Wednesday, December 21, 2011

Wo and Me Episode 28



(Again Wo duduk sebelah Daddy and I sebelah Mummy.  Tension-tension.  Tengok la kita orang asyik pakai baju yang sama aje.  Mummy and Daddy, bukan main lagi melaram.  Sampai hati wakaka...)

One night before Christmas, lampu clip clip yang Daddy gantung two nights ago kat tingkap, di nyalakan. Both of us were so excited. And petang tu both of us dah jemput kawan-kawan sepermainan sebelah menyebelah untuk datang ke rumah and sibuk la kita orang bagitau kalau datang dapat goodie bag, hebat la konon goodie bag tu kan..hehe.. Mummy susun goodie bag dalam bakul and siap pesan kita orang, one person, one goodie bag and one topi kertas yang berbentuk kon itu and it is only for kids. Sesambil tu, kita orang tengok tv that shown Christmas movie, black and white. I lupa cerita apa. Mummy sibuk di dapur prepare sikit-sikit apa-apa untuk di masak pagi-pagi esok. Selesai part tu, Mummy start keluarkan pinggan mangkuk and susun balang-balang biscuit. Mummy tak isi or simpan biscuit dalam balang tu sebab dia takut masuk angin. Oh yeah, two days ago dorang letak hadiah bawah pokok Christmas tree. I dengan Wo sibuk la belek-belek and goncang-goncang. Sepesen je. We couldn’t figure what it is. I asyik tanya, apa dalam ni Mummy, Mummy kata surprise la, ini la itu. Dalam hati I pikir nie mesti toys tapi Mummy kata no more toys sebab kita orang dah besar.

Sebelum masuk tidur, Wo mintak permission dari Mummy nak bawak susu and candies ke bilik. Mummy tanya kenapa, Wo kata untuk Santa Claus bila dia datang bawak hadiah tengah malam, masa kita orang tidur. And Wo kata dia nak bagi Jesus Christ sekali (Wo kecik-kecik dah menampakkan kealimannya haha.. tah mana-mana dia dapat idea nih. I nie ikut je. Bila tulis nie, sengih-sengih I teringatkan kisah kita orang nie hehehe.. Wo and her theory ahaha..) Mummy said ok. Then kita orang letak kat side table sebelah katil. Bila Mummy dah keluar dari bilik, I tanya Wo, macam mana Santa Claus nak masuk kalau rumah kita tak ada chimney, Wo kata ikut pintu atau tingkap. I kata pintu Mummy kunci and Santa Claus mana muat ikut tingkap sebab perut dia buncit, Wo kata Santa Claus boleh masuk. I kata kalau macam tu, Santa Claus nie macam pencuri la, Wo marah I hehe.. Sebelum tidur, Wo ajak I wish kat Santa Claus and Jesus Christ. I pun wish la mintak jadi pandai and cantik wakaka.. (memang ya pun I pandai, pandai merapu, as for cantik, adeihh hai..muka penuh tahi lalat wakaka..) I tanya Wo, dia wish apa, Wo kata dia wish macam-macam, I tak ingat, tapi I ingat dia pun wish pandai jugak.

Bila time nak tidur, I bagitau Wo, I tak nak tidur, I nak tengok Santa Claus and Jesus Christ makan candies and minum susu yang kita buat. So malam tu, I terkebil-kebil menahan ngantuk, bila nak terlelap I cepat-cepat bukak mata balik. A few minutes later, I dah tak larat, I cakap dalam hati, nanti tengah malam mesti mata I terjaga. Bangun pagi-pagi I tengok, eh, kenapa susu penuh lagi and candies macam ada orang dah usik tapi I kira sama je macam semalam (bila dah besar baru I tau, rupanya Mummy and Daddy punya kerja, Wo yang bagitau). Wo tanya I ada ke nampak apa-apa malam tadi, I kata macam ada je tapi Jesus Christ tak minum or makan dia floating aje (pepandai la I tipu-tipu berimaginasi sendiri haha..).

Di luar sana terdengar Mummy dah mula busy dengan menghidangkan berbagai juadah and I tengok balang biskut telah Mummy isi. Mummy susun kek yang telah Mummy potong cantik-cantik di dalam pinggan sesambil tu Mummy panggil kita orang suruh mandi. Lepas siap-siap mandi pakai baju. Daddy ajak kita orang bergambar kat pokok Ru kebanggaan family itu. Lepas sibuk berambik gambar, I dengan Wo dah siap-siap bukak pintu seluas-luasnya and terjengau-jengau tunggu kawan-kawan kita orang nak datang. Mummy kata, it is still early in the morning, dorang baru bangun tidur and nak mandi lagi. So kita orang on tv and on lampu clip-clip sesambil tu makan biscuit sikit-sikit. Tak lama kemudian kawan-kawan kita orang pun datang. Sibuk la I dengan Wo nak bagi goodie bag tu and ke dapur tolong Mummy bagi dorang minum air gas.. wow.. we were so excited!! seronoknya tak dapat I gambarkan dengan perkataan. Rasa macam famous and penting sangat kita orang masa tu hehe.. Parents dorang pun mula datang. Bila parents dorang usik-usik mintak goodie bag, I tengok muka Mummy. Mummy kata, dorang main-main je.. fuh lega.. hati I, sebab kalau boleh, I ndak sangat goodie bag nie ada extra sebab sepeket for me tak cukup. Then kita orang sibuk belari-lari kat luar sambil tiup belon etc.


