Thursday, April 22, 2010

Baju Kurung Pahang Or Pesak Gantung I ahak!

This is Baju Kurung Pahang atau Pesak Gantung. This one I belajar dari Cikgu Nurul. Perhatikan bahagian ketiak, ianya agak berbeza dari Baju Kurung Tradisional yang biasa. Buat tak susah but a bit tricky kat bahagian ketiak nie sebab you have to really pull it and sew it nicely. Fesyen nie nampak cantik kalau guna kain Thai Silk but then again, apa-apa kain pun cantik jugak.

Kain silk nie I beli kat dalam kedai-kedai kecik dah siap potong 4 meter dalam plastic. Harga rasanya somewhere around RM 38.







Yang nie I buat sendiri kat rumah after belajar kat kelas. I guna fabric jenis English Cotton if I'm not mistaken harga RM 10.80 semeter. I beli dekat Kamdar TAR. 4 meter cukup untuk size badan I.








Nampak macam kejung kan gambar kat bawah nie tapi bila dah pakai kat badan nampak kemas and tepi kiri kanan ada macam ternaik sikit. Kain yang agak keras nampak lebih menarik lagi dari kain lembut.






Masa I buat baju nie macam biasa I on radio and I went to channel 105.7 almaklum "old school" kan.. Sekali keluar special for that weekend concert Stevie Wonder for 2 hours rasanya. Apalagi I nyanyi dengan penuh mendayu-dayu sambil tu menari-nari potong-potong and jahit baju syokk ooo.. Dengan suara I yang off key nya tapi tak peduli jugak (mimik muka dan kepala tak payah cerita la), kekadang I jadikan gunting sebagai mic sambil tu sempat lagi I cuit perut sigumuk manja yang tengah lalu lalang kat sebelah....




Wednesday, April 21, 2010

Blog Makanan I...

Hey, I ada blog baru pasal makanan yang I makan and masak. But for now I letak gambar yang I makan kat luar dulu. I nak publish sampai abis dulu baru I letak gambar yang I masak...coming soon... Oh this is the blog add http://simplyfoodlover.blogspot.com/

Tuesday, April 20, 2010

My Beautiful Baju Kurung ehek!

(My first baju kurung with manik)

Baju yang kat atas nie I buat sendiri kat rumah lepas belajar yang sebelah kiri bawah tu dari Cikgu Nurul. And first time jugak I jahit manik..suatu permulaan with more manik design to come...



Baju kurung yang sebelah kiri adalah yang pertama I belajar dari cikgu Nurul. I was so satisfied with it. Ikut badan, selesa dan kemas. Nak buat baju kurung nie pun senang. Bukan macam cikgu yang terdahulu mengajar punya la susah, I stress giler masa tu. Dengan Cikgu Nurul semua bejalan lancar and I can't wait to make more baju and design but my favourite is buat baju kurung.

I tak sangka yang I boleh buat baju sendiri and now jahit manik. I'm proud of myself although tidak la secantik mana but it's mine and hasil kerja I sendiri. The best part was for the first time in my life I got to wear what I made.

Me : Kalau masa tempah kat tailor/kedai dulu punya la besar gedobos, bahu sampai ke bawah dan tak cantik langsung. Kain, dua orang boleh masuk. Wah, pandai pulak I mengutuk padahal tiap-tiap bulan hantar masa kerja dulu kui kui kui...

Monday, April 19, 2010

Buku Sulaman Manik


Last Friday petang I dah siap-siap sebab dah janji dengan husband I bila dia balik kerja both of us akan terus keluar. We plan to go to TAR untuk cari buku sulaman manik yang ndak. Banyak yang tak menepati keinginan I. Sampai area situ I terus aje masuk to the nearest bookshop. I was so happy sebab akhirnya I berjaya mendapat buku sulaman idaman kalbu I. I like the pattern, design and step by step tutorial. I beli dua buku. Then both of us masuk Gulati’s untuk tengok-tengok kain. Mulanya I nak beli satu aje sebab I dah banyak kain kat rumah. But husband I suruh I ambik berapa banyak yang I ndak. Mula tu I tak nak sebab tak sampai hati. Dia kata tak apa. So I ambik 4 aje. Thanks darling.

