Thursday, September 13, 2012

Indispensable Dispenser

Haritu tengah I surf around I terjumpa satu blog tunjuk gambar Indispensable dispenser yang boleh didapati di KLCC. Husband I balik kerja terus I bagitau dia, I tunjukkan/bagi dia link and suruh dia beli since our cereal was all over the place and in all kind of plastic container/tupperware. Furthermore, I tertarik dengan dispenser nie masa tengok sitcom The Big Bang Theory dulu. Husband I kata next day nanti dia cari. Balik dari kerja, dia cakap merata dia cari tapi tak jumpa. Dia kata, dia pegi kat Parkson la, kat Isetan la. I kata, kan I dah bagi dia address/link and it was in 3rd floor not at Isetan or Parkson. I tanya, you dah call ke tanya, number pun ada, husband I kata, dia dah call tapi orang tu tak paham. Dalam hati I, that is impossible! Mula la hatiku terbakar membara. But I kata, nanti la kalau I dah sihat nanti, kita cari sama-sama since maybe he’s right although I doubt it.
 
So last weekend, Sunday, mula tu ingat tak nak keluar but husband I ajak cari dispenser nih kat tempat-tempat yang both of us rasakan ada. We went to Great Eastern Mall to have our late lunch and beside kat situ ada two shop that sell that kind of thing. Masuk kat satu kedai tu, cari-cari tak jumpa and then masuk kat another shop tu ada but different style and harga, mak oii! seribu lebih, ah, no thank you. After that we decided to go to KLCC and kalau tak ada we would go to Pavillion. I told my husband, I 100% sure ada and dia aje yang tak jumpa. Husband I kata, ok, tengok la nanti dengan penuh confident. Both of us terus pegi ke escalator and ke tingkat tiga. Nun di sana terpampang dengan besarnya papan tanda “Iwannagohome” (nama kedai tersebut). I dengan pointed to him, look that is the shop.
Masuk je kat kedai tu, on the spot I nampak berkotak-kotak Indispensable dispenser bersusun tinggi. I jeling kat husband I and cakap, what do you mean by you masuk and tak ada, it was in front of our eyes and terang-terang kat situ. Husband I cakap, jurujual tu cakap tak ada, habis stock. After I made a few rounds, kita orang pun ambik three boxes, jurujual tu bukak and check-check, lepas puas hati, kita orang terus ambik and bayar kat counter. Sebelum tu husband I nak beli satu lagi, I kata, cukup la, tak payah beli banyak-banyak nanti tak ada tempat nak letak. On the way out, I ungkit balik sebab tak puas hati with husband I punya kenyataan aritu. I tanya, betul ke you masuk kedai nie and tak ada cereal dispenser masa tu, dia kata betul, tadi masa baru masuk dia tanya jurujual tu, orang tu kata stock baru sampai. Siap dia berDemi Allah lagi dengan I, wakaka.. nak tergelak I.
 
Malam tu, terus kita orang cuci and tak sabar-sabar nak masukkan cereal kat dalam, macam budak-budak aje. Bila dah masukkan cereal nie ada a few boxes lagi tak masuk. Husband I kata, tadi dia nak beli, I kata tak payah. Next day on the way back from work, husband I beli dua lagi. Bila dah cuci, susun and isi atas kitchen counter, nampak macam kedai runcit la pulak haha.. Oh btw, boleh isi macam-macam not only cereal and it cost around RM89.00 each, murah je.
 
Sekian, catatan I kali ini....

Friday, September 7, 2012

Pendapat I Tentang Blog

Haritu one of my friend sent me an email and asked me what do I think of his blog. Dia tanya dan inginkan pandangan I bagai mana tentang blog dia, adakah dia merepek, melalut ke etc.. Eh itu dia cakap bukan I tau kang tak pasal-pasal dia merajuk la pulak. I bukannya pandai pujuk orang tua-tua nie, lagipun tak kuasa I tau... wakaka..
 