(Some of the friends, duduk, Rusilawati, Nazatul Isma ke Intan, I, Wo tengah dokong Shapirus, Danny and Iskandaruddin)

Petang tu, ada a few uncles (not related but daddy’s colleague and we are asked to call uncle or auntie for non malay, pakcik or makcik for malay) and brought more candies. I dengan Wo sibuk la nak bukak and bagi-bagi kat kawan-kawan but when we tasted it, it feels weird. Mula-mula tu ok but bila sampai kat tengah, gula-gula tu dah rasa payau and we quickly puked it out. I masuk rumah and tanya kat Mummy, gula-gula apa nie and suruh Mummy rasa. Bila Mummy rasa, cepat-cepat Mummy mintak balik and tanya whether we give to kawan-kawan lain. I cakap kita orang bagi, Mummy kata suruh dorang buang and I dengar Mummy bisik kat Daddy. Daddy tergelak, la rupa-rupanya gula-gula ada alcohol, no wonder la rasa semacam aje. Mummy sangat marah and bengang. Mummy berleter kat Daddy. Mummy tanya Daddy siapa yang bawak. I tak ingat uncle yang mana satu. Then kita orang keluar and main balik dengan kawan-kawan kat luar and I suruh dorang muntahkan balik gula-gula tu. Bila dorang tanya kenapa, I kata gula-gula tu untuk orang besar aje.

Anyway, kawan-kawan Mummy and Daddy datang non-stop siang tu and petang another group of their friend’s came to the house. Sesambil dorang berborak, lagu-lagu 70’s yang tengah hit memenuhi ruang tamu. Bone M maaa… I dengan Wo nak tengok tv pun tak dapat and we decided to main kejar-kejar kat luar. Bila dah malam, semua orang dah balik. Mummy panggil kita orang masuk sebab nak bukak hadiah. We were so excited. Finally, saat-saat yang ditunggu tiba jua. I bukak kertas present dengan penuh rakus and bila I tengok eh, kotak kasut bata. Ini mesti kotak je kot, dalam mesti ada something special. Bila I bukak and check ke dalam kotak aje, it is true, kasut sekolah brand bata and gula-gula shape orange. Wo pun dapat hadiah yang sama. I was so frustrated. I kata, apa nie bagi hadiah kasut bata. I rasa sangat sedih and ada sendu dalam tiap patah perkataan I. I never expect it to be that, at least anak patung ke kan… Mummy and Daddy, marah I balik, dorang kata nanti nak pegi sekolah ada kasut sekolah baru. Wo, pujuk I penuh lembut, Wo kata dengan lenggukkan kepala sambil memeluk kasut bata colour putih itu “tak apa Dek, next year kita boleh pakai kasut baru yea. Kan cantik and baru nie hadiah kita”. Wo dari kecik sampai sekarang adalah seorang yang mudah adapt in any kind of situation, unlike me. Wo mudah berpuas hati and mempunyai sikap yang so easy going. Wo are so easy to please. Wo memang cool dari kecik lagi (baru I notice akan sifat-sifat Wo yang memang telah sedia ada bila I tulis nie). Perlahan-lahan I pujuk hati I yang hampa and bagi senyuman tawar. Dalam hati I berjanji pada diri sendiri, bila I dah besar and kaya I akan beli toys sebanyak-banyaknya and tak mau kasi satu pun kat Mummy and Daddy.. wakaka.. kecik-kecik dah simpan niat jahat ahaha..

Esok tu ada sorang kawan tanya, apa hadiah yang I show off kat bawah christmas tree. I pun cakap dengan senyuman manis (tapi dalam hati mencebik hampa), kasut bata. Budak tu tekejut, kasut bata. I kata iya, tak pe la, untuk I pegi sekolah next year. Petang tu, kita orang visit rumah kawan Daddy yang berbangsa serani and dorang kasi Wo dengan I hadiah anak patung soft toy yang sangat cool dan besar. Muka depan muka girl toy tu menangis and muka belakang girl toy to senyum ketawa. We were so happy and start dari hari tu, I kepti soft toy tu mana-mana I pegi. Wo punya soft toys, bersih and kemas, tak macam I punya. I siap conteng-conteng lagi rupa toys tu after a while. Then I basuh balik tapi still ada bekas-bekas magic pen. Rambut soft toy I pun messy, getah rambut tah hilang di mana.

A week or two later, we start simpan balik christmas decoration yang sungguh hazab itu. Pokok Ru yang dalam rumah kita orang, terus mekar subur sampai mencecah siling. About a month later, we through it away not before Mummy nangis-nangis sebab sayang kat pokok Ru, pokok Christmas hiasan hazab kesayangan keluarga…..

When I look back of all the memories of every Christmas that we ever had, this is the best Christmas celebration ever and one that I shall never forget. I’m glad at least I got to feel the spirit of christmas or should I say a piece of heaven, surrounded by people that I know who care for me back then. I wish I can turn back the clock and be that little girl again, who has no worries in the world, whose heart is pure and not corrupted by anything. I wish all of us are together. A wish that I know can never be fulfilled. Have you guys ever thought or have our sweet memories cross your mind, sometime? I love you Wo, Mummy and Daddy, I wish all of you a Merry Christmas and Happy New Year wherever all of you are in the world.

Monday, December 19, 2011

Wo and Me Episode 27

(Gambar nie di snap, rasanya di pagi Christmas, tengok la rambut I, Mummy siap blow dry lagi hehe...Masa nie I tengah sakit hati sebab I nak bergambar sebelah Daddy tapi Wo dah chop dulu, sebelum gambar nie di snap oleh tripod, Wo sempat lagi, dengan action cakap, yay..Wo bergambar sebelah Daddy, geram I masa nih hehe... Daddy senyum-senyum bangga sebab anak dara dia berebut nak duduk sebelah dia. Mummy pulak menjeling kat kita orang. Oh, Christmas tree (pucuk pokok Ru kebanggaan keluarga wakaka...)

