Showing posts with label Memoir /Those Moment/Thought. Show all posts
Showing posts with label Memoir /Those Moment/Thought. Show all posts

Saturday, August 8, 2015

Puasa, Hari Raya dan Genangan Air Mata Ini

Hello,

First of all, I nak ucapkan Selamat Hari Raya to all of you out there..either you’re celebrate or come as a guest... There’s not much going on or activities during Puasa or Hari Raya ini. During puasa, I jarang sangat masak although ada buat lauk frozen, itupun I dengan husband I tak makan. Either tapau or makan kat luar aje. Itupun tak ada makan-makan heavy, yang simple aje. But for the first time in my sejarah berpuasa nie, I tak miss sahur kecuali period. Itulah you, I pun macam tak percaya. I sahur pun simple je, mostly I minum oats dengan vico without sugar, kadang-kadang roti. Tapi berat badan tak turun-turun, maintain kembang...perut I makin buncit, maybe minum air banyak kot kata diri ini memberi alasan untuk menyenangkan hati yang tengah gundah. Ish! orang cerita pasal sembahyang terawih and pasal malam israk mikraj, I cerita pasal makanan during puasa and sahur...tetaplah tak berubah... 
 


As for Hari Raya for this year, hmm... I tak buat open house, cukuplah sekadar menyambut di rumah in-law pada setiap tahun. Sis in-law I ada tanya, ada buat open house ke? I kata, tak ada sebab tak ada mood. Hah.. terus terang lagi, tak kuasa I nak bagi berbagai-bagai alasan or corner kiri kanan just because nak menyedapkan hati orang nanti memakan diri sendirk. Open house ke tak open house ke tak penting, yang penting kita nie menyambut kemenangan setelah sebulan mengawal diri dari melakukkan pekara-pekara rutin. Tapikan you, sampai sekarang I still amaze that, kalau I tak makan betul or lambat makan, I akan rasa mengigil satu badan, mulut rasa sejuk, sesak dada and rasa pening-pening nak pengsan. Bila puasa je, langsung tak rasa apa-apa, in fact I boleh belari-lari lagi and sampai petang pun I masih rasa segar. I rasa macam wow... tak tau macam mana I nak explained, sedangkan I bukan la alim mana but of course solat I jaga. I sangat terasa kenikmatan dan humble dengan kebesaran serta kekuasaan Allah. Itu yang sometime I hairan kenapa masih ada orang yang tak boleh/tak nak berpuasa and orang-orang lelaki yang kena tangkap sebab curi-curi makan haritu.

Anyway, hari raya this year Bigail datang lagi sebab nak celebrate dengan both of us. Actually, dia cakap dia datang hari Rabu, I ingat hari Khamis. Bila dia hantar gambar ticket last week, I tak perasan lagi but bila dia whatsapp cakap dia dah dalam bas, tekejut I, I tanya bila datang dia kata today, I pun kelam kabut kemas bilik and sediakan tilam, selimut, bantal untuk dia tidur. This is the second time dia datang sendiri-sendiri, the first time was last year. Dia datang naik bas and LRT. Risau I sebenarnya dengan anak dara I sorang tu. Takut penyamun penyamun brengsek nie kacau-kacau dia. Bila dia kata dia dah dekat nak sampai, cuma one more station, lega rasa hati I. I dengan husband I buat marketing kat supermarket and beli food for berbuka, so I suruh datang situ. I tunggu kat tempat cookies sebab janji kat situ tapi dari jauh dah tersengih-sengih ikut husband I dari belakang. Geram I tengok pipi gebu dia..rasa macam nak gigit je.. She is so cute. Walaupun umur dah 20 tahun tapi I dengan husband I masih anggap dia macam budak-budak lagi. Yelakan, dari merah-merah baru sehari lahir I dah kenal dia.

Sebelum dia datang, dia dah pesan kat I, yang dia are on strictly diet tak makan nasi tapi sempat lagi tanya ada tak ice cream kat rumah sebab dia nak belasah puas-puas hahaha... nak diet konon... heh! Pening la kepala I memikirkan nak bagi dia makan apa. Then I dengan husband I decided that, kalau dia tak nak makan. I akan tetap masak nasi hehehe.. kejam I kan. So masa kat shopping complex tu, I tapau nasi ayam for berbuka for all of us and doughnut Big Apple which is her fav’s. Oh yeah..she’s fasting. Last year dia puasa penuh but this year dia puasa jugak but ada sekali dua dia makan kurma pukul 6.30am hahaha... tak pe la dia bukan muslim but I respect her and cuma period dia tak puasa. You see, if she can do it, I don’t see why the muslim can’t do it. Dia tak bangun sahur lagi, kadang-kadang aje.

So masa hari raya, I bagi dia baju yang I buat tapi tak pernah pakai. Ngam-ngam kat badan dia. On the way to in-laws house, husband I stop kat tepi jalan belikan lemang for them and then on the way nak balik, husband I beli lemang and rendang for us and for our chinese neighbour. We didn’t go anyway sebab husband I kena ghout kat kaki. I pun tak tau dia makan apa. Sampai rumah, I masak lontong untuk bagi neighbour sebelah, berserta dengan lemang, rendang dan serunding. Bahan-bahan untuk lontong dah prepare siang-siang with the help of Bigail, of course. Rajin dia tolong I tau.. Haritu masa dia baru datang, I tengah simpan barang kat dalam icebox, sekalikan air kelapa tertumpah, terus dia ke kitchen without being told and ambik mop, terus dia mop beberapa kali. So tell me how orang tua macam I nie tak sayang habis kat dia? Dia pandai ambik hati I yang sangat lembut lagi gebu ini hehehe...

We didn’t go anyway sepanjang dia kat sini, melepak aje kat rumah, tengok tv and of course berborak non stop, kadang-kadang sampai ke solat subuh. You tau je la, I nie kuat berborak hah... Itu belum lagi part I mengulang cerita, borak dengan orang tua macam I, memang macam tu you... Kalau tak repeat topic yang sama, memang tak sah, itu belum lagi I nak cerita how forgetful I am. Sabar je la Bigail melayan I. Bila dia bangun and siap-siap mandi, dia akan tanya I ada apa-apa nak tolong kat dapur or I akan panggil dia tolong I. I only need her for 1 or 2 hours je, selebih tu dia buat hal dia, main tablet, whatsapp dgn kawan-kawan dia or borak dengan I and makan sama-sama depan tv. Bercakap pasal whatsapp nie, dia ramai betul peminat and kawan-kawan, bak ahli perniagaan yang business nya tengah masyuk. Nak tergelak I tengok. Kalau dia borak dengan I, dia akan ignore all the calls, I tanya eh, tak nak jawap ke girl, dia kata tak apa..wah.. she can take her sweet time lagi you, bila-bila dia nak reply.. punyalah laku hehe... Kalau ada orang call, I akan usik dia, I buat suara background ala-ala filem tamil tengah bergaduh la or kalau ada mamat yang nak kacau dia, I siap tulis ayat-ayat funny kat kertas masa dia tengah borak dengan orang tu, sebab nak bagi dia ketawa, mengigil dia tahan gelak. Nasib la dapat aunty macam I. Bigail cakap I nie sometime dia rasa hubungan dia dengan I macam kakak dengan adik aje but sometime rasa macam aunty. Hai, I nie kan pelakon serba boleh makanya semua watak memang berjayalah I lakonkan hehe... Tapi yang sebetulnya bukan I belakon but I’m just being myself beside I don’t know how or the right way to handle a daughter or those who is way younger than me as you know I dengan husband I kan tak ada anak. So I just treat her like a friend and be an aunty (according to me la) at the same time.  Itu belum lagi husband I yang akan ambik food bila dia nak capai or buat-buat nak bawak food lari.. hahaha..

I ajak dia tengok Masterchef Australia (finale two weeks) yang latest, sekali ada la mamat bujang sorang nama Reynolds yang cute. Of course la dia support Reynolds nie bukan main lagi you... Dia kata kat I handsome kan aunty, cute kan aunty and this or that kan. I tengok alahai.. pangkat anak aku je nih. Not my taste la nak uhhh and ahhh or syok pada anak hekan nie. Pelik la kalau tiba-tiba I tersipu-sipu malu tengok budak-budak bujang yang muda nie..ish! Oh, wait.. don’t get me wrong or take it personally with my statement. It has nothing to do with Che Tar ke or Hellah or Erang Pazirang or any other women yang kahwin or couple dengan lelaki muda. Lain perempuan lain la taste nya kan. Tapi even if I’m single pun I memang tak minatlah. Tambah-tambah I jenis yang malas nak layan kerenah orang... Errr... am I speaking too soon? Kang ada la yang duduk atas peha anak hekan sambil memintal mintal rambut sendiri dan berlaga pipi sambil ber selfie mulut arnab gigi kapak...hapa??? Anyway, I cuma sengih-sengih je la tengok perangai dia, kadang-kadang I dengan husband I pandang each other sambil memberi signal keat belakang dia... oh she is so cute... Teringat zaman I muda remaja dulu, dengan emotion yang ups and down dan extreme itu hahaha... Tapi yang pasti, I memang anak yang baik dan paling tak menyusahkan Mummy and Daddy, seriously, nanti la I cerita (kalau I ingat) akan diri yang memang impian para ibubapa seluruh dunia wakakaka...uwekksss..... cuma itu la..sensitive je hehe...

After spending a few days with us, it was time to send her back. We dropped her at the nearest LRT station so that she can catch a bus back to Malacca. Sebelum tu, we all pegi makan dulu sambil selfie lagi you... Lepas hantar dia balik, I pun terus la nak ke bilik tempat dia tidur sebab nak kemas bilik, bukak sarung bantal, cadar tilam dan selimut untuk di basuh, tiba-tibakan hati I jadi sebak especially bila tengok baju, tuala dan beg yang dia tinggalkan di situ. Cepat-cepat I keluar dari bilik dia, tanpa sempat mengemas dan sebagainya.. Rumah terasa sepi tanpa gelak tawa dan borakkan I dengan dia. Sebelum ini I tak tau apakah maknanya sunyi dalam erti kata yang sebenar (mula la meleret...), tapi petang itu hanya kedengaran kipas siling yang berpusing. I peluk husband tanpa dapat melafazkan kata-kata sambil airmata I bergenang.....
Sekian antara catatan yang ketinggalan ini...
 

Tuesday, June 30, 2015

Sweet Memories with Uncle Unjie

 
(Long entry is back)

Dalam banyak-banyak bulan, bulan May la yang paling banyak pekara berlaku di persekitaran I. Lama dah I nak buat entry pasal the passing of one of our family member but I decided to hold on to it for a while sebab rasa macam it is not fair for me to write something sad and a few days later cerita pasal benda-benda yang buat I happy. Kena la respect.  

Here goes... early last month, I got a news that my dad’s younger brother passed away. Remember masa I balik Kuching two years ago and visited my uncle yang tak berapa sihat itu? Yes, that Uncle Vincent. I think I ada post gambar dia dengan I, mmm...tak ingat I. So my uncle nie passed away due to his illness. I was sad but I didn’t shed any tears because I tak rapat dengan dia but when someone that you know and tambah lagi your relatives and you pernah cakap dengan dia, you akan tetap rasa kehilangan dia. It is like something has been taken out of your chest...rasa macam ada ruang kosong kat dalam tu. That is how I feel and still is. Then teringat masa mula-mula I jumpa dia masa kita orang balik Sarawak masa tinggal kat Singapore dulu. I ada cerita dalam entry Wo and Me punya series. Let me recall balik lah... 

Masa tu kita orang make a stop over kat Kuching sebelum balik kampung Daddy. Uncle Vincent or nick name dia Uncle Unjie tinggal kat Kuching and kerja kat RTM. My first impression of Uncle Unjie nie masa first time jumpa dia, wah... chubby jugak pipi Uncle Unjie nie. With his Shaun Cassidy’s hair, bell bottom pants, kasut boot bertumit tinggi dan baju t-shirt ketat, well..Uncle Unjie was so hot during that time. Masa tu I darjah satu ke dua..tak ingat lah. Sengihan dan gelak ketawa tak pernah lekang dari wajah Uncle Unjie. Dia tak banyak cakap cuma like I said asyik gelak-gelak kecil aje. So for a few days jugak lah kita orang tinggal kat bilik bujang beliau. Rumah bujang Uncle Unjie nie macam hostel yang kat U or college. Sebilik sorang tapi share bilik mandi. First time masuk bilik dia, omg, bersepah macam tongkang pecah terdampar di tepi pantai. Kita orang terbeliak bijik mata masa mula-mula masuk bilik beliau yang sekangkang itik itu. Katil pun tak nampak apalagi lantai yang strewn around with all kind of stuff. Tersembul perkataan “apuuuu” (apu tu is an expression dalam bahasa iban yang bermaksud... oh my oh wow...kira macam tak percaya..) dari mulut kita orang hehehe...dan I dengan Wo terang-terang cakap, bersepahnya bilik uncle nie... Mummy yang pandai cover senyum-senyum je.. but dalam hati who knows la kan.. sementelah adik ipar beliau..takan la dia nak maki-maki kan.. I tell you, Mummy nie pandai bermanis-manis, itulah trait yang diperturunkan kepada Wo hehehe..

