Monday, September 30, 2013

Pindah Rumah

Last Friday kita orang pindah rumah. Kalau nak diikutkan patutnya hujung bulan nie jika mengikut perjanjian tapi husband I nak cepat-cepat settle down kita orang pun pindah la Friday yang lepas itu. Sebenarnya I pun tak sabar nak pindah jugak, leceh la tinggal jauh-jauh dari segala kemudahan. On top of it jarak tempat kerja husband I dengan office beliau dekat aje, cuma satu BTS je.    
 
(Anak owner hotel nie, handsome kan, maklumlah mak dia local kahwin dengan mat salleh.  I tell you this kid akan jadi heartbreaker besar nanti.  Budak nie pemalu and nama dia Aidan, adik dia nama Aaron.  Husband I kata Aaron lagi cute (lupa nak ambik gambar), I kata Aidan la lagi smart..!)

(Semua turun and tolong kita orang, baikkan... yang pakai baju hitam tu Bong, dialah yang selalu hantar kita orang ke BTS station)

(Nie la dia Ying, Model International tu..hehe.. Masa I nak ambik gambar dia, dia kata eh..jangan dia tak pakai make up tapi terus la bagi pose mengancam bila I nak snap hehe.. She is very nice, polite and helpful, love her...tapi nie kalau kena penumbuk sure terpelanting nih...)

Anyway, around 1.30pm husband I balik and during lepas makan terus keluar. Mulanya husband I kata keluar pukul 3pm, I kata no, we have to go out now sebab nanti jam and furthermore kalau condo tak ready or the management tak ada kat situ, we can always leave our bags and go to the supermarket to stock up some food. So kita orang pun keluar la dengan segeranya. Masa nak angkut barang tu, tiba-tiba I rasa terharu akan kebaikkan pekerja-pekerja kat situ its like one family. Semua sibuk nak tolong ini itu, I rasa menyesal la jugak because I didn’t get the chance to know them a little better as I asyik memerap kat dalam bilik. Ying told me that, if I need anything just call them because she said we are like family to her and all the staff there. Dia suruh kita orang visit dorang sometime...

Sampai kat condo baru nie, everything has been ready. Masuk je kita orang terus buat inspection between me and the secretary to the management manager of the condo. Every item is counted one by one and tick on both side. Secretary nie nama Tam, orang Thai nie suka guna nama pendek-pendek dan manja, dia kata senang sungguh nak deal dengan I sebab I tak fussy tak macam kalau deal dengan bangsa european yang macam-macam kerenah, itu tak ndak, ini tak ndak etc.., hai Tam kalau la kau tau betapa fussy nya makcik nie, sure kau lari seratus batu. Condo unit yang kita orang sewa nie memang complete of everything. Like the condo management yang berbangsa french nie cakap that day masa kita orang datang mula-mula tu “you come and just bring your suitcase”. Apparently owner condo unit nie sangat generous. Dia stock banyak tuala dan berbagai-bagai jenis lagi, same goes to bed covers, duvet, pillow cases, banyak extra dia bagi, kalau setahun tak basuh and keep on changing pun still tak habis.. serious.. Bukan tu aje, washing machine, perkakas dapur semua ada dari pinggan mangkuk ke peralatan masakan kecuali rice cooker. Owner condo nie is a french guy too and tinggal kat Paris and this building itself is build by the french enterpreneures. I told my husband, kita malaysian, you bangsa melayu, I bangsa iban, kahwin, tinggal kat Bangkok and sewa condo orang bangsa french, sungguh multi racial dan multi national. Anyway, it took quite a while to do all the checking stuff sambil tu husband I berborak dengan Lilyn yang baru sampai. Oh, I tell you Lilyn nie is such a nice person and house agent, she is very helpful and friendly. Next time I cerita pasal dia because she has a very interesting story in my opinion.
 
(Living room plus the kitchen and dinning area.  Simple but yet so homey and stylish at the same time, pada I la..)

(The Kitchen )

(Master bedroom)
 
(Master bedroom, next time I akan letak gambar view kat luar)
 
(Master bedroom's bathroom)
 
(Master bedroom's bathroom)
 
(Another part of master bedroom's bathroom.  Tuala mandi tu pun owner nie provide, generous kan?)

( Bedroom 2)
 
(Bedroom 2)
 
(Bedroom 2 bathroom)
 
(Bedroom 2 bathroom)
 
(Study room)
 
(Guest toilet)
 
Anyway, lepas semua settle, I told my husband to ask her out for dinner sebab dia dah banyak sangat tolong kita orang. She is very resourceful, semua benda dia boleh buat and dia tau siapa nak call. She is that good. Kita orang pun berjalan la to one restaurant halal which was not far from our condo.. The food was ok but not as nice as other places. Macam-macam yang kita orang bualkan, walau english Lilyn tak berapa bagus but we can understand what she was talking about. Dia siap bagitau nak ajak I keluar malam untuk menari. I kata ok no problem tapi dalam hati alahai.. ahaha.. Lepas makan kita orang berjalan sebab Lilyn nak tunjukkan mana supermarket Big C yang famous kat Bangkok nie. Then we parted way.

Sampai kat supermarket Big C, ingatkan fantastic padahal... Big Aeon kat Setiawangsa, Aeon, Cold Storage and Giant are million times better dari supermarket dorang nie. Barangan alahai, macam dah lapuk je and makanan mentah, sangat limited, banyak yang tak ada. We told ourselves this will be the first and the last datang kat sini.

I akan letak more pictures on my next entry, yang I letak nie pun I snap cepat-cepat je..

Sekian catatan I kali ini...

Monday, September 23, 2013

I Jalan Sorang-Sorang

Hari selasa yang lepas, I rasa sangat-sangat bosan. Nak masak dan makan pun tak lalu, aisye... I keluar masuk bilik, jalan-jalan dalam rumah yang sekali lompat je maka sampailah ke destinasi dapur, ruang tamu, bilik mandi dan pintu utama kecuali ruang makan yang terpaksa melompat dua kali itu. Bukan la bermakna kerja I melompat dari satu arah ke satu arah dirumah ini walaupun ayat I bagai menjurus ke situ. I baring, duduk, surf internet, baca buku, tah semua tak kena.... Jadi I membuat kesimpulan yang diri ini seharusnya tidak berada dirumah...alasan nak keluar la tu... I pun memikirkan bagaimana harus I utarakan akan niat ini kepada husband I nanti.

So petang tu bila dia balik kerja, I pun buat-buat la muka sedih dan bosan yang sehabis mungkin, well, which is not hard since expresi muka I sentiasa berada dalam mode wanita jengkel. I pun meluahkan isi hati akan kebosanan I itu, I masukkan elemen homesick untuk menambahkan kegawatan di hati beliau. Lakonan sambil lewa I telah berjaya mengaburi pemikiran beliau, itu belum lagi I nak menjiwai watak dengan sepenuhnya kan, unsur airmata berjuraian pasti sanggup ku hayati jika tiada jalan lain lagi..wakaka.. Husband I cakap, why don’t you keluar jalan-jalan kat shopping complex? Dalam hati I kata HAPA!, you see, I don’t have to suggest apa-apa pun hehehe.. (wah..sukaaa). Tapi, ada tapi lagi, dia sambung lagi, sebelum keluar call dia dulu, bila nak balik, dia akan call bagitau pukul berapa, nanti plan jumpa kat mana and kita balik sama-sama. Wah...banyaknya syarat! I kata ok, tapi I cakap “I tak sure nak pegi ke tak nak, wah... main tarik tali la pulak bila orang dah bagi green light...kekonon not sure ...puii.. Ingat I masih dalam character ini.... Kang husband I berubah fikiran, baru padan muka.

So esok tu, tiba-tiba I berbelah bagi la pulak, nak keluar ke tak nak, tapi kejap je berbelah bagi itu.. I turun bawah jumpa receptionist atau nama manja dia Ying and bagitau dia I nak tuk-tuk hotel hantar I ke BTS. Masa I nak keluar ke lift tu, tiba-tiba tenant sebelah pun keluar at the same time, mat salleh tua dengan awek local tua tak cantik dalam umur nak masuk 60 berambut panjang lurus sampai ke punggung. Tapi dari segi pakaian, masih cuba untuk memakai pakaian fit untuk menampakkan body nya yang curvy berlemak itu. Then I teringat, was this the mat salleh and awek dia yang I dengan husband I terdengar gaduh-gaduh last weekend morning tu? I tak berapa dengar butiran percakapan dorang but I’m very sure I heard these line, “tree awa for andred (three hour four hundred)..wakaka.. Tak tau la apa yang dia maksudkan, mungkin sewa kereta ke, kataku bersangka baik walau hati ini keras mengatakan nilai harga “project” wakaka... I jeling-jeling la jugak both of them and perempuan tua tu pun pandang I, risau dia agaknya takut I nak sapu mat salleh pujaan dia keh keh keh.. Dorang tak naik satu lift dengan I sebab laki ke bf dia ke tiba-tiba masuk balik bilik cari something ke tah.. who cares.. Anyway, masa kat bawah kebetulan driver ada kat situ, so I bagitau Ying nie, I nak touch up kejap, 5 minutes nanti I turun balik. I naik atas balik and cepat-cepat I make up apa yang patut, tetaplah nak sapu lipstic dan ber eyeshadow kan. Tak lama kemudian Ying called kata ada orang nak naik sama, ini mesti pasangan “tree awa “itu. Turun bawah terus I ke tuk tuk, Ying keluar and wish all of us have a good time, dis satukan tapak tangan dia and tunduk-tunduk. Wah..sungguh tak biasa di layan begini but I think I’m gonna get use to it sooner.. 

