Thursday, January 30, 2014

Update Teramat Basi Penuh Dramatik

Actually I nak bypass aje the story that I’m about to tell you sebab dah tersangat basi. Kisah nie dah sebulan and it happened about a month ago, hujung December 2013 but since cerita kat bawah nie adalah permulaan dari pekara yang berlaku kat I sekarang nie makanya dengan penuh kemalasan I teruskan jua, Kang you all tak tau ujung pangkal, lagipun cerita bawah nie penuh dramatik...yela sangat kan...

Here goes.....

Ingatkan next day, Sunday tak nak pegi mana-mana since semalam dah penat ke floating market etc.. but pagi-pagi tu tiba-tiba tak puas hati sebab semalam tak dapat cover habis. So I cakap dengan husband I, I nak sambung our sight seeing adventure konon.. Husband I kata allright. I pun sibuk la menyediakan bekal sandwhich, mee goreng segera, fingers etc. Dalam pukul 10.30am kita orang keluar rumah but before that I make sure pakai baju sopan i.e. lengan panjang sebab malam tu I dah baca kat internet pasal dress code. I memang dah agak kena pakai baju proper. I jugak check macam mana nak pegi situ or should I say, the easiest route. Kita orang naik BTS ke Saphan Taksin untuk naik boat. Sebelum naik boat, I ajak husband I makan kat stall tepi jalan yang ada chop halal and penjual pun pakai tudung. Husband I tak nak makan cuma temankan I sebab dia pengeli, I pun sebenarnya geli makan kat tepi jalan nie tapi sebab I takut lapar and furthermore I teringin nak rasa makanan local/gerai kat Bangkok nie.
 
 (Simple tapi soup dia sedap nak mampus sangat!)

Lepas makan, kita orang terus pegi ke pier and tanya mana boat nak pegi ke Grand Palace/ Emerald Temple. Orang tu cakap, 100baht per person kalau nak cepat, kalau nak yang murah, kena beratur panjang kat tempat yang satu lagi. I kata kat husband I why don’t pegi yang murah but the moment I cakap, husband I dah bayar la pulak. Husband I kata it’s ok but kalau ikutkan I ofcourse la I prefer yang murah macam kat pier sebelah yang dalam 30 to 40baht je, tau je la I nie kan cheapskate! Dalam hati I cakap, I hope boat nie better la since harga dia mahal but bila boat sampai je, alahai.. macam boat tambang murah je, tak ada beza apa-apa pun. Dalam perjalanan kat situ, all of the tourist termasuk both of us sibuk la snap gambar around us. The views around us was so nice and thanks God air sungai tu tak berbau. Dalam 20 minutes kita orang pun sampai la ke pier untuk ke Grand Palace/Emerland Temple nie. Nak pegi ke situ we have to melalui pasar kecil yang menjual pelbagai barangan terutama makanan. Kecik je pasar nie.

Tak sampai lima minit kita orang dah nampak tempat yang nak dituju. Dari jauh dah nampak betapa besarnya kawasan untuk masuk ke dalam nie. On the way nak ke situ ada la dua pasangan mat salleh tua nie tengah bejalan and then ada one local nie tegur, dia kata (lebih kurang macam nie), “you can’t dress up like this (sambil pointing to the lady), if you want to enter the place, but you ok sir”, tekejut la pasangan mat salleh dua orang nie, then local guy nie cakap, “don’t worry, you can buy the clothes outside or there’s inside (sebenarnya local guy nie cakap broken english tapi I bagi sedap sikit ayat dia). I cakap kat husband I, dengar tak apa local guy nie cakap? Bila dah sampai kat luar pintu gerbang, I tengok, vendor siap berjual seluar la, selendang and also amulet or tangkal gambar buddha ke apa tah.. Masuk dalam je husband I ikut orang beratur sebab dia ingat kat depan tu tempat beli ticket, I kata nanti I pegi depan and check but apparently, tempat yang husband I beratur nie is tempat tourist rent baju. Nak masuk ke dalam kawasan Wat nie kena pakai baju sopan, macam yang pernah I cerita kat keluaran I yang lepas. I panggil husband I and suruh dia tanya security kat mana nak beli ticket. On the way nak pegi tempat membeli ticket, wahhhhh.... besarnya and bersihnya tempat nie... I dengan husband I sangat impressed! Sibuk la husband I suruh I bergambar kiri kanan, belum sampai dekat tempat beli ticket lagi tu! Bila husband I beratur nak beli ticket, I told him I nak cari payung sebab macam panas terik je. 