He has been asking me about this about a month ago but I was always busy with being Bidadari la, Ratu Hati la, Pelakon Grade B la macam-macam la. Lagipun it was during puasa, di tambah lagi dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu dan berbagai activity sampingan (wah, banyaknya sebab). I pun bukannya orang yang suka mengadap laptop kecuali kalau I nak update blog atau nak check something. Sebab tu la I tak active ber facebook macam tuan puteri nun di sana hehe.. Like I always said, I tak ada mende nak share kat situ and agak kekok bagi I, almaklum seperti yang sering I perkatakan jugak, I nie kan anti-sosial. I malas nak beramas mesra dengan orang-orang kat situ kecuali tuan puteri dan satu dua orang je, itupun I click like je, lepas tu terus la tuan puteri tangkap I dengan segera wakaka...
 
So anyway, back to business (wah!), dia tanya what do I think of his blog. To me, there’s nothing wrong with his blog or anybody’s blog for that matter. Ini kira I generalise semua sekali la. Apa-apa yang di tulis atau di blog oleh yang empunya tuan rumah itu adalah hak dia yang mutlak. Dia boleh tulis apa-apa yang dia ingini atau meluahkan segala isi hatinya. Tapi walaupun dia boleh menulis sesuka hati ada pekara-pekaras sensitif yang perlu di ambil kira agar tidak melanggar undang-undang cyber ke kan. Bila I berblog, I make sure my blog is about me, my story that I would like to share with anybody who wants to read it. Blog I bukan blog hiburan media yang menyajikan kisah artis saban waktu atau blog pasal politik. Sebabnya, I tak pandai bergossip atau menyebarkan sesuatu pekara yang belum pasti (another word for fitnah). Lain orang ada lain sebab mengapa dorang nie berblog. Blog I pun bukannya famous atau penuh controversy pun, jari jemari pun lebih banyak dari follower I wakaka... Dalam sehari kalau ada satu dua orang yang visit memang dah kira bagus la tu. Yang banyak hit tu pun, I sendiri yang jenguk-jenguk blog I wakaka..lagi.. Pada I berblog nie sebenarnya banyak manfaatnya dan bergantung kepada tujuan masing masing, selain dari dapat mencungkil bakat penulisan atau membuatkan kita menjadi seorang pengkarya yang unggul (ada yang gelak baca ayat I nih), penglipurlara tanpa sedar in a way ianya bak satu therapy untuk kita meluahkan segala isi hati gundah gulana maupun berkongsi rasa gembira dan sebagainya.
 
The downside about blogging nie, tak semua orang suka baca tulisan kita sebab best or seronok pada kita tapi tidak pada orang lain. As for me, I don’t care about pandangan orang lain and ianya tidak penting sama sekali. What is the point of berblogging kalau hanya untuk memenuhi selera orang lain? I’m not talking about blog yang berbentuk hiburan or gossip yang memang diketahui mempunyai banyak peminat dan untuk menambahkan pendapatan. I’m talking about blogging in general. Kenapa kita perlu mengembirakan hati orang jika ianya bukan tulus atau datang dari hati kita sendiri. Apa di fikiran or perasaan orang apablia dia masuk blog kita itu tidak perlu kita risaukan. Itu bukan masalah kita, itu masalah dia. Peduli apa kalau orang kata blog kita nie syok sendiri. Because to tell you the truth, I memang syok sendiri kalau I tulis blog I, kenikmatan itu hanya I sorang aje yang memperolehinya. Jika ada tetamu yang membaca pun rasa seperti apa I rasa, I anggap orang itu bertuah kerana dapat menjiwai, menyelami dan dapat berkongsi rasa dengan I (hahaha...sila gelak terlentang).
 
So far I tak pernah mengalami pekara-pekara atau komen yang tidak baik dari orang-orang yang pernah singgah dan baca blog I. Blog I nie harmless je pun. I sudah menganggap regular yang meninggalkan komen kat blog I sebagai penyeri dan pemberi semangat pada I untuk terus berblog. Orang-orang ini juga adalah sebahagian dari blog I dan memberi rencah yang enak.
 
