Showing posts with label From My Humble Kitchen. Show all posts
Showing posts with label From My Humble Kitchen. Show all posts

Saturday, June 27, 2015

Puasa dan Tauhu Anura

Kejap je dah setengah tahun kan? What have I achieved so far (for this year)? Dalam usia begini apalah sangat percapaian hidup I ini... (macam pasrah je...), selain dari melakukkan pekara-pekara routine sahaja. I pun baru je start balik baca buku. Buku Sunan yang I start baca awal tahun baru abis dua tiga hari lepas. setengah tahun baru abis you... Sesambil tu, jiwa peladang dan petani Hay Day masih kental di jiwa ini... gigih sungguh I. Berbalik kepada setengah tahun ini in terms of tentang kehidupan, what I can tell you is that, it is not been good for the both of us. Bukan lah kerana orang ketiga atau kaseh berubah tetapi pekara-pekara lain yang sangat memeritkan di ketika ini. I hope whatever it is going on in our life right now, it will be over soon. I believe that hard times will not last forever, uhuk... that’s life heh!
 
 (Masa goreng nie, hati I telah berbunga, macam ok je..hehe.. suka la tu)

Anyway, hari nie dah masuk hari kesepuluh kita berpuasa. Sebelum puasa I dah menanamkan semangat untuk tidak ke Pasar Ramadhan seperti tahun-tahun yang lepas, kira nak menyambung tradisi la katakan... tetapi.. on the first day itself, tiba-tiba teringat la akan keenakkan tahu anura di Pasar Ramadhan Melawati. Ya, tauhu anura dan puasa bagai tidak dapat dipisahkan dalam diari puasa I. Makanya, di petang yang terik dan hari pertama berpuasa, I dengan husband I mengorak langkah ke pasar ramadhan Melawati dengan niat untuk membeli ala kadar sahaja... (yela tu..). Masuk je kat Pasar Ramadhan, cun cun booth tauhu anura sudah berada di depan mata dengan penjualnya yang mahal dengan senyuman itu dan hanya memandang sekilas lalu (sempat lagi meluahkan perasaan). Seketul tauhu anura nie RM2.50, dulu rasanya murah lagi..blame it on GST, husband I beli empat ketul aje. Lepas tu, we decided to check out all the stall selling all kind of food. We bought a few (a few? porah!) kuih muih etc. Lepas puas hati (tak puas hati sebenarnya tapi menahan nafsu...) dengan “hasil tangkapan”, makanya kita orang pun balik ke rumah tapi sebelum itu, berenti kejap kat truck orang jual rambutan sebab sebelum tu, I cakap kat husband I masa kat rumah yang I teringin nak makan rambutan.. tengok-tengok ada... Syukur Alhamdullilah...

(Akhirnya... tercapailah impian untuk membuat tauhu anura)
 
Malam lepas berbuka, I cakap kat husband I, nanti I nak cari resepi tauhu anura, I nak cuba buat sendirilah. Husband I kata, kalau I buat mesti sedap nak mampus wakaka.. tetaplah nak memuji... A few days ago I pun mencari-cari la akan resepi ini. I terjumpa a few and bila baca and tengok macam senang aje.. I asked my husband to buy the tauhu kering since bahan yang lain dah ada and a few days later I decided to give it a try. Ini lah hasilnya, it was so easy to make.. as for the kuah, I tak buat sebab I malas. Furthermore, husband I tak makan kuah cicah..so xdela I nak buat. Resepi boleh didapati di sini http://aziancollections.blogspot.com/2012/05/my-specialitytahu-anura.html. Bila time buka husband I terus capai and baru masuk mulut je, dia dah uhhh ahhh... I tau tak ada la sedap mana biasa-biasa je (merendah diri nampak...). I pun buat-buat tanyala, walau I tau akan jawapannya, sedap ke? Husband I cakap sedaapppp.. (dengan panjangnya). I’m always being hard on myself and selalu tak puas hati dengan apa-apa yang I masak or buat, I tanya lagi, ye ke? (sungguh low self esteem). Dia cakap, lagi sedap dari pasar ramadhan dan kenapa I tanya, I rasa tak sedap ke? I cakap I rasa biasa je... Dia cakap, you memang, semua you rasa biasa... So buat la..senang je..

Sekian, catatan pendek I untuk hari ini...I tak ada mood la you...

Sunday, August 4, 2013

Kisah Berbuka Puasa / Italian and Western Feast


Ciao!

Sorry for being “away” for quite sometime. There’s nothing much interesting story about my fasting, graph sama je, tak naik tak turun hanya mendatar.... Makanan untuk sahur and berbuka pun biasa-biasa aje, makan nasi dan lauk for the first two weeks. And I haven’t been to the bazaar ramadhan, tak ada hati la pulakkan... Berbuka kat luar pun tiga kali aje, itupun kat Tony Romas kat Pavilion, during hari “cuti” I. Oh, I tell you, it was so frustrating with the service yang kelam kabut, food lambat sampai and some of the dishes that we ordered tak di hantar. Food quality pun dah turun and bila food sampai kat meja, dah sejuk and it was not inticing at all. Husband I cakap dia serik makan kat situ but I cakap maybe time puasa je kot, maybe hari lain ok, tah lah... Ada la jugak makan kat Sushi King, Kenny Rogers and Cosy House but after solat maghrib kat rumah. Alas perut, minum air, makan kurma sebijik and a few crackers. Makan kat luar pun tak banyak sebab makan sikit aje dah kenyang. Sometime, we went to berbuka kat rumah in-law on Saturday. As for buffet memang lama dah tak pegi sejak harga dah naik a few years ago, beside bukan boleh makan banyak pun buat membazir aje, well.. kalau ada orang nak belanja, seratus langkah I dah keluar pintu, boleh makan banyak or not... hehehe..
  
 
(Ketam tu baru satu pinggan) 

Sunday haritu, Khairul and Shida came to our house to berbuka kat rumah kita orang. It was Shida’s first time, selama nie beberapa kali plan nak ajak, asyik ade je...husband I la asyik cakap nanti-nanti... Dia malas nak kemas rumah tu.... Our menu were, nasi briyani kat Aladin, mee rebus, mee bandung, (husband I beli kat Aladin), karipap and tepung pelita (kat bazaar ramadhan). For dessert, buah tembikai and buat jelly segera (kunyaku la mana lagi I nak buat). Shida buat bubur kacang hijau (yummy) dan kuih karipap. Lepas makan Khairul ajak pegi karaoke, since dia dapat discount so he want to use it sebelum tarikh luput (dalam bahasa iban luput maknanya pengsan wakaka..), haha I know, sepatutnya pegi terawih kan but I think it should be ok, bukannya kita orang buat maksiat or benda jahat ke apa but this is a family thing (pandai bagi helah). I don’t see anything wrong with it. Lagipun teman kan Khairul yang karaoke king tu, yela tu temankan.. Apalagi I bantai lagu Norah Jones – Don’t Know Why, Eric Clapton – Tears in Heaven, Wings – Biru Mata Hitamku, George Michael - Last Christmas, duet lagu Christina Perri – A Thousand Years dengan Shida...and banyak la lagi, so much for saying temankan Khairul and Shida wakaka.... Oh ya, langkah kanan betul sebab masa kat rumah, Shida tanya what are my favourite’s seafood, ofcourse la I cakap ketam, sampai kat situ ada set buffet dah termasuk dalam package karaoke and ada ketam, apalagi I, terus husband I ambik ketam berpinggan-pinggan hehe...I sukaaaa....tapi kenyang nak mampus sebab kat rumah dah makan and then buffet kat karaoke lagi....
 