Anyway, Mummy pun teruslah mengemas bilik Uncle Unjie nie, sambil I dengan Wo buat inspection bilik rakan-rakan beliau sebelah menyebelah. Kadang-kadang terserempak dengan budak-budak bujang lelaki perempuan lalu kat depan bilik Uncle Unjie. Bila time nak mandi, masuk kat bilik mandi ada la a perempuan dengan tuala keluar dari situ sambil senyum manis. Budak-budak bujang kat situ semua baik-baik dan peramah. I teringat lagi muka one of the girls dengan rambut bertocang, pakai tuala pink, berkulit hitam manis, lalu sambil tanya-tanya I dengan Wo. Bila Uncle Unjie and daddy balik aje, terkejut Uncle Unjie sambil tergelak kecil tengok bilik dia Mummy dah kemas. Wo dengan I pun sibuk la cakap, tengok uncle, tengok uncle, your room Mummy dah kemas. Wo cakap, dulu sepah sekarang dah bersih dengan sengihan gigi depan yang sumbing itu wakaka..

There was one night, since Wo and I were so bored and we got nothing to do, yelah kan.. I tak ingat ada tv ke tak bilik Uncle Unji, makanya Wo dengan I pun pegilah menziarah bilik budak bujang sebelah bilik Uncle Unjie. Masuk je, tekejut I dengan Wo tengok wall dia penuh dengan gambar perempuan bogel dengan berbagai pose itu. Since masa tu kecik lagi and perasaan malu pun tak ada. I dengan Wo tengok satu persatu and hairan kenapalah perempuan-perempuan omputih nie mengangkang bagai dan ada bulu-bulu, masa kecik mana la ada bulu pubic lagi kan. Tapi sempatlah I cakap, eh.. tak malunya perempuan nie. Budak bujang tu gelak aje. Tak lama kemudian, Mummy datang cari kita orang. Bila Mummy jenguk je, Mummy buat-buat senyum bila tengok dinding, Mummy cakap,”suka letak gambar yea.. hobby eh?. budak bujang tu cakap, “yea” sambil tersenyum-senyum malu, merah muka dia. I didn’t understand the “exchange” back then, bila dah tua nie baru I faham. Rupa-rupanya uncle tu segan kat Mummy. Then Mummy ajak kita orang balik bilik Uncle Unjie. 

Next day, Uncle Unjie bawak I dengan Wo ke tempat dia kerja, iaitu RTM Kuching. Bila colleague dia tanya, siapa dorang nie Vince? Uncle Unjie cakap, “my anak or my daughters”, dorang cakap, “ish tipu la”, I pun cakap, bukan, “he’s my uncle, my daddy punya adik”. Uncle Unjie senyum-senyum and gelak-gelak je. Dia bawak both of us merata-rata and introduced us as his daughter, last-last, I sampai malas nak explained, I cakap bukan and senyum aje. Now that I realised, he was so proud of us and show us off to everyone and even mengaku anak dia... (tiba-tiba I jadi sebak). There was one place, bilik rakaman and it was so cold and ada cermin. I tengok ramai budak-budak sebaya I dengan Wo kat dalam tu, I think dorang tengah nyanyi kot. I cakap dalam hati, I should have been in there “hmm... suara I lagi sedap”. I kecik-kecik lagi dah perasan bagus you wakaka...  
 
 (Nie la rupanya gadget itu, tapi the colour is orange but style semua sama even the cover pun)

Bila time nak tidur, Uncle Unjie tidur bilik kawan dia kat sebelah, I think yang ada gambar perempuan bogel tu kot. I tak ingat. But sebelum tu, Uncle Unjie belikan I dengan Wo, gadget yang bila tarik je bunyi lelaki ketawa. So kejap-kejap I dengan Wo tarik, sampai Mummy fed up and suruh kita orang jangan main lagi. Next day tu, we showed it to the girls bujang yang menyewa kat situ and one of them cakap, “ingatkan apa malam-malam dengar bunyi orang lelaki ketawa, takut dengar sambil tersenyum-senyum. Wo dengan I apa lagi gelak sakan, yelakan berjaya buat orang gerun.. ah, the simple toy/gadget during the 70’s. After that we went back to the kampung and leave Uncle Unjie. I dengan Wo sempat pesan, “Uncle nanti , mesti bilik Uncle bersepah balik, jangan malas kemas tau...” Uncle Unjie gelak besar. Mummy cakap,”ish mulut korang nie”... hehehe..

That was the last time I saw Uncle Unjie until we move back to Sarawak many years later. One day, we went back to Dad’s kampung, Wo came to me and told me Uncle Unjie is bringing his GF or fiancee (both of us are not sure) to meet up with the family. She was a teacher and berbangsa Bidayuh. I dengan Wo pun sibuk la pikir macam mana muka GF or tunang dia itu. Then bila dia introduced Aunty Ann (Anna) to us, eh..I tengok macam muka melayu aje, ditambah dengan kulit dia yang hitam manis (I’m not saying all melayu kulit gelap or sawo matang sebab ada juga melayu yang kulit putih but generally). She has a beautiful huge eyes, very sweet but reserve and a bit quiet. Mestilah kan, baru berkenalan. Dia panggil inik (nenek kita orang), mummy, sekalikan bila Aunty Ginjah dengar, terus la dia kutuk-kutuk Aunty Ann behind her back, Aunty Ginjah kan banyak mulut and dengki kat Aunty Ann masa tu. Bila I dengan Wo dengar, makanya si gossiper dua orang ini terus bagitau Aunty Ann. Aunty Ann bengang la kan tapi dia diam aje but from that onward, Aunty Ann panggil inik, Indai (Mak dalam bahasa iban). Tapi sebutan Indai, Aunty Ann lain sikit, instead of Indai dia panggil Inai (Wo dengan I apalagi gelak each time dia panggil Inai, bunyi sengau and after diperbetulkan barulah dia panggil Indai). Oh lupa nak cakap, on the way nak jumpa kita orang, both of them terjumpa one cat warna kelabu and terus bawak ke situ. And that cat became Mbo’s pet and kucing tu kita orang panggil kelabu and can always be seen lying down or sitting bawah buaian Mbo masa Mbo kecik but after that we don’t know where is the cat has gone too...dah mati ke merajuk lari... tak ingat I.  Then I heard they got married or registered the marriage but I'm not sure if they have any wedding ceremony/ocassion or makan-makan.

There was one time, me and Aki went to visit Uncle Unjie and Aunty Ann when they lived in Sri Aman. And then we lost touch with Uncle Unjie and Aunty Ann until both Wo, myself and our Aunty Helena came to visit them at Kuching. I think we only spent two nights at their house and hang out with our cousin Melvin Crista, Uncle Edward’s daughter ( Uncle Edward is Dad’s eldest brother – Daddy ramai adik beradik, 9 orang termasuk Daddy). Melvin Crista or fondly call Endun stayed with them because she was taking a typing course in one of the school. Kat kampung mana ada such course during those time. Uncle Unjie has two kids, our cousin, Andrew and Cherrie Marie. Those two were so naughty and likes to disturb Endun. Uncle Unjie yang memang pendiam langsung tak bercakap with all of us and send us to wherever we want to go. And I don’t see any laugh only a hint of smile from him. Kalau balik kampung during apa-apa occasion, we will just exchanging smile and greet, “Hello Uncle” and dia akan jawab, Hi Dek and that’s all. After that I didn’t see him anymore except for a few gossip among the family about his marital problem and his drinking issue. There was one time, I heard that he was admitted to the hospital due to his liver issues and something to do with his drinking. Our cousin Bedi was crying and visiting him and told him to stop drinking or else he will die soon. The last time I saw him was two years ago when I went to visit Mummy and Mbo and family in Kuching. I was shocked to see that he look haggard, not as vibrant and cheerful as before. He look so weak and can’t hardly speak. Seeing him like that, broke my heart. I was crying inside and all of the sweet memories came rushing to me but I try to control myself because I don’t want to make him sad. But I know he can read the expression on my face. I nie kan susah nak sembunyi akan perasaan yang sebenarnya, memang terserlah di wajah I ini..

We stayed in their house for about an hour, talking and catch up with all kind of stuff. When we were about to leave, Uncle Unjie look so sad, I know he want us to stay longer and he even said, “kenapa sekejap aje, I still want to talk to all of you?” I pun memang masih nak becakap-cakap and bermesra dengan cousin I Cherrie Marie and Aunty Ann, tak puas hati (memang sekejap pun, the reason? I can’t share with you guys because it was tensed and embarassed at the same time.. let’s just say someone that we didn’t expect to come showed up in his house and making all of us feel uncomfortable and awkward, I really want to tell and share with all of you from my first entry masa I pegi Kuching dulu but I can’t, maybe someday). You know, my life nie penuh drama dan wayang, yang apa-apa I share kat blog nie cuma 2% aje, yang I tak share..huiii...it will make a good soap opera or tv series... Dallas (yang ada bapak JR zaman dulu bukan yang baru-baru nie) or Dynasty (budak sekarang takan tau punya) pun kalah. Belum lagi I nak cerita pasal secret or kisah setiap ahli keluarga on my dad’s side or kisah keturunan nenek moyang I..., sure kena sue haha...


Anyway, that was the last time I saw Uncle Unjie until I heard of his death from Mbo through Whatsapp last month. I didn’t go back to visit or pay my last respect to him but he is always in my heart and part of my life/memory. Goodbye Uncle Unjie, till we meet again...
 
Sekian catatan I untuk kali ini... 

Saturday, March 28, 2015

Kisahku Dan Tahi Lalatku (Part 1)

(Mingguan Malaysia bertarikh 22.2.2015)
 
About a month ago, my husband went out to buy a newspaper The Star for himself for the weekend. Balik aje, dia bagi I newspaper Mingguan Malaysia, hari Ahad 22.02.2015. I tanya, eh, kenapa you belikan I? You know I don’t read this weekly or any other paper anymore, the last time was about ten years ago. Dia kata, saje je beli sebab dia teringat I suka baca dulu especially ruangan sisipan. I kata, jangan haraplah I nak baca-baca paper nie semua, bukan I anti mana-mana newspaper ke apa tapi I tak ada masa. So I biarkan lah selama beberapa hari until one day, I decided to have a look at it. I went straight to the ruangan sisipan/ruangan tengah. It was ruangan Kesihatan and what stop me of my track was that the title in bold and caps “AWAS KULIT CERAH” and gambar tahi lalat. As you all know I banyak tahi lalat. Bukan hanya di muka sahaja malahan di kiri kanan tangan berserta kaki dan juga di badan I. I terus baca isi kandungannya. I remember a long time ago or more, I pernah ajak husband I pegi hospital untuk check one of my suspicious tahi lalat kat bahagain perut yang agak besar and it has been there for as long as I can remember. But husband I doesn’t take it seriously, dia kata tak ada apa-apalah and that he asked me kalau tahi lalat I tu pernah rasa sakit or berdarah. I kata tak ada. Dia kata don’t worry. So, I just let it go and totally forgot about it.

For as long as I can remember, dari kecik lagi I memang banyak tahi lalat especially kat muka. Kadang-kadang budak-budak usik I, kata muka I jamban lalat la.. geram la jugak tapi tidak la menyebabkan I marah because I know it is not true. Bila balik rumah, I tanya Mummy kenapa muka I banyak tahi lalat dan kenapa dinamakan tahi lalat, kenapa tak diberi nama lain. Mummy kata memang dah bahasa macam tu. But I still tak puas hati sebab of all the name in the world why did moles nie hendak diserupakan dengan something that is dirty and unhealthy dalam bahasa melayu, tahi.. hmm... Wo pulak selalu cakap dan membanding-bandingkan tahi lalat dia dengan I. Dia pasti akan cakap sambil tersengih dengan gigi gongaknya (bak kata husband I), ‘ hehe.. aku ada satu je kat muka tahi lalat and maknanya manis, Dek ada banyak”..nyampah I tau..hahaha. Bila I meningkat remaja, I realised that, my tahi lalat ini membuatkan I dan rupa I lain dari yang lain, yelahkan orang muka bersih je, I punya muka bertaburan bak bintang di langit itu wakaka..tetaplah nak bersastera. I know, each time orang tengok or pandang muka I, mesti dalam hati dorang cakap, “eh, banyaknya tahi lalat kat muka minah nie”. Masa I sekolah dulu, sempat lagi kawan-kawan I guna eyeliner hitam and put more dots on my face. Tapi I tak kisah sebab I participate dengan penuh rela and then gelak-gelak bersama.

