Wednesday, December 25, 2013

Sunday - Chinatown and Nana

Last Sunday, we decided to check out Chinatown. Baca kat tripadvisor macam ok je. Lepas baca on how to get there, kita orang pun bersiap keluar after solat zuhur. Masuk dalam taxi untuk ke BTS, taxi driver nie were saying something that ofcourse, we don’t understand. Sampai kat BTS, kita orang tengok, eh, kenapa ramai orang beratur nk beli ticket kat machine. Ingatkan machine rosak ke apa but it’s not and the queue was very long but since kita orang guna pass top up so tak payah nak beli-beli each time nak naik train. Husband I cakap, hopefully train cepat sampai so that kita tak payah bersesak with those people yang queue tadi tu. But it was not meant to be, tak lama kemudian, berduyun dorang nie naik the stairs. Bila train sampai, wah..tekejut kita orang tengok, ramainya orang kat dalam train macam sardin. And they wore all kind of stuff with thai’s flags on it, it’s like the one that I saw semalam (Saturday) masa nak balik dari National Musuem.

Punyalah sempit dalam train tu but luckily tak ada orang berbau ketiak busuk, kalau tak mau nye I uwek-uwek dalam tu. Hati I dah berdebar-debar, takan la nak buat rally/gathering lagi kan, ingatkan it was over dulu, sekali bila lalu and train berhenti kat BTS Victory Monument, oh dear, ramainya orang kat bawah and dekat kawasan persekitaran. Inilah yang dikatakan selaut manusia. Tak pernah dalam hidup I, I tengok manusia seramai ini. I dah risau sebab tak bawak passport, mana la tau tiba-tiba kena round out dengan polis kan. Husband I kata don’t worry, kita tak pegi kawasan yang crowded and nothing would happen to us.

Then tukar train kat BTS Siam untuk guna line Silom ke Chinatown. Sepanjang-panjang train nie lalu, orang punyalah ramai, merata-rata, dengan whistle and suara-suara kat loudspeaker nya lagi. It seems that the people nie nak suruh government step down sekarang jugak and tak mau tunggu election bulan February next year. Anyway, kita orang turun kat BTS Saphan Taksin and thanks God, tak ada perhimpunan or anything. Turun dari situ, kita orang ingat nak lunch dulu sebelum ke Chinatown. Sebelum tu I dah tengok kat internet restaurant makanan halal yang dikatakan oleh blogger itu akan keenakkannya. Husband I lupa nak bawak address yang dia tulis masa kat rumah. But base on our memory, his la, mine memang very poor, dia teringat akan nama and the street number. Jalan-jalan, tak nampak-nampak rupa kedai tu, kita orang patah balik and then pusing balik lagi sekali. Dah la confused, penat lagi menapak sana sini. All of a sudden I saw one lady berhijab, muka arab, terus la I tegur and tanya mana makanan halal yang berdekatan. Dengan senyuman yang manis dia bagi direction, suruh jalan terus, lepas traffic ada banyak makanan Pakistan, India around. I kata thank you and cakap I’m a muslim too and she look so excited but since I dah lapar I tak cerita panjang and terus cakp thank you and bye. PR pun ada it’s off day ahaha.. and beside kalau ada kucing lalu ada yang I jadikan barbeque nih...   
 
 
Like I said on my previous posting God is Great. I sangat-sangat bersyukur kerana dalam desperation untuk mencari makanan halal tanpa di sangka-sangka a muslim woman happened to walk by. Before this, masa tinggal kat KL, I take things for granted since halal food is merata-rata and we don’t even have to think of where or worried about it. But living in Bangkok, taught me many things and make me realised and also appreciate more even if it is just a simple thing. Selama nie I tak sedar betapa Allah sangat menyayangi hambanya, dalam menduga dia memberi reward dalam berbagai bentuk dan kejadian. Cuba kalau I and husband I jenis yang tak kisah and makan main redah aje, I wouldn’t know or able to feel God’s love kan? (wah.. unsur-unsur mendapat hidayah je nie.. hehe.).
 

So bila dah nak sampai traffic light aje, tiba-tiba both of us ternampak the restaurant yang kita orang googled sebelum tu. The place is mmm... so simple and I rasa macam melangkah ke era 60’an je, but I don’t mind as long as it is halal. Pakcik waiter tanya nak makan apa, husband I mintak menu, yelakan mana la tau apa yang dorang ada. I ordered briyani chicken and husband I order curry chicken and also kita orang ordered chicken soup sebab masih teringat akan chicken soup yang sungguh lazat itu semalam kat National Museum tu. Tak sampai lima minit food dah sampai and we were again surpised sebab nasi dan lauk dia cenonet je, maklumlah kat KL kalau nasi briyani tak tinggi bukit bukan nasi briyani namanya. No wonder la orang thai nie kurus-kurus. Well.. the food taste so and so je pada I and tak de la sesedap mana pun, maybe my expectation is very high since baca the way this blogger describe macam heaven berbagai-bagai je but again..lain orang lain la taste nya kan.

 (Cepat-cepat I ambik this picture kat bawah BTS Nana)

Lepas makan, kita orang pun siap nak ke Chinatown. I nak naik boat but husband I ajak naik taxi atau tuk tuk je, see I told you, husband I nie tak adventurous langsung, asyik nak yang selesa je. We stopped at one tuk tuk and tanya driver that we want to go to Chinatown. Driver tu cakap, weekend kedai tutup...laaa.. ye ke? Buat menyusahkan je datang dari jauh. Kita orang pun blah and masuk kat shopping complex yang kita orang nampak masa lalu nak cari restaurant tadi. Masuk sekejap tak sampai dua minit kita orang keluar balik, tak ada apa-apa pun nak tengok. Then naik train and both decided that we should go to Nana since kat google cakap banyak community dan restaurant islam kat situ. But Nana nie adalah salah satu kawasan red light district di Bangkok, kawasan pelacuran yang agak besar and “business” beroperasi di sebelah malam. 


Jalan-jalan kat situ memang ramai la tourist especially mat salleh. Walaupun activity tawar menawar, mengongkek, menari separuh bogel and etc. start malam tapi ada jugak a few pondan-pondan dah bersidai di tepi-tepi jalan and also sitting in front of their “shop urut-urut”. Badan besar-besar dan suara bila berborak.. wohoo.. Bila lalu je, husband I cakap, “nampak tak? Nampak tak? Ee..geli la...” I kata, “I tau and nampak tapi senyap je ler..” biasalah husband I kan busy body kecoh. Sesambil tu merata-rata kelab-kelab kabaret, pub and restaurant di kiri kanan main road. Anyway orang berwajah mediterennean nie is everywhere, dari penjual di kiri kanan jalan or come as a tourist. Then bila masuk lorong-lorong yang bukan kat main road wah.... restaurants or shop selling everything and anything, jangan cerita la, ramai sangat dorang nie, rasa macam kat negara arab la pulak. Some of their kids siap main badminton kat tengah lorong jalan raya. Kita orang pun explore merata-rata ceruk area dan berbagai-bagai jenis restaurant Turkey, Iran, Oman, Mix of Malaysian and Thai’s, Indian etc. yang ada kat situ. Heaven la kawasan nie with the food but too bad it is quite far from our house. But kalau hari-hari makan makanan arab nie, sure badan I dengan husband I kurr semangat.


