Thursday, June 21, 2012

Update

 (Baby sungguh excited dapat dua birthday present angry bird)

 (Another surprise birthday present, play dough.  Masa nie I usik-usik dia buat tak tau, tengah khyusuk, geram I tengok pipi and mulut dia)

Last Saturday we went to visit my sister and her family kat Tampin untuk bagi dorang birthday present and a few stuff to my sister. Lama I dah tak visit dorang, asyik bertangguh aje. Dorang lagi la, bertahun tak pernah datang visit I but it’s ok, they have other priority dari I yang tidak dikasihi or di anggap penting ini (pilu konon). Si Gabby/baby (dia membahasakan diri dia baby, alahai manja), sungguh cute. I geram betul dengan kepetahan mulut dan perangai dia yang sungguh mengelikan hati I. Rasa macam nak bawak balik je. Confident and sangat perasan berbeza dengan budak-budak zaman dahulu kala termasuk I yang sungguh malu ini, poraah! Kita orang balik hari aje this time sebab keadaan rumah buat masa sekarang nie sungguh tunggang langgang especially kat dua bilik yang masih tak bersusun itu. Baju-baju lama dan yang tak boleh di pakai lagi telah di asing-asingkan but masih belum masuk sepenuhnya ke dalam almari. Stress I buat masa ini. Bahagian dapur I dah susun, fuh lega.

(Cover ofcourse la I choose colour pink or bright kan)

Husband I belikan I yet another new laptop MacBook Pro two days ago (yea..show off lagi ) and it was so troublesome because I have to buat acara pindah memindah all the documents, pictures, download all the stuff again. Leceh la siap mengomel lagi I kat dia. I kata my current MacBook 13inch is still in good condition, why must I change it again, furthermore baru guna about a month ago. Dia kata yang 15inch nie lagi better, big and core i7 (whatever it is..). Wah, orang bagi laptop baru pun mengomel la pulakkan, sungguh ungrateful I ini. Since I’m used to window, so he installed program window sekali, so ada dua program on which, I can always switch between Mac and window. So petang semalam sibuk la cari cover kat pavillion epic centre untuk laptop nie sebab sayang la kalau scratch ke, abuk ke or air tertumpah. I kan seorang yang very careful when it comes to my stuff. Tau tak masa I pegi cari semalam, I pakai pakaian yang sangat santai because I thought we were only going somewhere near and since tak jumpa yang berkenan di hati, tak ada choice pegi ler ka pavillion nie, mula-mula husband I ajak pegi KLCC, I malas and furthermore tak mau la bertembung dengan orang yang dikenali (macam la kera sumbang macam I nie orang kenal or ramai kawan), like I said I dress up macam nak ke pasar malam. Serious, I pakai seluar jeans ¾, t-shirt colour merah yang ada tulis-tulis pegi party pukul berapa, bersimpul di pinggul kanan, selipar platform yang dah lusuh dan bag Lulu Australia belang-belang putih/hitam yang sungguh sempoi itu. Jam pun pakai brand DKNY sebesar jam tangan lelaki beli about 4 or 5 years ago haha.. Berkali-kali I cakap dengan husband I, I nampak sangat hodoh, dengan tak pakai make-up nya lagi only pakai lip gloss Maybeline, rambut jangan cerita la macam baru lepas kena tiup air laut..wakaka... Husband cakap don’t worry, I pakai baju guni pun nampak macam mahal, model international pun kalah.. nyampah la dengan statement dia hahaha...So anyway, tak banyak choice of colour for cover 15inch sebab kebanyakkannya 13inch. I’ve been toying with the idea should I buy the bag because I don’t think so I would be using or bring with me for travelling because it was heavy, I might just use MacBook Air (yep he bought it one day before the 15inch) for travelling. Macam la banyak sangat berjalan, padahal setahun sekali dua je...

Itu je la cerita I buat hari nie, esok I cerita benda lain sebab kalau semua cerita hari nie, alamat kena tunggu bulan depan la I nak update heh!