The reason why I cari/beli kain nie was because I masuk pertandingan kat sekolah tempat I belajar menjahit nie. Actually I tak nak sebab I punya workmanship bukannya cantik pun and I malu la kalau orang tengok hasil baju I. But Yati (owner sekolah) pujuk-pujuk, dia kata masuk la.. last last I kata ok and I isi borang and bayar wang pendaftaran. Ala untuk suka-suka and memeriahkan majlis aje.. yela tu Dek... offcourse deep down in my heart I want to win but chances are...kinda zero..kui kui kui. Oh yeah, syarat-syarat penyertaan ialah kena produce dua baju, satu traditional and satu lagi modern.

So malam tu I tak dapat tidur sebab dalam kegelapan malam dengan mata yang terkebil-kebil I dah visualise macam mana rupa baju yang bakal I buat nanti. I dah bayangkan design macam mana and what are the twist and trick untuk menambat hati para juri muehehe.. Contest lama lagi dalam bulan June tapi my plan and preparation mengalahkan Sukan Olympic!

Saturday, April 17, 2010

Update and Cerita Ina

Last Thursday pegi kelas macam biasa tapi kita orang ada buat makan-makan. Kita orang selalu buat potluck. Almaklum hobby pun makan. Dah plan since last week. Ina pujuk I suruh buat something from my ‘water hand’ (air tangan), dia tak mau I beli beli.. sabar je la haha.. So I decided to make what I know best.. Triffle Puding.. yeah that same ol’ triffle (I didn’t make it for such a very long time.. I guess it must have been years). Oh I buat jelly konyaku perasa green apple and I letak cebisan red apple merah sekali. Ina buat spaghetti, Nurul (cikgu), goreng pisang, Zai, samosa, Yati, air coke and Shida mini cheese tart.

Selalunya kita orang akan relax relax dulu, buat kerja sikit sebelum makan tapi Ina sampai-sampai terus ke pantry and ajak kita orang makan. Apalagi belasah la.. Memang kenyang sangat. Ina kata lepas nie kena sambung for a second round. Aduhhh..matila.. Habis makan, Ina tanya nak cerita apa love story ke cerita hantu. I kata love story dulu..biasala I kannn... Tapi I tak boleh share dengan you all..maybe next time la, I nak kena mintak lampu ijau dari Ina walaupun dia tak tau blog I nie. I tak bagitau kawan-kawan kat kelas walau rapat macam mana sekalipun (in the future tak tau la...).

Anyway back to Ina, her love story is the most interesting one by far... I tak pernah jumpa orang yang I kenal mempunyai kisah macam dia. Not only her love story but her personal life, marriage etc. Selalunya baca somewhere aja. Let me just bagi hint aje.. Ina is very naughty and so daring enough to play with fire...ngaummm... love story dia kelakar giler and best ooo... Imagine dia cerita di selang seli dengan gelak non-stop. I sampai cramp perut and muka. Dia pulak tak cover-cover, student lain sebelah menyebelah boleh dengar dengan jelas sekali. I pulak yang malu. Cikgu Nurul, I rasa risau tengok I yang tak dapat buat assignment sebab asyik dengar cerita Ina. Kejap-kejap dia tengok my work, sian dia.

