Thursday, April 2, 2015

Kisahku Dan Tahi Lalatku (Part 3 and Final)


(Bersedialah korang membaca yet another post yang teramat panjang dari I..)

23rd March, 2015 to 30th March 2015

Balik dari KLCC, I jadi sedih balik bila memikirkan akan keputusannya yang hanya akan di perolehi pada Isnin depan. Berbagai-bagai scenario yang I bayangkan di tambah dengan emosi yang syahdu. Husband I kata, jangan risau, it should be ok. Then husband I buat joke, dia kata, dia rasa I nie memang tersalah ambik masa kat hospital masa I baru lahir dulu. I tanya, meaning? Dia kata, just imagine, somewhere out there, ada perempuan muka and features macam adik beradik dan parents you kat family omputih tu. Mesti family and sedara mara omputih nie question, macam mana anak/kakak/cucu aku nie lain je rupa tak macam adik beradik caucasian dia yang lain, pendek-pendek bulat, jahat tau husband I.. terus I berdekah-dekah ketawa... ahahaha.. dalam kesedihan itu ku tertawa jua. Husband I tambah lagi, dorang semua gelap-gelap, you je putih and lawa pulak tu tak macam family you....alahai husband I tak abis-abis ingat bini dia la yang paling cantik hehehe.. I cakap, “Ish.. you nie ada je, buat buat jeling marah la konon.. wakaka...padahal perasan bukan main lagi I. Husband I cakap lagi, you tengok la.. perangai dorang macam mana...mana ada sama dengan you..dorang are a cold hearted people, whereas you are a very kind, warm hearted, sensitive and  gentle  person (hapa?? Katakan ini semua statement khayalan)...Husband I kata tak apalah dia yang untung sebab dapat kahwin dengan bidadari, serba serbi perfect .... alahaiii... hehe... (nah bucket muntah untuk korang wakaka...). Best betul kalau share statement yang buat orang meluat macam nie kui kui kui....
 
 
(Atas permintaan dari Zue yang nak tengok stitch I kat muka ini.  Bahagian lain I tak tunjuk, kang ada yang steam tengok perut I yang macam pancake or hips I yang penuh dengan celoreng-celoreng cellulite wakaka.. Korang yang baca nie bukan boleh pecaya some of you nie might be a pervert wakakaa...)
 
 Sampai rumah I berkira-kira should I shower my whole body or lap-lap aje. Doctor pesan I boleh mandi macam biasa tapi jangan soak lama-lama walaupun kat bahagian perut, hips and kaki guna plaster waterproof tapi bahagian muka jangan sekali kali kena air hanya selepas tiga hari sahaja. Maknanya I tak dapat solat untuk tempoh itu. Bila time nak mandi, I cakap kat husband I yang I nak mandi macam biasa sambil basuh kepala but I make sure bahagian muka tak terkena air sebab doctor tak plaster bahagian berjahit itu and seperti yang I katakan tadi, jangan sekali-kali kenakan air. Husband I cakap, no, jangan mandi, I kata I kalau balik hospital I mesti mandi sebab mana tau aura-aura orang berpenyakit atau roh orang mati ikut I balik... (tah apa-apa theory I nie but this is my amalan dari dulu, balik hospital or orang meninggal I mesti mandi betul-betul or mandi wajib). Masa I mandi tu, bila I rasa macam air mengalir kat muka atau plaster waterproof tu, I pun menjerit la sorang-sorang kat bilik mandi, itu misi, cepat-cepat datang and mula la bising seraya berkata, “hah..tak nak dengar cakap orang dengan dahi berkerut beliau, ah.. I buat derk je. Tapi memang tak puas lah mandi sebab kena lap-lap aje walau rasa macam nak jirus badan satu baldi je tapi I tahan la. I know, I kena dengar cakap husband I sebab kalau I tak ikut cakap dia mesti ada je benda terjadi kat I, dapat on the spot pulak tu. 
 
