jugak kan sebab I nak palingkan muka kat mana kan. Nak muntah pun ada jugak I yucks.. Then husband I ajak balik lepas ambik ubat. On the way out, I try terankan kentut sebagai hadiah kat clinic instead sedawa yang keluar..ceh!

Friday, December 31, 2010

I Sakit, Manda And Heronya Sivaji


I was supposed to update my blog this past days, but unfortunately I got sick... huhuu... I terkena food poisoning and automatically gastick pun campurtangan jugak. Ceritanya macam nie, as usual Ida would come every Tuesday to clean up the house. So when she came I tak masak sebab I tak mau kacau dia nanti dia kena cuci dapur banyak kali and furthermore I tak nak abuk-abuk masuk kat makanan kalau dia tengah lap-lap or cuci-cuci furniture kan. As usual jugak husband I akan tapau makanan untuk I dan Ida. This time I suruh husband I beli nasi dan lauk. Lepas makan tu I tak rasa apa-apa but petang tu perut I rasa lain macam, sebu and berangin semacam. Then I pegi melepas and makan ubat Actal. Malam tu tengah baring-baring tengok tv I dapat msg dari Manda, dia kata Sivaji The Boss ada kat tv. Then dia sms lagi dia kata kat astro fiesta 110. Eh, I tak tau pun ada saluran astro fiesta nih..nampak sangat I lama tak tengok tv. Tapikan I rasa Manda saje je nak kasi I jealous sebabkan dah dekat ½ jam nak abis baru dia bagitau.. Manda Kejam hehehe... So sibuk la dia bersms ngan I sambil mengutarakan point-point cemas dan penuh dramatic itu.. I tak sangka selama ini rupa-rupanya Manda Pencinta Filem Tamil secara diam-diam. Maka terserlahlah kini ketamilan beliau. Dari sms Manda I dapat rasakan bahawa dia sungguh mengagumi filem-filem lakonan Rajinikanth ini. Dan I pasti abg Raji ini adalah hero Idola Manda yang jitu. I dapat bayangkan di handphone, laptop atau di computer office Manda, hero tamil ini menjadi wallpaper beliau..wakaka..

Berbalik kepada kisah I yang tak sihat ini, the next day sedang I masak memasak dengan penuh rancak tiba-tiba I rasa perut I rasa macam nak kentut (sebelum tu I asyik sendawa angin non-stop). Serentak dengan itu I terus belari untuk melepas and memang sah I kena cir bir.. Lepas dari itu I sambung masak lagi. Lepas makan I terkena cir bir lagi tapi I tak rasa sakit sangat. Husband I balik kerja I rasa dah mula sakit semacam but I macam boleh tahan lagi. I pikir-pikir nak pegi klinik ke tak nak. Tak lama kemudian I rasa perut I sungguh berbisa. Terus husband I ajak pegi dengan terbongkok-bongkok lagi I masuk kereta. Dalam kereta I rasa macam dah nak pengsan, berpeluh-peluh dan I terpaksa bernafas pendek-pendek. Macam perempuan pregnant kat lamas kelas aje. Sakit sungguh tak tertahan sampai I menangis walau I cuba tahan. I ingat adakah ini hari terakhir I kat bumi. Serious, I ingat nyawa I dah nak kena cabut.

Sampai kat klinik nasib baik tak berapa ramai orang. Tak lama kemudian nama I kena panggil and I rasa lega sebab Dr Marina yang bertudung labuh itu. I suka kalau dia or Dr Ganesan on duty. I pun bagitau la sakit I dengan suara yang terketar-ketar. Dr Mariana kata nak jab, I kata ok, first time I setuju dengan penuh beraninya dan tanpa berfikir panjang. Selalunya I akan kata no. Tapi I kata kat Dr, I nak jarum paling halus, dia kata kalau nak makan ubat pun boleh jugak. I kata no, you jab je, I dah tak boleh tahan nie (wah, beraninya I..that shows I dah betul-betul tak tahan). Then I pesan kat doctor lagi I nak jarum paling halus. Dr kata kalau nak jarum yang paling halus, ubat tak keluar..hehe..tegelak la pulak. So bila time dia nak jab, I kata tunggu dulu, I nak kena pegang tangan your assistant/nurse sebab memang jadi kebiasaan I (yang pengecut ini) kalau nak kena jab mesti kena pegang orang.. Dr tu gelak and I kata Dr Ganesan memang dah cukup arif dengan perangai I nih hehehe.. I kata, I nie tua-tua pun takut, Dr Marina kata tak apa. Offcourse la, tak kan dia nak kata, you nie memang tua bangka pengecut gila kan wakaka...kang ada yang berparang kat klinik heh.