Wednesday, June 13, 2012

Merisik Dan Bertunang (Ipoh)

(Cincin tunang)

Next day around 8.15am we went down to have our complimentary breakfast. Breakfast sungguh delicious. Thanks God! Dalam makan-makan tu, hati ini tidak dapat lari dari merintih sebab makan nasi lagi and on top of that nasi lemak hahhhhh.... then bubur nasi, mee goreng, curry ayam huhuhu.... I have been dieting for the past three weeks, meaning makan nasi cuma sekali atau dua kali seminggu but this week, hari-hari I kena makan waaaaa..... Berat badan baru nak turun and now... I have no choice but to eat rice since tak ada makanan ruji lain, kalau kat rumah tu boleh la I ubah menu kan.. whinning tak abis-abis pasal lelemak I nih.

Lepas breakfast, terus berkemas sebab nak check out awal and dah plan jumpa Cik Aya and the rombongan kat Paparich pukul 11.00am. Lepak kejap with them at Paparich before heading out to future bride’s house. Sampai situ, bergambar la kejap rombongan peminangan ini. I tolong angkat dulang hantaran pertunangan berisi kain telekung. So dalam jalan aksi penuh catwalk ini, oh by the way, I’m the only one yang tak pakai tudung hatta selendang sekalipun, hehe.. I nak pakai selendang Siti (uweek) tapi anak-anak buah and husband I kata tak payah. Nasib baik la rambut I dah potong pendek, kalau tak maunya berterbangan bak kunti ponti versi mata sepet. Anyway, back to my perasan as Claudia Schiffer itu, I pun berhati-hati la nak masuk ke dalam untuk meletakkan dulang hantaran kain telekung. Tak semena-mena telekung yang di atas itu jatuh. Alahai, ramai-ramai orang yang bawak hantaran, why it has to be me? Shit la kan wakaka... One of dorang punya sedara, cepat-cepat tolong I, sesambil tu sempat la I berbisik sorang-sorang, I cakap, spoil la, tapi tak I sangka, pompuan tu terdengar, dia kata, tak apa-tak apa sambil tersenyum kat I. Aisymen, tak sangka la pulak dia dengar, double malu I. Baru nak perasan wanita Iban lindungan terabai (terabai adalah perisai lambang kepahlawanan iban zaman dahulu kala – sempat lagi bagi knowledge kan hehe.., nak tau rupa sila google ;P).

Anyway, pihak lelaki duduk kat luar and yang pompuan and orang kuat pihak lelaki (kita orang la) duduk kat dalam berserta dengan ayah, uncle tunang anak buah, ayah and uncle anak buah aje kat dalam. This was my first time pegi merisik, tak pernah pun before this and I wonder why? Interesting la jugak dengar dorang discuss sikit-sikit and disulami dengan pembayang maksud yang kadang kala mencuit hati. I kan suka benda-benda macam nie. Sesambil tu terdengar tangisan cucu sedara kat luar wakaka.. Oh, I don’t know mana satu adik beradik and mak tunang anak buah. Kalau dorang introduce pun I tak akan ingat. Jangka hayat ingatan I amat pendek sekali. Selesai acara bertunang, kita orang pun makan makanan yang telah terhidang. And ofcourse ada nasi and I kena makan jugak sebab takut lapar and gastrik..uwaaaa... Selesai makan, borak-borak dengan anak-anak buah and cucu sedara for a while. Then husband I ajak balik cepat-cepat. I kata, eh, nanti la I nak kena salam-salam and bagitau kat dorang yang kita nak balik. Husband I kata tak payah and cepat-cepat suruh I jalan and dia kata nanti orang balik cuti sekolah sure jam and ofcourse dia tak nak orang-orang berkenan tumpang balik wakaka... Dia kata leceh and tak ada privacy. Apa la husband I, dia ingat I dengan dia aje kat dunia nie. Tapikan sebenarnya I pun agree dengan dia and being the wife yang sungguh patuh ini (pengsan), I pun menuruti jua (muntah pink) wakaka...


