Sunday, July 29, 2012

Update Puasa I

Dah seminggu sehari kita umat Islam berpuasa (mesti budak padang jambu tu senyum sebab ada entry pasal makanan, sibuk je dia taww hahaha.... and tidak ketinggalan also madam Zue yang rogue itu hehe). Kejap je kan... Berat badan I turun sikit lepas tu naik balik huhu, nyampah I. Eh, orang berpuasa untuk mendapat seribu rahmat pahala, banyakkan beramal, memperbaiki lagi diri yang tak baik ini dan etc., I pulak ngomel pasal berat badan heh! Macam mana la berat badan tak berubah kalau makan macam penyamun!
First day puasa, I masak mee goreng and makan dengan family in law I kat rumah dorang. Sahur makan telur, sausage and bake bean. Second day tu, teringin nak makan tauhu anura. Sampai kat pasar ramadhan from Great Eastern Mall sebab nak beli kuih nyonya and birthday present for cucu sedara, tengok-tengok orang yang jual tauhu anura kata dah abis la pulak, hampa la jiwaku. Then husband I cadang beli makanan and lauk pauk kat kedai mamak. I kan kureng sikit nak makan makanan mamak kecuali la terpaksa but that day tengok rupa lauk pauk yang berbagai jenis, perasaan I tiba-tiba jadi mengila. Ya, telunjuk penuh nafsu ini, menghalakan ke sana sini. Sahur pagi tu I dengan husband makan nasi putih, sayur goreng and ikan goreng je sebab ingat nak makan tauhu anura je tapi menu dah bertukarkan.
Third day ada tauhu anura yeahhh... and husband I beli ayam percik kat ayamas for berbuka I masak soto yang sungguh simple untuk makan for later. Tengok la rupa kat gambar. Pegedil tu, ubi kentang I rebus, instead of goreng. Lepas I rebus, I tumbuk and I campur dengan daging ayam hancur yang di goreng dengan sedikit minyak. Lepas tu I kepal-kepal bulat and I masukkan ke dalam oven untuk di bakar, pada I lagi sedap dan tak berminyak. Around 10pm, I dengan husband makan nasi putih dengan sotong masak kicap and sayur (gambar lupa nak ambik puan vagg). Pagi tak sahur sebab terlepas.
Fourth day, birthday celebration Rayyan, so kita orang makan kat rumah in law, sahur I makan quaker oat lagi. Then fifth day I masak sambal udang and masak lemak labu manis. Sahur pagi I makan roti bakar dengan butter/kaya and minum air teh.
Then fifth day I masak sambal udang and masak lemak labu manis. Sahur pagi I makan roti bakar dengan butter/kaya and minum air teh.
Sixth day, husband I beli makanan and lauk pauk kat Restaurant Thai kat Wangsa Walk, one of our fav’s place, sesuai dengan selera, selalu take away kat situ kalau malas masak on the weekend. Pagi tu tak sahur, cuma minum air putih je
Seventh day which was yesterday, both of us went to Pavillion sebab teringin nak makan YTF kat situ. Sedap dan bersih. Sesambil tu beli la jugak kuey tiaw goreng, cakoi dan kuih-kuih cina nie. Sebelum tu sempat lagi borong tujuh summer dress limited edition Laura Ashely dan dua awesome dress shirt kat Uniqlo. Dan malam itu si penyamun pelahap ini makan non-stop walaupun sudah kekenyangan sebab sayang dah beli. I rasa la kan, I tak puasa lagi senang I nak turun berat badan dari bulan puasa. Pagi tadi again makan roti butter/kaya and air teh. I tau korang mesti tak puas hati sebab korang sebenarnya nak tengok masakan I yang original maaa.. Tapi apa nak buat I hanya insan biasa yang penuh dengan helah muslihat kemalasan ini wakaka...