Ok let me share a little bit pasal kisah hantu Ina. Dia cerita masa dia kecik-kecik visiting and duduk kat kampung, dia, nenek and mak dia suka lepak-lepak, baring-baring or tidur kat verandah luar. So one morning around 3 am ( the usual time dorang kat situ) dorang decided to masuk rumah and sambung tidur kat dalam. So bila time Ina nak masuk (nenek dan mak dia dah masuk dulu), tiba-tiba dia tak dapat bergerak. Dia rasa kaki dia ada orang cengkam dengan kuat. Sekali dia tengok, ada lembaga tak berkepala tengah pegang kaki dia. Dia tarik-tarik tak dapat. Dia kata sakit..lama lembaga tu pegang kaki dia...then perlahan-lahan lembaga tu lepaskan kaki dia. Then I tanya macam mana rupa hantu yang dia selalu tengok. Dia kata muka tak nampak kira samar-samar.

Then Ina cakap dia pernah tengok orang minyak masuk rumah jiran dia masa tengah malam. Zai tanya, kenapa tak bagitau mak dia ke bapak dia ke..Ina kata orang tua-tua mana nak percaya cakap budak-budak. So dia diam je. Tak silap I Ina kata anak dara jiran dia kena rogol. I tak berapa dengar sangat sebab tengah menjahit masa tu. I dengar sikit-sikit aje kisah dorang.

Then Ina bagitau yang dia pernah pegi kat kampung bunian. Apa lagi bertubi-tubi soalan I and Zai. Dia kata orang bunian and kat dunia kita nie sama aje, makan, minum, kerja, masak, macam-macam la.. and also ada baik ada jahat. I tanya ada internet, handphone, astro ke..dia kata masa tu tak ada lagi sebab umur dia 15 tahun. I tak tanya berapa pulak umur Ina sekarang. I tanya lagi pakaian macam mana. Dia kata pakaian dorang macam orang dulu-dulu. I tanya lagi ada orang India, Cina etc. Ina kata kampung bunian tu nun jauh kat pedalaman so tak ada la. Dia kata orang bunian tu ada bagi dia macam-macam ayat and dia siap bukukan tapi dia kata tah kat mana dah hilang. Ada yang nak tackle and lamar dia..macam-macam la..

Ina cakap lepas mata extra dia dah tak nampak lagi, orang bunian tu marah-marah kat dia sebab bila orang bunian tu tanya dia, dia tak jawap and buat tak tau. Orang bunian tu kata Ina sombong sebab tak tegur bila nampak dia. Ina cakap dia tau sebab ada orang yang pandai ilmu ilmu ghaib nie (bomoh la kot) cakap kat dia. Ina kan dah tak nampak alam mistik nie kan. I yang nakal tanya soalan giler... I kata Ina, kalau orang bunian tu boleh nampak Ina and Ina dah tak nampak dorang lagi, Ina rasa bila Ina mandi ada tak orang tengok. Ina kata..ishhh tak ada la..dorang tak macam tu wakaka... Sebenarnya banyak I nak tanya but I was so busy with my assignment. Nanti la I akan tanya-tanya lagi.

Thursday, April 15, 2010

I Yang Depress....

I kan seboleh-bolehnya tak nak cerita pasal budak kena dera, kes buang bayi or anything cerita sedih yang melibatkan budak-budak. But tadi lepas baca pasal budak cina umur 3 tahun yang dah dua jam mati di bawak ke poliklinik I dah tak boleh tahan lagi nak luahkan kat sini. I sedaya upaya tahan airmata I dari keluar. But I can’t help it. I menangis sorang-sorang kat bilik. I sedih.. dah la aritu seminggu I asyik teringat budak melayu yang kena dera sampai hati oleh bf mak dia yang keparat tu and then tak lama kemudian anak india yang kena dera oleh laki pengasuh dia yang sial tu and now anak cina nie suspect kena dera dengan bapak tiri/mak kandung dia yang dikatakan isap dadah syabu... I tak sanggup la dengar or baca-baca cerita macam nie. I rasa menyesal terbaca tadi sebab I jiwa I akan lara....