(Buah hati I yang berbaju melayu biru, among the buah bali)

On the way back, we decided to stop at one of the R&R (I think R&R Simpang Pulai kot) to buy fruits, change our clothes and use the restroom. Seronok la memborong buah-buahan kat situ sampai budak yang jual buah tu tolong angkat and hantar kat kereta, punya la banyak and ofcourse tamak yang lebih hehe... Oh yeah, husband I tukar baju dalam kereta masa isi minyak.  Dia cuma tukar baju and not seluar, kang orang yang kiri kanan isi minyak ingat dia ajak berporno pulakkan wakaka.. Anyway, we were so glad sebab tak jam.. Thanks God! Sampai rumah, the first thing that I did was to weight myself. And yeah, I gained 2kg... waaaaaaaaaaaaaaaaa............

Sunday, June 10, 2012

Ke Ipoh


Yesterday, we went to Ipoh for the majlis merisik and bertunang of one of our anak buah. He is the eldest of his siblings and was the first cucu/cousin of the clan. He was married before but end up in a divorce (oh, penuh dengan drama dan sungguh history itu). So when I found out that he’s getting married this coming November, about two weeks ago, I was so shocked sebab tak ada angin and I didn’t know that he has a girlfriend. Hey, he already booked and paid a deposit at a restaurant/wedding venue. Dengarnya bakal jadi wedding of the year and sangat mewah. But ofcourse la I tak tahu menahu because lama dah I tak menjenguk my in law and beside I’m not the busy body auntie anymore kui kui. I telah meletakkan jawatan itu long time ago.. hehe.. Ntahla, malas nak korek-korek lagi (yela tu). Anyway, I was so glad that he finally found someone after menduda for a while. Mind you, this guy gaji besar and a GM. The company also sent him travelling on business to everywhere in the world. This week he might be in the US and next week to Hongkong, that is how busy he is. Oh did I mentioned that he owned a condo and an imported car. Wah, bukan main lagi promote eligible bachelor no more kan heh..


The rest of rombongan Cik Aya pegi on a day trip which was today, pegi balik hari, except for me/hubby and Ky (one of anak buah, one of his younger brother) and family, wife and his son. Ky and family datang a day early like us because they are going to attend a wedding reception of her friend at the hotel. I tak nak sebut nama hotel ini sebab I’m going to critise dengan jayanya hah!. Ok, this is my opinion, I will never ever stay in this hotel anymore, the staff were very nice, polite and helpful but the hotel itself, the room adalah kurang memuaskan hati I. Masuk je bilik dah berbau hamis dari bilik mandi curtain shower. Towel mandi cuma ada dua sahaja, as for hand towel and towel rambut tarak! Ceiling in our room berkulat in a few corners and in one of the window burung layang-layang menjadikan port berkelah, mengorat-ngorat dan tempat toilet mereka. Nasib baik window corner and I tak bukak pun langsir kat situ and I don’t mind dengan kicauan burung-burung itu pun but I tak lalu nak tengok view from that corner, but the way the view is nothing to be desire pun. Lampu sangat malap, kurang cahaya and some of the lampu bulb sudah tidak boleh di gunakan. Mata I and my husband dah la rabun....tua..(sadis) so paham-paham la. We expect it too be fancy la sikit since we choose premier (RM300 per night) sebab we thought ada extra special ke but well.. memang luas..itu je.


