Wednesday, May 29, 2013

Ke Kraftangan Malaysia

(Miss Universe mana la yang tengah mewarna tu eh? ekeke..)
Last Saturday, we had our lunch at A&W setelah berbulan I tak makan fast food nih. Oh, makan ayam dan french fries yang panas-panas sungguh menyelerakan. Sebab lama tak makan kan I rasa sedap nak mampus... Lepas makan, we decided to go to Kraftangan Malaysia. Weather dah la panas and aircond kereta pulak buat hal... Adeeihh hai rasa macam nak lompat dari tingkap je punya la panas berbahang. Berpeluh-peluh kita orang kat dalam, bila bukak tingkap berdebu la pulak. Husband I baru je hantar pegi pam aircond hari tu. Apa nak buat with this kereta yang sungguh buruk macam nak roboh je. Itu belum lagi I nak cerita pasal cat yang dah terkopak kiri kanan, bumper dan pintu yang belekuk kena langgar dan dilanggar tah kat mana-mana. Itu belum lagi I nak cerita pasal garisan panjang di kiri kanan pintu dan di bahagian dalam pulak, pocket kerusi dah terkopak, alas lantai kereta entah kemana. I tell you, our car is so buruk, keluaran zaman gua, monyet pun tak nak masuk. Kalau letak tepi jalan tak berkunci perompak pun tak heran punya la hazab. Nak beli baru tak mampu, nasib baik la kereta buruk nie dah abis bayar, yela kan kereta keluaran kurun ke 10. Yang penting walau kereta nie berkeadaan yang sangat buruk tapi yang penting dalam kereta bersih. I don’t care about the car or jenis apa ke, mahal ke murah ke, janji boleh jalan but this aircond is killing me. Husband I kata nanti kalau dia free dia akan hantar suruh tukar aircond punya whatever lah...

 Anyway, dengan full blast aircond yang hanya mengeluarkan deruman angin sampai jugak la kita orang ke Kraftangan Malaysia ini. Tujuan ke sini pun sebab haritu tengok kat berita ada tunjuk pasal exhibition from 24hb Mei to 27hb Mei kat sini. Masa kita orang masuk, lengang je, pengunjung pun boleh di kira dengan jari. Tapi yang penting, both of us sungguh lega sebab aircond kat dalam nie sedap. Sesambil tu kita orang masuk ke souvenir shop and belek-belek barangan yang terdapat di situ. I tengok ada kompang, I ketuk sikit-sikit tapi tak kuat, I ingat nak beli tapi husband I kata tak payah la, sini mahal la, nanti beli kat source lagi murah la bla bla bla...husband I memang tau, tak paham jiwa artis tak bergred ini (eh dah turun gred ke?)  

Then kita orang masuk dekat tempat tembaga, perak etc.. cantik-cantik barangan kat dalam nie, bergemerlapan oleh pantulan cahaya lampu. Gelang and rantai perak semua menarik, tapi I tak beli sebab I dah ada banyak gelang and rantai perak nih, colour dah kusam, ubat kasi kilat dah beli tapi tak sapu-sapu lagi. Then kita orang masuk kat tempat buat tembikar, songket, tenunan etc.. ingat free rupanya kena bayar RM3 sorang tapi amat berbaloi. Dulu pernah masuk tak ingat bayar ke tak, I think bayar jugak kot. Dulu masuk kejap and we didn’t even go to the next level but this time kita orang memang pegi ke semua ceruk and baca-baca sejarah awal tembikar, tenunan dan brass making nie.. Like I said amat berbaloi pada I la sebab I learned new thing rasa macam masuk muzium je. And ofcourse tak sah kalau tak ada acara ambik-ambik gambar, tapi tak berapa terang sebab dalam gelap and I tak bawah my usual camera.