One day, masa jalan-jalan kat Berjaya Time Square, this was about mmm.. 10 or more years ago, we saw ada booth dekat tengah-tengah ground floor. I saw ada one old chinese guy and gambar-gambar orang bertahi lalat. Bila I datang dekat, rupa-rupanya laki cina nie boleh tanggalkan tahi lalat on the spot dengan menggunakan sejenis ubat sapuan. I cakap kat husband I, I nak try buang la sikit. Husband I kata, tak payah la, kan cantik tahi lalat I. I kata nak try satu dua je. So cina tu pun sapu la satu kat muka I and dua kat badan I sebab I nak test macam mana or I takut ada reaction apa-apa. During dia buat tu, dia cakap, I nie jenis yang peramah, banyak cakap and I patut buat charity work and I nie senang nak dapat kerja (which is so true hehehe.. asal interview je, mesti dapat). Then dia kata I jenis yang sensitive (kah kah..) tapi baik hati (double kah kah..). I kata, ye ke? Cewah buat-buat tak tahu tapi dalam hati alahai.. kembang you. Dia kata dia baca dari tahi lalat I. Tapikan I tak pecaya apa dia cakap sebab kalau kita dah tua-tua memang tak susah nak baca perangai orang, banyak pengalaman lah katakan. So anyway, ubat nie macam kapur, dia sapu kat tahi lalat tu. Sakit ooi..rasa macam nak terbakar je kulit I. Nasib baik letak sikit. Dia kata a few days nanti tanggal and hilang with no parut. After a few days dan hingga kini, tahi lalat tak hilang pun, tipu lah cuma colour je pudar and still ada tanda tahi lalat tu..

Back to my earlier story, bila I baca what was written on the paper, hati I jadi resah and penuh emosi. Terus rasa nak nangis. Husband I cakap, jangan risau nanti kita check sama-sama. Hari-hari I menjadi agak mendung, jiwa I kacau you. So we googled around and check which skin doctor/dermatologist yang kita orang nak pegi. It took us about two weeks to decide and plan which one we want to go. We read and checked all the doctors or any dematalogist around and their credentials and testimonial. We decided we should go to Gleneagles Hospital since dah selalu pegi situ and go for the consultation. After asking the receptionist at the ground floor which doctor should we go to, the receptionist gave us two name, Dr Chang Choong Chor and Doctor Gan Ain Tian and said both are good. I tanya, yang mana lebih senior/tua and she told me Dr Gan. So we went up to his clinic to make an appointment. Assistant/nurse/receptionist kat dalam tu cakap, hari nie doctor tak ada, dia kat hospital kat Jalan Tunku pada setiap hari Isnin dan Rabu tapi hari lain dia ada kat Gleneagles. I kata nanti I decide. I dengan husband I keluar dari clinic dia and discuss kat luar. Nak pegi kat dia ke or nak pegi kat another doctor. Husband I cakap, baiklah pegi yang tua sebab they are more knowledgeable. I kata, tak semestinya sebab doctor yang lebih muda, lebih advance and familiar with all the new technologies. Husband I kata, both are not much different. Experience is better. Then I tanya balik, what do you think? Wakaka..nampak sangat I yang undecided. Husband I kata, tak apa, buat appointment nanti kita decide together. Masuk balik, assistant tu kata, tak payah buat appointment, datang je and dia akan slot in sebelum pukul 1pm. It was very nice of her.

Tuesday, 17th March, 2015
The next day we went back to Gleneagales to Doctor Gan’s clinic. Orang tak ramai kat clinic dia, sorang dua aje. Then husband I kata, why don’t we check out clinic Doctor Chang pulak. I kata ok and we went to his clinic and wow, his clinic was so impressive. It was modern and receptionist/nurse/assistant siap pakai uniform lagi. Orang agak ramai, air cond sejuk and the place was so beautiful and new. Both of tanya-tanya a few question and assistant to cakap dia boleh slot I without appointment dalam masa satu jam but doctor akan start bercuti dari esok sampai 28th. I cakap, ok tak apa nanti I discuss dengan husband I. Keluar dari clinic Doctor Chang, kita orang discuss lagi kat hallway. I kata clinic Doctor Chang lawa la, modern, lively etc. Husband I cakap, pegi je kat Doctor Gan balik, orang tak ramai and doctor kulit semua sama aje. So we went back to clinic Doctor Gan yang agak retro itu. Rasa seperti melangkah ke zaman Bruce Lee hehe.. dengan kerusi kulit pvc colour biru kehijauan yang sangat “government look alike”. Sebelum nie I tak perasan pun akan persekitaran until I masuk ke clinic Doctor Chang. Bila masuk balik I peratikan hiasan painting kat dinding yang ancient itu, gambar-gambar, poster serta gambarajah tentang kulit yang telah pudar di telan dek zaman dan suasana muram bagai ada kesedihan yang berpanjangan. You know la I nie, asyik mementingkan keindahan luaran dari quality dalaman sometime..

Tak sampai lima minit duduk , I dengan husband I masuk ke bilik doctor. The first thing the doctor asked me was, are you a caucasian? I cakap no, I’m iban dengan tidak memandang husband I sebab husband I pasti akan buat signal muka kat I. And I definietly knows what he is going to say after we go out from the doctor’s clinic afterward with the doctor’s remarks about me being a caucasian. The doctor said, the reason why he asked was because usually this kind of skin and moles happened to a white people. I cakap, my family semua kulit gelap except for me. Anyway, Doctor nie kurus dan agak berumur tapi wajah beliau sangat tenang dan berperawakkan cool. I pun tunjukkan my suspicious moles di bahagian perut dan muka. I peratikan muka doctor itu yang ada moles jugak, dua butir di wajah beliau berdekatan dengan hidung dan satu dekat mulut. Then I tengok ada satu butir di tangan beliau. Then doctor suruh I baring sebab nak tengok di bahagian punggung I. Doctor kata bahagian punggung tu tak ada apa-apa same goes yang dekat breast but yang dekat perut dan muka tu I kena check. Meanwhile doctor discuss berbagai option and memberi serba sedikit penerangan and during those moment berbagai-bagai reaction dari I tapi yang pasti muka panic sepanjang masa and kadang-kadang menghela nafas tapi Doctor Gan ini sangat tenang dan tidak lekang menguntumkan senyuman manis di bibir beliau. Sambil I membayangkan kalau la doctor nie hot macam Doctor Derek Shepherd atau paling-paling aura Doctor Owen Hunt yang bagai ada unsur-unsur albino itu, pasti ku pengsan dengan panahan senyuman itu. After that, doctor recommend I pegi dekat another doctor untuk buat minor surgery to remove the moles and then send it to the lab untuk buat analysis. 

Keluar dari clinic, husband I mula la usik I, caucasian la, white people la etc.  Husband I cakap, nie mesti I anak angkat la, tersalah ambik kat hospital la... eeee..    I cakap, eh ingat, pure asian tak ada kulit putih ke?  I  cakap I saje tak nak tengok you masa doctor cakap tadi sebab I tau you akan buat muka kat I and sure I tergelak besar... hehehe.. I cukup masak dengan kerenah husband I itu.

We went to another doctor yang akan buat surgery I nanti. Sampai situ kita orang buat appoinment on, Monday ,23th March 2015, 4pm.

To be continued..... (yes, me and my drama again...tak habis-habis...)

Zue, kalau zue nak tau, inilah yang membuatkan hati sis berkocak masa Zue whatsapp sis.. :(

Sekian catatan I untuk kali ini....

Monday, March 23, 2015

Kisahku dan Gigiku

I’ve been wanting to go to the dentist for quite sometime because each time I floss one of my teeth, I rasa ngilu. Setelah berbulan memikirkan masa yang sesuai akhirnya on Saturday I berkesempatan untuk pegi. I went to Klinik Pergigian Zalinda. Dulu klinik Pergigian Zalinda kat Permata but sekarang dah berpindah ke Wangsa Maju. Let me tell you a story about me and my gigi.  

(Di Klinik Pergigian Zalinda, with Doctor Zalyana, sambil mulutku terbuka, wah..boleh buat rap nie.. sempat lagi ber snap-snap dengan seadanya hehe..)

Bermula la kisah...(dengan nada syair...)

Masa I kecik-kecik dulu, Mummy and Daddy selalu bawak I dengan Wo ke klinik tentera called Sick Bay kat Singapore. I cukup takut pegi situ sebab takut kena inject (sekarang orang panggil jab... but I prefer to use ayat retro, sebab I rasa lebih feel lagi menulis..). Each time I dengan Wo pegi situ, Wo always came out from the doctor’s room with a wonderful experienced and a kind doctor whereas it would be a different one for me. So while waiting for my turn, I would sit on the bench, looking at the snake or any kind of animal yang sudah mati yang dorang awet dan simpan dalam balang kaca and I wonder why. Kadang-kadang I datang dekat-dekat but other time, I just sit and just look at it. Nak ketuk-ketuk balang kaca tak berani la pulak. Sometime, there’s a few patient yang duduk menunggu kat bench and some of them ada yang kaki bersimen or mata bertampal dan pakai baju putih. Muka serious aje. I pun tak tanya, I nie masa kecik sangat la pemalu tapi kalau I dah kenal orang tu I akan banyak cakap but still I masih malu-malu.

Anyway, balik dari Sick Bay, Wo would tell us about how wonderful the doctor were to her. Doctor akan borak-borak la, cerita macam-macam dengan dia la, bagi dia gula-gula la and cakap baik-baik. I akan tanya balik, was that the same doctor that treated me too. Dia kata yes la. I hairan la sebab doctor tu tak ada pun borak-borak dengan I. Doctor cakap open your mouth and said a few words. I tak dapat gula-gula pun. Dalam hati I pikir, kenapa doctor nie treat me differently? Dia tak suka I ke? Or you think Wo are telling the truth? I cakap kat Wo, doctor tu biasa je dengan I, tak ada pun borak-borak? Wah, I tengok muka Wo bukan main puas hati bila I cakap macam tu. Dia pun continue la dengan sengihan “kemenangan” dan “dongengannya” itu.. (I jealous la kan). Biasalah sibling rivalry. Bila sampai rumah pun dia tak habis-habis cerita. Each time we came back from the Sick Bay, ada je la cerita “indah-indah” dari dia. Lepas tu dia tanya, “you macam mana dek? I kata, “tak ada pun, sikit-sikit je (nak sedapkan hati)” sambil mencebikkan mulut I yang well..cute itu haha...

