Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Ramadhan datang lagi... I rasa sungguh bersyukur kerana masih di pertemukan dengan bulan yang penuh dengan keberkatan dan masih dapat menjalani ibadah puasa yang tak ternilai akan kenikmatannya ini. Selain daripada itu bulan ramadhan juga memberi pahala yang berganda-ganda dari bulan yang lain. Masak untuk orang berpuasa dah berapa banyak pahala kan, by writing this untuk bacaan all of you and sort of refresh your memory akan kebaikkan puasa nie pun rasa macam mmm...eh apa nie? Laaa... rupa-rupanya bahu belah kanan I berat semacam je, sengit you, heh heh.. By the end of this puasa rasa macam tak cukup je malaikat nak tulis kat belah  nih ekeke..., *apuuu melampau.  And you all notice tak, bila time puasa, the weather rasa cool and calm.  Suasana sungguh hening, sejuk, I rasa gembira and tenang semacam je. 

As you know and kalau time puasa mesti pekara pertama dalam otak kita selain dari berebut nak dapat pahala ialah apa makanan untuk berbuka or bersahur. Same goes to me right now, berbagai-bagai resepi, rupa makanan, ingredient yang bermain-main di fikiran I. Dahlah kepala otak I nie memang tak pernah berhenti rehat and pikir macam-macam. I think that’s the reason why I susah nak tidur, or yeah it’s a habit. Ituler siapa suruh main candy crush malam-malam.

This morning I fried nasi goreng ikan bilis for sahur , bertemankan air milo panas dan kurma sebijik, itu je. Berselera both of us makan. Lepas solat subuh I decided not to go to sleep immediately like I used to do instead I baca buku yang dah dua bulan tak habis-habis lagi I baca. Finally habis la jugak, fuh lega. Then I tidur kejap around 9am around 12pm I terbangun and talking for a while to my husband yang masuk bilik and tiba-tiba I dengar tegukkan air, tiba-tiba dia kata “Laaa....... I lupa puasa”, dengan muka tersengih-sengih malu.. Adeiih husband Inie ada je lawak pendek dari beliau. Then dia cakap, tak apa tak sengaja. I cakap kat dia, itu pasal la I letak my drinks kat dapur sebab I tau I akan automatically minum pagi-pagi. 
 

Bila I on my phone, my BFF whatsapp I and kita orang ber whatsapp for a while sambil bertanyakan what are the menu yang kita orang akan masak hehe.. told you mesti pasal makanan. Petang tadi I blend all the bawang putih and merah so that bila I nak masak nanti senang, I didn’t do that for such a long time. Masa baru-baru kahwin dulu rajin I buat macam tu. Kaching, I dah dapat pahala dah wakaka... So today I decided to cook something special “ketam masak lemak” (special ke?) since it is the first day of puasa.

And you know what? Rumah kita orang nie kan banyak cicak and kejap-kejap cicak nie buat bunyi bising and bekejaran with each other, itu belum lagi dengan perangai cicak nie menjambankan rumah kita orang merata-rata. Sakit hati betul nak kena scrap their taik from the floor and dinding. Geram I but suprisingly, since last night until this evening, both me and my husband tak nampak or terdengar kelibat binatang durjana nie. It was like the cicak nie tak pernah bertandang ke rumah kita orang before, disappear just like that?? Twilight Zone betul (I bet most of the new generation tak tau apa Twilight Zone nie).

Kalau nak tau I banyak cerita hantu yang I nak share with all of you, ini from firsthand experience. Pengalaman Mbo sendiri, dia kan kerja sepital so memacam la kejadian yang berlaku. Tetapi memandangkan bulan nie segala jenis hantu pelesit dah kena kurung so I tak nak tulis buat masa sekarang. I’ll wait after puasa/raya, kira nak bagi unsur suspense yang ampuh. Biar padan muka korang nak buang air kecil pun beteman lepas baca story I nanti...err...bukan I ke yang selalu macam tu....