Hello, ingat lagi akan kisah Wo and Me, well.. I'm back with this special story....

Ah! Christmas datang lagi. I have lots of fond memories about my Christmas experienced and I really would like to share some of it with all of you. It is not that I admire Christmas since now that I’m not a Christian anymore but that is who I am, part of my history. I guess some story are worth to be told and the story that I’m about to tell you is one of the most memorable ever in all my Christmas history. And of course, nothing can top the story where the starring role are Wo and me hehe.., Mummy, Daddy and the rest are the guest star.

I remembered a few weeks before Christmas, Mummy dah mula sibuk check buku-buku resepi (especially biscuit) yang dia kumpul or cut off from a newspaper where she paste to her scrap books over the years. Then Mummy akan ke supermarket beli planta, ghee minyak sapi, gula, tepung, manik-manik gula untuk hias biscuit etc. Petang-petang or malam, mula la Mummy menjalankan activity raksaksanya itu. I dengan Wo selalu sibuk nak join in tapi Mummy tak kasi. Tension tau. I merengek mintak tepung yang Mummy dah uli and sibuk la nak tekan acuan. Kadang-kadang Mummy kasi chance and suruh kita orang letak manik gula kat atas biscuit but most of it masuk kat mulut I. There are times, Mummy suruh letak kismis or cherry merah/hijau kat atas biscuit yang lain pulak. Bau biscuit harum semerbak and bila dah keluar dari oven, Wo and I akan rasa sebijik dua. Mummy tanya sedap tak, I dengan Wo of course kata sedap. To us, semua yang Mummy masak sedap. Dalam banyak, banyak biscuit yang Mummy buat, biscuit yang paling I suka and my favourite is biscuit makmur…. Sedappp.. Every Christmas, Mummy mesti buat biscuit nih, oh and biscuit tart nenas. Kira biscuit wajib.

Bila dah nak dekat-dekat Christmas, Mummy lagi busy. That is the time Mummy start buat kek pulak. I tengok Mummy buat kek sangat leceh. Masa tu tak ada mixer and Mummy kena guna pemukul spring yang guna tangan. Penat I tengok. Lepas tangan kanan, Mummy guna tangan kiri untuk memukul. Kadang-kadang Wo dengan I sibuk nak tolong dia pukul-pukul. Mummy kata nanti mesti penat, tak lama, I kata I nak jugak. Mummy give up and bagi kta I. Tak sampai 5 minit I dah penat. Then Mummy cakap, kan Mummy dah kata hehe..Lepas tu turn Wo pulak pukul-pukul and mula la Wo buat lama dari I, show off as usual hehe.. Wo memang tau. Not only that, Mummy tak guna gula halus, instead Mummy guna gula biasa and tumbuk dengan lesung batu sampai halus (sekarang nie, I wonder why Mummy tak guna gula halus or gula caster eh?). Seingat-ingat I, Mummy guna planta instead of butter. Kadang-kadang aje Mummy guna butter. Anyway, masa yang Mummy ambik untuk buat kek lama and I yang tengok and tunggu pun penat. Lepas Mummy abis gaul, pukul semua ramuan, this is the time that Wo and I tunggu-tunggu. Bila Mummy dah abis masukkan kat acuan tin kek, sibuk la kita orang nak mencolek lebihan bancuhan kek tu, kadang-kadang Mummy colekkan kat jari dia and bagi I jilat. Berebut-rebut I dengan Wo sapu keliling mangkuk tu. Lepas Mummy masukkan kat dalam oven, sibuk la I dengan Wo tunggu. Bau kek yang Mummy yang dalam oven semerbak membuatkan I dengan Wo tak sabar-sabar nak tengok hasilnya. Kejap-kejap kita orang tanya, Mummy dah masak ke kek tu, etc. Mummy kata belum and nanti Mummy bagitau. I dengan Wo and terjengau-jengau tengok kat luar cermin oven, Mummy dah siap-siap warning jangan bukak pintu oven. Bila dah siap and Mummy keluar dari oven, apalagi Wo dengan I, sibuk la nak rasa. Actually, kita orang bukan ndak sangat makan kek or biscuit tapi sebab excited tengok cara-cara Mummy buat. Menyibuk je kan. Tapi makan kek panas-panas sedap dan gebu. Then Mummy tanya lagi, sedap tak, Wo dengan I macam biasa akan kata sedapnyaaaa (nya tu kena panjang), then Mummy kata eleh, sambil tersenyum simpul.

On the weekend pulak, all four of us, Mummy, Daddy, me and Wo akan ke emporium sebab nak cari hiasan or accessories for Christmas tree. Dulu Daddy ada beli Christmas tree tapi yang plastic and kecik aje, tinggi betis. I dengan Wo tanya Daddy tak beli ke Christmas tree yang tinggi. Daddy kata nanti dia cari. So masa shopping for the accessories tu, Mummy and Daddy aje pilih. I dengan Wo sibuk pegang-pegang benda-benda kat situ. Mummy and Daddy tak beli banyak pun, cuma a few aje. Tension je kita orang. Sibuk la tanya apa hadiah dorang nak bagi kat kita orang. Mummy kata diam-diam, kalau nakal and gaduh-gaduh with each other, hadiah tak ada. So during the week or two weeks before the event, I dengan Wo make sure kita orang tak gaduh-gaduh. Kālau gaduh-gaduh we both make sure that it would not gaduh yang kuat-kuat sebab tak nak Mummy dengar.

