Friday, November 21, 2014

Kisah Pembikinan Shorts Husband I...


Hello, makcik gemuk perut berlipat melambai-lambai dari kejauhan ini hehehe... How are you all doing? As for me biasa je, there’s not much happening with or in my life these past weeks, drama pun hardly ada (eh ye ke? Adaaaaaa.... hehehe..tapi malas la I nak cerita ....embarassing you... ahak!)

So, what have I been doing lately? Well..finally, I berjaya menyiapkan my husband’s short sakti ala-ala style polis malaya era 50 dan 60’an that I started two months ago. Yea.. you I kan Miss Halfway, makanya, project I nie selalu tergendala. Masa mula-mula beli kain dulu, dalam hati semangat berkobar-kobar, balik nie mesti terus ku potong and buat seberapa segera. Tapi sampai rumah I biarkan untuk beberapa hari, then one day, tiba-tiba teringin nak buat. I managed to potong semua sekaligus but lepas potong I berhenti lebih sebulan. Then one day, I decided to jahit tepi and jahit separuh. Jahit separuh pun bukan habis siap satu short tu, jahit bahagian tertentu aje...then I berhenti balik lebih sebulan. And then a few days ago, I decided to finished up everything... akhirnya kesemua short-short sakti husband I yang berjumlah sepuluh helai siap dengan sepenuhnya dua tiga hari lepas.

The main reason why I nak buat short husband I was that sebab short yang I buat four years ago dah macam kain buruk. I suruh dia buang and jangan pakai lagi but dia still degil nak pakai. Koyak-rabak and dah reput kat bahagian getah. Beside, seluar-seluar short asyik melurut je. I memang tak nak ganti getah tu sebab short memang dah buruk sangat but my husband refused to let it go. I don’t understand him sometime. Dia sangat susah untuk melepaskan atau buang apa-apa yang pada pandangan kita dah buruk or sampah but to him, it is a treasure. Itu pasal I cakap husband I nie ada penyakit horders... google la untuk penerangan lanjut... Nie I nak suruh dia kemas our store and the other room yang macam series “Storage Wars”
 

Anyway, back to my story, you tau tak sebenarnya bukan lama pun kalau nak siapkan short- short nie, dalam masa dua hari je dah boleh siap dari peringkat pertama iaitu, ukur, potong, jahit tepi, jahit sambung, iron, letak label dan masukkan getah tapi like I said, I nie kan suka buat kerja separuh jalan. Punca kenapa terjadinya pekara ini datangnya dari husband I la, teruslah nak salahkan laki. Yea you, I kan apa-apa la benda yang I buat bila I rasa macam tak nak teruskan or nak stop kan I cakap dekat dia, “I malas la nak abiskan or penat la”, “I sambung next time la”, husband I akan cakap, “don’t force yourself”, “do it whenever you feel like doing it”, “you should enjoy what you do instead of stressing up yourself”, “buat slowly bila-bila you suka”, “even kalau you tak siapkan or tak nak teruskan apa-apa yang buat separuh jalan, it’s ok”. I pulak la rasa guilty, lepas tu I pun buat-buat macam concern, I kata “you dah beli benda-benda nie semua,buat membazir duit je...” (the same ol’ “sympathic” script). Husband I akan cakap, “it’s ok..don’t worry about it...” So you tell me, macam mana la I tak mengada and buat kerja sambil lewa? Haha..

Dalam process pembikinan short sakti husband I kan, part yang I tak boleh tahan bila I kena ukur pinggang dia. Kita ukur lilitan pinggang dia sebab nak dapatkan ukuran tapi dia tiba-tiba aje memberikan tindak balas yang tak sepatutnya, terus kedua-dua tangan dia peluk I balik, tak mau lepas-lepaslah..menyampah I wakaka.., ambik kesempatan betul orang tua nie, nak romantic comedy la konon hehe.. Kadang-kadang, dia buat kembung-kembung dan kempis-kempiskan perut dia, so macam mana I tak geram? Bila dah siap and I suruh dia try, the first thing that my husband did was.... dia akan...”uhhh...ahhh.. sedapnya pakai seluar nie, rasa macam kena peluk dengan bidadari” wakaka...then mulalah dia menari dengan mengelek-gelekkan pinggang dia, lari sana lari sini, regangkan kaki kiri kanan, oh my God wakaka melampaukan...sesambil tu dia cakap nak bagi feel and test hahaha... Bila I suruh bukak, dia buat-buat tak nak bukak la... alahai... overacting. Kalau iya pun nak ambik ati I, berpada-pada la kan wakaka...

Anyway, I’m so happy, project yang tertunda sekian lama itu dah selesai. Sekarang nie I dah mula plan and start on my next project but I’m very sure tradisi tangguh menangguh akan di teruskan kembali hehe.. but I hope kalau bertangguh pun tak la sampai berbulan-bulan, furthermore I need to continue reading my book yang macam library itu, so far this month I’d read two books and I already on to my next. Ah..don’t get me started over the tv series/reality that I watched or currently watching... lama tak review series or drama.. I can’t wait to share something with all of you, I will find the time to write about it. Oh, by the way, I nak active kan balik my instagram yang I create about two years ago yang cuma ada tiga pictures itu, two days ago I managed to uploaded one more... haha... I tak tau la nak letak gambar apa lepas nie... rasa macam tak kena aje tua-tua pose-pose cute (uweek, I sendiri pun nak muntah).

Sekian catatan I untuk kali ini....

Tuesday, October 7, 2014

Lunch at HRC dan Seluar Jeans

Semalam plan tak nak keluar and masak je kat rumah. Kalau keluar pun petang nanti sebab nak cari seluar jeans. Tengah masak memasak tiba-tiba Khairul called ajak keluar lunch at Hard Rock Cafe. Wah, murah rezeki and setakat bulan October nie tiga kali makan-makan dengan dorang bertiga. Masa husband I cakap dengan Khairul, dia tanya I, I on je especially bila teringat nak jumpa Daniyal yang cute tu. Janji jumpa kat HRC pukul 2.30pm sebab dorang nak ke Pertama cari something. 

 (Our Starter)

Around 2.30pm kita orang sampai and dorang dah ada kat situ. I tak pernah lunch kat HRC and dinner pun rasanya dua kali je. Tahlah macam lupa tempat nie. Kalau nak makan western food or steak I prefer Tony Romas or San Francisco. Tanpa berlengah lagi, I terus order. Sebelum tu I dah check menu kat internet at least I tau apa nak makan, dah prepare you... tak ada la I buang masa nak pikir makan apa..

(Macam mana I tak geram dengan budak nie? Sooo cuteeee....)

We had such a great time as usual with little Daniyal...eee..tak tahan I geram tengok dia tau..rasa macam nak cium kuat-kuat. Lepas makan sempat la I kita orang bergambar kat sudut-sudut dalam restaurant nie. I ambik gambar dorang aje and I don’t want my pictures to be taken since I look so ugly nowadays. I know I’m ugly all this while (Ratu humble la pulak) but sekarang nie lagi bertambah ugly, with my fat cheek and big ass. Oh, I hate myself so much right now.

Lepas makan, both of us went to the Big Aeon JJ sebab nak cari seluar jeans I. Semua jeans I tak muat, bila tarik je cuma sampai setakat peha, huhu... I tak nak beli kat Uniqlo sebab mana la tau, berat badan I turun ke (sedih... masih jugak menyimpan harapan), so baiklah I beli jeans lagi murah je. Lama dah I tak gumuk and perut buncit berlipat macam nie, the last time was about 10 years ago and masa tu cepat-cepat I pegi slimming centre. But sekarang dah naik balik since start tak sihat awal tahun nie. I tak la kisah kalau berisi sikit but perut dengan peha I la naik sekali. Yelakan apa nak buat, umur dah meningkat....

Sampai situ I pun terus la memilih dan try seluar-seluar jeans nie. Sedih I tengok rupa I pakai jeans. No more low cut instead kena pakai yang high rise huhuhu.... makanya zip dan hook sampai ke atas pusat...waaaaaa.... so 70’s. Dengan rambut rock minah tua sanggul berserabai, peha yang macam ahli gusti wanita tapi ber celulite, kalau hempap sure pengsan lawan I dan unsur-unsur penuaan terutama eye bag di bawah mata membuatkan I terkasima, gerangan siapakah nenek gedempol di cermin itu? I don’t care korang bosan dengan rintihan hati I ini, I tetap jugak nak mintak simpati and complaint...huhu..

Anyway, I pun ambik dua jeans brand Voir dan Applemint. Tetap la nak pakai jeans jenama remaja wakaka... shut up you... Both ada 50% for members, lagi la murah.  So dua nie dalam RM seratus lebih je. Ada jugak I terpikir nak ambik yang pinggang bergetah tapi kalau peluh sure gatal kat bahagian pinggang nanti kang ada yang tanggal seluar tengah public sure masuk Harian Metro dengan tajuk besar, Parah Seluar Getah wakaka... Lepas tu balik rumah, yelakan takan nak balik Kenya.  Sampai rumah I whatsapp and hantar gambar yang I snap kat HRC kat Shida dan bergegas solat Asar.

Nampaknya azam untuk update tiap hari tidak kesampaian di sebabkan berbagai-bagai faktor seperti faktor waktu, mood dan idea yang kadang-kala tidak menentu... My aim is too high hehe...

Sekian catatan I untuk kali ini...

Sunday, October 5, 2014

Update 2nd,3rd & 4th October, 2014

I was supposed to upate my blog since dah cakap nak blogging everyday but due to the lahanat connection yang asyik putus-putus membuat I tidak dapat merealisasikan impian yang jitu ini. You tau tak internet connection was so bad these past few weeks. Technician datang sampai dua kali last week and this week alone tapi masalah still tak resolved. I cukup bengang you.

So here’s goes...

2nd October, 2014

So on the night, 2nd October, husband I ajak dinner to celebrate my birthday (amboi tak habis cerita birthday dia), sebelum tu masa whatsapp dengan Shida tengahari semalam, dia ajak dinner sama-sama this weekend, to celebrate birthday I dengan Khairul since selang sehari. But on the weekend we plan to go somewhere else. So I told my husband, since kita nak keluar dinner, why don’t kita dinner sekali dengan dorang. Anyway, around 8pm semalam, I dengan husband I ambik Shida and Daniyal sementara Khairul datang terus dari office ke Tony Romas at Pavillion. Dalam kereta, I dengan Shida punya future plan macam-macam. Sampai sana I dengan husband I terus order makanan, Shida tunggu Khairul baru order.