On the way ke BTS Ekamai, pasangan “tree awa” mintak diturunkan ke clinic gigi then perjalanan di teruskan. Tiba-tiba I tengok ada perempuan tua berpakaian kemas dan bersih duduk di tepi kaki lima sambil memegang pistol mainan dan di tujukan ke atas atap. I hairan, I tanya tuk-tuk driver yang bernama Bong nie apa perempuan tua nie buat. Bong pun tak tau and english pun out. I tell you majority orang thai yang kita orang jumpa, semua tak tau cakap english, even yang simple sekalipun. We should be so lucky that we know how to converse in english although grammar kadang-kadang lari (refer to myself), but at least kita tau la jugak walau pak guard sekalipun kan. So far driver teksi yang pernah kita orang naik semua tak tau cakap english, like I said even the simplest one! Anyway back to my story with Bong, walau tidak memahami bahasa antara satu sama lain tapi bahasa isyarat I berjaya merungkai apa yang masing-masing ingin sampaikan. I pointed to that old lady and pointed to my head, bagi indication orang tua nie, tak betul la kan then Bong senyum angguk kepala banyak kali, ah... berjaya jugak I berkomunikasi dengan dia.

Sampai kat BTS Ekamai, I made a double check on which train/line that I should be using, kang tak pasal-pasal sampai airport link. I tak payah beli ticket BTS nie since husband I dah siap-siap beli for both of us, macam top up, swipe aje. Kat tempat menunggu train nie ada guard jaga to make sure orang tak lepas line kuning or the guard will blow the whistle immediately. Sampai je train, I terus masuk dan berdiri since tak ada seat. Sampai kat satu station seperti biasa ada yang naik and ada yang turun tiba-tiba I terasa badan I bagai ada perut yang mengesel dari belakang. Rupa-rupanya angkara mat salleh berperut gendut gumuk gedempol, tua, bertopi ala-ala australia, short safari, baju green/gray berkolar. Banyak space kosong dia boleh lalu, dia saje ehhh..... Then dia berdiri berdepan dengan I. I notice dari ekor mata, dia tengah memerhatikan I tapi I buat tak tau and I refuse to make any eye contact with him. Pakcik gendut romeo itu sedaya upaya nak mintak perhatian I, asyik-asyik bagi senyum manja penuh pengharapan wakaka.. eeeuww, tak padan dengan tua, apparently “adik” dia masih nakal lagi. Mesti dia ingat I nie perempuan local. I rasa kurang selesa dengan posisi berhadapan dengan beliau and I tak nak nampak I perasan yang beliau memerhatikan I, so walau badan I berdepan dengan dia, tapi kepala I kejap-kejap pandang kiri, kejap-kejap pandang kanan. You just imagine berapa banyak station nak sampai ke my destination tu? Dalam hati I kata tak pe tak pe.. tak lama lagi sampai la and beside I bayangkan I exercise kepala. Dalam pada itu, hati I tak tahan nak gelak because his action was so irritating but funny at the same time too...
 
 (Nasi Briani, Kari Ayam, Garlic Nan Dan Air Pandan)

(Indian Cuisine)
 
Bila sampai je kat BTS Siam, I cepat-cepat keluar and rasa sungguh lega. The reason why I chose to go to Siam Paragon and Siam Center although two weeks ago dah pegi was because the place is so huge and I have lots of time to kill. I terus pegi Siam Center for lunch since masa first time pegi situ I dah spotted one halal Indian Cuisine. Sampai depan stall nie, I terus order nasi briani, kari ayam dan garlic nan (nafsu gajah as usual) on which kalau I kat KL, I tak akan order kecuali nasi briani johor dan nasi briani insaf... nasi briani india hell no! Kat sini, what to do, tak ada choice.. Tiba-tiba I menyesal sebab order banyak but bila masuk mulut je, OMG, sedap nak mampus! Garlic nan dia ohhh..sungguh lembut dan tasty, kari ayam dia...oh... is to die for! Serious! Kari ayam tak pedas tapi pekat dan sangatttt enak! It was so different from kari ayam mamak kat KL yang cair dan tasteless itu... Ingatkan tak abis I makan but licin kesemuanya hehe... Habis la cholestrol level I....

Lepas makan, I jalan-jalan sambil mengambil gambar merata-rata.  I rasa bebas but I miss my husband so much sebab tak ada kawan dengan I untuk gaduh-gaduh manja, kutuk-kutuk atau ketawa bersama, alahai..   Then I meneruskan  misi mencari mug, nyesal tak bawak mug yang bertimbun kat rumah. Kat sini harga mahal-mahal lepas tu bukannya cantik pun, buruk-buruk je. Ada mug yang lain tapi jenis melamine, dah tu pulak gambar Hello Kitty and Doremon. Takan la, I dengan husband I yang dah tua bangka nak pakai mug macam tu, imagine, husband I tak berbaju and I dengan rambut berbungkus tuala lepas mandi guna mug tu untuk minum kopi or tea...akai (aduh), macam main pondok-pondok la pulakkan, cute cute gitu, lain la kalau budak-budak memang sesuai untuk dorang. To me a mug is not made out of a plastic. Tengah survey akhirnya I jumpa la jugak dengan mug yang paling murah RM9 duit kita, itu pun berpuluh-puluh kali I pikir nak beli ke tak nak, punyalah berkiranya... Then I cari untuk husband I tapi semua jenis cute feminine on which I know my husband wouldn’t like it. Tau je jejaka perasan hebat macho itu... sikit-sikit manly manly bermain dibibir beliau... secebis metrosexual pun tiada dalam diri beliau... My husband is such an old school and a hot one wakaka...

Then I pegi balik ke Siam Center untuk tapau some food for my husband. I pegi balik kat stall Indian Cuisine yang I pegi makan tadi, I belikan dia dua garlic nan and kari ayam. Then terus ke Siam Paragon, to the Gourmet Market to do a lil’ bit of marketing, i.e. vegetables etc.. and also belikan husband I orange juice, the guy can’t live without it. Masa I jalan-jalan kat aisle to check out the junk food etc. sekali I ternampak cocopie, all of a sudden I teringatkan Gaby and terus rasa sedih dan rindu kat pipi dia yang gebu. I miss her “becok mulut” and then I teringat kan rumah kat KL, I teringatkan food that I used to have, I teringatkan supermarket kat KL yang kepelbagaian in comparison to this supermarket yang tah apa-apa, although the supermarket is huge with lots of selection of stuff but in terms of rempah-rempah as simple as serbuk kunyit pun tak ada. It was so frustrating. Then tiba-tiba I rasa sebak di dada. Adakah ini yang di namakan homesick? I stop my trolley for a while and menarik nafas dalam-dalam dan I dapat rasakan gelombang-gelombang kecil di dada I. Sesungguhnya I teramat merindui KL that day.... I quickly snap out of it and meneruskan seisi marketing I walau sisa-sisa emosi masih berbaki di hati ini.

Lepas keluar dari supermarket on the way nak ke train, I lalu depan Boots, teruslah I berhenti. Typically perempuan, apa-apa yang berkaitan dengan unsur-unsur, Watson ke, Guardian ke, in this case Boots, UK pun Boots jugak, mesti kita nak masukkan... I tengok ada shower gel yang sangat murah dan beli dua untuk satu harga, terus I sibuk bukak tudung and bau-bau termasuklah sabun, lotion, cream, shampoo, ahh..heaven.. rasa sedih I hilang, sungguh therapeutic... Lepas grab a few, I went and checked my phone, oh..ada msg dari husband I, dia cakap pukul berapa dia akan ada kat BTS Ekamai and suruh I tunggu situ.. Lepas berbalas-balas msg, I terus naik BTS train dengan membawa barangan yang serba berat itu with three cartons of juices, fruits and all kind of stuff, makanan tapau husband I lagi, mug lagi, naik merah jari jemari I. Sampai kat BTS Ekamai I tunggu kat tepi mall. Tak lama kemudian husband I msg bagitau dia dah turun dari BTS. I tunggu-tunggu, eh..mana dia nie? Rupanya dia tunggu on the other side. I suruh dia datang kat I untuk ambik barang-barang, tak larat I nak angkat dah... Then we wait for a tuk-tuk to pick us up..