A week before Christmas, Daddy balik bawak pucuk pokok Ru hidup. I dengan Wo tekejut yang amat but both of us were so excited, menjerit-jerit and melompat-lompat kegembiraan. I dengan Wo siap peluk-peluk lagi. Kita orang tak tau pun yang Daddy plan nak pakai pokok Ru kan wakaka.. Ingatkan nak guna pokok Christmas plastic yang cenonet tu. Mummy pun tekejut sama and tanya, macam mana Daddy boleh potong pucuk pokok Ru and tak ada orang nampak ke. Mummy kata, kang kena tangkap. Daddy, kata ah.. don’t worry. Mummy and Daddy pun siap-siap cari pasu and I can’t remember which one of them turun bawah ambik tanah. All I know is that night, pokok Ru telah siap-siap dimasukkan ke dalam pasu. So malam tu, the four of us mula la menghias hias pokok Ru kebanggan keluarga hehe.. I dengan Wo kalau tak gaduh-gaduh manja tak sah, kadang-kadang mana yang Wo dah gantung or I dah gantung, both of us akan tukar position. Tapi tak best la accessories tak banyakkan, kapas pun Daddy suruh letak sikit aje.. dia kata kang kalau kita orang luka mana dia nak cari kapas nak lap-lap letak ubat… apara punya alasan kan… I ambik kapas sikit, sesambil tu I try letak kat atas bibir nak buat moustache haha.. Oh yeah, sesambil kita orang hias-hias, Daddy pun pasang cassette (I know zaman retro cassette.. haha..) lagu Christmas. Wo dengan I sibuk la nyanyi sama. Tengah kita orang nyanyi-nyanyi, Wo suh I dengar lyric lagu “I, saw mummy kisses santa claus”, dendangan Michael Jackson. Bila I dengar, I kata, a’hah la Wo, then sibuk la I tanya, kenapa mummy dia cium santa claus and siapa la santa claus tu, daddy dia tak marah ke. Wo pun buat la andaian, maybe just kiss kiss pipi biasa and sibuk la I tanya Mummy, kenapa mummy dia cium santa claus la bagai.. Mummy kata tu daddy dia dress up as santa claus. Baru la hati I lega. Anyway, semua lagu Christmas kita orang boleh hafal without lyrics. Sampai sekarang I ingat semua lagu-lagu Christmas.

Two days before Christmas, Mummy dah start tukar cushion cover, tukar langsir baru and Daddy bought lots of soft drink, beers and all kind of alcohol beverage, macam-macam nama. I dengan Wo pulak bila tengok air gas that’s it, mula la merengek-rengek nak minum air gas. Mummy and Daddy warning siang-siang, kalau nak minum air gas kena mintak permission kat dorang dulu. Kalau tak ada kawalan ketat dari dorang, satu hari, satu kotak air gas definitely kita orang boleh habiskan. Petang before Christmas, Mummy dah start buat goodie bags untuk di beri pada anak-anak neighbour yang akan datang bertandang. Mummy letak sweets, belon getah, belon yang ada straw kuning, small toys etc. Sibuk la I and Wo nak join in and nak tolong letak-letak. Kita orang mintak sepeket kat Mummy. Sebelum bagi, Mummy pesan, sepeket sorang aje, lepas nie tak boleh ambik lagi. Kita orang pun promise (yela tu.. masa tu je).

One night before Christmas……. (to be continue…)

Wednesday, December 14, 2011

Reality Show (that I watch) – End of Season

The X-Factor UK/US
I was so happy because my ayam tambatan, Little Mix won The X-Factor UK 2011 Season 8. It was the first time that a group become a winner and on top of that a girl group. The moment they announced the winner, kakak nie pun menjerit kegirangan hehe… I started following these series from season 6 and 7. Had I know that it had been shown from 2004 (first X-Factor UK), I would have watched it. I know some might say I’m too old for these kind of reality show whose follower are usually are a kid or teens. But hey, age and for the love of music/song has no boundaries regardless how old you are. Let just say darah seni di dalam diri ini sentiasa membara and there is no sign of stopping anytime soon kui kui kui. Itu belum lagi I nak review pasal SYTYCD or DWTS hehe.. Nevertheless, I’m happy with the result. So, it’s the end of season 8. Oh I can’t wait for 2012, next season.

About The X-Factor US, which is currently ongoing right now, semi final, I was so sad and cried when last week, saw Rachel Crow my cutie pie, ayam tambatan was eliminated from the competition. She has the likeable personality and not too mentioned how talented this kid is. Her voice, omg, amazing. She is just 13 years old. Nie semua kerja si Nicole S yang bodoh tu. Apa guna jadi judge kalau you can’t make up your mind or decide and that you need somebody else opinion. Bangang and sungguh drama queen yang overacting. Kejap-kejap nak nangis when it was time to decide who should leave. Ngada-ngada, everything has to be about her, kekonon tak sampai hati la tu, podah… people can tell whether it is genuine or fake la. Hari-hari terakhir The X-Factor US bakal suram tanpa dapat menyaksikan buah hati I, Rachel Crow nyanyi. I was never this sad before when my favourite’s kalah ke or kena eliminated but this time siap bergenang air mata I and berhari-hari I sedih tau. Masa dia nyanyi for survival song (sebelum judges decide) she made the audience, plus me and the judges to tears that is how good she was. Sungguh touching and buat bulu roma I meremang. Masa announced dia dapat the lowest vote and out of the competition sebab si bang**g tu tak dapat decide and bagi deadlocked, Rachel terkejut and terduduk. Then mak dia belari dapatkan dia and dia meraung-raung menangis. Oh.. luluh hati I menyaksikan saat itu. What do you expect she’s a 13 years old girl. Budak-budak kan honest, apa yang dorang rasakan, dorang luahkan terus and tak ada hypocrite. Malam tu, I dengan husband I tak tidur sampai dinihari (ya, the pakcik yang buta seni nie bukan main lagi bagi dia punya opnion, berapi-api lagi menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Berjaya jugak I menarik dia secara perlahan-lahan ke dunia I hehe… Husband I nie senang je nak influence muahaha..) sebab asyik discuss pasal kes nie and sesambil tu I surfed and baca-baca comment orang yang mengutuk si Nicole drama queen tu.