Sampai situ I ordered cepat-cepat, tau la I sekarang nie kalau lambat makan aje tiba-tiba boleh rasa terapung-apung la pulak. Alahai, macam-macam sekarang nie. I ordered lamb rack, nampak macam sedap je, jaga makan ke, cholestrol ke semua I tak peduli. I dah fed up bukan la bermakna I dah give up. I tak nak stress up. Wah, boleh tulis lyric rap nie, Joe Fizlow move aside (dengan penuh swagger). So the food was delicious before this tak pernah order. Ah, lupa nak ambik gambar, lepas abis makan baru teringat. Shida and Khairul ordered steak, as for my husband since dia ada ghout so dia order ayam.. sian I tengok, padahal favourite dia la steak. As for Daniyal, minum susu je la. Mula-mula ok je dia tapi tiba-tiba mula la member bersyahdu-syahdu dalam restaurant, sampai meleleh-leleh airmata kaseh. Kuat suara dia tak padan dengan cenonet hehe.. merah mata and tongkol hidung dia. Then tiba-tiba perempuan meja sebelah datang kat kita orang and cakap, anak sedara dia dulu pun macam nie jugak, sampai je kat situ terus meraung. Dia kata budak-budak kecik nie boleh nampak benda-benda halus. I pun ada jugak terpikir macam tu sebabkan mula-mula ceria je Daniyal, sengih-sengih and lompat-lompat masa di agah tiba-tiba je bila bapak dia datang dia terus menangis non-stop. Tapi sebelum tu macam ada tanda-tanda nak mendung especially bila waiter datang ambik order, dia pandang semacam je. Then I teringat no wonder la masa ambik gambar dia asyik kiri kanan, mesti ada setan-setan bergentayang merata-rata, me and my andaian mistik. Lepas makan kita orang jalan kejap kat atas sebab Khairul nak tukar tali jam. On the way nak naik escelator Daniyal mula ceria, senyum-senyum and mengomel sorang-sorang. Bila salesman to ketuk-ketuk tali jam tiba-tiba terkekek kekek la pulak dia, alahai cute nya. Sementara tunggu Khairul tukar jam, husband I nak memerut la pulak.. so kena la tunggu dia, kalau tak memerut memang tak sah orang tua tu.

On the way nak balik, dalam kereta, terus la husband I cerita pasal Daniyal yang menangis dan memberi pandangan beliau yang penuh supernatural itu. Uncle seekers korang nie kalau depan-depan cool je tapi kat belakang non-stop dia membuat berbagai-bagai scenario, dia cakap, mesti nampak itu ini la, ditambah dengan bininya ini yang boleh tahan menambah perisa-perisa seram. Kalau dia dah cerita, mula la body language dia pun ikut gerak sekali, buat-buat aksi seram... imagine badan macho gumuk buat aksi ngeri geli seram-seram sejuk, siap dengan kepala and buat satu badan mengeletar sekali wakaka...
 
3rd October, 2014

So last Friday after prayer, kita orang drive ke Melaka. It was a last minute plan and it was either JB or Melaka. Sebenarnya husband I ajak holiday pegi oversea and dah ambik cuti on the 7 & 8 October tapi like I said memandangkan it was a last minute so dia terpaksa cancelled cuti sebab ticket dan package dah penuh. Kita orang pun cari merata-rata hotel dengan internet connection yang kejap-kejap putus, geram I sampai I fed up, I suruh dia cari aje. Then dia cakap pegi Melaka aje sebab dekat. Kita orang nak tinggal kat Casa Del Rio or Hatten tapi penuh. Hotel-hotel lain selain dari Casa and Hatten semua penuh except for Mahkota Hotel, so dia terus book. 
 
                                                                    (Bilik tidur)

I decided to cook for lunch and bawak ke hotel. I suka bawak makanan dari rumah, macam picnic je walaupun dalam hotel. Macam main pondok-pondok je ala lala... Sampai around 6.30pm. I sudah lapar. Tengok hotel dari luar, wah.. not bad, masuk lobby pun not bad jugak. Like I said I was so hungry and lama jugak husband I nak register masuk although tak ada orang. Kat dalam kawasan hotel pun cantik, macam kawasan condo. Masuk lift, eh..I tengok macam buruk je but it’s ok, bukan tinggal kat lift pun. Keluar dari lift I tengok, eh kenapa macam buruk lagi je.. Then masuk je dalam bilik, what? Tekejut I, outdated. Husband I cakap Deluxe dah penuh, yang tinggal cuma small apartment. Mula-mula tu both of us tak kisah sebab dah penat and terus cepat-cepat keluarkan food nak makan. I was so exhausted, I don’t know why, bukan I drive pun and duduk je dalam kereta tapi iyalah dah tua agaknya sampai nak makan duduk pun I tak larat. Nasib baik bawak lunch but you won’t believe it, I makan sambil baring and husband I siap suapkan wakaka... Dengan sofanya yang kejap-kejap melurut, kena betulkan balik position, lepas tu mengelongsor balik, dah la two seater, terjuntai kaki I. I know kerja I asyik complained je kan.. Dulu I selalu fed up bila dengar orang tua mengomel tak habis-habis sekarang nie, nah, it’s my turn pulak.

                                                                 (Ruang tamu)

(Bahagian dapur tapi tak boleh masak kat sini cuma boleh panaskan air)

                                                                (View dari balcony bilik)

Lepas makan baru I rasa segera and masa tu la kita orang baru perasan akan keburukkan bilik hotel ini. Alahai for the price rasa macam tak berbaloi, dengan tv kotaknya, perabot so ancient, katil queen size dan bilik mandi yang tak sanggup I nak snap. Husband I kata masa tengok kat internet cantik je. Then kita orang surf the internet, yes, yang deluxe tu cantik but not the small apartment. It was exactly the same as the picture. Husband I kata dia tersilap and tengok yang deluxe instead of the small apartment. Tv dah la jenis yang outdated, tv kotak, gambar tak terang and channel pulak yang ada movie vision four tu. Bilik mandi? How do I begin? In between the tiles dah terkopak-kopak, water pressure tak ada ke? Sebab air keluar kecik je, I kena mandi extra long sebab air keluar macam air kencing..I’m serious. Itu belum lagi I nak cakap betapa sempitnya. Katil dah la jenis yang queen size, husband I cakap, kejap-kejap dia nak jatuh bila pusingkan badan wakaka.. Oh yeah, internet pun sorang je boleh guna, so kena bergilir-gilir and kena charge RM10. Lampu ruang tamu sangat dim. Rasa rugi tau, you pay for the comfort and this is what you get. Kalau la dorang refurbish tempat nie, I’m very sure it would be lovely. I really want to say nice thing about this hotel but I can’t. You know I kan jenis yang very supportive but I can be brutally honest sometime.

(Food not bad)
 
(Order kat kedai nie)
 
Lepas makan we decided to keluar sebab, I lapar lagi walaupun baru lepas makan hahaha.. so I guess this is why berat badan I naik, benci la. Kita orang pegi dekat kawasan Mahkota Parade aje. The place was vibrant and beautiful. Mula-mula masuk this one restaurant and tengok ramai orang kat situ. The sitting is quite unique with some people bukak kasut and makan kira macam lantai and penuh. But we changed our mind bila tengok menu. So we walked further and saw ada sign tulis Asam Pedas. Kawasan kedai besar panjang macam foodcourt. Kita orang tak jalan sampai hujung. Masuk kat situ tak tau apa nak makan. Ingat nak makan asam pedas but bila memikirkan perut I yang extra sensitive ini, I order je makanan biasa. Next time kalau keluar ramai-ramai maybe I nak try sikit aje. Tengah makan-makan tiba-tiba anak mat salleh menangis meraung sambil duduk kat lantai tak jauh dari meja kita orang. Husband I cakap anak dia termakan cili or asam pedas kot sebab dia tunjuk-tunjukkan mulut dia, I tak perasan sebab my back was facing them and I pusing sekali je masa anak dia menangis, itu yang tau dia duduk kat lantai. Then I pusing lagi and tengok, mak dia tengah bagi anak dia ice... lama la jugak dia nangis.. kesian kan.. Husband I cakap, nie bukan apa nie, dia nak bagi anak dia biasakan dengan makanan pedas... ahh.. my husband and his theory..

Lepas makan, we decided to jalan-jalan kat pasar malam selling souvenirs, clothes etc. Ok jugak kawasan nie but kita orang tak jalan jauh sebab panas and melekit-lekit badan. Iyalah kak, ini bukan negara musim sejuk... Husband I tanya, nak ambik gambar tak, I kata malaslah.. Tak lama kemudian kita orang balik. Sampai ke bilik hotel after much discussion, we decided to shortened our stay, instead of 2 nights to one night aje. Both of us tak tahan la, rasa rugi bayar hotel yang lebih kurang sama harga dengan Holiday Inn (on which dah penuh) tapi bilik buruk. Husband I called receptionist and cakap nak kena balik KL sebab ada emergency kerja, kang tak dapat deposit kalau cakap saje nak balik. Malam tu kita orang check hotel-hotel lain kat situ but semua fully book so we decided to just go back aje the next day. Frust la jugak but we plan on coming back again but to a different hotel but this time biar I yang cari.
 
4th October, 2014

(Soto Ayam yang delicious)
 
Next day we had our breakfast at the hotel and after packing our stuff terus check out from the hotel. On the way nak balik we stopped at one of the R&R. Both of us suka stop kat R&R sebab toilet sentiasa bersih, makanan pun sedap and mesti kita orang beli macam-macam especially keropok-keropok dan buah-buahan yang segar. Kita orang try makan soto kat R&R Ayer Keroh nie, wow... sedap giler... I tak letak kicap cili pun dah sedap. Tapi I memang tak letak sebab, like I said perut I sensitive. 

I love buat road trip with my husband sebab sangat fun, there’s always something to talk about, gurau-gurau la, kang I cakap pegang-pegang tangan ada yang muntah wakaka.. We plan on having another one soon... road trip ok bukan suap-suap makan or cium-cium eh tiba-tiba salah topic.... wakaka..

Last but not least Selamat Hari Raya Haji to all my muslim brothers and sisters.   

And also my internet connection dah ok.... yahoooo.. and you know why? Technician yang datang haritu tak sambung betul-betul wayar, itupun I perasan masa kaki I terkena karan, nasib baik tak hangus bulu-bulu kat badan I for sure macam bau bulu ayam terbakar.. Bila husband I balik, I tunjuk kat dia wayar tu and lepas dia betulkan balik...everything went smoothly....
 
Sekian catatan I untuk kali ini...  

Thursday, October 2, 2014

Hey! Today is My Birthday!