Lepas keluar dari situ I jenguk ke level bawah tapi nampak macam tak ada apa-apa je. Ingat nak balik sebab I cari-cari tempat galeri lukisan tu entah di mana then I tanya perempuan yang jaga tandas, dia kata kat level bawah. Then kita orang turun kat bawah baru la ada macam-macam exhibition. Kat bawah nie pun orang tak berapa ramai, lengang je. Rugi tak pegi kat sini sebab lukisan sungguh awesome, cantik, amazing and sungguh berseni. I terpegun seketika but yang pasti I was so happy, jiwa rasa tenang aje, walau I bukan pelukis dan tak pandai langsung. Pelukis pun ada kat tempat masing-masing but I didn’t talk to any of them. I nie kan pemalu... ye ke? Porah lah! Here’s the thing about pelukis-pelukis that I notice, they have some kind of character or image, you know, contoh macam pakai topi baretta la, pakai vest la, rambut panjang la, simpan janggut dan misai la, kurus-kurus belaka... ala-ala hippies.. I don't know why...

Anyway, lepas berambik gambar kat gambar-gambar lukisan nie we decided to go back..but...ada but lagi tiba-tiba I teringin nak melukis or should I say mewarnakan batik hehe...murah je, RM10.00. I know my husband was not so keen on me doing it. I peduli apa, just because he doesn’t like it that doesn’t me I have to follow his taste kan... Bukan I cekik orang pun, I just want to mezahirkan seni I...eceh!.... Then I teringat yang lukisan mewarna beli kat rumah tu since last year tak buat-buat lagi...muehehe.. So I told him I want to do it. I pilih-pilih gambar yang I nak then budak kat situ bagi brushes and colour. Dia ajar I serba sedikit macam mana nak campur warna and macam mana nak colour kat batik tu. I pun memulakan seisi mewarna dengan tidak berapa khyusuk kerana risau akan kebosanan husband I yang berdiri kat depan I. I suruh dia duduk, dia kata, kalau dia tau kena tunggu I dia bawah ipad ke apa so that dia tak bosan. I cakap, I dah nak bawak tapi macam leceh je. Husband I pun tunggu la dengan penuh sabar, ye ke? Apa nak buat dah dapat bini yang super duper berseni inih..ahak!. Sesambil tu I suruh dia ambik gambar I dengan berbagai-bagai pose, sudah pasti. 

Lepas acara mewarna itu siap, I tengok hasilnya, alahai kelakar nye.. Then we were told to wait for at least 15 minutes until the paint dry sebab nak frame. Sementara tunggu nak siap, kita orang belek-belek lukisan dan duduk-duduk kat situ. Husband I tengok harga and dia kata siapa nak beli lukisan yang beribu-ribu nie. I kata, people with extra money to spend. Dia kata it’s not worth it. I cakap, “it may be meaningless to you but not to the people yang menghargai dan menghayati apa yang ingin disampaikan oleh pelukis itu”. I tambah lagi, ambik contoh I, “you see, I like this painting, if it was cheap or if I have lots of money, I would definietly buy this one”.. oh lukisan itu sangat cantik dan sungguh abstract! Husband I tanya, do you understand what’s the picture was about. I kata you don’t have to understand in order to buy it, you just have to feel and how it makes you feel, ehem..*sambil mengangkat kening...

So anyway, lepas gambar I siap or should I say di balut dengan plastic dengan bingkai hitam.. husband I tak habis-habis puji... he is very supportive. Husband I kata cantik, bersih, unik la, siap geleng-geleng kepala ekeke... over acting kan dia nie...

Sekian catatan I di hujung minggu....  

Friday, May 24, 2013

I Merajuk Ok!

Tadi, I checked my phone and ada whatsapp dari Mbo. Dia hantar gambar anak-anak dia and mummy. Dia bagitau sepatutnya dorang pegi tengok wayang tapi sebab ramai orang so they decided to makan pizza. Then dia cakap Wo dah ada whatsapp, I kata I ada suruh dia download banyak kali and told her to do so a few days ago. Mbo kata dia tengah berborak dengan Wo la nie, I kata tak ada pun nama dia dalam list I. Then Mbo cakap dia ada say hi dekat I, I tanya bila, 10 tahun lepas ke? Then Wo whatsapp I and say hi. I tak jawap sebab I terasa hati la kan... Mbo can sense that I terasa terus dia kata aisye marah ke... I tau it was just a small matter je tapi apa salahnya bagitau dia dah download or hi I awal-awal sebelum Mbo bagitau kan. Dia langsung tak ada rasa sensitive kat I, takan tak tau I nie kan paling sensitive dalam adik beradik. Wo memang, I tau la I nie nothing dalam hidup dia, biasalah kain buruk, orang boleh buang kat mana-mana ceruk dapur kalau dah tak berkepentingan lagi....