I tengok gambar anak cina yang cute bagi peace senget sungguh meruntun hati I. Bila baca jiran sebelah rumah bagi tau yang tiap tiap malam dia dengar budak nie menangis selama sebulan SEBULAN! di selang seli dengan jeritan kadang-kadang sampai siang hari membuatkan dada I rasa nak meraung aje. Sampai hati dorang buat budak-budak macam nie... tak sedih ke dengar budak-budak mintak di kasihani? Tak sedih ke dengar budak-budak menangis kesakitan? Tak ada sekelumit pun ke perasaan sayang kat budak-budak yang innocent nie? Why?

Di saat I menulis nie, airmata I mengalir dengan perlahan-lahan..I sungguh depress sekarang nie....

Amaran keras kepada para pendera di luar sana ; kalau I tau, dengar or terjumpa you all nie... I akan bagi jerung makan you all idup-idup! AWAS!

Tuesday, April 13, 2010

Manik

(Manik yang di borong kat Semua House)

Last Friday evening, balik dari kerja, I ajak husband I cari manic sebab tiba-tiba hati teringin nak practice apa yang I belajar aritu. I pegi dekat kedai yang I biasa beli peralatan jahitan. I bought two colours. Then pegi kat other shopping complex and tengok-tengok kain. Sekali husband I belikan dua kain cotton voil. Mula-mula I tak nak sebab dah banyak kain kat rumah, dia kata takpe I boleh practice. Balik rumah I try sulam manic kat kain plain tapi macam tak nampak outstanding pulak sebab colour tak menyerlah. Then next day (Saturday), I ajak husband cari buku sulaman jahitan manik. Mula-mula ingat nak pegi Mid Valley MPH tapi rasa macam jauh je lagipun I malas nak keluar early. So around 2pm both of us decided to just go to KLCC. Lunch terus kat Madame Kwan. It has been such a long time since we last ate there. Rasanya adalah dalam 2 3 tahun. Lama tu. Dulu selalu makan kat situ tapi dah muak because dah boleh agak rasa macam mana and also, same ol’ menu. Langsung tak ada pembaharuan. Sampai kat situ tak tau apa nak makan. I order mee hoon soup and husband I order nasi lemak (yeah of all the things that we can order). The food was sort of tasteless, I think sebab I and husband masih flu lagi and hingus kejap-kejap nak turun. God this is longest flu that we have in our entire life. Semua bende rasa plain. I cuma boleh rasa masin, even manis pun tak rasa sangat.

(Setelah di simpan di dalam bekas)

Masuk Konikuniya, cari-cari tak jumpa, tanya customer service dia pun kata only kat section yang we all cari. While I was walking around, I perasan macam ada another section kat situ yang I tak pernah nampak. Section baru kot section khas untuk buku berbahasa Jepun. Kat situ I jumpa macam-macam pattern and design untuk buat berbagai jenis pakaian, beg, etc. I was so impressed. Cara pembelajaran was so details tapi sayang I tak paham apa yang diperkatakan tapi base on lakaran I rasa macam boleh buat aje. Then I terjumpa yang ada English version tapi jenis buku lain. Not bad jugak. I told myself, once I abis semua I punya kelas I nak pegi kat section nie balik and I will buy a few. Husband I nak belikan terus. I kata nanti dulu, knowing how hati I boleh berubah dan cepat bosan dalam sekelip mata. Kang membazir pulak.

(Sulaman pintalan - sepatutnya I guna 3 hexagon and 3 round - instead I used both hexagon)

Anyway buku yang dicari-cari tak ditemui. Yang ada buku sulaman manik tak details and tak ajar step by step. Then we decided to go to GE MPH, AP Popular and Carrefour. Semua tempat tu tak ada buku yang I berkenaan. I told my husband nanti la kita cari kat TAR ke mana la tau mungkin ada kat kedai-kedai buku kat sana. Sebelum tu I dah survey kat internet and register kat two website untuk dapatkan pembelajaran percuma but still tidak menepati apa yang I ndak.

Next day (Sunday) petang around 5pm I ajak husband I cari manik kat Semua House and I bought a lot of it. Saje untuk I practice je. Balik rumah I try a few, tiba-tiba I rasa bosan yang amat. I put aside and baring hahaha....