(Nie la patung guard dikiri kanan pintu gerbang yang husband I ngeri tengok, tapi dia ambik banyak gambar-gambar persekitaran patung nie) 

Selain beli payung sempat la I beli a few pieces of ice cream sebab nampak macam panas aje. Tempat nie ada a few lanes, one for foreigner and one for the locals. Local masuk free, bagus kan? Tak macam kat tempat kita, local pun kena bayar although murah sikit but still la kena bayar, patutnya bagi free la kan.. There were two ladies in front of me, then masa nak tunjuk ticket untuk masuk, sekali guard tu tengok baju dorang, perempuan yang sorang nie dress up proper but the other lady nie pakai dress panjang and dia cover badan dia dengan pashmina but guard nie suruh dia pegi keluar dari tempat beratur and pakai baju lain, terpinga-pinga dia dua orang. Bila guard tengok I aje, terus dia kasi masuk, well.. like I said, I did my homework lagipun common sense la kan... Even laki mat salleh/foreigner pakai short and also baju sleeveless pun tak boleh.. Nampak macam bozo the clown la pulak bila dorang nie pakai seluar tradisional warna warni hehe..

Lepas ambik map and masuk ke dalam...wahhh..lagi sekali I dengan husband I kagum with the building and kebersihan kawasan dalam tu... Oh... tak terkata both of us. And also ramainya manusia.. tersangat ramai... Husband I pulak kata dia ngeri tengok patung yang jaga kiri kanan pintu kat situ, dia kata, cuba I tengok muka patung nie, I kata cantik apa, ukiran dan colour sangat menarik, husband I cakap, ceh! tengok la muka patung tu ngeri la, besar macam gergasi and dia cakap dia gerun. Well.. that is the different pandangan orang berseni macam I ehek! dan orang yang berfikir secara lurus macam husband I.. Kalau dia tengok A, A la.. bukan macam I, kalau tengok A, eh.. macam V la..macam WW la...contohnya.. Husband I pun sibuk la nak ambik gambar I, kejap-kejap suruh I berhenti and bediri kat sudut nie la, kat sudut tu la, view nie cantik la, view tu excellent la.. sampai bosan I. I kata, tak mau la ambik gambar lagi, I nak menghayati keindahan seni rekaan (ambooi... menghayati you ekeke..) and I nak imagine I berada di zaman dahulu kala itu..(alahai...aunty korang nie..). Husband I kata, rugi tak pose kat sana sini, you tau tak... I sampai merajuk and cakap kat husband I dah la..dengan penuh sengau and sambil buat pejam-pejam mata (buruk rupa). Bila husband I tengok I macam tu, terus la dia stop and sengih-sengih kat I. Tapi kejap je dia stop lepas tu dia buat lagi, tak kuasa I nak merajuk and I buat tak tau and dia ambik gambar I curi-curi hehe.. cute la husband I... 




Bila sampai kat pintu untuk masuk ke temple Wat Emerald nie, husband I tak nak masuk, I pulak rasa berbelah bagi, part of me nak masuk sebab curious akan rupa patung buddha yang keseluruhan patungnya di buat dari emerald and part of me rasa macam tak nak masuk because I rasa guilty of my religion. But like I said, Allah tau niat kita and anggap je macam muzium but still I rasa tak sedap hati. Well.. dalam tak sedap hati itu, I masuk juga but I make sure I ambik gambar dekat dengan pintu and tak nak masuk all the way ke dalam. Bila I masuk je kat tepi pintu, I took a few pictures and also the patung buddha emerald nie yang badannya dibungkus dengan kain emas. Then I tengok, orang-orang yang masuk, ada yang berjalan ke depan. I tak tau apa dorang buat kat depan tu since I tak nak kedepan and ada yang duduk-duduk. On my left I saw there was one section untuk sami-sami buddha nie duduk. I peratikan everything around me, the people, the place, the colours, the smell and within few minutes I decided, I had enough, I have to go.