Then we saw one Turkish restaurant with kebab and we decided to tapau for dinner walaupun baru pukul berapa. Masa husband I order kebab, I decided to check ceruk-ceruk yang lain but I noticed one old arab looking guy was staring at me without blinking his eyes. But I thought, ah.. maybe dia pandang sekali je kot but no..this guy followed me and I quickly patah balik and masuk restaurant Turkey nie balik and I saw the guy ikut I and standing for a few second outside the reastaurant before dia blah. I’m not scared sebab I boleh maki je kalau I nak but I don’t want to create a scene. I told my husband, apalagi dia pun buat muka authority nya itu and bagi I the look “I told you” and cakap, ituler, dia pusing je tengok I dah hilang macam lipas kudung. Dia suruh I diri sebelah dia and mula la mengutuk-ngutuk cakap pak arab semua nie memang jahat la, this la, that la... bla bla bla... But pekerja-pekerja kat restaurant nie baik-baik and very polite kat kita orang.
 

Lepas habis tapau, kita orang terus pegi train nak balik rumah. Sampai kat BTS, husband I queue nak topup our pass. During those time, I terdengar one couple mat salleh tengah discuss something. I was standing not far from my husband, I was not in line but since dorang kat belakang husband I, so I dapat la dengar apa yang dorang cakap. Lelaki tu la yang banyak cakap, perempuan tu diam and mengiyakan aje. Their topic of discussion was about Blow Job wakaka... Interesting topic, so macam-macam la laki nie cakap. I dengar je la but bila dia cakap “It is my right if I don’t want BJ, you know”, I terus tersenyum sumbing. I think mat salleh lelaki nie perasan and terus dia senyap kejap, I think dia ingat I orang semua orang keliling nie thai so sukahati mak bapak dia la nak cakap kuat-kuat kan furthermore orang kat sini semua ingat I nie perempuan thai. So anyway, the things yang buat I nak gelak was that, why did he has to be so serious sampai main pakai right right pasal BJ nie, to me it is not an even a discussion.. hehehe... Then dia and kawan perempuan dia naik stairs depan kita orang, sekali I tengok ada tattoo carrot siap dengan urat-urat kat betis dia, macam nak mati I tahan my chuckle hehehe..

Masuk train kat Sukhumvit line, oh dear, again penuh dan padat with manusia. I bediri kat tepi pintu and I saw this mat salleh couple, the guy dapat sit and dia suruh gf dia duduk atas dia. Tak lama kemudian train stop kat one of the station and husband I suruh I duduk cepat-cepat. I pun duduk la dekat seat yang kosong sebelah mat salleh couple nie and I quickly tanya, gf dia nak duduk ke since dia duduk atas bf dia kan. Dia kata it’s ok and gf dia kata it’s fine an then I cakap yes, first class sofa, sekali both of them tergelak. Makanya bermula la PR ini dengan rancaknya berborak dengan dorang haha.. Dorang nie on the way nak ke Chatuchak Market and mula la kita orang bersalahsilah asal keturunan dari mana etc la kan... Mat salleh couple nie datang dari german I kata I only know one german word, dia tanya apa, I kata Auf Wiedersehen (pronounce Avi Dazen meaning goobye until we see each other again). Si lelaki nie cakap “Wow! That is good, at least you know some german word”.. impress la konon hehe.. (kah kah kah..if he only knew that I got the word from Project Runway bila Heidi Klum cakap word nie kat contestant yang terkeluar...wakaka..), belum lagi I nak cakap vundabar (meaning wonderful), kang ada ber october fest la pulak. Macam-macam yang kita orang borakkan, dari makna nama dia yang bermaksud pulau, kerja dia yang buat research kat Christmas Island, mengkaji pasal crab merah etc.. who would have thought kan..kira ala-ala Nat Geo la nie.  And we also discussed pasal bahasa Indonesia. I kata Malaysia dengan Indonesia lebih kurang sama je, then I bagi contoh, saya etc... dia tekejut and hairan kenapa language sama, I kata sebab serumpun. I kata I don’t know what is serumpun in english hehe.. Meanwhile, husband I membelakangkan kita orang and dia tak dapat pusing badan sebab sempit ahahah... Then laki nie tanya pasal Malaysia, orang Malaysia tau cakap english ke, I kata english is our second language. And thennnn... dia start or sort of kutuk orang thai yang tak tau cakap english..oh my..part nie I kena careful sebab di kiri kanan depan belakang semua orang thai kat dalam train and I’m very sure at least sorang dua mesti paham kan. I slow talk kat dia I kata, not so loud but maybe mat salleh nie pekak kot, dia carry on la cakap, “why did this people doesn’t want to learn or try to speak a little bit? Maybe they like their language but it will be very hard for them... bla bla bla.. Aku nie pulak, kejap-kejap terbeliakkan mata, tak jugak dia paham-paham wakaka... Dia complained pasal gathering nie, dia kata dorang nie kasi jam, sesak etc... OMG, almost 99% orang dalam train tu is orang thai yang pegi gathering, takan la dia tak perasan, dengan baju and bendera-bendera, whistle etc.. Masa tu I rasa dah nak pengsan sebab takut kena sound or gedebuk dengan orang-orang thai nie kan... furthermore, all eyes are on us ahahaha..adoii.. Nasib baik gf dia senyap and senyum-senyum, kalau gf join in, tak tau la apa nasib kita orang kan... But then kan, I can’t really blame the guy, he a westerner and the way their thinking, culture etc. are different from us asian contoh main cakap je kan.. Tak lama kemudian we reached our stop and sempat lagi dia and gf dia puji bag I. I kata, oh, it’s my favourite bought two days ago, padahal dekat seminggu dah beli tapi I nak cepat keluar train sampai tersilap kira hari hehe... Masa bejalan keluar, husband I cakap,”wah.. PR bukan main lagi”, dia nak kacau I tapi sebab dia facing kedepan tak ada chance dia usik-usik I dengan rolling his eyes... haha.. selamat I.

Sekian catatan I untuk kali ini... Oh.. the kebab was so delicious, roti dia lembut same goes to the chicken and beef, empuk dan dagingnya fresh..

Monday, December 23, 2013

Saturday - Bangkok National Museum

Last Saturday, we went to Bangkok National Museum, well actually I yang nak pegi. You know, I kan suka pegi tempat-tempat sejarah because dari situ kita boleh tau asal keturunan, dapat mengenali bangsa serta adat orang and beside, I don’t know la kenapa I fascinated sangat dengan museum museum nih..tak kira la kat negara mana sekalipun. 

Pagi-pagi tu, kita orang makan breakfast kenyang-kenyang, knowing it was not easy to find halal food around and pack some for bekal. Ada tu memang ada but it was on a certain place and bukan macam yang tak halal kat Bangkok nie, where you can get anywhere hence tepi tiang letrik sekalipun.

