Thursday, May 27, 2010

Ehem-ehem

(Label baju yang mula-mula I order)

Yuhuuuuu..... finally I ada label sendiri..wohooo... Kenapa dua? Ok let me tell you a story yang serba menyakitkan hati and also “pelik” yang amat.. Untuk kisah on the first label nie...Me and my boo went to this one place (late last year) after he surfed around looking for company yang buat nih. Bila sampai situ, I pilih pattern and design yang I ndak.. Then that lady said, someone will send me an email, photoshop, of rupa yang I ndak. Lepas agreed dorang will proceed. After about 2 weeks I tunggu punya tunggu and check my email everyday...tapi tak ada pun. So my husband pun called la...everytime he called, minah nie tak angkat telephone and handphone. When he went to the place.. it was close..(as in..keluar sekejap not close for good). About 2 weeks later, minah nie called I kata dah siap. I kata macam mana boleh siap kalau email of the photoshop pun I tak tengok lagi and belum tau I approve ke tak..dia kata..eh orang dia tak ada email ke..I kata tak de la... But I kata nevermind I asked my husband to come over and ambik je. Bila husband I pegi, as usual tutup. Husband I called xde orang angkat.. Pelik kan? Berhantu ke tak?

During those time I dah ordered with another company (recommended by Siti). Yang ini satu hal pulak. I kata I nak buat kat dia, dia kata ok..After about a month I called and tanya, so macam mana.. Dia kata I tak ada mintak..I kata kan I kata I ndak and dia tak contact I pun...Then dia pun mintak la I punya email add etc... so balik dari belajar malam tu, I terus email dia and bagi sekali pattern/design yang I ndak and I sms dia immediately telling him that I dah email kat dia .. Then dia balas email I and attached the bills and agreement sekali. The next day husband I bank in deposit. After that I tak ingat... Then about a month later, Siti tanya and discuss with owner of the school pasal label, then I teringat I punya kat mamat nie. So I called him that night and guess what, he can’t remember which one yang I order. I cakap dah dekat sebulan, janji kat agreement 2 weeks and I dah bayar deposit... I kata I nak in one week time. Dia kata dia cuba... After 3 days dia tak call. I sms dia and tanya macam mana? Dia tanya, I yang mana nie.. I sudah panas... Each time I sms/called him I kena introduce myself and dia tak tau mana satu label I.. geram tak? Then dia kata... oh.. yang I punya dorang tersalah colour (dia ingat I bodoh ke nak tipu-tipu, tak siap kata la tak siap). I kata ok tak pe but I want it by Friday... Dia kata dia cuba... By Thursday dia senyap... I sms lagi..dia tak reply sampai malam. I sudah geram..I sms dia and kata apahal dia tak reply my sms and how’s my label.. dia kata dah siap, boleh ke I datang ke tempat dia...tempat dia jauh..I kata why don’t we meet up at KLCC lobby kat bawah and we give you the money on the spot.

(The second label baju)

Dia balas sms I kata tak dapat and terus mintak final payment and address (konon nak antar la guna pos) dengan penuh action nya. I sudah geram. I cakap dalam hati tak pe I sabar je dulu. Next day husband I pun bank the final payment and husband I sms dia to let him know that we dah bank in. Dia tak reply, husband I called office and all dia punya kuncu dorang tak angkat pun, sebab ingat weekend nak pegi kat tempat dia and ambik terus, furthermore we want to know exactly mana nak pick up the things. Balik dari kerja husband I discussed dengan I...I sudah panas gila.. Then I sms dia malam tu..I sound dia, nape tak reply sms dh dapat duit ke tak etc....sekali dia reply...dia kata dia akan pulangkan duit I balik..I balas dengan gembiranya.. So malam tu dia bank in kesemua duit I balik... After 2 weeks later I tengok dia show off I punya label kat website dia and tulis kat situ, dah deliver... penipu betul. (Tapikan jangan tanya I siapa nama or which company/website his from.. (dia operate dari rumah aje) because I tak mau reveal walau dia dah buat tak baik dengan I, biarla... I tak nak burukkan nama orang, nanti orang tak nak tempah kat dia. Walau I sakit hati macam mana, I masih tak sampai hati. I just hope akan jadi pengajaran kat dia, kalau berjanji kena tepat janji, treat orang or your customer baik-baik dan kalau tak boleh buat jangan terima tempahan orang also inform orang tu awal-awal. Yang pasti jangan berdusta).