Tengah duduk-duduk tunggu tuk tuk tiba-tiba ada seekor anjing lalu depan kita orang. Husband I cakap, anjing nie selalu datang sini and akan minum air fountain kat belakang kita. I panic la sebab badan I membelakangkan anjing tu, dengan mata terbeliak, I tanya husband I, anjing tu ada datang kat I ke, dia kata tak ada la, dia minum air fountain and lepas tu dia akan blah tempat lain. My husband never fail to surprise me with his observation and sharing this simple kind of stuff/story with me. Then I ceritakan dia akan diri I yang kena gesel dan pakcik omputih yang cuba nak main mata dengan I. Terus biji mata husband I terbeliak and cakap, I did the right thing for not looking back at that old chap. Macam-macam la dia kutuk-kutuk dorang nie hehe.. nak pengsan I gelak, risau dia youuu...ahaha.. Then I took our pictures together with the Thailand flag behind us...oh and my bloody cold sore mouth..
 
Sekian catatan I kali ini.....
 

Friday, September 20, 2013

Memburu Rumah (House Hunting ler)

Sediakan kudap-kudapan, air kopi ke atau apa-apa minuman untuk membaca update yang paling panjang dalam sejarah berblog I ini. Kalau tak larat nak meneruskan pembacaan ini, anda disarankan untuk berhenti dan menyambungnya pada keesokan harinya atau pada bila-bila masa anda yang terluang...hehehe... 
 
Saturday
Saturday hari tu ada appointment with yet another house agent. This time nama house agent nie Lilyn. Masa husband I contact dia, dia kata dia dah 10 tahun jadi agent and semua tempat dia tau, semua owner dia kenal and dia make sure akan mencari yang menepati jiwa kita orang, wah! confident! Janji jumpa pukul 10.30am dekat BTS Asoke. Tak lama menunggu kat situ, muncul la Lilyn yang berkulit putih dan berwajah cina, sementelah dia memang cina thai dan asal Bangkok. Lilyn nie jugak adalah bekas ahli gymnast negara dan pernah mewakili negara dia. Dia juga ada band group tapi buat persembahan kecil-kecilan (kenapa I rasa macam nak gelak je tulis nie hehe...) Umur dia pun lebih kurang cuma beza I tua setahun. Anyway, dia pun bawak lah kita orang dari satu condo dan beberapa buah serviced apartment. Condo dan apartment yang dia bawak sangat superb, cantik, moden ahh.. memang fantastic. View pun menarik dan dekat dengan segala kemudahan around. Tapi harga, huiiii... harga bukak je, on one of the serviced apartment was RM9,000 (90,000 baht), yang lain-lain was around RM8,000 to RM7,500. Melampau la harga. I told you harga condo/apartment nie mahal nak mampus. Yang murah ada tapi buruk dan jauh dari BTS on which my husband punya main transportation to work. Lepas habis viewing the condo/apartment we parted way.
 
(Ikan Masak Cili dan Tom Yam Ayam at Yana Restaurant)

I dengan husband I terus ke Terminal 21 (shopping complex) to have our lunch. Cantik Terminal 21 nie, rasa macam kat airport je, siap ada nama-nama bandar seluruh dunia dan billboard boarding bagai. Next time I akan ambik gambar banyak-banyak since nak cepat dan I tengah kelaparan yang amat. I decided to order crepe yang isinya banana, strawberry ice cream dan whipped cream untuk alas perut. Then we went to the foodcourt on the top floor. Cari-cari kat foodcourt jumpa jugak dengan one halal stall but husband I ajak pegi MBK sebab dia nak try makan kat restaurant yang dia nampak last week. Sampai sana kita orang terus ke restaurant called Yana Restaurant. We ordered ikan goreng cili dan tom yam ayam. I don’t expect the service to be fast but I was so surprised because it was super duper fast. Baru order dan dalam masa lima minit, air, nasi putih and our ikan goreng cili dah sampai and another 2 or 3 minutes later tom yam pun sampai Cepat kan. I tengok macam a few malaysian dalam restaurant tu base on their apperance and orang-orang middle east pun ramai jugak kat situ. The food was delicious and tom yam pun sedap. Finally merasa jugak masakan yang berasal dari thai ini. 

Lepas makan we decided to walk around. I tengok ramainya orang datang kat situ siap bawak beg macam nak pegi naik kapal terbang.. nie kes borong besar-besaran nih. Husband I ajak cari beg kerja and I was looking for one simple purse yang ada zip bukan purse yang macam selalu I beli yang ada pocket to slip the card tu. The reason was because, I don’t want to carry any cards since bukan boleh pakai pun kat sini, in fact IC and driving licence pun I tak bawak. That is why I just need a simple beg zip yang macam budak-budak tu. Tengah jalan-jalan tiba-tiba perut I meragam semacam..sudah! nie mesti makanan bercampur-campur, dengan crepe nya la and ofcourse tom yam. I nie lama dah tak makan tom yam even masa kat KL because I was afraid of this kind of thing would happened and it did.

Terus la I tak lalu nak survey barang namun begitu sempat jugak beli purse zip nih. Nak beli lauk for next week pun dah tak jadi. I ajak husband I duduk kejap and husband I pegi pharmacy untuk cari ubat. Sesambil tu sempat la I mengentut ke kiri dan ke kanan.. Nasib la sesiapa yang menyedutnya, baunya tidak, tapi puas la merasa penangan puss puss secara senyap dari I. Ini jela yang termampu I “sedekahkan” kepada environment wakaka... Tak lama kemudian husband I datang and suruh makan ubat angin yang dia beli itu. Mula-mula tu I macam tak nak makan ubat tapi bosan dengar dia memujuk. Lepas makan ubat je dalam masa lima minit terus sebu-sebu/gastric I hilang. Bila I cakap, perut I dah lega, wah... I dapat lihat dada dia ternaik penuh bangga sambil berkata “nasib baik I beli ubat and suruh you makan”, alahai...statement.... sambil tu kening sebelah dia ternaik dan ada unsur-unsur senyum penuh riak! Nyampahnya I.. Husband I kan cukup berlagak if he knows that he’s right. I cakap, yea yea dengan penuh sarcastic nya.... Then husband I tambah lagi, cuba kalau tak makan ubat, mesti masih sakit lagi...(macam la cakap dengan budak hingusan) I cakap dalam hati, yela kalau I tak makan ubat mesti I dah mati! tapi depan dia I ketapkan aje mulut... malas I nak argue sebab mood sakit perut masih menghantui diri ini...  

Kisah Hari Rabu – masih dalam episode memburu rumah (drama la konon)
Dua hari lepas, husband I ambik cuti sebab house agent ajak tengok rumah yang lain. We have to do it quickly because hujung bulan is just around the corner. Tapikan tempat yang kita orang tinggal buat sementara nie kan boleh dengar orang azan and on the way nak masuk kedalam nie, we saw one huge masjid tepi jalan. And once in a while we saw perempuan-perempuan kat sini pakai tudung. I think nie kawasan orang islam. I cakap kat husband I, pandai tak I cari kawasan, al maklum ahli syurga mesti cari pun kebetulan kena tempat yang ada unsur-unsur islamic, tak abis-abis puji diri sendiri, pengsan! Husband I cakap, biasalah orang kuat iman, sambil mengeleng kepala tanda amaze.. wakaka.. nyampah I. Anyway, around 10.30am, kita orang keluar and terus ke Siam Center to have our early lunch. Tempat yang nak jumpa dengan house agent nie is just one BTS stop aje. Lepas makan, kita orang jalan-jalan kejap just to kill the time.

Tunggu punya tunggu house agent nie tak sampai-sampai. Bila husband I check phone dia, dia ternampak ada message yang Lilyn nie kata dia lambat datang sebab appointment dia dengan customer tu tak beres lagi. Fed up nya I, I kan tak suka menunggu, siapa suka kan? Sementara tunggu dia nak sampai, husband I ajak lepak kat Starbuck and beside mata I dah ngantuk...can you believe it..ini mesti angkara makanan india tadi nih. Husband I ordered one coffee for him since I nie bukan peminat coffee tapi peminat tea yang tegar. Husband I cakap masa dia nak order coffee, pekerja kat situ punya la courtesy, siap tanya how are you sir dengan penuh excited...wow! kan? Bila I tengok rupa coffee yang husband I bawak, wah... ada whipped cream, I nie kan suka yang ada cream ala-ala dessert nih walaupun lactose intolerance. Husband I kata dia sebenarnya belikan I sebab dia prefer nescafe or maxwell coffee..alahai.. nampak sangat la warga emas... I kata I mana minum tapi mata tak lepas-lepas nak telan cream itu. Sekali I rasa, OMG! Sedap nak mampus... sebab kat atas cream tu, ada serpihan salted caramel.. Tak pernah I rasa coffee sesedap macam nie seumur hidup I sebab yang I rasa anak-anak buah I punya was yang ice blended. Terus cawan coffee tu melekat kat mulut I and I minum sikit-sikit untuk menikmati keenakkannya. Kalau la I tau macam nie punya sedap, dari dulu lagi I dah order. Sempat lagi I suruh husband I ambik gambar I minum coffee...sejarah you...hehe..

