Tuesday, October 30, 2012

Rindu yang Uweks Lagi Terlampau..

Haritu, husband I dapat kerja baru, so tengahari dia tak dapat balik sebab jauh, I tiba-tiba sedih dalam kerinduan sebab I wouldn't be able to see him one whole day. Mula la hati I merana. I masak nasi and malas nak masak lauk, I bukak sardin and goreng telur aje. Itupun I makan around 2.30pm tanpa breakfast, punya la frust menanggung rindu kan. Alahai sehari tak jumpa macam la tak jumpa setahun. Punyala dramatic ini perempuan. Tapikan sepanjang-panjang perkahwinan I dengan husband I, paling lama kita orang berpisah was one week. Masa tu kita orang baru datang KL and baru tiga tahun kahwin. Husband I kena pegi ke Desaru untuk check tempat kerja baru and I tinggal with my in law masa tu. Oh, let me tell you selama seminggu tu I cover and buat muka relax tapi tak dapat I nak gambarkan betapa sengsaranya I heh!, asal husband I call je, I menangis wakaka.. lepas tu I kata, balik la balik la... ceh! nyampah la bila ingat balik. Tidur pun tak lalu, apalagi makan sampai mak mentua I asyik tanya and suruh makan. I rasakan masa tu kalau kena gigit dengan budak kecik belum tumbuh gigi pun, sure airmata I dah berjurai haha... Malam-malam I letak kain pelekat kat sebelah bantal I. Dah la I tidur dengan mak mentua I kan... . Seminggu itu, hidup I rasa sungguh lifeless. Badan je kat rumah in law tapi hati dan perasaan I nun jauh di Desaru hahaha..uweeekk la kan.. Bernostalgia la pulak...
 
Anyway, around 3.00pm tiba-tiba husband I balik. Tekejut I, I tanya kenapa dia balik cepat and I cakap I tunggu dia call dengan nada sungguh mengada..uweeks. Dia kata dia tak dapat call I and he told me what happened. Husband I cakap when he arrived at the new office, he looked around and saw the surrounding. Then dia baca other terms and condition, dia pikir-pikir balik was it worth it with the travelling, jam, parking pun kena bayar sendiri, bilik pun tak ada and scope of work yang macam kesyialan itu. He decided that it was not worth it, so he went back to his old office, met with his old boss and his old boss was so happy to see that he wants to come back. Terus boss dia cakap don't worry, he made a call to admin and immediately reinstate him back on the day itself. So husband I kerja balik kat office lama dia.
 
Buat penat je la I yang bersayu-sayu dari pagi sambil memandang keluar tingkap bila memikirkan yang I akan hanya jumpa husband I dekat senja kan sampai hilang la selera makan...alaaaahai! melampaukan..tua-tua pun feeling cinta mati macam pasangan kekasih yang asyik masyhuk ceh! la kan. Then husband I tanya, dah makan ke, I pun cakap la dengan nada sayu makan sikit je tapi tak lalu.
 
So routine pasangan rindu dendam inipun kembali seperti sedia kala dan lunch time I kembali ceria....

Sekian kisah I kali ini...

* Rasa macam nak muntah je bila I baca balik hahaha...adeeihhh.


Sunday, October 28, 2012

Weekend's Update


I was quite busy these past few days/weekend starting from Hari Raya Haji. As usual, we went to my in-laws house for the celebration. During the makan-makan, Aiza told us that this Sunday is Adam's birthday celebration. Kita-kita je tak ada jemput orang lain. The next day, Saturday, we went GE to have our lunch and cari birthday present kat ToyRUs. Then we went to AP to do a bit of shopping since SIL (nenek Adam) requested masak mee and mee hoon goreng and to collect my every six months contact lenses and also buat spare spec baru. Ntah mana spec yang satu lagi, hilang. Mula-mula ingat nak guna frame yang murah aje. Tapi I sudah tertarik dengan frame brand Fendi. I try yang lain but Fendi jugak la yang I rasa ngam dengan muka I and Yati the sales girl pun recommended yang tu jugak. Bila dah tolak discount and campur lense/cermin spec tu. Oh my God, mahal nak mampus, more than 1.5k. Mula-mula tu I hesitate but bila I pikirkan, entah esok lusa who knows I might be gone, why would I want to berkira with myself kan? teruslah I tak berfikir lagi and beside I treat this as my birthday present for myself. I told my husband not to pay. Sambil tu sempat lagi I cakap, cari la bini yang considerate macam I nie, yang tak menyusahkan laki, takan jumpa punya (sambil mengangkat kening yang semulajadi berbulu nipis ini - tapi sempat la lagi I draw kasi tebal ala-ala Elfirang Kroy) dan sudah past promote diri sendiri dengan asyik-asyik ayat yang sama kan. Spec I tu will be ready in two weeks time and I rasa macam nak pakai spec je instead of contact lense nih. Tapikan, hidung I dah la jenis penyek tak ada batang hidung, kang bertambah penyek la lagi. 
 