Then husband I pegi kat kawan husband I and suruh orang tu buat... About two weeks later, label I pun siap.. the funny thing is the pattern/design was exactly the same with that guy yang tak tepat janji tu..but price kawan husband I lagi murah.. so I don’t care mana kawan husband I dapat.. Then...the next day husband I saje-saje called kat tempat yang mula-mula kita orang order...and guess what? Minah tu angkat telephone and cakap dah siap kenapa lama tak ambik... Tekejut husband I, husband I cakap dah berapa kali dia pegi situ and called dekat bepuluh kali tapi tak ada orang angkat and kedai asyik tutup... Minah tu kata orang lain yang jaga... (ini lagi satu kaki kelentong tapi pelik la...unsur-unsur mistik pun ada nih). Then husband I pegi situ and angkat... so that is why I ada dua label... Sekian....

Me : Sampai 100 tahun pun tak abis label I guna sebab teramat la banyaknya.. yang pink/putih is about 1200pcs and yang orange/white is about 2300pcs. Kecuali la kalau baju yang I jual teramat la laku dan business gila-gila.

Tuesday, May 25, 2010

Cerita Seram Yati...

Seperti biasa kat kelas kalau hari khamis malam jumaat, kita orang mesti ada makan-makan either ringan atau berat sampai rasa macam tak dapat bernapas kalau pakai jeans. Selain dari acara melantak sampai tersentak kita orang akan share cerita alam mistik nih. Dorang nie kan banyak betul kisah-kisah dan pengalaman sendiri. I cuma dengar je kan or I cerita apa yang I dengar. Pengalaman sendiri belum ada lagi..tapi nauzubillah...xmo la.. *meraong*. Selalunya bila kita orang start cerita-cerita seram nie, secara tiba-tiba bulu roma kita orang akan ternaik, especially kat lengan. Tak ada la bulu lengan I "semeriah" bulu lengan GAB kan.. (GAB nye boleh buat paint brush kui kui kui...).

So kali nie I nak share cerita Yati pulak. I start yang tak berapa seram dulu. Kes pertama. Yati cerita dulu-dulu kalau dia balik Perak dia rajin drive malam-malam dan berseorangan. Laki dia tinggal kat Perak. Satu malam tu dia balik Perak around 9pm macam biasa. Selalunya kalau dia drive tu, dia make sure, keret-kereta kat depan and belakang dia tak jauh dari kereta dia. Tapi entah macam mana malam tu jarak kereta-kereta kat depan and belakang dia agak jauh sampai nampak kecik aje lampu belakang dorang. Tengah dia drive tu tiba-tiba dia tekejut sebab kat tepi jalan tempat yang dia biasa lalu tu ada batu nisan . Dia kata betul-betul kat tepi jalan (note : dia selalu ikut jalan tu and tak pernah pun ada batu nisan kat tepi jalan selama nie). Dia dah mula panic and cepat-cepat dia tengok mirror tengah, mana la tau ada “penumpang free” kat belakang kat. Dia nak baca ayat dia tak dapat sebab dia tengah period masa tu. Apalagi mengigil la dia and dia pecut laju sebab dia tak mau jauh dari kereta depan. Bila sampai kat simpang nak masuk ke Perak dia berhenti kat tepi jalan and called laki dia suruh ambik dia. Dia kata dia dah start menangis. Laki dia suruh dia drive slow-slow. Bila sampai kat rumah aje terus dia meluru masuk and tak terkata lagi.

Kes seterusnya... Amaran : kisah nie adalah antara kisah yang paling seram pernah I dengar. Kisah berlaku pada Yati sendiri (pencerita) dan juga officemate beliau. Kira first hand and second hand experience la nie. Kedua-dua kisah nie berlaku kat toilet dan office dia baru-baru nie dan di siang hari... saya ulangi di SIANG HARI dan waktu pagi.