A day or two later, I have to accept that is her fate. You see, betapa affected nya I. Alahai.. kakak korang nie kan.. But I’m sure she will have a bright future in the industry and I came across a few stories about her being approached by the Disney people. Yes, way to go Rachel.

Young Apprentice UK
Semalam was the final of Young Apprentice UK nih. Young Apprentice UK nie untuk budak-budak remaja around 16/17 years old. (Oh yeah before this I dah tengok Junior Apprentice UK, not bad and very entertaining). Best sebab dorang nie walaupun muda but their vision and aspiration are very high. Task yang di beri pun bukan calang-calang and sama macam task untuk The Apprentice yang biasa kita tengok selama nie. Orang yang lebih berusia dari dorang pun easily boleh kalah. I was so impress with their performance (not all though) and no wonder la some of anak-anak omputih nie cepat matang and more advance dari kita nie. I dengan husband I dah agak si Zara Brownless nie memang akan menang in comparison tu mamat yang minat bidang economist tu, James McCullagh. Sebab mamat nie one thing tak nak dengar orang punya opinion although it can be useful sometime because he’s taking the risk but still, Zara memang patut menang and dapat the 25,000.00 pound tu.

The Amazing Race Season 19
Both of us are so happy that Ernie and Cindy won this season amazing race. Bila nampak Ernie and Cindy nie belari kat finishing line. I apa lagi as usual siap menjerit tepuk tangan hehehe… I memang support this team sebab dorang jarang or tak argue langsung. Beside Cindy nie is the brain (bekas A student and beside she is Asian hehe.. yea I bias) and sangat driven.

America’s Next Top Model “All Stars”
ANTM this season penuh dengan some controversy and of course cat fight sekali kan. To tell you the truth, I don’t enjoy yang this season because muka-muka yang compete nie dah basi, yela kan kita dah pernah tengok dorang nie before this, so there is nothing new or fresh. Kira yang bertanding nie hampeh je la kan. Challenge pun kureng, tah la macam tak kena je. But I was so happy that Liza D’ Amato won for this season because I suka dia punya personality yang sungguh crazy itu. Dia tak ada la cantik or that kulit dia semacam je but she is one of my favourite’s. As for Angelea Preston tu, I memang nyampah kat minah sekor nie, she was so defensive and kejap-kejap ngamuk and tak nak kalah pulak tu. Kurang asam pun iya. Lepas tu perasan bagus aje. Kālau la personality dia menarik, sure I suka kat dia jugak. Oh during the final judgement tu ada controversy sebabkan she was supposed to be the top three alongside Lisa and Allison Harvard, si mata besar yang cool itu. It is still unknown why Angelea was not on the final judging. Ada a few rumours I baca but kepastiannya masih tidak diketahui. I hope the mystery will be reveal someday.

Project Runway Season 9
Tengah I surfed around about two weekes ago, I realised that I missed Project Runway Season 9 latest. How can I miss one of my reality favourite show nie yang dah habis? Oh, this can’t be happening. So cepat-cepat la DL and I refrain myself from surfed around on the news because I don’t want to know who is the winner. Tak syok la kalau dah tau, there will be no surpise anymore kan. So I make sure I tak tersalah masuk fashion website ke.

So last week I tengok marathon dari first episode of the season 9 nie sampai finale. Berhari-hari jugak I nak abiskan, satu hari, dua tiga series I tengok sekali. Maunya tak pening kepala I kan. Kadang-kadang husband I join in bila dia balik dari kerja. Mostly, I sorang-sorang je. And I’m happy to tell you that Anya Ayoung-Chee won, she is my one and only favourite during this season 9. She is so talented and she just learned how to sew about 4 months ago. Oh, she was also a Miss Trinidad and Tobago Universe 2008. She is so cool, calm, relax, personality dia sungguh-sungguh mempersonakan and the way she dress up sangat la hip nya. Tapi sexy la kan. Well.. she has the body, why not show it to the world. Baju-baju yang dia designed are awesome.

Si gay Josh tu punya la dengki and sakit hati kat dia each time she won the prize and top 3 winner for the challenge, bukan main lagi mamat nie menyumpah-nyumpah, dengan mata-mata and gelekkan kepala, kutuk-kutuk dia. Ah, sungguh diva lalaki itu. Anya tau mamat nie panas hati kat dia masa dia menang challenge and dapat duit, tapi dia cool aje and still talk to him and peluk-peluk lagi.

(“Anya was a contestant on Season 9 of the American television show Project Runway.[2] Despite learning to sew a few months before the show began,[3] she placed in at least the top three of most of the challenges, and eventually won the competition on October 27th 2011. Through winning the competition, Anya earned $100,00 from L'Oreal Paris to begin her own line, Pilar. Not only that, she also was featured in a fashion spread in Marie Claire and received a $50,000 technology suite by Hp and Intel for the chance to design and sell merchandise, as well as a parthership with Piperlime.com. If that wasn't enough, Anya was voted the fan favorite for a Twitter contest and received another 10 grand.[4]” from http://en.wikipedia.org/wiki/Anya_Ayoung-Chee)

Ingatkan Anya tak dapat masuk final sebab on the last show masa dorang nak kena tunjuk kat fashion week, hers was the lowest one by the judge but kalau dah nasib nak menang, judges decided bagi dia masuk final. So instead of top 3, jadi top 4 kat fashion week. Oh, during one of the series dia hilang duit masa tengah shopping nak beli kain kat mood but she wouldn’t the challenge too dengan kain yang tak cukup and kena bleach kain yang untuk patung, menggunakan segala technique dan kepakaran beliau.

