Tuesday, November 30, 2010

Budak Remaja Sekarang..

I perhatikan budak-budak remaja or pra remaja zaman sekarang, kebanyakannya sungguh la tak ada sifat-sifat yang boleh di banggakan. Baik yang pompuan maupun yang jantan. Kalau pegi Sg Wang ke or even KLCC, group-group nie banyak berkeliaran dalam satu kumpulan dengan dress up yang comot, selekeh dan berbau busuk. Muka pulak langsung tak ada cahaya... tak tau la kurang zat ke atau banyak sangat isap dadah atau main seks.. Hey it is true. Pala otak I mesti pikir yang bukan-bukan such as kat semak mana, hotel or rumah murah mana la dorang nie bertibai with each other.. Then laki/pompuan dapat penyakit kelamin, then yang pompuan preggy, then pompuan/laki buang anak, tak rasa apa ke yang lelaki that, that is your benih, then dapat malu (kalau ada malu la, terutama pompuan), then jiwa kacau and I'm sure peristiwa hitam mesti menghantui fikiran dorang nie (pompuan la) what is the point all these? Oh it is sicken me!

Kadang-kadang I feel bad seeing budak-budak pompuan as young as 13 or 14 years old dengan nenen yang tak tumbuh lagi bontot pun masih macam papan tapi dengan pakaian yang seksi meksi, make up, oh dear sangat la tebal and pakai kasut tinggi bejalan terkangkang-kangkang berpelesaran dengan budak-budak jantan seusia yang kote belum lagi panjang sejengkal (eh, automatic je jari tu buat sign sejengkal, hah! I caught you!). I selalu wonder mana la mak bapak dorang nie. Tak monitor or ambik tau ke mana anak-anak korang? Tak tegur ke? Or kalau dah tak dengar cakap hantar je kat pusat pemulihan akhlak kat mana-mana. Same goes to budak-budak laki nih, belagak and tunjuk ego tak bertempat. Tak ada harga diri and perasaan malu dah la tu melepak merata-rata tanpa arah tujuan. So sad la with this phenomena.

There are a lot of things and opportunity that they can do in this day and age and not to mention tinggal kat metropolitan city nih. Kalau la I macam dorang with all the energy, young age and time spend, there are a lot of thing that I would do or had done. Tak ada ke rasa untuk memajukan diri sendiri, after all this is your life, you la yang akan menentukan how your life would be in the future. And the sad thing is kebanyakkannya anak-anak bumiputera yang macam tu. I jarang nampak anak-anak bangsa lain..kalau ada pun susah nak jumpa. Hey, bebudak duduk rumah diam-diam and memerap kat bilik lagi bagus la. Kalau tension kat rumah, pegi melepak kat library, banyak ilmu boleh dapat kat situ, kalau korang tak tau... Or buat la kerja partime yang bertimbun kat luar tu. Duit pocket and pengalaman pun dapat tapi jangan masuk MLM/SLM yea hahah...

Blog Walking...

I'm so fed up with blog walking yang shout kat chatbox and asking me to visit their blog yang clearly advertise whatever the "f" it is/was. I'm so tired of deleting their messages yang menyemakkan chatbox I. So I decided to delete the chatbox all together. Pump or anybody kalau nak borak or leave a message terus je pegi facebook ok?

Monday, November 29, 2010

Weekend Update


(Gelang and cincin tu murah je 3 RM15.00. Anting-anting tu beli kat chameleon RM26.00 and RM15.00 je. Yang Mark & Spencer's shower bathfoam/creme tu RM21.00 sebotol 500ml..murah so I grab 3 sekali. See? I'm not a big spender!)

