Nenen Dan Punggungku Di Cemari


Wah…suspense je title….

Aritu I try another spa. Nama Spa nie Dewi Day Spa. This spa was not far from the other one yang I baru first time pegi aritu jugak. Selang dua tiga pintu aje. I decided to try yang this one sebab katanya Bali punya urutan. I tak pernah try bali-bali ke indon ke thai ke…so teringin la jugak nak rasa. I main redah aje masuk without buat appointment. Nasib baik ada tempat lagi. Lepas tanya-tanya package and choose jenis haruman mana yang I ndak kat counter, I pun di bawa masuk kedalam wow… terasa macam sungguh Asia dan artistic. Dengan hiasan dan perabut-perabut kayu jatinya. Memang cantik la tempat nie. Pekerja kat situ cakap dulu dorang buat kat hotel tapi bila hotel tutup dorang pindah kat sini.

Masuk bilik, wah… malap je lampu. Patutnya I kasi terang masa nak bukak bajukan tapi masa tu tak terpikir. Sibukla I menyenap dalam samar-samar tu… Kenapa la I tak terangkan je lampukan… So gambar yang I post tu cuma satu je terang sebab bila dah abis baru rawatan spa baru la I teringat nak bukak lampu terang.

Anyway, lepas bukak baju dengan hanya berseluar dalam pakai buang, I pun mula di scrub oleh therapist yang didatangkan khas dari Jakarta. Tengah-tengah dia sental tu tiba-tiba I rasa seluar dalam pakai buang dibukak.. sudah, nie nak mencabul kehormatan I ke? I dah risau, tak lama kemudian dia pun menyental kat bahagain punggung I. Tekejut pun ada, sebab sepanjang-panjang I pegi spa tak pernah lagi punggung I kena sental. Nak tegelak pun ada. Since I nie sibuk, I tanya la, eh punggung pun kena sental ke? Dia kata, iya sebab semua tempat memang kena sental supaya seluruh badan bersih dan lembut. Kalau tak nak pun boleh jugak. Well..alang-alang, I biarkan je la. Then bila sampai time kat badan, tiba-tiba dia bukak kain part tutup nenen I and terus di sentalnya kat situ. Tekejut I lagi sekali, tak pernah dalam hidup I nenen I di sental, raba dan uli samada lelaki atau perempuan melainkan “you know who la kan” wakakaka… I tanya lagi, nenen pun kena sental jugak ke, dia jawap, yea kak, memang sebab segala daki-daki ada di merata-rata. I malu sebenarnya tapi I terpaksa buang jauh-jauh perasaan itu sebab yang untung balik nanti pun “you know who la kan”, yela..dah smooth and berkilau haha..

Lepas di sental, I pun disuruh mandi. Lepas mandi and tukar seluar dalam pakai buang, buat steam kat dalam kotak kecik yang I selalu tengok kat majalah. Sebab kat Energy Spa, kita orang duduk dalam bilik. Lepas abis steam, saat-saat yang I nantikan..yes.. urut…ahhh..sedapnya… urutan Bali/Asia and urutan Swede nie lain tapi sama-sama sedap. I rasa macam nak menjerit kesedapan di belai macam tu. Nak tertidur pun ada tapi I memang susah nak tidur walau sedap macam mana sekalipun. Dan seperti rutin tadi, punggung I di urut dan di uli semahunya begitu jugak dengan nenen I yang “hardly there”. Apa nak buat, dah “hukum” spa macam tu kan…Actually, I don’t mind pun, bukan stim pun kalau pompuan urut.

Lepas di urut, I pun kena mandi lagi. Lepas mandi and tukar seluar dalam pakai buang, I di suruh mandi kat dalam bathtub yang besar luas itu bersama dengan taburan herba and daun. Oh yeah sepanjang rawatan spa tu dorang pasang bau-bauan harum semerbak. Masa I dalam bathtub sorang-sorang tiba-tiba ter suspense as usual. Yela kan, I kan sorang-sorang, katil urutan pulak tu ada dua and keadaan dalam tu pulak samar-samar. Rasa macam ada je antu tiba-tiba menjelma di kepulan asap atau muncul dari dalam kepulan air buih kat bathtub tengah-tengah celah kangkang I… oh dear…. Masa tu la I rasa tersangat la bosannya, rasa macam nak bangun cepat-cepat aje.

Lepas abis buat semua rawatan and mandi, pekerja kat situ kata kalau I nak bayar semua package, meaning 5 kali datang bayar RM999.00 meaning satu kali datang RM199.00, kalau tak pakai package RM299.00 Kira untung la yang package, untung seratus. I kata nanti I pikir.

Masa husband I ambik, cepat-cepat la I cakap nenen and punggung I kena uli. Husband I ingat memang selama nie kalau pegi spa orang tu buat macam tu. I kata tak, kat sini je baru first time I kena. Balik rumah I check nenen and punggung I, sebab rasa nenen I tegang semacam. I check kat cermin wah..macam ada terangkat and kembang je. I bagitau husband I. Dia pun sibuk la nak tengok and nak rasa bahagian-bahagian tersebut. Biasalah orang tua tu, mesti nak ambik kesempatan..I kata hap! No No No… sambil bagi warning dengan jari telunjuk I.

Comments

mawar said…
salam wow bestnya sis rasa nak try pulak
Misty said…
wslm mawar,

try la... sedapp ..sis baru pg lagi semalam..
Anonymous said…
wow
best nya
nak keja kt spa tu,boleh?
hahahah

-nakkal-
Misty said…
hahaha... dah agak dah...haha

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku