Thursday, February 28, 2013

Bulan Februari Bulan Merajuk....

I sungguh tidak ada mood dalam seminggu dua nie... Tah la I pun tak tau kenapa. Bulan Februari nie betul-betul menguji kesabaran I. Ada je benda yang menjengkelkan hati I. Dalam pada itu sempat la jugak I merajuk-merajuk kat husband I. Yela...mood pun tak baguskan... mula la tu nak justify akan kemerajukkan diri ini... Tapi seriously, bulan nie paling banyak sekali I merajuk and terasa dengan berbagai-bagai pekara, tah apa-apa tah..and latest sekali malam tadi, siap bersalam-salam mintak maaf ala-ala hari raya lagi wakaka... Issue nya kecik sangat.....

Anyway, last week I tak berapa sihat, batuk-batuk manja dan ditambah dengan sakit tekak, perit-perit sikitkan and also bercampur baur dengan flu. I tanya husband I nak bawak pegi klinik ke, dia kata nanti dia cari ubat kat farmasi sebab dia tengok I tak berapa sakit sangat and tak nak berjangkit dengan orang kat situ. Lepas dia beli ubat farmasi masa dia balik tengahari, dia suruh I makan, I nie kureng sikit nak makan ubat either kat klinik atau farmasi sekalipun. Kalau I boleh elakkan, I akan elakkan unless kalau I rasa tak larat sangat baru la I makan. Husband I suruh I telan ubat tu, I kata nanti la I makan vitamin dulu kalau still tak baik barula I makan ubat.

Seperti yang telah diketahui husband I can be a pushy grandpa sometime (most of the time), kejap-kejap dia tanya dah makan ubat ke belum, I kata nanti la, esok ke kalau still tak baik lagi. Dia push lagi, I still kata nanti and jangan paksa-paksa. Sekali husband I cakap, nanti kalau I tak baik-baik I akan bagitau dia lagi. Wah... terus la I merajuk over that statement... I cakap, apa guna you husband I kalau I tak boleh mengadu kat you” dengan muka Ya Allah...buruknya. Sesambil tu sempat lagi I bring up pasal concert Anuar Zain yang kebetulan I tengah baca depan computer kan... Haritu I ada hint kat dia pasal I nak tengok concert Anuar Zain nih but I didn’t pursue it seriously but alang-alang dah merajuk, I masukan issue nie sekali.. kira 2 in 1 la kan... Serentak dengan itu, I terus masuk bilik, (port yang paling sesuai untuk part merajuk nih) and I tutup kepala dengan bantal (juga prop basi yang seringkali I gunakan). Bila menyedari beliau telah membuat kesilapan yang maha besar, cepat-cepat husband I menyusuli I ke bilik and cakap sorry banyak kali. Lepas cakap sorry dalam bahasa inggeris, beliau cakap mintak maaf dalam bahasa melayu pulak wakaka.. I rasakan kalau dia tau berbahasa lain (tamil one of it) mesti dia dah cakap jugakkan...

Tapi hati yang telah sedia ada sensitive ini tidak dapat diubati dengan segera. I terus la berada dalam keadaan yang lemas kerana menutup muka dengan bantal. Rasa macam semput nak bernafas, itu belum ditambah dengan kepanasan lagi tapi sebab jiwa bengkeng yang keterlaluan maka I tempuhi jua penyeksaan yang dicipta sendiri... Tiba-tiba ada tangan yang membetulkan baju I, lepas tu seperti ada tangan yang menepis-nepis halus badan I, kekonon nak buang abuk la..dalam hati I berkata-kata, ingat I nie furniture ke... Berbagai pujukkan dan kata-kata rayuan si Don Juan tidak berjaya memujuk hati I yang mengada ini, then dia pergi kerja tanpa I mencium tangan beliau seperti biasa... kejamkan I?
 

Kat office dia call I. Malasnya I nak jawab namun terpaksa la jugak, mana la tau ada benda penting ke. I cakap hello ndak tak ndak... Husband I tanya, aritukan I ada cakap Body Shop cream I dah habis and nak pegi beli. Dia cakap dia sekarang nie kat KLCC Body Shop and tell him which yang I ndak and which yang boleh buat I alergi. Wah..dalam hati I, bila I merajuk tiba-tiba boleh la pulak dia teringat nak belikan. Dalam menyampah-menyampah sempat la jugak I cakap apa yang ndak kan wakaka... tapi suara masih control garang dan suara yang sungguh mendatar..