Orang katakan lepas minum coffee mesti mata terbukak but not in my case, in fact bertambah mengantuk lagi. Tersengguk-sengguk I tunggu si Lilyn nih. Dekat pukul 2.30pm baru Lilyn muncul, dia kata sorry banyak kali sambil tunduk-tunduk sembah...ah, it’s still weird to me and I still have to get use to this kinda gestures...Dia kata tak pernah dia lambat macam nie sepanjang-panjang sepuluh tahun dia jadi house agent nie (ye ker makcik?). Dia kata lepas tunjuk rumah kat pasangan dari Germany nie, tayar kereta dorang tiba-tiba meletup and tengok map, so dia tak sampai hati nak tinggalkan orang macam tu je and dia tolong panggilkan taxi etc., furthermore like us dorang nie baru tiga minggu datang Bangkok. I dengan husband I kata tak apa..pasrah. Anyway, dia bawak kita orang kat the most expensive place in Bangkok, Langsuan Road. Dipermulaan BTS nie ada a few pondok peniaga kecik but towards ke dalam memang kawasan persekitaran nie nampak high class, kiri-kanan hotel dan condo or servied apartment yang indah-indah. On the way nak ke condo yang kita orang nak tengok, we saw one beautiful serviced apartment and Lilyn ajak check although tak ada buat appointment. Kita orang pun naik atas and check the room, cantik tapi sangat kecik, bahagian dapur besar bilik toilet awam, yea yang 3 kaki tu...

Lepas check tempat tu kita orang terus ke condo yang Lilyn dah buat appointment.. masuk je kat lobby, OMG! Cantiknya...rasa macam masuk istana dengan silingnya yang sangat tinggi serta hiasan yang sungguh class! Tergamam I dengan husband I kejap. Sementara tunggu Lilyn ambik kunci kat counter, I dengan husband I ahh...uhh... kiri kanan haha.. Nak masuk ke tempat lift area, kena pakai card, nak naik ke level kena pakai card lagi...security kat tempat nie memang superb! Sampai kat level kita orang pun masuk la kat one of the unit...oh wow! Dapur dia lawa walau kecik je, terus la I berangan masak memasak kat sini... Tempat nie baru and barangan masih belum digunakan lagi, tapi keluasannya dalam 94sqm. But semua bilik-bilik termasuk bilik mandi, cantik-cantik belaka. Then we went to another unit and layout sama je cuma owner je lain. Then we went to yet another unit, yang nie layout dia lain sebab bahagian corner tapi still cantik but I dont like the kitchen sebab kat tengah-tengah ruang tamu dan kecik je but I still suka.

Then we went to check the facilities, oh my oh my..... giler punya fantastic! Peralatan gym is state of the art! I can see myself exercise kat sini dengan penuh bergaya, damn I should have take all the pictures tapi masa tu tak ingat sebab tergamam. Then we check the swimming pool, ohhh... then we check the sauna, jacuzzi..double oh oh...Then we check out the study/meeting room...ohhhh... I can see myself reading my book facing the pool with the cooling of the aircond from inside. I terus cakap kat husband I, I want to stay here... I like the surrounding yang sungguh class itu... Husband I kata kita belum tengok another condo, I kata cantik sebab I dah tengok kat google. Lepas habis check tempat nie, Lilyn ajak ke satu lagi condo yang I terjumpa kat internet itu but it was quite far from here but very near to my husband’s office, cuma dua BTS je. The condo that we’re about to check is, I yang cari and google two nights ago and I suggested that we check this place out. Tau tak, sampai rasa macam nak muntah and pening-pening I googled around for condo/apartment kat seluruh Bangkok nih. Rasanya I dah expert dalam condo/apartment kat bangkok nie, in terms of location, layout, price wise etc. Expert la konon. Anyway, to go to the place yang I suggested nie (wah..bukan main lagi nak emphasise), kita orang naik BTS je sebab sekarang nie tengah jam lagipun naik BTS kejap je dah sampai.

Sampai je dari BTS Asoke nie, oh dear.. kawasan kat luar, havoc/kelam kabut with all kind of hustle and bustle, maklumlah jauh daripada bandar. Tak lama kemudian sampai la van yang telah di hantar oleh management kat condo tempat kita orang nak check nie and it was a Mercedes Benz jenis van, ehem! Bila husband I nak tutup pintu jenis slide, driver tu kata tak payah sebab automatic...sakai la kan..mana pernah naik kenderaan hebat-hebat. Sedapnya naik van nih, husband I kata nie kalau bawak jalan jauh best nie, I kata a’hah la, boleh bawak pegi Perlis, husband I tanya buat apa nak pegi Perlis? I kata perumpamaan, sebab Perlis kan paling jauh dari KL, kata bawak jauh-jauh best ekeke... senyum husband I... Driver tu ingat kita orang nie orang Philipine, memandangkan orang Philipine nie kan banyak kerja merata-rata tempat seluruh dunia, tapi Lilyn cepat-cepat cakap dari Malaysia. Driver nie tak tau cakap english, dia cakap thai tapi friendly, maunya tak friendly bawak van hebat lagi comfy hehe...

Masa nak menuju kat kawasan nie, I tengok kiri kanan, teruknya macam kat kawasan ghetto je. Mood excited sudah hilang and I ngomel kecik kat husband I, I kata,”you tengok la jalan sempit-sempit, I don’t like la this place”. Husband I kata, it’s ok, kita tengok je dalam condo macam mana, tak semestinya kita ndak. Sampai je situ, mat salleh french datang memperkenalkan diri sebagai pengurus condo (lupa nama dia) kat sini, al maklum building pun dibina oleh french enterpreneur. Dia, Lilyn and both of us pun naik atas check condo. Masuk je first unit....oh my God... I know I banyak oh this oh that on this entry, but I don’t know how else to express how I felt that day.. heh!. But wow... tak pernah rasanya I impressed this much in my life... Furnitures/fixtures etc and the layout was simple tapi rasa sungguh homely and the price... huii... but still pada I worth it because of how the big/spacious the condo was - 127sqm. Kalau kat town 70sqm and above pun dah same price might as well take this one kan, dekat dengan office husband I, only two BTS station to his office. Although tempat nie havoc tapi at least tak ada la secluded macam yang kita orang tinggal sekarang nie. Tempat sekarang nie dah la secluded, private home yang sempit-sempit and dekat kilang jeans pulak. And also tempat sekarang nie, it took my husband’s 14, yes fourteen BTS station to reach his office, jauhkan?

Then we went to another unit on different level/floor. Ohhh.... (I know, I know), yang nie memang superb! Classy! Decoration wise OMG! I might just as well die and go to heaven! I was so speechless. Masa I googled aritu, memang I dah tergamam but to see it for yourself... WOW WOW! Layout kat unit nie, fantastic giler! Ada walking closet...ahh.. ada bilik belajar yang crazy! I can see myself lounging around the sofa while reading a book sambil memintal rambut keringku ini dan berangan superstar..aww....Harga lagi murah dari yang before.. But...the kitchen is smaller, tidak memanjang like the one that we saw earlier on. Itu je yang buat I turn off... Well.. (sambil meniup kuku), I nie kan chef di hati husband I, mesti lah I nak yang memudahkan tugasan I di dapur, sambil berangan Nigella ke Gordon Ramsey si pembengis itu wakaka...hey! donkey!

Then we went to check out the facilities. Oh dear...buruknya facilities, tak sepadan dengan unit-unit yang kita orang tengok tadi. Swimming pool dia macam swimming pool awam yang outdated itu. Gelap and indoor...ish! I cukup tak suka indoor swimming pool. Rasa macam berada di era 80’an. Don’t get me started with the gym, Ya Tuhan...baiklah tak payah ada gym, dah la kecik, peralatannya pulak...alahai.. sikit dan nonsense je! I tengok dumbell macam ada karat-karat aje. Hilang mood nak work out kat situ... spoiled! I can’t remember whether ada sauna ke tak... Oh yeah..ruang membaca/rehat yang tempat dan kerusinya macam tempat orang tunggu bas adalah bercampur dengan gym, swimming pool, tempat practice golf yang macam &%$#$% dan sebesar bilik persalinan kat shopping complex dan tempat surf internet “kalau you tak perasan memang you tak nampak itu”. Kesudahannya macam rojak je since everything is jammed up into one and without any partition except for tempat practice golf shial itu. I was so disapointed to say the least. Husband I cakap, it’s ok, kita takan nak exercise or swimming. I cakap, “eh, macam mana I nak build up my bicep sambil mengangkat muscle I yang umpama chicken wing ini...