This past few weekends I was busy with shopping etc for the wedding of my husband’s niece. So sibuk la both of us mencari baju untuk ke majlis ituuu. I tempah baju as I tak berani nak buat baju yang ada manik-manik bejala yang berbagai.. And last Friday husband I pegi collect. It was beautiful and rasa macam glamer pun ada gak, maklumla I tak pernah pakai baju-baju berkelipan bila di simbah lampu kan... It was my husband’s idea, dia yang beria-ia pilih kain and suruh I pakai lawa-lawa.. Kalau ikutkan I..kain cotton buatan sendiri aje la wakakaka... Then dia ajak I cari kasut untuk match dengan baju..I kata tak payah la..bukan orang nak tengok kasut I pun. Husband I nie kan kalau dia perempuan I rasa la mesti fashionista atau ala ala Camelia. Kalau pegi shopping dengan dia, sibuk la dia suruh I try nie try tu. Kalau pilih kain husband I memang expert and memang cantik la kain yang dia pilih. Nasib baik husband I tak lembut kan.. kalau dia jenis auw auw, sure “anu” dia tak bagi I salam...(wah apa sengih-sengih..betul apa wakaka...).

So anyway, I lega sebab segala shopping mopping dah selesai. I bought a few costume jewellery such as gelang and anting-anting..bukan main memancar-mancar lagi batu permata pelesu I itu... Baju melayu husband I pun dah beli yang readymade aje..sedondon dengan I... Songkok and butang baju pun recycle aje yang masa time raya aritu. Sampin pun dah standby. Last night niece yang nak kahwin tu sms and tanya dah buat persiapan ke... I told her that silap-silap orang tak tau mana satu pengantin lelaki because your uncle look so grand. Dia kata jangan pakai songkok tinggi mengalahkan pengantin, husband I cakap dia pakai ketayap aje... niece tu reply jangan la kasi malu majlis..tau pun takut muehehe...

So petang semalam, visiting to the in law’s house sebab dorang baru balik dari Makkah menunaikan Haji. My SIL bagi beg, minyak wangi arab and tikar sembahyang. My BIL bagi Al-Quran with terjemahan sekali and dia belikan husband I jubah putih. Susah-susah je bagi cenderahati.. thank you Kak Aya and Abg Yim.

Sunday, November 28, 2010

Lately....

Lately nie, I rasa cukup malas nak update and share my daily life with readers (banyak la readers I or more like reader la) out there. I can’t figure it out exactly but I feel that there’s something amiss somewhere. I’ve talked with my bestfriend a few nights ago and asked for her opinion and also my luahan perasaan gituuu. I’m sure beliau rasa sungguh bosan dengan cerita ceriti terperi I ini. I know I’m older than the rest of the people out there (bencinya aku) but I do value their opinion despite their young age (huh..young.. that was long time ago..). Then I asked my husband’s point of view on "the issue" and he told me to continue with what I’m doing right now but do keep certain things to myself or write it elsewhere. There are a lot of option given by both of them and thank you yaahhh...

But then again I can’t blame people for reading what I wrote and conveyed to whoever they want to because it was clearly in the open. So I will continue writing and syok sendiri as usual and try to imagine I’m by myself...(apa la sangat yang I tulis nie..bukan interesting pun jauh sekali untuk mendapat Pulitzer Price wakaka..) and I will try to avoid having this annoying feeling towards whoever......

Monday, November 22, 2010

Penderitaanku....

(Title...kwa kwa kwa kwa...)

Last Thursday and Friday I decided to ganti my puasa and beside anak buah husband I akan nikah/kahwin early next month. Memandangkan I tengah berusaha nak menguruskan badan (usaha? Banyakla usaha..so far makan maintain melahap macam biasa, excercise pun rasanya sekali je..itu pun bejalan je, so I guess it is not counted la kan..), I pun rasa this is the right time to do so. Hari pertama and kedua I berpuasa run smoothly, I siap sahur lagi..tapi sahur benda remeh temeh je..makan hotdog, telur rebus, bakebean je. Masuk hari ketiga (Saturday) pagi tu pun macam biasa je.. but around 2.30pm to 3.00pm perut I tiba-tiba rasa semacam..(sebelum tu pagi I dah “membuang” macam biasa) and I terus ke toilet untuk membuang. Then around 4pm I membuang lagi and seluruh badan I berpeluh peluh.. Perut I mula rasa sakit and tiap saat I burping nonstop and kentut sekali. Tak lama kemudian I kena gastric attack. Oh my God..sakit yang amat.. tak dapat I bayangkan betapa seksanya. Siap menangis-nangis la kejapkan sebab sakit ya ampun! Husband I ajak pegi clinic.. lepas siap-siap tukar baju tiba-tiba rasa nak “membuang” lagi..so ke toilet lagi.. Habis je terus both of us pegi ke clinic..dengan terbongkok-bongkoknya..