Sesambil tu sempat la lagi husband I cakap, memang la I patut terasa orang buat macam tu... pandai dia backing bini cengeng dia....

Then I kata kat Mbo, korang berwhatsapp la I tengah masak mee mamee laksa kari (baru beli kat Aeon tadi sebab nak try) untuk I dengan husband I tengah malam-malam buta nie tiba-tiba lapar (abis diet I), sambil tu mulut I muncung-muncung menekan-nekan punat handphone. Then Wo whatsapp I tanya kenapa tak jawap sambil tu dia hantar gambar baby Gab yang cute, I pun cakap macam I cakap kat Mbo tengah masak mee mamee...dengan acuh tak acuhnya. Then dia kata wokey, muah... I tak jawap terus, then I kata nite-nite, then dia bagi gambar smiley kiss kiss, I tak reply... I merajuk ok...
 
Sekian catatan ringkas orang kaki sensitive.....

Tuesday, May 21, 2013

Kisah Puasa Ganti Di Bulan Mei

Hello everyone,

I have been fasting or should I say puasa ganti for the past 10 days until last Friday. I rasa sungguh lega dan happy. I tell you, ndak-ndak sekarang nie cuaca cukup panas hingga aircond pun tak terasa di rumah. I juga mengurangkan segala pergerakkan dan kerja-kerja rumah yang mana I buat sikit-sikit aje sebab takut haus. And I memerap je kat rumah. Buka puasa kat luar pun sekali dua je itupun lepas solat kat rumah. I will tell you kisah I itu. But firstly, I nak story kisah I puasa ganti nih. Tak ada la interesting mana but as you know, each time I puasa ganti, husband I mesti join in sekali. Rajin dia dengan I bersahur walaupun dia tak puasa.

Pagi-pagi lagi dia dah bangun dulu and dia dah siap-siap masak nasi. Bila I ke dapur I tengok dalam tudung saji dia dah siap gorengkan ikan bilis berserta telur mata kerbau. Alahai, tersentuh hati I walaupun simple aje masakan dia. I know kalau dia pandai masak lauk lain-lain, mesti dia akan masakan I. Tapi ikan bilis yang dia goreng, I rasa sungguh sedap, rangup dan penuh nikmat. Bila I puji-puji, husband I tersipu-sipu malu and cakap, “tak ada la, you masak lagi sedap” or “I goreng macam biasa je”. Hehe suka I tengok muka dia menahan diri macam nak semput kena puji...

Kadang-kadang dia steam hot dog and siap sedia nak buat air milo 3 in one. Ada sekali tu I tak tau apa nak makan masa bangun sahur. I bukak tutup almari cari makanan untuk alas perut. Then husband I bangun and tanya nak makan apa, I kata tak tau. Jam dah dekat 5.20 am. Cepat-cepat dia pakai jeans and baju dengan serba mamai untuk cari makanan pagi-pagi buta. Dalam masa sepuluh minit dia dah sampai rumah, tekejut I, cepatnya. Dia siap beli roti canai dan nasi lemak kat restaurant mamak yang tak jauh dari rumah. Kesian I tengok dia terkocoh-kocoh.

Ada satu pagi tu pulak, I terbangun and I tengok kat sebelah, dia dah bangun tapi I rasa pelik semacam sebab ruang tamu tidak seterang seperti biasa. I pegi kat ruang tamu, dalam kesamaran itu, I ternampak ada satu lembaga tengah bediri kat tepi suis lampu. I pegi dekat-dekat, I tengok husband I tengah berdiri dengan sebelah mata masih terkatup sementara yang satu lagi separa steam sambil tangan masih melekat kat suis lampu. I hairan kenapa dia bukak lampu yang tak pernah di bukak dan lampu-lampu tu tak terang. I sergah dia secara halus and I tanya sambil ketawa kecil kat dia, kenapa dia bukak lampu-lampu tu, tiba-tiba dia tersedar, haha... rupa-rupanya husband I tertidur berdiri hehehe..., husband I kelakar la walau tanpa sengaja.

