Posts

Showing posts from August, 2014

Merdeka and Wedding Anniversary

Today is Malaysia 57th Independence Day and our 22nd Wedding Anniversary. 

Tak terasa dah 22 tahun I share hidup dengan husband I. Semalam I tanya dia, lama jugak kita dah kahwin eh? Husband, I cakap, rasa macam baru lagi kan?, eceh.. uncle korang feeling pengantin baru and tak habis honeymoon lagi ekeke.. Orang cakap for the first five years, hidup berumahtangga masih dalam suasana bulan madu but as for us maybe sebab kita orang hidup berdua dari dulu sampai sekarang so tak ada la rasa apa-apa perubahan dalam institusi kekeluargaan yang ahlinya cuma dua orang saje ini..

I bersyukur kerana rumahtangga I masih bertahan dan kekal utuh hingga kini. I’m so glad that I’m married to someone who truly love me and accept me for who and what I am. Same goes to me, I terima segala-galanya yang ada pada dia. This awesome guy, never fail to me laugh and smile even when he is not around. I hope kasih cinta ini akan berkekalan sampai ke akhirat. Love you till the end of time, sweetheart.�…

Keseorangan Dalam Kabut Rindu

Image
Peringatan : Jika anda ada berpenyakit geli-geli nak muntah, anda dilarang keras untuk membaca entry I untuk kali ini... Ingat anda telah diberi amaran hehehe...
Last, week, Wednesday husband I balik kerja, bagitau I dia kena pegi Dubai for a meeting on Saturday. Dia cakap kalau dia dapat elak memang dia tak nak pegi and some of dia punya colleague tambah sehari dua lagi kat sana. And it is not a leisure trip and dia tak dapat bawak I. I tanya apa number flight dia, pukul berapa and sebagainya. Dia tanya kenapa, I kata manalah tau kena hijack ke apa... Then I cakap, even kalau I dapat ikut I still tak nak ikut sebab I masih suspense nak naik kapalterbang, ndak-ndak yang terbang jauh-jauh nih, lagipun I nak buat apa terkurung kat hotel baiklah I kat rumah aje. Furthermore, middle east tengah panas gila sekarang nie, suhu mencecah 40-45C.. huii..tak sanggup I kalau nak keluar berjalan. I tanya bila dia balik, dia kata pegi Saturday and terbang balik Monday petang, sampai Tuesday…

Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17

Image
Jumaat - 22th August, 2014

Beberapa pagi yang lepas saya telah bangun awal memandangkan saya bersahur untuk berpuasa enam sekaligus mengantikan puasa yang “terpaksa” saya tinggalkan, kebetulan enam hari juga. Saya mula berpuasa pada selasa lepas dan Insha Allah dua hari sahaja lagi tinggal. Saya mengambil keputusan untuk mengantikan puasa secepat mungkin kerana saya tidak mahu berlengah-lengah dan kelam kabut seperti puasa ganti yang lepas lagipun saya ingin mendapatkan pahala puasa enam yang amat jarang saya lakukan sebelum ini. Malam tadi saya telah memasang dua loceng jam, satu untuk bangun sahur pukul 5 pagi dan satu lagi untuk pukul 9 pagi kerana saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton secara langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17. Selepas bersahur dan solat subuh, saya mengambil peluang untuk tidur sekejap. Jam 9 pagi saya dikejutkan oleh loceng jam yang kedua. Dengan kepala yang masih separa tidur saya keluar ke ruang tamu dan membuka tv. Memanda…