Today is a very special day in my life (beside my wedding day) because its my birthday, sambil senyum-senyum senget kepala, ala macam biasa senyum perasan... I’m 45 years old today. Yes, lima tahun lagi your aunty akan sampai ke usia 50 tahun, kalau umur panjang. How do I feel about being at this age? Old ke? No lah, age is just a state of mind. Kalau you rasa tua, tua la you. But I definietly don’t feel that I’m still young but more wiser and calmer. And ofcourse bigger and fatter. At this age I feel that I’m more knowledgable and I learned a lot especially in these past few months. Cuma itula langkah ke kubur makin pendek, seram I.
   
                                                      (Wedding Anniversary Present)

Last night, sebelum tidur, I ingat I nak off hphone but decided not to sebab I pikir-pikir mesti husband I akan bagi I hadiah. Dalam pada itu hati I berperang sesama sendiri (amboi), ah..kalau dia tak bagi pun tak apa sebab I understand dia pun tak tau nak bagi apa, kataku memujuk hati sendiri sebab tak mau dikecewakan. Oh yeah, lupa nak cakap, anniversary aritu, you tau apa I hadiah I? Dua gelang perak, dua gelang stainless steel and dua rantai stainless steel. I pilih on a different day itupun, impromtu je tak ada plan sangat. I tengok kat kiosk, I cakap kat husband I, I ambik gelang nie as my wedding anniversary. Punyalah nak ada kenangan kan... I nie kan sentimental punya minah.... macam tak tau... Husband I siang-siang cakap dia tak nak apa-apa.    
 
(My Birthday Present)

Berbalik kepada kisah I malam tadi, lebih kurang pukul 12.05am, husband I masuk bilik and senyap-senyap dia bagi I sekotak hadiah kecil berbalut kertas silver. I kata wah, sambil tersenyum. Dalam hati I, nasib I tak off kan hphone, boleh la I snap-snap gambar hehe...plan you. I pun cuba la bukak slowly tapi hati sudah tidak tahan, I cakap kat husband I, boleh tak I koyakkan aje... dia kata koyak lah.. I tengok eh..kotak biru tulis swarovski. Adakah beliau membelikan I gelang swarovski yang di pakai oleh Miranda Kerr yang kita orang tengok kat KLCC masa keluar date dengan Khairul and family haritu? Bila I bukak je, wow... sungguh unexpected. I was so surprised! I got a very beautiful sparkling swarovski bracelet and I love it so much. I pun exxagerated la dengan lakonan grade A+ I ini, bukan I hypocrite but apa salahnya I ambik hati dia and show my appreciation yang melampau, dia pun senang hati, I pun kenalah tunjuk bakat lakonan taraf Oscar. Husband I nie paranoid kalau kita cakap kita suka aje walaupun kita memang betul-betul dan ikhlas suka dia still tak puas hati. I have to convince that I really like it . Nanti dia akan tanya, “kenapa tak suka ke, nak yang lain ke, I’m so sorry, I tak tau nak pilih mana, I rasa bersalah sebab tak dapat buat you happy” (tah mana-mana dia dapat dialog filem bell bottom nie) sambil membuat muka macam nak kena piat telinga. So macam mana I tak sayang campur kesian laki macam nie? So that is where my skill terserlah wakaka.. Tak susah hidup berumahtangga nie sebenarnya, bakat you bakat...
 
Anyway, berbalik (banyaknya selingan tu yang asyik berbalik) kepada kisah lakonan I ini. I pun berdiri la depan cermin, belek sini belek sana, senyum senyum lebar, puji-puji...cantiknya sambil buat mulut duck uweekk.. ekeke... I cakap, “pandai you beli, surprise I tauuu..(panjang uuuu tu), thank you so much sambil mata yang sedia sepet, I sepetkan lagi...nak bagi expresi excitment la tu”. Like I always said, memek muka memainkan peranan yang amat penting selain dari dialog syahdu dan sendu.. Husband I senyum-senyum malu atas katil, I can see dada dia kembang kucup sambil perut dia turun naik seirama dengan pernafasan dia. I think he is so proud of himself that he chose the right birthday present. Oh..those smile.. is so sweet dan penuh lega. I’m happy if I managed to make him happy too. Then husband I panggil dia nak tengok dekat-dekat, half way pegi kat dia, I patah balik, I kata nanti I tengok lagi sekali kat cermin wakaka..melampau kan.. kalau iya pun nak menjiwai wata, agak-agak la hehe... Then husband I cakap, sesuai dengan your skin colour, kalau orang lain pakai tak cantik, you je pakai cantik (alahai..bini dia je la yang macam miss universe hehe..). Then I ambik gambar berbagai-bagai angle, kejap-kejap I tunjuk gambar kat dia, husband I pun apalagi... huii...lawa la, cantik la etc..

So pagi nie, I mendapat wishes, of course yang pertama husband I, dari malam tadi sampai la ke pagi nie. Then Mummy text wish I, then Mbo, Khairil, Shida, Lydia and Lydia shared a very good news, dia pregnant two months. I was so excited, tergenang la airmata kaseh kejap, bertambah lagi keluarga Abd Karim. Masa ber whatsapp dengan Shida panjang cerita, siap plan our next date, plan cuti sama-sama la and of course diselang seli dengan kemengarutan I.. Around 2pm Gab whatsapp, terkekek-kekek I gelak baca apa dia tulis, siap dengan gambar abang Rajni lagi, kejam haha. Then Gab mentioned about fb, barulah I teringat I tak masuk situ.  In fact lama dah I tak masuk.  I cakap malam nanti I check.  Tak lama kemudian Vagg pulak whatsapp, omg, let me tell you, ber whatsapp dengan Vagg la yang paling kelakar sepanjang-panjang hidup I, dari dulu sampai sekarang even sebelum kewujudan whatsapp lagi iaitu dari zaman YM. Nantilah I cerita.. banyaknya nanti I cerita, tapi tak cerita-cerita jugak. But you know, I never thought I boleh satu kepala dengan people like Vagg, Shida, Aiza etc. yang way younger than me. I guess my mental growth stop at 20 hahaha...

Tengahari tadi I tak masak and husband I balik kejap hantar Nasi Lemak from Madam Kwan. I know, high cholestrol, tapi I tak peduli, today is my birthday and I allow myself to eat whatever I want. You tau tak berat badan I makin naik bukan menurun. Semua seluar jeans atau khakis I dah tak muat dan tak dapat zip walau sedaya upaya I kempiskan perut I, frust I, terpaksa la I pakai skirt atau seluar bertali getah. Rasa rendah diri sangat. Hilang bentuk badan remaja yang ku bangga-banggakan, kini aku bak ibu kucing yang tak turun-turun perut lepas bersalin lima. Sedih... I hairan la apa yang I makan. I dengan husband I makan nasi/brown rice for almost three months tapi masih jugak naik so I guess I tukar balik pada white rice, buat sakit jiwa aje.

Last but not least, I’m so grateful to Allah for giving me another day to breath, to see the world and to look at my kind, loving and beautiful husband’s face. I’m so grateful that my mind is still functioning well despite being forgetful sometime. I’m always afraid of losing it or the memory because it would be so sad. I’m so grateful with the dugaan that was given to me by Allah so far, otherwise I wouldn’t be this strong and learn from it. I’m so grateful that at this age, I don’t have any expectation on other people anymore because I know I will end up being disappointed. I’m so grateful that I finally know which love and attention that I should give to and get it back instead of giving it to the wrong people. Last but not least I’m so grateful that I was even born in this world otherwise you wouldn’t know me, love me (aiyaa..perasan) and you wouldn’t be able to know how fascinated I am... uweeekk..yeah right!...kasi chance la I nak bongkak, perasan hebat setahun sekali...ye ke setahun sekali? Hehe..

Got to go malam nie I ada date....nanti I cerita...

Wednesday, October 1, 2014

Kisah Satu Haribulan October

 Today is the first day of the month of October. It is my favourite month of the year and for so many reasons. So I decided to write everyday about everything or anything no matter how ridiculous or boring it would be on this month. It could be how I feel on that day, what I cook or simply just a thought. It doesn’t matter how long or short, a single line or one word as long as there's something written.  I know, I can just go to my fb and put all kind of a status/pictures but I don’t want to do that. I don’t feel any attachment to my fb beside you know how I value my privacy... (so much for privacy). As for blogging, I can just write away without a care in the world. It is just me and a few of you out there...
 
(Khairul and Shida's son, our youngest cucu sedara with those mesmerize eyes)

So today is Khairul’s birthday. My husband eldest nephew and the eldest among his cousin. I knew Khairul when I was 21 years old when I went to KL to meet my bakal in laws for the first time. He was quiet and thin. He didn’t talk much and didn’t even look at me. He was shy I guess. He was and still is the perfectionist and the cleanest guy that I ever met. He has a way of putting stuff or arranging it so neatly that he knows, whenever it was moved. Back then I don’t really know him that well but we get along fine although we seldom utter one or two words to each other. My husband always talked about him before we even met. Now that he’s married and have one son, he is friendly and always asked us to come to his house or went out to have our meal together. In fact we just had our late lunch at Little Penang KLCC last Saturday.

Speaking la pulak aunty you all hari nie...

Sunday, August 31, 2014

Merdeka and Wedding Anniversary

Today is Malaysia 57th Independence Day and our 22nd Wedding Anniversary. 

Tak terasa dah 22 tahun I share hidup dengan husband I. Semalam I tanya dia, lama jugak kita dah kahwin eh? Husband, I cakap, rasa macam baru lagi kan?, eceh.. uncle korang feeling pengantin baru and tak habis honeymoon lagi ekeke.. Orang cakap for the first five years, hidup berumahtangga masih dalam suasana bulan madu but as for us maybe sebab kita orang hidup berdua dari dulu sampai sekarang so tak ada la rasa apa-apa perubahan dalam institusi kekeluargaan yang ahlinya cuma dua orang saje ini..

I bersyukur kerana rumahtangga I masih bertahan dan kekal utuh hingga kini. I’m so glad that I’m married to someone who truly love me and accept me for who and what I am. Same goes to me, I terima segala-galanya yang ada pada dia. This awesome guy, never fail to me laugh and smile even when he is not around. I hope kasih cinta ini akan berkekalan sampai ke akhirat. Love you till the end of time, sweetheart.     