After that we went to the Queen Sirkit Museum of Textiles (Queen Sirkit Royal Silk Project) yang berada di dalam kawasan itu jugak. Tempat nie m menyimpan khazanah pakaian yang pernah digunakan oleh Queen nie yang kesemuannya diperbuat dari silk. Tempat nie sungguh menarik dan impressive walaupun tak besar mana. Masa kita orang tengah tengok-tengok nie, adalah satu group pelancong dari negara China cakap kuat bingit menengking-nengking walaupun dorang bukan gaduh cuma cara percakapan with each other je, biasalah kan dorang dari tanah besar nie. Tengah I tengok-tengok pameran pakaian kat situ, tiba-tiba I dengar macam ada suara lelaki yang agak tinggi and then semua group pelancong dari china nie senyap, ingatkan guard tapi husband I cakap, sorang mat salleh tegur dorang nie. Yelah kan, ingat nie pasar ke? Then kita orang masuk to another section, ada macam video menunjukkan King and Queen nie melawat orang-orang kampung yang tinggal kat pedalaman dan jugak tempat-tempat yang kena disaster masa zaman dulu-dulu, black and white film dia you. Oh, I tell you, dorang nie betul-betul gila sayang kat King and Queen dorang (nanti I cerita on my future posting.. janji pelesu lagi hehe..), cium-cium tangan and duduk-duduk sembah.. oh dear, touching la pulak. Then kita orang tengok wayang pendek cara pembuatan silk nie, waaaa sangat best laaa.., dua kali I tengok. Sayang tak boleh ambik gambar kat tempat nie..

(Seriously, I better put my "dramatic and artistic" (konon) pictures kat dalam instagram yang hanya ada dua pics all this while)


(Sebenarnya banyak sangat gambar-gambar yang kita orang ambik with our canon slr, nikon slr, samsung 10.1 and our hp lagi...tak larat nak upload..)

After that we went to the Grand Palace bersebelahan dengan Wat Emerald tetapi masih di dalam kawasan yang sama. Masuk je kat Grand Palace nie, oh wow!!!! Cantiknya, bersihnya, indahnya, besarnya dan berbagai-bagainya. Serasa macam kat negara omputih la pulak sebab dia punya building was so huge and beautiful. I tell you, I dengan husband I tak terkata, tercengang-cengang. It is so beautiful and impressive... Teruslah I dengan husband I buat comparison dengan malaysia kan hehehe... tali barut betul, but really rasa malu dengan negara sendiri bila tengok cara dorang nie jaga their building, their pelancongan.. tak la macam kita banyak sangat orang-orang yang tidak berkenaan nak campur tangan.. suwey betul! last last semua tak jalan! Anyway, I siap bergambar dengan guard yang jaga kat situ. Oh, I love this place, this surrounding. I cakap dengan husband I, I nak datang lagi, just to walk slowly sambil menikmati keindahan kat sini.

Lepas habis cover semua tempat kita orang pun keluar dari kawasan nie. You guys, kalau datang Bangkok, please visit this place, it is a must! Kita orang pun balik la ke tempat pier ferry/boat nie. This time tambang is only 40baht per person sebab naik yang biasa punya and in fact way better then yang mahal masa nak pegi tadi. Masuk situ, ferry/boat nie stop kat one pier and maka naik la pelancong kat situ. Seperti biasa bila ada orang duduk kat sebelah I, makcik pro nie pun mula la bukak mulut kan hahaha... I tanya this mamat yang rupa macam datang dari india or pakistan, dia naik dari pier tu ada apa-apa yang interesting ke. Dia kata dia dengan bini dia check another wat and dia tunjukkan map, wah.. peramah..ini sudah bagus. I pun kenalkan husband I yang duduk kat sebelah I. And dia kenalkan bini dia yang duduk kat another row. I pun tanya la datang dari mana, dia kata datang dari Bangladesh and bila I cakap I datang dari Malaysia apa lagi bertambah rancak la perbualan kita orang and dia cakap abang dia kerja kat Johor. I tanya banyak tempat nak melancong ke kat Bangladesh nie, dia siap bagi card and cakap kalau datang Bangladesh, call dia. Wah, baik ini mamat and kejap-kejap I ajak husband I kera sumbang itu to join in the conversation because all this while husband I punya reaction was senyap and senyum-senyum je. Dalam hati I cakap ini tak boleh jadi, then I suruh husband I duduk sebelah mamat nie since I duduk in between both of them and I cakap kat both of them, why don’t you two have a conversation hehehe.. Padan muka laki aku.