Lepas dia jab, I expect it to be baik on the spot, tapi tak jugak, so I duduk kejap kat klinik sebab I takut kalau I terpengsan sebab I tengah tertunduk kesakitan. Tak lama kemudian, husband I ajak balik and husband I tak kasi I jalan biar dia ambik kereta. Balik rumah sakit tak baik-baik, tak lama kemudian I muntah. I muntah air kosong and lepas tu I rasa kepala I pening. Badan I pulak lemah-lemah and mengantuk yang amat. Then I paksa makan nasi sebab perut I kosong (sebelum tu kena makan ubat gastric dulu) and acid gastric banyak dalam perut I. Lepas makan I telan ubat cir bir. Tak lama kemudian Manda from Mumbai sms and bagitau Sivaji the Boss keudara lagi..wakaka.. dalam sakit-sakit tu I tegelak besar. Dia kata pukul 9.00pm start and I bagitau dia I tengah tengok Malaysia lawan Indonesia. I kata nanti I nak beli la Sivaji The Boss nye dvd (cet rom la). I kata nak DL kat tor mesti tak ada subtitle. MANDA DENGAN PENUH BANGGA KATA DIA DAH ADA SIVAJI THE BOSS NIE DENGAN SUBTITLE SEKALI.... huiii... terkasima I sebentar wakakakaka.... Gab.. member setamil dah ada tu (ke atau Gab memang dah tau tapi secret-secret kat sis? hehe). Vagg macam mana? Dah ada unsur-unsur kesarian ke? Kui kui kui.... Kalau tak berjaya kat Vagg kita brainwash AFI lak...bak kata pepatah kalau nak melentur buluh baik la dari rebungnya oppsss...lariii...

Tak lama kemudian I termuntah and abis semua nasi yang I makan terkeluar balik... adeeihhh.. seksanya.. Kepala I pusing bagai nak giler and I bejalan terhoyong hayang. Tapi I rasa a bit lega although asyik sendawa angin non-stop. Semalam I masih cir bir lagi tapi sebelah pagi je. Hari I rasa a bit better. I hope next year I wouldn’t have to carry this sickness again and I hope I tak terkena lagi...tak sanggup rasanya. I betul-betul serik and akan berhati-hati kalau nak makan or beli kat luar lepas nie.

As for all of you out there, either you are my friends or a silent reader, I would like to wish you a very Happy New Year 2011.

Monday, November 22, 2010

Penderitaanku....

(Title...kwa kwa kwa kwa...)

Last Thursday and Friday I decided to ganti my puasa and beside anak buah husband I akan nikah/kahwin early next month. Memandangkan I tengah berusaha nak menguruskan badan (usaha? Banyakla usaha..so far makan maintain melahap macam biasa, excercise pun rasanya sekali je..itu pun bejalan je, so I guess it is not counted la kan..), I pun rasa this is the right time to do so. Hari pertama and kedua I berpuasa run smoothly, I siap sahur lagi..tapi sahur benda remeh temeh je..makan hotdog, telur rebus, bakebean je. Masuk hari ketiga (Saturday) pagi tu pun macam biasa je.. but around 2.30pm to 3.00pm perut I tiba-tiba rasa semacam..(sebelum tu pagi I dah “membuang” macam biasa) and I terus ke toilet untuk membuang. Then around 4pm I membuang lagi and seluruh badan I berpeluh peluh.. Perut I mula rasa sakit and tiap saat I burping nonstop and kentut sekali. Tak lama kemudian I kena gastric attack. Oh my God..sakit yang amat.. tak dapat I bayangkan betapa seksanya. Siap menangis-nangis la kejapkan sebab sakit ya ampun! Husband I ajak pegi clinic.. lepas siap-siap tukar baju tiba-tiba rasa nak “membuang” lagi..so ke toilet lagi.. Habis je terus both of us pegi ke clinic..dengan terbongkok-bongkoknya..