So malam tadi, I tertunggu-tunggu akan hadiah anniversary dari dia. Selalunya malam sebelum any event dia dah kasi cepat-cepat. Dalam 10.30pm I cepat-cepat masuk bilik, punyalah nak hadiah kan , tak senonoh. Tapi tunggu punya tunggu tak lah jugak dapat. I tengok dia tengah tengok tv. Dalam hati I cakap, eh, kenapa dia tak bangun pegi somewhere else untuk ambikan I hadiah. Hati dah mula sedih dan merajuk. I pun tunjuk perasaan dengan siap-siap nak tidur tapi mata terbuka luas sambil memandang dinding. Then dia jenguk muka I and tanya kenapa. I cakap tak ada apa-apa dengan muka tak ada mood dan nada suara mendatar. Maunya tak ada apa-apa. Untuk pasangan yang baru berkahwin, ini pesanan I, jangan la percaya kalau isteri kata tak ada apa-apa tapi memek muka mengambarkan sebaliknya, maknanya ada la tu. Berpura-pura la memujuk agar isteri “sudi” menceritakan apa yang terbuku di hatinya, nescaya dia akan memberitahu dengan serba segera. Kerana memanglah tujuan dia tunjuk perasaan sebab nak kita tanya, kalau tak tentu dia tak tunjuk.

Anyway, berbalik kepada kisah duka nestapa I, tak lama kemudian, husband I cakap, dia tak bagi I hadiah malam tadi sebab dia tak tau nak bagi apa. Puas dia jalan satu KLCC and Pavillion tengok-tengok apa nak bagi I tapi dia tak sure I nak apa sebab rasanya semua I dah ada, wah! mesin parking I ada ke bang? (kataku dalam hati). Dia suggested I dengan dia keluar sama-sama and pilih apa I ndak. Tiba-tiba muka yang masam kelat ini tersipu-sipu tersenyum malu, I cuba control serious tapi tak berjaya. Dari senyap sepi terus riuh I discuss dengan dia apa yang I rasa I patut beli wakaka... Tapikan sempat la jugak I berlakon isteri soleha, I cakap, tak payah la beli apa-apa, I mati nanti bukan boleh bawak pun (main tarik tali), sambil diiringi gesekkan biola imaginasi. Then I cakap dengan husband I, ingatkan dia lupa or think that tak payah belikan I apa-apa sebab haritu masa husband I balik Dubai, we went out to look for my digital al-quran yang I idamkan for the past few months (nanti I cerita). Masa tu lepas beli and keluar dari kedai, I cakap kat husband I, anniversary nanti tak payah la beli apa-apa untuk I sebab this digital al-quran is your wedding gift to me (konon). Husband I cakap, itu hadiah lain, wedding anniversary gift kena bagi jugak..ok la kalau you dah “paksa”, I tiada pilihan lain haha.      

Ingat nak keluar pegi cari hadiah since cuti sampai Monday nie but since, I tak sihat, sakit tekak la, batuk and bersin sejak beberapa hari ini makanya niat “suci” ini terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu. 

Anyway, I already made up my mind to pick something simple and cheap (Hapa? So you see, how thoughtful I am? Haha.. perasan!) when I totally recover and able to go out.  

Friday, August 29, 2014

Keseorangan Dalam Kabut Rindu

Peringatan : Jika anda ada berpenyakit geli-geli nak muntah, anda dilarang keras untuk membaca entry I untuk kali ini... Ingat anda telah diberi amaran hehehe...

Last, week, Wednesday husband I balik kerja, bagitau I dia kena pegi Dubai for a meeting on Saturday. Dia cakap kalau dia dapat elak memang dia tak nak pegi and some of dia punya colleague tambah sehari dua lagi kat sana. And it is not a leisure trip and dia tak dapat bawak I. I tanya apa number flight dia, pukul berapa and sebagainya. Dia tanya kenapa, I kata manalah tau kena hijack ke apa... Then I cakap, even kalau I dapat ikut I still tak nak ikut sebab I masih suspense nak naik kapalterbang, ndak-ndak yang terbang jauh-jauh nih, lagipun I nak buat apa terkurung kat hotel baiklah I kat rumah aje. Furthermore, middle east tengah panas gila sekarang nie, suhu mencecah 40-45C.. huii..tak sanggup I kalau nak keluar berjalan. I tanya bila dia balik, dia kata pegi Saturday and terbang balik Monday petang, sampai Tuesday morning. I cakap tak apa la tiga malam je I tidur sorang (konon tak kisah..).

Friday petang lepas solat maghrib, both of us keluar untuk makan berbuka kat luar and beli barangan dapur sikit, sepeninggalan beliau. Next day tu masa dia bersiap-siap nak ke airport, hati I mula berkocak. Tiba-tiba I jadi sedih la pulak. I ikut mana dia pegi dalam rumah. Dia mandi, I tunggu depan pintu, dia siap-siap pakai baju I duduk kat sebelah. Padahal sebelum nie, jeling sebelah mata pun I tak ada masa heh. Husband I cakap, don’t worry, sekejap aje nanti dia balik, dia pun tak nak spent time lama-lama kat tempat orang kalau I tak ada. Bila dia nak keluar pintu, I cium tangan dia beberapa kali. I peluk dia kuat-kuat, macam tak nak lepas la konon... Dalam hati I cakap, I hope this is not our last goodbye. I hope kapalterbang yang dia naik selamat pegi dan balik or jangan la pulak ada penyangak nak kopak pintu rumah masa I sorang-sorang waktu malam nanti or tiba-tiba hantu rambut panjang baju putih menerawang kat siling rumah. I know, I nie kalau tak ada unsur-unsur karut kat otak memang tak sah, super duper paranoid betul. Then masa dia keluar rumah, I tunggu dia sampai dia hilang dari mata I. I masuk balik and tiba-tiba rumah rasa sepi dan kosong. I keluar masuk bilik resah je. Kalau setakat pegi Singapore ke Bangkok I tak kisah la sangat tapi ini nun di sana berjam-jam nak sampai. Around 2pm, dia called I dari KLIA, dia cakap masa dia check-in, pekerja kaunter tu tekejut sebab dia pegi balik cepat aje. 

Petang tu, I masak mee hoon goreng aje untuk berbuka puasa, hati I sudah mula mendung.. bila time nak berbuka, I makan dua tiga suap aje, lepas tu tak lalu la nak makan pulak. Hati I rasa tak keruan, oh dear. Lepas makan tiba-tiba rasa macam nak rebah la, tak dapat bernafas la, rasa macam, inilah sedutan nafasku yang terakhir la...alahai...macam heroin filem tamil retro yang berpenyakit misteri aje. Then I masuk bilik, I bawak bantal husband I untuk ke ruang tamu. Nak ambik kain pelikat dia, dia lama dah tak pakai, nak ambik short belang-belang hasil jahitan I, terasa ngeri je nak peluk cium bila teringat dia selalu mengentotkan short-short itu tiap kali dia memakainya. Makanya bantal tempat baringan kepala dan kepitan ketiak dia yang selalu I kutuk-kutuk akan kebusukkannya itu menjadi bau yang sangat harum pernah I cium dalam hidup I. Gila punya rindu hahaha.. I cuba menonton tv tapi managed to do so half way sebab I tak dapat concentrate kerana hati ini nun jauh di bawa pergi ke Dubai.. I decided to masuk bilik and tiba-tiba nak menangis aisyeman, mula la dada turun naik menahan rasa, tapi airmata tak nak keluar tapi suara menangis oohh ahhh..keluar la pulak..hahaha.. I decided to whatsapp Aiza and told her of my condition yang overwhelming ini (tapi I tak cakap I kerinduan kat husband I). Sebelum tu husband I cakap tak payah bagi tau anak-anak sedara yang dia tak ada and that I tinggal sorang-sorang. But I kena bagitau jugak, yelah..mana la tau.. if anything happened to me ke, kang tak pasal-pasal husband I balik dari Dubai, bukak pintu je, tiba-tiba tercium bau busuk and perut I dah kembung ke.. ish nauzubillah. Lagipun dua hari lepas I terjatuh kat dapur, sebelum tu husband I cakap, dapur licin becareful. I lupa akan amarannya dan terus ke dapur dengan serba tangkas untuk cuci tangan lepas berbuka. Sekalikan gedebuk I jatuh, nasib baik kepala I tak terhentak, kalau tak sure I dah lupa and tak kenal husband I or ingat I masih single dan tiba-tiba bersiap nak jumpa Ryan Gosling ke atau ingat Brad Pitt tu bekas I ke kan..hehehe.. Bila husband I nak angkatkan I, adooiii sakitnya seluruh badan I. I suruh husband I stop, biar I bangun sendiri. Biru-biru kedua tangan dan kaki I. Masa berjalan tu I terpaksa bongkokkan badan and jalan terhinjut-hinjut. Bila I nak baring atas katil, I kena sengetkan punggung I sebab rasa bisa semacam. So anyway, Aiza, cakap if there’s anything or emergency, please inform her immediately. I kata ok and I rasa lega at least ada orang tau of my condition and situation (tapi I tak bagitau yang I jatuh kat dapur cuma I cakap I sorang kat rumah). Nak bagitau Khairul or Khairil kang nanti dorang suruh tidur rumah dorang, I kalau boleh tak nak la menyusahkan orang. Biarlah derita kutanggung sendiri – eceh Gaya Zakry... sekadar mengambil title lagu wakaka..

Tak lama kemudian I kunci pintu and tutup lampu kat ruang tamu. I bukak lampu bilik and I tak off kan my handphone sebab I’m very sure husband I call nanti. I try to take a nap sekejap tapi mana mungkin sebab takut tak dengar bunyi telephone. Kejap-kejap I terjaga oleh bunyi game Hay Day yang menandakan tanaman yang telah sedia untuk di tuai atau telur ayam dan susu lembu harus I kutip begitu juga dengan ternakan binatang haram khinzir yang harus dipanggang untuk menjadi bacon, semangat bertani masih menebal dihati ini walau dalam apa keadaan sekalipun wakaka.... Dalam pukul 11pm husband I called cakap dah sampai. Dengan penuh mengantuk, I pun apalagi, mula lah sedih, pilu dan berkeluh kesah, i love you, i miss you...menyampah bila teringat akan betapa over I nie hahaha... But I really missed him, rasa menyesal bila teringat I asyik kurang sabar aje dengan dia. Dalam hati I berazam, dia balik nanti I will treat him like a king (yela tu.. azam saat emosi ..haha..). Lepas borak-borak kejap dengan dia, I decided that I nak tidur awal sebab I tak ada mood. I pun make sure main door dah berkunci. I letak penyapu kat pintu, ikut style my late father-in law. Father-in-law I lagi la, bukan hanya letak penyapu biasa, penyapu lidi dan dulang besar pun dia sandarkan dekat pintu. I tak pernah tanya dia, tapi husband I pernah cakap dia nak elak kena pukau kot, dia pun tak sure but I think maybe dia letak dulang tu, kalau misalnya orang nak masuk, sure bunyi klang klung terjatuh kan and mesti orang terjatuh kalau terlanggar penyapu ke..entahlah, I ikut je.