Rajin I update blog this week, ahh... angin rajin sedang datang melanda...

Anyway, selamat menjalani ibadah puasa to all of my dearest readers..muah muah ala Perancis...
 
Sekian catatan I untuk kali ini.....

Monday, July 8, 2013

Mama


Post kali ini tidak ada kena mengena dengan wanita yang terpenting dalam hidup kita walaupun tajuk entry ini adalah Mama. Ianya juga tiada kaitan dengan lagu Mama dendangan kumpulan Budak Lelaki ke Jantan (Boys to Men). Entry kali ini adalah berkenaan dengan movie yang I tengok. Ya, dah lama I tak buat ulasan dan mengkritik ikut sedap bahasa I.

Baiklah I bersalah silah sulah selah akan bagaimana terjadinya entry ini. Masa Mbo bercuti kat rumah I that day, dia tanya, I dah tengok ke cerita Mama (omputih). I kata I dah download a few months ago but I tak ada masa nak tengok. Dia kata cerita tu sangat seram dan dia bawak anak dia tengok sekali, nasib baik Boy and Girl tak ngigau. I kata kat dia, please don’t tell me what’s the story was about etc. sebab nanti spoil la bila I dah tau cerita macam mana, dia kata ok but dia asyik suruh I tengok. So a few days ago I pun tengok la dengan husband I.


Sesiapa yang nak tengok cerita nie and tak mau tau macam mana jalan cerita, please don’t read this entry or anda akan menyesal kecuali anda nak tengok jugak and nak tau jugak cerita macam mana or anda tak ada hati nak tengok cerita ini tapi nak baca ulasan I yang bakal memeningkan kepala anda. Ingat you have been warned...wow..so serious...

Here goes;

Firstly, cerita nie cerita hantu omputih on which we all know memang tak seram langsung, cuma satu je cerita omputih yang I tengok sangat seram, nanti I cerita kalau I tak malas. Ok back to cerita Mama nie, I tak berapa paham sangat permulaan cerita nie sebab tiba-tiba bapak dia balik rumah lepas tembak/bunuh rakan setugas dia (like I said I tak paham sangat) and bawak dua anak perempuan dia Victoria (3 tahun) dan Lilly (1 tahun) lari dari rumah tanpa arah tujuan. Entah macam mana dalam perjalanan melarikan diri di musim salji, dorang accident and masuk ke hutan. Then dalam dorang bertiga nie berjalan, tiba-tiba dorang terjumpa rumah lama yang tak berpenghuni. Masuk dalam rumah tu, bapak dia suruh Victoria nie pandang tingkap sebab dia nak tembak but ada benda lain pulak tarik and bunuh bapak dia, hantu la tu.

Lima tahun kemudian, orang yang uncle dia upah suruh cari budak nie terjumpa la budak-budak nie kat rumah tu, tapi perangai budak-budak nie macam sakai and adik dia tak boleh berjalan, merangkak macam binatang, rambut kusut and kotor. Then dorang di bawa ke centre untuk study ke apa tah oleh sorang professor. Auntie bebudak nie pulak berebut custody ndak kan budak nie and she is more capable otherwise si uncle dorang nie is a struggling artist and girlfriend pun musician dalam rock band. Then professor nie pun negotiate kat uncle dorang nie, rent free etc. but dia nak buat study kat bebudak nie. Uncle kata allright je la sebab tak payah keluar cost and furthermore rumah yang professor nie bagi besar memang sesuai untuk family.