After that kita orang terus balik and masa dalam train I berborak dengan Lilyn nie, macam-macam yang kita orang ceritakan... I think I cerita next time la sebab entry nie dah terlampau panjang... Anyway, sepanjang-panjang nak balik and malam semalam, kita orang discuss the pros and cons, which unit, nak yang homely type ke or designer type. My husband let me decide and he will agree with whichever I want, tak kira yang kat Langsuan Road ke (jauh sikit dari office) or condo yang dekat office dia. Dia kata yang penting, asal bidadari dia (achoo..) happy dan suka.. Well, after all I’m the one whose going to live there 24/7!

Sekian catatan dari kakak kesayangan korang yang satu ini muehehe...
 

Thursday, September 12, 2013

Weekend's Update

 Saturday, 7th September, 2013 - House Hunting

Around 9am, we went out and as usual the hotel’s tuk-tuk sent us to the nearest BTS called Ekamai. From there we stop at two more BTS, where we were supposed to meet the house agent name Jane. While waiting for her, kita orang turun ke bawah sekejap and check out Tesco Lotus yang sebesar 7-11. Tak sangka Tesco pun ada branch style macam nie. Kat sini kalau cakap Tesco orang tak tau tapi kalau sebut Tesco Lotus baru dorang tau. Di kiri kanan macam-macam orang jual, terutama makanan dan orang mintak sedekah sambil meniup seruling pun ada. Masa I lalu and nak naik kat BTS balik, I tengok eh, nampak macam sedap je, orang tua nie tengah panggang yang macam kuih pulut panggang tapi bungkusan dia gemuk. Husband I cakap, eh, kita tak tau apa dia letak kat dalam. I kata ituler, tak ada nya letak serunding udang ke apa, tiba-tiba dalam hati teringin nak makan pulut panggang huhu... Dah mula, dah nak start mengidam makanan kat KL...jeng-jeng-jeng....

Tak lama kemudian, dari jauh ada la seorang perempuan muda berkulit hitam manis, datang ke arah kita orang, Jane rupanya, our house agent. I ingat Jane nie perempuan thai yang berkulit putih dan berwajah cina. Jane sungguh peramah dan lemah lembut bila berkata. I yang perempuan pun dah “jatuh hati” akan kesopanannya apa lagi orang lelakikan. Dalam hati I, no wonder la omputih kat sini tergila-gilakan kat bangsa nie. Walaupun english Jane tidak la perfect tapi mudah di fahami. Sebelum tu husband I dah contact dan beremail dengan dia and bagitau what kind of a condo style/furniture that we want. Jane pun ajak la kita orang check dari satu condo ke satu condo. Oh dear, harga condo kat sini tersangat lah mahal. Condo sebesar store atau dalam 70sqm adalah dalam 65,000 Baht atau RM6,500.00. Itu tak termasuk, api, air, internet dan cable tv. Walaupun fully furnish dan decoration nya cantik tapi still tak berbaloi pada pandangan both of us.

Anyway, half way through, I pulak kelaparan and decided to have some lunch kat one of the foodcourt. The menu was as the same as before, yang makan kat Siam Paragon, Food Republic. Kalau boleh I tak nak makan food nie lagi but tak ada choice and the only one yang halal. Kita orang nak bayarkan Jane lunch tapi dia tak nak. Sementara tunggu husband I ambik food, I pun mula la interogate dia tentang love life dia kan (biasah “ambik berat”..kah kah), sebelum tu masa kat teksi dia kata pakwe dia muslim bangsa south africa, husband I dengar bangsa niger, tah tak tau mana yang betul, so masa kat foodcourt tu dia story pasal dia dengan pakwe yang dikenalinya selama setahun itu macam dah tak ngam with each other, oh btw Jane nie beragama kristian but it’s a bit funny living in a majority orangnya beragama buddha nie? Tapi takde la pelikkan.. So, pakwe dia sekarang nie tinggal kat China demi tugas tapi Jane kata macam nak putus je tak lama lagi. Lepas makan, kita orang sambung balik akan pencarian condo atau apartment yang bakal dihuni nanti. Oh, I tell you, omputih kiri kanan asyik pandang je Jane masa dia jalan dengan kita orang.. Husband I pun cakap macam tu jugak. Anyway, the first three condo was nice but the rest macam hampeh and separuh tu macam penginapan “you know what”, gelap ala-ala kelab malam, serasa bagai tinggal di zaman 70’an, sungguh ancient tapi mahal nak mampus. Kawasan di kiri kanan pun alahai, lebih kurang macam yang kita orang tinggal sekarang nie. Banyak la jugak yang kita orang check, adalah dalam 7, 8 tempat. Then Jane nak ajak lagi pegi kat another area but I told her, kalau condo or apartment yang dia nak tunjukkan tu macam yang the few last place kita pegi, I kata tak payah je lah, buat buang masa je. Almaklum, tenaga dah berkurangan sekarang nie, lagipun I nie kan minah cepat bosan, mula-mula je excited nak tengok condo-condo nie furthermore, it was not worth it with the price, alahai...

Then dia kata, esok dia ajak kita orang pegi lagi check tapi disebelah petang since pagi dia nak ke gereja. Alim la pulakkan. I cakap kat husband I, bakal ahli sorga hehe... After that, we parted way and kita orang pegi ke supermarket untuk membeli lauk pauk yela takan nak berkelah kan wakaka... After much discussion with my husband that night, we decided not to look further and choose the one that she showed us. Furthermore, esok I dah plan nak pegi elsewhere...

Sunday 8th, September, 2013 - MBK

Today, we decided to to go MBK, bangunan 8 tingkat berhawa dingin yang menempatkan berbagai-bagai barangan such as pakaian, cendrahati, barangan dapur, electronic etc. I nak tengok baju-baju je. Sampai situ I dah kelaparan macam biasa, pagi tak breakfast. Naik kat bahagian foodcourt, the first place that we saw ada tulis halal, teruslah order makanan kat situ. Kita orang sampai pukul 11am lebih so maybe sebab awal, lamanya food nak siap. Orang tu cakap, air boleh dapat free as long as you tunjuk passport. Kat sini sementara tunggu card visa kena bawak passport merata-rata. Anyway, nasib baik mood I steady aje walaupun mulut ini tak habis-habis mengomel menunggu food yang tak siap-siap. Sementara tunggu food, husband I survey makanan-makanan yang di jual kat foodcourt tu and he found more halal food. Kalau tau, I tak order kat tempat yang slow nih. Husband I suruh order tempat halal yang lain, I kata tak pe la, dah order, next time je. But it was worth the wait sebab food dia sedap tapi sangat mahal. In fact foodcourt kat Bangkok nie mahal-mahal walaupun makanan yang di pesan simple je. Dua orang makan dah dekat seratus duit kita. 
 


(I order rice with chili prawn, yummy)

(Husband I order this, lupa name, tapi kuah kari ayam)
 
Lepas makan, kita orang pun jalan-jalan dan survey harga. And guess what, since we’ve been looking for a cheap mug sampai ke sudah tak jumpa yang murah. Yang ada di jual, dah la buruk and harga OMG, RM25 and above padahal kalau kat KL, singgit dua inggit je. Melampau. Kalau tau, siang-siang dah bawak dari KL. Takpe next month nanti kita orang balik sebab nak angkut barang dengan cargo, tapi tak banyak la yang I nak bawak, Cuma baju-baju sikit, pinggan mangkuk , blender etc..barangan dapur je and ofcourse makanan kering such as mee maggi, sudah pasti, rempah-ratus etc.

Dalam kes tawar menawar, orang thai nie tersangat la berhemah dah lemah lembut. I dengan husband I yang nak bertawar pun jadi cair and kesian kat dorang. Pandai dorang “pakai” physcology kan. Kalau kita tawar and tak nak beli pun dorang tak marah and masih lagi memberi senyuman yang manis, tak tau la dalam hati dorang menyumpah-nyumpah ke kan but nevertheless, it was a new experience for us. As for baju-baju dorang, tak ada la murah or cantik mana, lebih kurang dengan kita je..dalam RM10,15, 20 macam tu. Pilihan pun tak de la banyak pun, ini pandangan I la kan. Beg-beg fake or baju-baju jenama fake dorang, I rasa kat kenanga lagi banyak choice but I don’t know how much sebab I tak ada interest kat benda-benda macam tu. I lebih suka beli jenis baju, seluar style dan corak-corak tradisional negara dorang, I kan kadang-kadang ada mood hippies. Ada la I beli a few corak gambar gajah, seluar kembang-kembang etc. Rasa macam menyesal tak beli banyak-banyak but since kita orang akan berada kat sini lama, we can always come back anytime dan bukannya jauh pun.