Then bila I tengok keadaan pintu, macam tak kena je, macam senang je orang nak terjah. So I decided to push the threadmill yang terlipat kat dinding ke depan pintu, nasib baik ada roda. Entah macam mana, lipatan tu terbukak, bedentum jatuh nasih baik tak kena kaki I. I lipat balik, this time I buat slowly and then I letak betul-betul depan pintu and I try to bukak pintu and lepas berpuas hati akan halangan pintu bakal sukar di buka I pun tutup semua lampu dan masuk bilik. Dalam pada itu, mata dan hati ini bagai melihat imbasab-imbasan halus di ekor mata. Oh, tidak.. me and my supernatural imagination. Lepas I tutup pintu bilik, I letak tong sampah kecik depan pintu, kalau orang bukak pintu, tong sampah akan melekat dekat carpet, at least ambik masa sikit nak bukak. Dan kalau jatuh mesti ada bunyi, sure I terbangun. Punyalah banyak trap yang macam tak boleh di terima pakai wakaka.. Sesambil tu I telah mengenal pasti, dimanakah letaknya gunting, parang, pegumpil pintu, batang buluh made in India, tali pinggang dan berbagai peralatan yang I rasakan boleh menjadi senjata dalam keadaan kecemasan di setiap sudut bilik tidur I haha. Serasa macam nak beli bahan senjata api je di saat-saat begini, boleh la jugak I menembak macam abang usop selam – gera gera gera gerakhas.... Oh yeah, I tidur dengan night stand rasa macam tidur sebelah unggun api je sebab warna bilik bertukar jingga.

Around 5am next day, Sunday I bangun untuk bersahur sorang-sorang *sigh. Selalunya husband I akan bangun temankan I walaupun I bangun senyap-senyap sebab I tak nak dia temankan I sebab sahur untuk puasa ganti aje. Tapi dia mesti tersedar tanpa dikejutkan. Dia akan panaskan air and buatkan I oat atau gorengkan I telur ke. So bila tiada yang meneman, makanya I duduk sorang-sorang bertenggek di hujung dapur. Keja-kejap I pandang ke pintu dapur bilik tidur because I was hopping that dia akan muncul dengan mata separa pejam then I teringat, dia tak ada, terus I patah hati... Lepas makan I solat and baring-baring. Hari Ahad adalah hari yang cukup membosankan I bila I tau yang dia patutnya tak kerja and ada kat rumah. Walaupun hari bekerja dia seharian tiada kat rumah but bila weekend suasana agak berbeza bila dia tak ada. Since today is my last day of puasa ganti, I berniat untuk makan or berbuka luar tapi bila memikirkan husband I tak ada, I tak nak la keluar sorang-sorang. Nak ajak anak-anak buah, it’s their weekend too and I’m very sure they have planned with their family. Maka sebatang kara lah I. Ini la dia kalau your source of entertainment is only one person and the only one that is interact with you everyday face to face tanpa memerlukan untuk berkomunikasi dengan phone atau fb. And all of you pun tau perangai I macam mana, I don’t like to mingle or berjumpa-jumpa orang except for my family aje. So chances untuk I socialise itu is nil.

Anyway, rutin I sama seperti first day. Dia call pagi-pagi sebelum dia turun breakfast. Tapi I sangat gembira kerana it was my last day of puasa enam/ganti. Lega rasa hati I. Tak perlu I pikir-pikir bila nak ganti or when is the right timing untuk puasa ganti. Malam I masuk tidur awal as I don’t know what to do. I main HayDay, husband I called sebelum I tidur and again I berkeluh kesah sedih pilu rindu bla bla bla. Sebelum tidur seperti biasa I tengok youtube pasal kucing. Orang lain tengok drama korea ke video nyanyi ke but not me, I always tengok youtube kucing and kadang-kadang anak anjing, tak kira ke siang ke malam tapi mesti sebelum tidur, dah jadi habit. Lepas tu I gushing sorang-sorang, ala comelnya, cute nya, geramnya, cium-cium baru tau and then tanpa sedar I gigit-gigit bibir bawah sebab geram sangat.

Next day, since dah habis puasa, kekononnya nak celebrate la akan kejayaan menempuh pancaroba dunia puasa ini kui kui kui... I masak awal-awal, pukul 10am I dah habis masak you. I masak ketam masak cili padi lagi and as for the sayur, I goreng kacang buncis dengan telur. Since masak ketam, kenalah buang sisa kulit dan sebagainya kat tong sampah besar secepat mungkin, nanti sang langau durjana itu memulakan modus operandi bersepadunya. Lepas masak dengan tak mandinya lagi I pun turun la untuk buang sampah. Sepanjang-panjang hidup I tinggal kat condo nie, ini la the second time I turun buang sampah. The first time was semalam. Tugasan ini milik husband I yang jitu, kalau Abagail ada, tugas tersebut jatuh kepada Abagail but since husband I serta assistant nya Abagail tak ada and sampah mesti di buang hari-hari makanya tugas tersebut terpaksa di galas oleh I. Turun lift, oh..selamat tak ada orang. I pun cepat-cepat ke tong besar untuk buang sampah then I terdengar macam ada orang tutup pintu kereta, sudah! Bila I masuk ke tempat lift, ada sorang mamat tengah tunggu lift la pulak. Tiba-tiba pintu security tertutup dan berdentum dengan kuatnya, tekejut I sampai terangkat bahu sambil tu I mengurut dada, apalagi I pun tiba-tiba masuk character wakaka.. Mamat tu pandang I and senyum. Yea, I yang tak mandi, memakai pyjama mismatch dan rambut berjurai-jurai walau di sanggul dan dikepit, bau ketam masak lemak daun limau purut jangan ceritalah penuh satu badan I, siap kau mamat terkepung dengan aku bersama bau harum ini hehe..

Masuk dalam lift, I yang peramah seperti biasa pun komen la pasal pintu security yang kuat berdentum kalau tak pegang and tutup slowly kat mamat tu. Ingatkan dia tak respond, memandangkan rata-rata penduduk condo ini belagak nak mampus kecuali I yang sentiasa menguntum senyuman bak anak dara pingitan dan rajin menyapa terutama budak-budak. Mamat nie pun mengiyakan kata-kata I dengan a’hah betul tu etc. Tak lama kemudian husband I called and bagitau abis meeting nanti dia akan terus pegi airport sebab dia dah check out pagi-pagi lagi. Dia bagitau flight dia pukul berapa and timing dia sampai KL. I pulak asyik cakap, balik la cepat, make sure you keluar on time lepas meeting takut nanti tertinggal kapalterbang and also sempat lagi tanya, apa hadiah dia belikan I hehe.. I tau husband I akan beli jugak walau I tak tanya tapi I saje je tanya untuk kepuasan peribadi hahaha.. I kan kalau dia belikan I penanda buku pun tak apa, janji dia mesti beli kan I something. After that, seharian I, I habiskan masa dengan menonton tv walaupun I tak dapat concentrate sepenuhnya kerana mata ini kejap-kejap tengok jam and kira timezone kat Dubai sana.

Malam I tak dapat tidur, kejap-kejap terbangun, agaknya excited tak sabar nak tunggu husband I balik kot. Betul lah kata orang, makan tak lalu, tidur tak lena cuma mandi aje I basah sebab impossible la kalau mandi tak basah kecuali lah kalau jirus dengan tepung maka mandi tepung la kita. 
 

(Cendrahati husband I beli kat airport sebab tak ada masa pegi mana-mana)

So pagi Tuesday, lepas solat I tak tidur kerana I takut I tertidur and tak dengar husband I balik. Then I tarik threadmill dan juga penyapu yang telah menjadi penjaga pintu sejak beberapa malam yang lepas. Tak lama kemudian I terdengar pintu cuba di bukak. I teringat eh, I lupa nak bukak kunci dari dalam. I pun cepat-cepat keluar dari bilik dan bukak pintu. Di depan I, sang panglima gagah mumuk tersenyum penuh girang, ahh..senyuman jejaka tampan itu melenyapkan kerinduan I selama tiga malam berturut-turut . Terus la pasangan cinta agung ini berpelukkan erat sambil husband I cakap dia sakit tekak sambil batuk-batuk dan suara pun bertukar garau. Dia kata weather panas mencecah 45C rasa macam dalam oven. I kata, no wonder la I tak nampak dia kat pintu cuma perasan macam ada gigi putih dan mata putih terkebil-kebil. I main agak-agak je bila peluk dia tadi wakaka.... 

Sekian catatan I tentang kerinduan yang sangat melampau bila “ditinggal” oleh husband I selama tiga malam. Baru tiga malam, belum lagi sebulan.           

Sunday, August 24, 2014

Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17


Jumaat - 22th August, 2014

Beberapa pagi yang lepas saya telah bangun awal memandangkan saya bersahur untuk berpuasa enam sekaligus mengantikan puasa yang “terpaksa” saya tinggalkan, kebetulan enam hari juga. Saya mula berpuasa pada selasa lepas dan Insha Allah dua hari sahaja lagi tinggal. Saya mengambil keputusan untuk mengantikan puasa secepat mungkin kerana saya tidak mahu berlengah-lengah dan kelam kabut seperti puasa ganti yang lepas lagipun saya ingin mendapatkan pahala puasa enam yang amat jarang saya lakukan sebelum ini. Malam tadi saya telah memasang dua loceng jam, satu untuk bangun sahur pukul 5 pagi dan satu lagi untuk pukul 9 pagi kerana saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton secara langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17. Selepas bersahur dan solat subuh, saya mengambil peluang untuk tidur sekejap. Jam 9 pagi saya dikejutkan oleh loceng jam yang kedua. Dengan kepala yang masih separa tidur saya keluar ke ruang tamu dan membuka tv. Memandangkan kapalterbang belum tiba lagi, saya mengambil keputusan untuk mandi dulu. Saya jarang mandi awal tapi hari ini saya berniat untuk mengambil wudhu sekali.