Eh, I almost forgot, aritu kan masa puasa yang ketiga ke kalau tak silap I, both of us went to one of the pasaraya around sebab nak beli air-air tin, juice etc. Tak ada la best sangat cerita nie tapi nak lah jugak share kan. Then we went to tea punya section, since this madam dah tak ada masalah minum tea, yea I sungguh gembira, sebab my favourite’s minuman panas adalah tea teh ini. Tapi I tak rendam uncang tu lama-lama sebab I tak suka pekat-pekat I kalau buat, I make sure mine is cair dan boleh nampak bottom mug tu. Asal dapat bau dan rasa sebab I tak suka kalau pekat-pekat sebab rasa kelat. Huii..panjangnya explaination. Ok back to my story, so dalam I pilih-pilih teh mana I nak try since so far I cuma minum teh uncang boh, tiba-tiba I tengok husband I mengeleng-gelengkan kepala penuh ganas, kira macam budak-budak head banging tengah naik syeh (betul ke eja). I pun sengih-sengih sambil mata I masih mencari-cari brand apa I nak try. Then I tanya apahal, dia dengan goyangan kepala gerudinya itu, cakap kat I ada anak lipas kat kepala/rambut dia. Dia kata, mula-mula anak lipas tu jalan kat tangan dia and then terus naik kat rambut dia. I punya la tak tahan nak gelak sebab muka husband I kan serious (tanya la vagg) macho iras-iras penjenayah tegar melibas-libaskan kepala beliau wakakaka.... I gelak kecik-kecik hehehe.. kelakar la.. Sebelum tu husband I sibuk cari lampu kelip-kelip yang bentuk ketupat, macam kids pulak. Padahal kat rumah ada lagi masih tergantung bertahun-tahun beli kat Masjid India dulu and tak pernah diturunkan, tapi bukan yang bentuk ketupat, this is more like lampu zaman 70’an. Bila I suruh dia turunkan or bukak dia kata biarkan kat situ, masih siap bersuis lagi, bila on je macam pesta muda mudi la pulak.....

So itula kisah puasa I yang tidak akan menukarkan sejarah dunia atau menimbulkan kontroversi atau mengundang apa-apa gossip aneh selain dari mendedahkan akan keburukkan tabiat makan serta pembaziran ini..huhu..

Starting from today dan hari-hari yang bakal mendatang, I tak buat lagi.... I insaf you...

Note : Orang cerita pasal amal ibadat dan bagi nasihat, I pulak cerita pasal makanan.... adusss..

Thursday, July 12, 2012

Berpantang



We have a new addition to the family. Terlambat update la kan. One of our anak buah’s wife bersalin on June, 26th kat Ampang Puteri. We visited them after a few hours bersalin. Kadang-kadang I rasa macam tak patut je visit masa mother baru lepas bertarung nyawakan... orang tu penat lagi and nak kena layan visitors lagi. But rasa excited and rasa macam tak patut la kalau tak visit cepat-cepatkan. Anyway, rambut baby sungguh lebat and badan semangat. Lenguh jugak tangan I masa dokong dia. Kejap-kejap mengeliat and pejam celek mata, geram I rasa macam nak peluk tak nak kasi lepas aje.

About a week later, we came to the house for a visit and bagi hadiah barangan baby. Cute nya, merah baby. I think mesti putih bila besar. Then wife anak buah I muncul. I tengok eh, nape tak pakai sweater ke kan. Dia kata dia nak keluar kejap, nak ambik laki dia balik kerja. Terkejut I sebab dia kan masih dalam pantang and masih baru beranak. I tanya dah boleh keluar ke, dia kata dia pantang moden.. Ok, I have nothing against orang yang nak berpantang ke tak berpantang ke but it was totally the opposite of how I see my mom berpantang. Bukan dia aje style macam tu, from anak buah yang mula-mula bersalin dulu pun dorang, I tengok pakai t-shirt, seluar tracksuit and stokin. Seumur I hidup dalam masyarakat melayu nie, I tak pernah jumpa orang-orang melayu berpantang like kaum iban. Maybe lain culture lain style kot? Or maybe kaum iban punya regime of berpantang yang sangat ketat? The only time that I see perempuan iban tak berpantang was when I saw one of our kenalan nie baru bersalin dua minggu dah bawak anak pegi airport sambil pakai skirt dan t-shirt. Cara dia berjalan tak payah cerita lah, bertabur. I guess, it is more about lain orang lain style berpantang. But kebanyakkan kaum iban yang I jumpa berpantang ikut macam Mummy.