Bila pindah kat Sarawak, kat sekolah rendah tu ada disediakan doctor gigi. I tell you, this doctor gigi and perempuan sangatlah garangnya dan kasar. I don’t know why dia anti betul dengan kita orang budak-budak sekolah nie. Nak kata kita orang kacau dia, tak ada pun, we are too busy studying and playing with each other to even notice akan kewujudan dia. Tapi kegarangan dia memang cukup tersohor. Each time, my rakan sedarjah balik dari jumpa dia, mesti ada je cerita-cerita ngeri dari dorang. Doctor nie maki-maki lah, membebel and buat gigi dorang dengan kasarnya. Bila budak-budak mengadu sakit, dia tengking and cakap ngada-ngada lah. Some of my friends akan nangis-nangis bila balik dari visiting doctor rimau ini. One day, I was told by the teacher that I need to see the doctor You tau, I punya la risau, jantung I berdegup laju. Rasa macam nak lari aje. Dengan penuh debaran I menyusuri tangga menuju ke arah bilik doctor ini dengan fikiran berkecamuk. Masuk aje bilik doctor, I senyum kelat and ucap selamat pagi dengan muka pucat dan mata yang terbeliak seram. Doctor kata duduk dengan kasanya tanpa memandang I. Lepas tu dia suruh bukak mulut dengan separa herdik (apa kena dengan minah senget nie? I tak cakap apa-apa pun). Then dia tanya, bapak kerja apa. I kata, navy. Tiba-tiba doctor yang berwajah garang itu berubah, dari muka masam terus macam muka takut-takut. I pun hairan. I perhatikan rambut dia yang ala-ala negro dan kulitnya yang agak gelap itu. Sambil tu I masih terpikir akan perubahan drastik beliau. I tak ingat apa yang dia buat kat I, samada tampal or tak buat apa-apa. It was long time ago. Lepas abis dia buat something kat gigi I ke apa ke. Dia tulis something and cakap ok. On the way out, tanpa memandang beliau, I cakap, TERIMAKASIH NURSE...hahahaha.. Don’t ask me, sampai sekarang I tak tau kenapa I panggil dia nurse, maybe sebab dia pakai cap and baju nurse colour putih kot or memang dia nurse but kat sekolah tu semua orang panggil dia doctor. Balik dari jumpa doctor nie, kawan-kawan I tanya, how was it. I cakap la mula-mula dia cakap kasar muka masam but bila dia tanya bapak kerja apa, I cakap navy terus dia turunkan voice and tak cakap or marah-marah. Kawan-kawan I cakap eh, peliknya and mulalah kita orang buat andaian yang kemungkinan besar boyfriend dia navy lah, bapak dia navy lah, or nak tackle uncle navy la, you jangan, kecik-kecik kita orang memang hebat part gossip nie wakaka... One of my friend cakap, nanti kalau doctor nie tanya bapak dia kerja apa, dia nak cakap kerja polis, terekek kita orang gelak, semua pakat-pakat nak tukar profession bapak masing-masing hehehe... Ahh..tiba-tiba teringatkan my kawan sedarjah ini, I jadi rindu yang teramat...nabila, edot, zalia..I was wondering, di manakah kalian or 6 kaki ke bawah...uishh..ngeri I..

Sejak dari hari tu (darjah tiga) hinggalah ke zaman remaja, I or Wo tak pernah di bawa berjumpa doctor gigi selain dari yang kat Singapore dulu. Not because we don’t want to go but because my parents tiada kesedaran or keperhatian and they never empasize or told us about the important of taking care of our teeth or that we need to put on a braces etc. One day after a few years of hidup berumahtangga I noticed that one of my gigi dah pecah. I sangat takut untuk berjumpa doctor gigi sebab lama tak pegi and bila teringat akan sakitnya kena inject masa kecik dulu, I pendamkan perasaan I itu. Lagipun, dengan penyakit aids yang mula menular dan diperkatakan hebat oleh semua orang masa itu. Dengan kisah-kisah orang yang terkena jangkitan hiv/aids nie from doctor gigi yang tak membersihkan equipment etc. Masa tu lots of people masih belum educate clearly and also orang masih question on how hiv/aids nie boleh berjangkit. Husband I cakap, not to worry about our Malaysian doctor, lain la kalau kat negara miskin yang lain and beside dia cakap jangan kena sakit gigi sebab sakit gigi adalah sangat sakit. Dia kata dia pernah kena dulu, satu badan rasa sakit yang amat and berdenyut-denyut. I pun jadi risau dengan cerita beliau, so one day I decided to go and do whatever necessary.

We look around at this small town kat Sarawak and found the one and only. This pekan is so small within 10 minutes dah boleh cover semua tempat. Anyway, doctor gigi nie doctor cina and kurus je. I was so scared, I rasa macam nak menangis aje bile nama I di panggil. Husband I ikut masuk. You tau I siap mengigil. Doctor kata jangan takut. I kata I takut kena inject. Dia kata sakit sikit aje. Bila dia inject I, I rasa macam nak menjerit and menangis sikit...(apalah I nie...). Husband I pujuk and cakap, dah inject dah... hahaha.. ceh... Then mula la mulut I terasa kebas and tebal. Bila dia dah habis buat, I rasa sangat lega. Then doctor bagi I cermin besar and suruh I tengok-tengok sendiri. Rasa macam budak kecik aje... Then doctor cakap, mana ada sakit. I senyum-senyum malu hehe..

After that, I tak pegi doctor gigi, lama jugak la until we move to KL. Yea, I jadi orang Keh Hel! One day, I saw my gigi, the same spot yang doctor tampal kat Sarawak tu pecah balik. Aisye, nak kena pegi doctor gigi lagi!.. I tension you... Satu petang tu, balik dari kerja, we decided to redah aje mana-mana klinik gigi. We saw one huge sign kat Taman Permata, depan Giant tertulis Klinik Pergigian Zalinda. Kita orang pun naik la atas and dalam menunggu doctor tu sempat la I berborak dengan makcik-makcik (mudalah konon masa tu) tentang permasalahan gigi dorang. This one makcik cakap dia sakit gigi sampai tak dapat tidur satu malam, dia kumur-kumur dengan air asam jawa pun tak jalan, dia menangis satu malam. Dia cakap dia takut betul nak jumpa doctor gigi. I pun cakap, a’aha I pun takut etc. tapi I buat-buat cool.

Di pendekkan cerita, bermula la episode I ke Klinik Pergigian Zalinda nie beberapa kali, dengan tampalnya, dengan root canaling nya, dengan crown/cap nya, dengan penambahan giginya sebab gigi I jarang kat bahagian bawah, dengan pertukaran tampalan gigi dari besi ke putih. Inject jangan cerita la, banyak kali ooo... Oh, I tell you, macam-macam suasana ngeri, drama, tangisan tak berlagu, nyanyi-nyanyi kecil tanpa irama to distract my mind from the injection, dengan mengenggam tangan asisstant dan juga husband I..wakakakaka...macam orang nak beranak je, dengan mengadu au au lagi. Kalau I nak cerita secara terperinic, sehari semalam pun tak habis tau... But this doctor Zalinda ini, sangat patience dan lemah lembut. Suara dia alahai..so sweet la.. And dia suka berdakwah dengan I and told me about some of her patient dari tak bertudung hinggalah bertudung the next time datang buat appointment (hey don’t look at me, I tak nak pakai tudung, I nak tutup aurat je wakaka..bila tu? Jangan tanya... I nak jadi macam kak nita wakaka...lodeh hoi mak lodeh...). Anyway, doctor nie berhijab hitam you... I pulak dengan pakaian balik kerja dengan baju kebaya, baju sulaman, tampalanya lagi...itu belum I nak cerita akan kemerahan lipstik, high heels dan beg yang berbagai-bagai tiap kali I visit dia. Ikut theme la katakan... Wah, baru perasan betapa glamour nya I time kerja dulu. Sekarang nie jangan cerita la, dengan pakaian lusuh harian dan baju pyjama yang menjadi favourite I huhu...perfume pun perfume bau lauk je sekarang nih..huhuhu... Waaa...I nak kerja balik...huk huk....

So anyway, two Saturdays ago.. (ada ke grammar/sentence nie), I went to visit Klink Pergigian Zalinda ini yang terletak di Wangsa Maju. Puncanya sebab I rasa each time I floss one of my gigi nie rasa ngilu. Klinik beliau yang kat Permata tu dah tak ada lagi. I also found out that klinik nie ada fb. So I pun bacak-baca sikit. I called and nak buat appointment but receptionist cakap tak payah buat appointment and boleh datang terus aje. I cakap I nak doctor Zalinda, receptionist nie cakap, doctor Zalinda bercuti dan hanya available bulan April. I pikir-pikir, ndak ke tak ndak dengan doctor lain nie sebab doctor Zalinda aje yang memahami perangai I yang banyak songeh ini... but I decided... I try la doctor lain kat klinik dia nie. Lagipun, I tak nak tunggu lama-lama sebab husband I cakap, kalau kena sakit..huiii sakit rasa macam nak pengsan. Suspense I. But thanks God, so far I tak pernah lagi mengalami sakit gigi sementelah wisedom tooth pun tak tumbuh-tumbuh pun walau sudah bergelar neneks. Dalam pada itu, hati I rasa a bit lega jugak tak jumpa doctor Zalinda kang dia tengok I sure dia cakap dalam hati “ wah...minah nie tak tutup-tutup aurat lagi walau dah bertahun-tahun and makin tua” ah.. me and my assumption...

Sampai situ, I tak lama tunggu, kejap je, tak macam dulu. Dulu berjam-jam I kena tunggu. Bila assistant dia panggil, I maasuk je, I cakap nak pegi toilet dulu. Doctor yang rawat gigi I nama dia doctor Zalyana. Doctor nie pun baik and sangat cool. Assistant dia pun bagus sangat. Dalam process itu, sempat lagi la I berambik gambar hehe..mula-mula doctor nie tak nak, I kata..ala..(dengan penuh manja lagi).. I nak letak kat blog wakaka... Doctor siap gelak kat I, dia kata ok and siap nak tengok gambar yang I ambik hehe..Lepas tu dia kata promote la klinik nie, I kata of course dengan jelingan ayu (uwek..) I took lots of pictures and sempat lagi I hantar whatsapp gambar I kat group sisters Wo and Mbo itu. Oh yeah, lupa nak cerita, detik-detik yang I lalui. Mula-mula doctor tanya, nak jab (wah jab la pulak) ke? I kata tak nak tapi kalau I tak tahan nanti I akan mintak jab..(cewah..). Doctor nie buat bagus and dalam dia grill I punya gigi, sempat la I mintak pegang tangan assistant dia yang sweet itu wakaka.. drama tetap drama haha..(huii..banyaknya hehe hahah wakaka.. nampak sangat blog syok sendiri). Masa doctor check gigi I, dia kata dia nampak satu lagi gigi I ada shadow selain dari gigi I yang ngilu bila I floss itu. Dia kata nak tampal satu dulu ke and then next week datang lagi. I kata ok but then I decided suruh dia buat dua-dua sekali, wah...I sudah berani. Lagipun I malas nak datang banyak kali. Then doctor nie tanya nak buat scalling tak..I kata buat je... Ngilu ooii.. but I tahan dengan sepenuh hati.

Lepas abis dia buat semua gigi I.. I tanya ada tak gigi-gigi I rosak sebab I nak settle semua sekali. Doctor kata tak ada, I siap tanya lagi you. Then I tanya berapa kali setahun I kena check gigi, eventhough I tau but just to be sure, doctor cakap, after six month. Anyway, my gigi dengan dua tampal and scalling cost about RM290.00. Like I said, doctor nie bagus and yes, I tidak takut lagi untuk ke doctor gigi dan tiada langsung debaran di hati before, during and after. I guess, with all the experienced of my gigi history, ianya betul-betul mendewasakan I and membuatkan I lebih berani walau sekadar ke doctor gigi. If you rasa macam nak ke doctor gigi, pegi je, there’s nothing to worry about or jangan takut-takut. Tak ada apa yang nak ditakutkan. Kalau takut tengok jarum, jangan tengok pejamkan mata or mintak jarum untuk budak-budak macam I dulu. Kalau boleh tahan kena cubit, apa la sangat jarum itu. I buat root canalling dulu, lagi la seksa, dah la kena pegi banyak kali, procedure dia memang macam-macam and dengan kesan after effect each time balik dari klinik...huii..but percaya la if I yang pengecut ini can get through it, apalagi you all...kan? Pegi la Klinik Pergigian Zalinda, doctor dan assistant serta receptionist baik-baik from my experienced dari dulu sampai sekarang. Wah, iklan free nih.

Oh yeah, I got more story to share with you all... haha... apa lagi me and my drama la.... Nanti I karang yeahhh...tapi kena tunggu la.. nak kena cari mood jugak...

Sekian catatan I untuk kali ini...

Friday, March 13, 2015

Kisahku dan Star Wars

(picture from http://screenrant.com/star-wars-episode-8-release-date-2017-script-director/)

Akhirnya tamatlah sudah kesemua movie Star Wars yang I mula-mula tengok pada bulan lepas. Yea, encik dan puan-puan, di abad yang ke 21 ini I finally got to watched all the episodes in just over a week. Yea, again I know I sangatlah ketinggalan but hey, it’s better than not at all...