Maka bermula la pekara-pekara “menyeramkan” konon but pada I tak seram langsung. In fact “what a joke”. Rupa-rupanya hantu nie ikut budak-budak nie and act as a Mama...haaaa...situla dapat nama title Mama kat filem nih. Hantu mama nie jealous kalau Annabel (girlfriend uncle dorang) nak berbaik dengan budak-budak nie. Victoria nie dah boleh terima uncle and Annabel but Lilly nie lain sikit, maybe sebab dia dari kecik dia cuma tau hantu mama nih. Hantu mama nie tinggal kat area-area dinding, so malam-malam dia keluar and main tarik-tarik selimut dengan dorang. Victoria dah tak suka sebab yela hantu siapa sukakan. Hantu mama nie tak ada la seram mana, macam cartoon animation je...each time hantu mama nie keluar, I sengih-sengih sebab kelakar, nak kasi I seram konon...wah belagak!

Ok this is the part yang I nak kutuk sekutuk kutuknya. Jangan ingat semua cerita omputih nie ada class or bagus, banyak flaws nya. Contoh, masa uncle dorang kena tolak dengan hantu mama sampai jatuh tangga, so dia pun di bawa ke hospital. Uncle nie pun koma. After a few days koma, dia ternampak vision/mimpi yang adik dia yang dah mati tu, bapak kepada budak dua orang nie, tunjuk kat satu tempat bawah jambatan. Bila dia tersedar dia lukis gambar tu (dia kan pelukis) then dia decided to go to the place. Yang I pelik, kenapa bila you sedar dari koma you nak pegi ke tempat dalam mimpi you itu, you sepatutnya pegi la dulu ke rumah you balik and selamatkan girlfriend and anak-anak sedara you kan? Bukan ke you kena tolak dengan hantu mama nie kat rumah tempat dorang tinggal tu? Tak ke tak lojik? Lepas tu boleh la ke tempat yang you nak pegikan?

Seterusnya Professor nie datang la ke rumah dorang sebab nak study pasal budak-budak nie and nak question si Victoria, Lilly tu memang tak dapat diselamatkan lagi, tidur pun bawah katil dengan ranting and daun-daun. Anak patung pun dibuat dari ranting and daun-daun nih. So masa professor nie hypnotise Victoria, sekali dia tengok ada something kat atas siling, hantu mama la tu. Then dia cepat-cepat lari and tak bagitau Annabel. Dia masuk kereta dia tengok kat tingkap ada hantu mama tengah menjengah dia. Tak ke stupid, patutnya pegi la bawak dorang nie keluar dari rumah tu kan. Lepas tu professor bangang nie pegi ke rumah lama yang dalam hutan kat tempat budak-budak nie and kekonon nak question hantu mama nie. Bukan main lagi lari lintang pukang dari rumah besar tapi berani pulak ke rumah hutan hantu mama tu kan? Apalagi, bila dia start nak question si hantu mama kat rumah hutan, hantu mama tak tunggu lama, terus dikerjakannya. Ada ke nak negotiate or borak ngan hantu?

Uncle dorang yang tersedar dari koma nie terus la pegi ke tempat yang dalam mimpi dia. Meanwhile, Annabel dengan budak-budak kat rumah besar tu kena kacau dengan hantu mama, part nie ada ngeri sikit, bila hantu mama kejar dorang dengan merangkak terbalik, kaki dan tangan kat lantai tapi muka dan badan ke atas wakaka... korang imagine la macam mana, kelakar pun iya jugak. Kadang-kadang hantu mama nie menyorot je kat lantai macam mop lantai sebab nampak rambut je. Maka bekejar-kejaran la dorang, oh yeah, auntie yang nak berebut custody tu ada datang nak ambik budak-budak tu sebab minggu dia melawat and kejap je watak sebab hantu mama dah terkam wakaka.. Anyway, hantu mama nie pun dapat la bawak budak nie lari and Annabel pun jumpa map and terus pegi ke tempat rumah hutan and on the way nak ke sana tiba-tiba dia terserempak dengan uncle yang merayau-rayau tanpa tujuan wakakaka... bodoh kan jalan cerita nie? But maybe nak cari rumah kat hutan tu but takan la berjam-jam lari dari sepital still tak jumpa rumah hantu kalau adik dia yang dah mati bagi petunjukkan...sungguh musykil and plot tergantung...cewah...main ayat plot la pulak.....