Around 11.30am kita orang tahan taxi and bila kita orang describe and siap tunjuk gambar kat phone mana tempat yang nak pegi (since most of the taxi driver doesn’t know how to speak english kat sini, well.. yang kita orang temui), taxi driver nie terus cakap, no meter and charge 200baht. I tanya husband I ok tak, husband I kata tak pe la RM20 duit kita. Beside tak tau mana tempat nie and weekend jalan kat sini mesti jam gila. On the way nak ke museum nie, sempat la lagi I mengutuk taxi driver nie, I kata tipu bla bla dalam bahasa melayu, dia bukan paham pun even kalau dia paham, I peduli apa. Bila dah nak dekat kat tempat situ, kita orang tengok ramainya mat salleh nie and merata-rata, its either dorang bejalan-jalan or melepak kat kedai makan and almost 80% of them. Kepala I pun terjengau-jengau la tengok landmark kiri kanan and curious apa yang buat dorang nie ramai sangat. Anyway, tempat yang kita orang pegi nie tak ada la jauh sangat tapi jam, mak datuk.. resah I lama-lama confined dalam taxi nih. Bila dah nak dekat sampai, kita orang mintak turun and jalan ke tempat tu sebab tak jauh dari stranded kat jam.
 

Keluar je dari taxi, wah.... terkesima I kejap tengok view dan kawasan yang cukup luas and beautiful itu. The weather, walaupun tengahari tapi sejuk, rasa macam jalan dalam aircond bersuhu 20C, langsung tak berpeluh plus the angin yang nyaman. I love their weather during this time around. Surprise kan? Padahal Bangkok and KL tak ada la jauh mana... Kalau jalan kat KL, selangkah dua je dah lenjun.. (mulalah buat comparison dengan tanah darah tumpah ku). Sebelum pegi ke museum dorang, I sempat lagi pose kat satu tugu nih, tah tugu apa, I tak baca tapi yang penting pose berahi 80’an beb....

After that we went straight to the museum. Dari luar, kita orang tengok, eh..kecik je and nothing yang impressive pun. Lepas husband I beli ticket, I pun buat pose-pose snap and took a few pics sebelum masuk. Masuk dalam, mula tu gigih I baca la fakta-fakta sejarah dorang but tak lama, kejap je, selebihnya posing-posing “milik siapakah gadis itu”, gadis? *terlentang. So much for saying and wanting to learn about their history, buek... Tak ada la besar or banyak sangat khazanah dorang nie. I cakap kat husband I, kita nie pegi museum but did we learned anything other than taking pics, hehe.. husband I kata, adaaaa... Oh yeah, masa kita orang masuk situ, kebetulan budak-budak sekolah buat rombongan pun masuk sama, cepat-cepat kita orang blah from one place to another sebab nanti sesak.


Lepas abis round kat dalam tu, we went outside to go to another building, which is the Budhhaisawan Chapel. Masa nak pegi situ tu, I hesitate, I tanya husband I, kita masuk ke and tak apa ke kita masuk nie. Husband I kata, tak pe bukan kita nak sembahyang pun, we treat their Chapel nie macam kita pegi museum and also other places that we went before. Oh yes, I remember when we were in Paris, we went to the Cathedral Notre Dame and sempat lagi ambik gambar mayat paderi dorang yang diawet itu. Husband I kata, dia rasa ngeri semacam. And also when we were in Rome many years back we watched the late Pope standing at his balcony, waving his hand to all of us down below. I ingat lagi semua orang tunduk, lambai-lambai and doa-doa, I dengan husband I aje yang tercegat kat situ and siap snap snap gambar lagi. So anyway, before masuk dalam Chapel Buddha nie, kita orang ambik a few pics kat luar and then husband I kata, masuk je. Masuk dalam je, I terus mengucap dalam hati sebab I takut tiba-tiba hati I menyeleweng and sari colour orange menjadi pujaan la pulakkan...nauzubillah.. Sempat lagi I bisik kat husband I, I kata jangan la ada “benda” ikut kita balik nanti, eee..mulut I nie choi...Husband I kata, ish seram-seram jugak la. We took a few snaps and then husband I suruh I duduk kat depan patung and dia nak ambik gambar I kat situ. Oh, if he only knew, what is my feeling during those moment... I tak cakap kat dia, tapi I rasa ngeri semacam and serasa bagai ada yang hendak menerkam belakang ini ataupun tiba-tiba ada la pulak kuku yang mengaru-garu tengkuk ini... ahhh.. me and my wild imagination. Menanti husband I menekan punat camera yang mengambil masa hanya beberapa saat itu bagaikan bertahun lamanya dan membuatkan jiwa I hilang arah. Dalam pose dan ketapan gigi, I tanya dia, dah ke, dah ke tapi bibir ini masih menguntum senyuman minah senget, pose tetap pose walau dalam keadaan apa sekalipun.. Hantu korang yang seorang ini pun pandai takut jugak tau ekeke.. Dalam pada keresahan sempat lagi I sorong another camera, in case yang kat camera satu tak jadi wakaka...


Then we went to yet another building “The Red House” yang menempatkan barangan peninggalan King and Queen dorang yang dahulu kala such as perabut-perabut lama, tembikar etc. Dressing table pun ada, itu sudah wajib, siap dengan cermin muka yang sungguh ancient itu, semua la barangan ancient, yelakan kalau dah kurun ke 16, 17 etc..maunya tak ancient. Just imagine, the furniture, bed and all yang pernah digunakan, baring-baring, pijak-pijak oleh dorang nie dulu-dulu and we got to see it... It is like mmm..macam mana I nak explain.. I can picture during those moment, without the electricity and hanya bertemankan lampu-lampu pelita..suasana persekitaran, bunyi cengkerik, unggas-unggas or how dayang-dayang and pengawal yang mengabdikan diri kat King/Queen and kaum kerabat dorang.. cater to their ever whim.. nostalgic kan? 
On the way keluar nak pakai kasut balik, sempat la jugak I terdengar mat salleh couple nie cakap pasal the process of taking off their shoes and how they/he feel about it..hmm..interesting.. byk songeh la dorang nie.. Datang negara orang, ikut la adat orang bongok... but then it’s their opinion.. After buang air kecil, we decided to go out of the museum. Nun..di sana tersergam indah, their famous temple, called Temple Emerald. But we decided to go on our next trip, since I tak bawak camera nikon yang gedabak itu and beside, mana boleh I pakai baju yang sama kannn... tak syok la tengok gambar nanti, furthermore, I already put aside apa baju I nak pakai kalau pegi situ nanti.. aha! Perasan model international itu penting walaupun versi ayam katek saje...



Sementara pikir nak makan apa, we ate our breakfast/pancake that I made this morning. Thanks God I terpikir nak bawak, kalau tak sure kebulur nak cari halal food although lepas makan pancake nan sekeping I still rasa tak puas, but its better than nothing. We walked around and looking for a taxi to take us to the BTS and decided to go to the tourist information and look for a map or anything. Bila dah nak dekat sampai kat tourist information suddenly something caught my eyes, ada one stall bertanda halal. I was so happy! God is Great. Dalam keadaan lapar dan kepenatan Allah always provide and show the way without we, hambanya knowing it... Syukur Alhamdullilah, walau sekadar stall kaki lima. Kalau kat KL, jangan harap la I nak melepak and makan kat tempat-tempat open air macam nie. Even kedai mamak pun I tak nak pegi. But, I tell you Bangkok change me..ke in this case desperation out of hunger kah kah... Terus I ajak husband I makan. I ordered the simplest food sebab tak berani nak makan yang out of the my ordinary especially kat tempat-tempat macam nie yang tidak dapat di pastikan akan kebersihannya. I ordered nasi putih and soup ayam tak pedas. Husband I ordered nasi kuning and beef. Bila food sampai, I tengok eh..sikitnya nasi and bila tengok soup ayam, alahai..sedih but bila I makan aje... OMG, it was so yummy. Rasa macam nak menangis je, punyalah sedap haha.. Who would have thought, the simplest looking dish can be the most delicious one. Soup ayamnya yang masam-masam, panas, bau daun soup dan juga bawang goreng itu menambahkan selera I and I never taste soup ayam as good as this one, first time dalam hidup ku yang dah empat dekad ini. Then husband I suruh rasa beefnya yang sebesar chewing gum itu, oh... dagingnya sangat lembut dan bercerai bila masuk ke mulut... sedap gila, I tell you.. I was so happy and satisfied with my food and it cost us around RM12 aje, just the food, as for air I tak order since tak berani minum air sebarangan especially kat tempat macam nie.. I minum air yang bawak dari rumah.

