Saturday, April 30, 2011

I Baked A Muffins Today!

(Tada... Prune & Lemon Muffins from my kitchen :))

(Bahan-bahan simple and senang nak cari)

(Semua bahan di campur)

We were supposed to go to a wedding event today at another state but since my husband masih kurang sihat lagi so we decided to stay at home sebab antibody beliau masih lemah lagi. But I know the main reason was because dia memang kureng sikit kalau pegi ke majlis perkahwinan, kenduri or tempat-tempat yang ramai orang. Dia rimas and tak tahan panas. Since I nie isteri yang menurut kata (yela tu..), I kata up to him.

(Sebelum dimasuk ke dalam oven)

(Selepas keluar dari oven)

Hari nie terlajak bangun pagi sebab malam tadi tidur lambat sebab tengok macam-macam series yang I DL. Masak pun habis dekat pukul 1.30pm and husband I beli sotong sebab dia teringin nak suruh I masak sambal sotong. Padahal semalam beria-ia suruh I masak kari ayam. Lepas lunch, sambung menonton lagi. Petang, I decided to bake a muffin selepas check-check kat buku resepi. Bahan-bahan dah beli a few weeks ago. I tak pernah buat muffin kalau cupcake pernah la tapi a few times aje. Ala..muffin and cupcake same je kan.. Jadi la jugak and tak manis.. lega I, sebab I memang jarang buat cake cake nie, boleh di kira dengan jari.

Friday, April 29, 2011

Congratulations! Kate and William

(I ambik gambar nie kat channel CNN)

Pagi-pagi lagi I dah bukak CNN sebab nak tengok wedding of the century between Prince William and Catherine (Kate) Milddelton. Kalau dulu I tengok mak dia Lady Diana kahwin (nampak sangat I dah kertu) and now anak dia pulak (sempatkah I melihat cucu dia kahwin nanti?). So in between masak memasak and attend to my hobby I kept the tv on all the time as I don’t want to miss the moment… Tau la history in a making and beside where on earth can you get a live coverage of royal wedding beside from England nie. Ramainya orang dah tunggu-tunggu kat kiri kanan jalan and ada yang siap tidur lagi kat situ. Well, kalau I ada situ masa tu, I pun akan join in jugak. I don’t care la kalau orang nak kata I taksub ke whatever towards the royal family.

Akhirnya around 4pm waktu kita nie, para invites pun mula datang one by one. Sultan Brunei and wife pun datang. And I tekejut because Al Fayed was also invited knowing the controversial that had occured. I understand Sarah or Fergie was not invited. To me it was not nice not to invite her although dia buat macam-macam perangai. She was still the mother of Eugene and Beatrice. Maybe ada sebab muasabab yang lain which we don’t know. Dalam pada tu I tertunggu-tunggu akan kemunculan Kate and her wedding dress yang sungguh big secret itu. Tak lama kemudian beliau keluar dari hotel..wah..that was the baju kahwin yang menjadi idaman dan akan I pakai kalau I kahwin lagi sekali…(hap!). I first saw baju kahwin macam tu masa Grace Kelly pakai on her wedding day.

(Both look so happy together)

Oh..I rasa sungguh seronok menyaksikan hari yang penuh sejarah buat William and Kate nie. Senyuman Kate yang manis dan gaya bersahaja beliau membuatkan I terpikat. Sekali sekala beliau bertukar-tukar senyuman dengan William dan berborak mesra. I tersenyum-senyum sorang and tiba-tiba I rasa emotional and sayu semacam. I wish my darling Diana was there to witness the most important event in her son’s life. Ini si Camilla kambing tu pulak yang ada and not to mention bapak dia yang curang tu.

On the way keluar dari Westminster Abbey, tiba-tiba I terpikir, why don’t I took their picture..then cepat-cepat I belari capai camera Nikon and terus I snap gambar dorang kat atas carriage and kat balcony of Bukingham Palace. Bila dorang sampai kat Buckingham Palace. Yes, this is the moment that I’ve been waiting for so long. I managed to take their picture kissing and twice! I sungguh gembira.


(Gambar nie I ambik kat channel BBC)

Walau Diana pergi almost 14 years ago but bayangan and impact yang ditinggalkan oleh beliau masih terasa dengan amat kuat sekali. During those event orang sentiasa membanding-bandingkan Kate and Diana. I know they are totally different in terms of background and everything. But I do know William make a right choice and I’m sure dia tidak akan menjadi seperti bapak dia yang buruk akhlak itu. I can feel that their love will last forever and I hope jangan la Kate buat perangai. I know by now Kate had won over the heart of Britons and I’m pretty sure all over the world. Because I dah mula menyayangi Kate. Kate’s will be all over the media soon and she would be scrutinize. I hope she will be strong and would be able to face it. I hope there would be no scandal too. Lastly, I hope Kate will be Kate yang humble and kind like her late mother in law. I’m sure Diana will be proud of her daughter in law.

Diana, I sangat merindui you… uhuk!

Thursday, April 28, 2011

Husband I Yang Sungguh Dramatic!