 (Nah, I bagi gambar x-large)

So the next day, balik dari kerja, I tengok husband I ada bawak satu plastik memory lane besar. I tanya, eh, apa tu? Husband I dengan tersenyum simpul menyerahkan kepada I. I tengok, wah.. ada kotak besar dan satu get well soon card. Terharu I sekejap and I cakap, I pun tertunggu-tunggu jugak, ada ke hadiah untuk I, tengok ada jugak, ingat you kat I eh.. (maksud yang sebenarnya ialah “nasib baik you bagi I something or else I merajuk besar” dan akan keluar lah ayat, you tak sayang I lagi wakaka..). Then bila I bukak je kotak, terkejut I sebab tengok ada one huge teddy bear ..wakaka.. aiyoo..ingat I nie budak-budak ke (kata I dalam hati tapi mulut menguntum senyum walau sebenarnya tak berapa puas hati hehe..). Husband I tanya, suka ke..I kata of course, walaupun rasa agak canggung, tua-tua pegang teddy bear...ewww... I pun terpaksa la peluk teddy bear tu untuk menunjukkan perhargaan I pada beliau. Tapikan bila I peluk je kan, tiba-tiba hati I rasa sangat lega. No wonder la kalau orang or especially budak-budak sakit kat hospital and di beri teddy bear, emosi dorang akan berubah and rasa happy. I pun meneruskan lakonan I itu untuk jaga hati beliau walaupun I sangat segan.. masa kecik tak ada pun segan-segan or malu-malu macam nie. Yea, maknanya I dah tua la sekarang nie. Ditambah lagi kalau I buat tak tau nanti dia tanya-tanya tak suka ke? Kang melepas pulak nak dapat hadiah yang lain-lain in the future. I sentiasa memikirkan masa depan dan hadiah-hadiah yang bakal I perolehi hehehe.. So kena la I bagi senyuman selebar-lebarnya and convince dia yang I sangat suka. Untuk hari pertama dan kedua kalau teddy bear tak ada kat sebelah husband I tanya, mana tedduy bear you? Aduhhh mak.. makanya terpaksa la ku kepit merata-rata. Kalau nak tidur, ada je dia letak sebelah I...OMG, tua-tua tidur kepit teddy bear... malunya I. Tapi masuk hari ketiga, dia dah lupa and I rasa sungguh lega hehehe..I bukanlah hipokrit but at the same time I want him to know how much I appreciate his gift, adatlah berumahtangga, dengar tu adik-adik. Tengoklah betapa baiknya dia dengan I selama ini, dia pun pandai ambik ati I. I know I kept on memuji-muji husband I but man, he is a gift from God to me. He is such an exceptional guy! Yelah nie cakap masa tengah sayang-sayang, cuba kalau I tengah marah-marah...habis segala kecaman hebat I hamburkan kat dia, itu belum lagi silent treatment wakakaka... So, for the first few days, kesan jahitan kadang kala terasa berdenyut dan seperti di cucuk jarum tapi I tahan je sebab tak ada la sakit sangat. Bila I mengadu sikit, husband I tanya, ubat painkiller tak makan ke. I kata, I tak nak. I tell you, I kalau boleh memang I tak nak makan painkiller ke panadol ke walau kadang-kadang period pain I rasa seperti perut I di pulas-pulas dan macam kena jerut je. Selagi I boleh tahan, I akan bertahan. Part nie, I tak dengar cakap husband I, dia selalu mengomel bila tengok I sampai merangkak atau berpaut kat kerusi ke dinding ke..itu belum lagi I nak bagi memek muka yang sampai terpejam-pejam mata wakaka..character actress you hehehe...

Anyway, jahitan di muka harus di sapu dengan alcohol swab dan disapukan dengan gel tiap-tiap hari selama tiga hari berturut-turut dan plaster waterproof harus di ganti selepas tiga hari. Jantung I berdebar tiap kali I sapu alchohol swab kat bahagian pipi sebab ada pedih-pedih sikit, maklumlah tempat yang baru di potong dan di jahit. Itupun I main acah-acah sikit je, as for the gel tu tak rasa apa pun I main acah-acah jugak. Time nak tukar plaster waterproof adalah acara yang mendebarkan jugak sebab the thought of jahitan di dalam itu...huiii... Part nie I suruh misi I buat. Husband I belum bukak plaster lagi I dah menjerit hehe.. I warning beberapa kali suruh dia be careful. Bila husband I mula bukak, start la I cakap adui, adui... husband I tanya, sakit ke, I kata tak, ngeri je. Mula-mula I tak nak tengok kesan jahit but I was curious so I jenguk la jugak...huh! nampak benang... seram I. Kat belakang kaki I tak tengok sebab susah kepala I nak terteleng cuma kat perut and hips aje. Since I nie jenis pengeli and always imagine kalau plaster nie lekat lama-lama akan tumbuh fungus la, kulit I rosak la, so I suruh husband I beli plaster waterproof sebab doctor cuma kasi one set je. Sebenarnya tak ada apa-apa and sure doctor akan bagi extra tapi I nie paranoid. So after three days barulah I dapat basahkan muka yang selama ini I lap sahaja. After that I mandi seperti biasa but I still make sure plaster waterproof nie tak kena air lama-lama. I rasa sungguh lega finally dapat shower all my body.