Then we decided to go to the ground floor. I tengok kat situ ramainya manusia tengah check-check pakaian, I pun join in. Wah, kat sini baru la baju dia murah-murah. Dress dia yang panjang labuh cuma around RM20 to 30 aje. Kalau kat KL mana boleh dapat harga nie kan. I grab a few and don’t ask me when am I gonna wear it tapi rambang mata, mana la tau, tiba-tiba angin feminin datang kannn... I kan minah jeans and shirt/t-shirt kind of women. Lepas habis shopping kita orang berjalan-jalan kat luar but I cakap kat husband I, I nak balik sebab dah penat. Next time kita pegi on the other side.

On the way back we stopped at one of the supermarket sebab I nak beli bahan-bahan untuk buat mee hoon goreng for dinner. Sekali I terjumpa mee kuning versi thai yang halal, I sungguh suka. I beli satu and give it a try. Balik rumah I masak, wah..not bad. Next time I akan ambik gambar and tunjuk kat you all.
 
Note to Zue ;  Sis ada check your name kat FB like the one you gave me and I found a few with the same names.  I wanted to add tapi takut salah orang and  I don't know which one is you so I left a message to two names with their pictures but both tak reply.  Mungkin salah orang kot.  Ada lagi dua nama yang sama tapi tak ada gambar dorang so I did not leave any message on those two.

 Sekian, catatan I kali ini...


Wednesday, September 4, 2013

Update

We really love the place that we’re staying right now but the problem is, it was too far from the main road where my husband needs to commute everyday to work. Like I said in my earlier entry, this place is secluded but yet it was so peaceful, you can’t hardly hear anybody around although there is a construction going on next to our place. If it was near the main road or BTS, we would have stayed here for a year and in fact we planned to upgrade our suite to a two bedrooms so that anybody who visited us would have a place to stay. But it was hard for him and most tuk-tuk or taxi wouldn’t even know this place exist! We were supposed to stay here for a month before looking for a permanent place but my husband plan to move out soon. Entahlah, I hope we will find a place which would be as nice or better than this place and where my husband can go to work easily. 
 
 (Roti pun ada tanda halal, sedap dan sangat lembut)

On the first day lagi dah ada problem, my husband tunggu tuk-tuk yang nak hantar die ke BTS, tapi tak ada sorang pun kat lobby, dia naik balik and call receptionist but we couldn’t get through. Husband I panic sebab it was his first day and ada induction, tak mau la bagi bad impression on the first day of working kan. Nasib baik ada tuk-tuk dapat hantar. And then the next day masa nak pegi kerja, tuk-tuk hotel nie rosak, dia and orang sekeliling yang kebetulan lalu kat situ tolong tolakan hahaha...., nak pengsan I gelak bila dia cerita. Then today, tuk-tuk tak ada and dia kena bejalan for 5 minutes until jumpa teksi... kesian la dia, I rasa guilty sebab I choose this place. Kat internet bukan main lagi cakap, tempat nie is so convenience , dekat dengan ini itu and kawasan nampak sungguh grand, padahal.... Haritu masa tunggu husband I balik, husband I called and bagitau, taxi yang dia tahan, semua tak tau tempat nie, kebetulan receptionist nie datang kat suite I and bagi instruction kat teksi driver yang bawak husband I on how to go to this place. Banyak kali they called each other. Sambil tunggu husband I balik, dia pun start la menceritakan sejarah percintaan dia yang penuh trajis dan complicated itu. I think I nie ada aura psychiatrist kot hehe.. Kalau la dia tau betapa big mouth nya I yang tak sabar-sabar nak buat modal untuk my entry muehehe... Dia cerita pakwe-pakwe mat salleh dia, ada yang dah tua bangka, ada yang muda belia, ada yang asyik gaduh-gaduh dengan dia. Semua percintaan dia kecundang, it was either dia ndak kat orang tu, orang tu tak nak kat dia lagi or orang tu ndak kat dia and dia tak nak lagi kat orang tu. Dia cerita 6 bulan sebelum dia nak kahwin dengan mat salleh US nie, mat salleh tu dah buat perempuan russian pregnant. Kesian jugak I dengar. Dia cerita kisah dia broken hearted, apa dia buat mana dia pegi. Then dia cakap, lelaki tua bangka yang dari Austria tu kejap-kejap called dia lepas dia balik dari Austria. I kata kat dia lelaki tua bangka yang couple dengan you dulu tu kerja apa? Dia kata kerja biasa je. I kata kalau you nak ber boyfriend dengan lelaki tua, make sure lelaki tu banyak duit, buat apa you nak kan orang biasa-biasa dah la tua, sebaya datuk you. Wah..pandainya bagi nasihat pisau cukur. But I bet she knows better in this “game”. I was just making an “innocent” conversation macam I tak tau yang dia tak tau apa-apa la kan... padahal.. hehe..


(Thanks God, halal food is easy to find here, ingatkan susah nak cari)
 
Then dia kata kalau dia dah cinta dia tak peduli duit-duit nie... ye ke dik? Then I kata, cari la yang muda tapi banyak duit, dia kata fuck shit hehehehe... dia kata laki muda tak guna sebab asyik nak gaduh je. Dia cerita mungkin dia orang jahat in another life dulu. Sebab tu nasib dia pun tak bagus. Penganut buddhist kan percaya pasal reincarnation nie kan. Banyak la lagi kisah dia, malas I nak cerita, tapi dia rajin and sambung belajar kat universiti lagi and also buat kursus beautician. Minah nie kan kalau nampak kelibat I, ada je dia nak tangkap I ajak borak, aku dah la kera sumbang. Tadi dia ajak pegi gym sama-sama masa I nak ambik some document dari dia, I kata malas, esok kot sebab semalam I dah pegi. Tak kuasa la I nak dengar jet-set life dia and furthermore kalau I tengah exercise, I prefer to tengok cerita kat my note kecuali kalau orang tu kawan rapat or adik beradik I barulah I berborak sampai I muntah. Oh yeah, minah nie ingat I orang thai masa mula-mula dia tengok I sebab tu dia kata dia wish I dalam bahasa thai. I kata bila I pegi negara China pun orang ingat I orang dari sana and even kat Malaysia pun orang ingat I cina. Tapi I still kata rupa I bukan orang dari far east asia but south east asia and definitely not middle east la kan...

Anyway, I still haven’t grasp with the thought of being an expat wife. Selalunya orang associate expat nie with mat salleh and some of them thought we asian are not as good or as professional as them but now everything has change. We are good and infact some of us are better than them respectively. So routine harian I sama je macam kat KL except for tinggal kat negara orang lain aje. And I never thought that we would have to move and work in another country. I thought forever and ever kerja and tinggal kat KL sampai pencen. But it is quite an experience although we were here less than a week. Husband I cerita, kat tempat kerja, orang dia baik-baik, vice president bila siap lambai tangan lagi kat husband I. Dia kata masa meeting orang dia cakap perlahan, lemah lembut and english dorang tak berapa bagus sampai mengantuk husband I. Husband i cakap orang-orang yang kerja kat situ kebanyakkannya muda-muda je so I guess they need my husband and other expat’s expertise to teach their people.

So apa I buat bila husband I kerja? Like I said routine sama je, but I buat bekal untuk husband I for lunch dua hari berturut-turut, tapi dua hari tu jugak dia tak sempat makan sebab kena attend banyak meeting. Anyway, beside that, I tengok cerita yang I download. Around 9am orang housekeeping datang, to clean the place, tukar towel etc.. macam kat hotel. So my place nie sentiasa clean and shinning, kalau kat KL, berminggu baru lap abuk. They even want to wash our clothes but I kata tak payah, I boleh basuh sendiri, takan la nak suruh dorang pegang our undies, beside, campak je kat washing machine and then lepas tu kat dryer bukan susah pun. So lepas dorang balik baru la I start masak. Petang semalam I pegi gym, which was my first time. I nie kan malas nak exercise, kalau ada dalam seminggu tu, memang miracle la. Other than that, I prefer to memerap kat rumah tapi rasa macam rugi je tinggal kat negara orang tapi tak berjalan-jalan. I tau husband I tak akan bagi tapi I try my luck yesterday by asking him boleh ke I jalan sorang-sorang, dia kata jangan bahaya, negara orang, kalau nak jalan-jalan dengan dia aje. Alahai kat KL pun dia tak kasi apalagi kat sini.  
 
Sekian catatan I kali ini....