Masa time Mummy berpantang dulu, seingat-ingat I Mummy berpantang, selama 44 hari dan dia tak keluar rumah. Selama 44 hari itu jugak dia pakai sweater, sarung tangan, sarung kaki dan pakai snow cap atau tuala. Panas-panas pun Mummy kena pakai jugak semua benda tu. Selain daripada tu Mummy kena pakai bengkung sebab Mummy beranak normal. Pagi-pagi Mummy dah kena bangun dan berbagai-bagai pekara Inik (nenek) buat kat Mummy. Sambil Mummy makan jamu, Mummy berpantang style cina. Makanan Mummy tasteless, panas dan banyak menggunakan halia. Lepas makan Mummy akan berpeluh-peluh. Air sejuk or minuman berais langsung Mummy tak sentuh. Bila Mummy berjalan, Mummy akan melangkah dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Bila Mummy nak duduk, Mummy akan duduk atas bantal, I think kesan beranak dan jahitan tu sakit lagi kot. Cara pertuturan Mummy pun perlahan, tak ada nak marah-marah atau tinggi suara. Cara Mummy handle adik-adik I pun sangat cermat. Mummy sungguh teliti. Lepas mandi adik-adik I akan di sapukan minyak angin di kesemua sendi-sendi tulang. Mummy tak letak minyak angin tu terus kat badan adik-adik I but Mummy akan campurkan dengan air sebab dia tak nak minyak angin tu terlampau berangin. Perut adik-adik I Mummy akan pakaikan bedung, lilitan kain putih di ikat dari perut sampai ke dada sebab takut masuk angin. Tapi bila I dah tua nie asyik berangin je perut wakaka...

One day I balik dari sekolah, terkejut I tengok Mummy dah tak pakai sweater etc. I kata, eh, dah ok ke Mummy. Mummy senyum and body Mummy kembali macam sebelum Mummy pregnant, slim. Perut Mummy kempis dan wajah Mummy segar kemerah-merahan. Namun begitu Mummy masih jaga makan especially air ais. Itulah antara serba-serbi yang I ingat cara Mummy berpantang. I think zaman moden nie orang dah tak kisah or tak ikut sangat dan serba serbinya ringkas. Mat salleh pun mana ada pantang-pantang. Tapi kalau I berpantang (which is not going to happen even in a million years), I make sure I akan berpantang ikut style Mummy, yela tu, tengok 3 hari lepas bersalin dah makan ais kacang, maklumla I kan dah ada mesin ais, sambil menjeling kat Vagg wakaka....

Wednesday, July 11, 2012

Merajuk Sekejap

Malam tadi I merajuk kat husband I. Lama dah I tak main merajuk-rajuk nie. Dan seperti biasa, puncanya remeh la sangat. Haritu ada beli buah mata kucing. I kalau nak makan, husband I yang akan kopakkan sebab I malas dan sangat remeh la kan.. Dua tiga hari nie dia kopakkan I seperti biasa. Tapi malam semalam dia dah start bersin and gatal hidung sebab terkena hujan masa pegi rumah mak dia dan weather pun tak menentu. Siang tu dah ok tapi malam tadi datang balik, I think sebab ada orang datang sembur asap untuk nyamuk denggi petang semalam.

So malam tadi, seperti biasa “mem” nie nak makan buah mata kucing itu and suruh husband I ambikkan kat dalam icebox. Belum apa-apa husband I kata, dia suruh I kopak sendiri. Tanpa mendengar penjelasan lanjut, auntie ini terus la tarik muka (dalam tarik-tarik muka tu sempat lagi sibuk berym dengan budak sinun haha..) Husband I cakap bukan dia tak nak kopak tapi tangan dia kotor sebab kejap-kejap hembus hingus.

I yang masih tak puas hati, memusingkan badan I dengan tangan masih sibuk menekan butang kekunci berborak dalam ym. Mulut I yang nipis tiba-tiba jadi setebal Lionel Ritchie kan..punyala nak tarik muncung. Husband I tanya, I marah ke or terasa hati ke, I buat tak tau sambil pejam celek, pejam celek nak keluarkan airmata seniwati I nie. Bukan sahaja air mata seniwati pelesu nie tak nak keluar, in fact, contact lense I jadi kabur... puas la jugak I terbeliakkan bijik mata.. (padan muka lakonan pelakon suam-suam kuku tak menjadi).