Bila sampai kat our pier which was on the last stop, kita orang terus naik BTS Silom. Masa nak cari BTS punya card, sudah, mana pegi, then I remember, I asyik keluar masuk my handphone sebab sometime I nak guna untuk ambik gambar masa kat Wat Emerald tadi and I put in the pocket and I’m sure it got slip out. Husband I pun terpaksa la beratur untuk beli ticket. Then sampai kat BTS Siam untuk tukar train, sementara tunggu husband I beratur beli ticket kat machine (I dah swipe my card and masuk ke dalam) tiba-tiba tangan kiri dan kaki kiri I rasa kebas semacam and pandangan mata I menjadi gelap separuh. Oh my, I dah nak pitam nie, I cepat-cepat goyangkan kaki dan tangan I, I tarik-tarik and I cepat-cepat bukak beg cari snickers and apple. I makan cepat-cepat separa gelojoh sambil mengeletar satu badan. Jantung I berdegup extra laju. Then I teringat, I dengan husband I tak makan lagi and sebelum tu we thought of makan kat rumah aje walau ada bawak bekal. Then I bediri dekat sebelah counter tempat orang jual ticket and sambil tu tak habis-habis I mengucap, mintak kat Allah jangan la kasi I pengsan. Masa tu rasa macam dah nak nangis and ingat ajal I dah sampai ke? Janganlah I dikejarkan ke hospital and coma ke. Then I decided to masuk balik and go to my husband yang tengah beratur nak beli ticket. I cakap, I dah nak pengsan and we should go to Siam Paragon’s food court untuk I makan. Husband I panik tengok muka I yang tengah pucat. I rasa macam pijak tilam lembut je bila bejalan simen kat situ. Kita orang jalan slowly and sampai kat food court I terus duduk and husband I order nasi kuning (yicks) yang tak sedap itu but we have no choice sebab the only one yang halal. I makan cepat-cepat dengan penuh mengeletar. Walau tak sedap, I paksa jugak makan, I tak kunyah, I telan-telan dengan air aje, punyalah tak lalu nak makan. Lepas makan I minum soup dia slowly. After a while, we decided to go back. Husband I ajak, naik teksi, I kata tak apa la, nanti lagi lama.

Then kita orang ke BTS Siam balik and masa nak naik tangga, kita orang ada dengar train dah sampai, so bergegas la pulak nak kejar train, sekali entah macam mana, I masuk dulu and husband I tertinggal kat luar train. Sudah! I hanya mampu melambaikan tangan kat husband I dari dalam train. Macam movie scene la pulak. I jadi panik and rasa nak menangis lagi, what if I rasa nak pitampengsan lagi? Whose going to look after me inside the train? What if orang rompak I masa I pengsan? What if kalau I mati and that would be the last time my husband saw me alive? Dalam ber What If itu, I cepat-cepat dapat idea untuk turun on the next station and tunggu train yang husband I akan naik. Lepas turun dari next station, I called my husband I tanya dia naik train after yang I naik ke? Dia kata, yea. Sementara tunggu train tu datang, I bediri berdekatan dengan guard yang jaga kat situ, kalau I pengsan ke apa, at least pak guard nie will look after me. I pandang and senyum kat dia, sempat lagi I building repo, yelakan, kalau muka I masam then pengsan, sure dia endah tak endah je. Nie at least kalau I pengsan ke apa, mesti dia teringat senyuman kelat I ini... Dalam pada itu, hati I sedih and tak abis-abis mengucap and berzikir and I can see my degupan jantung berdentum-dentum kat baju I. Oh, menanti kemunculan next train yang membawa buah hati I itu serasa bagai bertahun lamanya. I never felt this desperate before in my life.