Italian and Western Feast


(Croutons, pizza, cream chicken soup, barbeque chicken, spaghetti sauce and spaghetti)
 
Anyway, I was so happy this evening because since awal puasa lagi, I teringin nak buat Berbuka Puasa ala “Italian and Western Feast” tapi tak buat-buat until today/tonight. Cerita dia macam nie, petang tadi I bukak-bukak buku resepi yang beli kat Big Bad Wolf aritu and I found out, senangnya nak buat italian punya food nih and bahan-bahan senang nak cari. So I decided dengan tak berapa confident to give it a try especially nak buat (dough) base pizza yang tak pernahnya jadi or sebab pizza base I selalu tak sedap or tak masak. Sebelum tu, I cari resepi croutons kat internet, ingatkan susah nak buat, alahai... senang yang amat, cepat-cepat I called husband I yang keluar mencari ready made crouton and told him that dia tak payah cari sebab I dah jumpa resepi and akan buat sendiri. Husband I cakap dia pusing-pusing cari tak jumpa-jumpa pun and sebab tu la lambat balik. Back to my pizza base story, as usual kalau copy bulat-bulat resepi takan jadinya baik buku omputih or local, I tambah air sikit so that dough pizza I tak kering. Then I biarkan dough tu naik, dalam hati I, I berdoa, mintak-mintak naiklah...kalau tak naik pun tak apa dengan nada sayu I memujuk diri sendiri. Husband I kata, 100% jadi, jangan risau. After about an hour, I check balik, eh... dough I naik, I dah mula menguntum senyum ala-ala bongkak. Anyway, like I said buat croutons nie senang je, ingredient roti baguette or french bread or roti biasa, potong-potong and goreng dengan butter...huhh..rangup dan boleh disimpan didalam bekas lagi, kira biscuit roti la kan. Itupun I suruh husband I masak and I bagi tunjuk ajar sebab I busy buat masakan lain. Sebelum tu I dah marinate chicken wing for a few hours, patutnya semalamam lagi sedap but well..I bangun lambat as usual, tidur lepas sahur/solat, dekat pukul 3pm baru I marinate. I masukkan dalam oven berserta dengan my pizza tadi. I tak letak toping dulu sebab I nak my pizza base nie masak betul sebab I pernah buat dulu, pizza base tak masak. Sambil tu I buat spaghetti punya kuah untuk topping pizza and I decided to rebus mee spaghetti, I know rambang mata and nafsu- nafsu sebab dari haritu lagi nak makan. Cream chicken soup pulak I guna soup campbell dalam tin aje but I letak bawang, kentang and beberapa perisa garam etc. untuk di makan dengan croutons. Oh ya, I also made garlic and parsley butter, sebab I always wondering how they made it kat Tony Romas and I found the recipe in one of the book yang I beli kat Big Bad Wolf that day jugak... Nak buat pun senang and sedaaapp... Garlic and parsley butter is best to have it with bread yang panas-panas and also any food yang you suka..


(Garlic and Parsley Butter)
 
Tak lama kemudian I keluarkan pizza base dari oven tu, put the topping and mozarella cheese. Turn out that pizza base I jadi. Bila topping dah masak I dengan husband I rasa sedap, achoo..! (pujing memujing diring sendiring) according to our tastebud la... I cuma makan one slice and the rest of it husband I habiskan semua, dia kata excellent, sambil geleng kepala and buat mata stim...hehe... nyampah I. Husband I cakap, kalau ada sepuluh pizza I buat, sepuluh-sepuluh dia boleh habis... yela tu..exaggerate as usual. Then I tanya sedap tak barbeque chicken wing yang I buat sebab I rasa macam kureng sikit sebab sekejap je marinate, husband I cakap, tengok dia punya pinggan and berapa longgok tulang chicken wing... I tanya lagi sedap tak...husband I cakap terlampau sedap wakaka...pitam..

Yes, like I said, I was so happy sebab everything yang I plan dan buat menjadi, which is a very rare occurence... Keseronokkan dan nikmat hasil penat lelah memang tak dapat I gambarkan dengan perkataan especially bila melihat husband I makan dengan bersungguh-sungguh dan menghargai masakan I. I non-stop tersengih-sengih masa makan tadi and tak habis-habis I dengan husband I cakap wah...sedapnya... I rasa sungguh bersyukur, thank you Allah for giving me this happiness and memakbulkan impian I yang tidak seberapa ini...

Sekian dari wanita yang sungguh detail explanation beliau tentang kisah masakan beliau hari ini....



Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Ramadhan datang lagi... I rasa sungguh bersyukur kerana masih di pertemukan dengan bulan yang penuh dengan keberkatan dan masih dapat menjalani ibadah puasa yang tak ternilai akan kenikmatannya ini. Selain daripada itu bulan ramadhan juga memberi pahala yang berganda-ganda dari bulan yang lain. Masak untuk orang berpuasa dah berapa banyak pahala kan, by writing this untuk bacaan all of you and sort of refresh your memory akan kebaikkan puasa nie pun rasa macam mmm...eh apa nie? Laaa... rupa-rupanya bahu belah kanan I berat semacam je, sengit you, heh heh.. By the end of this puasa rasa macam tak cukup je malaikat nak tulis kat belah  nih ekeke..., *apuuu melampau.  And you all notice tak, bila time puasa, the weather rasa cool and calm.  Suasana sungguh hening, sejuk, I rasa gembira and tenang semacam je. 

As you know and kalau time puasa mesti pekara pertama dalam otak kita selain dari berebut nak dapat pahala ialah apa makanan untuk berbuka or bersahur. Same goes to me right now, berbagai-bagai resepi, rupa makanan, ingredient yang bermain-main di fikiran I. Dahlah kepala otak I nie memang tak pernah berhenti rehat and pikir macam-macam. I think that’s the reason why I susah nak tidur, or yeah it’s a habit. Ituler siapa suruh main candy crush malam-malam.

This morning I fried nasi goreng ikan bilis for sahur , bertemankan air milo panas dan kurma sebijik, itu je. Berselera both of us makan. Lepas solat subuh I decided not to go to sleep immediately like I used to do instead I baca buku yang dah dua bulan tak habis-habis lagi I baca. Finally habis la jugak, fuh lega. Then I tidur kejap around 9am around 12pm I terbangun and talking for a while to my husband yang masuk bilik and tiba-tiba I dengar tegukkan air, tiba-tiba dia kata “Laaa....... I lupa puasa”, dengan muka tersengih-sengih malu.. Adeiih husband Inie ada je lawak pendek dari beliau. Then dia cakap, tak apa tak sengaja. I cakap kat dia, itu pasal la I letak my drinks kat dapur sebab I tau I akan automatically minum pagi-pagi. 
 

Bila I on my phone, my BFF whatsapp I and kita orang ber whatsapp for a while sambil bertanyakan what are the menu yang kita orang akan masak hehe.. told you mesti pasal makanan. Petang tadi I blend all the bawang putih and merah so that bila I nak masak nanti senang, I didn’t do that for such a long time. Masa baru-baru kahwin dulu rajin I buat macam tu. Kaching, I dah dapat pahala dah wakaka... So today I decided to cook something special “ketam masak lemak” (special ke?) since it is the first day of puasa.

And you know what? Rumah kita orang nie kan banyak cicak and kejap-kejap cicak nie buat bunyi bising and bekejaran with each other, itu belum lagi dengan perangai cicak nie menjambankan rumah kita orang merata-rata. Sakit hati betul nak kena scrap their taik from the floor and dinding. Geram I but suprisingly, since last night until this evening, both me and my husband tak nampak or terdengar kelibat binatang durjana nie. It was like the cicak nie tak pernah bertandang ke rumah kita orang before, disappear just like that?? Twilight Zone betul (I bet most of the new generation tak tau apa Twilight Zone nie).

Kalau nak tau I banyak cerita hantu yang I nak share with all of you, ini from firsthand experience. Pengalaman Mbo sendiri, dia kan kerja sepital so memacam la kejadian yang berlaku. Tetapi memandangkan bulan nie segala jenis hantu pelesit dah kena kurung so I tak nak tulis buat masa sekarang. I’ll wait after puasa/raya, kira nak bagi unsur suspense yang ampuh. Biar padan muka korang nak buang air kecil pun beteman lepas baca story I nanti...err...bukan I ke yang selalu macam tu....

Rajin I update blog this week, ahh... angin rajin sedang datang melanda...

Anyway, selamat menjalani ibadah puasa to all of my dearest readers..muah muah ala Perancis...
 
Sekian catatan I untuk kali ini.....

Tuesday, March 19, 2013

Masakkan Orang Jaga Kesihatan...Konon...