Well, season 9 nie is one of the most interesting series in Project Runway series.

Sekian review I yang panjang lebar pasal reality show yang telah tamat for the season and I telah tengok for 2011. Survivor and The X-Factor US Season 1 are coming to the end soon.

Tuesday, December 13, 2011

Andaiku Pergi Dulu

A few days back, we went out to have our dinner/my berbuka puasa. I tak masak hari tu because we need to buy something beside tak buat marketing lagi. Masa masuk kat cosy house, I tengok ada sorang pompuan and budak pompuan montel cute sitting next to our table. From the moment I sit on my chair until the food arrived, the lady and I presume her daughter or adik ke, kept on starring at me. I don’t know whether I should smile or not, you tau aje la kat KL nie lain sikit tak macam kat bandar-bandar kecik lain. You senyum kat orang tu tak semestinya orang tu senyum balik. I stared blankly back at her although I saw a hint of smile on her eyes. I don’t know how to react to that. I told my husband and asked him to look, maybe to sedara I ke or anybody that I know but I totally forgotten about it. Oh my memory is very poor, don’t forget that. Husband I pun notice both of them asyik-asyik pandang I aje. I nak berborak or makan pun rasa uncomfortable. Any food yang sampai kat meja or how I eat pun both still look at me. Lastly, I buat tak tau, as if dorang tak wujud and I dapat makan and berborak dengan selesa.

Dalam perbualan pasangan season yang sentiasa asyik mashyuk ini, I tanya husband I, betul ke kalau you mati and I kahwin lain, bila kat akhirat or masuk syurga (hopefully), kita dua tak akan berjumpa? I told him, I pernah dengar a few times masa I kerja dulu from my colleague. Husband I kata, he is not sure. Then I cakap, bukan ke kalau kita kat syurga we can ask anything we want, including if we want to see each other? Mr Know All I itu pun tak terjawap. Then I cakap, kalau dia mati, I tak nak kahwin lagi sebab I tak nak tidur dengan laki lain. I kata kat dia, semua laki kat dunia nie tak akan tahan or sanggup hidup dengan I because you are the only human being yang boleh tolerate I. Kalau I happened to kahwin lain pun it wouldn’t last long. Husband I cakap dia pun tak nak kahwin lagi sebab there is only one me. And dia hairan kenapa senang-senang aje orang kahwin cerai. I kata bukan senang-senang sayang oii. The reason was maybe sebab dorang tak ngam and it’s not their soulmate. Then dia kata, maksud dia, lelaki yang dah berpuluh tahun hidup with the same bini and bila bini dia mati, dia kahwin lain.

I kata, there’s a lot of reason maybe sunyi ke etc. But dia menambah, tak kan lupa pada kenangan lalu masa pasangan itu hidup and also kalau kita cinta kat orang tu setengah mati, tak kan senang-senang je boleh beralih cinta pada orang lain? I kata, mungkin dorang fall in love lagi sekali and it is not possible to fall in love a few times in our life, some people fall in love sekali and some boleh fall in love banyak kali. Then I cakap, definitely, ramai pompuan ndak kat you, sebab you lelaki yang sangat baik and sangat gentlemen. Dia said nope and that his character might change and he may not treat the same person like he treat me. I kata, offcourse, you will stay the same, character kita tak akan berubah and we tend to be the same. Dia kata, it will, because different partner have different character that can bring something else out of us. I kata, not me and I bagi contoh for example, when I live with you, my life style is flexible and you let me get away with anything. Whether I nak masak, kemas rumah, basuh baju etc. or tak nak, you tak kisah and you tak pernah paksa or even ask me to do it. But imagine kalau I dapat laki yang asyik nak menguli I or kemas rumah hari-hari, I may not want it and I tak sanggup and I’m not used to that life style. Whatever I want to do in the house is up to me. How else they call it Queen of the house kan? I might memberontak kalau kena paksa buat something yang I tak ndak. Kalau dari muda kahwin with the same person, he can mould me but kalau dah tua-tua and dah hidup berpuluh tahun dengan the same person and suddenly, he passed away and then I start balik kahwin dengan umur yang dah tua nie, I can’t change. I want the same thing or benda yang regular yang I buat hari-hari when I was with you. And the new guy has different character because no human being has the same trait as the other person.

Lepas discuss panjang lebar pasal hal nie, both of us jalan-jalan and masa on the way turun escalator, I tak perasan but masa kita orang masuk kat coldstorage supermarket, husband I cakap, budak montel cute yang dengan that lady tu tengok-tengok I lagi non-stop. I kata, biarkan la. Nak kata I pakai lawa-lawa, alahai, sempoi yang amat. I pakai jeans, t-shirt and not to mention selipar jepun aje except for the bag. And as for the make up I pakai lip balm and eyeliner. Rambut pun I biar serabai macam minah rock lapuk. So you see, how selekeh I am? And why the heck are they still starring at me?