Sampai clinic, nasib orang tak ada. Masuk je doctor kata kalau still purging dia suruh pegi hospital. Balik dari clinic, I terus mandi sambil dengan terbongkok bongkoknya..nak straight macam biasa tak boleh sebab sakit nak mampus. Lepas mandi tiba-tiba badan I seram sejuk and seluruh bulu roma I naik. I suruh husband I off kan kipas. I pakai sweater immediately and pakai sarung kaki. Dalam hati I kata, jangan la I kena dengue lagi.. sebab ada tak sanggup. An hour later I rasa panas, I bukak sweater and stoking... tak lama kemudian I rasa sejuk balik..sudah! apa kena nie? Dah la tu, usus perut I rasa macam kena squeeze and pinggang I rasa macam nak patah...seluruh area perut I rasa macam pakai corset yang paling ketat.. Husband I masakkan nasi and goreng ayam (nasib baik I dah train dia awal-awal), siap masak dia suapkan I. Tiba-tiba makcik sensitive ini mengalirkan air mata..ialahkan sakit tak tertahan.. serious.. Sebabkan everytime makanan masuk je terus rasa bagai ditoreh-toreh usus I nih. Minum air pun rasa macam nak pengsan. I tak pernah rasa gastric yang begitu menyakitkan dalam hidup I. Dah la tu makan pun nak kena suap punya la tak laratnya. Bila husband I suap I baring kejap, lepas suap baring kejap.. bukan apa nak duduk pun sakit.

Dah la badan seram sejuk/panas, sakit perut and then pening kepala. Husband I urut kepala tak jugak baik. Then dia buatkan milo and roti. I makan sikit-sikit sebab like I said.. masuk je apa-apa perut I sakit. Tak lama kemudian, I termuntah.. habis semua yang I makan keluar balik.. adoii..perut yang dah cramp bertambah cramp.. tak tau I nak cakap macam mana dah rasa..macam nak pitam pun ada... Habis muntah, kepala I rasa lega tapi I masih burp lagi. I tidur awal (tapi walau sesakit mana pun petani ini masih boleh lagi mengusahakan ladangnya dengan napas yang penuh sesak). Oh yeah..I can’t breathes well, ala-ala pompuan yang nak beranak..

The next day Sunday, pagi-pagi lagi I dah termuntah kuning. Adeeihh.. merana betul I. Makan nasi and ayam/ikan goreng tapi sikit aje. Perut I masih lagi tak baik. I berjalan terhoyong hayang macam orang mabuk. Sambil tu sendawa tak abis-abis. I terpaksa sembahyang duduk sebab bila I nak bediri aje rasa nak muntah. I gantikan sembahyang I yang tertinggal. Badan I rasa sangat penat, pinggang and perut I bagai di siat-siat. I decided to go to sleep sebab selagi I sedar selagi tu la I boleh rasa sakit. Tidur pun tak lena, kejap-kejap terbangun.

And today, I rasa lega sikit sebab cramp perut I dah berkurangan although each time I minum perut I masih sakit lagi but not as bad as the previous day. Petang tadi I masak sup ayam dengan serba kepayahan sebab I tak lalu nak makan sup kat luar. Tapi masa makan tadi, I makan nasi sikit aje.. tak lalu and rasa nak muntah sakit sakit. And masa I sembahyang tadi rasa macam nak jatuh and mengantuk. Up till now I masih burp and kalau begerak banyak I kena bernapas pendek-pendek and ikut mulut.....

Tuesday, November 16, 2010

Concert Konsert


(ahkak Kylie tersengih ayu kat adik Misty nye yang malew ini....)

I used to love going to a concert by international artist when they come over here.. with the exception of band or singer indon on which I tak pernah tengok or pegi pun. Some of their song I boleh layan but for me to beli ticket and watch them..nope even kalau free pun I tak nak. Yes dulu-dulu I memang suka tengok concert dari artist artist barat nih. I siap heret anak-anak buah husband and kalau dorang tak dapat I akan pujuk husband I yang memang tak suka langsung akan anything to do with music ke or should I say benda-benda berseni nih. Nak ajak tengok theatre pun punya la susahnya and kadang-kadang dia tidur sampai berdengkur sebelah I. The last concert yang I pegi was I think INXS featuring their new singer J. D. Fortune after winning the Rock Star. INXS to front the band.