Sampai clinic, nasib orang tak ada. Masuk je doctor kata kalau still purging dia suruh pegi hospital. Balik dari clinic, I terus mandi sambil dengan terbongkok bongkoknya..nak straight macam biasa tak boleh sebab sakit nak mampus. Lepas mandi tiba-tiba badan I seram sejuk and seluruh bulu roma I naik. I suruh husband I off kan kipas. I pakai sweater immediately and pakai sarung kaki. Dalam hati I kata, jangan la I kena dengue lagi.. sebab ada tak sanggup. An hour later I rasa panas, I bukak sweater and stoking... tak lama kemudian I rasa sejuk balik..sudah! apa kena nie? Dah la tu, usus perut I rasa macam kena squeeze and pinggang I rasa macam nak patah...seluruh area perut I rasa macam pakai corset yang paling ketat.. Husband I masakkan nasi and goreng ayam (nasib baik I dah train dia awal-awal), siap masak dia suapkan I. Tiba-tiba makcik sensitive ini mengalirkan air mata..ialahkan sakit tak tertahan.. serious.. Sebabkan everytime makanan masuk je terus rasa bagai ditoreh-toreh usus I nih. Minum air pun rasa macam nak pengsan. I tak pernah rasa gastric yang begitu menyakitkan dalam hidup I. Dah la tu makan pun nak kena suap punya la tak laratnya. Bila husband I suap I baring kejap, lepas suap baring kejap.. bukan apa nak duduk pun sakit.

Dah la badan seram sejuk/panas, sakit perut and then pening kepala. Husband I urut kepala tak jugak baik. Then dia buatkan milo and roti. I makan sikit-sikit sebab like I said.. masuk je apa-apa perut I sakit. Tak lama kemudian, I termuntah.. habis semua yang I makan keluar balik.. adoii..perut yang dah cramp bertambah cramp.. tak tau I nak cakap macam mana dah rasa..macam nak pitam pun ada... Habis muntah, kepala I rasa lega tapi I masih burp lagi. I tidur awal (tapi walau sesakit mana pun petani ini masih boleh lagi mengusahakan ladangnya dengan napas yang penuh sesak). Oh yeah..I can’t breathes well, ala-ala pompuan yang nak beranak..

The next day Sunday, pagi-pagi lagi I dah termuntah kuning. Adeeihh.. merana betul I. Makan nasi and ayam/ikan goreng tapi sikit aje. Perut I masih lagi tak baik. I berjalan terhoyong hayang macam orang mabuk. Sambil tu sendawa tak abis-abis. I terpaksa sembahyang duduk sebab bila I nak bediri aje rasa nak muntah. I gantikan sembahyang I yang tertinggal. Badan I rasa sangat penat, pinggang and perut I bagai di siat-siat. I decided to go to sleep sebab selagi I sedar selagi tu la I boleh rasa sakit. Tidur pun tak lena, kejap-kejap terbangun.

And today, I rasa lega sikit sebab cramp perut I dah berkurangan although each time I minum perut I masih sakit lagi but not as bad as the previous day. Petang tadi I masak sup ayam dengan serba kepayahan sebab I tak lalu nak makan sup kat luar. Tapi masa makan tadi, I makan nasi sikit aje.. tak lalu and rasa nak muntah sakit sakit. And masa I sembahyang tadi rasa macam nak jatuh and mengantuk. Up till now I masih burp and kalau begerak banyak I kena bernapas pendek-pendek and ikut mulut.....

Friday, August 27, 2010

I Tak Sihat / Kenangan Puasa

(Makanan berbuka dan bersahur semalam, nasi ayam)

I tak sihat balik.. huhuhu..masuk nie rasanya 4 kali dah I jatuh sakit untuk tahun ini sahaja. Sejak dari awal tahun lagi I dah kena macam-macam, gastric la, cirit birit la, batuk la, flu la..and now kena lagi flu, batuk batuk sikit and demam. Don't know la maybe antibodi I dah tak kuat, almaklum zaman kejatuhan I sudah bermula. I dah rasa tak sedap badan dari semalam. Puncanya husband I dah mula batuk-batuk demam aritu. Then I cakap kat dia, mesti I akan terkena nie. Memang ya pun I kena. Tak abis-abis I membebel kutuk dia pembawa virus. Bukan salah dia tapi I tak puas hati la. Semua project-project I terbengkalai. I tak larat nak jahit langsir I, nasib baik yang lace dah siap and yang tebal cuma nak kena jahit bahagian kaki. As for roman blind I bentangkan aje dulu. And as for my baju raya I tak buat lagi. Ada satu I dah siap last week tapi macam tak puas hati aje. Petang tadi pegi klinik, I cakap kat doctor bagi I ubat yang paling kuat sebab I nak cepat-cepat baik. Tau je la doctor selalunya bagi ubat yang mild so that orang datang lagi... (husband I la yang cakap..pandai betul penyiasat perut cute tu)