On the way nak ke parking lot, I sambung kisah pasal mati and kahwin lain. The other reason I tak nak kahwin lagi selain dari I tak nak tidur dengan laki lain (yela tu, tengok ber threesome pulak wakaka.. nauzubillah) was that, I tak nak harta sepencarian kita akan jatuh kat laki baru I (wah, siang-siang dah ada candidate laki baru hehe..). Bukan la sebab banyak harta or kaya-raya, not at all but I’m talking about our kereta buruk and a house that we bought. I don’t want, husband I penat-penat kerja berpuluh tahun, alih-alih somebody else claim that is harta sepencarian bersama if I happened to bercerai with the new guy kan? I would be happy to give it all to my husband’s anak buah or charity. Back to our earlier conversation about lelaki yang mati bini, kahwin lain. I cakap kat husband I, ada jugak laki yang mati bini tak kahwin-kahwin sampai tua, contoh, Mustapha Maarof. Bini dia lama dah mati tapi dia tak nak kahwin sebab dia cinta mati kat bini dia. Husband I cakap dia pun akan macam tu should it happen to him. So kalau each of us leave each other first, we wouldn’t get married again but I told my husband, if you want to get married again, go ahead, don’t worry about it. He said, no way, I’m his soulmate and his only love. Yela tu, tengok-tengok sebulan either each of us kojol, adalah pulak Raja Sehari kerepot tersipu-sipu duduk bersanding di atas pelamin dan diringingi lagu-lagu Selamat Pengantin Baru dari Saloma. Yang lelaki siap dye or gelapakan balik rambut yang dah putih and yang si pompuan sedaya upaya pakai make up tebal nak cover kesan kesan penuaan di muka wakakaka…

Masuk dalam kereta, husband I cakap, dorang yang tadi tu pandang you bukan apa, sebab you look like a celebrity. Ah sudahla… I look more like one of a survivor’s contestant yang dah berminggu tak mandi and tak makan kat some deserted island.

Sunday, December 11, 2011

Meeting Vagg, Gab and Afi

Last Friday Vagg, Gab and Afi datang sini sebab Vagg ada urusan. They stayed at Eastin Hotel PJ. A few weeks before that, Vagg had informed me and both of us arranged the best time for us to meet up. Before meeting them that Friday, we ate a little bit (alas perut) since the meeting was after Friday prayer. So after solat Jumaat husband I ambik I kat rumah and off we go to the hotel, kes memonteng la nie hehe. We were lucky because tak jam and around ½ hours dah sampai kat area tu but not before husband I missed the lencongan for 2 times.

Sampai kat bawah hotel, I smsed Vagg and she told me to wait for a while since Afi just finished doing his “business” hehe... Bila ternampak aje dorang kat bawah, we quickly hugged each other. Afi sudah besar and sungguh cute sekali. Dagu runcing macam ibu dia. Kulit putih melepak and licin. I rasa macam nak geget aje pipi dia. Tapi takut ibu dia pulak mengigit pipi I yang telah mengendur ini huhu..

We went to One Utama to have our late lunch. As usual, tempat yang crowded and parking always full but luckily we found one spot. Turun ka shopping area, we went to look for “Johnny’s Restaurant”. The reason why I brought them to that restaurant because I remembered long time ago when Vagg and myself used to yming each other, I asked her which food/restaurant that she would like to go/eat and she told me Johnny’s. There are things that I never forget although I my memory is quite bad. Puas la jugak cari tempat tu and we asked around. Kesian Vagg and family kena menapak and I bet they are quite tired since baru sampai pagi tu.

Masuk je terus order makanan and berbual-bual mesra diselang-seli dengan ketawa ria. Afi sungguh lincah and geram I, rasa macam nak kidnap aje. I suruh husband I bawak Afi jalan-jalan. He needs the exercise hehe… Then both of us bawak and tengok-tengok kan dia kat luar. Adeh boleh tahan penat melayan budak-budak nie, ndak-ndak orang yang dah “matang” macam both of us wakaka…

Lepas makan, kita orang jalan-jalan nak balik ke parking but tak semena-mena sebelah gam kasut I terbukak. Mula-mula ingat nak beli kasut baru but since dah nak balik, so I told my husband tak payah je la. Although, it was so uncomfortable. Tak lama kemudian gam kasut satu lagi pun terbukak. Ah sudah! So dengan kedua-dua tapak kasut I terbukak-bukak tiap kali melangkah, I gagahi jua. Then I decided to stop over kat one stall to buy some drinks for all of us. Tiba-tiba I tengok, eh apa kat kasut Gab, macam ada terlekat kertas panjang aje. Rupa-rupanya, stripe kasut dia terbukak wakaka.. Lepas tu dia tarik stripe kasut dia and buang. Kelakar betul la kita orang nih hehehe… Lepas tu, we sent them back because malam tu Vagg ada meeting/discussion with her friend. On the way nak balik I ambik Afi duduk dengan I kat depan since dia sungguh curious about everything. Oh dia sungguh manja, senyap tapi sungguh active. Biasalah budak-budak during that age especially kalau baru “dapat” kaki. Me and my husband sungguh happy melayan dia. Kejap-kejap I cium pipi dia yang macam putih telur rebus itu.

Lepas hantar dorang, me and my husband couldn’t stop talking about Afi. I rasa tak puas berjumpa and berborak dengan dorang and I miss them badly right now. I hope to see you all soon, insyallah next year we plan to visit you guys.

Thursday, December 8, 2011

Masakan Orang Berpuasa Bukan Dibulan Puasa


(Mee goreng dengan taugeh, selalunya I guna sayur)

I kan sekarang nie tengah puasa, bukan puasa ganti atau puasa sunat. I just nak puasa sebab firstly, I nak mengawal segala perlakuan dan offcourse nak pahala. Secondly, sebab I nak kurus and also nak jaga kesihatan sebab walaupun badan I tak berisi masa I check up long time ago kat clinic, doctor cakap I punya cholesterol is very high. So that is the reason why I puasa. Lagipun I rasa sungguh gembira bila I dapat memakai jeans or baju size S. And also I rasa sungguh confident and no more low self esteem.