Dalam banyak-banyak concert artist barat yang I pegi tengok nie, yang paling best and most memorable pada I was Alicia Keys. Best giler. I tak dapat gambarkan betapa happy, seronok, gembira..yes I was so excited back then. I went with my husband and dua anak buah. Suara dia tak payah dinafikan and cara dia melayan kita orang fan dia..wow superb..dia kelakar and pandai ambik ati. And another concert that I find best giler gak was Concert Tsunami, maunya tak best? Mengumpulkan artist artist and band band luar. Time nie pun I heret dua anak buah and husband I. I tak perasan Jody Watley duduk sebaris sebab dia dah tua and berisi tapi masa zaman late 80’s to 90’s dia antara yang cukup famous and sangat la lawanya body masa tu. I cukup suka lagu lagu dia during those time. Yang buat I tau tu dia masa kat concert tu was when one of the singer kat stage panggil nama dia and dia angkat tangan..

I had so much fun and the crowd was like crazy...kita orang menyanyi and menari like that is no tomorrow. Bab-bab lirik yang I tak tau tak ada la suara I kuat mana..asal ada ujung-ujung sama ..kita boleh la tu but bila bab yang I confident tu wah...suara terlolong macam orang hilang arah..wakaka.. Kalau pegi concert and duduk senyap baik tak payah pegi sebab macam orang pekak je. Concert omputih yang paling I menyesal pegi was Mariah Carey. Minah gedik tu memang yucks la.. Dah la baju buruk and nak sarcastic pulak. I don’t enjoy it at all. Membazir duit husband I beli ticket yang maha mahal tu.

Oh lupa as for local artist, masa I zaman remaja tinggal kat Sarawak, concert yang I pernah tengok masa tu was offcourse la Search, Gersang. As for Rahim Maarof memula tu me, my sister and one of our sedara tak nak tengok sebab ada Ramlah Ram and Salwa kat concert tu but Rahim Maarof punya pasal pegi la jugak although tak ada la minat sangat kat mamat nih..nanti la in the future I akan postkan gambar kita orang begambar sama muehehe..bila tu jangan tanya. Lagu satu local artist yang sungguh darling pada I, offcourse Sheila Majid. I once pegi concert dia kat KL nih..besssttt in the world sebab satu, I memang minat giler kat dia and dua sebab I tau almost semua lagu dia so bila nyanyi tak ada la rasa ketinggalan. To me kalau you pegi concert and you don’t know any of their song or you don’t sing along with the singer..what is the point isn’t it? Kita pegi tengok concert is for the fun or we want to have fun and gembira-gembira. And for this concert pun pegi dengan husband and anak buah.. I nak pegi dengan siapa lagi kan..

But nowadays, I dah tak mau pegi mana-mana concert although a few years ago John Legend did came here and I minat sangat dengan lagu dia masa tu. But I didn’t go and in fact I tak rasa rugi langsung. Keghairahan itu telah hilang. In fact kalau ada orang ajak and nak sponsor ticket pun I tak mau dah pegi. I feel weird if I were to go and terkinja-kinja menari macam dulu. I would look ugly. Imagine I yang veteran terjerit among the youngster, tak ke nampak macam pompuan tak sedar diri and sungguh jelik pemandangan itu? It is not a place for me anymore. I don’t know why and that feeling comes naturally. Kalau I “terpegi”, kalau la... in the future pun I akan tengok concert yang lame lame macam Sheila Majid and I’m pretty sure there is no more dancing or singing/shouting. I would behave according to my age. But I rasa I tak akan pegi kot sebab aritu dia ada buat concert kat Philharmonik pun I tak pegi tengok. Adakah ini antara tanda-tanda penuaan...ahhhhhhh..... But you know what? I’m glad for this “perubahan” which I said earlier comes naturally and I think this is part of being mature eh?