Sekarang nie I rasa sangat seronok hendak memasak eversince I jaga makan nie. Walaupun masakan I ringkas-ringkas sahaja but I don’t know why, semangat itu datang berkobar-kobar. I even buat list apa yang I nak masak dan malam sebelum itu I mula merangka mana satu I nak masak dulu. I dah start plan kat kepala macam mana cara I nak masak ini itu. Maybe it is a new thing or should I say a new recipe to cook and try, itu yang seronok tengok la kalau dah lama-lama nanti, knowing how easily bored I am when starting something new kan. Hasrat husband I yang tak nak balik tengahari cuma bertahan seminggu aje, lepas tu tiap-tiap hari dia balik, kacau je. Tapi bila dia balik, dia tak lunch although I dah siap masak, dia akan makan bila balik kerja petang, sebabnya dia nak diet. I makan pun lambat, around 2 or 3pm. So anyway, malas betul I nak update blog since I tak ada cerita interesting nak share.
Oh yeah, last Friday, I buat follow up kat doctor. I masak and makan pagi-pagi around 11am sebab two hours later doctor akan check my blood glucose. I dah buat kat rumah a few days before that but I still nak doctor punya opinion. Pagi-pagi I buat kat rumah, my reading was 5.6, then pegi kat doctor almost 1pm masuk bilik dia, dia check and it was 5.8. Doctor cakap I tak ada diabetes, fuh lega I... But I will still have to check sendiri kat rumah since I already have the stuff because of my parents punya history. As for blood pressure, it was still high but doctor still tak nak put me on medication dulu. We were hoping that it will go down... Mintak-mintak la kan.. I dah ubah cara makan, tidur awal and exercise (not so regularly..boring la berjalan kat threadmill sorang-sorang). Kalau boleh tak nak makan ubat, dah la makan ubat cholestrol kan.. but it’s ok la kalau dah nak kena makan, nak buat macam mana. Di samping itu jugak, I kena jab A+B kat punggung, aduhhh sakit nak mampus. Doctor pun cakap jab nie memang sakit, I siap pegang tangan one of his assistant, senyum-senyum adik tu. I don’t care and buat apa I nak malu, I memang takut walau banyak kali dah kena jab. I siap jerit lagi wakaka.. tak senonoh... I kan orang yang expresi dan sentimental so setiap gerak hati akan terbit ke perbuatan dengan sendirinya.. wakaka... Maknanya kita orang nie jenis yang tak hipokrit, err..ye ke, bukan I ke yang selalu “lain di mulut, lain di hati”? Shut up la hehe...
 
Anyway, nie la I nak share masakan dan resepi yang sangat ringkas buat tatapan you all. I tau rupa masakan I buruk and I tak pandai nak menghias, selain dari malas dan I memang kurang seni, kecuali seni drama je... Husband I kata sedap walaupun simple and I agree with him maybe sebab before this biasa makan makanan yang berminyak, masin and manis. Bila try yang lain dari yang selalu jadi macam sedap je. Termasuk hari ini, sudah 17 hari both of us makan makanan sihat yang I masak kecuali aritu kat Pavilion, oh lupa and also last Sunday husband I tapau sebab both of us busy kemas bilik belajar merangkap store itu... Other than that, I masak and makan kat rumah je...rajin oo... baru-baru lagi, tengok la nanti... As for drinks, I minum air putih masak dan kadang-kadang air teh hijau. No more air season or manisan... You know, I never thought I could leave air-air manis nie behind but I’m surprised that I’m able to do so. It is not that hard pun, seriously... Cuba la for a few days, lama-lamakan you tak akan teringin lagi... But sometime I minum air juice orange pure tak ada gula..itupun setengah gelas aje... Tapi tak ada la I akan deprive myself forever from all kind of drinks of food but I berpada-pada la kan..

Nah..dengan tak malunya I menunjukkan masakan yang so hazab dari I ini....
 

Ikan selar nie I bakar atas kuali non-stick leper je. I bungkus dengan daun pisang, konon nak tunjuk kelainan.. Ikan selar tu I lumurkan sedikit garam..itu je..


Ikan yang telah di bakar, sedia di hidang. Air asam tu, I tak letak belacan. I cuma letak air asam jawa, bawang merah dan cili merah potong, cili padi tak ada dan I perasa garam dan gula. Sayur tu I letak sudu kecik minyak, tumis bawang merah/putih, letak sayur, letak air, letak telur, garam, lada sulah dan sikit serbuk ikan bilis... Siapa la yang nak copy and try resepi I nie wakaka...  Budak tadika pun boleh buat sambil pejam mata...


Ayam masak kicap nie I tak tumis. Caranya mudah sahaja. I masak air dalam periuk, I masukkan kicap, bawang merah/putih, halia, lengkuas yang telak di tumbuk, cili hiris, nak tumbuk pun boleh, ayam, lada sulah, garam I tak letak sebab kicap dah masin, same goes with gula pun tak payah letak sebab masakan nie akan jadi manis naturally, I think from the lengkuas kot.... itu je..Oh yeah, masak sampai mendidih sambil tutup tudung, kalau tak tutup pun tak apa.   Bila makan I suka letak kuah banyak-banyak... Bau harum dan pada I dan husband I sedap, tapi kalau korang rasa mual makan, please jangan cari I hehe... Senangkan? Tak payah jaga...


Asam Laksa nie I tak payah bagi resepi sebab korang semua tau macam mana nak masa kan tapi I tak letak petis atau belacan.


Soup ayam nie semua orang tau masak, simple je. I tak tumis tapi rebus aje, resepi pun simple la sangat, masukkan air, ayam, kentang, bawang merah/putih, halia yang telah di tumbuk. Then masukkan sedikit garam, lada sulah dan sikit kiub ayam..


Haritu I bakar dengan daun pisang, this time I bakar dengan aluminium foil. Don't worry, ikan tak terbakar walau nampak hitam. Dalam masih moist lagi. Sama macam I buat ikan bakar daun pisang tu, I letak kat non-stick kuali leper, ikan selar I lumurkan dengan garam je. This time I makan dengan salad.  This time I cicah dengan kicap, cili potong, bawang putih/merah.


Last Sunday I buat roasted chicken for the first time in my life. I know, dah tua baru buat and I don't know why tak terlintas pun selama nie, terlintas sebenarnya tapi I tak beri penekanan sangat sehingga la seminggu lepas. Last week tu husband I siap beli dua ekor ayam tapi since kita orang keluar so postponed hingga la ke Ahad yang lepas. Resepi nie sangat simple dan mudah. Sebelum tu preheat your oven then I lumurkan majerin tanpa cholestrol, garam dan lada sulah.. Periuk tu I lenserkan dengan sedikit majerin, macam buat kek. Ikat ayam supaya bahagian kepak dan peha moist di dalam bila masak nanti. I roasted selama 1 jam.


Tadaaa....  Lepas keluarkan dari oven, tutup dengan aluminium foil sebentar or selama 1/2 hour.  Ini la hasilnya. I tak buat dia punya gravy sebab I sangat excited and tak sabar nak makan..  Sedap and yes, moist di dalam...


Tadi ingat malas nak masak tapi bila husband I balik tengahari siap bawak mee hoon and sayur-sayuran terus I masak on the spot. Yang nie mudah je, macam I buat soup ayam rebus cuma yang nie I letak sup bunjut.

Sekian catatan dan gambar masakan I kali ini....

Thursday, December 6, 2012

Celoteh Dan Masakan

(Mesti korang terkejut tengok pinggan I ada bunga-bungakan ekeke.. kasi chance la, asyik pakai pinggan putih buruk tu je, for photography sake you...  pinggan-pinggan nie murah je RM10 hinggit setiap satu,  beli kat southern pottery)
 
Hari nie I masak traditional spaghetti and mushroom soup with potato. Bunyi macam la hebat tapi yang sebenarnya traditional spaghetti tu sebab kat botol kimball tulis tradisional haha... ingat I nak bersusah payah ke buat sos spaghetti nie kui kui kui...tak kuasa you, I letak la jugak minched chicken, ayam kiub, sayur campur beku, sambal cili, tumis bawang besar/putih dengan olive oil je. I tak letak thyme ke basil ke, bay leaves ke..simple je. As for the mushroom soup tu, I guna soup packet segera campbell, campur air, ayam kiub, tumis bawang besar/putih dengan olive oil and I potong kecik-kecik potato, itu je. Tapi lepas makan tadi rasa macam kena tarik je kulit perut sebab I makan banyak, rasa menyesal la pulak. Nak duduk pun sesak nafas sebab perut kena tekankan hahaha...
 
