Wednesday, October 30, 2013

I Kena Bedah Semalam

Yesterday adalah hari pembedahan I...

Here’s the story, malam semalam sebelum nak kena operate I tak dapat tidur. Puas I pusing kiri kanan but still la tak dapat tidur, lelap seminit dua then terus terjaga. Husband I pun tak dapat tidur bila melihat bininya yang gelisah ini. I ajak husband I tukar posisi, posisi tidur ok. Kita orang pun tidur melintang but still la tak dapat tidur, I berzikir pun tak dapat jugak, frust I malam tu... Orang dah la nak kena bedah esokkan and mata buat hal la pulak. Around 2.30am baru la I dapat tidur tapi pukul 4am dah terbangun.

Masa nak ke hospital around 7.30am rasa macam nak membuang la lagi padahal masa mandi tadi “tugas” dah selesai. I tengok jam, ah..nie mesti lambat sampai sebab sepatutnya kena ada kat sana pukul 8am so that hospital boleh claim insurance kalau duduk more than or 8 hours. Sampai around 8.30am, nasib baik jalan tak jam sangat. Since husband I dah buat pre admission semalam so tak ada la terkocoh-kocoh sangat. Hati I dah tak sedap especially bila teringatkan betapa sakitnya bila nak kena cucuk drip kat jari I nanti. I’d experienced before and sangat sakit tau. Dalam hati I pikir, cuba la kalau I dapat lari kan bagus. Dari dalam kereta sampai la kat hospital nie I senyap je. Risau husband I tengok I. Lepas register/admission, we were asked to go to the Day Care sebelum nak buat operation. Masuk kat situ, wah..semua colour pink/orange and white. Nurse kat situ pun pakai baju pink berjalur putih and some of them berbaju merah hati. Sejuk je mata and tambah lagi air cond yang sangat sejuk. Walau mata dan hati ini sejuk namun ianya tidak berjaya mengurangkan getaran di hati ini. Nurse kat dalam wad Day Care nie sangat baik, caring dan lemah lembut. Then one of the nurses showed me my bed and husband I pun boleh masuk sekali. Tak lama kemudian I tukar baju and seluar panjang I tak bukak lagi. Then one of the nurses came to my bed and check my blood pressure dan seperti yang telah di duga blood pressure I shoot to 180, sangat tinggi. Macam-macam nurse nie tanya and all, ada darah tinggi ke, on medication ke etc. Dia kata nanti dia datang lagi untuk measure my blood pressure. Then I try to go to sleep tapi tak berjaya and tak lama kemudian ada sorang budak nie, menangis non-stop, kuat pulak tu, adeeihh pening kepala I. For sure la blood pressure I tak turun dah lah I tak cukup tidur kan. Risau I kalau blood pressure I tak turun, I takan dapat buat surgery. Tak nak la tunggu, nanti bertambah takut I. Husband I berdiri and tengok-tengok budak tu. Then dia cakap kat I budak nie patutunya kena bagi sleeping pill. Husband I keluar to have his breakfast. Then I told the nurse I want to go out for a walk. Orang dah la tak tenteram and nak rest pun tak dapat. I don’t blame the kid, dia budak apa dia tau, kalau tak main, nangis, tu la kerja, oh not to mention sleeping.

Tak lama kemudian, I masuk balik and tak payah cerita la berapa kali I pegi toilet sebab Day Care nie sejuk sangat, rasa macam tinggal dalam icebox. I try to baring balik and the kid didn’t stop nangis menjerit... adeeihh la and on top of that perempuan sebelah bising bercakap-cakap kat handphone dengan kawan office and she must have been waiting for her husband yang dalam operation theater. I syyhh syhh pun dia tak dengar. I fed up, I bangun and on the way to the toilet, I complained kat nurse suruh perempuan nie senyap. Dah terang-terang sign kat situ Keep Silence, apahal nak bising, bukannya patient pun. Geram I. I balik dari toilet, I pegi kat nurse tu I tanya dah bagitau ke perempuan tu, dorang kata dah. I pegi kat my bed, nafas pun I tak dengar dari perempuan tu... ahh..lega I. Tak lama kemudian, nurse datang untuk shave bahagian kiri ketiak dan di sekitar left breast I. Dia kata, I tak banyak bulu, ofcourse ler, I sentiasa shave tak de la macam orang yang ada blog sesawang tu, setahun sekali je update. Kalau shave kat dia sure boleh buat dua tiga rambut palsu hehehe... Tak lama kemudian husband I balik semula ke Day Care. I cakap kat dia pasal I complained tadi. Then both of us on the tv, tapi we keep the volume very low. Apparently, that perempuan pun pasang tv jugak tapi very low jugak. Tak lama kemudian, laki dia, I assume keluar dari operation theater and masuk ke Day Care. I dengar laki dia mengaduh-aduh... sakit ler agaknya tu. Bertambah ngeri I kat situ. I dah la ketakutan yang amat.