Bila dia sibuk buat kerja, wah..macam dia la pekerja contoh yang terunggul. Kejap-kejap bagitau dia buat nie, buat itu, konon nak highlight apa yang dia buat. Kalau angkat barang yang macam heavy, wah..bukan main dia kata barang tu macam batu paling berat tapi dia boleh angkat sebelah tangan atau satu jari aje.. nyampah I. Bila sama-sama buat kerja dia tak suruh I buat or angkat apa-apa. Dia kata biar dia sorang aje buat yang berat-berat (dia cukup suka emphasize those sentences sebab nak tunjuk dia hebat). Dia bagi alasan takut nanti pinggang or tangan I boleh patah. Macam la I nie fragile sangat. Then he flex his muscle and tunjuk bicep dia yang pada pandangan I hanyala setongkol lemak je.. Then dia suruh I rasa belakang badan or tangan dia yang berpeluh, konon betapa hardworking la dia. Lepas tu dia akan tarik nafas kuat-kuat and berkeluh kesah nak tunjuk yang dia sangat la penatnya kat I. Then I would roll my eyes kat dia. I kan dalam hati I rasa macam terlentang gelak but I play along aje. Sesambil tu, I guna pendekatan psychology kat orang tua nie. I puji-puji la dia, bukan main bersemangat lagi kalau dia kena puji, macam budak-budak aje. Kekadang kalau I tak tahan hypocrite, I terus gelak aje kat dia. Bila terlanggar something masa buat kerja tu, mula la dia meraung macam dia la yang paling menderita dalam dunia. Then dia tunjuk la lebam atau kesan/garisan merah kat badan dia yang sebesar semut itu. Bila I bagi air, bukan main lagi dia teguk sampai tak dapat benapas, lepas tu buat geleng-geleng kepala macam nak pitam wakakaka…. He is a piece of work ain’t he?

Then a few days later while nak angkat barang-barang dalam almari perhiasaan barula kita orang perasaan cermin reflection retak. Alang-alang dah macam tu, baikla pecahkan semua sekali. Masa I sibuk nak ketuk cermin tu dia kata biarkan nanti dia buat. Dalam dia sibuk mengetuk and tarik cermin tu tiba-tiba serpihan cermin terjatuh keluar. But dia continue macam biasa until dia tengok kebawah and baru perasan kaki dia dah luka and darah keluar melimpah ruah. Cepat-cepat dia tak kasi I datang dekat dia. Tapi I sibuk la cari plaster and lepas plaster still darah keluar lagi. I kata baik pegi clinic. Sesambil tu I ambik kain perca lebihan kain and ikat kuat-kuat kat bahagian tu. Lepas dia pegi, I pun pegi kat tempat darah dia, oh... banyaknya darah, macam orang lepas berparang aje and di tambah dengan bau hanyir. Beberapa kali I kena lap. Dalam hati I, jangan la ada antu datang malam nie (tak ada lain, asyik ingat alam mistik aje wakaka..). Seram semacam aje...

Tak lama kemudian… dia pun balik dengan kaki berbalut. Jalan pun dah terhenjut-henjut (melampau..). Dia dengan penuh berkobar-kobar, cerita la betapa terseksanya dia kena jab (alahai), dia kata kena jahit tak sakit, yang jab anti septic tu yang sakit. Dia siap tanya doctor sakit ke tak. Badan and perut je besar boroi tapi penakut. Dia kata tengok jarum dia ngeri, konon nak menambahkan suspense kat I. I kata I pernah kena jahit, I tau rupa macam mata kail. Then I tanya, berapa jahitan kaki you. Dia kata dua…alahai sayang. I kata kat dia, ingat sepuluh jahitan. Dia tak puas hati, dia kata luka kat atas kulit nampak kecik tapi sebenarnya kat dalam tu yang dalam tertusuk. Dalam hati.... yela tu.

Dia kata, 3 hari lagi nak kena jumpa doctor nak kena bukak jahit and jab lagi. I kata don’t worry la tak sakit. Dia kata doctor tak kasi dia angkat benda-benda berat tapi dia angkat and pindahkan jugak almari malam tu jugak sebab dia nak kemas cepat-cepat..I dalam gelak-gelak kat dia, risau jugak takut jahitan tu terbukak. Lepas abis dia susun almari-almari tu, dia mandi. Lepas mandi I dah agak mesti ada lakonan dari gerak geri badan dan expresi muka akan berlaku. And I was right, si drama queen itu berjalan perlahan-lahan sambil terkangkang-kangkang. Geram betul I tengok dia belakon. Bila I lalu depan dia, I buat-buat nak terjatuh kat kaki dia, wah..secepat kilat dia mengelak sambil menaikkan kaki ke atas… Oh dear, you all should see, kelakar nak mampus haha.. Kadang-kadang I buat-buat nak tepuk tempat jahitan dia, terbeliak bijik mata dia tekejut and panic…muka pucat lesi…aduhai.. Macam mana la I boleh terpikat dengan dia nie dulu-dulu eh? hahaha...

Wednesday, April 27, 2011

Update on my FB

Setelah berminggu-minggu tak menjengok my FB I decided to log in two days ago, sesambil tu I accept friendship well… Then I pikir why would I keep my farm and all the Farmville neighbours? So I delete my farm. Maka tamatlah kisah seorang peladang atau farmer gigih di alam maya setelah berkecimpung dalam bidang perladangan ini selama setahun lebih kurang. Then started deleting my neighbours without ever informing them. They are not my friend, I don’t know them, why should I care… huii… cold hearted nya kau dek. Imagine, I kena unfriend, one by one and there are about 320 of them. Tak ada la banyak neighbour macam kebanyakkan orang but still berjam jugak nak abiskan. Yang ada kat list sekarang pun bukan selalu or should I say some I tak pernah chat with or sekali sekala but I still maintain lagi sebab they are my friend from where back masa zaman berforum dan berblogging dulu.