Friday, April 9, 2010

Kisah Mistik

Petang semalam I pegi kelas macam biasa. Bila Ina masuk tengok I ada, sukanya dia. Almaklum I nie kan suka mengusik and melayan dia. Dia kata aritu I tak datang sebab tak sihat, boringnya dia. Dia tanya wed and thur next week I ada ke, I kata adaaaaaa.. dia pun nak datang on wed sebab nak ganti kelas dia tak datang sebab dia pun tak sihat aritu. So kecoh la jugak kita orang malam semalam tu. There were only 5 of us sebab kelas lain tak ada.

Macam-macam la yang kita orang borakkan. Dari kes ragut, rumahtangga, kisah jahit menjahit nie etc.. I suka borak dengan Ina sebab dia banyak cerita and dia sungguh ikhlas and tak cover-cover apa-apa walaupun yang mengaitkan kisah hidup dia sendiri. Ina memang sincere. Dalam pada borak-borak tu I dengan tanpa berfikirnya tanya kat dia, dia pernah tengok hantu tak... I pun tak tau kenapa tiba-tiba terpancul soalan tu dari mulut I dan hati I yang so mistik ini. Rupa-rupanya Ina pernah ada sixth sense dulu-dulu (sebelum extra eye dia ditutup).

Macam tau-tau je I kan. Maka bermula la siri tegak bulu bulu.... Ina kata dia start tengok hantu-hantu atau benda-benda halus nie selepas dia jatuh sakit. I tak sempat nak tanya banyak-banyak sebab busy menjahit and ditambah dengan takut lagi. Next time I akan tanya secara details. Dia kata hantu kalau bejalan bukan bejalan macam kita. Ina kata hantu bejalan ke tepi-tepi macam ketam.. I yang tengah duduk tak berapa jauh dari dia terus pegi kat Nurul (cikgu kita orang), macam nak menangis I dengar Ina describe punya la takut. Adeeihh... dalam takut-takut I tanya lagi.. buruk tak rupa hantu-hantu yang dia tengok tu..dia kata burukkk... Dia kata kalau dia or kita nampak hantu, buat tak tau aje sebab kalau hantu tu tau yang kita boleh nampak..abis laa.. I tak nak tanya lebih-lebih..tak sanggup I huhuhu....

Then Ina kata dia pegi berubat kat orang. Orang tu kata rupa Ina macam muka kira assistant orang tu (orang bunian). Kira Ina nie ada twin org bunian la..hehehe..I tak sempat nak tanya sebab kepala I dah becelaru dengan kisah Ina yang kata hantu bejalan ke tepi ke tepi tu. Ina kata lepas mata dia extra dia “ditutup” dia tak nampak lagi..legaa... Yati (one of the student) kata itu anugerah dari Allah. Suspense la kalau dapat anugerah dari Allah yang satu nie.. Kalau I boleh gila la asyik tengok hantu-hantu nih merata-rata... huhuhu..Ina cakapkan sebelum dia kahwin dengan husband dia yang sekarang (masa tu dia pregnant anak kedua dari first husband dia), macam ada something bisik dalam hati dia bagitau yang bakal suami kedua dia rupa macam (dia boleh tengok muka bakal husband kedua dia) mana or asal dari mana. Lepas dia cerai dengan first husband dia, sekali dia jalan kat taman and then ada bakal laki dia tegur and tanya, tau tak dia asal dari mana, dia terus jawab ala awak asal dari negeri tu. Dia kata tekejut bakal laki dia masa tu. I tanya, Ina ada saka ke apa ke. Dia kata tak ada. Itu la kelebihan Ina.

Oh lupa nak cerita. Ina kata adik dia selalu kena tindih merata-rata. Dia kata adik dia askar, kalau masuk hutan, dia punya khemah kena pasang lampu kalau tak memang ada “benda” menindih. Ina kata kalau nak mengelak dari kena tindih or kalau nak tau kita akan kena tindih, tanda tandanya, kita akan rasa angin lalu, kira macam kipas la kot. And then kita akan rasa sejuk. Kalau dah dapat tanda-tanda tu cepat-cepat la beralih tempat tidur. Kalau tak memang kena.