First...kira pengenalan... toilet kat office Yati nie di kongsi bersama dengan office-office lain dan juga institute/pelajar yang belajar disitu. Sebelum sampai ke toilet, para “pengunjung” kena lalu depan lift dan akan lalu toilet lelaki sebelum ke toilet perempuan yang agak tercerok sikit. Selesai pengenalan di atas, biarla I teruskan cerita ini (wah..kemain lagi eh bahasa I puitis penuh tragis inih...). Incident pertama berlaku kepada Yati sendiri. Yati cerita selama nie dia tertanya-tanya jugak kenapa cleaner kat office dia tak pernah tutup pintu bila basuh toilet..... Tak lama kemudian dia dan officemate dia terdengar cerita-cerita mistik dari officemate dorang yang pernah mengalaminya. So everytime dia nak ke toilet dia orang akan berteman. Dia kata tak syok la nak kena tunggu and kacau officemate dia everytime dia nak ke toilet kan.. Tapi suatu hari tu macam biasa dia nak ke toilet, dia suruh officemate dia tunggu ke dia pegi sorang...(sorry I tak dengar sangat apa dia cakap, sebab suara dia halus and dia antara wanita yang sungguh lemah lembut yang masih ada kat Malaysia nie, kekadang tu I main angguk je walau kurang jelas apa yang diperkatakan..muehehe...tak kuasa nak suruh dia ulang..). So dia pun masuk la nak melepaskan “hajat kecil” nye itu. Sedang dia tengah melakukan apa yang patut (cebok la), tiba-tiba dia ternampak ada bende hitam zuppp... melintas kat bawah dia dengan agak laju... Dalam hati dia kata sudahhh... (member tengah menjirus air masa tu...), tak lama kemudian...zupppp..bende tu terbang dari atas kepala dia...Dia apa lagi, terus melompat keluar dengan seluar kecilnya masih tak bertarik ke atas lagi... then dia terdengar bunyi orang tengah bukak air...menjerit dia...tapi nasib baik la kawan dia.. terus both of them belari keluar, sempat jugak la dia tarik seluar dia masa belari tu.. I kata, nasib baik tak kat pergelangan kaki, kang susah nak lari heheheh... dia kata...akaaakk..kat I dengan suara manja halus dia hehehe...... Kecoh jugak satu office.. kisah dia tu....

Wait... cerita dia tak berapa seramkan? Ok let me tell you about the real core of the story..Kisah nie berlaku kat one of her officemate... Seperti biasa, tempat kejadian kat dalam toilet..where else kan.. Masa tu officemate dia pegi sorang-sorang. Lepas officemate dia buang air kecil...officemate dia pun keluar la nak basuh tangan...tiba-tiba kat depan officemate dia ada “bende” tu tengah bertenggek dan berjuntai kat atas sinki betul-betul mengadap dia...rambut panjang mengurai ooo...sambil tersenyum simpul kot... Officemate dia apa lagi mengigil tak terkata... Slow-slow dia pusingkan badan dia kearah pintu and serentak dengan itu... “bende” tu mengilai... Kawan dia apa lagi, melompat keluar, kalau tak silap I meraung la jugak... Sampai kat office, kawan dia duduk diam-diam dengan muka pucat and I think this is her friend yang dia cakap, the next day MC and demam dekat seminggu.... Masa Yati cerita kisah nie, I menerjah and menjerit pegi kat dia... Mula-mula I gelak bila Yati cerita dia akan melompat keluar dari toilet lepas "menyelesaikan" tugas dia... I yang dengar je pun dah melompat, sekarang baru I paham... I kata, kalau akak pun melompat gak Yati, kira nak cover malu la nih kui kui kui.. (minggu nie perkataan : melompat)

Yati kata, dia hairan sebab kenapa pelajar-pelajar yang share toilet kat situ tak pernah pun dia dengar kena kacau..I kata budak-budak sekarang semua perangai macam pelesit.. So “bende” tu anggap kawan je... Dia gelak kat I.. Betul apa, kalau perangai macam setan, antu setan pun malas nak usik.. I tak pernah mengalami peristiwa mistik nie.. (nauzubillah), does this mean I nie "sekutu" oh tidaakkk...? Muahahahaa..

Note : Yati cerita ada sorang kakak nie memang berani, kadang-kadang kakak tu kerja overtime or sorang-sorang aje kat office.. And kalau dorang nak masuk kena guna card..so kalau xde card pintu tak boleh bukak. Tapi yang peliknya bila dorang nak masuk office, pintu dah terbukak. Dorang pelik la..tapi kakak tu buat derk aje.

Monday, May 24, 2010

Update


(Cake castle yang di buat sendiri oleh one of my SIL. Boleh tahan jugak orang tua tu muehehehe...)