Ke Siam Paragon

 1st September, 2013
 
Today around 11am we went out to their no. 1 (katanya) shopping mall called Siam Paragon. It was suggested by the receptionist, yes the same lady. Macam-macam tempat dia recommend to us but since we’re going to be here for quite sometime, we told her that we will go to the sight seeing places, shopping for household, decor etc. in the future. Tau je la kita orang Malaysia nie, the first place that we want to go is places like KLCC, Pavilion etc.. To go to the BTS (Bangkok Mass Transport System) station from our place, we have to use the hotel’s tuk tuk. Tuk-tuk nie lebih kurang macam go kart yang bawak luggage kat hotel cuma depan tempat driver macam motorsikal, tempat duduk pun satu untuk driver aje.

Sampai kat one of the BTS nearer to our place nie, kita orang pegi dekat counter ticket sebab nak tukar duit ke duit siling untuk beli ticket. Sibuk la tengok map and luckily BTS nie lebih kurang macam LRT, it’s written both in thai and english. So memang tak ada problem. Husband I je la yang panic bila duit lambat keluar dari mesin and risau takut salah station nak pegi, I kata relax la, leave it to me, wah, confident bukan main lagi I. To be honest with you, I was never worried kalau jalan-jalan ke negara orang because we can always ask the people around us and yang penting jangan panic. I always believe we will always find a way, it is just a matter of time or some adjustment, yang penting kena confident. I kata kat dia “ jangan jadi negative, think positive, macam mana kita nak masuk Amazing Race (giler perasan) kalau things as simple as this pun you dah worried....” Amazing Race la konon aritu Masterchef AU...melampau la perbandingan I nie... hahaha... I tambah lagi, “for as long as you’re with me, everything will be allright”...cewahhh.... *sambil mengangkat kening dengan bulu kening yang berselerak. Then husband I jeling ke atas...


Sampai kat Siam Paragon, wah... besarnya tempat nie. Oh yeah.. masa nak masuk dalam, all of the visitors/shoppers kena lalu screen detector macam kat airport. This is new to us, shopping centre kat negara kita mana ada kan. Anyway, tempat nie jual branded item. I tak masuk lagi untuk check the price, not now because the main idea like I said, I nak survey benda lain. Beside tak ada branded item I nak beli dah... yang ada kat rumah tu tak pakai-pakai (wah...kakak dah mature, ahak!). But kalau I pegi Lundun ke Puris in the future, tendecy nak beli tu mungkin ada kot..hehe..maybe la kannn.. So anyway, we decided to cari tempat makan. Turun naik turun naik jalan-jalan kat foodcourt cari tempat yang halal. Almost semua or 99% food yang dijual kat foodcourt nie mesti ada pork. Orang Bangkok/Thai nie suka makan babi rupanya. Ingatkan seafood je. Lastly, jumpa jugak akhirnya foodstall yang jual makanan halal. Kecik je tempat nie and the food, alahai.. kalau kat KL takde nye I nak order makanan nie, rupa sendu je but memandangkan tak ada choice and lapar yang amat, I main order je, itupun I ikut apa minah sebelah I order. Kita orang ada bawak telur rebus dua biji tapi nak la jugak makan makanan yang proper kan. Masa nak order husband I ingat boleh bayar kat food stall tu, rupa-rupanya kena beli card and tolak dari situ. Itupun ada mamat kat belakang bagitau. Husband I cakap, dia cakap melayu dengan husband I, I think sebab dia dengar I cakap, I cari tempat duduk sementara tunggu husband I bayar and ambik food. Mamat nie pun beli kat sini jugak. I tell you, foodcourt dia sangat besar dan luas, orang pun sangat ramai, susah nak cari seat.

Bila husband I hantar food kat meja, I peratikan pinggan, fork spoon semua sama je dengan orang sebelah menyebelah. Then bila nak makan, I cakap kat husband I, have you notice that, although we eat halal food but we share the same pinggan/fork/spoon nie. So you get what I mean? Husband I cakap, pingggan mangkuk nie semua dorang dah cuci bersih, I tanya, what about samak and all? Dia cakap, God knows our intention. I agree and yang penting tak makan oink-oink and ayam sembelih according to Islamic rules. Yela, kita tinggal kat perantauan nie bukan semua negara cater to all of our needs and life doesn’t revolve around us alone. 

(Dessert dorang lebih kurang macam kita, in fact I ordered ice kacang and husband I cendol singapore, next time la I order yang lain)

Anyway, lepas makan we went to do more survey and went to Siam Center which was next to Siam Paragon nie. We saw another halal food, I think it was an Indian food or middle eastern, tak ingat and we told ourselves that we will go to this foodcourt the next time we come here. We went further and my husband bought a universal adaptor, the want that we brought from KL doesn’t fit well to the socket in our place. After that we decided to have some dessert. Kita orang tengok ramainya budak-budak remaja/budak sekolah tengah buat homework/belajar kat situ. Wah..impress la tengok dorang nie. Tengah having our dessert tiba-tiba we heard something breaking and semua orang tengok ke arah bunyi itu. Cook siap keluar nak check, I paksa husband I pegi tengok and I suruh bawak camera lagi hehe... Bila husband I balik semula ingat ada orang terjun ke apa ke, tapi kaca kat tepi escalator tiba-tiba pecah bederai. Oh yeah.. anyway we go, we saw lots of thai’s people nie membeli belah. I believe dorang nie orang thai base on rupa dorang and cara dorang becakap. Orang thai nie kaya-kaya la. So far semua orang thai yang I jumpa were very polite, kalau dia terlanggar kita masa bejalan, cepat-cepat dorang mintak maaf, tak kira muda ke tua. Not only that, they are very helpful. Muka sentiasa senyum and tunduk-tunduk lagi. Tak pernah I pegi tempat yang semua orang dia baik-baik macam kat Bangkok nie, tak tau la lepas nie I akan jumpa dengan yang rude. Like I said so far so good, the people are warm and friendly.

Then we decided to go back to Siam Paragon to buy groceries at Gourmet Market Hall that was so big and huge on the ground floor. Tercengang I tengok and orang yang shopping kat situ pun ramai jugak. We were so glad that we found lots of halal food around the place. Mula-mula I ingat cuma things like kicap, chili sauce, makanan tin etc je yang halal rupa-rupanya ayam halal pun ada. Itupun husband I yang nampak. So if you come or live in Bangkok, nak cari barangan untuk di masak yang halal, it is not an issue.  Lepas habis shopping, kita orang pikir, takan nak naik BTS sebab barangan terlampau banyak. Masa nak keluar dari shopping centre tu, it was said dekat sign yang trolley tak boleh bawak keluar but guard kat situ was so kind, dia suruh bawak sampai ke jalan, baik kan? Not only that masa I suruh husband I tunggu kat dalam masa I nak cari teksi, another guard datang kat husband I and inform him where to get the teksi etc. Oh yeah..masa kita orang salah level nak pegi keluar another guy, tukang sapu kat situ, bagitau mana lift nak naik, siap tunjukkan, bagitau level berapa and dia tunggu sampai kita orang masuk lift... baik kan? Susah jugak nak naik teksi around that time sebab semua penuh. Then we decided to use tuk-tuk again. It was quite an experience because masa pegi naik tuk-tuk sekejap je tapi masa balik nie, our place kan jauh so, macam-macam kita orang tengok/nampak and tuk-tuk nie giler punya bawak tapi sangat cool. Tahan je la dengan bau asap bas and kereta kiri kanan serta rambutku walau sudah diikat tapi masih berserabai, havoc but I enjoyed the experience very much.

Sekian catatan I kali ini...

Monday, September 2, 2013

Merdeka/Wedding Anniversary/Move To Bangkok

 
Hellooooo....

I was so busy these past weeks with lots of things to do and I hope it is not too late for me to wish Selamat Hari Merdeka to Malaysia. How do I feel about my country? Well, I’m less patriotic than before, it is not that I don’t love my country, I do and I still support the present government, it is just that, I’m not happy with what’s going on right now with how these “people” manage my country. We want someone like Tun’s back. Please make me proud and give me back my pride like I used to have about my country before. Dahlah..malas I nak cakap lagi.

Anyway, beside Hari Merdeka, 31st is also our wedding anniversary, it’s our 21years of being together for this year, rasa bagai baru semalam diriku di nikahi ehek!. Tak ada speech or entry panjang-panjang like before because I was so busy (which I will tell you later) so I can’t think of anything to write tapi yang pasti kasih sayang antara dua insan antik ini tidak pernah padam malah wajah hero I dan belly nya yang kembali mekar berkembang itu sentiasa membuatkan I rasa rindu dalam ngeri muehehe....  
 