Then we went down to have our lunch but since it was Saturday, restaurant tak ada lunch buffet but Hi-Tea. The food, tak sedap, nasi briani ada tapi kuah kari ke kurma ke tak ada. Pelikkan. I tak ada choice terpaksa makan nasi..huhu but lauk untuk nasi yang kat gambar tu je la ada. Then husband I checked hp dia and ada msg dari anak buah yang nak bertunang tu, dia suruh kita orang berpakaian lengkap baju melayu tradisional. I dah siang-siang bawak dua sebab I tak tau nak pakai yang mana satu. As for husband I, dia tak bawak sebab dia ingat tak payah pakai. Our this anak buah is very detail and particular guy. Husband I cakap dia tak bawak and told him that we’re already in Ipoh. Oh, we didn’t tell them that we arrive one day early, konon husband I nak surprise la wakaka.. Padan muka, tu la tak bagitau dia siang-siang, mana dia tau kita orang datang early kan, now dia tak ada baju. Anak buah yang nak bertunang tu kata kalau tak bawak tak apa but everybody is going to wear the baju melayu. Husband I then suruh anak buah dia bawak songkok, sampin and butang baju melayu. After the late lunch/high tea, naik atas kejap for us to solat zuhur, we went out in a mission to look for the baju melayu for my husband. Pusing-pusing keliling bandar Ipoh tak jumpa then we decided why not cari kat Pasaraya and kebetulan ternampak ada Parkson. Terus drive ke situ.


Masuk Parkson je, dalam hati dah pikir, ada ke eh? Husband I ternampak nun di satu corner ada berbagai-bagai warna dan corak. Terus dia panggil I yang tengah melilau mencari-cari and I almost ask the cashier. We were so happy and the best part was ada discount 50%. Ini sudah bagus. Husband I pun suruh I pilih warna and ofcourse size XL. Mula-mula dia tak nak try, I paksa jugak sebab takut tak cukup. I suruh try yang lain, dia tak nak. I kata, hah, macam tu la I rasa bila you paksa-paksa suruh I try baju nie baju tu and bagi I kat dalam dressing room. Suka betul I kalau I dapat point and bagi dia balik. Sales girl cina tu sengih-sengih tengok I mengomel hehe.. husband I pun senyum-senyum malu. Harga RM149 and lepas potong dalam RM74.50 je. Then husband I suruh I beli something sebagai kenangan datang kat Ipoh, I kata tak ada apa yang I nak beli, lagipun I nak beli perfume kalau pegi JPO in the future. Dia suruh beli perfume kat situ jugak although pricy sikit. Lepas I smelled a few, I decided on Ralph Lauren 4 colour purple. Lepas husband I bayar kat cashier, eh, dapat voucher RM40. Wah, ini sudah bagus. Then husband I suruh guna voucher kat situ aje sebab kita orang selalu lupa nak guna. I ambik cardigan purple berbelang-belang, original price RM119.00 discount 50%, hehe.. bestkan, so husband I guna voucher and bayar extra dalam sepuluh hinggit je...


Lepas jalan-jalan and bought a few t-shirts etc., we decided to head back to the hotel but instead of going back, we plan to tapau something to eat for the evening. Kita orang tak lapar but in case la kan.. Beli McD kat drive through. Petang tu lepak bilik Ky and main-main dengan cucu sedara and bagi dia hadiah/toy. Mula-mula tu that naughty boy segan tapi lama-lama dia dah allright. Sebelum parents dia pegi ke wedding reception, husband I bawak dia jalan-jalan, turun naik elevator. Naughty boy dah boleh berjalan tapi dia manja mintak dukung, I tengok husband I termengah-mengah bila angkat dia wakaka.. nak tergelak I. Malam tu tiba-tiba I teringin nak order/room service. Husband I kata dia tak nak makan (yela tu) but I suruh dia order for two. The food/Cantonese Kuay Teow tu sedap but Nasi Goreng Kampung dia kita orang tak berani nak makan sebab ada cili padi, rasa sikit aje tapi sedap jugak.

Next day...

Friday, June 8, 2012

Update


(Softcrab Temaki)