Then sampai je kat rumah tu, dorang cari-cari budak nie and Annabel nie ternampak satu bukit tebing tinggi, oh yeah, dia ada buat study and check background pasal hantu mama, so dia teringat la bukit tinggi di pinggiran itu. Dia dengan uncle budak-budak nie pun naik la keatas and hantu mama nie nak bawak budak-budak nie terjun ke air, kira macam relive dia punya history yang lari dari rumah orang gila and bawak baby dia lari and terjun tapi baby dia tersangkut kat ranting, dia pulak mati tersembam kat air masa kurun ke 18. Back to present, sebelum tu hantu mama nie siap lilitkan kalungan bunga kat kepala budak-budak nie, ala-ala mahkota wakaka... hantu pun ada feeling bunga-bunga and ada sentuhan seni ok. Here’s the thing, kenapa baru sekarang hantu mama nie nak bawak budak-budak nie terjun? Kenapa tak dari dulu lagi masa dia bersama-sama budak nie kat rumah hutan tu? She has plenty of time to do that kan? Tak ke menyusahkan diri sendiri je sebab kena berebut dengan manusia? Anyway, Annabel nie bila nampak hantu mama bejalan kat pinggiran nak terjun terus di tariknya budak-budak tu dan dibalingnya rangka anak hantu mama yang dia ambik kat kotak professor yang professor nie pegi ambik kat history librarian (mesti korang pening baca nih hehe...). Hantu mama nie pun suka la dapat anak dia yang dah jadi skeleton itu tapi Lilly yang bangang panggil mama. Hantu mama bagai terkejut dari lamunan and terus dapatkan Lilly dan Victoria. Si uncle yang cuba nak stop, terus jatuh tertiarap bila hantu mama tekan dada, alahai... so lembik la the hero.

Annabel pulak yang brave, dia pun tarik Victoria, so bermula la adegan tarik menarik. Victoria ofcourse nak ikut Annabel sebab siapa nak ikut hantu terjun bunuh dirikan. Tapi yang sedihnya Victoria dapat diselamatkan but not Lilly sebab dia anggap hantu mama nie mama dia. So hantu mama pun peluklah Lilly and then terjun sama-sama and both of them tersangkut kat ranting (yea, ranting tempat baby dia tersangkut jugak masa kurun itu wakaka...) and jadi moth atau rama-rama. No wonder la dorang suka lukis rama-rama kat dinding and hantu mama nie mayat dia pun tempat rama-rama nie menginap dulu.

Last sekali, ada seekor rama-rama hinggap kat Victoria then terbang, nie mesti Lilly....yela takan Lala la pulakkan....

I know I telah membazirkan 100 minit menonton cerita yang tak lojik ini....

Sekian catatan si pengulas movie yang so berjiwa seni (really?)...sambil kenyit mata kiri kanan.....

Sunday, July 7, 2013

Birthday dan Tak Sihat



Yesterday was our cucus sedara’s birthday party, Rayyan and Rayhan. 

Mulanya I macam tak larat nak pegi. The reason why was because I dah start demam/flu and I don’t want to menyangkit kat the kids yang datang. But since it was Khairil and we all rapat with all the anak buah rasa macam tak kena je kalau tak pegi. Furthermore, Khairil cukup arif dengan alasan yang kita orang selalu bagi kalau tak nak pegi ke kenduri sedara-sedara lain, it was always alasan sakit or not in town. Kang dia ingat I trick pulak this time hehehe... Like I said demi anak buah kugagahi jua walau kepala I macam mabuk-mabuk due to ubat flu that I took last night di tambah juga dengan tak cukup tidurnya.