Lepas makan, kita orang tanya tuk-tuk berapa kalau nak hantar pegi nearest BTS, dorang cakap 300baht.. ah sudah.. I kata kat husband I, tak payah je. Then I tengok ada pakcik sorong ice cream, I beli dua batang sebab lepas makan kena la ada dessert kann.. Husband I tak nak makan. Then kita orang cuba tahan taxi but satu pun tak nak berhenti sebab jam teruk. Then we walk along the place and sampailah ke satu tempat and I tengok ramainya orang kat taman nie, ada yang tidur and lots of them sell the same thing, whistle with Thai’s flags etc. I kata kat husband I, nie macam yang orang bawak untuk rally aritu je, husband I kata, tak ada lah. Anyway, kita orang jalan merata-rata cari taxi but langsung tak ada and kebetulan masa bediri tengah pikir akan nasib ini, dua buah motorsikal beruniform orange, one of their mode of transportation but using motorbike with the driver tengah bediri, parking kat situ. I cakap kat husband I, naik je la motor nie, mula-mula husband I tak nak, you know la, dia nie bukannya jenis yang adventure, tak macam daredevil wife nya ini, sambil menunjukkan bicep yang bersaiz chicken wing ini.. Then I kata, we got no choice, taxi tak ada, tuk-tuk charge mahal, tapikan sebenarnya, I memang teringin nak try bila I tengok ramai customer membonceng motor nie merata-rata.


Then husband I tanya harga, mula-mula dorang nie cakap, 200baht sorang, I cakap no, one person 100baht. 100baht for me and 100baht for my husband, two motorcycle dengan menunjukkan isyarat tangan. Both of them setuju. Kalau nak harap husband I nak negotiate, baik tak payah, sometime we have to be firm. Makanya ber joy ride la kami pasangan suami isteri. Gila babas dorang nie bawak motor, rasa macam bertempiaran nyawa I terbang. Tiap ceruk, pavement, corner semua dorang cilok dan naik. Sometime, we’re in between two cars and sometime belakang and depan bus, kena hon sana sini. Kadang-kadang motor yang husband I naik kat depan, belakang and tepi motor I. Bila dekat sangat dengan kereta or motor, cepat-cepat I kepit kaki I ke motor rapat-rapat. Patutnya I duduk macam naik motor but instead I duduk macam orang naik vespa. Debu-debu tu jangan kira la, habis badan I bau asap segala jenis bau, you name it. I tengok orang yang membonceng semua pegang kat tempat handle seat but not me, I pegang bahu pakcik motor nie, I don’t care sebab I takut I terjatuh. Kadang-kadang I imagine and perasan I kat filem je dengan rambut I yang berterbangan bebas and how I wish Ryan Gosling yang bawak motor nie, for sure pinggangnya ku peluk erat wakaka...ini, pakcik gigi karat dan berkulit sawo matang dan berusia la pulakkan... Dalam pada itu sempat lagi I snap gambar I sendiri and bila ada traffic light stop, I suruh husband I ambik gambar I cepat-cepat ahaha...

Jauh jugak BTS yang pakcik dua orang nie bawak oh gosh, I tell you, what an experienced that was. Siapa yang berani and nak rasa adernalin rush, I suggest you try la at least once. You will never regret, I la tak regret, kang korang yang try and regret cari I.. mampus I haha.. To me sweet memories la and I never felt so good in such a long time. It’s like I just woke up from a long sleep. But you know what, kalau tak desperate cari transport, I tak akan dapat naik and experience this. Jangan harap la husband I saje-saje nak naikkan... After that, we went to Gourmet Market at Siam Paragon to do a lil’ bit of marketing but hati ini tak habis-habis excited!

Tuesday, December 10, 2013

Aku, Drama Dan Emosi..


(Yesterday was the last day of anti government demonstration. I boleh dengar and nampak from my condo akan perarakan itu dekat main road. Ramainya orang berjalan-jalan and sangat panjang. Rasa macam nak capai je camera, turun and take a few snap ala-ala CNN reporter la pulak kan but memandangkan I nie chicken, manala tau something bad happen during those rally ke so I hanya mampu memerhatikan dari jauh dan mendengar akan suara leader dorang yang serak pecah itu di corong-corong loud speaker tanpa memahami sepatah haram pun yang di perkatakan. Bising with all the sorakkan peyokong dorang nie)

Anyway, this is one of or should I say maybe my the longest entry blog ever hehe... Thank you for being so patience, percayalah, pernantian anda sangat berbaloi *alahai perasannya I, macam la best sangat cerita I...

Here goes...

I was supposed to attend my younger sister, Mbo’s convocation at Putra Jaya and we had planned it about a year ago but since masa I surgery aritu husband I kena jaga I for two weeks, makanya plan I terpaksa dibatalkan. Husband I kan baru kerja dua bulan kat sini and itupun dia bernasib baik dapat cuti walau kalau nak diikutkan mana boleh kan. Furthermore, kerja husband I bertimbun disebabkan cuti tu and also dia ada meeting on Friday, the day that we were supposed to fly back to KL. Frust la jugak I sebab I dah siap-siap bawak baju and kasut dari KL aritu and ingat bila touch down kat airport, terus check in hotel kat putrajaya without balik rumah kat KL. Well, apa nak buat, kita hanya mampu merancang, the rest is up to Allah. But I’m so proud of her. So I called Mbo a few days before the event and told her that I can’t make it. She said, it’s ok, nanti dia akan buat Master and masa convo nanti I mesti datang.

Anyway, about three weeks ago Wo, Mbo and myself had a conversation/whatsapp, with me asking them particularly Wo (memandangkan umur kita orang dekat je, beza dua tahun), whether she has this some kind of a floaters, a dark spot thread and a bubble things wandering in her eyes. Dia cakap dia tak ada. Then Mbo said, I better check it out, it might be a retina detachment. I kata ok nanti I check dengan doctor mata kat sini. After the conversation, I pun google la and I was so shocked to see that my symptom nie exactly like retina detachment punya disease and it is very dangerous. I pun teruslah jadi emotional, susah hati, depress, sedih, kecewa you name it. I jadi sangat risau, terus la terbayang yang I nie bakal jadi buta kalau terlambat (it has been a few years since I first notice those floaters etc.) and tak akan dapat tengok movie or tv lagi (ada ke itu yang I pikirkan, maklumla hobby teragung). I langsung tak ada mood nak buat apa-apa. Husband I cakap jangan risau, I belum check doctor lagi but I kata memang confirm I dapat penyakit mata nie according to the google and I’m very sure of it. I pun start la bergenang air mata but I cuba tenangkan hati I dan pasrah la dengan apa yang bakal menimpa. Bila I baca pasal recovery nie lagi la I hati I bertambah kacau bilau sebab teruk sangat and some regain dia punya sight balik after many years and some terus buta. And sakit lepas surgery tu jangan cerita la, separuh tu cakap kepala rasa macam kena tendang dengan kuda...huhuhu.. Oh.. you should see how down I was during those time.