Tak lama kemudian, train yang husband I naik pun sampai and I agak-agak tempat yang I last naik kat station sebelum itu. Bila train berhenti, I terus naik and nun kekasih hati I menunggu dan I terus mendapatkan husband I and bila sampai depan dia terus I peluk dia...nyampahnya bila recall balik adegan itu and I hate being helpless. I rasa sungguh lega, hilang segala keresahan di hati. Sampai rumah, I mandi and terus tidur dalam penuh debaran...

Saturday, January 11, 2014

Yuhuu...


Helllooooo.... guess where I am?

Well.. your sister and aunty kesayangan korang ini is in KL right now... hehe.. *wink.. We flew in last night! This time we used Air Asia and rented Hertz’s car from the airport. And today is my budak bolat’s birthday! Yeah my darling sweetheart cinta kaseh sayang husband’s birthday! Oh today, we’re so busy..nanti I cerita....

Bye for now, I’m tired and sleepy....zzzzzzzzzz..

Tuesday, January 7, 2014

Floating Market & Wat Pho

Last Saturday, kita orang pagi-pagi lagi dah bangun sebab we had planned to go sight seeing around and outside Bangkok. Sebelum tu husband I dah booked this taxi driver yang husband I kenal masa dia mula-mula pegi interview ke Bangkok dulu. This taxi was hired by the company yang recruit husband I and from that onward kalau pegi airport atau buat urusan passport, haritu kita orang guna dia. This guy is very friendly and boleh cakap english walaupun tak fluent dan kelam kabut but at least both parties understand what the other was talking about most of the time. Kalau tak susah la nak berkomunikasi. Rate dia, satu hari 2500 baht (equivalent to RM250), which was quite resonable since he knows his way around. Pagi tu I dah siap-siap bawak bekal sandwhich, nuggets, fingers etc.. in case lapar along the way.
   
 (Of all the pictures that I took, yang nie pulak paling clear and macam Allah nak bagi indication ambik gambar budak kebetulan pakai kopiah hehe.., bila tengok balik baru perasan..)


Anyway nama taxi driver nie Mr Prassart and nama manja dia Mr Black, nama manja you.. Sebelum tu dia tanya, nak pegi mana, kita orang kata, it is up to him, mana yang dia rasa best and the most tourist attraction etc. So dia pun mentioned la train market. Mula-mula tak paham apa maksud dia dengan train market, then dia explained, baru la I teringat I pernah tengok kat youtube dulu nevertheless still masih terpikir-pikir lagi. Sampai kat train market nie, dia turunkan kita orang and dia suruh tunggu dia sebab dia nak park. Kita orang tengok eh, this is market, agaknya nak suruh kita jalan-jalan kat market kot. Then kita orang pun ambik la a few gambar, suddenly I tengok eh, kenapa ramai tourist berkerumun kat satu kawasan nih and I ajak husband I cepat-cepat pegi situ. I tengok ada macam train track tapi orang berjual di kiri kanan and baru nak berkelip mata, I tengok orang kelam kabut berkemas, tarik barangan jualan dorang ke tepi dan tutup khemah, serentak dengan itu, train pun datang and lalu kat kawasan market nie. We the tourist nie apa lagi, semua sibuk la snap-snap gambar train nie sebab train nie bergerak and it doesn’t stop, kena capture cepat-cepat nih. Sempat la I ambik a few snap walaupun terpaksa merempuh dan bersesak dengan tourist di kiri kanan I. Lepas train tu lalu, business as usual and barangan di keluarkan balik..wah... what a sight....! Mr Black cakap, train nie lalu dua tiga kali sehari and so far tak pernah pun ada accident or anything. Well..we’re just in time, kalau tak sure kena tunggu entah bila lagi. Train nie nak naik free je, datang dari kawasan pedalaman and their last stop was somewhere just outside Bangkok.  