Yesterday jugak was my blog anniversary. Tak sangka dah tiga tahun you. Yelakan I nie jenis yang suka bukak tutup blog but with this blog lah yang I paling setia sekali. I memang tak nak buat blog baru dah, baik buruk stay je kat sini. Lagipun blog I nie di kira tahap masih ada privacy lagi on which I like to keep it that way. Setakat orang yang tidak dikenali or kawan-kawan cyber baca I tak kisah but not someone yang rapat dengan I or mempunyai pertalian kekeluargaan, malu ma kalau dorang tau, tak syok la kan and I tak free. Kalau dorang tau my other world/side, mana I nak taruk muka, mesti they will look at me differently or started to question my insanity wakaka... Tak pasal-pasal habis riwayat erraticdreamer nih. As for the template, rasanya I tak akan tukar sebab I nih kan orang yang simple and I suka blog yang simple aje (maybe factor usia kot, kalau I muda remaja sure penuh glittering nih). Tengok je la, sungguh miskin hiasan, lagu pun I dah remove sebabkan bila I masuk blog sendiri, automatically I off kan volume, bising je kan. I also tak suka guna template yang standard or sama dengan orang lain sebab I rasa keasliannya akan hilang. As for the gambar-gambar glamour minah perasan tu pun buat masa sekarang I biarkan dulu sebabnya itu je la gambar senonoh yang I ada dan tidak menampakkan sangat muka I yang macam muka wanita perkasa yang bengis ini kui kui kui...  
 
Today around 11.30am I dah start masak mee and mee hoon goreng for the birthday. The celebration was around 3pm and we brought along KFC barrel and ballons from the party shop, ntah lupa nama kat WW. Seronok la tengok perangai cucu-cucu sedara yang sungguh active especially si Rayyan tu, tak boleh duduk diam and he is so cute. Oh, his little brother, I rasa macam nak bawak balik aje. Body dia, rasa macam nak gigit and buat jadi bantal bucuk. Si Adam dah start nak berjalan and dah mula menunjukkan kenakalanya dengan muka yang stone itu, he's adorable. Shahmi is the oldest one, dengar kata, polite, mature and respect the eldest and then Arina is the only girl of all the cousin (beside Farhana who is still at her mom's kampung), pretty girl, mulut bising and my husband's favourite. I tak ada favourites, I loves all of them equally but kalau dorang pandai bodek I, I pasti cair..... Our cucu's sedara each has their own character but sungguh kelakar.
 
These past few days, I makan dengan banyaknya..huhuhu...I sedih..pagi tadi I timbang, naik balik, itu belum lagi I timbang lepas makan-makan nih, on which I makan tiga round tadi. I tak sanggup you. I hope berat badan I akan turun balik on the weekdays and I do hope baju untuk I pegi majlis kahwin K muat nanti...or else, I would die....
 
Lastly, for my beautiful readers, thank you so much kerana masih setia berkunjung dan membaca blog I and I do hope walau tidak banyak tapi barang secalit pun jadilah jika kisah-kisah yang tiada istimewanya I ini dapat menghiburkan hati kalian. Umur panjang, kita akan dipertemukan lagi di anniversary tahun hadapan....alahai macam speech orang puasa bulan ramadhan je.
 
Sekian untuk kali ini....

Thursday, October 25, 2012

Update

Hellooo.....
 
Lama I tak berceloteh kat blog kesuma jiwa I ini.. I busy you sambil menyengetkan kepala lalu menyelitkan beberapa helai rambut kebelakang telinga dan mengenyitkan mata kat you all (ala-ala pondan gigi ronggak).
 
Seperti biasa, tak ada apa-apa yang sangat mengemparkan dalam kehidupan harian I (lebih kurang sama je maksud seperti sebelum-sebelum nie cuma ayat yang berbeza). Lain la kalau I nie celeburiti macam Norang Garnish atau Rokitar Cek Wang ke kan (merendah diri konon), sure macam-macam I show off (err bukan I selalu show off ke?) and update my super celeburiti punya life style. With the gossip and all kan...
 