 Marilah I menceritakan permulaan dan pengalaman I dengan kisah Star Wars ini. The first time I heard about this movie was when I was 7 years old. Masa tu kita orang tinggal kat Singapore lagi. I was curious beside budak-budak kan suka cerita si fi nie furthermore masa tu tv series Space 1999 sangat famous ditambah dengan cerita ala-ala robot or fantasy such as One Milliona Dollar Man dan Bionic Woman, itu belum lagi I nak tambah Superwoman lagi.. I dengan Wo tak pernah miss tengok cerita-cerita khayalan yang sungguh menyesatkan ini lagi hehehe.. Oh, zaman tv kotak black and white keagungan masa itu. Anyway, everynow and then I heard people were talking about movie Star Wars nie baik dari kalangan rakan-rakan sekolah dan juga dari saluran tv yang menyiarkan sedikit sebanyak sedutan, documentary dan juga cara-cara pembuatan filem ini. Selain itu, quote “May The Force Be With You” sentiasa kedengaran di mana-mana jua. But since masa tu kecik lagi, I still don’t understand what are they talking about or what kind of a movie it was so I didn’t give it a much thought and it was just a passing through je, yelahkan umur masa tu apalah yang I pikirkan sangat. Jangan harap la I boleh mintak or ajak Mummy and Daddy tengok wayang, kalau nak kena jegil biji mata boleh la, and then dorang akan bagi alasan “tak ada duit la, korang kecil lagi la, tak boleh tidur lambat la, budak-budak tak bagus tengok wayang la, bla bla bla..., bukan macam budak-budak sekarang, mak bapak siap offer anak-anak pegi tengok...

Many years later, we went back to Daddy’s kampung and sekolah kat situ sekejap. During that time, I befriend with a girl name Sophia whose eldest sister was engaged to my uncle, one of my dad’s younger brother, so I kenal Sophia nie pun through my uncle sebab dorang pun selalu datang rumah my aki and inik kat kampung. Since we know each other and our family pun rapat la, so each time dia datang visit, I akan borak-borak dengan dia and during one of the school holiday, I spent my time in her house and even slept a few nights at her house. We would be cycling around town and just hanging around. Furthermore, my uncle has been spending some time at their house too, after all it was his future’s in-laws house, so on and off he would have his dinner, lunch or sometime spend a few nights there. So during one of my night at their house, masa tu tengah baring-baring and borak-borak with her kat bilik tiba-tiba I terdengar familiar soundtrack Star Wars kat tv luar. I terus ajak dia keluar bilik and ingatkan movie tapi rupa-rupanya documentary pasal movie Star Wars yang mula-mula sekali produced in 1977. I was so excited, finally I got to watch a full documentary of this movie, since masa kat Singapore tak ingat sangat sebab kena masuk tidur awal. Documentary pun documentary lah, tau jelah tinggal kat kampung, apa la sangat hiburan yang ada selain dari tengok uncle-uncle and sedara mara I yang sentiasa buat barbeque, minum-minum, menari dan mabuk-mabuk itu.. wakaka.. Makanya, documentary sebuah filem pun boleh memberi effect adrenaline rush untuk I. I pun cakap, “wah, I’d been waiting for this documentary since I never watch the movie before. I’d said a few times and laugh with Sophia, sekalikan my uncle yang sangat pendiam itu tiba-tiba bersuara, “go to your room”. I kata “eh, uncle I want to watch this” but my uncle dengan suara yang tegas ulang balik kata-kata dia and suruh I masuk bilik. Uncle I tu memang, semua orang takut dengan dia and dia sangat-sangat pendiam dan kita orang memang suspense je dengan dia, even bila dia mabuk pun dia tak bercakap cuma senyum aje. Although we stayed together in one house, memang susah nak dengar suara dia or even bercakap dengan dia but we know he’s there. Sometime I pikir, uncle I nie gila ke sebab punyalah pendiam tapi yang peliknya boleh pulak dia bercakap dengan ayam sabung dan musang belaan dia. Orang-orang kat kampung memang respect kat uncle I yang ala-ala pendengkar makan timun yang penuh tattoo satu badan itu. So chances nak melawan tu memang nil. Anyway, I was wondering why and punyalah sedih I masuk bilik and menangis.

Sekali aunty Rosalind, kakak Sophia, tunang uncle I itu pun masuk bilik and pujuk-pujuk I. I kata what did I do, I just want to watch the documentary. Then Sophia masuk bilik and cakap, “he didn’t ask me to go to the room pun”. I cakap dalam hati of course la, you are his bakal sister in law. Then dia cakap, it’s ok, let’s go to sleep. Sejak dari malam itu, I terus tak teringin or tak mau ambik tau apa-apa tentang cerita Star Wars ini. I nie kan dari kecik memang dah kuat merajuk dan emotional terbawak-bawak sampai ke tua... You tau la I nie, kalau terasa kesannya sampai bila-bila... Sampai macam tu sekali I trauma kan. Apa yang I tau kisah Star Wars nie pasal spaceship, tembak-tembak bom dengan alien berbagai rupa. Itu je la dalam fikiran I. Over the years, movie Star Wars keluar one after another, with all kind of episode. Bila ada keluar episode Return of The Jedi. I punyalah ignorant, I even pronouced Jedi tu Jay Dee..hahaha.. I pronouced dalam hati je, so no one knows wakakaka.. and now sekarang you all dah tau.. hehe.. Lepas tu I ingat, episode nie, pasal binatang or benda yang berbulu-bulu nama Chewbacca bangsa Wookiee. I ingat nama dia Jedi wakakaka... gelak la lagi kat I hehehe... Rupa-rupanya Jedi nie is a knight, pahlawan yang ada lightsaber.. cewah..dah pandai discuss pasal Star Wars pulak sekarang eh.. hehe. Jedi nie is the best dalam semua-semua character kat Star Wars ni, in my opinion la kannn...

Anyway back to my story, bila I couple dengan boyfriend I masa tu (kini suami kasamku), dia pun selalu cerita pasal betapa best Star Wars nie tanpa memberikan jalan cerita sepenuhnya beside I tak paham apa-apa yang dia cerita, yela, kena tengok sendiri baru la boleh menghayatinya. Dalam hati I cakap, “alahai.. orang yang tengok cerita nie semua fikir macam budak-budak or orang tua yang never grow up” or nerd or geek je suka cerita gadget dan penuh fantasy, unrealistic and also tak masuk akal ini”, kata I bercerita sendiri, walau bibir ini menguntum senyum bagi menyembunyikan isi hati yang tersimpan... hehehe..., I cakap..oh really? Boyfriend I asyik cakap you should watch the movie, you will definietly like it. I kata..ah..no way..it’s not my kind of movie... (bongkak, beside I kan ada peristiwa sedih hahaha..). Bila I kerja kat KL and bila ada movie Star Wars yang baru keluar kat wayang, officemate I pun sibuk la bagitau, I should watch this movie..I kata ye ke sambil lewa..dalam hati I ini tetaplah gelakkan taste dorang.

Tetapi.... tetapi... tiba-tiba, tiba-tiba...bulan lepas, hati ini terdetik untuk menonton cerita Star Wars... Why? It is still a mystery to me until now... So I pun check kat internet, which sequence should I go first... Ikut episode ke or ikut time cerita tu mula-mula produce. Lepas baca a few comments, I decided to ikut dari mula, which mean dari date dikeluarkan instead of the episode. I pun download la semua movie nie and choose quality bluray la beb. Setelah habis semua I download, I decided not to watch it immediately. I cari waktu yang sesuai dan masa minda I betul-betul relax. Makanya...pada suatu petang itu dalam suasana senja yang suram bertemankan warna-warna jingga mencuri masuk dicelah-celah pagar dan helaian langsir lusuh kusam jahitan sendiri yang sekian lama setia bergantung dan telah bertahun tidak menyentuh air, I memulakan pengembaraan yang, little did I know that it would leave or create something that I never imagine in my movie life before... I started my journey with Star Wars : New Hope 1977.

Mula-mula I tengok, alahai comotnya rupa Puteri Leia nie, tembamnya pipi, kelakarnya rambut bun yang di kiri kanan telinga dia..hilang la sikit mood nak tengok, walau I pernah tengok poster star wars nie. You know la, kita manusia nie kan sangat judgemental. So I pun tak rasa apa-apa lagi effect menonton, in fact I was laughing a lot bila I tengok uniform dorang ehehe... you tengok la helmet separatist/rebel dorang nie, nak kata nak pegi bicycle racing tak jugak, nak kata naik motor pun tak jugak. And then for them to pakai all the time sure tak comfortable and berat. I sengih-sengih non- stop. Bila I tengok peralatan kat dalam spaceship or mothership dorang, I gelak lagi, tengok handle, button and screen wakakaka...Itu belum lagi I nak comment pasal jet-jet dorang yang sungguh crooked itu. And tak masuk dek akal langsung when dorang nie boleh breathe kat ruang angkasa with no safety or doors untuk tutup secara kejap. Yang I tak boleh tahan sekali bila tengok hologram dorang yang ada line and colour biru..wakaka.. Yelakan..who can blame me..it was so outdated and furthermore I nie kan penonton tegar CSI.. you know la how sophiscated their labs are. Husband I tak tengok dengan I, dia sibuk buat hal dia and bila dia tengok I gelak-gelak dia mencelah dia cakap, masa dia tengok dulu-dulu all the gadget look fantastic and amazing. Tetaplah nak mempertahankan favourite movie dia. Oh yeah, C-3PO sangat annoying. Bila I habis tengok movie nie, I tak ada la memberikan kesan sangat, biasa biasa je, best la jugak but I was so excited for myself, finally, I berjaya tengok cerita Star Wars sepenuhnya after all this years, 38 years you. I was so so happy... hari ini dalam sejarah...I never thought that I got to watch it after years of listening to all the people around me yang asyik memuji-muji kata best la best la best la... I rasa macam satu pencapaian dalam hidup I la pulak kan walau sekadar menonton sahaja. Tak habis habis I cakap kat husband I dengan senyuman yang memanjang, finally...finally.. akhirnya.. tak sangka tau.. I dapat jugak tengok cerita nie. Husband I cakap, why don’t you jadikan this is one of your resolution. Then I terfikir, yelakan, it is a good idea since I nie macam tak ada azam or matlamat untuk tahun 2015 (macam bunyi orang give up aje kan..). So esok tu, I tengok lagi the next one Star Wars : The Empire Strikes Back 1980. Kalau yang New Hope tu is just a warm up, this one is macam dah mula nak panas-panas sterika minimum... Then I perasan, wah..handsome jugak Harrison Ford nie masa muda walau ada scars di dagu beliau. Princess Leia itupun I tengok makin cantik la pulak..

Makin lama I tengok eh, boleh tahan best cerita nie and sekejap je dah habis. Tak terasa menonton dekat dua jam makin intrigued and sekejap je I rasa dah habis. Then I decided to watch Star Wars : Return of The Jedi (1983). To me, this one la yang paling best sekali dalam ketiga-tiga yang terdahulu. It was so funny and ketawa berdekah-dekah especially towards the end part makhluk bulu-bulu pendek yang cute itu, apa tah nama. Rasa macam nak peluk-peluk bawak balik je...hehe.. ah I’m a sucker for cute teddy bear bulu bulu stuff. Their character was so hilarious... and also part perang-perang tu best sangat... Then I meneruskan “pengembaraan” I untuk menonton movie Star Wars yang seterusnya, Star Wars Episode 1 : The Phantom Menace (1999), Star Wars Episode 2 : Attack of The Clones and Star Wars Episode III : Revenge of The Sith. Cerita penuh hikayat ini, ada love story, politics, dendam, evil, perangai amarah yang tak bertepi yang boleh membawa kejatuhan dan keburukkan kepada seseorang manusia itu. Tapikan part betrayal la yang paling meninggalkan kesan di hati I, part yang masa dorang tengah battle dorang pusing and bunuh ally dorang balik. I tell you.. tarik nafas I tengok part tu. I don’t know how to describe it to you but it was so good. But I tak tengok Star Wars : The Clone Wars and the one that they made into tv series sebab ianya di buat dalam versi animation.

Di pendekkan cerita, (tak larat I nak mengulas panjang-panjang, ini pun dah panjang, kataku mencelah di helaian kata-kata...ayat sastera pastiku serapkan walau dalam cerita star wars sekalipun hehe..  Ini pun dah panjang sangat) tonton la setiap movie ini kalau anda belum menontonnya lagi because it was so awesome fantastic movie. Tapi pening la jugak I memikirkan peranan-peranan, position dan politic views some of the makhluk yang sangat ugly itu kecuali Yoda yang ala-ala puppet sesame street yang tangkas dan memiliki seni mempertahankan diri yang sangat jitu itu and si bulu bulu Chewbacca yang bejalan ala-ala feminin itu. Karya epic yang di olah tesangat indah dan sempurna pada pandangan I. I rasakankan, how George Lucas wish that he can do something about the hologram biru line-line yang kuno itu kepada yang modern macam hologram sekarang nie tapi memandangkan movie pertama yang keluar adalah episode yang terkemudian, I think he has no choice but to go with the old version...hehehe.. pandangan I la kan..... By the way, tak sabar nak tunggu yang akan keluar December 2015 nanti...