Balik kerja petang masa dia masuk ke rumah, I buat-buat tak pandang dan memuncungkan mulut, padahal masa tengok tv tadi bukan main lagi I berdekah-dekah ketawa... I kan pelakon professional grade B, walau tak sehebat grade A tapi watak kena pandai switch cepat-cepat maaa.... Dia panggil I and cakap dia dah belikan I cream Body Shop, I jeling sebelah mata..wah... masih dalam watak antagonis ini. Dia letak paper bag atas meja makan and panggil I. Dengan muka serba masam, I pun jenguklah kedalam shopping bag itu. Tekejut I sebab dia beli banyak. I would have expect it to be dalam dua tiga bijik aje but instead dia beli berbagai-bagai jenis and satu set lagi. Hati yang merajuk tiba-tiba menjadi sejuk dan terjatuh chenta balik kat husband I wakaka.. nyampah la I tulis nih... Ceh, betapa rapuhnya hati I ini kan..dasar wanita kebendaan.. senang betul jiwa I dibeli olehnya, hatta berumpankan Body Shop sekalipun... Tapi kerana ego yang tak sudah-sudah, I buat-buat muka serious and cakap kenapa beli banyak-banyak nie buat membazir je (marah konon...penipu). Husband I kata, sebab dia sangat sayangkan I and that is not his style nak beli satu dua je, wah.. statement kelakiannya. Lepas tu dia tambah, kalau dia boleh beli satu kedai, satu kedai dia dah belikan untuk I. Alahai... I buat-buat dengar tak dengar je, tapi hati I dah cair wakaka..... Lepas tu sibuk la I snap gambar-gambar and dalam hati, ada la I buat modal update blog nanti wakaka.. After I kemas-kemas and simpan kat bilik, I pandang dia and cakap...terimakasih lah...dengan endah tak endahnya sambil mencebikan mulut...huiii...melampau I nie... Husband I tersenyum simpul bersama perutnya yang mungil.... Kadang-kadang kesian I tengok husband I, sabar betul dia melayan kerenah I yang tak senonoh nie.... (sedar diri pun...).  Dapat laki jenis pendekar dan berhati batu...baru tau...

But to tell you the truth, I really hate bulan February this year...sungguh-sungguh membuatkan I beremosi tak bertempat.....
 
Sekian tulisan wanita tak habis-habis beremosi di bulan Februari....

Thursday, February 14, 2013

Holiday Weekend With One of The Niece

We were so busy these past weekend/holiday’s with the arrival of our niece Bigail from Tampin.  Pelikkan... She came here when she was supposed to celebrate a Chinese New Year with her family.  I'm sad to say that the family didn't make any afford to spend any time together although all of them were on leave.  Begitu juga hajat I nak ber documentary di hutan belantara ditemani unggas-unggas dan mergastua tidak kesampaian kerana dia datang di waktu tengahari Ahad. Kalau dia datang hari Sabtu (dia kerja) boleh la ajak dia sekali pagi-pagi hari Ahad kan. Makanya hancurlah harapan untuk ber National Georgraphic bersama photographer rasmi yang selalu mendapat deraman harimau dari isterinya yang merangkap model jalanan yang sentiasa tidak berpuashati akan kualiti gambar yang dihasilkan oleh beliau..

So tengahari Ahad both of us pun datang ambik Bigail kat Sentral since dia naik KTM dari Seremban. Sampai je situ, I tengok ramainya foreigner yang macam baru keluar dari lokap, bau jangan ceritala kan. Sebelum tu I dah risau dah bila dengar dia nak datang sorang sebab takut kena kacau dengan mat-mat penyangak nih. Lepas bersms sebab nak tau dia tunggu kat mana, I jadi lega bila nampak si pipi bolat itu datang dengan backpack dan beg recycle berisi tuala pink beliau. Lepas ambik dia terus kita orang ajak dia pegi WW untuk lunch kat Octopus. Lepas makan ajak dia pegi Popular since dia nak cari komik hantu merapunya itu. Kat Popular dia sibuk-sibuk cari buku untuk dia tulis-tulis.  I tanya dia kenapa dia tak buat blog, dia kata mummy tak bagi.  Dia tanya I, ada blog ke, I kata tak de wakaka... After that we went back to the first floor and I tanya dia pernah makan rotiboy ke, dia kata tak pernah, I tanya lagi kat Tampin or Melaka tak ada ke, dia kata tak ada... ala siannya. So I belikan dia dua ketul rotiboy buttermilk and I suruh dia makan on the way back dalam kereta. Makan panas-panaskan sedap. Bila dia ngap je terus dia kata, sedapppp...alahai.. Dia makan slow slow...