Berbalik kepada kisah I yang stagnant ini, a few days ago, I dengan husband I pegi bank, actually I dah lama bising ajak dia sebab macam-macam I nak kena bereskan. First we went to PB, oh I tell you, I suka pegi situ sebab bank/kakitangan sungguh efficient dan urusan dapat disiapkan dengan pantas. Tapi disebabkan sungguh efficient maka terjadi la suatu kisah yang tidak disangka... jeng jeng jong.. Selalunya kalau pegi situ, I akan ambik nombor dulu sebelum isi borang. I dah isi borang kat rumah tapi tersalah letak amount. I cakap kat husband I nanti I ambik nombor but itu budak ambik on the spot while I'm still terhegeh-hegeh isi borang lagi sekali. Tak sampai seminit, nombor I pun dipanggil. I cepat-cepat nak pegi ke kaunter and serentak dengan itu, nombor bertukar, so I duduk balik. Husband I terus pegi kat I and suruh I pegi kaunter, I kata nanti dulu, nombor dah bertukar. Husband I kata pegi je, I kata tak nampak ke ada orang kat kaunter tu, husband I suruh I pegi jugak and berdiri kat belakang orang tu. Buat apa I nak berdiri kalau kerusi ada, ingat nie kaunter nak ambik ticket wayang ke. Dia push I lagi, you tau je la, ini rimau kertas mana boleh stress, dengan memekkan muka, goyangan kepala dan gerakkan kedua belah tangan berserta dengan suara yang cuba I control tapi penuh emosi sambil mengetapkan gigi berlapis, I cakap "nantilah, pekerja kat kaunter tu akan panggil I balik, takan I nak bediri". Serentak dengan itu, husband I terus senyap, pekerja kat kaunter tu macam terkulat-kulat suspense tengok I, yelah kan dengan reaksi kerutan dahi, jelingan mata versi ular dan mulut muncung macam tertelan asam jawa, ditambah lagi dengan body language pelakon grade B, maunya tak takut.
 
When it comes to my turn, I pun pegi ke kaunter, abis urusan kat situ, I pegi ke customer service. As usual layanan excellent and sangat polite. Bila dah beres semua, masuk kereta, I mintak sorry of my bad behaviour just now kat husband I tapi I cakap, don't blame me, you la push I macam tu. I cakap sekali dah la and I know what I'm doing. Husband I cakap, he saw my number, I kata bukan I tak nak pegi but number I dah bertukar, takan la I nak berebut dengan orang yang dah berdiri kat situ kan. Then husband I cakap, pekerja yang kat customer service tu sengih-sengih tengok I tadi. I kata, ye ke, ala malunya, itula paksa la I lagi. But it took us less than 10 minutes to do two things, cepatkan?
 
Then we went to another bank. Oh dear, the service was like langit dengan bumi. Slow nak mampus, orang bukannya ramai, kaunter semua bukak, funny isn't it? Apalagi I dengan husband I mengutuk-ngutuk la dalam nada suara yang rendah. Si uncle tu kalau bab-bab mengutuk suka betul dia. But customer service dorang bagus and very helpful. After about one hour barulah segala-galanya selesai.
 
Then lalu kat kawasan gerai makan that I used to go with my colleague and I saw mee rebus and apparently kedai tu dah rebranding and bersih. So I cakap dengan husband I that I feel like I nak mee rebus kat situ. On the way nak ke kedai tu, I dengar ada suara memanggil-manggil nama I. I cari-cari, nun di seberang jalan, two of my former colleague lambai-lambai kat I. I pun terus la berlari kat dorang. Bila jumpa je terus la berlaga-laga pipi and berpelukkan with both of them. Sebelum tu I dah cakap dengan husband I, kalau pegi bank kat situ mesti I akan terjumpa dengan my ex-colleague or someone that I know. The first thing that Midah told me was, "tengok badan aku nie hah, gemukkan" sambil mengosok-gosok perutnya..wakaka..Midah Midah, itu ayat pertama kau cakap kat aku, sungguh la dasar perempuan kan. Kejap je borak dengan dorang berdua sebab dorang nak balik office lepas makan dekat-dekat situ. On the way back from tapau the food, I teringatkan my ex-colleague tu, it has been seven years since I last saw them and one of them sudah ada sikit-sikit garis penuaan lalu I terpikir, oh we are bunch of old crap! waaaaaa..........sadis..botox pls, no haram, collagen, no, nanti muka I macam pancake doremon, plastic surgery, no thank you, tak sanggup I muka I kena potong and tarik macam Joan Rivers... I pasrah you...huhuhu..
 