Untuk kawan yang bertanya apa pendapat I pada blog dia (rasa berbesar hati dan penting la sangat buah fikiran I nie haha..). Ini pandangan ikhlas dari I. Your blog memang menarik terutama dari segi lenggok tulisan, bahasa-bahasa puitis syahdu yang indah, susunan kata dan kiasan yang mendalam tapi senang untuk dihayati. I juga suka baca kisah-kisah tentang kehidupan yang you share. Tiada unsur-unsur hiprokrasi dan yang benar sahaja. You cakap, kadang-kadang you rasa macam nak delete blog you, I tak tau kenapa dan apa alasan you untuk berbuat demikian. Apa-apa you rasa, I cadangkan you fikir dulu dan hargai apa-apa karya you yang lepas. Jangan ikutkan naluri perasaan ketika you dalam keadaan beremosi dengan meminggirkan kewujudan fikiran. Jika you sudah mengambil keputusan muktamad, jangan menyesal dan berkalih kebelakang. Kerana ketidakpuasan hati pada pekara yang lepas akan mengaburi sedikit demi sedikit kenikmatan di depan mata. Dan pandangan dan rasa hati you lebih penting dari sesiapa pun not even me sekalipun.
 
Last but not least to my dearest reader, thank you so much for spending your precious time (I tau I selalu guna ayat bodek nih hehe..), reading and melayan whatever merapu story that I write/share with all of you.
 
Sekian catatan I untuk kali ini, take care and love from me....

Wednesday, September 5, 2012

Merdeka Day and Wedding Anniversary

Last Friday, which was a 55th Merdeka Day for our negara yang tercinta ini adalah bersamaan dengan my 20th wedding anniversary. I know, pengantin dah lapuk wakaka.. I lambat update sebab I tak sihat and masih flu for about a week until now, suara masih kesengauan lagi. Each time date nie datang I mesti teringatkan akan first marriage of Fauziah Latiff and Syed Budriz, the date are more or less the same, I tak ingat bila dia nikah, it was either on the 24th or on the 28th August whereas ours was on 31st August same year and it cause quite a stir on her side. Anyway, sekejapnya dan tak terasa, kalau ada anak dah boleh dapat menantu sekarang nie. My marriage life, like others, ada ups and downs kalau setakat merajuk-rajuk mengada on my part, memang biasa but tak ada la yang teruk atau dahsyat-dahsyat macam separuh rumahtangga orang lain yang kurang bernasib baik. I remember 20 years ago bila I jadi baru-baru jadi isteri husband I. Everything was so new but we quickly adapt to the life of sharing and caring. Tapi I sungguh kuat merajuk, ada je benda yang I tak puas hati sampai I lupa apa yang I rajukkan. My husband relax aje with my perangai yang macam budak-budak. But everyday I jatuh cinta dengan keperihatian dan keperibadian husband I. His patience, his kindness, his sweetness and senyuman yang sungguh menawan pada pandangan mata I.