During those one week, hati I sentiasa resah kerana tak tau apakah result dari lab. Kadang-kadang I rasa nak menangis, sedih and down sangat. Kadang-kadang redha and bersedia menerima apa-apa berita buruk yang bakal I perolehi nanti. All this while, I google merata-rata and baca anything about moles, melanoma/skin cancer ini. There are times airmata I bergenang dan berkeluh kesah mengenangkan nasib ini. Husband I selalu menenangkan I and said tak ada apa-apa, belum tau lagi dah susah hati etc. I kata of course la, it’s happened to me, it’s my body mesti la I emosi. One evening, I baring kat bilik then husband I datang duduk sebelah I. I cakap, if it is a bad news, I would be so sad, I wouldn’t want to do anything anymore, I’m not looking forward for the future or our live together. I don’t want to do anything, I would just lie on my bed. I’m not giving up on life but I have no will power to do anything anymore. I kata, kalau dah masuk bloodstream habis la and boleh jadi lymphoma and sure macam-macam procedure kena buat and I tak nak buat chemo. I pesan kat husband I bila I mati nanti, please jangan tinggal sembahyang dan buat charity banyak-banyak sambil tu air mata I bergenang (hahaha.. shit la bila ingat balik). I cakap kat husband I yang I dapat merasakan umur I tak panjang sebab dari kecik lagi I dah rasa macam tu. Macam ada suara hati I berbisik that I wouldn’t be able to grow old with him and that I memang di takdirkan mati awal... mula la I dengan my ala-ala clairvoyant mind (mengarut kah kah kah...). Husband I cakap, kalau I tak ada, habis la dia, dia pun tak akan lama hidup sebab memang macam tu (alahai..wakaka..). Dia pun bagi a few example pasal couples yang laki dia mati and a few months later bini dia pulak mati. I kata tak semestinya, tengok you pegi enjoy but I don’t mind because you have the right to do anything you want to do even if you nak kahwin lain, kahwin la. I dah mati, mana la tau pasal your life. Dia kata kalau I dah tak ada dia akan berenti kerja. I tanya kenapa? Dia kata buat apa dia nak kerja, life dia dah tak ada.. Macam script film 70’ an je ala-ala Ruming dan Juling je wakakaa...

So last Monday 30th March 2015 at 3pm, we went back to visit Dr Eileen sebab nak bukak jahit. Dalam perjalanan ke Gleneagles, I senyap aje sambil membayangkan berita buruk yang bakal I perolehi. Husband I try to talk to me but I jawab tanpa perasaan dan muka yang separa nak nangis. Again husband I cuba reassure I but since I always think negative nothing he said dapat comfort hati I yang lara ini. I cakap buat apa I nak think positive and have high hope and suddenly I dapat bad news sure I jatuh terjelepuk nanti. Sampai kat clinic Dr Eileen kena tunggu sekejap sebab ada patient kat dalam. Bila I masuk aje bilik dia, doctor tanya, how are you? I kata, I’m not good and sad as I don’t know what is the result. Doctor cakap, hey, there’s nothing to worry about. I said, what? Nothing to worry about? What do you mean? Doctor ulang balik there’s nothing to worry about, here..sambil menunjukkan result kat paper. Macam la I tau apa terms or benda yang di tulis itu. Doctor pun explained one by one. The first one is dekat pipi I. Yang nie I suspense sebab dia cakap, moles kat pipi I bukan moles dan bukan cancer or melanoma. I tanya, what is it then? Doctor cakap, the features are those of dysplastic naevus but don’t worry about it, it’s not cancer. I suruh dia ulang lagi and then I tany, so I don’t have to worry about it. Dia kata no. But I tak puas hati, I tanya lagi, how about the big one next to my belly button. Dia kata, itu is just a normal moles. Ah..lega I.