Oh, last but not least, if I were to choose which character that I want...of course I choose to be the Jedi... pahlawan hebat you.. *smiles... lightsaber pls...

Sekian catatan I untuk kali ini...oh, may the force be with you....

Thursday, January 1, 2015

The Wedding dan Happy New Year 2015

Happy New Year to Everyone. May 2015 bring more joy and happiness to all of us.

So untuk entry pertama di hari yang pertama for this year, I decided to publish cerita pasal perkahwinan Khairi sebab I rasa, adalah lebih baik I memulakan atau membuat entry yang penuh cinta kasih sayang dan ikatan perkahwinan ini. Tapi sebenarnya, more about myself pun hehe...ai biasala.....

Anyway, here goes..  

About Khairi and The Wedding

Last Sunday 14th December, 2014, was Khairi’s majlis nikah and bersanding on the bride side. Khairi’s is the youngest in the Abd Karim’s family. Abd Karim is my husband second eldest’s brother. Makanya semua anak-anak Abd Karim telah berkeluarga tiada lagi yang bujang kecuali cousin beliau, si Azran yang sungguh handsome, macho dan cukup manis dengan senyuman itu yang masih lagi mencari-cari calon isteri. Itulah kan tak semestinya orang yang good looking nie kahwin cepat, tapi Ayan (nama manja Azran selain dari yan) is still young pada pandangan I memandangkan perangai beliau yang masih kebudak budakkan dengan gurau sengih-sengih yang tak lekang dari mulutnya. I bet sekarang nie the pressure is on him and mesti ramai yang bertanya but I won’t ask him, dulu pernahlah I tanya dia bila nak bawak girlfriend introduce kat I, dia suruh I carikan hehe.. I nie tak pandai lah nak menjodohkan orang lagipun mana I nak cari calon-calon isteri untuk beliau memandangkan life style I nie yang sentiasa memerap kat rumah dan hanya keluar sekali sekala dengan husband I atau jumpa anak-anak buah husband I sahaja. 
 
So anyway, berbalik kepada kisah Khairi nie, teringat I masa kecik-kecik dia dulu, masa tu dia dalam 3 or 4 tahun dulu, he was such an adorable and cute boy. Dengan gigi gongaknya (bak kata husband I) dan badannya yang sedap-sedap untuk di peluk, Khairi always made me laugh with his manja-manja voice and look up to his sister Aiza that he fondly called Kak Chik. I remembered once out of the blue, he came to me and sang children’s rhyme “dari ulat jadi kepompong....rama-rama Awah (Allah) yang cipta, sungguh cantik di pandang mata....”. I masa tu tak tertahan nak gelak but I senyum je..cute betul. Over the years I saw him from time to time but he was not close to me/us (me and my husband), we did try a few times to bring him around, makan-makan, hang out but he always declined politely. I guess, dia segan or tak biasa. But he once gave me a Destiny’s Child “Of the Wall” CD for no reason and I still kept it until now. But from time to time we did have a few chat, mainly about books since both shared the same passion. He was the one who introduced me to “Life of Pi”, which was so good. One day we were talking about “And the Mountain Echoed” by Khaled Hosseini and he said he wanted to read that book but tunggu dulu. I decided to buy for him. When I gave him the book, at first he thought, I was lending him to him then I told him, aunty, bought it for you, I saw a smile malu malu excited on his face, he said thank you a few times. 
 
One day, we had a BBQ at Keramat and I saw an unfamiliar girl with us. I was wondering who is she until he told me that is her girlfriend. I was kind off surprised because Khairi’s previous girlfriend was “different” from this one. I started talking to her and wanting to know more about her, interview la konon I kan... alahai kalau tak korek-korek bukan aunty la I ini. But I tak tanya banyak because I don’t want her to feel uneasy. And when we were in Bangkok, our other anak buah told us that Khairi is planning to marry her, me and my husband was surprised because we always thought of Khairi is the baby of the family and wow, rasa macam tak percaya. Then we heard he’s engaged and the wedding was set by the end of this year. 
 

Here’s the story....

Around 7am we went to Keramat untuk breakfast and berkumpul sebelum konvoi beramai-ramai ke rumah pengantin perempuan for the nikah ceremony. Around 7.45am, all of us mula bertolak. Around 845am, we reached at a hotel nearby where Khairi bersiap-siap for the majlis. Around 9am, we went to the bride’s house. Seperti biasa, I’m one of the rombongan who carry one of the hantaran. Dalam hati I cakap, oh God, please jangan la jatuh macam masa Shida’s and Khairul punya wedding dulu..hehe.. you tau la I nie macam manakan... Lepas photographer ambik a few shots of all of us, kita orang pun masuk la ke rumah. Sementara tunggu tok kadi, I berbual-bual sambil bergelak-gelak kecil dengan para rombongan yakni side family husband I and sebelum tok kadi datang sempat lagi I ke dapur mintak air kat tuan rumah hehe... haus maa... I tell you since kalau pegi kenduri-kenduri nie sure kena duduk kat lantai. Since kita nie biasanya tak boleh duduk lama-lama especially part bersila nie, makanya all of us we’re having a cramp or semut-semut. I nie kejap-kejap mengalih ke kiri, mengalih ke kanan, bersila la dan berbagai-bagai lagi pose mengancam dari I. Ada one time tu, I siap berlunjur you hahaha.. I tanya anak buah kat sebelah, appropriate ke aunty duduk macam nie, Aida cakap, cover sikit aunty, cepat-cepat I tukar style hahaha... On top of that, I duduk kat depan pintu bilik, makanya kejap-kejap orang keluar masuk dari bilik or ke bilik, kejap-kejap la jugak aku beralih ke kiri or ke kanan.. hahaha.. I tell you, your makcik nie is always berada di dalam situasi yang tak dijangkakan. 

Tak lama kemudian, tok kadi pun sampai and acara bermula. This tok kadi is funny, ayat-ayat nasihat beliau diselang selit dengan gurauan manja. Tapikan meleret-leretlh pulak. I tak kisah tapi memandangkan akan keadaan yang kurang selesa disebabkan makcik-makcik nie semua tiada flexibility dalam posisi apa-apa sekalipun hatta bersila sekalipun makanya kedengaran la rungutan orang sebelah menyebelah. I tak merungut I cuma mengiyakan aje.. I kan angel...ekeke... sesambil tu I snap a few shots. Dalam dua kali lafaz, maka sah lah Khairi menjadi suami orang. Lepas tu acara sarung cincin and rantai, I suruh Khairi ulang balik lakonan dia hehe.. bukan main makcik nie mengarah..lepas tu baru I perasan, eh.. boleh tahan jugak suara I nih..hehe..

Lepas tu, kita orang pun beratur untuk makan dan minum sikit-sikit sebab acara kan masih pagi lagi. Dalam pada beratur itu dan berborak-borak sikit entah macam mana tiba-tiba kedengaran seperti ada benda jatuh, rupa-rupanya tudung makanan dan puncanya adalah...siapa lagi kalau bukan I wakaka.. Apparently, bag I terlanggar tudung-tudung makanan yang diletakan di belakang makanan makanan itu. Why me? Why??? Sempatlah lagi I bergurau, I kata kat kak Ani (kahwin dengan omputih), kakak ipar I punya kakak yang datang dari Hengland itu, I nie clumsy and clumsy is in my blood. Kak Ani gelak and cakap, it is good that you want to admit your clumsiness, makanya berderai la gelak tawa kita orang. Then during ambik roti jala tu, tiba-tiba roti jala I melompat, adeeihhh haiii... cepat-cepat I control pinggan I, gelak lagi kita orang. Ceh...I sungguh malu, tak habis-habis dapat unwanted attention. Nasib baik la para-para anak buah dan ipar duai I amat mengenali diri dan menerima kekurangan diri ini seadanya kalau kena kat family orang lain abis diri ini menjadi bahan umpatan, sementelah I nie cuma related by marriage aje kan, tetap la nak buat ayat mintak simpati macam biasa, ku di dalam emosi ini bak kata Sheila Majid....

Lepas makan, kita orang balik semula ke hotel, rupa-rupanya pukul 1.30pm nanti datang balik ke rumah pengantin sebab ada majlis bersanding and makan-makan. Laaa... I dengan husband tak tau pun, ingatkan terus balik. Itulah salah kita orang jugak, lama tak datang rumah Keramat, mana la nak tau apa dia punya itinerary kan... husband la.. Kalau I tau, sure I dah bawak baju extra untuk di pakai pada majlis tengahari itu. Oh yea, speaking of baju nie, you tau tak, family husband I semua pakai baju colour gelap-gelap, biru, purple, hitam (it is not a theme but coincidentally) tapi bila sampai kat I, I sorang je pakai baju colour pink bercorak putih wakaka... Kalau I tau, I akan pakai baju lebih kurang sama gelap-gelap... Hai..makcik korang nie. So anyway, sampai kat hotel, we (me and my husband) decided to go to Tesco yang bersebelahan dengan hotel itu sebab nak beli kasut I. Kasut yang I pakai rosak la pulak. I dah lama beli kasut nie tapi tak pernah pakai. Sebab simpan lama itu la sebabnya kulit-kulit kasut nie bersepai merata-rata bila I berjalan. Kat bawah lantai kereta habis bersepah dengan kepingan kasut hehe.. Alang-alang dah beli kasut, husband I suruh beli kasut untuk majlis sebelah lelaki nanti. Lepas habis beli kasut, kita orang balik ke hotel, I baring-baring dengan kakak ipar, anak buah dan menantu sedara I tapi I tak dapat lelap walaupun ngantuk sangat. Malam sebelum tu tidur pukul 3am, tak dapat tidur la pulak. Riuh dengan cucu-cucu sedara bermain sesama sendiri. Sebelum tu Adam jatuh dari katil masa Aiza tengah suapkan dia. Sian dia. Aiza bersiap nak bawak dia pegi klinik takut apa-apa kan. Around 1.00pm, kita orang bertolak dari hotel dan kembali ke rumah pengantin perempuan. Sementara tunggu family yang lain datang, kita orang lepak dalam kereta sebab kat luar panas terik. I dengan Aida dah kelaparan dan I dah tak sabar nak makan makanan pengantin nih...hui pelahap.. Bila dorang sampai kita orang terus berarak ramai-ramai ke rumah pengantin and tak sabar nak masuk kat canopy, rasa macam nak terbakar kulit muka, itu baru kat dunia belum lagi kat padang mashyar... Dalam pada itu, I look at myself, surrounded by all these loving people, me the only iban, embrace the malay culture (I tau I selalu cakap nie, you all tak akan faham, unless you’re in my shoes yang bersepai itu hehe..), I never thought that I would have this kind of life, journey. Whatever it is, I wouldn’t change for the world or ask for more. I nie kan selalu ada “moment” dalam kepala dan fantasy sendiri. No wonder la I tak boleh focus, otak I selalu menerawang ke dunia lain, kadang-kadang ada moment out of body experience la pulak..wakaka...abis la korang baca blog orang sakit jiwa, mari la mereng bersama I.... 

(Buat la muka lagi, memang pasti ku publish seluruh dunia hehehe...My husband took this picture)
 
So anyway, lepas duduk kat tempat yang dikhaskan untuk pihak lelaki, masa baru nak duduk tu, sudu I pulak jatuh ke tanah...alahai... Then I terus suruh husband I ceduk nasi and lauk pauk untuk I. I dah tak larat, lapar bercampur panas. Masa baru nak start makan, garfu I pulak jatuh....adoiila.. macam-macam I nie. Anyway, berselera kita orang makan. I, husband I and Lydia tambah dua nasi dua kali you. Dalam pada itu I ketepikan hati I yang menangis meraung sebab diet I lari. I makan lauk daging, ayam I tak pandang sebab bukan selalu I masak or makan daging. The reason was because, husband I kan ghout, so macam tak best kalau I masak and makan sorang-sorang and dia pandang je. Furthermore, it is his favourite too tapi dia tak boleh makan. Oh, lauk daging ini sungguh sedap, lembut dan senang nak pisahkan isi-isinya. Lepas makan, kita orang di jamu dengan dessert and all kind of food. Layanan pihak perempuan sangat baik dan sungguh superb! Memang non-stop makanan datang kat meja kita orang. Tak payah mintak, dorang terus hantar. Apalagi kita orang, perut I kan tak kenyang-kenyang hehehe..