So sampai sana, I cuma duduk aje and I feel bad for not contribute some dishes or help around. Lydia pun cakap duduk je auntie, dia pun kurang sihat after taking care of the Rayhan yang admitted kat Ampang Puteri last week. Ramai betul orang tak sihat these past weeks including Mbo, Girl, Boy and Yati with demam, batuk and all.. Anyway, after about 2 hours, we decided to go back since I couldn’t take it anymore with this fever and beside the aircond at the club house where they had their birthday party was so cold. Beside I need to take my medicine. Kalau nak diikutkan I belum nak balik because I nak tengok potong-potong and makan birthday cake kan...huhuhu... apa nak buat I dah betul-betul tak larat.

Sampai rumah dengan rasa yang sangat lemah, I bergegas solat asar, tukar baju dan berbaring sambil berbungkus satu badan. I rasa sangat sejuk, badan mengeletar, siap pakai stokin lagi and cepat-cepat makan ubat panadol. Rasa macam nak pengsan pun iya jugak. Sendi-sendi I rasa sangat lemah. Misi (nama lama bagi jururawat, untuk sesiapa yang tak tau) merangkap suami pun sibuk la cater to my every whim. Bila I batuk sikit je, terus dia masuk and check temperature, check kaki (I don’t know why) dan urut-urut belakang I dengan vicks, untung dapat misi tak berbaju ini, perkhidmatan beliau adalah percuma ekeke...

Malam tadi I makan ubat doctor, terus I rasa mengantuk semacam dan rasa macam kat atas kapal deadliest catch je. Kejap-kejap terlelap dan terjaga. Around 1am, I terus tertidur sampai pagi and I miss my subuh’s solat. Bangun pagi je terus I batuk-batuk non-stop but malam nie I rasa dah lega sikit, batuk pun kurang, panas badan and flu pun dah hilang, cuma suara masih sengau ala-ala Alicia Kuncis. I think sebab I makan oranges and pil vitamin C lebih dari satu biji. Selalunya I makan satu biji sehari but since flu nie I makan dua biji. And furthermore, I think milo panas yang husband I buat non-stop is another factor kepada my speedy recovery. Thank you la darling.

Tadi around 9.30pm I teringin nak makan McFlurry ice cream and husband I pun pegi keluar untuk belikan I. Balik je instead of beli McFlurry ice cream dia belikan ice cream swirl mcdonald yang biasa tu. He said, he went to two places and both dah habis. I pun tarik la muka sedih and masuk bilik je terus la ada adegan telengkup muka kat tilam and bantal wakaka..., ah drama-drama..., kecewa tau sebab teringin sangat nak makan dari tengahari tadi. Husband I cakap, jangan nangis nanti dia keluar balik, cari and belikan. I kata I tak nangis, tengok la mana ada airmata keluar, I cuma pilu-pilu je sambil memekkan muka berkedut ini...heee...buruk rupa macam nenek tua retak seribu... I rasa guilty, I kata tak payah la dah malam, tak nak la you keluar dua tiga kali and tak bagus makan manis-manis around this time, walau dalam hati ini berkata sebaliknya. Biasalah lain di mulut lain di hati. Husband I yang sememangnya tau akan perangai I, kata it’s ok, dia nak belikan jugak. Ah demi bidadarinya nan seorang ehek!

Tak lama kemudian dia balik bersama McFlurry idaman I itu. Lepas abis makan I tunjukkan bekas McFlurry yang telah kosong itu kat dia sambil tersipu-sipu manja...errkkk.. pengsan. Sambil berjalan ke dapur, tiba-tiba husband I cakap, eh..tunggu, dalam hati I terpikir takan nak mintak upah cium, ngeri I...hoho.. Dia kata, sudu McFlurry tu jangan buang eh?... Ada ke? Macam la tak ada sudu kecik kat rumah... well... that’s...my husband!

Sekian catatan meraih simpati I malam ini...keng keng keng....