After that, I cakap kat dia, dia tak payah bangun, biar I sahur sorang-sorang, no problem, kesian I kat dia. Dia kata tak apa, dia tak nak I sorang-sorang. Tapi untuk beberapa hari terakhir, I bangun slowly sebab husband I cepat sedar. Bila dia terbangun lepas azan subuh, sibuk la dia tanya-tanya, I makan apa, dia bukak tudung saji, dia pegi ke sinki, dia tanya kenyang ke etc. Risau dia bidadari kayangan dia tak makan. I kalau sahur sorang-sorang, I makan mee in my mug je. Malas I nak makan nasi. Sekali dua je I sahur nasi during puasa ganti. Bila time berbuka pun sekali je I makan nasi, itupun on the last day, lagipun doctor I cakap, jangan makan nasi waktu malam sebab lepas tu kita tidur, nanti nasi jadi gula. Terus la I macam trauma walaupun I tak ada diabetes tapi bila mengenangkan kedua-dua parents I ada and chances jatuh kat anak is very high.

Time berbuka I jarang masak, sekali dua je sebab husband I akan tanya and called nak makan apa and then dia tapau kan untuk I. I yang siap rendam lauk and plan nak masak apa cepat-cepat simpan balik dalam icebox, suka I tau sebab malas la nak masak. Berbuka kat luar pun cuma sekali dua jugak. Itupun like I said, I keluar lepas solat maghrib, yang lain-lain tu memang makan makanan tapau kat rumah aje. Ada sekali tu masa nak keluar makan and I teringin nak makan kantonis mee and fish and chip, so on the way nak ke GE, jam teruk la pulak. Keluar rumah pukul 7.45pm and 8.45pm, one hour, masih lagi kat jalan. Selalunya hari biasa, 15 minit dah sampaikan. I dah rasa lapar semacam, dari bercakap non-stop dengan husband I, tiba-tiba I jadi pendiam. “Radio kebangsaan” dah senyap dan complained lapar dengan muka sayu. Husband I kata nanti dia turunkan I tak jauh dari GE sebab dia nak kena pusing ikut jalan ampang ke belakang and suruh I terus order makanan.

Bila sampai kat traffic light, dia turunkan I. I punya la suspense tengok banyak kereta, dalam hati pikir macam mana nak seberang jalan nie, maklumlah selalunya ada tangan yang memimpin jari jemari ini ehek!. So memandangkan I nie pelakon berkarakter makanya, idea datang secara spontan, I pun buat-buat urut dada bila nak seberang jalan, sesambil tu muka buat-buat panik.. (nyampah bila ingat balik) wakaka.., kereta yang lalu lalang automatically berhenti tau and bagi I jalan... korang try la kalau tak percaya muehehe.. Dalam hati, berjaya jugak I melakonkan watak yang maha hebat ini... Lepas habis seberang empat lane itu, I tersengih-sengih masuk ke GE.. Sampai kat Cosy House, I terus order makanan. I ordered kantonis mee and I mintak mee kuning instead of yee mee or kuew tiaw.. Sedap lah. As for the fish and cheap, hmm.. tak sedap langsung and rupa pun sangat buruk. And I also ordered mee kuew tiaw campur mee kuning goreng for my husband. Husband I suka makan mee campur-campur nie. Tak lama kemudian husband I datang, I pun ceritakan la lakonan urut dada I, tergelak husband I.

And the second time keluar berbuka, pegi yang dekat rumah aje. Kita orang makan kat Mohd Chan Abdullah and again I ordered kantonis mee guna mee kuning jugak. Oh, kat sini dia masak lagi sedap and portion sangat banyak, delicious and a true chinese dish indeed, kantonis mee la yang lain-lain tu pada I tak sedap. After that ada sekali tu husband I tapau kantonis mee nie untuk I berbuka... During puasa nie I sangat teringin makan kantonis mee nie, tak tau kenapa.