So this past few days I mula menyapa cousin I yang I rapat dengan masa kecik-kecik dulu. We used to hang out together, although it was not that often. Dom’s face looks just like daddy now that he’s mature. And I got the chance to brush up my iban’s language as I seldom speak or even write of it. I kan tinggal dengan community melayu, either I cakap melayu, english or tamil mengarut yang I sendiri tak paham. Dengan wo pun I ber contact sekali sekala as both are busy with our daily life.

Husband I balik kerja, I bagitau dia yang I dah delete ladang I, dia kata sayang la sebab ladang dah besar. I kata, peduli apa I, it is just a ladang cyber bukan betul pun. I dari dulu memang nak buang tapi husband I asyik kata biarkan je. Tau la husband I kan ada ciri-ciri hordes tak macam I, main buang je semua bende tanpa ada perasaan atau nilai nilai nostalgia.

Anyway, I sibuk la nak mengedit profile..tak ada apa pun cuma tambah satu dua gambar so that cousin I dapat tau akan perkembangan I sikit-sikit..

Sekian kisah I untuk setakat ini..

Tuesday, April 26, 2011

Weekend's Update


(Brownies at San Francisco Steak House at WM)

Saturday

Tak ada apa-apa interesting pun yang berlaku kat I last weekend but saje nak story...

Last Saturday we went out to lunch kat San Francisco (bunyi macam jauh je eh..kt California US nun). Since the place is near at Yati’s school, I dropped by to pass something to her to pass to Ida. She was not there as she had something urgent to attend to. I passed it to her worker. Makanan kat SF nie not bad, portion sangat banyak, service bagus, cepat and waiter/waitress are quite friendly. Lepas makan, we decided to go to Ikea sebab nak cari adjustable kaki meja. Nak tinggikan meja because all this while, meja untuk I sketch/draw was low and not suitable for that purpose. Furthermore untuk jahit menjahit nie sepatutnya tinggi macam kat Project Runway.

Sampai sana, as usual orang ramai, in fact sentiasa full pack. Nak cari parking was not easy. Masuk situ as usual, macam theme park. Yang paling I menyampah bila orang jalan slow-slow and borak kat tengah-tengah tempat orang bejalan. Bangang betul la dorang nie. Kalau nak borak, diri tepi-tepi ler. Lepas mencari-cari, akhirnya betemu la jugak dengan kaki meja nih. Mahalnya satu batang cost about RM45.00 kalau dah empat.. Ndak tak ndak beli la jugak, takan nak pakai dua kaki and yang lain tu pakai batu batakan..imagine… Then husband I belikan kerusi tinggi sekali. I kata tak payah la kerusi yang kat kitchen counter kat rumah tu ada. Dia kata tak pe. Then dia ambik yang jenis lebih kurang sama dengan kayu and colour kat rumah. Then dia nak beli papan meja. I kata tak payah sebab meja dah ada kat rumah, tukar kaki je. Lepas tu sibuk la I kata, cari la bini macam I yang berjimat cermat, tak mintak macam-macam, sungguh bertimbang rasa (uweekk...), kira up kan I punya profile la.. Husband I kata, yela yela..mana nak cari bini macam I yang sangat action…mencik I tau…

Lepas dia simpan barang kat kereta, kita orang jalan-jalan kejap and beli a few t-shirt kat situ. Murah je, 3 for RM50. I beli size besar sebab badan I dah naik huhu.. Lagipun I tak nak pakai yang sempit sempit menampakkan shape badan, apa la shape badan yang nak I tonjolkan selain dari perut yang mengelebeh dan nenen yang lapang ini… I pasrah you… Balik dari situ, stop Carrefour buat marketing sikit…

Sunday


(One of the picture that I took during my assignment at the workshop on the last day)

Last Sunday was my 3rd lesson and last day attending Nikon Workshop nie. Ahh..lega, tak sabar I nak abiskan kelas I nie. On our 3rd kelas nie kita orang belajar pasal photo composition. It is more on a talk, discussion pasal gambar-gambar. It was very interesting tapi sangat memenatkan. We went out for our assignment too. Lepas ambik-ambik gambar we would discussed and talk about why we took the pictures and what was in it, etc. texture, mood, shape, colours etc. I’m glad at least ada la jugak knowledge walau tak se terror mana kan..

Habis kelas, husband I nak antar I pegi spa, mulanya I malas sebab I penat sehari suntuk kat kelas Nikon nie. Furthermore, we watched a lot of slides so lampu kena padam and ini membuatkan mata I sangat penat. Lagipun I ingat balik rumah, nak mandi cepat-cepat and baring je. Tapi husband I pujuk-pujuk sebab dia kata nanti sure badan I segar and dia kesian tengok I complaint tengkuk I asyik lenguh aje.

So I choose Dwi Day Spa again sebab dia punya urutan superberb! Dalam banyak-banyak spa yang I dah pegi, nie la paling best sekali. I tak buat appointment, main redah aje..so typical me. Nasib baik ada slot walaupun ada pelanggan kat situ. Seperti biasa seluruh badan (termasuk bahagian yang I maksudkan sebelum ini) di sental, urut dan di masker. Lupa nak bagitau, aritu sebelum masuk ke dalam bathtub yang penuh buih tu, badan I di masker/lulur dulu sampai kering. I tanya apa tujuannya, therapist tu cakap untuk menegangkan kulit..wah.. penting nih. Lepas abis mandi semua and sebelum balik, therapist nie bagi lotion and mist untuk I sapukan dan semburkan seluruh badan. Well, apa lagi I sapukan ke seluruh badan I and sembur semahunya sampai basah badan I...