Husband I tak balik lunch sebab dia ada interview. Semalam dia balik, last monday pun dia balik, so much for saying tak nak balik lunch kan? Anyway, It is not that he is not satisfied with his current job but dia saja je. Husband I suka pegi interview sebab dia nak tau macam mana orang tu tanya, nak test market and nak tambah experienced. I rasa kan dalam minggu nie je dia ada dua interview, satu through telephone sebab orang yang interview tu kat oversea and yang satu lagi kat KL aje. I cakap kat dia kalau dia dapat offer kat oversea, I tak nak pegi sebab I suka tinggal kat sini. Beside, dah tua-tua nie malas la. Kalau muda lain la sebab more adventerous, err..macam la dah dapat. Balik dari interview, normally husband I akan discuss dengan I, what kind of a question or what are they looking for, orang yang interview tu macam mana etc.. Dia pun tanya pendapat I and I pun bagi la opinion I yang well.. sangat la berharga ini, almaklum la I kan dianugerahkan dengan bakat counselor yang sungguh hebat especially part meloyar buruk dan merapu ini, sambil duduk bersilang kaki dan mengepit pen.
 
Lagi satu, husband I suka discuss pasal hal economy on which is my favourite's but kalau dia discuss pasal bola or pasukan kesayangan dia, I akan pandang ceiling and buat tidur siap ada sound effect berdengkur lagi... In return, I would tell him about kisah gossip sampah artis luar or dalam negara wakaka...pasal kisah kemasyarakatan (teringat Gab cakap dia suka tengok cerita tamil sebab kisah masyarakat wakaka..), pasal siapa kena buang kat the voice ke, x-factor ke or pasal benda yang I tengok kat tv/series or the thing that I'd read and pasal software application etc. I dengan husband I memang suka berborak kadang-kadang sampai pagi, ada je benda yang nak diceritakan but mostly benda yang berulang-ulang la, yelakan dah tua-tua nie, balik-balik kisah tu je...topic pun yang sama je..
 
This week kita orang sibuk bercuci rumah yang sudah lama tak dibersihkan. Bila I nak kemas je, husband I akan kata biar dia buat. Nak tunggu dia buat, tak payahlah, dia rajin tapi suka bertangguh. I pulak jenis yang tak suka buat kerja bertangguh sebab selagi tak beres, selagi tu la I akan susah hati and asyik teringat aje. Last sunday tu I siap-siap nak cuci bilik mandi dia, I punya dah buat a few days ago. Husband I pun ikut la sekali. Tengah I cuci-cuci kat another section, tiba-tiba I terasa macam ada orang simbah air kat kaki I i.e. sapu air dengan penyapu. Bukan sekali dua malah berkali-kali. Dalam hati I nie mesti kerja budak nie. Bila I pusingkan badan I, I tengok pakwe kabaret I tengah senyum menyeringai. Apalagi, I halakan air pancutan kat dia, nah ambik kau. Bukan main lagi husband I menepis-nepis air dari muka dia hahaha.. Habis dia basah kuyup dengan speck dia yang berjujuran dengan air, kejap-kejap dia bukak kesat and pakai balik... rasain. Dia ambik air paip from another section and spray kat I. Maka terjadilah peperangan air bagi kedua warga separa emas ini..
 
I tell you kalau both of us dah meninggal, sesiapa yang duduk kat rumah nie sure akan terdengar-dengar percikan air atau bahasa tamil merapu bersuara garau di mana-mana ekeke.. Itu tak termasuk lagi dengan kentutan, sendawaan dan juga dengkuran ngeri ..berani la korang nak duduk sini wakaka..


Anyway, semalam I masak soup tulang lembu sebab teringin nak makan. I masak lambat sebab I ingat husband I tak balik. Dia balik and beli air juice tapi dia tak makan sebab dia cakap dia nak makan petang. Around 2.30pm I makan sorang-sorang. Lepas makan, I asyik sendawa non-stop. Tak pernah sendawa macam tu punya hebat macam bunyi katak puru aje. Petang husband I balik kerja, terus dia makan and then tengah malam dia makan lagi. Tak ada pulak dia sendawa....
 
Sekian catatan I kali ini....

Wednesday, December 5, 2012

Ice Cream Maker


I kan suka tengok cerita masakkan especially yang reality show, everynow and then, mesti ada dorang buat ice cream kan.. sekali I terpikir why not I cuba buat sendiri. So I google la merata-rata cari mesin buat ice cream nie. I found a few and bila husband I balik kerja, I pun dengan penuh sopan santun serta kemanjaan yang melampau (nah paperbag uwek kapal terbang), pun throwing some ideas into his head and tunjukkan akan penemuan I itu. Husband I pun sibuk la google sama-sama and told me that he will look for it.
 
Selang beberapa hari kemudian dia bawak balik ice cream maker brand Kenwood nie, wah! I sungguh excited. Dia beli kat Ampang Park. Orang yang jual tu kata, that was the last two and permintaan tak ramai since orang jarang nak beli so pekedai nie kata dia tak nak ambik stock nie lagi. Tak tau la in the future. Oh yeah, harga dalam RM300.00.
 

So, selepas berminggu-minggu tersimpan akhirnya last saturday I bukak. Ingat nak terus buat since bahan dah beli tapi instruction cakap kena simpan freezer bowl dalam freezer for 24 hours. Then baru boleh guna. Berkobar-kobar nak buat kena tunggu pulakkan. So dua hari lepas baru la I start guna. Senang sungguh nak buat and recipe tersangat la mudahnya. Mula tu nak buat ice cream strawberry, sekali tak cukup so I buat ice cream pisang je. I just campurkan semua bahan and masukkan terus ke dalam ice cream maker nie, biarkan benda tu berpusing sampai mana yang kita ndak or sampai benda tu bertukar pusingan maknanya dah siapla tu. Lepas siap dah boleh makan on the spot or simpan semalaman dalam freezer. It is up to us.
 
Since I dengan husband I nie sakai la kan, so kejap-kejap kita orang check and calit-calit sebab nak rasa. This is the recipe from Kenwood ice cream maker nih, sangat mudah. For banana ice cream depend on the series, I punya IM280 series. Ingredients; 1 1/2 large banana ripe, 250ml semi skimmed milk (I guna fresh milk low lactose), 125ml double cream (I guna Anchor UHT whipping cream), 75g caster sugar (gula boleh kurang ikut suka). How to make; Mash the bananas until smooth (I punya, I biarkan ada ketul-ketul sikit I tak suka hancur). Mix in the milk, double cream (UHT whipping cream) and sugar. Pour the mixture into the freezer bowl with the paddle running. Allow to freeze until the desired consistency is achieved. Senangkan?
 

Tadi I google ice cream's recipes yang lain and kebanyakkanya tak guna ice cream maker, just guna mixer and simpan for 6 hours in the freezer lepas tu keluarkan balik and pukul lagi guna mixer sampai smooth and then simpan balik kat freezer. So anyway, homemade ice cream nie pada pengalaman I lagi sedap dari yang di jual kat kedai. Seriously, memang sangat-sangat delicious, satu container tu habis both of us belasah petang semalam. I think the main reason was why yang kat kedai tu tak sedap or not as good or delicious as homemade (I mean, I'm not talking just about ice cream but other food such as cookies, cakes etc.) sebab kilang buat in high volume/production so attention to kurang sikit. Kalau kita buat or masak sendiri, ofcourse kita bagi proper attention and bak kata kak nita cooking with love kan..
 
So anyway, lepas percubaan pertama membuat ice cream ini menjadi, sibuk la husband I order nak suruh buat this flavour that flavour. I know dia bukannya suka sangat makan ice cream berlemak nie but dia memang pandai ambik ati I and bagi I semangat. Itu belum lagi part dia exaggerate kalau rasa food I terus la buat macam nak pengsan, punya la nikmat konon, I tau bukannya sedap mana pun. I plan nak buat sorbet pulak nanti, tapi I tak nak makan sebab sorbet kan masam, perut I mana boleh tahan but ice cream sorbet is my husband's fav's...
 