Anyway, pasal my diet (konon), I dah tak makan malam dengan banyak or kadang-kadang tak makan langsung. Tapikan ada sekali dua terbabas jua. Macam haritu I baca kat paper ada kisah pasal burger bakar dengan arang, tiba-tiba nafsu makan I menderu-deru di pikiran. Teruslah I suruh husband I beli sambil menelan-nelan air liur dan menunjukkan gambar kat dia. Mula-mula husband I kata dia tak nak makan and belikan I aje and then he changed his mind, dia kata dia beli je la extra tapi tak nak makan (konon). Lepas dia beli, I makan sebijik burger daging tu sambil mengomel "habis la berat badan I, habis la berat badan I", tapi mulut gigih mengunyah nih tapi tiba-tiba I jadi takut sebab burger bakar nie besar dari biasa and sedap giler. Sebelum tu I dah potong sikit bagi kat husband I. Husband I yang cakap tak nak makan pun makan juga extra burger tu and plus mine. A few nights before that, I rasa lapar yang amat sangat, terus I cari mee in my mug, lepas makan rasa menyesal la pulakkan... But after that, everything seems to run smoothly, kira dah boleh control and selera nak makan malam pun dah kurang and kadang-kadang tak ada langsung. Tapi malam-malam I minum air teh tapi I kurangkan gula dan I makan sekeping dua biscuit jacob and I spread dengan butter with a pinch of sugar aduss.... Tapikan start makan tak banyak nie, I mesti makan chocolate hari-hari and lepas tu baru ada energy, so JM, how la? huhu... As for exericse? heh! so far cuma sekali je I buat, itupun 40 minit atas threadmill. I timbang tiap-tiap hari and dua kali sehari, sekali pagi and sekali petang. Bila berat badan I tak turun, I menyumpah-nyumpah sorang. As of to date, lepas 14 hari berlalu, berat badan I turun 1 kg je...hantu!
 
Oh yeah before I forget, Selamat Hari Raya Aidil Adha to all my fellow muslim.  To those yang memandu balik kampung or mana-mana bercuti, please drive carefully.
 
Sekian kisah I kali ini....

Friday, October 12, 2012

Update Sedih Dalam Ketawa

Untuk JM dan Zue yang dirindui (sambil menjeling kat budak tengah muncung mulut sebab jeles... I suka hehe..),

Terimakasih kerana memberi semangat, share kisah hidup berdiet, tip berserta tunjuk ajar yang sangat I perlukan di saat-saat ini (menderita la konon kan...) from the both of you. Akan I jadikan panduan demi masa depan untuk menurunkan serta menghilangkan lelemak akibat perbuatan sendiri yang sungguh pelahap ini. Yes, JM, I will not skip breakfast anymore, mesti cuba nie walau tak lalu and no more makan malam after 7pm hehe... 6pm tu awal sangat la JM untuk I, kang ada yang terliur tengok pala laki, tak pasal-pasal nak di buat sup. And I akan start belari balik kat threadmill yang hazab lagi purba itu....

Ini kisahnya, semalam I pegi ke tailor hantar baju, yela kan takan la nak antar kucing pegi tuition kan. Jangan tanya kenapa I tak jahit sendiri kerana jawapannya korang sudah sedia maklum.  Lagipun one of the anak buah nak kahwin next month, so aunty nya nak la lelawa sikit walau cuba menafikan akan ketuaan diri ini. Sambil menghantar kain, sambil tu la jugak I mengambil empat helai baju yang sepatutnya menjadi baju raya yang lepas tapi disebabkan tailor tak sempat nak buat, so baru siap semalam. Tak apa I boleh pakai next year, bisik hatiku sendiri walau rasa macam tak confident je part pinggang and punggung nih.

So tailor pun ukur la badan I sekali lagi since I insist on it sambil I tunjukkan perut gelebeh I. Don't worry tailor tu perempuan melayu islam and I'm pretty sure lesbian pun tak akan steam tengok perut I yang umpama perut muniamah pakai sari ini. And huhuhu..nangis dulu, pinggang I naik dua inchi waaaa.... I cakap kat tailor suruh dia besarkan lagi sebab I'm very sure I akan naik lagi dan apalagi time orang kahwin nanti ofcourse I akan"termakan" banyak, kira macam nak beri ruang I bernafas la nantikan. You see, this aunty dah berfikiran jauh dan tau akan keupayaan nafsu sang bedalnya....

Balik rumah, I cepat-cepat nak try baju raya yang tak sempat pakai tu. Jap I nangis dulu....waaa and huhuhu......bila I zip boleh lagi tapi bila I nak hook...huhuhu...sempit, I mean sempppittt bahagian pinggang...waaaa lagi. Husband I kata, don't worry, nanti perut I akan turun and tak ada la perut I buncit. I rasa mata husband I telah dirabuni oleh fikirannya yang beranggapan I bidadari perfect nya itu. And I rasakan I tau kenapa perut I jadi gelebeh buncit badak, sebabkan I selalu kutuk-kutuk and gelakkan perut husband I. I told you, I dapat cash terus.