Until today, badan I masih bau rempah ratus masker yang harum semerbak itu walaupun I dah beberapa kali mandi.

Sekian, again my not so interesting weekend… Ah this coming weekend pun akan busy jugak sebab siang-siang dah kena pegi somewhere else!

Tuesday, April 19, 2011

Nenen Dan Punggungku Di Cemari


Wah…suspense je title….

Aritu I try another spa. Nama Spa nie Dewi Day Spa. This spa was not far from the other one yang I baru first time pegi aritu jugak. Selang dua tiga pintu aje. I decided to try yang this one sebab katanya Bali punya urutan. I tak pernah try bali-bali ke indon ke thai ke…so teringin la jugak nak rasa. I main redah aje masuk without buat appointment. Nasib baik ada tempat lagi. Lepas tanya-tanya package and choose jenis haruman mana yang I ndak kat counter, I pun di bawa masuk kedalam wow… terasa macam sungguh Asia dan artistic. Dengan hiasan dan perabut-perabut kayu jatinya. Memang cantik la tempat nie. Pekerja kat situ cakap dulu dorang buat kat hotel tapi bila hotel tutup dorang pindah kat sini.

Masuk bilik, wah… malap je lampu. Patutnya I kasi terang masa nak bukak bajukan tapi masa tu tak terpikir. Sibukla I menyenap dalam samar-samar tu… Kenapa la I tak terangkan je lampukan… So gambar yang I post tu cuma satu je terang sebab bila dah abis baru rawatan spa baru la I teringat nak bukak lampu terang.

Anyway, lepas bukak baju dengan hanya berseluar dalam pakai buang, I pun mula di scrub oleh therapist yang didatangkan khas dari Jakarta. Tengah-tengah dia sental tu tiba-tiba I rasa seluar dalam pakai buang dibukak.. sudah, nie nak mencabul kehormatan I ke? I dah risau, tak lama kemudian dia pun menyental kat bahagain punggung I. Tekejut pun ada, sebab sepanjang-panjang I pegi spa tak pernah lagi punggung I kena sental. Nak tegelak pun ada. Since I nie sibuk, I tanya la, eh punggung pun kena sental ke? Dia kata, iya sebab semua tempat memang kena sental supaya seluruh badan bersih dan lembut. Kalau tak nak pun boleh jugak. Well..alang-alang, I biarkan je la. Then bila sampai time kat badan, tiba-tiba dia bukak kain part tutup nenen I and terus di sentalnya kat situ. Tekejut I lagi sekali, tak pernah dalam hidup I nenen I di sental, raba dan uli samada lelaki atau perempuan melainkan “you know who la kan” wakakaka… I tanya lagi, nenen pun kena sental jugak ke, dia jawap, yea kak, memang sebab segala daki-daki ada di merata-rata. I malu sebenarnya tapi I terpaksa buang jauh-jauh perasaan itu sebab yang untung balik nanti pun “you know who la kan”, yela..dah smooth and berkilau haha..

Lepas di sental, I pun disuruh mandi. Lepas mandi and tukar seluar dalam pakai buang, buat steam kat dalam kotak kecik yang I selalu tengok kat majalah. Sebab kat Energy Spa, kita orang duduk dalam bilik. Lepas abis steam, saat-saat yang I nantikan..yes.. urut…ahhh..sedapnya… urutan Bali/Asia and urutan Swede nie lain tapi sama-sama sedap. I rasa macam nak menjerit kesedapan di belai macam tu. Nak tertidur pun ada tapi I memang susah nak tidur walau sedap macam mana sekalipun. Dan seperti rutin tadi, punggung I di urut dan di uli semahunya begitu jugak dengan nenen I yang “hardly there”. Apa nak buat, dah “hukum” spa macam tu kan…Actually, I don’t mind pun, bukan stim pun kalau pompuan urut.

Lepas di urut, I pun kena mandi lagi. Lepas mandi and tukar seluar dalam pakai buang, I di suruh mandi kat dalam bathtub yang besar luas itu bersama dengan taburan herba and daun. Oh yeah sepanjang rawatan spa tu dorang pasang bau-bauan harum semerbak. Masa I dalam bathtub sorang-sorang tiba-tiba ter suspense as usual. Yela kan, I kan sorang-sorang, katil urutan pulak tu ada dua and keadaan dalam tu pulak samar-samar. Rasa macam ada je antu tiba-tiba menjelma di kepulan asap atau muncul dari dalam kepulan air buih kat bathtub tengah-tengah celah kangkang I… oh dear…. Masa tu la I rasa tersangat la bosannya, rasa macam nak bangun cepat-cepat aje.

Lepas abis buat semua rawatan and mandi, pekerja kat situ kata kalau I nak bayar semua package, meaning 5 kali datang bayar RM999.00 meaning satu kali datang RM199.00, kalau tak pakai package RM299.00 Kira untung la yang package, untung seratus. I kata nanti I pikir.

Masa husband I ambik, cepat-cepat la I cakap nenen and punggung I kena uli. Husband I ingat memang selama nie kalau pegi spa orang tu buat macam tu. I kata tak, kat sini je baru first time I kena. Balik rumah I check nenen and punggung I, sebab rasa nenen I tegang semacam. I check kat cermin wah..macam ada terangkat and kembang je. I bagitau husband I. Dia pun sibuk la nak tengok and nak rasa bahagian-bahagian tersebut. Biasalah orang tua tu, mesti nak ambik kesempatan..I kata hap! No No No… sambil bagi warning dengan jari telunjuk I.