Sekian catatan I kali ini...kiss kiss...

Thursday, September 13, 2012

Indispensable Dispenser

Haritu tengah I surf around I terjumpa satu blog tunjuk gambar Indispensable dispenser yang boleh didapati di KLCC. Husband I balik kerja terus I bagitau dia, I tunjukkan/bagi dia link and suruh dia beli since our cereal was all over the place and in all kind of plastic container/tupperware. Furthermore, I tertarik dengan dispenser nie masa tengok sitcom The Big Bang Theory dulu. Husband I kata next day nanti dia cari. Balik dari kerja, dia cakap merata dia cari tapi tak jumpa. Dia kata, dia pegi kat Parkson la, kat Isetan la. I kata, kan I dah bagi dia address/link and it was in 3rd floor not at Isetan or Parkson. I tanya, you dah call ke tanya, number pun ada, husband I kata, dia dah call tapi orang tu tak paham. Dalam hati I, that is impossible! Mula la hatiku terbakar membara. But I kata, nanti la kalau I dah sihat nanti, kita cari sama-sama since maybe he’s right although I doubt it.
 
So last weekend, Sunday, mula tu ingat tak nak keluar but husband I ajak cari dispenser nih kat tempat-tempat yang both of us rasakan ada. We went to Great Eastern Mall to have our late lunch and beside kat situ ada two shop that sell that kind of thing. Masuk kat satu kedai tu, cari-cari tak jumpa and then masuk kat another shop tu ada but different style and harga, mak oii! seribu lebih, ah, no thank you. After that we decided to go to KLCC and kalau tak ada we would go to Pavillion. I told my husband, I 100% sure ada and dia aje yang tak jumpa. Husband I kata, ok, tengok la nanti dengan penuh confident. Both of us terus pegi ke escalator and ke tingkat tiga. Nun di sana terpampang dengan besarnya papan tanda “Iwannagohome” (nama kedai tersebut). I dengan pointed to him, look that is the shop.
Masuk je kat kedai tu, on the spot I nampak berkotak-kotak Indispensable dispenser bersusun tinggi. I jeling kat husband I and cakap, what do you mean by you masuk and tak ada, it was in front of our eyes and terang-terang kat situ. Husband I cakap, jurujual tu cakap tak ada, habis stock. After I made a few rounds, kita orang pun ambik three boxes, jurujual tu bukak and check-check, lepas puas hati, kita orang terus ambik and bayar kat counter. Sebelum tu husband I nak beli satu lagi, I kata, cukup la, tak payah beli banyak-banyak nanti tak ada tempat nak letak. On the way out, I ungkit balik sebab tak puas hati with husband I punya kenyataan aritu. I tanya, betul ke you masuk kedai nie and tak ada cereal dispenser masa tu, dia kata betul, tadi masa baru masuk dia tanya jurujual tu, orang tu kata stock baru sampai. Siap dia berDemi Allah lagi dengan I, wakaka.. nak tergelak I.
 
Malam tu, terus kita orang cuci and tak sabar-sabar nak masukkan cereal kat dalam, macam budak-budak aje. Bila dah masukkan cereal nie ada a few boxes lagi tak masuk. Husband I kata, tadi dia nak beli, I kata tak payah. Next day on the way back from work, husband I beli dua lagi. Bila dah cuci, susun and isi atas kitchen counter, nampak macam kedai runcit la pulak haha.. Oh btw, boleh isi macam-macam not only cereal and it cost around RM89.00 each, murah je.
 
Sekian, catatan I kali ini....

Monday, July 2, 2012

Kisah Mesin Ais


Huii.. lamanya I tak update blog I nie. Busy and ditambah dengan banyaknya distraction of other worldy thing hingga membuatkan I kehilangan idea dan tak ada mood nak berblog. Tak best la macam tu kan. I really need to discipline myself and divide my time wisely. Sayang la kalau tak share or more like show off my life story wakaka... macam la menarik kisah or my buah fikiran nie.

Anyway, husband I kan, seingat-ingat I dari zaman awal perkahwinan kita orang lagi, dia asyik sebut nak beli mesin ais batu untuk buat ABC or cendol. Mula-mula tu I hairan and was wondering why the fascinating with it. Nak kata dia suka makan ABC or whatever desert yang menggunakan ice, tak ada la pulak, kalau ada pun order sangat la jarangnya. So over the years, every now and then, he would mentioned about it and check the price or even googled around.


Last week, out of nowhere with those big grin in his face, he told me he found one. The next day, he came back during lunch time and dengan penuh bangganya showed me the mesin ais idaman beliau itu. Petang tu balik kerja sibuk la I dengan dia mencari bahan-bahan nak buat ais kacang. I tengok husband I sangat excited. Siap cakap, raya nanti boleh la sediakan ABC nanti. I kata, eh, anak buah kan tak kasi anak dorang makan benda-benda berais sebab takut batuk etc. Husband I, a’hah, yea tak yea (ungkapan atau expresi orang lama hehehe..). Lepas tu sibuk la dia cakap, puasa nanti kita buat nie untuk berbuka, kita campur macam-macam... bukan main lagi pakcik korang suggest ini itu..


Nevertheless, a few days later kita orang pun sibuk la try guna mesin nie. Wah, dalam tengah memesin tu, tiba-tiba I terbayang, kalau dah tua esok-esok (eh, bukan sekarang dah masuk group kilauan emas ke? Ceh!), kalau husband I dah retire and kalau orang padang jambu tak nak jaga ke kan, ahaks! hehe, adalah I dengan husband I bukak pondok atau pickup kecik jual ABC tepi jalan. Kesiankan..bayangkan husband I yang tak berbaju dengan perut boroi dan short miskin (peberet nakkal) tengah mesin ais and I pakai tudung Siteh Norhalijah nampak jambul dengan seluar jeans boot cut sibuk bungkus ABC... and not to forget biskut kuih kapit..wakaka..Oh my God, what a sight!

Wednesday, April 25, 2012

Rasa Di Hati dan Laksa

Hello…… (wah..title rasa di hati lagi hehehe..)

I don’t have any story to share or should I say, I have no inspiration to write anything these past week. I’m not saying my life is not interesting but it is definitely not a spectacular for that matter. We didn’t go out this weekend, although si tembam was so gatal hati and hinting that we should go out. He thrown all kind of excuses but I didn’t budge at all. I told him, we already made a promise not to go out this week. Beside there’s nothing to buy and everything in KL are the same.

So far my life and the routine are the same, masak, masak, masak and watching, watching, watching stuff that I DL..ahh.. boring? Not at all. It is just that sometime I wish he could take more and lots of leave from work, so that we can travel around the globe or domestic pun jadilah. I feel like I’m wasting my good years waiting for the next trip which came once in a while. Nanti kalau I dah tua (perasan muda la sekarang, konon), I wouldn’t be able or I wouldn’t have the energy to jalan-jalan lagi kan. Husband I wouldn’t let me ikut tour or makan angin without him and of course both of us mana boleh berjauhan from each other (nyampahnya tulis statement nih, macam ada unsur-unsur rumi dan juli aje wakaka…). Tapi yelakan, you want to experience, create the sweet memories and who could be better than sharing with someone that you love so much.


Anyway, semalam I buat laksa asam since semua bahan-bahan husband I dah beli two days ago. Lama tak masak resepi nie and beside it was the easiest to cooked. I ganti ikan kembung dengan ikan selar size kecik-kecik tinggal lima ekor dalam icebox and untuk menambahkan kepekatannya I blend sekali dengan satu tin besar ikan sardine. Not only that, I masak sekali nasik lemak berserta dengan sambal tumis ikan bilis. I tak tau kenapa I masak menu banyak-banyak, padahal yang makannya hanya berdua. Tengahari semalam, both of us makan besar and lepas makan I rasa kenyang nak mampus. Tiba-tiba terbit rasa menyesal tak berkesudahan kerana niat hendak menguruskan badan rasanya macam tidak kesampaian, nafsuuuuu……… huhuhu! Sekarang nie I make sure I exercise at least three times a week on the threadmill but tak guna jugak kalau makan macam serigala senget….nangis lagiiiii….