Lepas makan ada seisi bergambar dan merestui pengantin. Renjis-renjis, tabur-tabur tak ada...just salam and peluk cium pengantin. Dapat la bunga telur. In between tu, I pandang Khairi and ahh.. still rasa macam tak percaya yang dia dah kahwin and ada bini. I still anggap dia macam budak-budak lagi. Then out of nowhere dia menguap kat atas pelamin dan serentak dengan itu, mata kami berdua bertemu and both of us laugh dan tersengih-sengih tanpa mengeluarkan suara. I shall never forget that moment.... Mesti dia penat sebab non stop bergambar will lots of people.

Tak lama kemudian all of us berangkat balik.....  
 
Majlis Pihak Lelaki on 20th December, 2014
 

On that day, Majlis pihak lelaki diadakan di Kampung Pengantin. All of us ada tugas masing-masing. I, husband I, abang/kakak ipar and anak-anak buah husband I jadi penyambut tetamu. Some of the anak buah, Aida jadi pengacara, Azryan jadi right hand man Khairi etc. Theme colour baju kita orang was mint green. Oh...cantiknya all of us..nampak seragam. I dengan husband I beli last minute. Nasib baik ada colour tu sebab bukan senang nak cari. I punya beli kat bawah Big Aeon. Lepas beli I punya, I ajak husband I beli untuk dia punya. Mula-mula dia tak nak, dia kata dia pakai sekejap. I pujuk-pujuk tak jalan jugak, dia still degil tak nak. Sekali I merajuk. Dalam kereta, I pandang ke tepi cermin dengan muka masam. Suasana tiba-tiba menjadi bening.... lagu kat radio pun tidak kedengaran lagi. Mulut I yang meriah terus senyap. Husband I tanya-tanya, I buat tak tau aje. Sakit hati I tau, apa salahnya dia pakai sama colour with everybody kan. I know it is setahun sekali but I don’t see it as a pembaziran sebab nanti boleh pakai lagi for raya ke or mana la tau pak menteri mana jemput ke majlis ke (macamlah...). On the way nak balik, tiba-tiba husband I belok ke arah lain. Dalam hati I dah agak, mana dia boleh tahan dengan rajukkan I ini... hehehe... Bila dia tanya-tanya I balik, terus la makcik ini menjawap dengan secepat kilat wakakaka... Mana I boleh tahan tak cakap you...

We went to Jalan Masjid India to look for his baju melayu. Itupun merata-rata tanya pekedai and puas mencari until I ajak husband I pegi tempat yang buat banyak buat baju melayu lelaki. Mula-mula dia tak nak, dia kata, nanti dia suruh sedara dia buat. I hairan, I tanya, bila dia tanya and which sedara yang boleh buat sebab I tak pernah tau pun sedara dia ada yang tau buat baju. I ajak dia jugak cari kat situ, dia kata nanti mahal la, tak berbaloi pakai sekejap. I kata tak apa, kalau mahal tak payah beli. Husband I kan, dengan orang dia tak berkira tapi untuk diri sendiri dia cukup berkira, I don’t know why, pelik la perangai dia. Sampai kat situ masa lalu kat one of the shop, tiba-tiba ada mak nyah tegur tanya, cari apa kak... I stop and cakap cari baju melayu colour mint green, terus dia ajak masuk. I was happy sebab terus ada baju colour tu. I cakap kat husband I, cuba kita terus pegi sini, kan ke tak payah buang masa cari tempat lain merata-rata. Harga pun murah je for baju melayu lelaki yang terkenal dengan mahalnya kat situ. Harga RM100 je. Terus kita orang beli.  

(I nak letak gambar I dengan husband I pakai baju sedondon tapi dia tak kasi..terpaksa la I letak gambar anak dara ini wakaka..)

 So anyway, back to majlis pihak lelaki... sebelum acara bermula, kita orang di suruh makan dulu. I tak makan banyak sebabkan kat rumah sebelum datang I dah makan roti canai sekeping sebab ingatkan kita orang akan makan lambat. Had I know, sure I tak makan kat rumah and bersusah payah bawak air botol dari rumah. I nie kan tak boleh hidup tanpa air putih.. Itupun sempat berkrisis kat rumah dengan husband I hahaha.... omg, I’m so embarassed to share this story with you all tau... Puncanya remeh je, pasal air botol la jugak... dahlah..tak nak I cerita hehehe.., part merajuk je I cerita. Terus la I ugut tak nak pegi majlis Khairi itu tapi at the same time, I sibuk-sibuk sediakan handbag, kasut bagai...tapi mulut ugut lagi tak nak pegi wakaka.. buat-buat baring, tutup bantal la at the same time kepala ligat pikir pasal make up la and sibuk-sibuk cari selendang, kipas, camera, handphone make sure battery penuh. Bila I tengok tak ada response dari husband I. I pegi kat dia, I kata “serious I tak nak pegi” (padahal tunggu nak mandi aje), dia kata “kenapa”?, I kata sebab dia tak pujuk I, dia kata, “eh you kata jangan pujuk and jangan cakap dengan you?” I kata, “ah you memang tak sayang I lagi” (hahaha.. cilakak punya ayat)... lepas tu dia pun pujuk, “mari la pegi”.. sambil hulurkan tangan mintak maaf hahaha...(padahal dia memang tau I mesti akan pegi). Lepas berdamai ala-ala salam hari raya, teruslah I melompat masuk bilik air sebab takut lambat sebab buang masa merajuk tadi. Omg, tergelak besar bila I ingat balik... Please jangan ikut I punya contoh... I dah rosak you...

Anyway back to majlis Khairi, everything went smoothly and there’s no clumsy drama from me... thanks God....

Sekian catatan I hari ini, di tahun baru 2015.....

Tuesday, February 5, 2013

The Other People

Here’s the thing if you have no children which is part of a foundation of having a family, you tend to ‘menumpang kasih’ of other families, such as your brothers/sisters’s families for all kind of ocassion such as weddings, family gatherings, birthdays etc.. You’re close to them, especially if you grew up with them, be with them during those ups and downs moment . But no matter how close you think you are to them, you have to be prepared that one of these day, invitation will become scarcely and sometime it stop altogether. The reason was, not because they hate you or doesn’t want to be in your company anymore but because you are not related in a way, a family unit should be. It is just that you are considered ‘the other people’. Once you are ‘orang luar’ you are forever ‘orang luar’ and ‘sekadar di pinggiran’ sahaja... Francescca Peter la pulak.... Orang yang ‘menempel’ like us doesn’t mean much. 

You have to be prepared when the times come, try not to have any ill feeling or ‘terasa hati’ or ‘even berjauh hati’ with them... you have to understand you are not, I repeat are not the “original” family member. And you have to know where you and your husband are in their “ family organisation”. The sad part was when your husband said, ah, it’s ok, it is intend for their family affair only, they just want to be among themselves, I also doesn’t want to join them etc... you feel sorry hearing those “excuses” from him because he felt like he has been left out and try to justify their action. And you know that he think that he is not wanted anymore but he just doesn’t want to say it. You wish you can say something to ease the “pain” but you know you can’t said it out loud for fear of making it more worse. The only thing that you can do is to listen to him and said it's ok...

At the end of the day, you realised that there’s nobody actually really care for the both of you except you and your husband because your family tree never grows any branches.....

Sekian tulisan wanita yang telah lama building a defense mechanism untuk mengelakkan diri dari merasai berbagai rasa.....

Monday, December 3, 2012

Tentang Diri I...


(Picture taken last week, setelah 3 tahun berblog baru sekarang I letak muka depan..malu I hehe..)
 
Haritukan I nak cakap pasal being an iban woman among the malay. Yea, I tak berjanji pelesu lagi. Here's the story....
 
Untuk yang tidak mengenali secara dalam or tidak pernah membaca sejarah hidup I masa kecik kat blog I yang lama (the blog is still there cuma I closed for viewer), I nie adalah salah seorang perempuan iban dan ada sedikit campuran dusun kadazan from my father side, my great grandmother. Mak I pure iban. Tak tau la kalau ada berdarah africa but rasanya tidak kot or sure rambut I dah kerinting halus and mesti ada kulit ala-ala or rapper lima posen..ampon. I lahir kat hospital Kuching. Masa I kecik I nie adalah anak Mummy yang sangat baik (nie Mummy yang cakap). Mummy kata I senyap je and cuma nangis bila nak susu and I sleep through with my kencing and mumu, tengok la product nya sekarang sangat angel kan... kejang! Muka I macam muka cina although I cuba menafikannya. Sampai sekarang orang ingat I nie cina, kalau pegi kedai cina mesti dorang bercing cong dengan I. I kata, I bukan cina and as usual dorang tanya apasal macam muka cina maa.... I kata mana saya tau tanya la mak saya dengan cina kedai kopi mana dia ber scandal (eh..I tipu mana ada I cakap macam tu). I cuma jawap dengan senyuman saje. Lepas tu dorang tanya lagi, datuk nenek you cina ka? I kata tak tapi nenek I anak angkat cina, yang ini statement betul. Mesti pening kepala dorang kan sebab muka I macam cina and tak ada darah cina tapi nenek anak angkat cina, itu belum lagi I nak cakap kakak I kawin dengan cina wakaka... berbelit la kan. Lepas tu dorang akan cakap, apasal kulit lu putih maa..putih dari cina.. I kata, I tak putih la, I kuning and lepas tu all of us akan ketawa sama-sama. Situasi macam nie memang sering terjadi pada I. Itu belum lagi I nak cerita ada separuh orang ingat I nie mix blood campur omputih (yea..muntah lah sepuas-puasnya, I sendirik pun geli masa type ayat itu). Tapikan husband I cakap masa kecik-kecik orang ingat dia anak cina sebab kulit dia putih, I kan bila dia tiap kali cakap macam tu, rasa macam nak terjun dari kerusi je, muka hidup-hidup macam orang melayu and kulit sawo matang tapi dia selalu menegasakan yang masa dia kecik and remaja, kulit dia putih. I kata poraaah lah.. (mana boleh tinggal expresi tamil I), kalau dari kecik dah putih besar pun putih la.. Husband I cakap dia tan..adeihh.statement yang sungguh durjana...
 
Then bila umur 2 tahun, our parents move to Singapore sebab Daddy was a navy/tentera laut and masa tu base dia kat sana KD Malaya. I sekolah kat Johor Bahru. Nama sekolah tu Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, although kebanyakkan budak sekolah kat situ bukan anak tentera. I tak tau kenapa dorang letak nama tu. Kat S'pore and Johor nie la I berkawan dengan anak-anak bangsa melayu, cina and India. Tapi paling ramai kawan I bangsa melayu sebab cina and india tak ramai. Bila dah tinggal sana, automatically Mummy masak pun makanan melayu, cakap pun 99% pun cakap melayu, tengok tv pun cerita melayu, penyanyi dan pelakon favourite pun melayu and segala-galannya serba serbi melayu. Then bila I umur 10 tahun, balik ke Sarawak and iban pun tak ramai kat sekolah I and kawan kat situ pun kawan melayu sarawak and also dari semenanjung. Biasalah anak tentera nie asyik berpindah randah, orang semenanjung pegi sarawak, orang sarawak pegi semenanjung (intergration intergration). In between those moment I sempat sekolah kat kampung kejap and then balik kat sekolah rendah I yang lama. And then pindah kejap ke Perak, lepas dua tahun, balik semula kat sarawak. Then pindah kat kampung kejap, kat situ la I kawan dengan 100% kaum iban sebab orang melayu tak ramai kat sekolah tu. Then pindah ke another place kat sarawak kat situ banyak pun banyak orang melayu dari bangsa lain termasuk iban.. Kat situ I berkawan equally melayu and iban. And kalau outside from school I hang out with both kaum memandangkan ramai sedara I tinggal kat negeri tu. Masa dating and ber boyfriend (wohooo...) pun dengan orang melayu sarawak and kawan-kawan lelaki yang rapat pun melayu sarawak and ada yang dari semenanjung (yang kerja kat sarawak).
 