I cakap dengan husband I regardless what it is, I akan buat surgery di KL instead of Bangkok. Don’t worry about whose going to take care of me, I tau la macam mana nanti. Husband I kata, dia akan berhenti kerja kalau dia tak dapat cuti, wah.. drama sungguh. But still husband I cakap, don’t worry about it, its nothing and dia confirm I bukan kena retina detachment nih. Tapi I mana nak dengar nasihat or cakap husband I, lagi dia nak bagi I tenang lagi la I bertambah risau. Tiba-tiba I jadi alim semacam la, terus nak bertaubat la, kejap-kejap berzikir, tasbih bawak merata-rata, sembahyang pun jadi khyusuk, lepas solat terus baca buku-buku agama and baca yassin walau dalam bahasa rumi, then teringin nak pakai tudung bagai, siap dah plan nak pakai tudung labuh lagi you and try pashmina lagi..haha.. Selalu lepas solat, doa I pendek-pendek je but not during that time, doa I punya la panjang rasa macam tak nak stop aje.. Kejap-kejap I memujuk hati sendiri, I cakap dalam hati, tabah la hati, berserahlah, terima la ketentuan Allah, Allah sayang kat I sebab tu I have all this dugaan, this is nothing, orang lain lagi teruk, kalau I nak buta, buta la kalau itu yang terbaik pada Allah, biarlah I terseksa di dunia asal I bahagia di akhirat or masuk syurga nanti... ah... syahdunya.. All kind of motivasi diri lagi you... Tiba-tiba all the quotes yang bagi kuat semangat or think positive sungguh bermakna bagi I.. selalunya I sekali baca je...

Then I google cari the best hospital mata kat Bangkok and sambil tu I suruh husband I book appointment doctor mata kat KL. I kata I want a few opinion before I decide but walau apa-apa pun I nak buat surgery kat KL. I baca merata-rata forum expat kat Bangkok pasal best doctor and hospital mata. Then I found one, Rutnin Eye Hospital Bangkok. Katanya Thailand Premier Eye Hospital for over 49 years and the only one at Bangkok yang mainly cater to mata sahaja. Then I called my husband and asked him to book and make an appointment with the doctor.     
 

Makanya, the Saturday’s Mbo’s convo was the day I pegi ke hospital mata ini. But that night sebelum pegi, I dah tak dapat tidur. Again, macam kes I yang nak kena surgery nenen kat KL aritu and same goes to masa surgery gallbladder dulu kala. Oh, I tell you, malam tu kejap-kejap I pusing kiri kanan and terjaga dengan dengkuran husband I. Dada I berdebar-debar memikirkan apa yang akan berlaku or news yang I akan dapat nanti. I dah rehearse apa I nak cakap dengan doctor, apa baju I nak pakai and how am I going to react to the news.. hoho.. kena rehearse ke? Sesambil tu I berzikir sambil berbaring nak tidur dengan tasbih tak lepas dari tangan sampai la I terlena berzikir benda lain and terkejut balik. I terlelap kejap and around 4am, I terbangun and tiba-tiba airmata I mengalir bila mengenangkan nasib ini.. (huh..self pity la sesangat). Ilham buat puisi tiba-tiba datang non-stop, berbagai prosa, metafora, you name it, berlegar-legar di fikiran usang ini wakaka..wah... kalau dah berdarah seni darah seni la jugak...*lentok. Punyalah dramatic sampai tak tau nak pilih mana satu tajuk for my puisi ini contoh Meraih Hati Yang Rawan la, Hati Yang Germisi la, haha..shit punya title!. 
 

Next day tu, pagi-pagi lagi kita orang dah keluar rumah since the appointment was at 9.30am but we have to be there around 8.30am. I pakai spec instead of contact lense, leceh nak bukak-bukak and nak kena bawak solution lagi. Lepas turun dari BTS, kita orang ambik taxi. Sampai kat hospital I tengok kat ground floor tempat mendaftar tu, orang tak ramai and hospital nampak kecik aje. Ingat nak snap gambar tapi since I tak ada mood, I kata dalam hati nanti la. Lepas register dan diberi nombor giliran, kita orang naik second floor, bahagian retina. Bukak je lift, oh..ramainya manusia and same goes with the nurse, ramainya nurse kat situ.. muda-muda dan sangat cute. No wonder la some of the forum expat yang I baca, ada a few mat salleh pegi hospital lain not hospital mata nie, puji-puji the nurses kat bangkok. Seriously, muka dorang nie lebih kurang, kecik, slim, kulit putih, rambut hitam bersanggul, bertopi, same uniform, maunya mat-mat salleh penasaran tak suka. Yelakan.. perempuan mat salleh or their nurses kat negara dorang kebanyakkan badan tinggi besar-besar, tua-tua, shape muka bersegi and perangai dan juga cara percakapan pun agak kasar dengan muka masamnya lagi. Ini bukan I cakap but base on the comment yang dibaca, kang ada yang kata I bias just because I nie asian..haha..like I care? So anyway, 80% orang or patience kat situ adalah local, tak tau la pulak kalau some of them orang asia dari south east asia jugak, al maklum muka kita nie kan lebih kurang je.

While waiting for my name to be called, I suruh husband I ambik kan air yang dah disediakan kat situ, air mineral or chinese tea. I mintak dia ambikkan air mineral aje sebab kalau minum chinese tea, chances of me kejap-kejap pegi toilet is very high. Sementara tunggu nama I dipanggil, I saw satu pasangan suami isteri yang I presume datang dari somewhere in timur tengah/Pakistan/India (berdasarkan wajah dan juga warna kulit and definietly is a muslim sebab bini dia pakai tudung/jubah) in front of my seat. Well.. hehe..need I say more? Yea, kakak korang yang peramah ini pun menegur la dengan gigihnya. I tanya, dorang nie jumpa doctor kenapa and which one of them yang akan jumpa, although I know sure yang lelaki nie sebab dia pakai spec but who knows la maybe bini dia ke. So husband dia pun cakap, dia yang nak jumpa. I kata bagus ke hospital nie? Dia kata bagus and it was not his first time. About five years ago dia pernah datang sini. This time dia datang nak buat check up aje. I cakap I dari Malaysia, bila dengar je nama Malaysia, muka dorang berubah wajah ceria, yelakan siapa tak kenal Malaysia, thanks to Tun. Bini dia tanya, Malaysia tak ada good eye doctor/hospital ke. I cakap, husband I kerja sini sebab tu I datang sini je. Tak lama kemudian, nama I di panggil and we have to go to another section. Lepas mintak diri, sempat lagi I bagi salam. Then we went to the counter and bagi our file. Tak lama kemudian husband I cakap nama I di panggil although I tak dengar. I kata no lah, it’s not my name and it can’t be that fast. Husband I insist that I should go to the nurse at the counter yang supposedly called my name. I pun pegi and tunjuk my number, nurse tu suruh I duduk. Apparently, it was not my name. I sungguh geram and malu sebab dua tiga kali I tanya-tanya nama I di panggil and berdiri-diri kat situ. Then I bejalan balik sambil pandang muka husband I dengan mengerutkan muka I. I cakap, I told you, it’s not my name. Masa tu I rasa macam nak telan aje husband I. Orang kat situ pandang-pandang I. Then I duduk balik. Dia kata, dia dengar macam nama I kena panggil. I kata bukan la dengan muka gangster lorong I ini. Husband I memang tau...selalu bagi I scene malu yang tak sepatutnya..