Hello I kembali bersiaraaannn.... lama dah tak berblog, rindu la. Banyak benda I nak share..(yela janji pelsu lagi nih hehe..) Last Friday was the last day of my puasa ganti after 10 days. Actually 8 days aje I kena ganti but I decided to tambah extra 2 days, alang-alang Thursday Friday tu. Legaaa.. tak payah I nak pikir-pikir and the thought wouldn’t nag me anymore. I decided to tarik diri from the contest as I was so busy (again busy.. xde word lain eh) with the assignment/homework, I couldn’t find the time to buat the second baju (the first one dah siap). Tak larat la... I tak bagitau Yati lagi but I already told my teacher. Furthermore desas desus pasal contest tu macam senyap aje....so I was kinda happy because tanda-tanda tak jadi occasion tu is very bright yeaahhh...baby! and xde la I stress plus malu kui kui kui... Bukan main lagi bersemangat masa mula-mula tu.. tapi hampeh je I.

Since I have “extra” time which was so little actually, I decided to make another baju kurung for “meself” that I had cut but have yet to sew or cantum-cantum the badan and also the tangan etc (about 2 months ago). I consider making baju kurung is my specialty by now as I asyik buat/practice and become my favourite outfit to make. Senang maa... Last week we went to visit my MIL who was bedridden for quite sometime now and our cucu sedara told us that her birthday party is/was coming soon (which was yesterday, Sunday). I sudah pening kepala memikirkan apa baju I nak pakai. Then I remember the baju kurung that was dalam process pembikinan. So I decided to wear it for her and her brother’s birthday party. After we came back from their house, I pun dengan semangat waja menyiapkan itu baju kurung kain cotton.

I was so happy that I managed to finish on time (last Saturday). Malam semalam itu I iron siap-siap, knowing how suck I am at time management nih when it comes to visiting or attend any appointment. So yesterday, dengan penuh sopan santun bak anak dara kepinggiran I bertandang ke rumah birthday boy and girl itu. On the way nak kerumah sana, both of us singgah kat KFC sebab my SIL dah pesan aritu. Sampai-sampai je I tengok wah boleh tahan gak celebration, siap ada kerusi meja kat tempat parking, siap ada alas meja. Then anak buah I (ibu kepada birthday boy and girl) I nampak and tanya beg baru ke auntie, I kata mana ada, lama dah beli, dia kata tak pernah nampak pun. I kata beg nie lama tapi baju nie baru.. (kira proud of myself la nie..) then I cakap, auntie buat nie, siap pose sambil menyelitkan rambut ke belakang telinga. Wah tekejut dia.. siapa sangka, sebab selama nie I tak pernah tunjuk kat anak buah cuma kat blog aje. Blog I nie pun dorang tak tau..(korang-korang je yang tau, even kawan menjahit pun I tak bagitau). Then anak buat I cakap, boleh la suruh auntie buat. I kata ok and terus naik tingkat atas. Dan seperti di ground floor tadi, I pun buat promosi la jugak.. Tekejut la anak buah yang lain serta SIL dan suku sakat yang sewaktu dengannya. Siapa sangka wanita blur lagi careless ini ada skill kuli tersembunyi walau tak seberapa...

SIL I siap cakap, nanti boleh la buat baju raya dorang. I kata Kak A, jangan harap la I punya jahitan nie tahap boutique, jahitan I cuma tahap “sedih “ aje.. Kak A kata, ala.. tahap boutique tu xde apanye.. After makan-makan, bukak present both of us pun nak berangkat balik. On the way turun, terserempak dengan ibu birthday boy and girl tadi, lepas kiss kiri kanan, dia ulang balik, auntie nanti buatkan dia baju, dia ada a few kain tak buat baju lagi. I tekejut, I ingat dia joke aje masa mula-mula jumpa dia tadi... I kata serious ke, dia kata serious la.. I cakap, kain cotton je eh.. hehehe.. dia kata, rasanya dia ada kot kain cotton.. Then dia kata boleh la buat baju untuk girl dia, I cakap I belum ambik package tu.. Tapi rasanya macam xmo ambik la..macam malas je..... I ingat nak specialise in baju kurung je la.. Tapi tak tau la in the future nanti....

Me : Tengok la time I update pukul berapa nih.. tak tidur ooo.. Ini je antara masa free yang I ada..