During ganti puasa nie jugak, berat badan I cuma turun 0. 1 or 0.2 je and not even half kg, tension I. As for my husband, since I puasa dia makan roti and mostly dia tak makan langsung cuma minum air je and berat badan husband I turun lagi and seluar kerja dia yang size 36 dulu-dulu dah boleh pakai balik sedangkan bulan lepas size pinggang seluar dia 40! Seluar short yang I buat untuk dia pun dah longgar, kejap-kejap dia tarik. Dan berat badan husband I so far sudah turun 10kg dalam masa 2 bulan!

Anyway, like I said, I lega puasa ganti I dah selesai....

Sekian, catatan I untuk kali ini...

Thursday, May 9, 2013

Tentang Trip Ke Beijing, China


What I’m about to write is base on my personal opinion and experience.

But firstly, I want to tell you about what Mel told us about China nie. Mel cakap orang cina di negara dia (but I’m pretty sure the majority of the people in the world) ini mementingkan lelaki or anak lelaki. Sebab itu kat negara dia banyak lelaki dari perempuan. So bila I dengan husband I tengok lelaki dan perempuan berpasangan tengah jalan-jalan ke, both of us cakap, this guy must think that he is so darn lucky to have a girlfriend. It seems perempuan banyak choice hehe.. As you all know policy kat China nie, satu anak untuk satu family. Kalau orang tu beranak lebih satu anak yang kedua, tidak mendapat IC, tidak boleh pegi sekolah, tidak boleh bekerja (IC and kewarganegaraan xde kan), tidak diberi kewarganegaraan etc. As for orang muslim or kaum minority pula, mereka hanya dibolehkan dua anak sahaja. Rumah di Beijing adalah sangat mahal dan boleh merangkum berjuta-juta untuk sebuah apartment yang hanya berapa kaki persegi sahaja, paling murah ialah 2 juta yuan. Some of them menyewa di bawah parking lot yang telah diubahsuai menjadi tempat tinggal yang bila bukak pintu terus katil. Kebanyakkan mereka mengalami masalah kulit setelah terlalu lama mendiami tempat itu. There was one incident dulu masa ada banjir besar kat Beijing, orang-orang yang tinggal bawah tanah ini lemas kerana tidak sempat keluar. See how lucky we are to live in Malaysia although harga rumah cukup mencekik darah kalau yang tinggal kat bandar-bandar nie.
 
(Tak nak beli ke? Tu siap ada nombor lagi kalau nak call...)
 
Harga air di Beijing adalah sangat mahal dan orang-orangnya jarang mandi, kalau mandi pun hanya seminggu sekali. Makanan di Beijing kebanyakkannya adalah masin-masin belaka dan banyak sayur. The reason why makanan dorang masin was because Mel cakap, masa zaman dulu orangnya dan anak-anaknya ramai dan miskin. Untuk menjimatkan makanan supaya family dorang nie tak makan banyak dorang akan letakkan garam banyak-banyak. So hingga kini dorang dah terbiasa kalau makan mesti lebihkan garam. For sure la senang kena darah tinggi. Orang Beijing nie jugak suka makan daging kambing atau lembu. Kalau nak makan daging kambing atau lembu nie baik la ke restaurant muslim sebab pertama, memang restaurant muslim akan menyediakan daging yang halal dan memang betul-betul daging. As for restaurant yang bukan muslim nie tidak diketahui akan kesahihan daging tersebut. Orang Beijing jugak memilih untuk makan di restaurant muslim kerana dorang tidak menggunakan minyak yang telah digunakan berkali-kali dan ditapis tidak seperti restaurant bukan muslim. Masa time nak makan, kita orang di beri pinggan makan yang kecik, besar sikit dari piring. So every now and then, ada je, sudu or garpu terjatuh la, lauk tak masuk betul-betul kat pinggan kecik itu, bila tengah makan, lauk pauk terjatuh kat tepi pinggan la. Nampak sangat la kita nie dah biasa pakai pinggan besar dan letak banyak lauk kat negara kita eh? 
 
 
Mel cakap kalau nak beli barangan kat vendor luar dan bukan government, hendaklah berhati-hati sebab duit palsu digunakkan berleluasa. Kalau nak beli barang, guna duit cukup-cukup, jangan guna duit yang memerlukan anda dapat change, kerana chances untuk mendapat duit palsu adalah sangat tinggi. Mel ada bagi tunjuk ajar kita orang cara nak mengenal duit palsu ini.
 