Malam tu, kita orang ajak dia makan Steamboat kat Johnny’s. One thing, Bigail nie senang je, tanya la dia nak makan apa, dia tak kisah dan tak memilih. Apa kita order itu la yang dia makan dengan penuh selera. Semua dia sapu je, kekadang I terfikir macam mana la dia ada selera makan yang tak berbelah bagi itu. Lepas makan, I belikan dia rotiboy tapi perasa coffee, buttermilk kat Aeon nie tak ada. Then kita orang ajak dia jalan-jalan/drive keliling KL. Bigail sungguh excited bila tengok building and lampu-lampu di malam hari... Sibuk la dia tanya building apa itu, ini... Then kita orang stop kat tepi KLCC, ambik gambar KLCC yang ke berapa ratus kali itu (ish..exaggerate nya..) and ajak dia tengok fountain but unfortunately fountain tak ada malam tu. Spoiled la kan. Balik rumah kita orang plan buat milo ice blended since I tiba-tiba teringin nak minum iced chocolate kat CoffeeBean, nak pegi situ dah malas la pulak. 
 

Next day I masak banyak breakfast, tak pernah I buat sebanyak itu dalam hidup I dengan telur, baked beans, sausages and mee maggi kari pun I masak sekali. Husband I siap bakar roti lagi.. So kita orang makan macam nak pengsan and decided to keluar lepas zuhur nanti. Sementara tunggu nak solat I korek baju-baju yang I beli tapi tak pernah pakai lagi sebab besar and also I rasa macam tak sesuai pada I untuk I bagi kat dia. Dia sungguh suka, tak habis-habis dia cakap thank you. Lepas solat kita orang terus ke Pavilion and terus bawak Bigail ke ke Tokyo Street tingkat paling atas yang jual semua barangan RM5. Biasalah budak-budakkan mesti suka benda ala-ala cute and murahkan.. kerja pun partime je kat The Store Tampin tu so dia betul-betul budget. I bagi dia RM50 untuk menambahkan lagi budget beliau yang ciput itu... Teringat masa umur dia dulu, sentiasa dan memang tak berduit langsung, kalau ada RM10, which is very rare, rasa macam dapat duit seratus je, kira mewah sangat lah masa tu. Ada auntie uncle pun takde nya nak sorong duit and jangan harap la nak melayan and apalagi dengan Mummy, Daddy yang asyik cakap tak ada duit memanjang... Sakit hati la bila ingat balik. Lepas dia membeli barangan cute cute nya itu, kita orang turun ke foodcourt bawah untuk lunch since I dah kelaparan. Lepas makan keluar kejap kat jalan, ambik-ambik gambar, mula-mula Bigail kemalu-maluan. I dengan husband I cakap, apa nak malu, tengok tu tourist and orang keliling merata-rata ambik gambar. Biasalah budak tak biasa tinggal bandar and lagi sifat keanak-anakan and tak confident itu memang menebal pada beliau. Husband I sibuk la suggest and snap gambar-gambar dia. One thing I like about my husband, walaupun hanya anak saudara I tapi he treat her and also anak Mbo macam anak dia sendiri. I sungguh terharu dengan sifat kebapaan yang penyayang dan keperihatiannya but it comes with menyakat la bebudak tu kan.. Husband I langsung tak berkira dengan budak-budak nie...

After that kita orang masuk balik. I tanya dia, apa dia buat dengan duit gaji dia, ada ke benda yang dia beli untuk buat peringatan dia punya first gaji/kerjakan. Dia kata tak ada, dia beli untuk orang. Maka makcik dan pakcik nie pun terus la brainwash beliau and telling her that, she should buy something for herself, such as barangan yang akan jadi kenangan of her first job. Tengah berjalan-jalan kat situ, I ternampak kedai yang jual bracelet, keychain, yang cube-cube alphabet tu, yang ada loceng kecik la, trinklets.. charm bracelet... So I ajak dia masuk situ.. Dia pun terpikat la and decided to choose and buy for herself. I should have snap snap la gambar gelang yang dia custome made tu kan...