Lepas duduk tu, I perasan ada dua lelaki and sorang perempuan kat belakang I. Sebelum tu I ada tengok dorang tunjuk passport kat counter masa I duduk-duduk and I guess dorang nie bukan local sebab local mana ada tunjuk passport. And haha.. I pun tegur la ekeke... (kepoh kan?). I tanya, where are you from? One of the guy nie cakap dorang datang dari Kemboja sambil senyum-snyum kat I (thanks God, he didn’t find me annoying, ye ke?). I tanya siapa yang nak jumpa doctor, dia kata kakak ipar dia and dia introduce perempuan tu and also abang dia. So abang dia punya bini la nie. I tanya kakak ipar dia but she doesn’t know how to speak english and muka senyum-senyum kelat je. Adik ipar dia explained, kakak ipar dia nie ada nampak floaters. I cakap, sama macam I. Then I tanya, first time ke datang sini. Dia kata tak, dulu dia hantar mak dia ke sini and hospital/doctor sangat bagus. I tanya, dia datang sini semata-mata nak hantar kakak ipar dia ke dia kata dia ada business so kira menyelam minum air la kan. Dia kata kadang-kadang dia datang and buat check up kat Hospital Bumrungrad. I kata, hospital tu mahal, abang dia terus gelak sebelum tu abang dia cuma senyum-senyum je, although tak tau cakap english, bila I cakap very expensive, tau la pulak dia kan. Then dia kata sebelum nie dorang buat medical check up kat Elizabeth Hospital kat Singapore. Dalam hati I cakap, wah... kaya dorang nie although pakai biasa-biasa, peramah, humble dan berbudi perkerti pulak tu. Dia kata Elizabeth Hospital nie lagi murah (dalam 15% je) in comparison to Hospital Bumrungrad kat Bangkok nie tapi kalau dah kira makan, hotel etc.. lebih kurang sama or lagi mahal kat Singapore.

Tak lama kemudian, nama dorang pun kena panggil untuk jumpa doctor. Then nama I di panggil and di suruh ke section lain. I was asked to remove my spec and nurse kat situ check my spec. Then dia check mata I and cakap wind. I ingat apa la wind wind nie kan. Rupa-rupanya, bila I letak muka I kat machine tu ada angin keluar hembus mata I. Tiap kali angin nie hembus mata I, tiap kali tu jugak la badan I terangkat-angkat sebab sejuk angin tu bukan sakit pun tapi acting je lebih... Lepas tu dia check mata I macam yang kat kedai tu, suruh I baca apa yang kat dinding. Lepas abis dia check, I kena duduk balik kat section tadi. Tak lama kemudian, nama I dipanggil and kena pegi tu another section ( I know, banyak sangat section). Bila masuk the section, I tengok eh kenapa macam ada katil-katil and tirai?. Takan la doctor check kat tempat macam tu, macam makeshift punya tempat je. Then I tengok ada ramai orang tengah duduk, separuh tu tengah pejam mata. Then that kemboja guy berserta abang and kakak ipar dia pun ada. I tanya macam mana dengan kakak ipar dia, dia kata dorang dah jumpa doctor and doctor suruh dorang pegi ke tempat nie and datang jumpa doctor nie balik lepas buat procedure kat sini. Wah... I cakap kat dia, eh, kenapa I tak jumpa doctor lagi and terus ke sini? I pun sibuk la bagitau husband I and then I pun kecoh-kecoh la tanya nurse kat situ, kenapa I tak jumpa doctor dulu sebelum ke sini. Nurse dengan senyum penuh lembut cakap, dia kena letak liquid kat mata untuk bagi pupil I membesar so that doctor boleh check dalam mata I. I kata ok walau tak habis-habis I cocet dengan husband I, tak puas hati la kan.

Then nurse tu suruh I duduk dekat machine untuk check my blood pressure. And as usual, blood pressure I naik. Dia kata tak apa nanti dia akan check lagi. Then I duduk balik kat seat. Lepas tu dia kata nak letak liqiuid kat mata I. I tanya sakit tak? Dia kata tak cuma pedih sikit-sikit. No wonder la perempuan kat sebelah I pejam mata sambil mendongakkan kepala ke atas. Sebelum dia letak, nurse nie cakap, mata I akan kabur for a few hours or sampai petang. Lepas dia titik liquid tu, I tanya, boleh ke I bukak mata. Dia kata boleh kalau tak pedih. Orang kat situ semua senyap, I aje yang bising-bising tanya-tanya soalan hahaha... Bila ingat balik perangai, alahai I nie kan.... Bila I bukak mata tak lama kemudian I terasa pedih cepat-cepat I kipas-kipas mata I and pejam mata I balik. Tapi tak tahan pejam lama sebab sibuk nak tengok orang keliling. I bukak balik mata I sambil tu mencari-cari wajah kesayangan hamba itu hehe.. Sempat lagi I tengok husband I tengah berborak dengan orang kemboja tu. Tak lama kemudian, nurse nie pegi kat I balik and check my blood pressure and seperti yang you all telah sedia maklum blood pressure I lagi naik. Oh, balik nanti I nak jumpa my doctor and insist nak makan ubat high blood la, risau I tau. I dah berapa kali mintak tapi dia tak nak bagi jugak. A few minutes later, nurse datang balik and titik balik kat mata I. Dia kata, dia kena titik tiga kali after a few minutes. Lepas abis procedure nie, I ingat sure kena baring kat katil yang ada tirai-tirai nie but I was asked to go back to the same section before untuk jumpa doctor.

Balik ke section tu, I tanya husband I mata I macam mana. Husband I cakap anak biji mata I besar. Gelak-gelak dia tengok. Then I ambik cermin and I tengok sendiri..hehe... memang betul, pupil kita yang biasa kecik ini jadi besar, macam tak cukup ruang untuk iris macam mata orang makan meth je. Husband I cakap ada iras-iras mata ular. Really kelakar tau, mata I macam mata kartun manga. Then I pegi toilet kejap walaupun tak ada rasa nak buang air kecil, mana la tau masa doctor check tiba-tiba I rasa macam nak buang air kecil ke sebab nervous and all. Tak lama kemudian serasa bagai nama I di panggil oleh nurse and husband I suruh cepat-cepat masuk. I masuk je I tengok, eh, kenapa doctor nie nampak muda bukan yang macam I tengok kat internet. I terus tanya, what is your name doctor. Sekali doctor tu tanya I balik, what is your name.. hahaha.. Then I sebut nama I. Then nurse tu tengok kat file yang dia pegang and it was not my turn yet. And it was not my name that she called. Then I dengan husband I keluar balik, aisyemen, how many time I nak kena malu nie? On the way nak keluar dari bilik doctor, I cakap kat husband I, I swear I heard my name and husband I cakap dia pun dengar sama. Lepas tu I cakap kat husband I, agaknya nenek tua kecik rambut beruban, berkain batik berselisih dengan I masa I nak keluar bilik doctor and dia masuk tu agaknya kot yang nurse nie panggil and maybe nama dia sama dengan nama glamour (la sangat) I tak?