Monday, April 18, 2011

Saya Sudah Ada UniFi...

Today, hati saya manyak gembira kerana ini hari rumah saya technician datang pasang UniFi setelah menunggu queue selama sebulan. Kalau selama nie saya kena tunggu sehari semalam atau kadang-kadang sampai 3, 4 hari untuk sesuatu series atau movie itu habis saya DL tapi tidak lagi sekarang ini. Sebentar tadi saya cuba DL berbagai-bagai series and ianya hanya mengambil masa 15 atau 30 (bergantung kepada keadaan) minutes sahaja sudah selesai. Ya, saya sukaaa… Saya nak ucapkan selamat tinggal kepada Streamyx dan P1 Max yang telah bermukim di rumah saya selama ini. Wah bongkaknya saya kerana selama ini dua-dua line ini la yang saya “sembah” siang malam. Untuk celcom broadband pula, akan saya kekalkan memandangkan kadang-kadang saya akan berjalan-jalan keluar kota.

Selain itu saya tidak dikenakan bayaran apabila saya membuat panggilan ke merata-rata tempat di Malaysia dengan menggunakan telephone biasa tapi bukan handphone. Saya juga mendapat 23 saluran atau rancangan television percuma pada bulan ini. Tetapi pada bulan hadapan hanya 14 saluran percuma sahaja diberikan memandangkan 9 saluran tambahan itu, jika saya ingin menonton saya boleh melanggan seperti di Astro. Separuh dari program yang diberikan menggunakan technology HD, bertambah-tambah suka la saya. Sekarang ini saya tidak dapat mengawal senyuman yang amat panjang dari mulut saya…

Sekian…

Sunday, April 17, 2011

2nd Workshop At Nikon's and AF9

Today, I went to the Nikon Workshop for my second photo lesson. I woke up and prepared myself early as I don’t want to be late. I don’t want to miss my lesson (although I sangat berat hati nak pegi) and tak mo la nanti record burukkan. We reached BTS around 10am. Class start at 10.30am. I was not feeling well, as I was having my batuk-batuk manja and a little bit of sore throat. Actually kan I malas sangat nak continue with the class tapi memandangkan husband I dah bayar all the lesson in advance so I tak ada choice but to go.

Masuk lesson, as usual, I la yang paling lembab and slow pick up. I rasa sangat rimas and stress nak concentrate. I tak suka, I bosan. Dalam hati I dah berkira-kira nak berkeluh kesah dengan chinta hati I itu bila dia ambik I petang nanti. I don’t know why but I can’t absorb what was taught fast enough unlike others. Dari kecik lagi I selalu tak dapat terima apa yang di ajar, bukan I malas tapi cara pemahaman I cukup berbeza dengan kebanyakkan orang. I want everything in details and I like to ask lots of question. But still I tak paham wakaka….

Macam tu la kat kelas tadi, I la yang tanya macam-macam but I’m sure dorang pun tak paham jugak sebab bila photographer/cikgu tu ulang balik, I dengar student kat belakang kata…oohhh…ahhh.. Nampak sangat dorang pun bingung macam I tapi segan nak tanya. I jugak la yang nampak blur kan kan kan? I tau photographer tu fed up dengan I but I don’t care, bukan free but berbayar so might as well I gunakan sepenuh kepakaran beliau. Kekadang I malas dah nak tanya dan I sedaya upaya nak concentrate apa yang diajar tapi kepala otak I asyik melayang ke lain aje. I tak paham akan terms terms yang beliau gunakkan and I hairan macam mana la I tak boleh tangkap… adakah benar apa yang mummy sering perkatakan dulu? Oh tidak….

Dalam kita orang belajar building up technique tadi, kita orang dikehendaki keluar dari kelas dan mengambil gambar-gambar dengan technique yang telah diajar. Banyak assignment nak kena buat tapi I buat kejap je dah siap.. Tak kuasa I nak buat lama-lama. Photographer tu datang kat I and tengok kat LCD, nak make sure la betul ke yang I ambik sebab I kan yang paling banyak tanya and slow kat kelas. It turned up, what I did was correct. Slow-slow I boleh jugak eh..

Habis kelas, husband I dah tunggu so mula la I berkeluh kesah, mengadu domba akan penderitaan dan penyeksaan I kat dalam kelas. I kata I tak suka, I tak minat. Husband I kata kalau tak nak nanti dia cuba tanya boleh refund ke tak..Husband I kesian kat I tapikan at the same time dia guna pendekatan secara psychology kat I. Dia kata bukan I blur but cara penerimaan seseorang tu tak sama… bla bla bla. Husband I sungguh supportive, macam-macam kata-kata semangat dia berikan kat I. Di tambah dengan puji-pujian yang membuatkan I lupa daratan sekejap. So I decided to finish up my class memandangkan ada satu lagi, which was my third and final, next week. I guess, I terpaksa tempuhi jua walaupun perit.

Balik dari kelas, husband I ajak stop kat AEON JJ Setiawangsa untuk buat “marketing” as in shopping beli barangan dan lauk pauk dapur. Sampai situ I tengok orang berkerumun kat tempat budak budak AF9 nie belajar. Siap berambik gambar lagi. Kebetulan I bawak camera, tak nak la tinggal dalam kereta takut kena curi. Dalam benci-benci belajar photography nih, tak mau la hilang. Husband I sibuk la suruh ambik gambar, mulanya I segan sebab orang ramai. I kata nanti la, lepas abis beli barang. Bila dah abis ber shopping husband I suruh I pegi ambik gambar sementara tunggu dia abis bayar kat counter. I pun pegi la dengan membuang perasaan segan itu jauh-jauh. I snap sikit-sikit aje sebab ramai orang mainly family, bertenggek kat tepi tak bergerak-gerak sebab asyik peratikan budak-budak AF9 kat dalam rumah kaca tu.