But, ada but lagi tuuu.. satu-satunya artist yang I akan tetap pegi kalau buat concert kat sini walau dengan apa cara sekalipun be it tak makan setahun ke atau kena belari seribu km ke atau kena dengar lagu tamil sepanjang zaman..... I sangggggggup buat tu semua asalkan demi ahkak Kylie Minogue I yang seorang itu... fanatic fan nih!

Tuesday, November 9, 2010

Isu Hangat Sekarang Nie..

A few days ago, I saw a comment berserta dengan link blog Aidid yang Pump post kat fb. So I decided to click on it. Wow, I was so surprised. Macam-macam info and knowledge I dapat and in my opinion this Aidid guy is very wise, knowledgeable and he talk the talk. Dia tak simply cakap aje siap dengan penerangan yang cukup details, precise and dengan bukti sekali. Oh thank you so much for the info Pump. It was an eye opening. Sebelum nie I selalu tengok kat majalah or gossip online pasal kejayaan business si Ac nih but I tak pernah ambik tau but at the same time the thought did cross my mind about how dia buat business gelang-gelang nih. Until Pump gave the link barula I tau and immediately after that I terus ke fb AC Mizal/ACk and read what was it about.

From that day onward hari-hari I akan check blog Aidid and fb AC and issue nie tengah hangat diperkatakan sekarang. Just now I check kat fb Say No To MLM (SNTMM) and from there I masuk ke berbagai-bagai link yang membawa I ke berbagai-bagai blog pasal system pyramid, MLM, SCK and berbagai-bagai jenis penipuan yang diselongkar. I tak kata or menuduh business ACk nie menipu, didn’t I? Anyway, from this morning until now I jump from one to another fb page/blog etc. And I ketawa sorang-sorang bila baca dorang berbalas-balas comment comment yang kadang kadang sungguh hilarious, sarcastic and childish at the same time. I’ve read that AC is going to make an announcement tonight. I wonder what it is but do I care? Naaahh...

As for pyramid, SCK, MLM or whatever kat luar sana, my conclusion is memang telah menjadi resmi kebanyakkan manusia, suka sangat nak senang dengan cara mudah tanpa berusaha and expect dapat immediate result without memikirkan what are the consequences. When it comes to money and kemewahan most human tend to kabur mata. I’ve been approached by a number of people asking me to join the same kind of scheme but I was never interested in it. Siap tunjuk check kat I lagi and macam-macam “keindahan” yang cuba dijual pada I but my iman never goyah. Biar la orang nak kata I kedekut or that I tak berani to take the risk. It doesn’t matter what they want to say because at the end of the day, it’s my life and the decision is in my hand not them. I ambik langkah berjaga-jaga, even if scheme tu halal and tak menindas sekalipun, I still tak nak and tak akan join.

Nasihat I, please becareful with your money, milik you. It is your hard earn. Pikirkan betapa susahnya you habiskan masa you bekerja untuk dapatkan monthly income and senang-senang nak laburkan kat something yang you belum tau kepastiannya lagi. Labur je la kat ASB ke or simpan kat bank ke. Hasil tak la sebanyak mana but it is secured and guaranteed. Pada I, biar la I tak kaya and biar la dorang kaya by joining those kind of business. Their life or life style didn’t mean a thing to me!

Monday, November 8, 2010

Geram Tengok AR Tadi

I cukup angin tengok AR tadi. I geram betul kat bapak Kevin si Michael tu. Kalau tau dah tak fit kenapa la nak join AR nie. This program is for orang yang fit mentally, emotionally and physically. Yes, series nie bukan hanya untuk physically aje but then kalau tak kuat macam mana nak lari lari maa...kena banyak guna energy. And I rasa Kevin nie mesti sakit hati sebab tak dapat meneruskan pengembaraan sebab bapak dia yang lemah tu. Dah tau tua tak ada stamina kenapa la tak pegi exercise rigorously for a few months sebelum masuk? In a way he is mengecewakan si Kevin although mamat nie tak cakap and senyap je. Berapi-api I tadi masa tengok dia baling kayu tu. Tak ada energy satu and satu lagi tak ada strategy langsung. Huh! Emo betul I tadi. Tengok je la bapak si Natasha, Hussin tu (AR Asia). Cepat je give up and tak larat la. Mental strength dia out. Nasib baik bukan elimination round still ada harapan la kot.