Anyway, after that we went back. Malam ber skype dengan Mbo and the two kids so that Bigail boleh berborak dengan dorang. Kita orang tak dapat berbual sangat sebab biasalah boy and girl tu kalau tak gaduh tak sah hehehe... bruno mars tu sangat ganas, diterkam-terkamnya kakak and even Mummy. And asyik dia aje nak conquer skype dengan mukanya yang penuh satu screen itu haha... After talking for a while with the bad reception dengan muka herot berot and tak dengar suara lagi, we decided to end it and promise to ber skype next time.. Lepas ber skype tiba-tiba I kelaparan and I ajak Bigail makan mee in my mug.  Tiba-tiba Bigail jadi excited dengan membulatkan matanya sambil bertanya mee in my mug?.  Eh, I kata dalam hati, what is so special about mee in my mug kan.  Then I tanya dia, kenapa?  Dia cakap dia pernah makan mee in mug nie sekali je dulu kala.  I tanya balik, mummy dia tak beli ke, dia kata tak sebab mummy dia kata mahal.  Then I tanya lagi, mee maggi mummy dia beli ke?  Dia kata beli.  I dengan husband I was so surprised and tak terkata with the statement sebab mee in mug bukannya mahal pun..  Then all of us  tengok movie, The Haunting in Connecticut 2 : Ghosts of Georgia. Tak seram pun cuma terkejut-tekejut je.. Seperti biasa, husband I kejap-kejap usik si Bigail. Oh yeah..husband I cukup suka menyakat dia, especially dengan language tamil merapunya itu... OMG, nak pengsan kita orang gelak and our house memang meriah and ofcourse I give all kind of ideas and then I pura-pura marah husband I and tell him to stop kacau Bigail but in actual fact...peduli apa I muehehehe....

Well..it was a wonderful weekend with Bigail with all kind of “off the record” antara sengaja dan tak sengaja luahan hati Bigail.... I pity her and I rasa sungguh geram! The only thing that we can do is to listen, advise and give her a moral support. Let’s just say if she were our daughter, we would treat her differently. Oh yeah..jangan berkira tak bertempat dengan anak sendiri unless you are a parents yang selfish dan bangang!

Sekian catatan I kali ini...

Thursday, February 7, 2013

Hadiah, Skype dan Masa Depan...

 (Hadiah dari Mbo)

Oh I lupa nak tunjuk gambar hadiah Mbo bagi I masa kat airport Kuching haritu. Masa dia bagi tu, tekejut I and terus la I marah-marah manja dia sebab membazir duit dia je kan. Dia kata dia memang lama dah nak bagi I something sebab dia tak pernah bagi I apa-apa sebelum nie, sesambil tu dia peluk cium I. Terharu I you and it was so beautiful. I akan pakai masa dia convo nanti. I rasa sungguh terharu and touch sebab sejak tua-tua nie tak ada orang lain pun selain dari husband I yang buat and bagi perhatian kat I macam tu. Bukan tu aje, dia sungguh mengambil berat tentang kesihatan I sementelah dia kerja dalam bidang perubatan. Dia whatsapp I banyak kali suruh I buat medical check up since masa dia check I punya blood pressure kat rumah dia kat Kuching haritu and she found out that I punya blood pressure nie tinggi. Dia kata I patut dah kena makan ubat high blood nih. Dulu pun masa I buat medical check up, doctor check I punya blood pressure memang tinggi tapi I tak bagitau dia sebab I tak mau dia bising. A few days ago I dah buat appointment untuk buat medical check up and lepas Chinese New Year baru ada slot.
 