Petang semalam both of us went to KLCC to look for a birthday present for anak-anak buah at Toys”R”Us and gadget untuk yang remaja. Aritu dah beli a few birthday present untuk cucu-cucu sedara. Bulan nie memang bulan membeli present. Next month another cucu sedara punya birthday and after that another one. Lucky sungguh budak-budak sekarang nie, hadiah mesti yang best-best. Teringat zaman I dulu-dulu, hadiah or toys semua made in China, yang plastic and tin-tin tu. Kejam sungguh zaman I, I wish I jadi budak-budak balik, hey, just for the sake of nak dapat hadiah baik tak payah la wakaka.. But really sometime I wish, I muda belia, sure dapat gadget-gadget yang best, bukak mata je dah ada handphone la, video game la etc. Ini tak, masa zaman I dulu, kalau ada telephone yang colour hitam besar bagak tu dah kira glamour la sangat and perasan kaya hahaha... But then again adakah parents I, auntie, uncle, tok, nenek with their “that” character akan memanjakan I sebagaimana I memanjakan anak-anak buah and cucu-cucu sedara I? I think... NOT! But well, apa lah sangat yang I nak complaint, it is just how it is kan...

(I lupa nama dia, chicken with prawn)

So anyway, lepas membeli belah barangan budak-budak nie, both of us decided to have our dinner but bosan la asyik makan kat Little Penang, so kita orang pun mundar mandir and bediri kat depan Vietnam restaurant and check the menu. Tak ada sorang pun waiter/waitress datang melayan. Both of us tak nak masuk dulu sebab nak tanya halal ke tak, kang bila duduk kata tak halal, nak kena bangun la pulakkan, leceh la. Bila tak ada yang datang, we went around and decided to ask the hostess kat depan restaurant Jepun nama Yuzu, halal ke makanan kat restaurant nie. Dia kata halal, but we have to wait for a few minutes sebab table penuh for two person. Dalam 2 or 3 minutes baru la ada tempat duduk. I was a bit sceptical sebab I never eat here and was wondering sedap ke tak. But I think we should try a new eatery place instead of makan benda yang sama je each time ke KLCC nie.

(Set Lunch Barbeque chickien - again lupa nama menu nie)

Tengok kat menu, sudah! apa I nak makan nie. Tak sanggup rasanya nak makan nasi sebab I tengah berdiet konon, padahal baru semalam makan nasi dengan sambal udang.. pengsan*. Ndak tak ndak I decided to order yang come with rice sebab tak confident nak order menu lain. Bila wairess tu datang, I tanya-tanya apa food yang popular dan menjadi favourite orang ramai. Sesambil tu I tanya, apa makanan yang ada soup kat meja para pelanggan, hehe.. natural PR babe.. Selepas mendapat penerangan dan sebagainya I decided to stick to my original menu order. Next time la I order yang ada soup-soup kuah tu. Sebelum tu I order softcrab temaki sebab dah lapar yang amat. After a while food pun sampai. Husband I order yang simple aje. Bila I rasa my food, wah.. sedapnya, I was so happy. Padahal biasa-biasa je, isi ayam atas batu panas yang ada manis-manis, miso soup, chawan mushi, sayur jeruk, salad masam, nasi putih, mix tempura dan buah-buahan. Tapi agaknya I lapar kot or maybe ada secret ingredient ke apa ke kan.. janganlah sake kang tak pasal-pasal kepala I toing-toing. But really, I enjoyed my food so much. I told my husband, we have to come back again and try menu lain.