Sampai la I jatuh cinta dengan lelaki melayu semenanjung yang berjaya mencuri hati I yang sungguh murni ini keh keh keh.. dan kini menjadi suami I yang montok itu dan teruslah I "dilarikan" ke semenanjung. I can never leave semenanjung even if I want to.. weird kan.. Dulukan husband I kurus and tegap, malas la nak cerita, rasa macam tertipu je sekarang nie sebab dulu "offer package" lain sekarang dah jadi lain alahai rasa macam nak sue je... Ish tak habis-habis mempertikaikan bentuk badan laki sendiri. Macam la I nie cun melecun atau slim melim.. Tapi I betul-betul tertawan and cair wakaka..sekarang nie nak lari dari tawanan pun dah tak boleh...cair tu bila dia bagi hadiah je la.. (again wanita kebendaan hep!) ampun suamiku (selingan mesti ada). Anyway, lepas I kahwin dengan dia, 100% of my time and my life, I abadikan untuk dia dan keluarga dia. I tak kisah pun sebab family dia family I jugak. And I tak pernah pun ajak dia balik sarawak. Masa I kerja dulu, I have a friend who is a sarawakian and kahwin dengan orang kl nie, tiap-tiap tahun dia mesti balik sarawak. Dia hairan kenapa I sikitpun tak ada hati nak balik. Dia tanya, I tak rindu ke, I kata taaaakkk... (kejam kan). Imagine, sepanjang-panjang I tinggal kat KL, sekali je I balik sarawak... double kejam. And bila I dah kahwin, duduk kat sini dengan orang melayu nie, bertambah-tambah la kemelayuan I, cara pemikiran (not entirely though) yang memang dah banyak kena influence dengan melayu, kerja pun kat company melayu and colleague pun melayu-melayu belaka.
 
Then I terpikir, here I am an iban woman among the malay. I nie bangsa je iban tapi I don't have the quality or trait of an iban woman such as cara I berfikir and cakap dalam hati pun dalam bahasa melayu diselang seli dengan bahasa inggeris and a lil bit of iban. But I'm glad I still tau berbahasa iban dengan lancar. Sometime I rasa "bersalah" kepada diri sendiri kerana lebih kemelayuan dari keibanan. I have relatives but I'm not close to any of them, I don't mingle much in FB until recently, I don't have any kampung that I can call my own (panjang cerita), I tak tau menari tarian ngajat, banyak adat istiadat serta keramaian kaum iban yang I tak tau or tak pernah pegi and satu hasil peninggalan my ancestor pun I tak ada. I love my race and there was one time someone told me, you are not iban anymore, you are a malay sebab you dah macam melayu. Wah, I cakap, you can say whatever you want to say but you cannot, I mean cannot say that I'm a malay because no matter what, I'm an iban and will always be. Agama boleh tukar but not bangsa because that is in me, its my roots, it is to distinguish who I am and where I come from and I'm proud of my race and my people. Don't you or anybody ever question who I am and what I should be. Terdiam dia and cepat-cepat dia mintak maaf kat I. Then dia explain akan maksud ayat dia, I cakap you don't have to explain, I think I know what you're tyring to tell me but don't ever bring that things up or say that to other races unless they have no pride in their race.
 
Having said that (rasa macam Simon Cowell la pulakkan), sometime I feel like I don't belong to the iban community because I spent most of my time with the malay community. And sometime I don't feel like I don't belong to the malay community eventhough I live among them all my life because I'm an iban woman. You get what I mean? Thanks God for FB (akhirnya I terpaksa menerima hakikat akan kebaikkan FB, ceh!). I got to rekindle my relationship with my long lost cousin and start gossiping about our relatives haha.. Oh, I start berborak dengan cousin-cousin yang tak pernah I tegur selama ini. Tak menang tangan I ber pm dengan dorang, kejap-kejap click home, click pm etc. Some of the things that they told me was kind off sad. Well..nasib masing-masing kan, if only we can see our future. Sedih I baca luahan hati cousin I sebab I teringat kenangan masa kecik-kecik dengan dia....and dulu-dulu I rapat dengan dorang... I promised that I will start to get to know the cousin that I never met better and strengthen with the one that I know when I was small. Kira sirih pulang ke ganggang la nie..
 
As for friendship, I can never form any lasting one with anybody. Bila nak start ada close friend and rasa feel kat tempat tu, pindah lagi and the cycle goes on and on and on...and sometime my close friend have to move away. Janji tak lost contact tapi lost jugak. Sebab tu la agaknya I tak ada semangat friendship yang jitu kerana I telah "dibiasakan" yang I akan ditinggalkan dan meninggalkan....
 
Sekian catatan wanita iban dibumi bertuah ini....


Monday, November 26, 2012

Dear Damit (Arwah)

I was free a few nights ago (err..macam la I live a hectic life), so I decided to jalan merata-rata ke berbagai-bagai blog.. Antara jenis-jenis blog-blog yang I suka masuk dan google adalah blog orang yang telah meninggal dunia. I know I have a weird kinda taste and some of you might think I'm sort of a lunatic freak. I suka baca blog-blog arwah/mendiang yang dah tak ada nie sebab the feeling dengan blog orang yang masih hidup is different, pada I la kan. Bila orang tu dah tak de you rasa sangat curious nak tau life dia or apa yang dia tulis masa dia hidup. And also when they wrote some emotional stuff you somehow can feel their pain deeply. The sad part was when there's no more entry post from them and the last entry was the last. And of all the blog that I went or stumbled into two were my favourite's (now I'm feeling weird for saying that) still very young, one was 19 years old, died of accident this year and the other one was 20 years old, died about four years ago of lung cancer. All of them had gone before I have the chance to "meet" except for one, that is Damit.

Anyway, dalam I berjalan-jalan itu, I decided to make a visit again (everynow and then I akan jenguk blog dia bila datang rindu) to Damit's blog, one of my cyber friend that had passed away about five years ago. I'm not close to him and I don't really know him that well. I do know he's a good friend with Ajipp, Wo, Vagg etc.. I cuma start bergurau senda dengan dia towards the end of his life in one of the forum that we used to hang out together. I read back some of his writing and sometime I senyum sorang-sorang. I clicked link blog kengkawan on his blog and semua dah tak aktif or tutup their blog except for darling JM and Minah. And hati I terusik each time I saw my blog link (I tutup je blog lama I tu) yang dia gelarkan "Mak Datin dan anak-anak ikannya" hehe.. That's him, always know how to tease his friends with names and his words, sentences was always hilarious. He was always a fun guy to be around with. I baca his last entry, tiba-tiba I rasa sedih and I wish he was here to see the latest update or perkembangan yang semakin pesat dalam bidang culinary nie and dengan kemunculan ramai celebrity chef around. I'm sure he will have lots of things to write and merembes about it since he and most of us memang suka tengok channel masakkan nie. I decided the best way to "tell" him although I know he wouldn't be able to read it anymore is by writing an entry about it.
 
 
Dear Damit,
 
You said you paling suka celebrity masakkan Nigella Lawson. Yes, that lady memang sangat hot dan sexy walaupun dah pangkat mak-mak orang. Walaupun badan dia agak berisi tapi her curves was just in the right place and nampak sungguh menawan. I paling suka bila tengok dia masak dessert, sungguh mengiurkan dan mengandungi chalories yang tak terkira. Cara dia mencalit makanan and masukkan kat mulut dia buat I rasa pilu sebab I rasa macam nak telan je semua dessert-dessert yang dia buat (ish pengakuan buruk). Sekarang nie I dah tak nampak kelibat dia di mana-mana, I pun jarang dah tengok channel TLC or food channel nie but the last time I saw her was at reality show as a guess host/judge (first episode), Around the world in 80 plates's .
 
As for Kylie Kwong, minah nie pun lama I dah tak nampak kat mana-mana channel but she came to KL a few years back. I remembered my husband called me and told me she saw her at Kinokuniya for book signing while he was about to have his lunch, so he quickly bought her book and asked her to sign. Husband I cakap, Kylie tanya dia dua kali nama I, I cakap kat husband I ofcourse la dia terkejut sebab tengok yang suruh sign to muka macam pelakon gangster kecil kecilan wakaka.. (kejam I) lepas tu nama bini pulak glamour, uweek hahaha.. I was so happy when he came back and showed me the book with Kylie's signature with my name on it. Yes, I like her style of cooking, simple and nampak sedap. Tapikan method dia lebih kurang aje, masakkan bergoreng and mesti ada soy sauce and also bawang. The last time I saw her cooking was a for her brother.. fried egg duck..macam yummy je.
 
Keith Floyd, I'm sorry to tell you this British celebrity chef had passed away in 2009. Dulu-dulu masa dia baru passed away ada jugak astro tunjukkan rancangan dia but sekarang nie lama dah I tak nampak. I tak suka cara masakkan dia, I tengok macam tak sedap je and macam letak aje. I ada jugak tengok dia masak rendang kat Malaysia dulu and ada sekali tu dia masak kat Afrika tah I lupa which country dalam Afrika tu. Macam geli je I nengok dia campak macam-macam kat dalam tu.
 
Curtis and Ben nie, well.. I ada jugak tengok Surfing the Menu dia dulu but I kurang minat sebab macam tak ada seni je I tengok. But for your info Ben entah di mana sekarang nie but Curtis Stone is literally everywhere! I suka tengok dia dalam series "Take Home Chef" kat channel TLC sebabkan dia akan pick up perempuan randomly konon, but I dont think so, mesti dah pakat dengan program tu dulu kan. And also I tak perasan kalau dia ada pick up laki but yang I tengok perempuan aje. Then ikut balik masak sama-sama, dia ajar pompuan nie macam mana nak masak and surprise their love one. Yang kat series masakkan nie I suka sebab makanan simple tapi nampak sangat sedap. Curtis nie is a busy chef, like I said he is everywhere. He joined The Celebrity Apprentice Season 3, become a host at Top Chef Masters, co-host Around the World in 80 Plates, the list is on and on and on.
 
Jamie Oliver, dia nie nampak macam kebudak-budakkan dengan boyish look nya sekali. Rambut serabai sana sini. Not only your mother je tak suka cara masakkan dia, me and my husband pun tak suka. Husband I siap cakap, cincai and pengotor la dia nie masak. And sometime you can see roots kat sayur masih nampak macam ada lumpur lagi ekeke.. A'hah dia masak kat rumah dia sendiri and kadang-kadang masak kat rumah orang. I suka ada satu series tu dia ajak/tolong budak-budak remaja yang bermasalah or macam tak ada harapan untuk join jadi cook/intern/apprentice untuk restaurant baru dia kat Australia.. Kadang-kadang sebak dada I bila ada budak-budak tu cerita pasal family life, dengan record tak baik dorang and etc. Kesian sebab siapalah nak hidup susah or dapat family yang tak bagi perhatiankan. Nasib baik la Jamie nie tolong and bagi dorang harapan. Lagi satu series yang I suka bila dia pegi ke sekolah-sekolah and appeal tu their board of director suruh tukar menu makanan budak-budak sekolah rendah nie kat canteen sekolah. Makanan canteen kat sekolah-sekolah nie tak berkhasiat and terlampau banyak calories, lemak etc. So dia fight for makanan sihat, berkhasiat and ofcourse macam-macam obstacle that he has to go through. Jamie macam Curtis jugak, he is everywhere. His website pun best and sangat active.
 
Kak Nita, I cuma tengok sekali je and macam tak best aje. Cooking with love la katakan hehe.. I baca kat ruangan gossip/blog gossip sampah hahaha.. dia ala-ala merajuk pegi balik ke Las Vegas tak tau kenapa la kan.
 
Chef Wan, is still around and everywhere. I pun suka tengok rancangan masakkan dia, nampak sungguh menyelerakan and ofcourse fattening. I ada beli a few of his books and tried one of the recipe. I ikut exactly tapikan tak jadi. I don't think so it was me since I follow betul-betul but entahlah nasib I kot. Chef Wan nie ada macam-macam kisah but I malas nak sentuh hal peribadi dia dan family dia but yang pasti latest I tengok dia dalam iklan Lee Kum Kee... Pada I Chef Wan nie is a national treasure.
 
Jaafar On, rasanya macam tak pernah tengok rancangan masakkan yang ada dia. Pelikkan? Padahal dia famous dengan masakkan selain dari lakonan dia kat tv. I don't know why I never got the chance to see him cooking and lakonan pun rasanya tak pernah jugak but kalau kat paper and ruangan gossip beliau memang di mana-mana hahha... yang pasti bila bergambar beliau pasti akan menguntumkan seulas senyuman di bibirnya yang sexy itu.....eeee..ngeri wakaka...
 
Anyway, I wish you got the chance to see more amazing chef or celebrity chef and their show plus reality show such as Top Chef, Masterchef, Hell's Kitchen to name a few... And I wish you got the chance to "meet" Gordon Ramsay's my fav's chef. I'm sure you will have lots of things to talk about him. But yeah, I know kalau dah time kita nak pergi kita pergi jugak... You're always in my mind although you singgah sekejap aje dalam hidup I.  Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat, rest in peace my dear cyber friend and Al-Fatihah buat you...amin....
 
Sekian catatan I kali ini....

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...