Husband I sungguh pandai mengambil hati I. Tiap-tiap malam masa baru-baru kahwin, kita orang berborak-borak sampai ke subuh, ada je benda yang nak dibualkan. Kadang-kadang bila dia tidur, I akan tekapkan telinga I ke dada dia sebab I risau kalau jantung dia tiba-tiba tak berdegup lagi. I letakan tangan I dekat hidung husband I, just to make sure dia masih bernafas. I sungguh takut kalau husband I “pergi” tinggalkan I, punyala paranoid, sayang gila la konon wakaka... Kalau dia tau mesti dia gelakkan I, cuma baru-baru nie aje I bagitau dia hehe... I rasa sungguh bersyukur and thanks Allah for giving me pasangan yang sungguh sesuai, baik di mata dan hati I. I was worried before I kahwin dengan dia, I risau kalau dah kahwin dia akan berubah and jadi kaki pukul memandangkan muka dia nampak garang and serious. I risau dia akan jadi kaki perempuan, kahwin dua, tiga or empat since my relative selalu takut-takutkan I bila dorang tau I couple dengan dia, orang melayu dan beragama Islam. Masa belum kahwin I selalu cakap or tanya husband I pasal benda nie. Husband I selalu convince I and cakap tak semua orang melayu or Islam kahwin dua or berpoligami. Yang dorang tengok or keluar kat drama or wayang is just a story and cerita yang I dengar is just segelintir dari rencah hidup orang lain. Tak semua orang Islam and melayu macam tu. Tengok la mak bapak dia and abang-abang dia mana ada berpoligami or kaki perempuan. Out of 100% only 10% yang buat perangai and yang 10% nie la yang selalu orang cerita sebab siapa nak dengar atau tengok cerita-cerita yang tak ada controversy. It’s not about the religion, it’s the people, yang beza Islam suruh kahwin dari berzina and lelaki agama or bangsa lain pun simpan perempuan. From that onward, I buang all this negative thoughts and I tanya dia lagi, what if dia kaki pukul and marah-marah I. Husband I jawab, buat apa dia nak pukul-pukul I, dia bukannya gila..hahaha.. nak gelak la pulak I tulis nie balik and teringat soalan-soalan naive I. I tanya dia, what if dia kaki perempuan, husband I kata ceh! dah dapat bidadari, buat apa dia nak cari lain hehe.. I tanya lagi, what if dia kaki judi, husband I jawab, dia nak judi apa benda, bukan kaya pun and itu semuakan dilarang agama (mengarutkan soalan I?) and bukan ke semua tu berdosa. I tanya lagi what if dia ada kelainan dari segi sex, husband I gelak, dia kata, itu orang sakit jiwa and bernafsu binatang hahaha...

Akhirnya I menempuh alam pekahwinan dengan harapan dan debaran untuk I tidak dianaiya dikemudian hari nanti. Over the years, we’ve been through a lot and have so many fun and wonderful memories together. We cried, laughed etc. Dalam melayarai saat-saat indah, ada je anasir-anasir or mulut-mulut jahat orang lain memandangkan both of us tak ada anak. Macam-macam dorang cakap, dorang kata, husband I sure cari lain sebab kita orang tak ada keturunan la, husband akan buat kerja nikah sembunyi-sembunyi la, sure tak lama perkahwinan I la sebab tak akan bahagia la, mentua and in laws tak tanya ke, tak ada anak buat apa kat rumah, sure boring la tak dapat main-main dengan budak-budak la.. huii macam-macam tau. So you see, orang-orang macam I nie memerlukan kesabaran jitu yang cukup tinggi untuk menepis kata-kata orang nie and jangan ingat tak ada anak cabaran dia tak ada. Maybe not physically but mentally and emotionally. So anyway, there was one guy masa I kerja dulu, selalu usik I, dia kata, husband I sure cari lain or that do you know where or what you’re husband’s doing. Are you happy ke? He was even surpised that I selalu cakap I love you at the end of me and my husband’s conversation in the phone. Dia kata, dia cuma cakap I love you bila nak project dengan bini dia! Dasar jantan kabaret! So I tanya dia balik memandangkan I tau reputation dia macam mana, I tanya, you, apa lagi yang you nak? You have a beautiful wife with a good job like you, you ada rumah, ada few cars, you nak anak perempuan you ada few, you nak anak lelaki pun you ada but kenapa you masih mengatal? What’s wrong with your rumahtangga, takan tak bahagia kot? With that dia tersipu-sipu dan tersengih-sengih bak kambing miang di padang gersang. Over the years I dengar dia ada scandal sana sini and last year I terjumpa dia tengah kejar anak dia with his new or should I say second wife! Ada yang sorang tu pun sama jugak, selalu cakap betapa bahagianya dia and cerita macam-macam activity kekeluargaannya. Dia cakap rugi tak ada anak dalam perkahwinan and what is the point of getting married or be in a marriage kalau tak ada at least sorang pun and also tak akan bahagia selamanya. Wah! Kurang asam. And this guy, mind you, ada affair dengan janda kaya and selalu keluar dating. And he said he’s happy with his marriage! So why did he still seek perempuan lain!