These past few days I tak masak sangat, beli kat luar and sahur pun makan mee Maggie ayam je hehe.. Tapi semalam I masak nasi ayam. Husband I kata sedap, dia ambik sampai tinggi gunung... aisye.. exaggerate la pulak kan.. Dengan serba kepayahan la jugak I masak, badan I sengal-sengal, assistant cook (husband) I yang seorang tu banyak membantu. Dia tak suruh I masak memula tapi both of us tak tau nak makan apa, lagipun I cakap kat dia, elok minum sup panas-panas so that cepat sembuh. Yela sembuh, in fact arinie tekak I rasa sungguh perit and batuk non-stop. Namun begitu niat untuk minum tak pernah terlintas di hati I. Selagi I dapat puasa selagi tu I akan bertahan kecuali kalau memudaratkan I or kalau teruk alahan pregnant ke, baru la I akan batal puasa apart from that.. insyallah. Tak de la cakap I nie kuat iman tapi apa la sangat ujian dari Allah kalau yang ini pun kita tak dapat menempuhnya.. Orang kat Pakistan, Palestine and negara-negara susah lagi teruk pun dorang masih boleh berpuasa and berbuka pun ala kadar. Ini kan kita yang cukup serba-serbi.

Sometime I tak paham orang yang sihat tubuh badan masih boleh tinggal puasa dengan alasan yang cukup tak lojik. Dulukan masa I belum convert I kerja kat sebuah negeri and during puasa I and one of my colleague, perempuan (bukan islam) plan nak keluar sebab nak makan for lunch. Then two of our other colleague, lelaki dan beragama Islam nak join and dorang siang-siang cakap dorang nak makan. So dorang suruh I and my colleague pompuan nie belikan dorang buah. Both of us yang bodoh-bodoh masa tu beli aje la.. Mana la both of us tau, larangan keras tak boleh berpuasakan... siap gelak-gelak lagi dalam kereta jantan dua ekor nie makan. Tapikan I and my kawan perempuan nie pun gelak jugak kat dorang sebab we thought it was so funny. I ingat lagi kita orang belikan dorang a few slices of papaya and buah-buah lain yang I tak ingat apa. Dorang makan dengan gelojoh. Lepas tu dorang isap rokok sambil tertunduk-tunduk kat dashboard takut orang nampak. Kita orang parking somewhere secluded. Kita orang muda lagi masa tu, semua dalam lingkungan 20 ‘an aje and bujang. Yang mamat sorang tu dari negeri yang terkenal dengan konsep keislamannya and as for mamat sorang nie memang tak boleh pakai.

Bila I dah convert baru la I tau bertapa wajibnya berpuasa nie.. salah satu dari rukun Islam ke lima lagi. And during my first time puasa, kawan-kawan Islam I kejap-kejap tanya, I larat ke? Tahan ke? Kalau nak bukak pun boleh sebab baru.. I kata I’m ok and no problem. Dorang hairan and macam tak percaya, I relax je. Tapikan first time I berbuka..., saat air putih menyentuh bibir I and masuk perlahan-lahan kat dalam mulut dan mengalir kat tekak I, Ya Tuhan, nikmatnya tak terhingga, kemanisan air putih tu enak tak terperi.. And every year bila I berpuasa I tak pernah lupa akan peristiwa I and kawan I belikan mamat-mamat nie makanan and I was always wondering apa yang susahnya dorang nak puasa nie?

Tuesday, July 20, 2010

I Yang Tak Sihat....

Dah beberapa lama I tak sihat starting from two weeks ago...

Mula-mula I kena gastrick, perut keras semacam dan berangin. Nak kata diet tak jugak sebab I makan betul and cukup time. I tak makan bende pedas or masam-masam.. what's wrong eh? Lepas kena gastrick, everything seems to be fine for a few days... After that I was so busy during those weeks, keluar merata-rata and cari macam-macam barang menjahit, kain kat TAR, etc... sesambil tu I tengok ramai orang batuk-batuk and bersin. One day later I pulak terkena flu, bersin, running nose. Husband I ajak pegi clinic I tak nak sebab dah serik aritu sampai tiga kali pegi clinic sebab flu still tak baik-baik. I suruh dia beli ubat kat pharmacy aje. Then I kena sakit tekak... oh... berbagai-bagai gula berangin and ubat batuk I makan and telan. Hari nie dah lega sikit cuma ada lendir-lendir kat tekak. But the problem is, I don't sleep well as every one hour I terbangun. It has been going on for a few nights til now. To make matters worse, I tak ada selera and tak tau apa nak makan. Kalau makan pun sikit-sikit aje.