Then we headed to the floating market. There’s a lot of floating market around but Mr Black told us the one that he’s going to bring us is the best and most popular one called Damnoen Floating Market. Floating market nie jugak where hangover was filming. Sebelum tu Mr Black dah cakap, jangan beli ticket more than 800baht per person, bargain harga. Sampai kat pier untuk membawa ke floating market nie, I tengok eh, laluan sungai kecik je, in fact macam boleh lompat ke seberang. Then one lady came and charge harga 800baht per person, I cakap no, husband I tawar dapat la 700baht per person, I cakap kat husband I, tawar la lagi or I will do it, husband I kata tak apa la, ish kalau ikut kan I, I akan tawar sampai 500baht per person. Around 10 minutes later, one of the boat came and kita orang pun naik la. We were surprised because there were just the two of us plus a boat guy. Ingatkan naik ramai-ramai macam kebanyakkan tourist kat situ, so I guess, maybe sebab harga ticket lain-lain kot.. Neverthless, we were so happy sebab privacy and tak payah bercampur dengan orang lain yang mostly probably bermacam-macam ragam itu. Sebelum meneruskan perjalanan boat guy nie stop kat one shop tepi sungai and cakap tu kedai bini dia and husband I terus pilih patung gajah. Husband I cukup suka kumpul patung gajah kat bangkok nie la, so far dia dah ada 10 berbagai-bagai bentuk gajah tapi semua kecik and colour hitam. Then anak perempuan boat guy yang dalam umur 8 tahun nie pun join kita orang. Oh, she is so beautiful and I hope in the future janganlah dia syok dengan mat salleh tua yang bersepah kat sini.. 

T
Then kita orang pun meneruskan perjalanan sambil tak habis-habis ambik gambar kiri kanan dan kawasan persekitaran sungai. Mula-mula ingatkan tak ada yang excited sangat naik long tail boat nie and I don’t expect much pun. I also don’t expect the floating market to be that nice or interesting ke apa, but bila sampai kat floating market nie, wah... what an experienced that was. Walaupun floating market nya tak besar but peniaga kiri kanan sibuk dengan barangan jualan yang penuh atas boat masing-masing. Macam-macam yang dorang nie jual, dari buah-buahan, memasak makanan untuk di jual atas boat, hinggakan lah kepada beg-beg, topi etc. I baca kat internet ada comment, floating market nie tak best, jammed and so on. But jammed kat atas air nie la yang membuatkan ianya sangat seronok bagi I and my husband and suatu pengalaman baru yang sungguh hebat. Gila best, bila boat bersilih dengan boat-boat penumpang dan peniaga di kiri kanan. Cara dorang sungguh expert dalam mengendalikan boat-boat walau dalam keadaan bersesak itu. The thing is, these people are so nice to each other, tak ada pun nak tengking-tengking or marah-marah, in fact, they give way to each other, siap tunduk-tunduk and cakap baik-baik lagi. Wah.. sungguh impress dengan budi bahasa dorang nie. Dalam keadaan jammed itu, kita orang seronok dan non-stop ambik gambar merata-rata. Selain membeli souvenir kat tepi-tepi sungai, kita orang beli air kelapa dan buah-buahan yang fresh di potong oleh peniaga di boat. Sambil minum air kelapa dan sambil makan buah-buahan (we give some to anak perempuan boat guy nie) dan menikmati suasana persekitaran.. oh, suatu memori yang sangat indah yang tak akan I and my husband I lupa sampai bila-bila. Husband I cakap, kalau 1000baht per person pun berbaloi because this experienced is so precious. Yela tu intan payung...