Lepas nenek tu keluar, tak lama kemudian nama I pun di panggil. Doctor baca I punya file and I explained kat doctor pasal I nampak floaters, macam rambut halus, bubbles kat mata I. I cakap yang bila I pandang something, it seems that ada a few spot menghalang pemandangan I but I still can see the things or figure in front of me. Then doctor pun check mata I yang macam check mata kat kedai mata but lagi sophisticated. Then dia suruh I baring tanpa bukak kasut. Then dia tutup lampu and dua nurse bediri kat sebelah dia. Masa dia pancarkan lampu kat mata kanan I, meleleh-leleh airmata I, bukan sebab I sedih tapi keluar automatically. Dia suruh pandang atas, bawah, kiri dan kanan. Then bila dia pancarkan lampu kat mata kiri I pulak, oh, this is a bit uncomfortable sebab selain dari airmata I keluar meleleh-leleh, I rasa silau yang amat sampai terangkat kaki I. Doctor tanya I kenapa, I kata mata silau sangat. Then doctor said something to the nurse and nurse tu kurangkan aircond, mungkin dia ingat I sejuk.

Lepas tu nurse bukak lampu and doctor explained kat I and husband I. I tanya, I ada retina detachment ke. Doctor kata no and mata I tak ada apa-apa. Ya Allah! I was so relieved. Buat penat aje I menjeruk perasaan selama seminggu lebih itu. Dengan all the drama, the sadness, the airmata selju bergenang, dengan depress, dengan segala puisi syahdu, tak lalu nak makan la, siap dah plan nak practice kalau lepas kena surgery – nak baring macam mana la, siap pikir nanti kalau I terbuta macam mana nak bejalan, baju nak pakai, cara nak masak, buat air tea/coffee bagai..oh dear, I know, imaginasi I memang melampau dan tak terjangkau oleh pemikiran korang hehe but honestly, that is what I had gone through and over nothing! Then doctor cakap, I punya power sangat tinggi and beside I dah berumur *merana..itula punca kenapa I ada this floaters and all. I tak puas hati, I tanya lagi sebab nak confirm pasal retina detachment tu. I tanya tak ada tear ke, dia kata tak ada. How about benda yang cover penglihatan I yang macam flash. Doctor tu kata, mata kita nie macam kulit, kalau pinch hari-hari dia akan jadi macam tu. Then I tanya, apa I kena buat and boleh hilangkan ke. Doctor kata, tak boleh hilang, as we grow old benda nie akan ada kat setiap orang. So stand by la korang nanti yea..hoho... Then doctor sambung lagi, eat lots of vegetables and fruits. I tanya bila I kena datang lagi for check up, doctor kata, datang after six months or check once a year.

Lepas keluar dari bilik dia, kita orang nak turun ke bawah untuk bayar bills and ternampak gang kemboja nie. I tanya macam mana dengan kakak ipar dia, dia kata, tak ada apa-apa cuma abuk. Dia tanya I punya case, I cakap I dah tua sebab tu la nampak all this things then all of us gelak. Then we said our goodbye. On the way nak turun, husband I cakap, kan dia dah kata, bukan retina detachment and dia sangat confident itu bukan. I kata kat husband I, macam tak puas hati je. I kata balik KL nanti I nak pegi check lagi sekali. Husband I cakap, I pegi doctor mata, apa yang I tak satisfied, dia dah diagonse I tak ada apa-apa, dorang ofcourse expert dalam bidang nie and he has all the experienced and he knows what he’s doing and talking about. I kata, yela yela... Bila keluar dari hospital nie, oh... punya la terang benderang, sampai I tak boleh nak bukak mata sebab silau yang amat. This is due to the pupil I yang masih dilated lagi and it will take a few hours or until the evening for it to go back to it original size. I bukak spec and pakai spec hitam. Jadi bertambah kabur la pulak. I berpegang kat husband I macam orang buta, kalau bawak tissue memang confirm orang ingat nak jual and mintak derma. Originally husband I ajak naik taxi tapi I insist on bejalan, ingatkan dekat, berpeluh habis dengan panas and with all the vehicles around. During those bejalan moment, husband I asyik merungut, jauh la, panas la, mana BTS nie tak nampak-nampak and dia siap tanya guard kat one of the building betul ke jalan yang kita orang tengah menapak nie jalan ke BTS. I kata jangan nak malas-malas.. exercise... Husband I pulak bejalan agak slow, I fed up I terus jalan ke depan dengan rabun nya lagi and tah macam mana sikit lagi motorsikal nak langgar I masa I seberang jalan. Husband I cakap, penunggang motorsikal tu siap geleng-geleng kepala lagi. I kata, you la jalan slow sangat. Husband I cakap, sabar la.. Balik dari situ, kita orang lunch kat restaurant kat MBK. During makan tu, Mbo hantar gambar gambar dia convo dan dorang yang attend such as Mummy, Wo and laki dia. I kata kat husband I, rasa rugi la. Husband I kata, tak apa, dah fated you tak dapat pegi walau macam mana you merancang sekalipun. Allah knows better. Yela.. Ustad...

Lastly, in my opinion and base on my experienced, Rutnin Eye Hospital nie sangat bagus dan efficient walaupun ramai patient. Service sangat teratur dan hospital sangat bersih. Harga berpatutan, tak mahal. Layanan amat memuaskan. Air minuman mineral and chinese tea sentiasa ada di setiap floor, bukan pakai botol tapi pakai gelas yang ditutup dengan plastic. Orang-orang and nurse kat situ baik-baik, helpful, polite and sentiasa senyum melayan kerenah.... I ler. I sampai pukul 9.00am kat hospital tu, pukul 12pm dah keluar..  Anyway, balik rumah husband I cakap, wah... semua orang I tegur tak kira bangsa.  Dia kata I patut join politik,  I kata I tak minat nak join politik sebab I tak sanggup nak fitnah or back stab orang.  Husband I cakap, I punya marketing sangat bagus.  I kata nasib I tak gunakan mulut I yang peramah nie untuk menjadi Miss putar alam, tipu sana sini.  Then  husband I cakap, campak la I kat mana-mana and sure semua orang I tegur and kalau kat pekan-pekan kecik mesti merata-rata orang dah kenal, who knows boleh jadi mayor... I cakap, ahh...sudahlah..

Sekian catatan I untuk kali ini.... 