And last night I teringin nak makan roti lekat dinding (roti nan) and tosei. So husband I keluar beli bawak balik. Half way makan baru la I terperasan yang kari ayam tu dah basi... Selalunya awal awal lagi I dah boleh bau tapi disebabkan hidung I masih tersumbat sikit-sikit so ujung-ujung baru I terbau. I stop immediately and told my husband to do so. And this morning I rasa macam susah nak bernafas, rasa macam banyak angin kat dada.. I dah mula risau.. adakah ini tanda-tanda I nak kojol..huhuhu.. dah la tengah baca buku "Insaf" keluaran Mastika... suspense ooo.... Then around 11.00am I decided to have a late breakfast. I panaskan ANW waffle yang husband I beli semalam.. Around 11.30pm suddenly perut I memulas yang amat sangat. Ida masa tu tengah cuci bilik mandi, I told her I want to use it as I can't stand it anymore. Apalagi macam nak pengsan I kat dalam tu, dengan peluh berjurai-jurai macam hujan and I sesak nafas lagi.. sakit jangan cerita...... I sampai pejam-pejam mata tahan sakit. Lama jugak I kat dalam tu..bila keluar abis satu badan I berpeluh... Cepat-cepat I telan ubat actal.

Then I baring kat luar sementara tunggu Ida kemas bilik tidur.. I ingat nak pejamkan mata sebab badan I dah mula lemah..sebelum tu I kata kat Ida kalau I pengsan suruh dia call husband I immediately. A few minutes later husband I balik and I told him of my condition, dia pun cakap dia sakit perut jugak and "membuang" dekat tiga kali. I cakap I need to go to the clinic, dah tak larat dah nie.. I jalan slow slow and terbongkok-bongkok dengan rambut yang kusut masainya, I dah tak peduli..I nak makan ubat cepat-cepat... Balik dari clinic I ajak Ida makan, I makan sikit aje... Lepas makan ubat I ingat nak mandi but I tahan dulu sebab I'm sure lepas makan mesti I akan sakit perut... and yes I masuk toilet lagi.. again I rasa macam nak pitam....

Ida yang nak balik tadi pun risau nak tinggalkan I..I kata, kalau ada apa-apa nanti I call dia or husband I.. and right now..perut I bergelora with all kind of bunyi...dan berdehem disebabkan lendir di tekak I yang tak surut-surut....

I redha dengan dugaan ini..., it is my mistake for not taking care of myself..I keluar when I know banyak penyakit kat luar and I tak jaga makan sebab makan makanan luar yang tak diketahui akan kebersihannya... Lagipun apa la sangat sakit I nie kalau nak dibandingkan dengan orang yang menderita sakit yang dahsyat-dahysat...

Monday, March 29, 2010

Minggu Sakit

Balik dari klinik Saturday tu, I makan ubat yang di beri. I rasa sebu semacam je perut I nih. Kepala pulak pening yang amat. I suruh husband I picit sambil tengok AF8 yang cukup hambar itu. I sendawa angin banyak kali, perut I cramp dan sakit yang amat. Habis AF8 I cakap dalam hati, ini tak boleh jadi, either I would restless for the whole night or better I muntahkan aje.

I pegi toilet, kumur-kumur air and I jolok sekali je tekak I terus I termuntah yang maha hebat. OMG, banyaknya keluar sampai menyembur keluar lubang toilet tuh. Habis lantai-lantai sekali. Then muntah lagi muntah lagi. Segala isi perut, mee maggi ayam (since itu je tekak I dapat masuk tadi), roti kering yang baru I makan tekeluar balik. Segala pahit mahit ubat pun keluar dengan lajunya. Basah kuyup I bermandikan peluh. I rehat kejap.

I rasa sikit lega tapi masih ada lagi yang tak kena, perut I masih sebu. I belari secepat kilat masuk toilet. Nah engkau keluar segala-gala ubatan yang tak keluar dari tadi. This time I rasa lega seratus peratus. Habis tu, I terus mandi.