Thursday, July 4, 2013

Mbo and Family Datang Bercuti

Dua minggu lepas I cukup busy dengan kedatangan bonda, adinda serta anak-anak sedara monkey I itu. Actually, Mbo’s convo was supposed to be around this time but postponed to the end of the year, but since dia dah beli ticket and tak boleh tarik balik, so they decided to come. Anyway, since Mbo nak visit Wo, I suggested dia pegi ke rumah Wo dulu and then baru rumah I, dari berulang alik, rumah I, rumah Wo and rumah I balik. So Wo telah mengambil rombongan Mbo dari KLIA balik ke Tampin. Setelah bertandang tiga hari dua malam, saya berserta suami telah mengambil rombongan Mbo pada hari sabtu lepas di KL Sentral. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Mbo membawa luggage dan mengangkut anak-anak beliau itu. Rasa macam menulis karangan yang tak ada feeling dan berhati lesung batu je hehe... Ok, back to my normal mode. Sampai sentral, dorang tengah makan kat KFC, sampai during time tengahari, budak-budak dah lapar. Setelah berpelukkan kita orang pun start la bergossip pasal ahli keluarga serta sedara mara yang lain. Acara wajib nih. Tak lama kemudian husband I sampai sebab dia pegi park kereta. Boy dengan muka tersengih-sengih terus mendapatkan husband I and mintak di dokong dan di peluknya tengkuk husband I. Alahai! Touching moment la. Tersentuh hati I tengok dua beranak ini melepaskan rindu. Dia pun cerita betapa excited dia naik commuter dengan bahasa pelatnya, tapi 95% yang diperkatakan langsung tidak kita orang pahami hehe... Mbo cakap masa dia kat Tampin, hari-hari Boy tanya bila nak jumpa husband I, yela ada agenda nak toys la tu..
 

Mbo and family spent 4 days 3 nights with us. Benda-benda yang kita orang plan tak menjadi such as bringing the kids to the zoo or any outing activities due to the worst haze ever. But on their first day to our house, we brought them to the swimming pool yang sebesar kolam itik itu. I pity Girl because she still want to swim but with the jerebu and nyamuk yang berkeliaran kat situ we have to leave early. So mostly kita orang spent time doing indoor activities. We went to Daiso at Pavilion and Aquaria at KLCC. Itu je activities kita orang. Sungguh tak syok kan?
  

Mbo also cooked for me, I rasa sungguh terharu sebab masa kecik-kecik, I masak kan dia, sekarang dia masak kan I pulak. Sedap masakan Mbo. I was so happy to just sit and play with the kids while she kling klang kling klang kat dapur. Pagi-pagi Mbo dah buat breakfast, I just bangun gosok gigi and mamam. Malam-malam Mbo masakan dinner, ahh... heaven. Mbo also ask me to buy chili kering so that dia boleh buatkan I chili kisar. She put a few stuff in there and gave me the resepi. Bila I nak masak nanti senang, just tumis and letak garam and gula. But biji chili sangat banyak, in the future kalau I buat sendiri, I will make sure to throw all the biji as me and my husband tak suka telan biji-biji chili nih.

I gave Mbo and Mummy my old clothes and most of them I tak pernah pakai lagi (“Ini kes gatal nak beli tapi bila try kat rumah tak suka”). I showed Mbo some of the blouse that I made myself masa I rajin buat baju dulu and she like it so much and wore them when we went to Pavilion and masa dia nak balik Kuching pun dia pakai jugak. Mbo kata cantik and kalau tak cantik buat apa dia pakai. I was so touched and in a way sort of bagi I semangat nak menjahit baju balik. Husband I cakap, I nie memang, asyik tak puas hati dengan apa yang I buat but other people see it differently. Same goes with makanan yang I masak, I kata tak sedap, husband I kata sedap. He said, I’m being too hard on myself.

(Makcik perasan ini pun sibuk la nak ber posing, mana nak lepas peluangkan hehehe...)
 
Anyway, since kisah nie pun dah basi, I malas nak cerita in details akan percutian dorang ke sini but we had a great time with them. I miss all of them so much and can’t wait to see them by the end of this year as Mbo's convo is around that time.
 
Sekian catatan I kali ini....