Dengan penuh confident nya I snap snap a few pics sesambil tu I perasan mesti orang sekeliling ingat I datang AEON JJ nie semata-mata nak ambik gambar budak-budak AF9 nih and mesti dorang ingat I nie professional photographer dengan focal length ku adjust kejap-kejap wakaka, padahal aperture, shutter speed, ISO etc.. pun masih terkedek kedek nak paham..wakaka..

Habis I ambik gambar dorang, I pegi kat husband I, sibuk la pakcik kecoh tu tanya I dah ambik gambar etc.. alahai suamiku yang suka akan benda benda glamour nih… haha..

Saturday, April 16, 2011

Review Maharaja Lawak la Pulak...

Oh my God, kelakarnya Maharaja Lawak episode 3 malam tadi, tak semua la but my fav’s semua best best. Sepah dan Jozan membuatkan I ketawa tak berhenti-henti. Especially bila tengok watak and muka Shuib yang jadi nyah tu hahahaha…, lepas tu jadi rebutan pulak. Baju marron yang dia pakai dengan batu-batu and rambut palsu keras nya hahaha… Itu belum lagi mimic muka and make up dia… adeeihhh hai.. Sepah betul-betul menghiburkan hati I. Memang best la. Jozan pun tak kurang hebat, lagak dan watak Zizan yang perasan bagus buat I “menyampah” yang best tapi in a good way. Same goes to Johan, chemistry dorang nie memang tak dapat dinafikan lagi.

Alex, I suka style dia berkomedi, dia jenis yang relax tapi apa-apa yang keluar dari mulut dia mesti unexpected kelakar. Man, minggu nie I rasa macam biasa aje, tak best sangat. Kumpulan Balas pun kelakar jugak, although minggu nie kurang menyengat. As for Nabil, I hate to say this but he’s always deliver every week but since I tak suka reputasi dia so I tak concentrate sangat and menonton with a cold heart, senyum aje.. wah.. personal la pulakkan.. So celebrity celebrity sekelian, control la sikit perangai liar tu so that orang tak benci and kurang peminat.

Kumpulan Jambu minggu nie biasa-biasa aje, I memang tak minat dorang so, I tak kisah best ke tak. Same goes tu Jehan, I don’t know why this time Jehan punya persembahan langsung tak menarik, unlike masa dia kat Raja Lawak dulu. Amir, hmmm..what can I say about him… nothing. I tak ada la marah or benci kat dia cuma I meluat aje dengan lawak dia yang dari dulu lagi pada I tersangatla crap nya. I tak tau macam mana dia boleh terlepas masuk Raja Lawak yang dulu. Tapi bukan salah dia pun, peminat yang undi dia, beside selera masing-masing mana sama and also I bukan mengundi pun dorang dorang nie.

As for R2, I still want to see their lawak tapi apa nak buat, as for Wai, chemistry antara dorang bertiga memang tak ada langsung and persembahan last week sangat menyedihkan. As for XN3, memang kureng la kan…

Friday, April 15, 2011

Service Terminated...

I decided to end her service after working in my house for the past one and a half years. This was the second time. The first time was when she worked alongside her cousin. They would come on Saturday and both me and my husband would go out until late in the afternoon or early evening. Along the way, I would give them something gifts, souvenirs, food etc. But after a while I decided to end their service after they did something of which I’m not happy about. I didn’t tell them right away, after they went back I smsed her and told her that I wouldn’t be needing their service anymore and if I want them back I would give her a call.

A year later, my ex-officemate rang me up and asked for her number, so I gave it to her. Then a few days later, she called me up and asked whether I need her to come and clean my house. She said, she would be coming alone and not with her cousin anymore. I said ok, as I was satisfied with the work that was done in my house before. She is very hardworking and she cleaned it thoroughly. Each time she left the house at the end of her service, my house would be so spotless that I swear I don’t mind sleeping in the bathroom. Yup, that is how good she was. I always told her, if she’s not satisfied with the pay or anything, to please tell me. In fact I told her she can go back as early as 12pm if she wants to and that she can do or continue her work on her next visit. I was always nice to her and I even recommended her to my friends and my husband’s niece.

Everything went smoothly for a while and she came on the day that she was required to do and always on time. But that changed recently. She didn’t come at 8am which she normally did, instead she came almost 9am. She is still the hardworking that she was but she kept on changing the day that she would come to my house. At first I wouldn’t mind as I thought this would be a temporary thing and not all the time. But I find that she kept on changing it frequently which abruptly disrupted my schedule. I realised that I’ve been tolerant enough and that she would give others priority which is unfair on my part. I’m a flexible person but when it is too much, I just can’t take it anymore.

Last week I was waiting for her to come so that I can unlock the door. I didn’t continue sleeping after my subuh prayer as I plan to cook something extra special for the two of us. I waited until 10am and did not receive any sms from her. I was kinda mad and worried. So i smsed her and she told me, can she come tomorrow. I said, I’m not available and can she please come and take her last month’s pay. She did not reply until late in the evening. She said to pass it to Yati so that she can take it from her and asked me whether I’m free next Thursday. I did not reply until yesterday when she smsed me and asked can she come on Thursday which was yesterday. I reply as polite as I can be. I told her I’m not free, I will pass her pay to Yati with her stuff and that if I want her to clean my house in the future I will call/sms her. With that she didn’t reply or even say thank you. That is how “nice and polite” she was.