Dalam kesedihan ini, malam tadi, I makan french bread dengan soup ayam/cendawan country style (soup campbell dalam tin), konon nak diet tapi bila I teringat akan shwarma kebab yang husband I beli kat tarbush during lunch time, terus I makan dua gulung jugak and yes sebelum tu tengahari pun I belasah dua gulung jugak waaaa.... Lewat tengah malam, I belasah lagi tembikai. So ofcourse la bila I timbang di pagi hari, berat badan I tak turun and in fact naik. Ini semua salah I sendiri. Husband I balik kerja tengahari tadi, mula la this drama queen buat tone suara sedih and berkeluh kesah, sambil membuat mimik muka yang macam tengah makan asamboi, mintak simpati la konon. I tak tau dari mana husband I mendapat kesabaran mendengar keluahan akan isu yang sama dari I tiap-tiap hari especially bila I tengok cermin sambil memandang perut buncit I ini. And he would say the same thing, tak ada la, perut you ok, orang lain lagi teruk, your body are just nice, kejap nanti akan kempis, bla bla bla.... I know what he's going to say, I just want the assurances to make me feel better.

As for menari, tenghari semalam bila tengok tv, I dah start goyangkan badan..ewahh..macam tau-tau je Zue akan bagi tip pasal dancing nih, padahal I belum baca lagi comment dia and JM. Baru meliuk-liukkan badan ke kiri and ke kanan tiba-tiba rasa jantung I berdegup dengan derasnya,takan la nak kena macam Alip Ajis kan, nampak la jugak baju kat bahagian nenen belah kiri I bergetaran. Sesambil tu nafas turun naik kejap wakaka.. Speaking about dancing, aritukan I feeling dengan lagu/tarian Oppa Gangnam Style hehe. I siap tengok kat youtube and ikut style dia menari hehe..I tau, tak patutkan orang "semuda" I masih macam tu lagi perangai. But well..I'm alone at home kui kui kui... Boleh tahan penat la jugak ikut PSY nie menari ala-ala tunggang kuda. Masa husband I balik rumah during lunch time, the first time that I did was greet him with pembuka kata Oppa Gangnam Style dengan tak mandinya lagi (bau lauk), terkejut orang tua tu.  Dia kata, Mahathir pun hairan macam mana orang boleh suka dengan lagu nih. I kata, the dance/VC is quite entertaining. Then I bukak youtube, I tunjuk kat dia what is Gangnam Style nih, husband I senyum je sambil maintain macho. So that day, each time husband I cakap, I terus cakap Oppa Gangnam Style, siap menari depan dia lagi. Husband I sengih-sengih tengok perangai hyper active isterinya ini.. (tak senonohkan I?).

Lepas makan, I tengok dia nak bagi ikan makan kat akuarium, yela kan takan nak bagi ikan kat longkang makan kan. I jalan slow-slow, bila dah dekat, I bisik kat telinga dia, Oppa Gangnam Style, tiba-tiba bertabur makanan ikan kat lantai wakaka... I gelak you, jahat la I. Husband I cakap, dah nak kena sapu, I kata guna la vacum. I masuk bilik I gelak lagi, mission accomplished yehaaa....Anyway I cuma tau nyanyi tiga ayat tu je..muehehe....

Berbalik kepada nak turun berat badan, exercise and berdiet, I wouldn't give up and I will update from time to time!  Moga hati dan semangat ini kuat!  Dan tidak termakan akan hasutan nafsu perut I ini...

Tuesday, October 9, 2012

Update Rigkas

Update Ringkas Orang Tengah Sayu


I sangat sedih sekarang sebab berat badan I naik dengan mendadak. Dalam masa seminggu I naik 2kg!! Perut I nampak sungguh mengelebeh, kalau tarik dah boleh buat gendang or kompang, ganti kulit lembu..waaaa... and lutut I dah mula lenguh-lenguh, maybe sebab tak dapat menampung bahagian atas, nangis lagi. Peha I jangan cerita lah, bila I goyangkan, it took a while for it to stop by itself.... Oh, I sangat pilu buat masa sekarang and I tak ada mood nak berceria gumbira apalagi untuk berkarya (konon la bagi alasan tak nak update blog). I akan mulakan diet dari sekarang! I akan makan nasi macam biasa during lunch hour but I akan ubah diet I masa petang dan malam. No more kuih muih or eating large portion of food during the evening/night. As for exercise, well.. no comment sebab I tau kalau I buat pun kejap je lepas tu terus la I boring..... I tak ada motivasi atau kecekalan diri. Nak ajak husband I sama-sama exercise, jauh sekali, ada je alasan dia untuk maintain perut tembikai dia itu (issh...tak baik tau samakan perut laki dengan buah). I berazam untuk kurangkan at least 3kg by next month!!

Thursday, October 4, 2012

Perangkap Serangga

(Nie la rupa Terminator-I/perangkap serangga,  size gambar I bagi kecik je sebab I tak berapa nak show off kan haha..).
 