(Lontong - yang nie bukan lauk berbuka tapi yang I masak last weekend)

So talking about makanan berbuka, hari-hari I masak but each time I makan, I rasa lauk sangatla masinnya although husband I kata, tak masin or sedap je or cukup rasa. I don’t know why, maybe my tastebud berubah due tu puasa. But I make sure, I mesti makan kurma for berbuka and also sirap yang husband I buat. Sebab dia buat sedap and I selalu cakap, besar pahala buatkan air or makanan untuk orang berpuasa. Apalagi dia, bukan main suka bila I cakap macam tu..hehee.. husband I kan kadang-kadang macam budak kecik. Kalau I puji, fuh..perasan bukan main lagi lepas tu senyum-senyum malu la konon..

(Mee sup, I letak wonton)

Anyway about the makanan berbuka, like I said, I masak almost everyday and macam-macam menu I try sebab I teringin nak makan semua benda… Nampaknya tak turun la berat badan I. Husband I pun sibuk la suruh masak nie, masak tu, macam dia yang puasa. Tapi dia kata kat office dia tak makan (dia tak balik tengahari bila I puasa) and seluar kerja dah longgar. I tengok sama je. So bila time berbuka, I tak makan banyak sangat tapi husband I makan macam perserta survivor, kalau ada kambing panggang seekor, sure 3/4 tu pegi kat pinggan dia. Bila dia baru rasa sikit je lauk (belum telan lagi tu), dia dah geleng-gelengkan kepala siap pejamkan mata and cakap masakan I paling sedap dalam dunia sambil nafas dia turun naik haha.., lepas tu dia cakap, Chef Ramsay pun menggigil hahaha, melampaukan... Lepas makan, mula la I sibuk makan macam-macam kudapan such as kerepek la… cookies la.. Husband I pulak akan sibuk suruh I rasa perut dia sambil suruh I cucuk perut dia dengan jari I, sebab dia nak bagitau yang dia kenyang and perut dia keras… tah apa-apa tah theory dia. Kalau tak layan I rasa berdosa la kan. I kata no problem, tapi I tak nak cucuk dengan jari, I nak cucuk dengan hidung I sesambil tu I bukak mulut besar-besar nak gigit perut dia. Cepat-cepat dia lari hehe.. tau takut...

(Kurma Telur)

I rasa seumur hidup I and lepas kahwin nie, sekali je I pernah buat kurma, tapi kurma ayam. But hari tu I try buat kurma telur. Alahai seronoknya sebab jadi and yang penting rasa mesti menepati selera I and my husband. Dia makan non-stop and I was so happy. I puasa-puasa nie rajin try menu-menu baru atau yang jarang dibuat. I rasa bila time puasa baru makan teratur sebab kalau tak puasa, I malas nak masak tengahari and makan mee maggi aje atau makan junk food.

(Tauhu Sumbat)

Minggu lepas, I teringin nak makan tauhu sumbat. I tak pernah buat eventhough it was so easy. I teringat the first time I rasa tauhu sumbat yang Mummy buat masa kat Singapore dulu. I rasa wow, sedapnya and I ingat lagi muka Wo yang tersengih-sengih girang (dengan giginya yang sumbing akibat terantuk masa meluncur kotak dari bukit itu) sambil mengunyah tauhu sumbat Mummy. I dengan Wo siap melompat-lompat kegembiraan. I dengan Wo kejap-kejap cakap, best Mummy, best Mummy. Mummy tersenyum-senyum kat kita orang. I think that was the first and the last Mummy buat kot. I tak ingat la. Mummy memang pandai masak, apa-apa yang dia buat semua sedap. Wo kata I mewarisi Mummy. Tapi husband I kata, I tak mewarisi sesiapa, husband I kata I memang talented, gifted and bidadari yang diturunkan pandai segala-gala untuk dia..wakaka..(I tau I pun nak muntah type nie tapi betul dia cakap macam tu, tak caya tanya dia). I akan kata, ish tak ada laa... biasa je.. (cewah, rendah diri). Lagipun I bukan pandai masak pun, boleh la sikit-sikit and yang simple aje. Mungkin pada dia sedap, pada orang tak. Sama jugak dengan I, maybe masakan orang tu rasa sedap tapi pada I tak. So hari tu, I pun try la buat tauhu sumbat. Like I said it was so bloody easy. And I don’t know why I tak pernah buat before this. Healthy pun iya jugakkan.

(Kek Oren atau Orange Cake)

Ingat tak I pernah cakap I nak buat kek or muffin or cupcake, tapi tak buat-buat sebab malas? So for the past few days I surfed through and cari-cari apa kek I nak buat. Furthermore, lepas berbuka mesti tengah-tengah malam teringin nak makan macam-macam bende. Dua hari lepas, I came across this resepi yang sungguh simple dan mudah nak buat. I selalu jenguk-jenguk website My Resepi nih. Hari tu lepas solat asar, dengan penuh semangatnya I bangkit dari kemalasan yang berpanjangan dan terus ke dapur. Masa tu I tak sure akan jadi ke tak sebab I bukannya pandai buat kek or pastry ke. I cuma berdoa dalam hati, mintak-mintak jadi. Nak buat tersangatlah senang and bahan-bahan pun dah ada. I kurangkan gula caster sebab tak nak manis sangat. Bila keluar dari oven, oh.. I’m so happy sebab rasa sedap, gebu dan perfect. You all should try it, ok this is the link(http://www.myresipi.com/top/detail/7425). Trust me.. mesti puas hati. It is going to be my favourite recipe and mudah untuk diingati.

Sekian kisah masak memasak orang berpuasa di bulan yang bukan ramadhan.

Note : And I rasa sungguh bersyukur walaupun I puasa and tak sahur, sekali pun I tak pernah kena gastric. Puasa is so miracle and I’m blessed. Thank you so much Allah and syukur Alhamdullilah (rasa macam setazah la pulak hehe..).