In the future untuk perserta-perserta AR nih kalau nak masuk jangan angkut mak, pak, tuk or nek korang yang clearly dah tak ada harapan (kalau fit tak apa la).. chances untuk nak dapat injury memang cerah, takan tak pernah tengok previous contestant? Dorang nie never learn from their lesson. Tak payah cakap la nak join AR nie sebab nak merapatkan hubungan, podahh.. merapatkan apa kalau dalam hati geram tengok vet vet nie tak larat nak buat road block. Orang masuk AR nak duit sebab nak dapat duit USD1mil (US) and USD100thou (Asia) bukan nak rapat-rapat hubungan or for fun. Kalau nak rapat-rapat or for fun baik masuk program or series lain or family game show ke betul tak?...

Sunday, November 7, 2010

Movies Yang I Tengok


(picture from http://www.imdb.com/title/tt0892318/)

I saw this kat torrent but I don’t feel like DL it during those time especially after I’ve saw rating 6.3 out of 10. But I decided to give it a try about a week later. It turned out the movie was soooo good in fact pada I one of the best love story ever. Sungguh-sungguh menarik dan unexpected.

Kisah pasal Sophie (Amanda Seyfried) pegi ke Italy dengan tuning dia yang jugak chef and in the process tengah buat restaurant. Sophie ingat dorang akan pegi pre honeymoon (sebab belum kahwin) but tunang dia sibuk la pulak nak cari barangan untuk restaurant dia. So Sophie nie bosan and dia make a deal dengan tunang dia, tunang dia pegi ke lain wine auction and dia jalan-jalan sorang kat bandar Verona tu. And you know Verona kan tempat kisah tragis percintaan Romeo and Juliet. Suatu petang tu dia pegi bejalan-jalan kat area situ and tiba-tiba dia ternampak sekumpulan pompuan menangis-nangis depan dinding, bawah balcony (balcony tu tempat Juliet nie berjumpa dengan Romeo) sambil menulis surat and then dorang lekatkan kat dinding. Bila petang semua orang dah balik, dia intip and nampak sorang pompuan ambik semua surat kat dinding and bawak ke satu rumah. Sophie nie pun ikut. Then pompuan tu letak surat kat atas meja and a few pompuan tua kat situ start bukak, baca and mula la nak balas surat. Rupa-rupanya pompuan-pompuan tua tu is kiranya secretary si Juliet nie la.. balas surat on behalf of Juliet.

Dia pun berkenalan la dengan dorang nie and so hari-hari dia join dorang membaca and borak-borak. One day dia ikut Isabella (pompuan yang kutip surat) and ikut kutip all the letters and tiba-tiba dia terjumpa ka dalam batu-batu ada tersorok satu surat yang dah 50 tahun which Isabella nie overlook... Then sampai kat rumah pompuan-pompuan tua kat situ suruh si Sophie nie reply surat yang dah berkurun tu. A few days later, cucu lelaki pompuan tua tu datang and marah-marah kat Sophie sebab reply surat nenek dia (masa nenek dia tulis surat tu and letak kat dinding tu nenek dia muda lagi, remaja belasan tahun) and now dia kena ikut nenek dia datang nak cari Lorenzo, cinta hati nenek dia masa muda muda dulu... So bermula la journey atau pengembaraan Sophie, Claire (nenek yang tulis surat tu) and Charlie (cucu dia yang cold hearted but at the end cair la jugak ekeke) mencari Lorenzo yang sungguh indah itu.... dan macam-macam la berlaku...

Cerita nie membuatkan I tersenyum and gelak at the same time, tergenang airmata pun ada jugak kui kui kui.., love story yang ringan but yet sungguh indah dan kelakar. Pemilihan pelakon sungguh tepat sekali and they complement each other very well.. sebabkan kadang-kadang tu ada je pemilihan pelakon yang tak kena dengan watak and yang tak ada keserasian but this one is just right. I recommend sangat-sangat you all yang berjiwa romantic atau pengemar love story macam I (auww) untuk tengok cerita nie.. bessssttttt... Oh and the scenery macam postcard... ahhh.....