Oh ingat tak I cerita pasal bunyi orang main guli kat atas or siling rumah I? Well..every now and then I akan dengar bunyi tu lagi. Kadang-kadang rasa macam sebelah telinga. The weird thing was, ada dua kali I tegur tau, I dah fed up kan. I kata, ala relax la, jangan la bising-bising. And the “thing” quiet immediately and terus tak bunyi sampai the next day. Betulll.. and another time pun macam tu jugak, bunyi dekat sudut lain kat bilik tidur. I cakap, senyap la... and the “thing” lempar guli once and then terus senyap. I don’t know maybe coincidentally but if you thing about it. Takan la budak-budak di zaman 21st century nie nak main guli lagi. Dorang kan main computer etc. kan.. Nak cari guli sekarang nie pun tak tau kat mana kan. But then again.. who knows. I cerita kat dorang semalam and Ina cakap kat rumah dia pun selalu bunyi guli-guli nih. Kadang-kadang dia geram and ada sekali tu dia dah tak tahan dia ajak husband dia naik atas and kira nak complaint kat jiran atas dorang. I tak sempat tanya what happened la kan.. nanti la I tanyaa...banyak nak tanya Ina nie...

Masuk je dalam kereta masa husband I ambik lepas abis kelas I terus cerita kisah seram kat husband I. Bila time nak mandi kat rumah, I suruh husband I tunggu I hahaha.. Masa nak tidur I pesan kat husband I dua tiga kali. I kata kalau I terjaga pukul 3 4 pagi and nak pegi toilet untuk buang air kecik, husband I kena temankan I walau dia mengantuk macam mana sekalipun. I ulang lagi dua tiga kali hahahhaa... alahai toilet bukannya jauh dalam master bedroom nie jugak, ada la 3 4 langkah... punya la pengecut..wakakaka...

Thursday, April 8, 2010

But It Is A Common Sense...

Once in a while they are people that you thought were close to you and that you thought who really understand you like no others. Sometime when these people bruised your feeling, you might get hurt but you quickly brush it aside as you want to think or look at the good side of them. But if it was too often, you started to think. Am I worth to be treated like that?

I’m not being sensitive or what but to me it is was not normal to have that kind of reaction over something that should be address differently. I was merely passing the message or tell her about the thing that I think she should know the other day. Instead of calling me or texting me to clarify with me immediately, it took her about 2 ½ hours to respond (replied to my text) and it was not what I expected. Then later in the evening, she texted me again and justifying of what had happened. That was not the answer that I want. Then she sent me the mms pics. I was thinking, why did she sent me the pics? When all I want is her explanation or that how sorry she was of the whole thing. And I would say, it’s ok, don’t worry about it. And I wouldn't care about it anymore. Instead, she took it lightly. It was soal remeh actually but the way she handle it was not what I would have done, nevertheless when it involved feeling.

I was not mad at her but I was so disappointed that she didn’t respect me as a person. I was so supportive, nice and kind to her all this while. And for her to pretend it was not a big deal on her part was so uncool. Four days later when I was at the class for the beads lesson, she sent me another mms pics. Again that is not the respond that I want. I think she knows that I was not happy with the other day's incident. Otherwise, why would she sent all the mms pics? I was wondering, why was it so hard for her to just sms or call me and ask what’s wrong since I didn’t response to her text/mms etc.? Doesn’t it ring a bell? If it were me, I would immediately ask that person and try to finds out what’s going on.

Two days ago I sent some gift to her family member because I already bought it a few weeks ago and because I told her before. At first, I thought of giving it to her personally but I changed my mind. I didn’t put any card or words as by now my heart towards her has withered. She texted and thanked me for making her family member so happy and how excited she (her family member) was when she received the gifts, but she never take the time to analysed her action towards me or think how I feel. Although I could never throw her away completely but hati sudah tawar. Kasih sudah hilang dalam hati. I just don’t understand how such people exist and living without feeling any remorse or guilt in their heart.