Selepas mandi, saya kembali menonton tv. Mula-mula saya menonton rancangan astro awani tetapi saya menukar saluran ke TV3 bila saya rasa pengacaranya agak kurang lancar walaupun tetamu jemputan iaitu Ferry Anugerah Makmur yang juga bekas pramugara MAS memberi pandangan yang sangat menarik untuk didengar. Beberapa minit sebelum pukul 10 pagi saya belari anak ke bilik untuk mencapai selendang untuk saya bertafakur nanti. Tepat jam 10.05 pagi (jam saya), satu persatu van jenazah, motosikal pengiring dan tentera-tentera untuk mengusung jenazah tiba selepas kapalterbang dari Schipol, Amsterdam mendarat dengan selamatnya di lapangan terbang bersebelahan terminal utama KLIA. Bila pintu cargo kapalterbang dibuka hati saya mula sebak bila melihat jenazah pertama dikeluarkan dan diturunkan perlahan-lahan. Hati saya bertambah hiba bila askar-askar berpakaian kemas berbaju melayu putih bersih serta bersampin songket hijau emas mengangkat jenazah dengan penuh hormat lagi tertib. Suasana ketika itu amat tenang dengan hanya bunyi deruan angin tetapi ianya amat memilukan. Puas saya menahan airmata yang bergenang, jiwa saya sarat dengan kesedihan bercampur dendam. Walau mereka bukan keluarga saya atau berlainan agama serta bangsa tapi mereka adalah rakan senegara yang “berkongsi” segala-galanya dengan saya dan jutaan penduduk Malaysia. Saya juga sempat mengambil gambar dan merakamkan saat-saat itu kerana ianya adalah antara hari yang paling penting dalam sejarah Malaysia. Saya juga tidak mahu mereka dilupakan dan akan sentiasa mengingati detik ini hingga ke akhir hayat saya.         

Tepat jam 10.45 pagi saya dan seluruh rakyat Malaysia serentak bertafakur selama 1 minit. Keadaan hening seketika. Pukul 11.05 pagi, satu demi satu kenderaan yang membawa jenazah keluar perlahan-lahan menuju tempat persemadian. Sebahagian jenazah di hantar dengan helicopter dan kapalterbang ke destinasi asal masing-masing. 

Di sebelah petang saya menyambung kembali siaran tentang pengkembumian, tak lama kemudian suami saya pulang dari tempat kerja. Saya bercerita kepada suami tentang istiadat di sebelah pagi tadi. Tapi saya tidak dapat meneruskan kata-kata kerana ada getaran pada suara dan saya terpaksa berhenti sambil memandang beliau dengan pandangan sayu. Suami bagaikan faham, beredar seketika dan duduk tidak jauh dari saya. Saya bangun lalu menunjukkan gambar dan rakaman yang saya ambil pagi tadi. 


Ahad – 24th August, 2014

Hari ini, tiga lagi jenazah tiba. Saya tidak sempat melihat secara langsung kerana setelah bersahur pagi tadi saya tidur semula dan bangun agak lewat dan hanya tersedar bila dikejutkan oleh bunyi burung yang merepek-repek sesama sendiri di tingkap bilik saya. Bila saya buka tv, jenazah telah berada di masjid untuk disembahyangkan dan selepas itu di hantar ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Mereka juga diberikan penghormatan yang sama seperti jenazah-jenazah pada dua hari lepas. Dan seperti dua hari lepas juga, mata saya bergenang lagi terutama bila kisah-kisah arwah dan mendiang serta keluarga di siarkan di kaca tv. 

Takziah buat rakan senegara yang bukan beragama islam dan Al-Fatihah buat saudara islam saya, moga roh kalian ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada kerajaan Malaysia kerana memberi satu istiadat yang sangat indah, penuh hormat dan beradab kepada mangsa-mangsa nahas MH17. 

Sekian, catatan saya untuk kali ini... 

Saturday, July 26, 2014

Tragedi MH17


(Picture of the ill-fated MAS flight MH17 at Schiphol Airport in Amsterdam before it took off for Kuala Lumpur taken by one of the passenger the late Cor Pan)
 
It has been more than a week since the tragedy of MH17. I was still in shock and it took me a while to write about it. Kesannya cukup mendalam di hati I although I don’t know any of them di tambah dengan saban hari bumi Gaza di bedil, watching their suffering and before that dengan kehilangan flight MH370, itu belum lagi I nak mention pasal pemergian Kak Pah. Oh, banyak pekara-pekara sedih sejak kebelakangan ini tapi tragedi MH17 adalah yang paling mengejutkan...

Malam kejadian, I masuk tidur awal, begitu juga lepas bangun sahur I tidur balik. Around 10am I bangun and switch on my phone. Eh ada whatsapp dari my sis’s group dari Wo and cakap MAS terhempas kat Ukarine. I sangat terkejut, I replied and inginkan kepastian, meanwhile I quickly switch on my laptop and tv . Then Mbo whatsapp and told, tengah kecoh sekarang nie. I msg husband I and I googled everything about it. Kejap-kejap I tukar channel dari astro awani, CNN, BBC, Al Jazeera, SKY. I can’t believe it, dalam hati I cakap, this can’t be happening, this is just a lie. Kalau kapalterbang terhempas sebab malfunction ke, masih lagi la hati boleh terima tapi kapalterbang kena tembak. It’s MAS, our national pride, maunya tak tekejut, sedih, geram dan berbagai-bagai persoalan di minda. I cepat-cepat sedekahkan al Fatihah. Hati I sebak and airmata I bergenang. Tak lama kemudian Liza my friend that I met masa trip ke Beijing called me up and both of us discussed about it. Dengan slang penangnya, dia tanya I “Awat depa lalu kat kawasan tu”. I kata, they are allowed to fly on that zone and it is approved by ICAO and semua flight lalu situ. Siapa la yang berani-berani nak kamikaze kalau tempat tu tak boleh lalu. Sesambil tu mata I tak lepas-lepas tengok screen tv. Then I decided to posted Al-Fatihah and takziah kat wall I.

Then I googled penumpang-penumpang and I tengok gambar-gambar dorang kat fb. I baca kisah-kisah dorang, family dorang, coretan terakhir orang membuatkan I bertambah-tambah pilu, tak kiralah bangsa atau pegangan agama sekalipun. Bukan family I pun I dah rasa macam nie, apalagi kalau family I. Bukan I tidak dapat menerima ketentuan Ilahi tapi kematian cara begini memang benar-benar meruntun hati I. It was so unexpected. I tengok barangan peninggalan and mayat-mayat yang bergelimpangan, serpihan bangkai berlogo MAS, I rasa macam nak meraung aje. Hari-hari seterusnya I tak putus-putus mengikuti perkembangan tragedi ini. Sesambil tu I baca-baca sikit comment dan berbagai-bagai spekulasi dari orang yang tak bertauliah tapi memandai-mandai nak bagi opinion and some nak salahkan Government la nak salahkan MAS la, sakit hati I baca. Nampak sangat kebodohan pemikiran orang-orang ini. That is why I rather diam and tak bagi comment tentang isu-isu hangat or any isu sekalipun dalam fb (or blog), it was either I like post orang or just share benda-benda biasa aje. Then I saw a video clip khutbah dari Mufti Ismail Menk from my cousin and decided to share it. Insaf I tengok khutbah beliau.

Last Friday, I tengok keranda yang membawa mayat-mayat penumpang nie ke Netherlands dan di beri penghormatan yang sungguh terpuji tapi cukup menyentuh hati I. Tangisan dari keluarga dan sahabat handai di airport, sungguh menyayat hati, sedaya upaya I tahan airmata I dari jatuh. I pray and I hope whoever did this will be caught soon!

Monday, July 14, 2014

Update dan Puasa


Salam,

Selamat berpuasa to darling Zue and all of you out there. Dah dua minggu kita berpuasa. Kejap je. I am so excited when it comes to the month of Ramadhan and I’m glad that kita orang balik in time for Ramadhan or else mesti I sayu-sayu kalau masih ada kat Bangkok. The main reason was of course, masa bulan nie kita boleh kumpul banyak pahala selain apa-apa kebaikkan yang kita buat pada bulan biasa akan digandakan pada bulan ini. Selain dari itu suasana bulan Ramadhan nie adalah teramat indah bagi I sebabkan tiap kali puasa je I rasa keadaan persekitaran tenang dan setiap sudut macam ada cahaya memancar-mancar. I rasa asyik nak senyum je. Badan I pun rasa ringan dan kepala otak pun relax aje tapi taraf kemonyetan masih tiada tanda-tanda penurunan aha?!. Another best part about puasa is the foooodddd... yes food merata-rata, macam pesta makanan je.. Oh I sukaaa... Habis la diet (konon), I ini. And you know what, it is never fail to amazed me that, masa puasa I (and all of us) tak rasa lapar or haus langsung but kalau bukan bulan puasa, omg, lambat makan aje, sesak nafas, mengigil satu badan and kalau berpeleseran dengan husband I kat shopping complex, mesti kena ada botol mineral sebab haus memanjang, padahal kalau bulan puasa bejalan la satu round still maintain cool. So you see, I rasa tersentuh, terharu, kagum serta berbagai-bagai perasaan because although kita puasa, Allah still look after us and that we were taken care off.., touching kan?
 

I’m adjusted back to my KL life! I suka sangat. I miss my anak-anak buah and cucu-cucu sedara kat sini. Although selama kat KL I tak ada la visit or jumpa-jumpa dorang selalu but the thought of them near to my house is comforting. I also miss the food, macam-macam I belasah kat sini. Dah la berat I naik mendadak 8kg dalam masa beberapa bulan kat Bangkok dulu, habis la I, muka I sekarang bulat and perut I jangan cerita lah mengelebeh. I gemuk you, muka I bulat. Masa baru balik aritu, husband I beli sit up equipment for the both of us, kat Big Aeon, beli satu je, share. Dia kata dia nak buat tapi tak buat-buat then I decided why don’t I guna. Mula-mula tu I macam malas nak buat but I decied to give it a try. I baru start seminggu sebelum puasa, kira masih baru la nie. Jangan la I cepat bosan and give up but memandangkan I nie kan Miss Halfway, chances of me bersekerat jalan is very high. So far so good, bulan puasa pun I buat jugak but before sahur and lepas berbuka, lepas tu before sahur je, lepas berbuka tak ada dah haha... I sit up dalam 100 je. Lebih dari tu tak sanggup I. As of now perut I tiada tanda-tanda penuruan walau dah buat selama sebulan. Macam frust je. Anyway, ada sekali tu I suruh husband I buat...oh you should see, his acting yang sungguh dramatic itu. Dia buat slowly dengan tak berbaju, sit up siap pejam mata macam orang nak masuk bilik pembedahan aje. I suruh dia bukak mata dia tak nak. Dia berhenti after six sit up. Then dia kata kaki dia sakit. I tanya, apa kena mengena dengan kaki, badan you and your perut yang bergerak, dia kata tak boleh la, sakit la, ghout kaki la..ah Mr Alasan. I also went to almost all the shopping mall dari Festival City hinggalah ke Ikea The Curve...memang lepas geram betul. Punyalah melepas rindu you.. As for beli barangan dapur masa mula-mula kat supermarket, I tak sedar mode I masih dalam suasana kat Bangkok i.e. read the ingredients a few times and ensure that I tak terambil bungkusan daging babi mentah since kat Bangkok, daging babi and daging ayam halal or non halal adalah sebelah menyebelah aje. Tiba-tiba I tersedar balik, eh.. nie kat KL laaa..mana ada supermarket jual daging babi mentah sebelah dengan daging ayam halal or non halal bercampur and beside kat supermarket yang kita orang pegi mana ada jual benda alah nie. Then I cakap kat husband I akan kekeliruan I itu, dia cakap dia pun sama. Hai.. baru 9 bulan tinggalkan KL, belum lagi bertahun-tahun kan.