Sunday, May 9, 2010

We'll See....

Akhirnya last month, abis jugak package E yang I ambik (which consist of baju kurung melayu tradisional/moden, pesak gantung or kurung pahang, baju kebaya tradisional/moden, 2 jenis blouse dan baju melayu lelaki) selepas menempuh berbagai-bagai cabaran dengan ajaran “sesat” oleh my first former teacher, 3 kali tukar cikgu... etc. Sekarang nie I ambik package linning untuk baju kebaya tradisional, baju kurung tradisional and baju kebaya nyonya. Leceh jugak nak kena handle kain chiffon and linning nih... kena extra careful sebab kain mudah lari. No wonder la tailor charge double/mahal sebab kira buat dua baju sekali. I’m satisfied with the teaching by cikgu Nurul, sebab 4 kali datang kelas I dah siap, last Thursday aritu I ambik kelas ganti from 2.30pm to 10pm. Penat giler. I’m not sure whether I nak ganti on Thursday siang sebab student punya la ramai. So Nurul tak dapat bagi sepenuh perhatian this is due to kekurangan cikgu. At the moment student di bahagikan between Ika and her.

So what’s up with me this few weeks?. Well, for one, I tak siap lagi buat baju untuk contest which was in early June... not even one huhuhu.. apa nak jadi nih..I kena betul-betul siapkan by this week untuk baju yang pertama, theme is tradisional. Then I kena buat sketching also trial and error for my second baju.. sebab the second one, theme is baju moden. I mana pernah buat baju moden nie so kena pandai-pandai sendirik la.. Then I thought nak touch up sikit.. tengok la nanti.. banyak I nak kena pikir nih. I only worried that I wouldn’t satisfied with the outcome, knowing how fussy I am on my workmanship.

Sekarang nie I tengah pikir whether I want to belajar balik on my baju blouse ke or belajar sendiri kat rumah because cikgu lama pernah ajar but I was not satisfied with the teaching. As for the SKM..mmm.. part of me said I should go for it and part of me told me that I don’t have to..entahlah.. We'll see how it goes.....

Monday, May 3, 2010

Update

It has been a while since I last update my blog. Lately nie I sangat busy, well I always busy pun tapi sekarang nie extraordinary busy with the competition looming in and I tengah pening pala pikir mana satu kain yang I nak guna. Husband I cadang buat je semua and then bila dah siap I boleh pilih untuk pertandingan nanti. Good idea but penat la nak buat banyak-banyak. Dia kata xpe nanti I jugak yang akan pakai. At the moment I dah buat sikit-sikit. This time, I take my sweet sweet time sebab aritu I buat rushing end up I tak puas hati dekat bahagian pinggang, workmanship nampak buruk sangat eventhough sedap pakai. So I biarkan dulu and I start a fresh with a new one. Nanti lepas siap baju-baju lain siap baru la I will get back to yang I mula-mula tak puas hati tu and I akan alter balik.

Anyway, this past few days I feel xde mood ala-ala depresi gitu. I don’t know why. Selalunya bende-bende remeh nie tak menganggu emosi I pun but dua tiga hari nie it was different. I’m more quiet, hilang selera makan (hari nie je, semalam makan penuh satu meja) and I don’t care about what’s going on around me. I jadi malas nak masak or even to walk. I jemur baju pun slow motion. Selalunya bila menjahit I on radio, I akan nyanyi sama dengan suara tenor I yang sungguh merdu bak orang tengah meneran kentut but this time I buat tak tau aje. Balik lunch tadi husband I beli Mc’ Donald but I makan setengah aje fillet O’ fish and seketul nugget. Bila husband I ada kat rumah, I yang memang suka buat telefilem nie, terus menambahkan lagi lakonan wanita murung dengan penuh aksi tragis. Tak ada la nangis-nangis or marah marah tak koser I cuma xde la I usik dia macam selalu.

Around 3pm perut I dah rasa lapar, tapi I tahan, malas la nak makan. Tapi I yang bernapsu gajah nie terus ambik instant mee sedap and rebus je. Depresi depresi pun abis jugak sepeket mee. Entah la I think there are time when sometime you/me rasa macam xde feeling apa-apa. Yang pasti at this moment perut I tengah berbunyi balik.. sabar je la..kan baru lepas makan tadi??!!... grrrrrrrrrrrrr............