Friday, April 13, 2012

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

(Acuan Kuih Sepit/Kapit yang tradisional)

(Acuan Kuih Sepit/Kapit moden)

Last week kan I ada cerita how I suka and teringin nak makan kuih sepit/kapit to the point that both of us memborong kuih nie kat Pasar Seni. So I was thinking a few days ago, why not I buat sendiri since I ada acuan kuih kapit yang I beli a few years ago kat Kelantan, I think the name of the place was Pengkalan Kubor ke kubu ke, tak ingat I. I checked around for the resepi kat internet and I found out that bahan-bahan dan cara nak membuat tersangat la senangnya. I decided to try buat yang goreng since kalau nak bakar kat rumah leceh with the asap sure masuk rumah jiran kiri-kanan. Kang orang ingat ada acara pemujaan la pulak or that pasangan suami isteri membakar diri sendiri demi cinta abadi wakaka….. tragis cerita tamil nih..


So I told my husband that his service is needed to help me gulung-gulung the kuih sepit nie. Sebab my ex-colleague yang pernah buat kuih nie cerita, kena ada pembantu. Husband I kata, no probs. Balik dari kerja petang semalam dia bagitau dia tengok kat internet ada mesin buat kuih sepit guna letrik. Both of us pun sibuk la click merata-rata and so far ada satu brand aje name Takada. Sebelum tu I sempat ber online with one of the supplier from Singapore. I tanya company dia ada ke kat KL dia kata tak ada. Then husband I decided to just call supplier kat KL and tanya supermarket or kedai mana yang ada jual. Orang tu kata kat Mydin ada, husband I pun called Mydin kat Masjid India and orang kat situ kata stock ada. Petang semalam jugak husband I pegi naik LRT since I malas nak ikut beside masa I mengeliat petang semalam tiba-tiba I terkena muscle cramp kat ribs wakaka.. al maklumla dah berusia nie.. ada je... Nak bernafas pun rasa bagai dicucuk-cucuk, terbatuk sikit or even nak pusingkan badan rasa macam nak tinggalkan wasiat aje wakaka…

(Jangan letak adunan banyak nanti terkeluar and tepi-tepi akan jadi lembik)

(Kuih di gulung dengan chopstick)

On the way ke sana husband I sempat sms nak bagitau, LRT panjang and cantik hehe.. boring la tu jalan sorang-sorang. Sampai kat Mydin, husband I sms lagi, dia kata banyak stock, ada dekat sembilan bijik lagi. Sementara tunggu husband I balik, I siap-siap bancuh tepung etc. About an hour later, dia sampai rumah and terus I snap-snap gambar untuk letak kat blog. And then kita orang terus try egg roll toaster nih. Mula-mula tu tak jadi sebab terlebih letak adunan kat acuan but after two or three times baru la jadi. Kitchen helper yang tidak berbaju itu sungguh expert dalam hal gulung mengulung nih. Dia gulung cantik, I punya alahai.. senget la tak kemas la… Kuih nie, kena gulung or lipat masa panas-panas bila baru keluar dari toaster kalau lambat sikit terus kuih nie keras tak dapat dah nak lipat or gulung-gulung lagi. Rasa macam nak terbakar aje jari jemari I yang kontot ini. Oh, yeah I ambik resepi kat sini but I tambah satu cawan air sebab adunan I agak pekat and I kurangkan gula, I letak 300gm but still manis. In the future I akan kurangkan lagi pengguna gula. Nevertheless, kuih sepit I jadi walaupun tidak secantik mana. 
(Kuih Sepit, Kapit, Love Letters or Egg Rolls - banyaknya namaaaa...)

I suggest you all beli mesin letrik nih kalau nak buat kuih sepit sebab menyenangkan tugas. Kita orang buat sambil tengok berita but make sure keep your eyes on the machine. Senang aje nak guna machine nie, bila lampu kat machine padam terus bukak, angkat and guling kuih nie immediately. Tapi yang tak syoknya acuan ada dua aje. And harga Egg Roll Toaster brand Takada TK-L5 ini ialah RM99.90. Habis buat kuih sepit nie, husband I cakap, you see, I search anywhere, do anything for you, just to make you happy and fulfill whatever you want. Nak mintak recognition la tu.. ish, jahatnya I. I reply, yea yea, sambil menjelingkan mata ke atas. I know, I can been ungrateful sometime or most of the time…heh!

Sekian, selamat mencuba…

Note : I was so surprised when Jessica got the least vote but I’m so glad the judges used the save. Sungguh sebak! It was one of the most dramatic events in AI’s history especially when all three judges got up to the stage. Phew…! I hope she’s not in a bottom three again.. I love her voice and performance.

Thursday, December 8, 2011

Masakan Orang Berpuasa Bukan Dibulan Puasa


(Mee goreng dengan taugeh, selalunya I guna sayur)

I kan sekarang nie tengah puasa, bukan puasa ganti atau puasa sunat. I just nak puasa sebab firstly, I nak mengawal segala perlakuan dan offcourse nak pahala. Secondly, sebab I nak kurus and also nak jaga kesihatan sebab walaupun badan I tak berisi masa I check up long time ago kat clinic, doctor cakap I punya cholesterol is very high. So that is the reason why I puasa. Lagipun I rasa sungguh gembira bila I dapat memakai jeans or baju size S. And also I rasa sungguh confident and no more low self esteem.

(Lontong - yang nie bukan lauk berbuka tapi yang I masak last weekend)

So talking about makanan berbuka, hari-hari I masak but each time I makan, I rasa lauk sangatla masinnya although husband I kata, tak masin or sedap je or cukup rasa. I don’t know why, maybe my tastebud berubah due tu puasa. But I make sure, I mesti makan kurma for berbuka and also sirap yang husband I buat. Sebab dia buat sedap and I selalu cakap, besar pahala buatkan air or makanan untuk orang berpuasa. Apalagi dia, bukan main suka bila I cakap macam tu..hehee.. husband I kan kadang-kadang macam budak kecik. Kalau I puji, fuh..perasan bukan main lagi lepas tu senyum-senyum malu la konon..

(Mee sup, I letak wonton)

Anyway about the makanan berbuka, like I said, I masak almost everyday and macam-macam menu I try sebab I teringin nak makan semua benda… Nampaknya tak turun la berat badan I. Husband I pun sibuk la suruh masak nie, masak tu, macam dia yang puasa. Tapi dia kata kat office dia tak makan (dia tak balik tengahari bila I puasa) and seluar kerja dah longgar. I tengok sama je. So bila time berbuka, I tak makan banyak sangat tapi husband I makan macam perserta survivor, kalau ada kambing panggang seekor, sure 3/4 tu pegi kat pinggan dia. Bila dia baru rasa sikit je lauk (belum telan lagi tu), dia dah geleng-gelengkan kepala siap pejamkan mata and cakap masakan I paling sedap dalam dunia sambil nafas dia turun naik haha.., lepas tu dia cakap, Chef Ramsay pun menggigil hahaha, melampaukan... Lepas makan, mula la I sibuk makan macam-macam kudapan such as kerepek la… cookies la.. Husband I pulak akan sibuk suruh I rasa perut dia sambil suruh I cucuk perut dia dengan jari I, sebab dia nak bagitau yang dia kenyang and perut dia keras… tah apa-apa tah theory dia. Kalau tak layan I rasa berdosa la kan. I kata no problem, tapi I tak nak cucuk dengan jari, I nak cucuk dengan hidung I sesambil tu I bukak mulut besar-besar nak gigit perut dia. Cepat-cepat dia lari hehe.. tau takut...

(Kurma Telur)

I rasa seumur hidup I and lepas kahwin nie, sekali je I pernah buat kurma, tapi kurma ayam. But hari tu I try buat kurma telur. Alahai seronoknya sebab jadi and yang penting rasa mesti menepati selera I and my husband. Dia makan non-stop and I was so happy. I puasa-puasa nie rajin try menu-menu baru atau yang jarang dibuat. I rasa bila time puasa baru makan teratur sebab kalau tak puasa, I malas nak masak tengahari and makan mee maggi aje atau makan junk food.