So anyway, besok, lusa I tak tau lagi macam mana nasib rumahtangga I but so far I can safely said that I have a wonderful and happy marriage life and syukur Alhamdullilah dengan kenikmatannya. Happy Anniversary to you too darling husband. And you darling, are the love of my life.


Activity Wedding Anniversary

Pagi-pagi lepas solat we went to a clinic sebab kedua-dua pengantin dah lapuk ini selesema sehari dua yang lepas. Apa lagi I, dalam srot srot hidung tersumbat, sibuk la ngomelkan husband I sebagai punca akan kegeringan I nie. Orang tua tu tak mengaku, dia cakap dia batuk je, I kata yela tu, kalau dah tidur sekatil and sedut udara rumah yang sama siapakah puncanya sebab I mana ada keluar mana-mana and sentiasa segar bugar je kat rumah (konon). Husband I cakap, nie punca abuk la haze la, nak ngelat la konon kan. Sampai kat clinic I tengok ada budak muda sorang pun sama jugak flu. Masuk bilik doctor, doctor tu cakap ah?...maknanya sakit apa dalam bahasa dia la tu kot. I pun explain. Dia cuma check dada I and terus tulis apa ubat nak bagi, tanpa mengambil suhu badan I or suruh I bukak mulut seperti kebiasaan doctor lain. Dia tak tanya dah berapa hari I dah sakit or sakit tekak ke or batuk ke. Lepas tu I tanya, itu je ke, dia kata ah... I rasa la kalau nak jadi doctor kat clinic nie I pun boleh, cakap ah je. Kalau I jumpa doctor yang I regular jumpa, I nak complain nanti. I tau la complain I tak kemana but at least I cakap jugak. Lepas tu husband I pulak masuk, bila dia keluar I pun mengadu domba kat dia akan pengalaman I dengan doctor bisu ah itu. Husband I cakap, dia pun sama jugak doctor tak check.

 

Then we went to buy some breakfast, rasanya this is the first time kita orang keluar beli breakfast on the weekend. Selalu either breakfast masak sendiri kat rumah, keluar terus untuk brunch atau tak breakfast langsung. But I tell you, it was quite an experienced, seronok la, beli nasi lemak and soto untuk di makan pagi-pagi. Balik rumah, mandi and breakfast depan tv sambil tengok acara perbarisan sempena Hari Merdeka. Lepas breakfast, both of us sama-sama makan ubat and then rehat kejap and tidur. Tak lama kemudian husband I bangun untuk solat Jumaat. Balik dari solat dia singgah kat restaurant to take ikan kerapu masak tiga rasa, green curry chicken and mix vegetable yang dia tempah one day before. Same goes with satay melaka, husband I order 100 batang. Bila dia bagitau I, I kata banyaknya, in fact terlampau banyak. Sempat lagi husband I beli belon untuk cucu-cucu sedara. Sampai rumah in law around 3pm sebab singgah kejap beli kuih muih and watermelon for dessert. Aida beli dua ekor nando’s chicken. Tunang Khairul, Shidah buat/bawak dessert. Maid kat rumah in law buat air dan masak nasi putih. Pozi buat kek for dessert. It was an enjoyable day for all of us and ofcourse with the chochos (cucu) yang sungguh cute-cute itu, rasa macam kat taska la pulak haha.. kecoh. I think kan, nak cadang kat dorang buat pot luck once a month or once in two months, macam best je.
 
Sekian kisah I kali ini....

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...