(Telatah dorang)

Anyway, sejak dari pertemuan epik hari tu, hubungan I dengan dia bertambah rapat seperti masa dulu-dulu. Dan bertolak dari situ, tiap-tiap hari both of us whatsapp each other and we share all kind of stories... Ndak-ndak dia nak datang convo nie bertambah-tambah la plan kita orang once she and her family kat sini nanti. Kita orang jugak dah start ber skype which was my first time two nights ago. Last night pun ber skype lagi sampai terbaring-baring, dengan Boy and Girl tu yang berebut-rebut nak bercakap and not to mentioned bergaduh with each other. Siap mengadu lagi dekat I dengan muka merajuk-rajuk lagi hehe..so cute. Si Boy terus cari husband I, I langsung dia tak tanya, sabar je la Bruno Mars tu..oh yeah, we called him Bruno Mars sebab semua lagu Bruno Mars, si cengeng nie tau. Husband I apalagi sibuk la main-main dengan dorang sambil tunjuk-tunjuk kereta la, teddy bear la, ipad la etc... And I rasa sungguh geli hati tengok cara Mbo layan anak dia, siap ada ugut-ugut lagi kalau anak dia buat perangai. Tak sangka dia dah besar, matang dan beranak pinak. Tengok cara dia menjalankan tugas sebagai seorang ibu, bersusah payah dengan dorang dan banyak tanggungjawab itu membuatkan hati I tersentuh. And hearing her talking about her life, husband and the kids...ah... rasa macam tak caya je.

The last time I saw her was, when she was single, remaja and muda lagi. Rasa macam mimpi aje bila dia dah ada family sendiri. I still think of her as my little doll sementelah I jaga sejak dari dia masih merah lagi. Umur dia seminggu I dah start mandikan dia, pakaikan lampin, buatkan susu dan macam-macam lagi la. I’m like a second mother to her although I was only ten years old during that time. That is why kalau dia berkurang asam dengan I, I cukup terasa sebab I rasa she has no right to do that to me.

My last emotional post entry aritukan was about family kan. So masa I ber skype dengan dia last night, I tanya dia, dia ndak tak jaga I dengan husband I kalau kita orang dah tua nanti, kalau tak ada orang nak jaga and sakit-sakit nanti. Dia tanya I balik, kenapa I tanya soalan macam tu. I kata tak ada la I saja je tanya. Dia kata ofcourse dia akan jaga and memang a few days ago dia ada bagitau Mummy yang dia nak take care of me and my husband. Mummy yang kat sebelah menyampuk, in fact dari dulu lagi Mbo nie cakap dia nak jaga I bila I tua nanti. I rasa tersentuh hati lagi (err...bukan I ke yang cakap dah build defense mechanism, konon nak elak dari berbagai rasa...ceh lah ayat). Tu la dia, kalau dah tua macam I nie and tak ada anak, sibuk la terpikir siapa yang nak jaga tua-tua nanti and terhegeh-hegeh la tanya orang keliling kan. But then again, sedara husband I ada lapan anak tapi kelapan-lapan anaknya itu tidak dapat menjaga ibu yang seorang itu, siap ditinggalkan kat tepi jalan lagi (err..bukan I pernah cerita ke sebelum nie? Tak ingat la). Sampai hatikan? I ingat lagi ibu dorang datang rumah kita orang dalam keadaan sedih and uzur tapi sekarang dia dah meninggal dunia. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.

Anyway, eventhough Mbo said, she’s willing to jaga both of us kan but still kita tak tau macam mana di kemudian hari, people can change their mind easily. Yang pasti Mbo nie garang and pasti I dengan husband I akan di “makannya” hidup-hidup wakaka... Tapikan I dah prepare pun kalau tak ada siapa yang peduli, I make sure I akan uruskan segala hal secepat mungkin and pindah/tinggal kat rumah orang tua-tua kalau husband I dah tak ada nanti... (sedih la kan). I tak nak la menyusahkan orang, biarlah petugas kat rumah orang tua-tua uruskan I. Lagipun kalau I dah nyanyuk (mintak dijauhkan Tuhan), nak baling I kat longkang, baling la... masa tu I mana tau apa-apa lagi kan. But I do hope I tak sakit-sakit chronic and terdampar kat katil ke... Mula la tarik cerita mintak simpatikan.... Yang pasti jangan la tiba-tiba I terjatuh “chenta” dengan jantan kabaret tua pencen kat rumah orang tua-tua tu nanti, kang ada majlis menepung tawar di atas pelamin anganku musnah....lagu Azie la pulakkan... tak tak pun mesti ada adegan suap menyuap pulut kuning ke mulut kerepot si bertanjak itu....uweeekkk..ngeri takmo imagine.....


Sekian tulisan wanita yang nak kahwin lari dengan Ryan Gosling.... ahak!.. perasan!