Then doctor suruh I baring untuk bukak jahit. Mula-mula dia bukak yang kat pipi. Tak ada la sakit mana but knowing me yang mesti ada sound effect, I pun au au la kan bila terasa sikit hehe.. sikit je.. Doctor cepat-cepat kata sorry.. Dia buat slow and sangat careful. Dalam pada tu sempat la jugak I tanya, what do you think I should do to my face (memandangkan dia plastic surgeon). Doctor kata, no la, you still young, wait until ten more years time, I kata ok, I will look for you in ten years time, gelak gelak doctor tu yang tak berapa boleh nak gelak memandangkan muka beliau yang sangat straight akibat face lift (mesti punya) itu. You know macam kita kena ulcer kat dalam mulut, bila nak gelak or ketawa kan kita kena katup mulut, hah.. macam tu la expresi doctor tu..meaning ada bunyi ha ha ha tapi versi tertutup atau bukak sikit mulut tapi sengihan macam tak menjadi cuma ada sedikit garisan di tepi hujung mata. Kalau you tengok kat internet profile muka dia macam biasa but bila you tengok in person dia memang lawa dan bergaya penuh sopan. Tak ada la macam amoi-amoi cina yang macam nak pegi disco siap dengan stokin hitam berjaring atau yang nampak g-string itu. This lady is classy. Anyway, yang kat hips and belakang kaki I dia tak bukak jahitan sebab masih belum heal, dia cuma dapat bukak yang kat perut and pipi aje. So tomorrow I kena datang balik untuk bukak the last two nie. Doctor bagi I another set of alcohol swab dan strip untuk di ganti dua kali sehari dan hari-hari di bahagian muka I. Yang bahagian perut I pun dia suruh I buat benda yang sama tapi memandangkan I akan jumpa dia untuk bukak jahitan kat kaki, dia suruh I biarkan dulu. 

(Ah...a touch of paradise....)

Balik dari Gleneagles, husband I kena pegi office but dia suruh I tunggu kat KLCC. On the way ke situ, I non-stop tersengih-sengih kegembiraan. I was so happy with the result, those one week was the most stressful week of my life. I was so emotional, di tambah dengan sakit period pain lagi and of course bila period lagi la mood I tak bagus. Semangat pun hilang and murung memanjang. Rasa macam nak gila pun yea.. bila I tengah relax or happy-happy suddenly I teringat akan result yang masih menjadi tanda tanya teruslah I down balik. Now, bila teringat discuss pasal mati-mati, macam nak gelak la pulak hehe. Anyway, this is the second time this year I pegi KLCC, the first time was last week yang masa I beli dinner kat Coffee Bean. Lama jugak I tak pegi, ada dekat setahun dua kot. So, I decided to go to Kinokuniya yang telah berkurun tidak I kunjungi. I was still excited with my result earlier on, so I splurge on books. I bought four books as a present for myself although I already promised myself not to buy anymore since banyak buku kat rumah tak baca-baca lagi. Yang beli kat Big Bad Wolf zaman dahulu kala pun tak bukak-bukak lagi. Masa I risau aritu I promise macam-macam pada diri sendiri, kalau good news, I akan mengotakan janji I one but one and slowly. I want to take every minute of my time and create a beautiful memory on this earth. And of course one of my janji was to rajin-rajin update blog, eceh senyum Zue. hehehe...kalau tak kan, nanti dia whatsapp I macam chettiah tagih hutang je wakaka.. Promise yang lain-lain tu nanti I share..

Anyway, sementara tunggu husband I habis kerja, I ambik a few pictures and sent one to my husband. Tak lama kemudian husband I datang and I ajak dinner kat Chilli’s. Sampai situ orang tak ramai. I think this is the second time I makan kat Chilli’s. The first time was masa mula-mula KLCC bukak kot... Well it was long time ago. Sementara tunggu food sampai, dengan wajah risau, I told my husband pasal ladang I yang I tinggalkan.. wakaka.. Hay Day la. I cakap boat I tak lama lagi nak berangkat and my crate tak penuh lagi. I tak collect butter lagi untuk dimasukkan kat crate wakaka... Husband I tanya waiter kat situ ada internet ke kat Chili’s nie, waiter kata tak ada. Then husband I cakap, don’t worry about it. Dia keluarkan one of his phone, take out the sim card and masukkan kat tablet I. Alaa.. sweet la husband I. I was so happy. Makanya I pun sibuk la menguruskan ladang I kejap, dengan binatang ternakkan yang perlu di bagi makan, menjual hasil tanaman dan berbagai-bagai lagi tugas seorang peladang berjaya hehe.. Nasib baik I tak terlepas boat, kalau tak rugi I hari tu tak dapat collect duit, bintang dan card wakaka..