Balik untuk lunch, husband I bawak balik 3 kotak Terminator-I. Dia beli kat tengah-tengah lobby Wangsa Walk. I didn’t expect him to buy tapi everytime pegi kedai tools husband I mesti tengok benda-benda perangkap nyamuk ke serangga nih. Husband I selalu complaint dia asyik kena gigit je and kejap-kejap garu badan dia. I kata ofcouse la, asyik tak pakai baju, mundar mandir macam male stripper versi perut bulat kan. Husband I cakap masa dia pegi kat situ, penjual tu tunjuk banyak serangga masuk perangkap Terminator-I nih. I kata, orang tu tipu, dia bunuh serangga-serangga nie merata-rata lepas tu dia masukkan kat situ sebab dia nak lakukkan product dia. Husband I kata, mana ada, betul punya (dengan mata di bulat-bulatkan lagi). Anyway, I tanya dia kenapa la beli sampai tiga, satukan dah cukup. Husband I cakap, satu nak letak bawah meja belajar I, satu kat bilik tidur and satu kat ruang tamu. I kata, benda tu kan boleh usung mana-mana and lagipun ringan je. Husband I kata, tak apa. Diakan, kalau dah berkenan dia akan beli a few. So bermula la misi dan kesibukkan husband I yang kejap-kejap jenguk perangkap serangganya itu. Masa mula-mula nyamuk masuk, wah...bukan main kecoh lagi, asyik-asyik panggil I suruh tengok. Bila I masuk bilik nak tengok, husband I kata dah terlepas. I tanya, macam mana boleh lepas, dia kata dia bukak sebelum serangga tu mati sambil senyum malu tersipu-sipu..
 
Like I said, every few minutes dia akan sibuk check perangkap dia merata-rata. Kejap-kejap dia tanggalkan spec dia sebab dah tua-tua nie, kalau nak tengok benda dekat-dekat tak nampak kalau pakai spec, kelakar la. Kalau nak baca label pun dia macam tu jugak, kena tanggal spec lepas tu kena jauhkan label or benda tu dari mata dia wakaka... Wah, mengata laki, diri sendiri pun dah mula macam tu hehe.. Berbagai-bagai tactic yang husband I gunakan. Dia akan tutup lampu bilik and jenguk senyap-senyap dari rekahan pintu and a few minutes later dia akan cepat-cepat masuk sebab nak check. So anyway, kadang-kadang I tengok ada kekecewaan jelas di wajah beliau kalau perangkap dia tak mengena. Yang masuk pun bukan banyak pun seekor dua je. Husband I pun sibuk la google how to attract serangga-serangga nie. Banyak la info dia dapat. Salah satu daripadanya, serangga nie suka pada bau carbon dioxide, I look at him and laughed sebab beliau merupakan penyumbang terbesar dalam pelepasan kentut-kentut sedunia wakaka.. Then dia cakap, serangga pun suka pada bau-bau wangi and sebab tu la banyak pegi kat I. I kata, abis tu, you selalu compalint kena gigit dengan serangga tapi body you sungguh la smelly nya hehe.. Husband I kata, itu manly punya smell..yeah sure! Then husband I mintak lotion sikit sebab dia nak kesat kat perangkap sakti dia tu, sesambil mengesat tu I terdengar dia mengomel sorang-sorang...
 
One day, my husband came across satu website about, serangga-seranga nie suka bau pisang. Wah, beriya-iya dia nak beli pisang. A few days later husband I balik bawak seikat pisang sambil bagi warning kat serangga. Sampai rumah terus dia kopak and kesat sikit je kat one of his Terminator-I. Yang lain tu dia makan sorang, I tak nak makan sebab perut I kan sensitive and yes, husband I belari-lari ke toilet tiap kali lepas membaham pisang-pisang tu hehe.. Perangkap serangga nie sejak dari beli sampai sekarang, sentiasa on 24/7. Tak kira siang or malam. Husband I pun tak ada complaint kaki dia gatal-gatal kena gigit. Bila nak tidur malam since one of the perangkap nie we put in the room, so terang aje and rasa macam bejalan luar taman kat resort aje, tapi sebelum tu dia akan meneran kentut kuat-kuat saje nak bagitau perut dia sakit, apalah husband I,  attention getter....
 
Yang lagi dua tu kadang-kadang aje pasang sebab serangga jarang masuk kat situ, paling banyak sekali kat bilik tidur. But a few days ago and last night was the most serangga/insects a like termasuk lalat besar masuk ke perangkap husband I. Husband I punya la suka, sampai tenyeh and cakap, hah..nah engkau! pada serangga-serangga tu, padahal orang tu dah kojol pun.
 
Anyway, I was so happy to see the excitement and the satisfaction in his eyes when things that he believe in happened. And ofcourse it boost his ego and mula la dia bragging walau hanya bermodalkan perangkap serangga sekalipun...

Tuesday, October 2, 2012

Hari Ini Hari Lahir I...