Dia tanya lagi (I suka betul kalau tengok dia dah panik), “I marah ke?” I kata “tak apa forget about it (dengan nada suara yang mendatar tanpa emosi), its ok, I tak nak makan la, I boleh kopak sendiri besok” (amboi statement orang sendu hahaha..). Dia explain lagi, bukan dia tak nak, bla bla bla.. I kata “its ok” berkali-kali. Dia tanya, I marah kat dia ke and jangan la ambik hati. I kata tak ada ambik ati, I merajuk je (terus terang la lagi haha..). Mengadanya I.

Lepas tu dua-dua senyap and I masih lagi borak kat ym. Then dia datang dengan muka macam budak kecik yang kena paksa makan sayur, kat I, slow-slow dia hulur tangan and cakap sorry, sorry, mintak maaf. I pun hulur tangan kat dia and both of us pun bersalaman dan cium tangan each other, macam aksi orang bersalam di pagi raya wakakaka... tapi yang membezakan suasana itu, dia tidak berbaju dan I pakai pyjama haha... Tiba-tiba I jadi pilu la pulak hahaha.. I kata I’m sorry too sebab merajuk tadi. Dia kata, dia tak sedap hati sebab buat I terasa hati and dia rasa sedih sebab tak patut cakap macam tu kat I. Alahai, macam telefilem yang mendapat rating terendah la kan wakaka.. Husband I cakap, “you know, I always peel for you and tak pernah pun I tak nak, this is my first time, itupun sebab I tau you geli kalau tangan I kotor or kalau I baru lepas buang air besar”. Dalam hati, I rasa macam nak pitam dengan statement itu. Dia kata, tak patut dia buat I terasa sebab I baik dengan dia, I masakkan dia, sambil memandang dengan muka sedih ke arah meja makan/dapur (kalau nak pujuk pun cari la ayat power kan wakaka... and dalam banyak-banyak benda yang I buat, masak jugak jadi pilihan hati dia wakaka.. ). I kata its ok sambil senyum-senyum pahit (konon).

Then I tanya nak minum kopi (which I made everynight for him). Dia kata tak apa, nanti dia minum teh sama-sama dengan I kalau I buat untuk I. I kata, malam semalam dah kurang your gatal hidung lepas minum teh panas-panas. Then dia datang dekat-dekat kerusi belajar I, perlahan-lahan dia garu-garu kepala I yang tak gatal wakakaka... Ah, husband I sungguh dramatic!!
Sekian kisah rencah kehidupan yang tiada keajaiban ini..haha..

Tuesday, July 10, 2012

Dapat Tak Dapat

Haritukan (suka betul guna pembuka kata nie kan), I berborak dengan budak sinun. Dia ngadu manja kat I (terbayang mulut muncung beliau) pasal dia terasa akan statement dari one of her friends. Mula-mula I cakap, she is not your friend kalau dia menyakitkan hati you dengan sindiran or anything. Kawan tak akan menyakitkan hati kawan dengan sengaja. Pada I orang macam nie, tak payah dibuat kawan, buat apa nak peningkan kepala dan beremosi dengan drama dorang. One or two friends is better than hundreds friends because yang one or two, tu la yang sungguh berkualiti (contoh I wakaka...). I kata remove je orang-orang macam nie, buat apa nak simpan kang ada statement or ayat-ayat baru yang menyakitkan hati. Rasanya banyak kali orang-orang tu dah menguris perasaan tuan puteri sensitip nan seorang I itu haha..(abis la kat ym nanti). Pada pandangan I yang penuh kekaburan ini kalau kita masih berfikir-fikir whether nak remove ke tak orang tu adalah sebab kita seorang yang sungguh menghargai erti persahabatan, baik hati dan sedaya upaya nak menjaga perasaan orang (I nak nasi dagang and gulai ikan tongkol yea kalau datang visit nanti - demand la konon sebab dah puji melambung haha..). Tapi adakah orang tu memikirkan perasaan kita bila menuturkan kata-kata atau ayat-ayat yang kurang enak didengar? (Tu dia... pakar motivasi dah mula dah...).