Anyway, the service from the waiter/waitress is always good and warm but the food was bad. Dah la lama tunggu, bila sampai food dah sejuk. Bila waiter tanya, how was the food? I kata my food sejuk and boleh tak dia panaskan balik. Dia hantar balik ke dapur. I was worried that they might spit or do something to it. I’m not saying Chilli’s is doing that but I banyak baca kisah-kisah pasal tukang masak or waiter yang sakit hati dengan customer cerewet kat restaurant-restaurant nie. I also teringat akan cerita cikgu I dulu-dulu pasal this kind of thing. I tak cerewet and I cakap baik-baik kat waiter tu tadi, takut oo... we are at their mercy. Bila food I sampai balik, I peratikan rupa food I or any sign of tampering and thanks God, it was exactly like when it left my table before from the postion of the brocolli to the shape of the fish that I’d cut. I also look at the texture if there’s any sign of other foreign object/fluids ke kan..I know..I memang paranoid hehe... Anyway, I tak makan abis sebab tak sedap. The rest, husband I habiskan.

Masa dalam kereta kat parking lot time nak balik, I bagi husband I duit. Dia terkejut and tanya kenapa.. I cakap I niat nak belanja dia kat Chilli’s tadi, so this is the money. Husband I mula-mula tak nak, you tau la lelaki macho dan control freak itu, he always think that he is the provider and his job is to pay for everything. Tapi I pujuk dia, I cakap, this is my niat kalau I dapat good news and I dah lama plan nak belanja dia and please take it, I insist. Akhirnya dia ambik dengan berat hati. I tak nak bagi kat restaurant tadi knowing my husband akan rasa tercabar kelakiannya kalau I buat macam tu, that is why I bagi dalam kereta... (I cukup masak dengan perangai husband I). A liberal and an open minded guy but yet ciri-ciri lelaki lama masih menebal dalam diri beliau.

Anyway, kesimpulannya di sini, please please, if you have a suspicious moles you better go and check. Yang membuatkan I suspense was that, I punya mole kat perut nie dulu kecik tapi lama-lama dia besar and it has been there for as long as I can remember. Colour bertukar, dari hitam jadi brown dan tak sekata, ada pink brown dan hitam kat mole tu. Ada macam isi ternaik dan mengerutu. Size pun besar dari pemadam pencil yang kat belakang pencil dan tidak bulat macam mole biasa. What if it is melanoma and I biarkan aje? If If and If. Jangan ambil mudah pekara-pekara macam nie. Jangan dengar cakap orang yang cakap, ahh..tak ada apa-apa tu, jangan risau sangat, itu tahi lalat biasa je etc. Orang boleh cakap apa saje sebab tak terjadi kat dorang. It’s your body, you yang kena decide bukan orang lain. Pegi je check and dapatkan nasihat doctor, kalau bukan melanoma tak apa, you tak rugi, at least you dah tau and tak perlu risau-risau and kalau it is a melanoma and masih stage 1 or baru, you boleh prevent cepat-cepat sebelum melarat. It is better to know than not knowing at all. Ignorance is not always bliss. I know I nie menceceh panjang sangat but because I care for all of you my reader although some of you I may not know personally.  You all know Bob Marley kan. You tau tak, mati-mati I ingat Bob Marley nie mati overdose drug memandangkan beliau yang rasta itu. I need to change my mindset yang selalu pikir asal superstar je, mati overdose or makan dadah (bak kata Mummy). Anyway, Bob Marley nie mati disebabkan oleh rare form of skin cancer start kat toe nail dia. Dia tak nak toe or kaki dia di potong memandangkan agama dia melarang untuk berbuat demikian so doctor ambik skin dari thigh – skin graft and letak kat kaki dia or something. Last-last cancer tu melarat ke seluruh badan dia. Doctor cakap kalau kaki or toe dia di potong chances of dia sembuh is 99%!

But you know what? Like I said in my Part 1, punyalah lama tak baca baca Mingguan Malaysia or any paper, out of the blue last month husband I beli and kebetulan pulak pasal tahi lalat that prompt me untuk pegi check cepat-cepat, sampai sekarang I masih tertanya-tanya and wonder what makes him tergerak hati nak beli, yes after all these years. Syukur Allhamdullilah. Allah is working through him and I’m so grateful to my husband, nak jadikan sebab, I owe my husband my life. And this thing happened for a reason so that I’m aware and educate myself more on this matter and also what if my moles lama-lama boleh jadi cancer kalau tak remove awal-awal, who knows kan? Nowadays, I look at my moles differently and tidak memandang enteng lagi. Tak ada nye tahi lalat nie pemanis pemanis. I look at each of it closely and every three months I will go to Doctor Gan to have it check.

There’s a few procedure that I plan to do but untuk bulan nie I nak rehat kejap, penat la, bulan January lepas dah pegi check my breast which I have to do annually, March pulak moles nie. I will do other procedure soon, maybe somewhere in May or June I will share with all of you nanti.   

 Sekian catatan I untuk kali ini...   

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...