I know my house wouldn’t be as clean or as spotless as before but at least I don’t have to pening kepala thinking when would she going to change her schedule to come to my house. I think enough la, I tak mo sesiapa datang cuci rumah lagi, biar la I buat sendiri...

Thursday, April 14, 2011

Dalam Botol


So malam tadi I dengan husband tengok cerita ..dalam botol. What do I think of the story? For the first quarter of the story, I cringed a lot. I rasa geli sebab I tak biasa tengok laki dengan laki bermesra, berpelukkan dan acting macam pasangan kekasih. I kesian kat Ruby/Bidin but at the same time I rasa sungguh hinanya dia memperlakukkan dirinya begitu, menghambakan diri dan mengharapkan cinta pada lelaki, sementelah dia pun lelaki. I rasa mana la hilangnya sifat gagah perkasa yang sepatutnya ada pada seorang yang bernama lelaki. I know naluri is still naluri but what his father (Jalil Hamid) said was an eye opening. Luahan dan isihati seorang ayah sungguh menyentuh hati I. Begitu jugak dengan mak (Normah Damanhuri) dia, luluh hati beliau bila anak dia macam tu.

Bila Ruby/Bidin balik kampung I was so happy, but I agak mesti anu dia dah kena potong masa buat operation. Iyalah kan it has clearly stated kat title film. I know he wanted so much to be a man in order to please his mom. At the same time he felt sorry for Dina (Diana D) after she told him about her sad story and such. I guess Ruby/Bidin nie confused and doesn’t know what he wants. Ending cerita nie amat meruntun hati I, especially bila mak dia berjalan perlahan-lahan ke bilik dia. Same thing goes to masa Sherry (Ogy) lost for words, cry her heart out kat bilik pengantin and not being able to tell her daughter Dina. It was so heartbreaking. Lakonan pelakon-pelakon semua sungguh mantap. I couldn’t find any room untuk mengomen watak-watk dorang because it was so good. Expresi wajah sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya. Even masa time-time Dina and Bidin nie duduk berdua, berborak kat tepi sawah or mana-mana, I didn’t’ find anything wrong with it and it was quite menarik to me.

And now to the negative side, haha….mana-mana film mesti ada yang tak kenakan, kecuali kalau I yang buat wakaka… So, I don’t know why, condo or tempat tinggal Ruby/Bidin nie was so gelap. You can’t hardly see anything there. Same goes to office Ghaus (Wan Raja), boyfriend si Ruby/Bidin nie, masa dia pegi kat office. Ada ke office gelap macam tu, macam kat store aje. So masa Ruby/Bidin nie caught him with another person, I don’t know whether it is a guy or a girl. Nampak macam pakai rambut palsu macam Ruby nie and ala-ala jantan but at the same time maybe it was a girl, who knows. On top of that, tiba-tiba Ruby/Bidin nie balik nak surprised after dia buat operation was not done properly and clearly. Garapan yang longgar. And part-part yang lain masa Ruby/Bidin nie masuk bilik Dina and duduk-duduk atas katil, mak dia tak kisah ke? And another thing tak kisah ke kalau berdua-duaan duduk kat tepi sawah or jalan-jalan, kat kampung-kampung nie. But I guess sitting or walking around is ok kot, I don’t know, I tak pernah tinggal kampung so I don’t really know the adat and such. Sebabkan kalau baca komen-komen pasal artis or orang lain kat blog artis, wah bukan main lagi macam confirm masuk syurga.

Mungkin pada orang lain tak best but to me over all cerita nie not bad and tak bosan langsung. Taste kita kan berbeza. But there is still a room for improvement. Akhir pesanan I, jangan la jadi hamba kepada cinta sesama manusia tapi jadila hamba kepada kucing, besar pahala bagi makan, belai and buang taik kucing nie tau wakaka...

Saturday, April 9, 2011

Housewarming Rumah Baru Wo

(Si girl yang naughty dengan salah satu pose nya. Gigi depan dia terhantuk and ada gaya-gaya menjurus macam gigi Wo hehe...)

Semalam, around 12pm husband I balik rumah sebab we are preparing to go to Tampin to visit Wo and the family. Around 2.45pm after Friday prayer both of us pun berangkat. Wo were having a housewarming at their new house. They bought the place/house somewhere around February this year. Three weeks before the event, Wo had called me up and asked me to bring a pudding as a desert. I as usual, buat yang paling senang je, what else kalau bukan jelly konyaku hehe… Eh, susah nak buat tau, masukkan serbuk konyaku dalam air panas mengelegak and tuang kat acuan hehe. Malam sebelum berangkat tu my SIL called to invite us to Aye’s birthday but since I dah berjanji dulu dengan Wo, I had to decline the invitation. I feel bad tapi dia bagi tau last minute.

Around 4.45pm sampai kat Bandar Tampin and I terus sms Wo sebab tak tau rumah baru dia kat mana. A few minutes later Wo pun datang and kita orang ikut kereta sampai ke rumah dia. Lepas letak barang ajak Bigail and bestfriend dia ke KFC sebab kat rumah tadi cuma makan mee hoon goreng and roti telur yang I masak earlier on, dalam kereta. Lepas menlepaks Bigail and bestfriend nya kita orang ambik birthday kek sebab wo combine kan sekali housewarming and Bigail’s 16th birthday.