Oh, we were so busy ever since we came back from Bangkok a few weeks ago. Rumah yang lama di tinggalkan berkulat, berabuk and menjadi tandas awam sang cicak. Geram betul I. Bila pijak lantai, tapak kaki hitam walaupun dah mop. Makanya beberapa hari jugaklah mengemas apa yang terdaya. In between kemas mengemas, we took our time to visit a new addition to the family, anak Khairul dan Shida name Daniyal Mikhail. Baby sangat cute and manja. I yang mempunyai perangai geram monyet ini rasa macam nak peluk and geget-geget je tapi kang tak pasal-pasal kena humban dari tingkat 10, maka I batalkan niat murni I itu uhuk... Selain dari itu, Aiza and Adam the naughty twister tapi penuh misteri itu, came to visit us and we had lunch together in my house. Bukan I masak tapi beli kat kedai. Sebelum balik, we decided to have our dinner date with both of them malam tu jugak. Al-maklum lama tak jumpa, kira lepas rindu and seisi gossip seanterio. Although, Aiza is my anak buah and I’m way older than her, she is my bestfriend. We can basically talk about anything and she is my teman luah meluah perasaan. Yelah kan umur ku aje tua tapi jiwaku rumaja. 

Dalam busy itu sempat juga I dengan husband I ke Cosy House kat GE untuk menikmati hidangan yang telah lama tidak kami mamam, but rasa makanan sudah berbeza dari biasa. Adakah lidahku sudah ke siaman. Anyway, masa husband I bayar kat counter, I tanya waitress kat situ, tukang masak dah bertukar ke? Waitress cakap, masih orang yang sama but sometime apprentice dia take over, oh..patutlah and I cakap I lama tak datang sebab kat oversea (oversea la sangat Bangkok tu, tetaplah nak menerapkan element glam nya) waitress tambah lagi, oh itulah, lama tak nampak akak. Eh, tak sangka dia perasan I selalu ke situ. Lepas husband I bayar, husband I cakap, bukan main lagi PR, I cakap, I nak tau, I tanya la.

Back to my puasa story, memang telah menjadi tradisi keluarga I di Keramat, kalau first day of puasa mesti makan beramai-ramai di sana and as usul meriah especially the chocho sedara, rasa macam kat taman asuhan je hehe..budak kecik kan ramai.. I dengan husband I kalau pegi sana, bawak air atau kuih je sebab Pozi (kakak husband I as you all know nama dia Fauziah tapi I panggil Fauziah Ghous kat anak-anak buah I) cakap tak payah bawak apa-apa. Dia la masak untuk kita orang. Macam-macam menu dia every week. Kalau nak suruh I masak, I beli je. Dulu I rajin masak mee goreng bawak kat sana tapi sekarang nie kerajinan I telah menjunam dengan jayanya. I also bukak puasa dengan Yati and student kat sekolah tempat I belajar menjahit dulu and she is also the owner of the school. We were so excited to see each other, macam-macam yang kita orang borakkan, maklumla lama tak jumpa. Dia asyik suruh I datang anytime and sembang-sembang lepak-lepak kat sekolah dia.  






Sebelum puasa haritu both of us went to the Islamic shop to look for habattus sauda, instead husband I belikan yang pil, I ndak yang boleh letak kat makanan. He also bought botol besar air Zam Zam. I never know ada orang jual air Zam Zam kat sini. So during sahur I minum satu gelas. Dalam malas-malas masak I ada jugak try resepi soft roti, I jumpa kat internet. The reason why I look up for this resepi was because I tengok kat Masterchef Australia, contestant dia asyik buat roti je and macam on the spot je boleh siap. I pikir-pikir kalau dorang boleh buat kenapa I tak boleh buat. Ingatkan nak kena letak yeast ke or uli bertahun-tahun. But nope, it was so easy to make and the ingredient pun ringkas aje, minyak sayuran, air panas, tepung cake, garam sikit and melted butter, tak payah pun nak peram lama lama macam buat bread. Buat sekejap aje and roti sangat yummy. I tau resepi nie simple and senang aje but I’m proud of myself. I also buat kari ikan to go with it.

Oh yes, last Friday night we went to pick up Abagail (Bigail) from the LRT lepas berbuka. Bigail ada kursus dekat dengan Sunway Lagoon for three weeks. So every weekend dia akan datang and stay at our house. Sebelum tu dia sms I, dia tanya boleh ke dia datang rumah every weekend. I kata boleh, you are welcome. Takut-takut dia nak tanya. I kata apa nak segan-segan, I’m your parents too. Dalam pada tu risau jugak I, janganlah ada penyangak nak kacau dia atau curi bag dia dalam LRT or kat Sentral KL. I siap doa mintak kat Allah semoga dia selamat. I tak cakap dekat husband I or wo sebab nanti dorang mesti ingat I nie paranoid and pikir yang bukan-bukan. You know la sekarang nie, ramai betul penyamun-penyamun (bak kata husband I) especially kat tempat awam. Bila nampak dia pakai baju kurung pinjam dari kawan dia dengan bagpack and kasut sport dia, alahai dah besar anak daraku itu. Lama tak jumpa dia.   


Last but not least “Congratulations Germany”! I memang support Team Germany during World Cup for as long as I can remember.....  Tak sia-sia I tengok pagi-pagi buta... Bukan main lagi I snap gambar kat tv hehe...

Sekian catatan I untuk kali ini.

Saturday, June 14, 2014

I'm Back For Good!

Hey, we have been back in KL for more than two weeks! Yes, tak ada balik Bangkok lagi. I was so happy and excited although a bit shocked when my husband told me that we're going back for good. I was depressed for quite some time when I was in Bangkok and I missed my home badly. Oh, I nak cerita pasal kisah kepulangan I ini dulu. A week before nak balik, movers came to the house to angkut all the barang that we have accumulated for the past nine months. Most of the thing was of course my clothes and barangan dapur. There were 16 boxes all together. Lepas barangan di angkat oleh movers, both of us went out to do some last minute shopping itupun tak lama shopping because of the weather that was so freaking hot sampai pening kepala I. On top of that we can't go out at night due to the curfew. So memang kelam kabut and main grab aje. Balik rumah and masa nak masukkan baju dalam bag, we found out that our luggage was quite heavy and obviously it was terlebih muatan. So two days before leaving, husband I called the movers again and told them that we forgot to take out more clothes from the closet hehehe..., pandai dia kelentong. Next day movers datang bawak one box and pack within 15 minutes. Meanwhile husband I sibuk with the management inspecting all the stuff and the condition in the house. Tak ada apa yang rosak except satu dua pinggan mangkuk je yang pecah.

On the day nak berangkat, I take a last look at the house before closing the door, ah...banyak kenangan kat sini, dapur that I used to masak-masak, ruang tamu tempat I selalu tengok tv and main laptop, bilik mandi tempat I selalu ber bathtub sambil berangan puteri puteri kayangan, bilik tempat I selalu tengok skyline etc... Do I miss this house? Not at all sebab hati I masa tu dah tak sabar nak naik belon balik KL... Sampai Suvarnabhumi airport around 7am, as usual that airport is always busy with lots of people. Terus la husband I compare to KLIA yang lengang itu. After check in, both of us terus masuk. We don't like to mingle outside, buang masa je. Masuk dalam kita orang terus ke bahagian untuk claim VAT then we went to look for halal food. On the way nak turun through escalator, husband I bawak trolley for hand carry, I told him tak boleh bawak trolley sebab ada tiang kat situ, maknanya tak boleh la. But uncle tu insist jugak, dia kata, look orang tu bawak turun. I kata dia pekerja kat situ beside tak ada bag dalam bag dalam trolley handcarry dia. Husband I kata, ah...dia nak bawak turun trolley tu jugak. Meanwhile I left my trolley aside and angkat bag and immediately I terdengar bunyi bag jatuh berdentam dentum dari atas sampai bawah. I tengok muka husband I tengah tersengih-sengih pandang I kat escalator. I apalagi gelak gila sampai tak cukup nafas. It’s not the bag yang buat I nak gelak but muka dia yang tersengih malu tak nak dengar cakap I wakaka... Nasib baik bag tak terkena kat pekerja yang turun before him sebab pekerja tu kebetulan dah sampai bawah. Sekali ada sorang pekerja tengok dari atas.. Lepas tu baru I turun sambil mengigil gelak kat husband I. Bila I sampai kat dia, I cakap, itulah...tak nak dengar cakap I. Suka la bila I'm right. Tapi still dia nak argue dengan I lagi, dia cakap boleh la bawak trolley etc.... ahhh sudahlah... Dah la malam tadi dia dye rambut, sekali entah macam mana colour rambut turun ke dahi dia sampai ke bulu kening...OMG, bila I pandang je bulu kening extra lebat dan bercantum itu, I gelak macam nak pengsan, rasa macam tinggal serumah dengan orang asli je... Husband I kan selalu buat kelakar tanpa sedar.. Dia sengih-sengih sambil gosok dahi dia and then dia bagi alasan lagi.. Tengok la bulu kening dia yang beruban dah jadi hitam...ahhh.ada je.. Lepas tu I kata, wah..kening hitam macam dahi orang alim selalu bersujud... Apalagi uncle korang, kejap-kejap angkat kening... adeeihhh... 


Anyway, kedai makan halal nie tersangatlah kecik je, macam makan kat kisok tepi jalan aje but the food was surprisingly delicious. Surprised come in a small package bak kata orang. Husband I order sand which ayam, I order nasi putih dengan kari ayam, pagi-pagi lagi makan heavy, macam makan lunch je. Husband I yang action tak nak makan nasi berlauk bagai was the person yang makan more than half of my breakfast itu. As for me I pulak yang makan dia punya sand which yang panas-panas itu. Masa tengah makan tu adalah dua couple tak tau dari mana, india ke sri lanka lalu dua tiga kali and one of the lady asyik tengok I sambil jeling-jeling sikit. I wonder why... I cakap dengan husband I, apahal pompuan tu pandang-pandang I, kalau senyum tak apa jugak boleh ku balas dengan senyuman manisku ini...