Today is my birthday. Tak ada apa-apa yang special pun about this day kecuali peringatan hari kelahiran buat insan yang korang sayangi (batuk manja), bijaksana lagi gorgeous ini wakaka uweeekkss.. statement bongkak...nah plastic muntah.. Yang pasti kesan-kesan penuaan mula menyapa perlahan-lahan kat I waaaa..... sedih serba tragis! Well, I’m in my 40’s you tapi tetap la perasan muda kan. Punya la living in denial. And still la jugak penuh kemerapuan dalam berblogging dengan language yang tunggang langgang, grammar and tatabahasa yang entah kemana. Sungguh tak setara dengan usia.
 
(My birthday present from my darling husband)
 
Anyway, malam tadi five minutes before 12am, husband I dah wish birthday. I kata belum lagi, five more minutes. Tepat pukul 12am dia wish I lagi sambil tersenyum simpul penuh gedempul. Ala, shayang si busyuk I tu (seminit kemudian Tuan Puteri Vagg merangkap my sister, sms and wished I, thank you so much dear). Dalam hati I cakap, mana hadiah nih, selalunya dia akan bagi I masa tu jugak, ini tak boleh jadi. Agaknya dia bagi dinner malam nanti kot? I cuba menyabarkan hati yang mula resah ini..hahaha.. Fifteen minutes kemudian dia muncul dari bilik sambil bawak bungkusan kotak colour maroon berserta dengan card kecil berbentuk love. Hati sudah girang but hati I berkata-kata lagi, tak kan la dia nak bagi I jam. Asyik –asyik jam ke kan, wah... statement tak sedar diri la pulak. Husband I cakap, I hope you like it THIS TIME! Ceh, mentang-mentang la I nie jenis yang not easily to satisfied haha.. nyampah I..

Then bila I tengok je bungkusan, eh, nama Pandora. Mula-mula konon nak bukak penuh sopan santun but I give up after that sebab lama sangat nak kopak celotape and yelakan makcik nie jenis tak sabar. I terus koyakkan. Bila I bukak wahh.. cantiknya I gembira tak terkata. I was so happy. Husband I tanya dengan wajah kerisauan, I suka tak, I kata ofcourse la. I cakap, I never expect you would buy this for me. No wonder la beberapa minggu nie dia asyik tengok Pandora and Thomas Sabo punya pamphlet and masa dia vacum carpet last Sunday, masa I tengah masak, mata dia kejap-kejap jeling program Nona yang ada show pasal accessories nih.

Then husband I cakap, I punya nie latest collection, autumn season, sales girls to cakap, semua perempuan mesti at least ada Pandora’s accesories nie dalam hidup dorang, etc.. macam-macam la. And beads boleh tambah-tambah lagi. I was so excited, I plan nak tambah in the future. After that both of us surf and tengok gambar-gambar Pandora’s collection nih.
 
Pagi-pagi lepas solat, husband I nyanyi lagu happy birthday kat I dengan suara serak-serak macam radio hilang transmission haha.. Then sebelum turun kerja, husband I tanya lagi, do you like it? I kata suka la! Risau orang tua tu hehe.. Patut la I bertambah mengada kan kah kah.. Then dia wish lagi, happy brithday to a birthday girl, I kata, jangan panggil I birthday girl, I dah tua la.. I sendiri rasa geli and macam nak muntah purple. Then I cakap, today I tak nak masak hehe..alahai! Oh yeah, pagi nie I dapat banyak wish kat sms and whats app dari kyreil and along K (anak-anak buah), Mummy, my younger sister and ofcourse a called from my lovely sister Wo.

(Birthday cake this year)
 
Balik kerja tengahari dekat depan pintu lagi husband I dah nyanyi happy birthday adeeihhh hai...haha..sambil tu dengan tersenyum macho I tengok kat tangan sebelah dia ada kotak cake secret recipe’s. I buat-buat terkejut, I cakap, eh ada birthday cake? Husband I cakap, ofcourse la mesti ada. Padahal kan dua tiga hari lepas I dah warning dia mintak cake hahaha....
 
Lepas makan mee hoon goreng yang husband I tapau from Madam Kwan, I keluarkan cake tu balik dari ice box and letak kat coffee table. Lepas I snap a few pics, I ambik lighter dapur and both of us pun sama-sama nyanyi lagu happy birthday to you/me hehe.. Ada nada turun naik dan pitchy tu jangan cerita la wakaka... Lepas I tiup lilin (siap make a wish lagi you), main tepuk-tepuk tangan la pulakkan wakaka..sila jangan imagine rupa dan aksi orang pertengahan umur dan lewat umur ini celebrate yea, sure nightmare ngeri korang haha.. Ah..we and our small world.... Then potong cake, wah..sedap la, cake nie namanya turkish delight. I told my husband, seminggu la nampak gayanya kita nak abiskan cake nie. Dalam hati I sedih sebab sure berat badan I naik mendadak..uwaaa...