Malam tu husband I mula dah nak kena flu. So next day/semalam dia pulak pegi klinik and mintak doctor tu jab dia sebab dia tak mau menyangkit kat I. Dengan penuh kepayahan dan terbongkok-bongkok dengan dibantu oleh sous chef atau nama lain assistant cook (husband I la), semalam I masak sup ayam. Memang dah jadi kebiasaan I kalau sakit-sakit nie makan sup ayam sendiri masak and gerenti sembuh dengan segera. Lepas makan I dengan husband berpeluh and badan rasa ringan. Kita orang mandi 3 4 kali sampai ke malam sebab kepanasan dan like I said berpeluh banyak. I letak extra halia. Perut I yang cramp after muntah-muntah and cir bir malam tu rasa lega sangat walaupun masa I solat zohor semalam I masih terbongkok-bongkok lagi.

Hari nie I rasa much more better tapi husband I masih “fight’ with his flu yang jadi tak jadi, jadi tak jadi tu... Husband I balik tenghari tadi for lunch and I ingat dia pegi kerja balik, ni ha dia balik semula, dia kata tak larat nak sambung kerja....

Saturday, March 27, 2010

Ke Klinik Untuk Yang Ketiga Kalinya

I went to the clinic... again today. Termasuk arinie 3 kali I pegi dalam jarak yang terdekat. Masa last Friday I kena flu/bersin/sakit tekak etc. A few days back I kena gastric and today I kena cirit birit. OMG, lepas nie apa la penyakit pulak.. Pagi-pagi tadi I rasa perut semacam then I pegi “bilik kecil idaman kalbu itu”. Wah tekejut sebab cir bir. Ingatkan sekejap je. Then I breakfast which acara yang paling jarang I lakukan adalah dalam setahun 2 3 kali unless I breakfast kat hotel memang I melantak hebat. Habis je breakfast which consisted milo panas and two slices of white bread yang I sapukan dengan lupark salted FULL FAT hehehe... xde dah nak control-control low cholesterol ke fat free ke or unsalted ke.. boleh jalan dengan itu semua muahahaha.. Then I rasa semacam je perut I, sambil tu I kentutkan merata-rata tiba-tiba I rasa macam lain macam je kentutan yang terakhir ini. Tak ada la I terencet kalau tak abis I kena kutuk dengan Mr Gopalan Kundusamy itu. Sempat jugak member gelakkan I masa I belari anak (cewah) ke bilik kecil itu. Sah I cir bir lagi..

Husband I keluar sekejap nak cuci kereta and tapau makanan sebab dia tengok I macam tak sihat aje. Lepas mandi, I baca balik buku I and then kita orang makan. Lepas makan I rasa semacam aje, sambil tu husband I bukak cerita tamil.. dia pasang kuat-kuat sambil pujuk I tengok sekali. I buat tak tau kang menjadi orang tua tu. Then I told him, I think nak kena pegi klinik la macam nie sebelum I melarat and non-stop cir bir pulak, well memandangkan I baru lepas makan.

Sampai ke klinik, nurse situ senyum-senyum kat I, yela.. dalam seminggu nih, 3 kali dorang jumpa I. I kata lepas nie tak tau la akak sakit apa lagi. Dorang kata minggu melawat klinik kak hehehe.. Lepas jumpa doctor and nak ambik ubat, I tengok kenapa doctor nie kasi I ubat gastric yang macam ari tu. I kata kat nurse tu, I cir bir bukan gastric then dia jumpa doctor and I dapat ubat cir bir. Apa la doctor nie, I think dia salah dengar sebab I yang extra peramah nie bersejarah dengan dia akan kedatangan I sampai tiga kali and menceritakan serba-serbi akan kesakitan I itu. I think dia dengar and terlekat kat gastric tanpa mendengar butiran lanjut tentang cir bir I nie.

On the way nak balik rumah, sibuk la husband I discussed sedikit cerita tamil yang dia tengok sambil gelak non-stop, kelakar giler..., I yang sakit perut bertambah-tambah sakit, stress I. Balik rumah I rasa panas and seram sejuk semacam aje. Then I teringat ada sorang pompuan pakai baju sejuk nampak pale semacam je...Adakah I kena jangkitan dia? Sudah, takan la nak demam pulak huhuhu... Nak kena complete kan jugak ke penyakit I nie, aritu selesema / flu / sakit tekak and then gastric and now cir bir and lepas nie demam ke? Dahla next week plan nak pegi a short trip ...mummyyyyyy... waaaaaaaa....