Anyway, on the way back, boat guy nie, stop kat satu tokong and suruh kita orang jalan-jalan kat situ. Kita orang tak masuk rumah berhala nie cuma ambik gambar kat luar aje. After that, kita orang naik boat balik dan meneruskan perjalanan balik semula ke pengkalan yang kita orang berlepas in the beginning. Sampai situ Mr Black dah tunggu sambil baca paper. Then we decided to have our lunch on the way back to the city. On the way nak pegi lunch, kita orang stop untuk beli garam yang kita orang nampak masa on the way nak ke train and floating market. Di kiri kanan memang banyak stall jual garam dan juga perlombongan garam, macam sawah padi, except for daun-daun tak ada, cuma lopak-lopak garam yang besar-besar. Garam dia murah sangat, kita orang beli dua kampit aje sebab memang kureng sikit makan benda-benda masin. And I also grabbed sebotol gula melaka, as for yang lain-lain such as ikan masin, kuah-kuah, sambal dalam botol, keropok tu I tak beli. Then kita orang meneruskan kembali perjalanan to have our lunch kat seafood restaurant. Restaurant nie is a pasar borong tapi bersih dan berbagai-bagai barangan basah, sayuran dan kering di jual. Lepas kita orang pilih makanan laut, pekerja dan owner hantar ke dapur untuk di masak. Tak lama kemudian food pun sampai and food dia..wow..sangat-sangat lazat. Mr Black mula-mula tu macam malu but after a while sampai buncit perut dia menahan kenyang hehe.. Yang pasti habis semua kita orang bedal and ofcourse, my aim is at the crab...ahhh...tak pernah rasa crab masak macam nie punya sedap, semua la seafood dia sedap. Dalam makan-makan tu risau la pulak akan ghout husband I kan..but husband I kata, don’t worry dia ada bawak ubat and lepas makan dia akan terus makan ubat. The price of the food was quite resonable 2300baht dalam RM230


Lepas makan Mr Black recommend satu shop jual pulut mangga, husband I ok je sebab dia suka makan pulut mangga nie but as for me, I kureng sikit. Dalam kureng tu, kalau ada depan mata, habis jugak I ngap. Husband I belikan sebungkus untuk anak-anak dia. Then kita orang meneruskan kembali perjalanan to the city. Sampai situ, Mr Black stop kita orang kat another attraction called Wat Pho or Temple of the Reclining Buddha. This temple is also known as the birth place of a thai massage. Oh, I tak try lagi massage dia.. nanti I mesti try. Sementara tunggu husband I beratur bayar ticket which was about 100baht per person, I peratikan kawasan keliling, wah.. tersergam two huge statues at one of the pintu keluar masuk kawasan wat nie. Apparently, semua pintu keluar masuk kat wat nie ada dua patung besar, kira macam penjaga la kot. Then I saw one place where tourist or orang yang beragama buddha nie duduk, sembah-sembah this few gold statues and dorang lekat-lekat macam kertas emas. I bediri kat tepi je sambil ambik gambar. Dalam kepala I bermacam-macam yang I fikirkan about this sort of thing termasuk akan kehairanan I terhadap penyembahan oleh sesuatu agama itu kepada sesuatu yang diluar oleh jangkauan fikiran I. Anyway, then kita orang masuk ke tempat patung buddha nie tengah reclining. Kasut kena bukak dan disediakan beg untuk di bawa ke dalam. Besarnya patung buddha nie and I tengok a few mat salleh dan orang-orang nie pakai this green robe. I baca kat baju dorang but I still couldn’t figure it out what it was. Ingatkan dorang nie from a group of tourist or association macam greenpeace ke apa tapi dorang yang pakai gree robe nie rupa-rupanya, baju yang dorang pakai tak sesuai. Yelakan, tak kira you masuk masjid ke, rumah berhala ke, kena la respect tempat orang tu, takan la nak pakai pakaian terdedah belah sana sini, kang ada bulu yang terselit keluar ke. Since dorang tak pakai pakaian proper, makanya dorang nie kena la pakai green robe yang disediakan. Tau je la mat salleh kebanyakkannya dress up macam nak pegi beach aje. Nasib baik la I pakai baju long sleeves and long pants. Husband I pun pakai long pants and shirt berkolar. 