By the way, after I watched cerita Letters to Juliet nie I decided to tengok pulak cerita Charlie St Cloud.. well.. pada I biasa aje cerita nie but ada a few element surprise and unexpected berlaku. Zack Efron berjaya membawakan wataknya but entah la at times ada part-part yang agak membosankan.. It is my opinion and how I feel ... but I suggest you all go and watch it, maybe you all will like it..

Saturday, November 6, 2010

Shopping At Uniqlo, KL


On 4th of November, Thursday, Uniqlo was launched at Bukit Bintang, KL. I dah ura-ura nak pegi masa opening tu but I changed my mind because I tak berapa sihat, you know the monthly thing and beside mesti berduyun-duyun segenap manusia akan menyerbu nanti. So next day, Friday evening both of us went there around 8.00pm. Sampai-sampai aje we were told that dah tak boleh masuk sebab they don’t accept customer after 7.00pm. Both of us pun jalan-jalan kat area situ and plan to go there again tomorrow.

So petang tadi both us park at Pavillion and had our lunch at Tony Roma's before do our shopping kat Uniqlo. Hujan renyai-renyai but demi Uniqlo ku tempuhi jua hehe.. When we arrived there, wah queue panjang sampai kat dalam Plaza Bukit Bintang but we were glad sebab tak lama tunggu and within 15 minutes dah dapat masuk. Orang ramai, tapi tak sesak so it was comfortable and barangan pun amat banyak, come with all sizes so you don’t have to worry about the stock or whether you wouldn’t be able to get it (well masa I pegi tadi banyak lagi tak tau la esok lusa kan).

I grab 3 pairs of sweater sebab harga sangat la murah offer RM49.90 (kalau hari or harga biasa RM79.90) rugi kalau tak beli and who knows I might pegi cuti-cuti luar negara ke so at least I dah prepare, lagipun boleh pakai untuk tengok wayang ke kan.. As for seluar I grab 4 pairs and it was sooo comfortable, rasa ringan and macam tak pakai seluar la pulak kan.. betul.. (Uniqlo patut bagi I commission nih sebab promote barangan dorang wakaka..). Harga offer RM49.90 (kalau hari or harga biasa RM99.90), apa lagi rambang la mata I. In fact husband I suruh ambik lagi and suggest macam-macam, tapi tak kuasa dah. One thing yang buat I penat sangat was masa nak ke fitting room, kena beratur for about one hour..imagine.. rasa macam nak pengsan pun ada..letih.. Masa I queue tu husband I pointed at some legging..I cakap lepas I pegi fitting room nanti pegi kat that section. Husband I tanya tak payah try ke, I kata tak payah asal kita tau kita punya size and benda tu elastic. Sebelum tu I sempat lagi grab a pair of gloves (RM59.90) that I've been looking for so long. It was beautiful and like I said mana la tau pegi jalan-jalan oversea nanti kan.. kira sediakan sarung tangan sebelum beku kui kui kui..

Balik dari fitting room grab a 4 pairs of leggings (RM39.90, still cheap although tak ada offer) and terus pegi ke payment counter. Sebelum pegi situ I told my husband suruh asingkan barangan because I understand that kalau beli lebih dari RM200.00 boleh dapat satu free Uniqlo bag. I thought kalau dalam satu bill although amount tu more than RM400.00 still dapat satu bag. I nak dua la kan. So I tanya salesgirl kat situ and she told me kalau amount more than RM400.00 dalam satu bill pun still dapat dua bag kira every RM200.00 dapat satu. Kalau RM1,000.00 dapat 5 bags. But our bill was RM568.80 so dapat dua free bag Uniqlo. Husband I hairan kenapa I beria and excited ndak free bag tu sebab macam bag recycle JJ or bag biasa je. I told him, sebab ada tulis macam-macam cawangan Uniqlo kat seluruh dunia and beside original... nonsense kan I?