 (MAS punya meal yang telah jatuh standard, dulu ada macam-macam atas tray nie tapi this time food dia amat tasty or maybe I tengah kelaparan)
 
Oh yeah... on 31st aritu, I dengan husband I terbang ke Bangkok from KLIA. Our flight was around 3.15pm dan penerbangan mengambil masa hampir dua jam. Sampai sana dalam pukul 5.10pm tetapi memandangkan waktu Bangkok/Thailand nie lambat satu jam dari Malaysia, makanya time telah menjadi 4.10pm. Masa kat bahagian nak berlepas, kita orang tengok ramainya bangsa-bangsa rupa dari Pakistan and India nie, a few families and ofcourse with the small kids. Dalam hati I cakap, jangan la budak-budak nie duduk dekat dengan I sebab mesti bising menjerit-jerit. I have nothing against budak-budak because some budak-budak are well behave but nampak gaya budak-budak nie ganas semacam je. Then masa time nak boarding, seperti biasa announcement suruh orang tua dan budak kecik masuk dulu but this people relak je, tak bangun-bangun and jalan slow-slow, bengang I dengan husband I tengok, last-last kita orang and other passenger terus pegi boarding baru dorang kelam kabut but beratur la dorang kat belakang... But then again, maybe dorang tak paham bahasa english kot?

Masa nak pegi kat seat, I tengok sudah....kita orang dikelilingi oleh keluarga-keluarga ini tadi, depan belakang lagi...well..we got our “wish”, husband I cakap habis la.., I yang berfikiran positive (konon), cakap, don’t worry, it is only 2 hours flight... keep it cool je. But we were glad that everything went smoothly, budak kat belakang nie senyap aje cuma kejap-kejap nak bejalan and budak yang sorang tu bukan main lagi melalak kat depan but thanks God, he is far from us. And also, ingatkan gerenti berbau but pelik dorang langsung tak berbau hapak or anything.. Please I’m not being racist ke or look low dengan bangsa lain ke but it’s the truth kan, kang nanti ada orang kata I nie belagak padahal baru pindah Bangkok belum lagi pindah kat Germany ke...  Anyway, as usual, walau telah acapkali naik kapalterbang, perasaan gementar itu tidak pernah padam dari hati I. Dalam hati I cakap, jangan la kapalterbang nie meletup ke or terbabas bila time nak mendarat la, tak abis-abis I mengucap, then terbayang la akan harta peninggalan kat KL, wasiat tak buat-buat lagi... And also adakah next tenant akan mendapat gangguan kemonyetan versi hantu dari I and husband I? Tapi yang pasti rambut langsuir ini pastiku kiraikan ke kiri dan kekanan...elllahhhh – layar impian...

Dalam pada itu, hati I berdebar-debar memikirkan bagaimanakah bakal kehidupan both of us di negara orang. Walaupun dekat je dari negara kita, orang-orangnya lebih kurang rupa macam kita, makanan pun tak berapa jauh berbeza tapi itu masih tidak dapat melenyapkan gementar di hati I. Tapi rasanya tak lama kita orang kat sini sebab company Thailand nie siang-siang lagi dah cakap, eventually kita orang akan kena transfer balik, it was either Malaysia or Singapore according to the project. Paling lama kat sini pun maybe 3 months to a year or years...who knows kan. Anyway, sempat lagi I berborak dengan minah dari Pakistan kat sebelah I masa kapalterbang nie nak turun kat Thailand International Airport Suvarnabhumi. I ingat dia sama dengan group keluarga yang kecoh tu but dia dengan sorang colleague dia berkursus di KL, kursus nuclear and nak balik Islamabad kena naik kapalterbang dari Bangkok. Malaysia tak ada direct flight to Bangkok. Masa kapalterbang nak turun, I tengok dari tingkap, wah... besarnya bandar Bangkok nie, dia punya infrastructure sangat luas dan panjang serta padat, nothing like KL city. Then I tengok kan banyak sangat kapalterbang tengah docking, some of the bendera I tak pernah tengok pun termasuk la kapalterbang dari Israel, kat Malaysia mana dorang boleh masuk. Turun aje dari airport, I dengan husband I tercengang lagi tengok betapa besarnya dorang punya airport.

On the way nak ke luggage area, husband I sempat lagi menyakat I punya PR skill. I kata kalau I tak berbual dengan perempuan Pakistan tu tadi, mana kita tau Malaysia ada kursus nuclear etc. kan.. See I gain knowledge baru and I passed the info to you. Masa tengah tunggu luggage, I duduk satu deret dengan family dari arab nie, sekali budak perempuan umur dalam 5 or 6 tahun nie terjatuhkan trolley toys dia sendiri, sekali perempuan dewasa umur dalam 20 or 21 years old, I think kakak, mak or auntie dia debuk belakang dia dengan sangat kuat. Menangis budak tu, kesian dah la cute and bukan dia sengaja pun, even kalau dia sengaja jatuhkan pun apa salahnya, she is just a kid. Tekejut I, semua orang pandang ke arah dorang nie, sekali I sengaja cakap kuat kat husband I yang tengah bediri kat tepi luggage area, I cakap, “you tengok tu dia debuk belakang budak tu”, husband I geleng kepala..., then datuk dia cepat-cepat datang and dokong dia sambil urut belakang dia. Then tak tau la apa dia sesama dia cakap, mak dia ke kakak dia ke. Typically bangsa dorang nie yang memang terkenal dengan buas dan ganas. Then I pandang dia a few times. I kasi dia malu sikit, kalau dia ada perut malu. Kita orang memang cukup pantang kalau orang besar kasar dengan budak-budak, tak kira la kenal ke tak, kita orang memang berani campurtangan.

Then tak lama kemudian, nampak teksi driver pegang kertas nama ayah husband I, dorang ingat itu surname, spell nama pun salah, dalam hati I, ini boleh buat modal menyakat. And I was so surprised that, teksi driver nie tanya I, macam mana trip, ok ke etc.. I ingatkan dia tak nak cakap dengan I memandangkan kebanyakkan jantan-jantan kat Malaysia nie belagak alim konon cuma nak cakap dengan lelaki and nak pandang kita perempuan pun tak mau but this thai guy is very friendly and he never leave me out of any conversation. Then kita orang mintak dia stop kat supermarket sebab nak beli some food, utensils, plate etc. On the way back to the place that we booked, we were shocked to see that pemandangan kiri kanan macam teruk and sempit. I ingat teksi tu salah hantar tapi memang betul that was the area to the place yang I pilih. Kat gambar nampak macam cantik je kawasan, I was fool. Sampai kat the place, ada sorang perempuan tinggi dan badan bersaiz besar greet kita orang kat luar with a porter. And I noticed that, that perempuan is not a perempuan if you know what I mean. But she was so kind, friendly and very polite. Masa dia tengah borak dengan husband I, I jalan-jalan kat tempat tu yang sekangkang kera, alahai... kat dalam internet nampak grand dan luas kawasan tu.

 Our place to stay for a month










Then we went to our suite. Wow... pada pandangan I memang cantik dan grand walau tak banyak furniture, lega la jugak hati walau rasa cuak tu masih ada bila mengenangkan kawasan yang agak secluded dan tak cantik itu. Ingat receptionist nie nak blah, tengok dia masih berborak non-stop kat suite kita orang. Peramah-peramah I pun ada limit jugak because I was so tired. Dia siap lagi bertutur dalam berbagai-bagai bahasa (tapi english dia bertabur) and siap cakap ex bf nie ex bf tu and cerita merata-rata tempat/europe dia dah pegi.. dalam hati I cakap, yela tu..puas la kau kena kongkek eh dengan mat saleh mat saleh nie... tapi diwajah I sedaya upaya I memaniskan muka ini... jahat I kan haha... tak lama kemudian dia pun blah. Fuh lega.. Then husband I tanya I kenapa perempuan nie semacam, I kata perempuan nie bapok la... Husband I kata, no wonder and how do I know. I kata ofcourse I tau, I perempuan and takan la you tak dengar suara dia and muka dia. Walau sedaya upaya species nie nak “mengindahkan” segala-galanya tapi still boleh tau but yang pasti, nenen dia mengkal oo.. Tapi yang penting, she was very helpful, kind and attentive. Then I went and check around and terus ajak husband I cuci semua utensils i.e. pinggan mangkuk, pots, pants, refrigerator, oven, microwave oven even the countertop (yang dalam suite nie) tu with our sabun samak, sabun Takarah that my husband bought a few days ago before leaving. Dah la penat but no choice sebab nak masak dinner, thanks God for mee maggi yang kita orang bawak dari KL. Nak keluar dah tak larat and masih baru so tak tau lagi tempatkan, furthermore dah malam. Lepas scrub semua benda kat dapur, I susun/kemas baju, toiletries etc... dah la letih but it has to be done asap!

Nasib baik la I dah buat solat untuk semua waktu except for isyak, so tak ada la terkocoh-kocoh but I missed my isyak sebab I betul-betul dah tak larat and terus zzzz..........next day ku ganti...

(Masakan pertama di Bangkok)
 
Sekian, catatan I diperantauan untuk kali ini....