I can’t really say that I’m crushed because I’m not. I can’t say that I’m angry either because I’m not too. It's just weird that she didn’t care and didn’t realise or see how I have been treated her and her family all this while... I guess, you can’t expect them to be or think like what you want them to be but it is a common sense...

Monday, April 5, 2010

Jahit Manik


(Ini I buat)

Last Saturday I spent sehari suntuk from 10am to 6pm kat sekolah sebab ada kelas bengkel jahitan manik untuk yang ambik package E which is my package and free. For those yang bukan package E but still nak join dikenakan bayaran. I don’t know how much. The lesson was so much fun tapi tak syok sebab I masih tak baik-baik lagi. Dengan batuknya and hingus yang kejap-kejap nak turun, kurang selesa betul. I thought I sorang aje kurang sihat kat situ, cikgu yang mengajar tu pun selesema. Zai pun sama jugak kejap-kejap batuk macam I.


(Sebelah kanan dan bawah nie cikgu buat)


Tak terasa masa berlalu sebab seronok la. Lesson tak susah sangat tapi bagi orang yang baru macam we all nie memang kekok and hasil tak kemas. Raya tahun nie ada la manik-manik kat leher and ujung tangan baju I hehehe....

Me : Tak ada mood nak tulis panjang-panjang.. tunggu I betul-betul sihat nanti..

Friday, April 2, 2010

Update

Last Wednesday and Thursday evening (which was last night), I went to my night class with flu and now batuk-batuk pulak. I missed two class last week and beside sekarang nie belajar baju lain, so I was so excited and tak tahan nak belajar benda baru. Kat class pun ada sorang student batuk mcm I. So everynow and then both of us berbalas-balas batuk, siankan both of us. I dah malas nak pegi clinic lagi sebab I takut nanti I menyangkit kat patient lain, kang dpt penyakit lain lagi and kalau masih batuk I tak reda I will go to the hospital terus or mintak reference dari doctor kat clinic (ndak tak ndak kena pegi clinic la jugak nanti, tak dapat mengelak). I bagi tempoh by next Monday. As for flu, ada kurang sikit, I Cuma bersin sekali dua je sehari. Ingus meleh pun sekali-sekala bila I bersin. I minum air putih dengan banyaknya tapi pelikla sebab I yang tak suka minum air gas teringin pulak. So malam tadi balik dari class, both of us pegi kat McDonald drive through and I order large sprite. I know it is not good for the throat but I teringin yang amat. I minum slowly so I guess that is why batuk I tak baik-baik.

Anyway kat class I seronok la belajar buat baju kurung modern. If only I datang last week mesti dah nak siap but nevermind. Apa nak buat. Since I dah lama belajar kat sekolah tu, so everything come easy to me. Cikgu Nurul cuma bagi minimal supervision aje and I akan tanya sekali sekala. Ada dua student baru kat my batch and everynow and then teringat I masa I mula-mula masuk dulu yang tak paham langsung. Sometime dorang tanya-tanya and I’m so proud of myself than I’m able to help sikit-sikit and so happy to guide them walaupun ilmu I tak seberapa manapun. Timbul rasa macam nak ambik SKM and nak mengajar la pulak hehe.. What do you think?

I think in one or two weeks time my lesson for the package that I took would be over. But I decided to continue with another lesson and design. I can’t wait. If possible I tak nak berenti, I rasa macam nak continue belajar apa-apa pattern ke design yang ada selagi I dapat. My husband gave me a full support and encouragement to me. Dia kata belajar la apa-apa yang you ndak. And I have yet to decide what I want to do in the future once I finish everything..

Me : I hope I will recover soon because I can't wait to do my homework i.e. cut the fabric/sew etc.