Dalam pemerhatian I majority penduduk di Beijing nie yang I tengok, kebanyakkannya adalah golongan muda remaja, orang tua ada tapi tidaklah seramai golongan muda. Kebanyakkan or should I say almost 100% of pekerja kat Beijing ini terdiri dari golongan muda remaja dalam lingkungan belasan tahun, dari penjual-penjual, hinggakan ke pekerja airport. Kebanyakkan mereka tidak la stylish mana, biasa-biasa aje, ada jugak yang outstanding tapi tidak ramai mana kecuali yang kaya. Yang golongan tua or pertengahan umur tu jangan cerita la, memang out la fashion dorang, serasa macam berada di zaman dahulu kala. Rambut serabut etc. Dorang nie kan generation lama. Orang dia memang ramai, merata-rata tourist spot yang kita orang pegi mesti ada group local tourist dari daerah tah mana-mana, siap dengan topi dan bendera masing-masing. Orang cina nie memang suka berjalan-jalan. Dia orang nie jugak agak kecoh and suka bekahak merata-rata, kejap-kejap kedengaran kraaakkk krrrukkk..ohh..I heard it everywhere and whenever I go...yicks!   

(Motorsikal pun ada sarung tangan)

Budak-budak kecik dia sangat la cute... I geram betul tengok pipi dorang yang bulat dan merah itu bak apple, rasa macam nak gigit je, kang termuntah la pulakkan hehe.. almaklum jarang mandi hehehe... (jahat I) tapi budak-budak dia memang cute sangat. Mode of transportation dorang is basikal. Ada yang basikal kayuh, ada yang pakai enjin dan jugak motorsikal dan dorang nie tidak memakai topi keledar. Bila tengok pasangan naik motor tak pakai topi keledar nie, teringat cerita korea... ahh..romantis, yela romantis dengan menyedut debu-debu kat jalan. 

 (Macam nie la rupa kebanyakkan budak-budak kecik kat sana..cute kan..)
 
Mana-mana kita orang pegi especially kat tourist spot, mesti kita orang akan dikerumuni oleh vendor or orang-orang berjual berbagai-bagai barangan cenderahati. Same goes each time kita orang nak pegi makan especially time dinner. Sebelum masuk ke restaurant, dorang dah sibuk tunjuk-tunjuk barangan jualan, bila kita orang keluar lepas makan, they are still waiting for us, dengan sejuk yang amat diluar. Sampai ikut kita orang ke bas and bediri sambil-sambil tunjuk barangan, tawar harga yang paling murah kat kita orang. And they can speak malay! There was one time, husband I cakap, beli je la barang-barang tu although we don’t need it sebab husband I cakap, the least we can do, tolong dorang, kira macam sedekah. Husband I cakap, kalau dia nak beli barang-barang or nak tawar-tawar sampai tak sanggup dia nak tengok muka dorang nie, wah, sensitive feeling jugak husband I eh...

There was one time masa bas kita orang tengah beratur nak masuk ke parking lot untuk ke shopping mall, tiba-tiba kita orang ternampak ada orang tua, setua mak mentua I, umur dalam 80 lebih, tunjuk-tunjuk botol mineral kat kita orang kat tingkap bas. Rupa-rupanya dia nak botol-botol mineral kita orang untuk di jual ke kilang recycle. Oh my God, dia punya la sanggup tunggu lama sebab masa tu bas tengah jam, I dengan husband I look at each other sambil mengelengkan kepala sambil discuss with each other, how sad la tengok keadaan macam tu. I cakap kat husband I, imagine that is your mother... Husband I siap tarik nafas ala-ala sendu..yela kan muka serious bouncer pun ada kain sari dalam hati... 