Separuh orang kalau kita sound dia balik atau mempertahankan hak kita, pandai pulak dia marah tapi dia tak pikir apa impak dari kata-kata dan perbuatan dia terhadap kita atau orang lain selama ini. Kalau terkena kat dia, rasa macam kejam la sangat orang tu kat dia dan bukan main terluka la sangat hati dia. Sebab tu pikir dulu what are the consequences of your words and action before saying out it so freely. Whatever we said and do mencerminkan akan keperibadian dan pemikiran kita yang sunguh tidak pandai itu.

 Anyway, orang tu cakap, something like this, “masa jadi housewive dulu, tak dapat apa-apa”, ini la itu la, so kiranya macam tak ada hasil la dia jadi housewive dulu. Tah apa-apa punya statement.... Pada I la kan, pertama, orang yang cakap nie, biar betul. Sebagai seorang wanita Islam tak kan la dia tak tau betapa banyaknya pahala (Setazah la pulak) dia DAPAT dengan hanya menyapu rumah sahaja? Itu belum lagi I nak sentuh bab-bab masak untuk (anak, suami etc.), basuh baju (walau sekadar menekan punat mesin basuh baju dengan jari telunjuk kontot ini), lipat baju, kemas rumah, not to forget mengutip seluar short belang-belang size XXL yang masih bergulung itu wakaka... oh.. there’s so many things to do around the house. Itu belum lagi pahala jaga anak. Kalau nak kejar harta kemewahaan duniawi pun, berpada-pada la bagi statement kalau nak umpan atau nak mengayat orang. Bila dah sekaya Bill Pagar, terus la nak kutuk profession Permaisuri Teragong Istana Kayangan kan.....

To be honest, I don’t care apa-apa pun orang nak kutuk pasal profession housewive nie tapi when you said, jadi housewive nie tak dapat apa-apa, ianya menunjukkan betapa kurang bijaknya permikiran you kerana mengandaikan bahawa profession housewive ini tidak mendatangkan faedah, buang masa atau hina la sangatkan. Untuk budak sinun, jangan terasa atau ambik ati dengan pendapat orang-orang macam nie sebab pendapat dorang nie tak penting sama sekali!! Yang pasti window ym ku sudah berjaya ku kecilkan wakaka.......tulisan warna birumu sudah dapat kutatapi. As for dirimu yang suka gelak hingga guling-guling padaku, nantikan la kedatanganku nanti, pasti pipimu ku geget dengan gigi batu ku ini wakaka...

Tuesday, July 3, 2012

Sergahan Epik

Haritu kan, I tengok sedapnya husband I (as usual tanpa berbaju) berbaring kat sofa two seater dengan kakinya berjuntai, almaklum two seater kan kecik, sesambil tu beliau tengah khyusuk melayari internet di laptop beliau yang diletakkan di atas perutnya yang bertindak sebagai meja yang naik turun naik turun bersamaan dengan irama pernafasan beliau. Oh yea, laptop beliau itu memang tak pernah dan tak sanggup untuk I menyentuhnya kerana laptop beliau itu sentiasa dalam kepitan beliau kemana-mana beliau pegi, hatta melakukkan aktiviti harian seperti acara perkumuhan yang memakan masa berjam-jam atau memasukkan jari beliau ke dua lubang tidak terlarang itu, sesambil mengetuk kekunci itu..uwek!

So hati nurani I berbisik (ke setan yang hasut) that I need to do something about it. I tengok bakal “mangsa” I itu leka tanpa memperdulikan I yang tengah mengendap dari bilik. Dengan penuh berhati-hati bak harimau memerhatikan pelanduk, I berjalan perlahan-lahan dan sedaya upaya untuk tidak membuat sebarang bunyi. Kemudian I menurunkan badan I dengan penuh berhati-hati, merangkak bak watak Azean Irdawaty dalam Waris Jari Hantu ngaummm... (punya la nak kacau lakikan..).