Wednesday, March 24, 2010

Ke Klinik Again

Petang semalam masa husband I baru balik kerja, mem ini yang tengah berbaring bagai orang yang telah nazak tetapi sempat menonton CSI Miami (latest season) back to back kat Tor telah meng “order” sang suami untuk memotongkan beliau limau Sunkist. Husband I tanya, eh boleh ke, knowing how my perut are. But since mem ini selalu "buat-buat lupa" bab bab melantak ini, tanpa menginjakkan mata dari Horatio hanya menganggukkan kepala. Selepas limau Sunkist yang di belah berserta dengan serbuk asamboi sampai, apalagi I belasah dengan semahu-mahunya, manis la pulak limau ari nie.

Kurang sejam kemudian, tiba-tiba I rasa perut I semacam aje, rasa cramp kat sekeliling perut I. Tak lama kemudian I dah mula sendawa dan berkentut halus. Then perut I bertambah-tambah sakit sampai terbongkok. I baru teringat sebelum belasah limau sunkist I terlebih dahulu makan yoghurt perasa strawberry. I think combination yang cukup lethal kot? Husband I cepat-cepat buatkan I milo sambil tu I mengerang-ngerang kesakitan. Husband I yang memegang berbagai-bagai watak telah menjadi ustaz membacakan berbagai-bagai ayat sambil memegang perut I dan beralih seketika sebagai tukang urut di rumah urut Ah Tong untuk mengurut belakang I. I pulak menelan sikit angin untuk memberi effect bunyi sendawa dramatik.

Then dia ajak pegi klinik, walau I malas nak pegi, knowing how doctor kat situ yang cuma check tak sampai seminit and terus assume I sakit apa. Selepas meletak vicks kat perut kami berdua pun berangkat around 10pm. Tak lama kemudia doctor yang nak macam pegi pasar ikan berserta dengan bag recycle nya datang. I sebenarnya tak berapa bekenan dengan doctor nie sebab dia cincai je bila check. Lepas masuk bilik doctor, true seperti yang I katakan, dia cuma letak stethoscope (setengah mati mengoggle) kat perut I. Sempat I cakap, doctor I baru sapu vicks kotor your steth. Doctor kata tak pa dia boleh lap. Then I bagitau I makan apa and that’s it. See I told you sekejap je dia check. What if kalau I sakit lain kan? Sebelum tu I sempat mintak ubat selesema sebab masa I pegi last Friday (klinik sama, doctor lain), doctor lain cuma bagi vitamin c, antibiotic, ubat sakit tekak dan untuk gurgle aje. Doctor nie kata tak payah, dia suruh I abiskan ubat angin, gastric and antibiotic (jenis lain) yang dia bagi. Masa nak ambik ubat I tanya kat assistant doctor nie, antibiotic mana satu I nak makan sebab ada dua jenis. Dia suruh I makan yang antibiotic gastick nih.

On the way nak balik seperti biasa penglipur lara I mula bercerita, next time la I cerita apa yang dia cerita but kita orang pusing-pusing ambik angin malam. Sampai rumah I mandi lagi sekali walaupun I baru mandi about an hour ago. Sebabkan kalau balik dari klinik ke atau mana-mana walau sekejap aje I mesti mandi balik and tukar baju dan segala-galanya baru eventhough I baru lepas mandi. Habit yang I sukar nak buang. Around 1.30am I tidur tapi tersedar around 4.30am, perut I rasa sebu-sebu kembung. Around 6am I terus bangun sebab rasa nak muntah. Tapi muntah angin je yang keluar sampai I letih dan berpeluh. Then I duduk kat lantai toilet sekejap sambil satu badan mengeletar. After that I sembahyang subuh and waiter tak berbaju itu datang membawa air milo dan roti bakar walaupun I kata I tak selera makan. Tiba-tiba I rasa sayu di dinihari ini. Yela kan, I selalu gelakkan dia and menyakat tak abis-abis. I terus mintak maaf sambil cium tangan dia yang berbau rotibakar itu. Dia kata hari-hari dia maafkan I, sambil tu sempat lagi I mencuit perut dia yang maju kedepan itu...huhuhu.... Ini je la cerita I setakat ini di pagi yang sepoi-sepoi sepi....

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...