Monday, December 2, 2013

Bangkok Yang Kelam


Hari nie dah lapan hari kota Bangkok berada di dalam keadaan yang tidak berapa tenteram with the demonstration whereby pihak pembangkang tak agree with the policy of the present government. It started last Sunday, we even called Lilyn our house agent and asking whether it was safe for us to go out, dia kata don’t worry, rally nie peaceful and we can even come and have a look. Dia pun ikut sekali dengan penduduk Bangkok nie. Dia kata yang buat rally nie orang-orang professional such as doctors, lawyers etc.. But we decided it is best for us just to stay at home beside on Saturday tu I dah pegi doctor, thanks God (nanti I cerita), kalau tak sure jammed or who knows kan. Anyway, last Monday tu husband I pegi balik kerja macam biasa. But on Tuesday office husband I mengarahkan all of them to balik pukul 2pm. Then next day Wednesday all of them kena balik pukul 10am and office ditutup until further notice kerana dikhuatiri orang yang berdemonstrasi ini akan menceroboh masuk sebab parti pembangkang nie target government office.  Malam tadi, Wo and Mbo whatsapp I and cakap dorang risau kan I kat sini.  Wo suruh register kat Malaysian embassy (which we have yet to do it, husband I asyik tak ada masa ) and Mbo siap suruh balik Malaysia lagi.  Sayang jugak korang kat I eh? hehe..  Lydia pun ada whatsapp tanya-tanya.  I baru nak whatsapp dia nak tanya pasal demam dengue dia and sempat la story pasal cucu sedara  yang cute itu.. Can't wait to see them...

Makanya husband I pun dengan penuh gembira menerima “cuti” percuma iaitu starting from last Thursday, Friday and now Monday. On Tuesday tu since balik kerja awal, sibuk la dia ajak I pegi supermarket. I tell you, bab-bab “beriadah” ke supermarket nie memang his favourite things. Ini adalah hobby beliau yang terunggul, I think this is his retail theraphy and me too hehe. Like I told you guys before, pasal tolak trolley tu memang tugasan dia termasuk bab-bab beli ikan, ayam dan buah-buahan. As for me, I bahagian sayur-sayuran dan barangan kering. Oh yeah, we went shopping at the opposite direction of Bangkok (CentralPlaza Ladprao) and not in the middle of the city. On the way balik dari beli barangan dapur nie sempat la jugak I mencapai satu bag and satu hood cute-cute ada telinga bagai for winter season muehehe.. kasi chance la kakak korang melaram walau di negara tropika ini... *lemas....

Sampai rumah, kita orang perasan that there is one more plastic bags full with chicken’s part and also beef steak hilang or tercicir. Being the control freak that he is, puas la husband I memikirkan di manakah kehilangan bag itu and siap turun naik lift nak cari and berteori sorang-sorang. Husband I is very particular about counting all the plastic bag or things that we carry. So next day, husband I ajak lagi pegi ke supermarket kat situ untuk beli barangan yang hilang. The thing was, we were so excited about the halal beef steak that we found at this supermarket since it was so hard to find in other supermarket throughout Bangkok, yang tak halal tu ada la bertimbun. This time husband I make sure semua ada and he kept on checking and counting how many bags that we’re carrying even handbag I pun dia nak sling kat badan dia wakakaka... he is so paranoid! Anyway, lepas abis buat marketing, kita orang lepak makan kat situ, thanks God for kebab turkey halal or berkeriuk la perut...


The next day, husband I ajak lagi pegi supermarket dengan alasan dia nak makan cereal for breakfast since dia tak kerja. But this time we went to Villa Market (like I said on my previous entry, Villa Market nie is cater to the expat tapi tak de la banyak mana pun barangan import, still barangan local jugak yang banyak) since it was the nearest to our condo and we can just walk for about 10 minutes. Masa nak bayar tu, tiba-tiba cashier nie cakap, I beli dua crackers dapat satu free. I kata tak ada tinggal dua aje, then assistant dia masuk balik kat aisle tu and cari-cari. I kata, it’s ok for a few times, ala..setakat satu keropok free apa la sangatkan. Sampai kat counter, I cakap kat cashier yang berwajah takut-takut senyum tu, it’s ok, don’t worry and dia tanya, no problem? I kata no problem sambil senyum-senyum, then dia cakap something dengan assistant dia, then assistant dia cau and datang balik bagi kita orang free gifts, satu mug and satu tabung air. I kata wah... thank you so much, dorang siap tunduk-tunduk lagi. Masa nak balik, dorang kata bye-bye lambai-lambai banyak kali and senyum-senyum. Tak pernah dalam hidup I dengan husband I sepanjang-panjang kita orang beli barangan kat supermarket kat KL/Malaysia, pekerja treat kita orang macam nie. Kalau kat Malaysia, dorang akan buat tak tau je kalau barangan free dah tak ada stock sambil menjuihkan mulut yang macam pisang kaki itu. Mula la kita orang buat perbandingan.

After that we just stayed at home even on the weekend. Tak berani keluar ke mana-mana sebab kang tak pasal-pasal kena penyembur gas mata. I tell you, since husband I di beri “cuti” nie, my whole schedule had gone haywire. I can’t do the thing that I normally do and he is so annoying. Mana-mana I pegi hatta buang air kecil pun dia mesti cari. Kadang-kadang I buang air besar pun dia ajak berborak, ada ke? Dengan nak menerannya dengan menahan baunya lagi dengan nak bercakapnya dengan I nak baca buku lagi.. haiyaaa.... Lepas tu asyik-asyik ajak tengok tv or movie je, bosan I. Lepas tu tanya-tanya, apa I buat, apa nak masak or nak makan, nak pegi mana, tak mandi lagi ke etc... rimas I tau. Itu belum lagi part-part dia menyakat I dengan bahasa tamil yang dia siang-siang dah record kat phone dia (next time I cerita, jangan la percaya dengan janji manis I sebab I mesti lupa). Mood I nak update blog pun terbengkalai (konon, padahal... ), alasan mesti ada babe * senyum simpul... Tak baik merungut macam tu, kang orang tu “pegi” dulu baru padan muka I, baru terhegeh-hegeh meraung mintak dia balik...Ungrateful wife!

Ok, here’s the best oh no, the greatest thing about him ada kat rumah. Pagi-pagi lagi husband I dah masak air, buat air teh or milo for the both of us Then dia sibuk buat breakfast, rebus or goreng telur, sausage. Around 10 or 11am bila I kata I lapar lagi (manjanya I hehe..), dia akan goreng nugget or chicken fingers or chicken ball. Bila time I nak masak, dia akan join I, masak nasi, basuh sayur, pinggan or benda-benda I dah guna, sapu lantai, lap cabinet etc. Lepas tu dia offer nak basuh baju kat washing machine. Bila I dah abis masak dia akan lap dapur letrik. Lepas makan dia akan basuh all the dishes, dia akan potongkan I buah and petang dia akan buatkan I air teh. Rasa macam tulis kisah harian bibik la pulak wakaka.. jahat I. Sayang you tau walau you annoying sesangat... tetaplah nak kutuk... hehe..

So anway, blog I dah berusia empat tahun you... I baru perasan semalam.. Tak tau nak bagi speech apa this year, cuma this blog is the longest ever and I hope I will continue with this one for as long as I live. I hope you guys enjoy reading my personal thoughts, stories etc as much as I enjoy writing and sharing with all of you. Oh, it’s advisable not to go to Bangkok at the moment tapi kalau nak datang jugak make sure jangan pakai baju colour merah atau kuning nanti kena terajang... hehehe...
 
Sekian catatan I untuk kali ini...