Lepas tu kita orang berjalan keluar and ingatkan kecik je but this place is huge and banyak reka bentuk yang berbagai-bagai di setiap sudut kawasan. I tengok, wah.. cantiknya shape building yang bertingkat-tingkat nie, in fact there’s a lot around. Banyak la gambar yang I ambik dan macam-macam pose I buat, not knowing what it was... Dalam ber snap kiri kanan, sempat lagi drama “gaduh-gaduh manja” dengan husband I it was either dia ambik gambar camera handphone I tak dapat snap or dia ambik gambar without telling me whether he’s taking it or tengah focus, maka banyak lah gambar I yang pejam mata. Marah la model perasan nie kan bila tengok balik kat screen. Bila I snap guna my camera handphone, ok je tak ada masalah je.. geram I dengan husband I. Dalam marah-marah masam mencuka tu, bila dia nak snap, boleh pulak I tersenyum manis ahahaha.. Lepas tu muka masam balik. I feel bad for scolding him bila I tengok dia senyap je, I kata sorry, I should have been more understanding, you are not a professional photographer, you’re just a paparazzi cabuk ahaha.. (sempat lagi mengutuk), husband I cakap biasalah dealing dengan tiger, nyampah I.. Oh yeah, kita orang masuk lagi ke one of temple kat dalam nie, saje je nak tengok apa yang kat dalam and again, I saw a few tourist perempuan was asked to wear sarung and baju tutup-tutup untuk masuk ke dalam. I masuk tapi tak pegi depan, just bediri kat belakang, ambik a few snap and tengok-tengok keadaan kat dalam which tak sampai 5 minit and then I keluar. I tengok those yang menganut agama nie and jugak tourist-tourist duduk kat depan dan sami-sami buddha duduk section lain sambil semua memberi tumpuan kepada patung-patung kat depan tu..., tak tau macam mana I nak explain tapi pengabdian manusia kepada sesuatu pekara yang tidak munasabah pada pandangan dan ajaran agama I, membuatkan I rasa sedih... Cepat-cepat I keluar dari situ.    


Tak lama kemudian, Mr Black masuk, I think dia risau kita orang lama kat dalam. Ofcourse la lama, mana boleh masuk sejam lepas tu keluar, sebab anggaran dia sekejap je. I tanya dia, apa building shape bertingkat-tingkat yang cantik-cantik nie, you know what? Mr Black cakap, building yang shape bertingkat nie is a place untuk menyimpan raja-raja dan juga sami buddha punya ashes. Gulp! Telan air liur I bila teringat bukan main lagi I bergambar, siap menyandar la, letak kaki bagai... huiii... seram I tau. Then dia ajak pegi two more wat. I kata kat dia, nampak gaya memang tak sempat sebab jam dah pukul 4pm. Next time je. Dia kata sure ke, dia boleh bawak, I kata it’s ok, furthermore dia nak balik kampung malam nanti, kang penat. Dia kata thank you very much. Yelakan.. takan la nak sejam je pegi attraction yang lain tu. I kalau nak pegi tempat-tempat bersejarah or attaraction nie mana boleh kejap, mana nak menghayati lagi, mana nak ambik gambar lagi, mana nak “berdrama” lagi, makan masa tu... Around 5pm kita orang sampai rumah and instead of giving him 2500baht like what they both agreed on, husband I bagi dia 3000baht. Sebab service dia tersangat bagus and he is very patient and also kind to us.

Sekian catatan I untuk kali ini..

PS : I might upload some of the pictures to my fb sebab gambar banyak tak tau mana satu nak letak kat blog nie..

Wednesday, January 1, 2014

Happy New Year 2014

(from the balcony of our place)

Hello, Happy New Year 2014 to everyone.

I tak ada la azam extravagant, sama macam last year. Azam tahun nie pun is not really azam but more on berharap, nak jadi manusia dan perempuan muslim yang lebih baik dari semalam, read more books, exercise, jaga makan, ala.. yang biasa-biasa je...oh and tak mau la curse curse giler kan... I hope this year, is way better than last year. Pada I last year is one of the worst year of my/our life cuma towards the end je ok. It’s not about the year actually but it is about fate. But I do hope this year my/our fate will be better. I hope this year, there will be more exciting things to do and see. I hope this year I bertambah mature and wiser. Yang pasti, I really hope that I rajin update blog and not distracted by candy crush ahahaha... To all of you out there, I hope your azam melekat sepanjang zaman and I doakan each and everyone of you memperolehi apa yang di hajati, hajat baik-baik tau, sentiasa dilindungi Allah, dimurahkan rezeki, sihat-sihat dan bertambah bahagia ceria. Stay positive ok!