Then masuk Kinokuniya which is acara wajib tiap kali datang KLCC, check whether there’s new book etc, husband I tanya ada book nak beli ke, I kata tunggu dulu sebab I need to finish lots of my book which I think sampai mati pun tak abis nak baca. Masa pegi kat BigBadWolf two or three years ago pun tak baca-baca lagi except one. Kejap je kat Kino then we decided to just go back. I was so glad masa nak turun from the escalator kedai cupcake Bijoux dah tutup, kalau tak pasti I terliur nak beli cupcake red velvet itu, which I try to refrain myself from buying, since..well..diet, mencik I tau. Tapi husband I, dia akan tetap beli walau I tak nak and because dia tau, I akan makan jugak bila dia dah beli, so how I nak kurangkan berat badan macam nie? Sedihhh... Bila I buat-buat marah dia beli and mengomel sebab badan I tak turun-turun, husband I akan cakap, Eh I tengok badan you macam supermodel and bidadari aje.. mencik I tau hehe.. Then masa kenduri arwah last Sunday, ada macam-macam jenis kek and kek red velvet pun ada, dorang hulur depan muka I, I pass kat orang lain cepat-cepat sambil hati dibanjiri oleh tangisan nafsu pilu ini.. huhuhu... Oh yeah, aritu kan I berborak dengan Vagg kat ym and biasalah story pasal family etc, balik kerja petang tu terus husband I ajak pegi rumah mak dia, macam tau-tau je dia. Pegi kat rumah in law I, my sister in law si Pozi tu sibuk la tanya kenapa lama tak datang, I kata tanya husband I, bukan I.. jawapan selamat which is yea pun sebab I selalu ajak husband I visit mak dia, tapi husband I asyik bertangguh je. Si Pozi pun sibuk la cerita dia pegi China sambil menunjukkan gambar-gambar gua and air sungai jernih berbatu kat camera handphone dia yang kecik tu. I dah la rabun mana I nampakkan. I cakap kat dia kenapa tak ambik gambar kat camera, dia kata camera tak terang. Here’s the problem with some people, you nak pegi holiday, you definietly akan berposing-posing ayu manja-manja tua and ofcourse you need a camera tu go with it. What is the point of holiday kalau you tak capture the moment kan? Camera pixel yang tinggi pun bukannya mahal pun dalam RM300 dah boleh dapat. But then again, some people have a weird kinda priority. Anyway, back to her, sibuk la dia cerita pasal gua-gua and air sungai jernih nie. I terus cakap kat dia, daripada you nak pegi China just nak tengok or ambik-ambik gambar gua baik la you pegi ke Gua Mulu, lagi cantik and 8 wonders (ye ke 8?) of the world lagi, dia terkejut and tanya ye ke? I kata ofcourse la, I kan pernah pegi sana dengan anak-anak buah husband I dulu masa baru-baru kahwin. Lepas tu dia kata air kat China tu jernih, I kata kampung mak I, air lagi jernih. Bukan la I bersemangat kenegerian but it’s true. I tanya kenapa tak pegi Great Wall Of China, alang-alang dah pegi ke sana, or yang ukiran warrior batu kan..

(KL International World and Light Festival 2012)

So back to my story kat KLCC, masa nak turun tu I tengok orang semua berkerumun kat tepi tingkap. I pun ikut la jenguk kan, rupa-rupanya ada pertunjukkan KL International World and Light Festival 2012. Orang punya la ramai especially pelancong-pelancong asing. Wah! Rugilah, kalau I tau sure I bawak camera, berkali-kali I merungut kat husband I, ngomel la I kann.... So I guna je la camera handphone. But we didn’t stay long because yela kan dalam usia yang begini rasa macam tak sesuai la dengan asap rokok dan berbagai-bagai baunya. Sometime I hairan macam mana masa I muda remaja dulu I can withstand all this thing? Lagipun sekarang nie I dah tak heran nak pegi concert or tengok acara-acara nie, yela tu, kalau dapat ticket free concert Kylie Minogue, gunung ganang sanggup ku redahi. Dalam tak heran nak tengok-tengok KLWLF nie tiba-tiba badan ini tanpa sengaja terbegoyang (sikit-sikit maa...) mengikut irama ketukkan drum group dari korea, ampun, I tak sengaja, badan ini bagai punya rythmn nya tersendiri wakaka.. apa nak buat, orang dah berdarah seni macam I nie, sambil meniup kuku kontot... Then dalam hati I berdetik, smart la anak-anak muda nie and I was always wondering macam mana la rasanya beranak ikan kan..wakaka.. Nakkal sila pejamkan mata dengan ayat tadi hehe..

(Wah, part gambar chocolate bukan main lagi letak large)

So anyway on the way back nak ke parking kereta I ajak husband I stop kejap kat Famous Amos sebab I teringin nak makan a set of belgian chocolate...oh tidaaakkk.... (siapakah yang beria-ia cerita pasal diet tu? Entah? Huhuhu... sambil berjalan perlahan-lahan ke icebox untuk mengeluarkan seketul dua chocolate ituuussss....).