Lepas makan we went straight to balai berlepas. We were the first few people yang ada kat situ. I decided to take a nap a little bit but tak dapat. I don't know how some people boleh tidur dengan lenanya. Tak lama kemudian I tengok ramainya orang-orang dari india, sri lanka ke pakistan nie datang. 95% of all the people kat balai berlepas nie was dorang. Dalam hati I, abislah kecoh dalam kapalterbang nanti .Tengah I duduk-duduk tu, sorang mamat tua nie and anak budak muda duduk selang beberapa kerusi dari I. Then mamat tua nie bangun and kraak krukk ptuih beludah kat tong sampah depan I. Aku yang sungguh cepat reaction nya ini terus tercakap, yuck, tak senonoh. Then budak muda tu say something kat dia and tunjukkan toilet. Dalam hati, alahai kenapa la I nie tak pandai cover. Tak lama kemudian, I ternampak dua couple nie yang one of the lady yang pandang-pandang jeling-jeling I masa kat restaurant tadi ada kat situ jugak and dia pandang I lagi, I rasa hairan lah...adakah I mengingatkan dia pada tuan puteri kayangan? atau artis terkenal yang sering melakonkan watak-watak orang gaji yang teranaiya? Itu yang pandang macam nak bagi periuk belanga suruh cuci je kan.. So I just avoid looking at her kang ada adegan, “you apa pandang-pandang, nak kena sengat ke?” Or nak kena cakaran wanita ke, calling Elite - tamparan wanita ekeke..


Bila announcement suruh boarding, I decided to pegi toilet cepat-cepat. Bila I keluar dari toilet, I cari husband I tapi tak jumpa and I saw a lot of orang dah berdiri and berkumpul depan pintu nak masuk. Then I ternampak husband I tengah berhimpit-himpit. I tengok dia dari jauh and make an eye contact and expression hairan (sambil membulatkan mata dan menaikkan kening I, tanda hairan) because the number yang orang tu panggil is not the number of our sitting area. Then husband I move to aside. Bila our number was called baru la I berjalan ke depan. I tanya dia kenapa dia queue sedangkan number area kita kan belum kena panggil lagi. Husband I cakap, dia stuck kat situ and tak dapa nak lari sebab orang kat situ tiba-tiba berdiri and tak sabar nak masuk pulak tu. I gelak lagi. Oh and that lady tiba-tiba berdiri tak jauh dari I and as usual pandang I lagi. So I bagi jelingan sipi kat dia. Ambik kau jelingan sembilu.

Bila nak masuk dalam perut kapal terbang pramugari teruslah cakap thai dengan I and I tunjukkan number I and dia greet husband I dalam english...alahai.. I can see the smiling from my husband behind me and I know for sure dia akan usik I bila duduk nanti. Seat kita orang no. 2 depan. Depan I cina thai kot and same goes kat belakang I. Yang macam india-india, pakistan, sri lanka etc..duduk kat belakang maybe kebetulan kot. Seat kat thai airways nie macam kecik je and sempit lagi dari MAS and Air Asia. Kita orang di beri blanket and bantal padahal perjalanan dua jam je. Bila time nak tunjuk instruction keselamatan, tak ada pramugari/pramugara "buat show" instead tengok kat screen, which I tak tengok sebab sibuk la nak betulkan bantal sebab ingat nak take a nap kejap but it was not to be sebab mamat belakang I kejap-kejap batuk. I pulak asyik terkejut-tekejut. Rasa macam nak bagi lutut je (macam la hebat) sebab risaulah jugak takut I terkena jangkitan batuk dia but bila memikirkan, dia pun tak nak batuk and memalukan diri sendiri. I'm sure dia rasa tak sedap hati buat orang uncomfortable around him kan and also sure dia malu, itupun macam menahan-nahan dia control batuk. And beside, kalau I dah nak kena jangkit, walau duduk dalam toilet puaka sorang-sorang pun sure kena jugak. Dalam pada tu I doa kat Allah, jangan la I terkena jangkitan apa-apa dari mamat nie. Kalau tak dapat take a nap walau seminit pun tak apa lah... dah fated...tiba-tiba hati I tenang and tak marah-marah. Wah, I dah pandai considerate sekarang...mature nya..auww.. Kalau dulu-dulu sure I akan menjeruk perasaan, sakit bengkak hati, menyumpah-nyumpah non-stop bila berhadapan dengan situasi sebegini.. You see, naik kapal terbang pun boleh mematangkan seseorang wakaka...

Tak lama kemudian, our food were the first being served and its written halal on the lid. Sebelum tu, husband I dah siang-siang called Thai Airways and mintak halal food. Rasa food, lebih kurang sama je dengan mana-mana flight, kureng but makan la jugak. Sesambil tu I asyik dengar bunyi ting tong ting tong but I didn't give a hack on it. Nak pegi toilet pun senang dekat and pramugari/pramugara baik sangat sambil memberikan senyuman manis and siap tunjuk mana toilet masa I tanya, padahal dorang tengah makan, makan berdiri lagi. The flight was smooth masa nak naik, telinga I tak ada rasa gelembung-gelembung and same goes masa nak turun but ada sedikit incident berlaku masa nak turun. Kisahnya macam nie, masa flight dah nak landing, all the pramugari/pramugara dah duduk and we can see kereta and rumah-rumah kat bawah through the window, out of nowhere this one indian ke sri lanka ke etc.. tiba-tiba berjalan nak pegi toilet. All of us terkejut sebab tayar kapal terbang dah keluar. Pramugara who was sitting in front of us, cepat-cepat bangun and pegi kat mamat tu and suruh duduk. Then pramugara duduk balik. Bila dah landing and kapal terbang tengah taxiing sebab nak park kat terminal sekali lagi pramugara sound somebody kat belakang kita orang and bangun lagi sekali. And I bet the sound the same mamat yang nak pegi toilet. Kapal terbang tengah berjalan. What if kapal terbang tiba-tiba buat break mengejut tak ke haru mamat tu tersungkur kan? Apalah dorang nie, masa kat atas awan tak nak pegi toilet. Sementara tunggu kapal terbang nak docking, barulah I perasan, bunyi yang ting tong ting tong yang I dengar dari permulaan flight tadi. It was dorang nie panggil pramugari/pramugara. Alahai, non-stop you. I tengok kat atas eh, tak ada pun nampak punat loceng, tah mana dorang nie tekan eh. Then I teringat masa naik kapal terbang dulu masa nak pegi mana tah, tak ingat, kejap-kejap dorang nie bunyi loceng and cakap “ beer please, beer please for a few times pulak tu, pramugari kena ulang alik, sampai pramugari dengan tone fed up cakap dengan tangan-tangan “hold on hold on please”. They really know how to make their money worth haha.…al maklum la negara penuh dewa-dewa mestilah layanan nak kena dewa-dewa jugak wakaka…

Sekian catatan I untuk kali ini…

Wednesday, May 28, 2014

My Latest Pandora Collections

 Pandora Dari Hong Kong
 Like I told you in my previous entry that I will write an entry about what I got from Hong Kong. 

Here goes...

One the first day that we came to Hong Kong, after putting our bag in the hotel, we decided to walking around and checking their shopping mall (which was next to our hotel on which we didn’t know until much later) and planning to buy some groceries such as eggs, bread etc. Although halal food is easy to find but we still need those basic food for our bekal and also you know la tengah-tengah malam tiba-tiba lapar and still jugak bawak mee in my mug lagi. So anyway, on the way to their supermarket, we saw a Pandora shop, so we browse around and took their booklet for the season.
Dalam bilik hotel beside looking at their booklet, we went and check the internet. Husband I cakap, why don’t you beli sebijik charm bracelet so that bila you tengok, it will remind you that you bought it in Hong Kong. I told him, I planned to buy something as a reminder too but I just don’t know what it is that I want. So anyway, I cakap kat husband I, since I don’t know what to buy, I just take one charm aje. Nanti I akan beli sikit-sikit and built my own pandora bracelet.
 
 
So that evening in the hotel sebelum pegi ke Pandora’s and Avenue of Stars, husband I cakap, “hey, why don’t I buy you the whole thing, choose and take as many charms as you want, penuhkan sekali”. Tekejut I, I kata, “are you serious”. Dia jawab, “why not,? I tanya lagi, “are you sure? Mahal tu”, buat-buat concern konon tapi bukan main lagi I menahan senyuman yang terkemut-kemut ini. Husband I cakap, “don’t worry about it. Malam tu sebelum pegi Ke Avenue of Stars, kita orang stop kat Pandora. Oh, I tell you I was so excited knowing that I would be able to pick and choose according to my taste and liking. I mix and match this and that. Rasa macam kids at a candy store aje. Oh, seronoknya, I can’t stop smilling and it was so much fun. It took me quite a while, since I nie fussy and itupun macam tak puas hati bila tengok the result. I told my husband, I tak nak penuhkan dulu sebab nanti I nak cari yang lain kat Bangkok or kalau balik KL nanti and beside I might want to mix from my autumn collection on which I don’t like at all. Autumn collection tu macam orang tua-tua je (eh, muda ke I?). And ofcourse my favourite is my fairy tales that I wear wherever I go when we go out. Bila tengok bracelet yang I buat tak penuh, husband I hairan and tanya sure ke. I kata sure and I tak nak rushing nanti I tak suka. Husband I suruh letak, safety clip, I kata nanti dulu, mana la tau ada jenis terbaru ke. Then husband I belikan I chinese lantern charm and he told me its for my next travel collection set. I tanya dia, so does this mean, I get to build another pandora bracelet? He said, ofcourse. He told me that, nanti kalau kita pegi to another country, kita beli their charm, to remind us the place that we went to. Rasa macam nak menari ronggeng kat dalam kedai tu jugak wakaka.. Bukan main lagi I menahan senyuman sumbing I ini ekeke.. Sayang you tau.

Masa nak bayar tu, salesgirls yang lain kita orang tadi tanya, where are you from? You from Amarika (dalam hati I wakaka...). I kata no, we are from Malaysia. Then dia jawab, you sound Amarika... Malaysia sound different, they sound more like chinese. I senyum je. Lepas keluar dari kedai tu, kejap-kejap I dengan husband I tanya each other, you from amarika, ekeke.. jahat kan.. sempat la husband I jawab, you from tamil nadu...
Pandora dari Bangkok/Mixed and Matched

Everynow and then balik dari kerja, my husband would surprised me with a few charm. Sometime both of us would go out I would choose myself. 


This is for my travel collection set.


My husband bought me a bangle pandora yang jenis keras, plus some of the charm for travel set and to add to my Hong Kong's pandora.


Bangle yang kat atas dapat free sebab beli charm more than RM600.00.


My sentimental and personal pandora has completed.  Mix and match dari KL, Hong Kong and Bangkok.  Campuran tiga negara.


My travel collection pandora has completed.


Dua kat atas nie, I akan add and build in the future..

Sekian, catatan I untuk kali ini....