(Husband I makan semua roti yang bergantungan, plus empat roti yang kat bakul tu and after that dia habiskan soup I, sungguh badang kan, abis la mengutuk laki sendirik...)

Petang tadi husband I balik awal, pukul 4pm dah sampai rumah. Then I cakap kat husband I, instead of kita pegi birthday dinner malam, why not kita pegi around this time but I need to take a nap sebab I sibuk update blog. Dalam rehat-rehat tu, tertidur sampai pukul 5.30pm. Cepat-cepat kita orang solat asar and terus keluar. Sampai town, OMG, jam la pulak, ingatkan sekejap tapi dekat dua jam. I rasa sungguh sedih because we missed our solat maghrib. Allah forgive us. Sampai Pavillon terus pegi ke Restaurant Lebanese Al-Amar. We never been to this restaurant before but we thought we should something different. Sesambil tu I tanya-tanya waiter and ask for his recommendation sebab tak ada gambar, teringat masa kat London makan kat Lebansese Restaurant jugak. Service cepat and food not bad, sama je la rasa cuma lentil soup yang kat London tu lagi sedap. Husband I belasah roti sampai empat keping and siap mintak refill lagi wakaka.. I makan sekeping je and kebab pun I makan sesuku ketul je, I think it must be the soup kot but itupun husband I yang habiskan. As usual makan makanan meditranean nie cepat kenyang. I wonder how bangsa dorang nie boleh sumbat makanan especially daging and roti dengan begitu banyaknya sebabkan I makan sekeping roti pun rasa macam kena stretch perut I.

(Share dua orang tapi macam nak pengsan habiskan semua, I cuma makan seketul kecik aje, yang lain-lain tu, tau la masuk perut siapa)

Lepas makan, kita orang jalan-jalan kejap sambil browsing around and sepanjang-panjang bejalan tu, I sendawa non-stop tapi yang tak kuat la, senyap-senyap angin aje, lepas tu rasa macam nak muntah  (I think kan sebab lama kat jam and perut dah senak kelaparan before that). I ajak husband I jalan slow-slow sebab rasa macam nak muntah wakaka... Both of us stop kejap kat The Body Shop sebab birthday dorang dah sms bagitau yang during birthday I ada discount 25% on all item. I ambik Peach body cream and Peach shower gel. And I masih tak tau apa birthday present I nak beli for untuk diri sendiri sebagai kenangan. Over all, I had a great time, one of the best birthday ever, I’m so glad tahun nie  tak ada adegan merajuk-merajuk pilu wakaka...

Luahan isi hati for birthday I for this year

I harap jangan la nyawa I di ambil buat masa sekarang nie sebab bekalan I tak cukup lagi or should I say, tak ada penambahan pun, penolakkan tu memang banyak la..

I rasa sungguh tenang di usia sekarang. I tidak berkeinginan apa-apa lagi dalam hidup ini selain dari mengharapkan agar hidup I serta husband I sentiasa di rahmati Allah. I tidak mengharapkan nenen I akan tiba-tiba menjadi sebesar makcik Pammy Anderson, biarlah bernenen macam budak tadika asal tidak memberi masalah. I juga tidak mengharapkan punggung I semantap Kylie Minogue yang famous dengan hot pant berkilat emasnya asal I boleh duduk sambil menyengetkan ke kiri dan ke kanan bila hendak melepaskan gas beracun.  I tidak mengimpikan untuk menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa lagi atau mengadakan konsert gergasi di merata-rata dunia. Jadi penyanyi rakaman di bilik mandi pun sudah dikira bertuah. I juga tidak bermimpi untuk menjadi pelakon tersohor lagi berkarisma yang bergandingan dengan Ryan Gosling (sempat la selitkan boyfriend dagu tajam itu..). Asalkan I menjadi pelakon grade B di rumah pun sudah memadai. I juga tidak berangan untuk hidup serba mewah dan di limpahi dengan harta benda sambil jetsetting around the world, tinggal kat hotel 100 bintang ke kan. I bersyukur dan cukuplah apa yang I ada sekarang, sebuah rumah yang kecik untuk berteduh dan sebuah kereta buruk yang macam nak roboh dengan kesan calar balar akibat garisan motor-motor di jalanan dan juga interior nya yang sungguh azab itu.

Terakhir sekali, I tiada impian lain selain dari mengharapkan, I, my husband, orang-orang yang I kasihi, pembaca dan kawan-kawan yang baca blog ini, tidak mendapat seksaan kubur, masuk syurga terus and tak ada stop over kat hell dulu.

Sekian catatan I untuk kali ini...