Sebelum balik I makan ABC mangga kat foodcourt Pavillion dengan cepat sekali sebab I haus nak mampus... rasa macam nak jatuh pun ada.. almaklum la dah vet vet nih.. Then beli a few kuih kuih cina yang macam cakoi tu kat foodcourt tu jugak..and then I suruh husband I belikan tafu fa kat pasar malam sebab kat kedai jual cakoi tu dah habis.. ada ke?

Sekian..

Wednesday, November 3, 2010

Vampire Diaries La Pulak kan...


(picture from http://tengossip.com/2009/07/24/a-new-vampire-diaries-pic/)

Months ago when the show was first appeared kat torrent I decided to DL it with no expectation at all. When I watched the first episode, macam best tapi I tengok berkisar pasal kisah remaja with the exception of vampire, offcourse, habis tengok di first series, I told myself I get back to it in the future meanwhile I DL sampai 10 episode. Then about a month ago, I decided to watch the second series and right on I was hooked!. Best giler cerita nih.. lepas satu, satu series I tengok and I quickly abiskan DL first season yang tak abis lagi and the second season yang latest which was episode 7 simultaneously. I know cerita nie dongeng je..but it was so good and very entertaining.. I cemas, I suka, I sedih sampai menangis and berbagai lagi la reaksi dan perasaan di hati ini.. Oh.. husband I pun suka jugak...tak sangka lelaki perasan macho yang tak nak tonton cerita macam nie jadi one of the no. 1 fan hehehe... Macam nak pengsan abiskan semua season 1 and latest season 2 last month. Just imagine dalam satu malam tu kita orang tengok sampai 4 series..sampai rasa macam nak tekeluar bijik mata... dengan mengantuknya lagi tapi tak sabar nak tau what next... Fuh..lega sekarang nie..current...

Damon buat I geram, benci, sakit hati but at the same time, I don’t want him to die sebab dia nie kira asam garam cerita nie, kalau tak ada dia tak best. Kesian pun ada jugak I kat dia but sometime he can be very brutal..eh not sometime..all the time. As for Stefan nie..I suka akan cool nya dan his abs is to die for... tapi dia nie sometime ada weak character. Elena..I sukaaa minah nie, cute yang amat. I suka baju yang dia pakai and body dia lawa la.. Rambut dia lebat..(tak tau la kalau dia pakai extension hair dari india ke ekeke..). Yang pasti watak dia best..maunya tak best kena romance dengan dua jejaka adik beradik Damon and Stefan itu.. I pun ndak..huhu.. Watak Katherine nie geram I, pelesit punya minah..padan muka kena kurung kat tomb batu (on latest series)..tapikan nape la tak bunuh je sebab mesti future series dia akan dapat keluar and buat kacau lagi..

As for watak watak lain such as Boonie si African/American witch yang cantik itu, memang sesuai watak tu kat dia, Jeremy adik Elena nie macam dah berkenen je kat Boonie. Sesuai la dia dorang, kesian kat Jeremy (adik Elena), berapa kali dah patah hati with Vicky (adik Matt) and Ann (Annabell) yang kedua-duanya dah mati tu. Selain dari itu I suka watak Caroline yang annoying tapi bestfriend Elena and Boonie nie. Tak sangka dia pun jadi vampire because of Katherine. I kesian kat Matt yang syokkan Elena dari kecik, walaupun dia ber couple dengan Caroline sekejap tapi rasa cinta dia kat Elena tak pernah padam. Auntie Elena and Jeremy, Jenna pun I suka, cool and I suka dia ber couple dengan cikgu sejarah Jeremy, Alaric. I hope dorang akan bercinta sebab masih dalam process berkenen lagi.. And I really really hope watak Alaric tak dimatikan... oh yeah..I almost forgot about Tyler..tak best la uncle dia dah mati kena bunuh dengan Damon nih.. that guy is a hot surfer.. sekejap je watak dia.. kesian Tyler dia ingat uncle dia tinggalkan dia.. but tak sabar nak tau series selanjutnya sebab Tyler nie is a werewolves..auuuuuu.....

But one thing pelikla..bila ada vampire mesti ada werewolves..macam cerita True Blood or even Twilight.. Tapikan masa tengok VD nie I dah agak mesti sooner or later mesti ada kemunculan serigala jadi jadian nih... Sekian...