Bila I dah rasa yang jarak I sudah dekat dengan belakang two seater itu, I pun menyergah beliau, I kata HAH! Husband I terkejut, dengan laptop melambung dari perut beliau dengan kedua-dua kaki bak tendangan bicycle kick bola sepak seraya berkata, “huh! Terkejut I” dengan suara jantannya itu. Wakakaka.. I punya la gelak macam nak pengsan. Serentak itu, husband I bangun sambil meletakkan laptopnya kat coffee table and nak terkam I. Dalam ketapan gigi ke mulut bawah, dia kata, “nanti you” sambil cuba nak mencapai I yang cuma dipisahkan oleh two seater itu. I non-stop gelak kan dia, I jawab, “Ala, apa you boleh buat, I tak takutttt” (bongkak la konon). Dia ngomel dia kata, “jangan kejutkan dia, nanti dia boleh kena sakit jantung bla bla bla...” I kata, “I peduli apa” wakaka... jahat I kan.

Anyway, husband I buat-buat macam cerita gangster tamil, dia jegilkan mata dia and buat macam muka ganas. Dia gegarkan kepala dia hahaha... Dia kata, “wait till I get you”. I kata, “ah tak heran”. Kesudahan kisah, ofcourse la dia berjaya mendapatkan I, tipu la kalau I kata dia tak dapatkan sebab dalam rumah nie mana I nak lari tetapi... heh!...jangan salah sangka, tiada apa-apa trajedi atau hubungan halal yang berlaku kerana secepat kilat itu jugak dia melepaskan I setelah mendapat cubitan kala jengking dari I. As usual suami yang drama queen meraung macam kena sebat.

Sejak dari hari itu, sekali sekala I akan ajuk husband I cakap, “Tekejut I” tapi I buat suara jantan la kan wakaka.. Husband I senyum penuh dendam......

Monday, July 2, 2012

Kisah Mesin Ais


Huii.. lamanya I tak update blog I nie. Busy and ditambah dengan banyaknya distraction of other worldy thing hingga membuatkan I kehilangan idea dan tak ada mood nak berblog. Tak best la macam tu kan. I really need to discipline myself and divide my time wisely. Sayang la kalau tak share or more like show off my life story wakaka... macam la menarik kisah or my buah fikiran nie.

Anyway, husband I kan, seingat-ingat I dari zaman awal perkahwinan kita orang lagi, dia asyik sebut nak beli mesin ais batu untuk buat ABC or cendol. Mula-mula tu I hairan and was wondering why the fascinating with it. Nak kata dia suka makan ABC or whatever desert yang menggunakan ice, tak ada la pulak, kalau ada pun order sangat la jarangnya. So over the years, every now and then, he would mentioned about it and check the price or even googled around.


Last week, out of nowhere with those big grin in his face, he told me he found one. The next day, he came back during lunch time and dengan penuh bangganya showed me the mesin ais idaman beliau itu. Petang tu balik kerja sibuk la I dengan dia mencari bahan-bahan nak buat ais kacang. I tengok husband I sangat excited. Siap cakap, raya nanti boleh la sediakan ABC nanti. I kata, eh, anak buah kan tak kasi anak dorang makan benda-benda berais sebab takut batuk etc. Husband I, a’hah, yea tak yea (ungkapan atau expresi orang lama hehehe..). Lepas tu sibuk la dia cakap, puasa nanti kita buat nie untuk berbuka, kita campur macam-macam... bukan main lagi pakcik korang suggest ini itu..


Nevertheless, a few days later kita orang pun sibuk la try guna mesin nie. Wah, dalam tengah memesin tu, tiba-tiba I terbayang, kalau dah tua esok-esok (eh, bukan sekarang dah masuk group kilauan emas ke? Ceh!), kalau husband I dah retire and kalau orang padang jambu tak nak jaga ke kan, ahaks! hehe, adalah I dengan husband I bukak pondok atau pickup kecik jual ABC tepi jalan. Kesiankan..bayangkan husband I yang tak berbaju dengan perut boroi dan short miskin (peberet nakkal) tengah mesin ais and I pakai tudung Siteh Norhalijah nampak jambul dengan seluar jeans boot cut sibuk bungkus ABC... and not to forget biskut kuih kapit..wakaka..Oh my God, what a sight!