 (The one and only van untuk Food and Beverage kat Tiananmen Square)

Oh yes, about the shop kat Bird Nest Stadium yang jual batu-batu tu, please don’t buy anything kat situ. For your information, barangan and batu yang dijual adalah fake! Jangan percaya cerita-cerita penipu dorang nie. I don’t know how all of us boleh begitu terpedaya dengan mudahnya. Kan I cakap I sangsi pasal kedai tu kan. So balik dari Beijing, husband I beli laser pointer and kita orang try batu yang beli kat kedai tu and also semua batu-batu samada costume jewellery I and result sama je. I whatsapp/sms/inbox almost all yang pegi dengan kita orang haritu and bagitau dorang. I also did my research and googled, yeah its a scam, I bagi dorang the link. Then husband I pegi ke kedai Lazo Diamond untuk dorang nie check guna machine. And yes, orang tu mengesahkan it was a fake. I cakap kat husband I that he should listen to me when we were at the fake china shop and trust me instead of that bloody scammer. I should have be more adamant and he should have followed my instinct. Husband I kata tak apa la, we lost RM1200. But I cakap, money is still money. Its worth a lot to me. After that I whatsapp/sms the orang kaya and pensioner yang spent berpuluh-puluh ribu on the batu-batu palsu itu. They said they went to poh kong and orang poh kong pun cakap fake. Kesian dorang. They said, they are going to do something about it. I tak tau apa dorang nak buat, I tak contact dorang lagi and I don’t know what is the latest update on that. But I do hope they will get their money back. And to my readers, you have been warned, so becareful yea.. 

  (Uncle-uncle tengah khusyuk bermain judi di Great Wall of China)
 
Anyway, my husband said that this trip is not bad, he enjoyed it, he loves the scenery, he loves the building, the huge big road, the cleaniness, he impressed with how this people knows how to speak bahasa melayu. As for me, I hate this trip, I don’t really enjoy it as I feel and I’m very sure, Mel purposely bagi masa singkat for us to go to a place yang tidak memerlukan untuk kita orang berbelanja, such as great wall of china, summer palace, tiananemen square, forbidden city and panda zoo. I noticed that kalau pegi tempat yang kena keluar duit, tiga empat jam pun tak apa such as kedai sutera, kedai teh, kedai ubat, kedai batu etc. I don’t enjoy the food which was tasteless to me, except for soup tulang kambingnya yang sangat enak. I hate the weather because it was so cold and we were not told to bring a heavy jacket. Even dalam semua kedai and restaurant pun tak ada heater.
 
(Bunga-bunga Sakura yang sedang berkembang)

Lastly, you know how I was always mistaken with being a chinese in Malaysia kan? Same thing happened while I was at Beijing. Salesgirls kat situ asyik tanya, whether I’m a chinese, I kata no and they ask me (again the same question macam kat Malaysia nih), kenapa you macam muka cina. Alahai.. tak terjawab I. Yea ke muka I macam muka cina? I tau la mata I sepet and kulit I putih kuning sikit... And then kan masa nak masuk kapalterbang, ada la pramugari nie greet I, dia kata hi, I kata hi and then dia start cakap cina dengan I and I main agak, I tunjukkan no. ticket I and dia pointed to the direction then bila time husband I kat belakang I, dia cakap selamat datang and then dia tanya, seat nombor berapa encik? Waaaaaaa............ kena belajar cakap mandarin la macam nih........

Sekian, catatan perjalanan I kali ini....

Monday, May 6, 2013

Glad It Was Over



Yesterday, I pegi mengundi and I think this was the 3rd time in my life. Bukan sebab I tak nak mengundi dulu, but sebab asyik pindah randah dari negeri ke negeri then ke luar negara kejap masa baru kahwin dulu..dekat je luar negara tu, seberang tambak johor je...(alasan tak masuk akal!) I hope I don’t have to move around anymore, yela tu..kalau la ku boleh terbang ke negara empat musim itu, sehelai sepinggang hatta berseluar dalam sekalipun pun sanggup ku redahi..hehehe... Tak ada semangat patriotik langsung..ampun IM4U...
 
Well..actually, I took it for granted before and I never thought that we would have a traitor that brought so many unnecessary chaos like right now. This year election is the most emotional one for me and I want to make sure that the current government remain the same. I feel so sad and angry to see most of the new generation has no moral value and not using their head to think through. I hate living in a country where one has suspicion of the others not to mentioned the maki-maki and stupid rumous that has been spreading around like crazy. I hate having to hate the people who support the other parties, be it my relatives or my close friends. I don’t like having that feeling. 

Having said that, I’m so glad that it was over and the government is still in power although the result is not what I expected...