Tuesday, February 5, 2013

The Other People

Here’s the thing if you have no children which is part of a foundation of having a family, you tend to ‘menumpang kasih’ of other families, such as your brothers/sisters’s families for all kind of ocassion such as weddings, family gatherings, birthdays etc.. You’re close to them, especially if you grew up with them, be with them during those ups and downs moment . But no matter how close you think you are to them, you have to be prepared that one of these day, invitation will become scarcely and sometime it stop altogether. The reason was, not because they hate you or doesn’t want to be in your company anymore but because you are not related in a way, a family unit should be. It is just that you are considered ‘the other people’. Once you are ‘orang luar’ you are forever ‘orang luar’ and ‘sekadar di pinggiran’ sahaja... Francescca Peter la pulak.... Orang yang ‘menempel’ like us doesn’t mean much. 

You have to be prepared when the times come, try not to have any ill feeling or ‘terasa hati’ or ‘even berjauh hati’ with them... you have to understand you are not, I repeat are not the “original” family member. And you have to know where you and your husband are in their “ family organisation”. The sad part was when your husband said, ah, it’s ok, it is intend for their family affair only, they just want to be among themselves, I also doesn’t want to join them etc... you feel sorry hearing those “excuses” from him because he felt like he has been left out and try to justify their action. And you know that he think that he is not wanted anymore but he just doesn’t want to say it. You wish you can say something to ease the “pain” but you know you can’t said it out loud for fear of making it more worse. The only thing that you can do is to listen to him and said it's ok...

At the end of the day, you realised that there’s nobody actually really care for the both of you except you and your husband because your family tree never grows any branches.....

Sekian tulisan wanita yang telah lama building a defense mechanism untuk mengelakkan diri dari merasai berbagai rasa.....

Saturday, February 2, 2013

Friday and Saturday's Activities

(Ituler jam yang kat wholesale kita orang beli untuk dia dua orang)

Pagi semalam, tiba-tiba husband I ajak pegi Tampin visiting Wo and family, tekejut I. Sebab aritu dia kata malas nak pegi sebab baru balik dari Kuching. I tanya balik, are you serious. Dia kata yes sebab dia kata I yang nak pegi, I kata eh..bila I cakap, I ikut je... Husband I kalau bab-bab percubaan hendak memutar belitkan fakta memang tak menjadi langsung, it was so obvious... I pun cepat-cepat la mengemas barangan/pakaian ringkas sebab it was just an overnight stay je. Around 9.40am keluar rumah, isi minyak and beli take away family breakfast kat McDonald and off we go. Traffic was smooth, thanks God and we reached Tampin around 11.40am. We stayed at Wangsamas Hotel because husband I kan selalu di serang ghout without warning and selalu membuang air besar so it was hard for him to membuang at my sister’s house yang masih guna toilet mencangkung. As for me, seperti biasa, I ikut je... (its a good motto la especially when you can’t decide or not able to make any decision, jawapan yang selamat tapi sometime can be annoying too muehehe..).

Sampai hotel sana, I take a nap kejap sebab ngantuk bangun solat pagi tadi dan terus sibuk mengemas. Husband I pegi solat jumaat. Lepas balik solat kita orang keluar lunch. Bigail called and tanya dah sampai ke tak. It seems that she has some kind of a plan sebab excited semacam je. She told us to spend another night at Tampin instead of one night only. I cakap, tanya uncle la, auntie ikut aje (again... ayat yang sungguh sakti itu wakaka...). Lepas makan we went to The Store tempat anak beranak nie kerja. Bigail kat depan counter ground floor bahagian food, Arthur kat store belakang and Wo kat admin tingkat atas sekali. Bila Bigail nampak kita orang, bukan main lagi dia memujuk rayu suruh stay another night. Bigail siap cakap dia akan rosakkan kereta so that kita orang tak dapat balik hahaha...Husband I pulak dah tak tau apa nak cakap, dia mudah cair dengan pujukkan anak-anak buah dia. I yang terlepas dari permasalahan ini berjalan-jalan sambil bersiul di dalam hati...lega because I don’t have to make the decision and hurting anybody’s feeling.... Husband I cakap, it’s unfair that I scott free, well..I kata if you want to stay one night, we stay one night, if you want to stay until Sunday, we stay until Sunday...I ikut aje (tu diah) although deep in my heart I prefer to balik cepat sebab I kan tak boleh berjauhan dari the comfort of my house. Nampak sangat la anti-social or should I say introvert nya I ini.. I tau husband I nak tinggal semalam je sebab malam nie ada team Arsenal dia beraksi. Husband I pun cakap kaki dia rasa macam nak kena ghout la pulakkan. I tengok dia bejalan macam captain hook yang tempang itu..sian dia, tah apa yang dia makan sebab I lama dah tak masak seafood or daging.