(Tauhu Sumbat)

Minggu lepas, I teringin nak makan tauhu sumbat. I tak pernah buat eventhough it was so easy. I teringat the first time I rasa tauhu sumbat yang Mummy buat masa kat Singapore dulu. I rasa wow, sedapnya and I ingat lagi muka Wo yang tersengih-sengih girang (dengan giginya yang sumbing akibat terantuk masa meluncur kotak dari bukit itu) sambil mengunyah tauhu sumbat Mummy. I dengan Wo siap melompat-lompat kegembiraan. I dengan Wo kejap-kejap cakap, best Mummy, best Mummy. Mummy tersenyum-senyum kat kita orang. I think that was the first and the last Mummy buat kot. I tak ingat la. Mummy memang pandai masak, apa-apa yang dia buat semua sedap. Wo kata I mewarisi Mummy. Tapi husband I kata, I tak mewarisi sesiapa, husband I kata I memang talented, gifted and bidadari yang diturunkan pandai segala-gala untuk dia..wakaka..(I tau I pun nak muntah type nie tapi betul dia cakap macam tu, tak caya tanya dia). I akan kata, ish tak ada laa... biasa je.. (cewah, rendah diri). Lagipun I bukan pandai masak pun, boleh la sikit-sikit and yang simple aje. Mungkin pada dia sedap, pada orang tak. Sama jugak dengan I, maybe masakan orang tu rasa sedap tapi pada I tak. So hari tu, I pun try la buat tauhu sumbat. Like I said it was so bloody easy. And I don’t know why I tak pernah buat before this. Healthy pun iya jugakkan.

(Kek Oren atau Orange Cake)

Ingat tak I pernah cakap I nak buat kek or muffin or cupcake, tapi tak buat-buat sebab malas? So for the past few days I surfed through and cari-cari apa kek I nak buat. Furthermore, lepas berbuka mesti tengah-tengah malam teringin nak makan macam-macam bende. Dua hari lepas, I came across this resepi yang sungguh simple dan mudah nak buat. I selalu jenguk-jenguk website My Resepi nih. Hari tu lepas solat asar, dengan penuh semangatnya I bangkit dari kemalasan yang berpanjangan dan terus ke dapur. Masa tu I tak sure akan jadi ke tak sebab I bukannya pandai buat kek or pastry ke. I cuma berdoa dalam hati, mintak-mintak jadi. Nak buat tersangatlah senang and bahan-bahan pun dah ada. I kurangkan gula caster sebab tak nak manis sangat. Bila keluar dari oven, oh.. I’m so happy sebab rasa sedap, gebu dan perfect. You all should try it, ok this is the link(http://www.myresipi.com/top/detail/7425). Trust me.. mesti puas hati. It is going to be my favourite recipe and mudah untuk diingati.

Sekian kisah masak memasak orang berpuasa di bulan yang bukan ramadhan.

Note : And I rasa sungguh bersyukur walaupun I puasa and tak sahur, sekali pun I tak pernah kena gastric. Puasa is so miracle and I’m blessed. Thank you so much Allah and syukur Alhamdullilah (rasa macam setazah la pulak hehe..).

Wednesday, July 6, 2011

Puasa Ganti Hari-Hari Terakhir



I was supposed to write an entry about other stuff but since I puasa ganti hari nie, so I told myself might as well I ikut tema..wah.. nak buat entry or publish entry pun ikut tema-tema la kan.

I have three more days to go, meaning this friday will be my last day. I serik la, tak mau lambat-lambat ganti puasa lagi. Lepas raya nie nanti I akan ganti cepat-cepat. But actually kalau nak ikutkan two months ago I sepatutnya dah abis ganti tapi disebabkan oleh gastric yang teruk terus I stop half way. I hope this time I will be ok Insyallah..

So gambar nie was my makanan berbuka puasa petang tadi and merangkap sahur untuk pagi esok. I masak simple aje but husband I was so excited, nak makan nie la itu la..macam la dia puasa haha.. Pagi esok dia suruh I kejutkan dia sebab dia nak sahur sama-sama so that tengahari dia tak payah balik lunch.

Anyway, pagi tadi lepas sahur I jalan-jalan kat blog yang I selalu pegi then I decided to masuk kat blog yang famous itu. I pernah masuk blog dia sekali dua dulu lama dah but entah gatal pulak nak jenguk pagi tadi. Sebelum tu I ada baca blog sorang mamat nie, masuk blog dia and teruk kena virus. I thought blog mamat tu aje yang kena and not mine since I pernah masuk dulu tak ada apa-apa. Sekalikan I masuk je terus laptop I terkena jugak and it was quite bad. Wah..I sungguh tension. Berapa kali scan this and that still tak jalan jugak. Each time I nak masuk website lain, it will redirect me to elsewhere.. sakit hati I and menyumpah-nyumpah but I quickly cover my mouth since I puasakan.. temptation betul.

Petang tadi husband I tried a few times, restored etc. akhirnya berjaya jugak.. I rasa sungguh lega. I serik nak masuk blog merah itu lagi...

Sekian kisah I hari nie..

Note : Tengahari tadi, I lepak-lepak tengok Masterchef US Season 2, telan-telan air liur I tengok masakan dorang.. lambchop la, steak la, dessert la, sausage la but minus the pork la kan.. Makan hati I tengok Ramsey, Joe and Graham taste-taste makanan contestant...

Tuesday, June 28, 2011

Roti Jala Yang Simple..


I was supposed to update my blog earlier on today but I thought I should wait for something that I might cook this evening but it was not to be.

I better update this one before the night ended for next day..

I was so hungry yesterday afternoon, so I decided to cook/make this roti jala or kalau direct translation it would be net bread wakaka.. I have been having this urge for a few days but was too lazy to even lift a bowl hehe.. But then I remember my darling husband kept hinting to me that it would be nice if we were to cook together. Yela sayang.. And furthermore I was hungry like hell.

So I went to look for my recipe books and found a few. I'm not too keen on the ingredient and how it was made so I decided to change all together and made my own recipe. On top of that I don't really trust it. So sekarang maknanya, this is my recipe ler kan and I would like to share it with you. Bahan-bahannya; 300gm tepung gandum, 250ml susu cair, 2 biji telur, 1/2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil serbuk kunyit (yang kat buku guna pewarna kuning but I tukar to serbuk kunyit), 450ml air boleh ditambah kalau nak cair lagi, 3 helai daun pandan untuk di celupkan ke minyak dan lenserkan ke kuali leper and minyak untuk masak.

Cara membuatnya; Ayakkan tepung dengan serbuk kunyit then masukkan telur and gaulkan, masukkan susu cair, masukkan air sedikit demi sedikit, masukkan garam, gaul hingga rata, then tapis. Lepas tapis, panaskan kuali leper, renjis atau lenserkan minyak dengan daun pandan. Bila dah panas kuali tuangkan aduan ke dalam acuan dan jalakan dengan pantas. Bila dah masak, angkat tapi jangan lipat dulu tau, biar sejuk sikit. I learned my lesson well sebab I terus lipat lepas angkat, bederai roti jala I. Biar sejuk dulu atau suam-suam baru lipat ok..

As for the kari tu, I guna ikan sardin sebab kalau nak buat kari ayam, nak kena tunggu ayam tu cair lambat sangat. I buat kari sardin macam I buat kari yang biasa I buat except for I tak guna santan, I guna lebihan susu cair and air. Husband I balik kerja terus sibuk nak tolong I menjalakan roti hehehe..he is so sweet, walau rupa roti dia buruk tapi I puji-puji sebab nak bagi dia semangat. Lepas siap masak husband I makan banyak sangat, takut I tengok. Then malam-malam dia sambung lagi.

Sekian dan selamat mencuba.

Monday, June 6, 2011

Masakan Hari Ini Dan Yang Lepas...

Hari nie I masak ayam masak lemak cili padi. I dah tau nak masak style apa dah. As for sayur, biasa la, sayur goreng fish ball. I malas nak upload gambar sayur sebab bukan menu utama.

Last week I masak ayam masak kicap. Selalunya I guna cili hidup potong nipis-nipis but that day I decided to use cili yang dah dimesin, beli kat supermarket. Tak kuasa I nak blend.

Last week, I masak ikan selar masak sambal. I suka makan ikan nie kalau goreng rangup-rangup.

Last week, I masak masak lemak pucuk manis labu kuning. Menu nie pun lama I dah tak masak..