(Birthday cake Bigail)

Malam tu ramai jugak orang-orang yang Wo jemput selain dari kawan-kawan office and sedara belah laki dia, kawan-kawan sekolah Bigail pun datang sekali. Meriah sungguh and the food was so delicious tapi panasnya Tampin nih, panas dari kat KL. I dengan husband I non-stop berpeluh and mengantuk yang amat lepas makan. Tapi I tak makan banyak sebab tau je la I punya perut kan jenis yang sangat sensitive. Sesambil tu I ambik gambar persekitaran and duduk-duduk kat luar sebab like I said earlier, kepanasan. Dan malam tadi, I rasa hati bagai di garu-garu tak tertahan sebab tak dapat tengok Maharaja Lawak episode 2, sedih giler hahaha… I dah terpikir-pikir nak heret husband I pegi kat kedai mamak, which I hate and I don’t like to lepaking but demi Maharaja Lawak terchenta...but memandangkan we’re not sure where kedai mamak yang nak show this so tak jadi. Then I rasa macam nak ketuk je rumah orang sebelah bila tengok ada kuali astro kat atas rumah dorang hahaha…but I pendamkan aje. Then I check kat internet bila siaran ulangan tak jumpa la pulak. Meanwhile, officemate and jiran-jiran kat tempat Wo tinggal dulu datang peringkat berperingkat sebab some of them kerja ikut shift etc. Oh and Bigail was so excited because this is the first time dia celebrate birthday and sangat-sangat fun and I can see how happy she was…

Around midnight dorang semua balik and baru la I dapat mandi sebab rumah Wo nie tak ada bilik mandi kat atas. Lepas tu kita orang borak-borak kat bawah and after a while naik kat atas and Wo dengan I sambung balik berborak.


(We bought a few kilos of rambutans on the way back)

This morning, I checked again through the internet and found out that ada ulangan kat citra warna petang nie, wah I’m so happy. Husband I beli breakfast for all of us and lepas makan sambung lagi borak. Biasala kalau jumpa and borak dengan Wo tak ada cerita lain mesti mengenang kisah-kisah lalu yang penuh “kesengsaraan” dan “penganaiyaan” wakaka… And as usual mesti bergossip pasal family sendirik hahaha… I don’t know why we never get bored of the subject and I bet by now Bigail dah boleh buat buku base on our story over the years nih. Around 2pm kita orang berangkat balik although I masih belum puas nak bermesra dengan si girl yang sungguh hyperactive dan ganas itu. And also I still nak berborak dengan Wo lagi. We reached home around 3.30pm and in time for me to watch Ulangan Maharaja Lawak episode 2, as for my husband, dia kena keluar sebab ada hal.

Sunday, April 3, 2011

I Ke Workshop / Kelas Nikon...

I decided to update my blog as soon as possible or right after such event as my tendency of laziness towards updating my blog is very high…

So hari nie I pegi kelas yang dianjurkan Nikon untuk orang-orang yang kurang arif or should I say untuk orang yang nak belajar pasal camera Nikon nih. Ingat tak aritu I ada story pasal husband I belikan I camera Nikon D90 on which I don’t know how to use it although siap beli buku lagi? Husband I pun cari kat internet whether such class exist. There is, and organised by Nikon Centre. I also found a few but it was organised by individual/photographer. But decided to go with the one at Nikon Centre. Two weeks ago we went there to register for the slot which was limited to only a number of people.

We went out early and I had my breakfast dalam kereta as I don’t want to be late. We arrived around 10.30am, singgah kejap kat Nikon Centre to check around. Then we went to Krispy Kreme Doughnut sebab husband I nak take away breakfast and sempat la jugak I makan satu donut and also beli sebotol air untuk di bawa ke kelas.

Around 11am kelas pun bermula. At first I thought I was the only one yang tak tau apa-apa and zero knowledge pasal camera Nikon nie. I was wrong, because almost all of us dalam kelas nie terkapai-kapai macam I. Oh yeah, this class is for Nikon D90 and D7000 because the feature is almost the same except D7000 is of a higher range and more expensive.

The class was fun and the students there was very helpful regardless what is their religion or races. Ahh.. this little thing touched my heart and restored my faith that we are somewhat still a family in this country. Anyway, we learned a lot of new things around (and in) our camera but it was quite confusing as banyak sangat yang nak kena ingat. Lunch break was around 1.20pm, it was supposed to be at 1pm tapi overrun sebab banyak pertanyaan dari kita orang. I makan sorang and sempat lagi ber shopping by myself which I rasa sungguh tenang. Kalau dengan husband I, mesti I stress sebab dia akan sibuk suggest baju nie or baju tu.

At 2.20pm kelas start balik. Nasib baik tak mengantuk. Again, I thought I was the only one yang confused towards the end of the class but they told me they are as confused and blurred as I am. Kelas abis pukul 5pm and my husband dah siap tunggu sambil antar sms tamilnya itu. Our early dinner was at Kenny Roger’s on which husband I belasah sampai ¾ of chicken (plus my quarter chicken sebab I tak lalu nak makan and alasan beliau kelaparan). Masa jalan nak ke car park dia cakap dia boleh rasa betapa kenyangnya dia. I kata offcourse la belasah almost seekor ayam wakaka… Before headed home, we stop over at WW sebab beli birthday present for one of my nieces which will be this coming weekend.

Sekian…

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...