Then kita orang naik ke tingkat atas sebab nak cari mug, sudu and electric kettle untuk buat air milo since hotel wangsamas tak provide those thing. Macam rumah tumpangan Ah Kheng je.. Tv dia masih tv kotak hitam and muka kita orang lagi besar dari screen tv tu, remote pun tak ada. Jumpa Wo kejap and sibuk la I berbual akan trip I ke Kuching aritu sambil bercerita akan anak-anak Mbo yang sungguh manja dan I rindui itu. After a while, kita orang turun bawah, oh yeah, kettle electric singer tu kita orang beli RM39.00 aje sebab pekerja kat situ bagi discount guna coupon dia... Turun bawah I dengar Bigail pujuk lagi husband I, alahai kesian I tengok, dia ada suprise. Wo cakap masa I berborak kat atas tadi, Bigail nak belanja makan and nak belikan hadiah... I’m touch la, kecik-kecik dah pandai grateful kan... Oh yeah, since wi fi kat hotel tu teruk sangat, we decided to bring our modem but still la teruk jugak then husband I suggested we try the hotspot through handphone I, wah... first time I try service sangat laju and bagus sekali (sungguh ketinggalan la I nie).  Maka sempat la jugak I upload gambar trip ke Kuching kat fb I. 

Malam, kita orang pegi rumah dorang kejap untuk ajak dorang dinner and bagi barangan yang Mbo kirim, plus souvenier dari I also jam-jam untuk Bigail and Baby yang beli kat wholesale aritu. Murah je, tapi kena beli three la.. I beli jam Ice pelesu kat Bigail, I think RM10 and as for Baby jam cartoon garfield RM3 je kot. Wah, both of them were so excited with the simple gift. Baby kejap-kejap tanya, jam pukul berapa. One thing I suka beli barangan kat bebudak nie sebab dorang tak pedulikan brand apa tak macam separuh budak yang sebaya Bigail yang mesti ndak barangan branded kalau tak dorang tak nak pakai. I only beli barangan branded or genuine goods on her birthday and special ocassion aje. Like I said, kita orang ajak dorang makan kat tempat yang kita orang pegi dulu and satay pun husband I beli jugak. Then Bigail kata nak datang rumah kita orang masa Chinese New Year. I kata datang la and during that time nanti you can give whatever you want to give when you come and visit us nanti since kita orang tak nak spend another night kat Tampin nih. Then Bigail agree... Lepas makan, kita orang balik rumah dorang kejap, sambung borak pasal kisah kita orang kat Kuching. After a while we went back to our hotel and told my sister esok kita breakfast sama-sama. Sampai hotel, husband I punya ghout makin menjadi, painkiller lupa nak bawak. Pagi tadi around 4.00am I dah terbangun and terus tak dapat tidur. Lepas solat I suggested to my husband that we should go back after solat subuh so that he can have his medication or jumpa doctor. Dengan tak mandinya kita orang checked out and sampai KL around 8.30am. We went to McDonald and take away yet another family breakfast. Sampai rumah, I mandi, breakfast, tengok American Idol yang I download then borak-borak dengan husband I and both of us tidur sampai pukul 3.00pm. Bangun terus solat and husband I called Khairul tanya dia ada kat rumah ke sebab nak bagi souvenier and barangan yang beli kat Kuching.

Around 5.00pm husband I beli dinner kat Wangsa Walk and bawak pegi rumah dorang and we had our pra dinner there. After that berborak and making some plans. Around 7.00pm, I told them that we want to go back for solat maghrib nanti, Khairul suruh solat kat rumah dia, so kita orang pun lepak la kat situ sampai pukul 8.45pm.. Thank you for the both of them kerana sentiasa sudi melayan uncle and auntie kertunya ini...

Sekian tulisan I yang macam nak bagi keterangan kat mahkamah, minute by minute dan tiada emosi ini....