Last week I masak rendang ayam. Lama I dah tak buat menu nie and I decided to cook this because I terjumpa resepinya yang sangat ringkas and kejap aje nak buat.

Sekian masakan I minggu lepas dan hari ini.

Wednesday, June 1, 2011

Update Tak Ada Cerita

(Ikan tenggiri masak asam pedas)

Firstly, I nak ucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada semua yang celebrate this important event. As usual I tak balik and in fact dah berbelas tahun I tak balik. Tak tau la in the future.

Today I masak ikan tengiri asam pedas, lama dah teringin nak makan and masak, baru hari nie berkesempatan. I tak ada apa story yang interesting pun hari nie other than bertenggek and berborak kejap-kejap kat fb. Actually ada banyak bende nak share tapi malas la pulakkan..

Note : I dah update my flickr...

Tuesday, May 24, 2011

Akhirnya Cake I Tak Bantat...

(Slices of Pound Cake)

I was so excited when I stumbled upon a website on a marble cake recipe. I don’t remember ever making one before, tah la tak ingat. And I read lots of good reviewed yang dah buat cake nie and menjadi kat site. They said it was so delicious and one even made it as a wedding cake. I remembered mummy used to bake the cake when we were in Singapore. During those time, electric mixer was unheard of, so mummy had to use those spring iron kinda thing and beat the flour, eggs, butter etc. with it for a couple of hours. She would switch hand after a few because it was quite tiring, I guess and I was tiring just to see her doing it. I love to eat the chocolate part because I can smell the cocoa and leave the yellow/white to Wo.

So last two weeks ago, I decided to make one but this one is a marble cheese cake. I called up my husband to buy some ingredient on the way back from work. So during AF was shown on tv I started with my project. I was a bit sceptical with the mixture because it didn’t say that I should put the a flour batter onto a white portion. But since I’m not the expert one, so I thought mesti jadi nie, since kata sedap sedap and gambar pun cantik-cantik je. When I took it off from the oven, I was so disappointed because my marble cheese cake was so penyek and bantat. I was so mad and my husband said this one bagi recipe tipu-tipu but I said, why was the reviewed and those who buat jadi. He said those people are crazy haha.. He tasted it and he said it was delicious and not to worry about the appearance. I said, mana boleh, if it is jadi, it wouldn’t look like this. The next day I threw it away.

(Pound Cake fresh from the oven)

Then last Saturday night, again during AF, I don’t know why, I like to do it on AF night haha.. This time I try Orange Blended Cake’s recipe and again I found it from the internet. I told myself, this time definitely will jadi since the blogger was well known and popular around and his blog produced some of the most amazing picture of food etc., that he bake/make/cook by himself. And nampak sungguh mengiurkan. The ingredient was simple and easy to make. When the cake is ready, again I was so disappointed and cried because cake I penyek, bantat and on top of that keras. I was so mad and cursed like hell. Then my husband the avid supporter said not to worry, don’t be mad, it is not my fault, the owner tipu-tipu bagi recipe. I said what a waste of my time, ingredient and your money. My husband said, “it’s okay, I buy you a tonnes of ingredients or whatever you want anytime, don’t worry about how much it will cost me ok”? As long as you’re happy, that is what matters to me. And I’m 100% sure, whatever you make will turn out well, they are the one who are not being truthful with the measurement etc”. Oh my sweet talker husband, my inspiration and the one who believe in me. I’m so thankful for having him in my life.

Then I told him, I want to make another one although I baru je buat yang bantat tu, he suggested that I try the recipe out of many of my recipe books instead of from the internet. He said, each time I try the one from my book, mesti jadi. Then he went to the kitchen and ask, if there is anything that he can help me beside clean the dishes, which is in his workscope by the way, well, I have sensitive hand. I told him to just grated the lemon for me, that’s all. During those moment, I don’t really have any hope that it would turn up nicely as hati sudah kecewa many times kan. I told myself, kalau sudah fated tak jadi, it’s ok, I can always do again in the future. Oh yeah, this time, I said Bismillah before I start. Every now and then I would peep through my oven through the glass door to see whether my cake will rise or not. When I saw my cake macam jadi je, I was so happy but I don’t want to cepat-cepat nak celebrate kan. So I wait until it was time for me to take it out from the oven and taste it. And yes, I made it! And it looked exactly like the picture from my recipe book! It tasted delicious too. I was ecstatic! I have it for supper and breakfast the next day.

Note : If you want a recipe, I can send it to you through email.. Kat sini I tak boleh publish, copyright infringement nanti…

Saturday, May 14, 2011

Makanan Puasa Ganti And All

Makanan Hari nie (Saturday)

Firstly, I sangat menyampah masa ada problem dengan blogger. Penat-penat I mengarang entry Puasa Ganti Hari Keempat and published it, tiba-tiba bila I check next day. It was not there. So I satukan je la dalam one entry.

(Sotong Masak Berempah)

Hari nie I tak puasa ganti. So I masak Sotong Masak Berempah for lunch/dinner. Sedap resepi nie. Kalau korang ndak resepi nie, bagi I email nanti I hantar. I malas nak tulis apa-apa entry kat sini sebab gangguan blogger yesterday telah membantutkan creativity I..cewwwwahhhhhh... hahaha

Puasa Ganti Hari Kelima

(Soto)

Puasa ganti hari kelima semalam I masak Soto. Macam tak complete je rupa soto nie kan.. bawang goreng I tak letak.. tak kuasa. Melampau la entry hari kelima nie dua baris ayat je...hahaha..


(Bahan-bahan pun nak masuk dalam blog)

Puasa Ganti Hari Keempat


(Ayam Sambal Hijau)

Today hari keempat I puasa ganti. And again I tak tidur sampai pagi as I takut terlajak bangun and tak sahur knowing how sensitive my stomach can be. Half through the sahur, husband I bangun tapi dia tak join I makan cuma buatkan I air milo panas. Pagi nie kelam kabut sikit sebab I asyik tengok Astro channel CI, my fav’s channel. Minum milo and makan roti salut peanut butter pun tak abis sebab I takut tengah nyum nyum tiba-tiba azan nantikan. Husband I sakit perut/kembung. Macam budak-budak pulak kembung perutkan. Kejap-kejap dia gosok and tepuk-tepuk perut dia, shiann.. dia. Pagi nie tak ada drama atau telefilem macam pagi-pagi yang lepas.

Petang I masak cepat-cepat nak surprise husband I. I masak nasi tomato sebelum dia balik. Rasanya this is like the third time kot I masak nasi tomato nie. Selain dari nasi putih nie memang jarang la buat nasi yang extra special nie, even untuk kenduri or raya sekalipun. Macam la pernah buat kenduri eh? Ayam sambal hijau nie I dapat dari buku resepi kesayangan I. Selalunya orang masak nasi tomato lawannya mesti ayam masak merah. But I tengok warna lauk I kat blog asyik colour merah and for a change I masak la resepi kat atas nie. Ayam nie I tak letak chili padi, I guna chili hijau aje. I improvised sikit. Macam ikan sambal berlada, resepi nie jugak kena perah dengan limau nipis dan gaul lepas tutup api, according to the recipe. Unique kan? Rasa pun sedap. Kalau nak resepi nie bagi I email add nanti I hantar.

(Nasi Tomato)

Anyway, bila husband I balik petang tu, macam-macam chips/junk food dia beli untuk I. Dia kata junk food I dah abis. Memang saje nak kasi perut I bloated tau. I dah la sedaya upaya nak elak kudap kudapan yang mengemukkan nie. He also bought me two slices of Choc Cheese Berries yang dia salah beli aritu. Then dia siap-siap pakai short petak petaknya itu and terus ke dapur untuk tolong I. He is so sweet ain’t he?

A while later I suruh dia rasa nasi tomato yang dah siap masak sebab I tak boleh rasa, I takut mentah ke apa. Tekejut husband I masa bukak rice cooker. He didn’t expect it at all. Tengah tengok AI baru terperasan dah masuk solat maghrib, cepat-cepat dia ambikkan I air suam. How can I not love this man?

Bila time berbuka, I tengok husband I makan penuh selera sampai lumat-lumat tulang ayam tu dia belasah.

Sekian...

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...