Tak lama kemudian, nurse yang lain datang lagi sekali untuk check my blood pressure, this time dia tak guna yang electric punya measurement, instead yang tradisional and again blood pessure I masih tinggi 170/190. Tak pernah blood pressure I setinggi nie dalam hidup I. Dia tanya ada high blood ke apa, I explained lagi sekali and I cakap I ada machine kat rumah and selalu measure tapi around 120 je. Dia tanya ada ambik apa-apa medication etc.. I kata I makan cholestrol tablet je. Then I dengar dia call Dato Dr Suseela and explained my condition yang nervous ini. Tak lama kemudian Dr anesthetic (Dr Liu) datang jumpa I and tanya-tanya whether I pernah mengalami trauma masa I surgery dulu. I kata yea, it was so painful after gallbladder I was remove. I kata seluruh tulang badan and jahitan I tu sakit nak mampus and makan pain killer pun tak jalan. I also told him betapa sakitnya masa dorang cucuk I punya tangan untuk letak drip. Doctor nie kata dia personally akan cucuk jarum drip I and then dia explained baik-baik pasal surgery that I’m about to have. Dia kata in comparison to surgery gallbladder dengan this lump surgery is like 5 to 1. Maknanya tak sakit la tu, then dia buat perumpaan lagi, dia kata rasa sakit orang beranak or kesan jahitan nie is like, 10 to negative 2. Masa dia explained kat I, you could see how nervous I am and siap mengigil lagi wakaka..nyampah la bila ingat balik. Dia kata kesan memang akan rasa lepas surgery but kena set in mind that it will gradually hilang sehari demi sehari. Masa dia explained tu, sedaya upaya I nak suruh airmata I mengalir, puas la I pejam bukak pejam bukak tak jugak keluar.., hampeh lakonan I saat itu. Anugerah pelakon berkaratker terasa masih jauh untuk I capai....

Then dia kata I ada dua option, satu cucuk jarum drip kat jari and satu lagi pakai mask. I kata which one is better, dia kata cucuk drip. I kata ok la cucuk drip.. wah.. Then dia kata dia nak cucuk jarum drip, takutnya I. Dia tak suruh tengok and dia suruh husband I pegang tangan I. Husband I pun datang dekat-dekat nak hulur tangan dia. I kata tak mau but I just want to look at my husband. Mula-mula dia tepuk-tepuk belakang tangan I itu. I kata sakit..alahai.. hehe.. ngadakan.. Lepas tu dia kurangkan tepuk, dia tanya sakit tak, I kata kurang... ahaha... (omg, I’m laughing while writing this). Nurse and husband I senyum-senyum. Dr nie pun cakap-cakap la dengan I sambil dia masukkan jarum tu kat I..adooi sakitnya.. berdenyut-denyut. I tanya, dia akan ada ke during my surgery, dia kata yes and I cakap, make sure I tak terbangun in the middle of surgery yea doctor, doctor kata don’t worry, kalau I terbangun, I boleh sue dia hehe... Lepas dia explained kat I, dia tengok I masih mengeletar (ditambah dengan kesejukkan aircond). Then dia kata dia nak masukkan saline sebab dia tak mau blood clot kat situ. Lepas dia jab that saline..terus kadar ketakutan I turun dengan mendadak. Then dia keluar. Tiba-tiba I jadi cool and relax. I kata kat husband I, mesti doctor nie bagi I ubat penenang.

Oh yeah, my operation was at 12.30pm, I’m the second patient of Dato’ Dr Suseela nie, the first one was at 11am. Tak lama kemudian, nurse suruh I bukak seluar, panties and also my bra and dia tanya whether I nak pegi buang air kecil lagi ke sebab I dah nak kena pegi operation theater... Oh, I tiba-tiba jadi nervous balik. I terbayang kalau I tiba-tiba kena coma sebab blood pressure I tinggi. Then I pikir, jangan la I kena seksa masa dalam coma. Then I pikir lagi, jangan la ada compilcation and tiba-tiba jantung I berhenti and I meninggal.. Berbagai-bagai pekara bermain di fikiran I yang penuh dengan imaginasi ini. I suruh husband I baca-bacakan I doa so that I selamat la. Kang tak pasal-pasal sedar je dah kat liang lahad kena bantai and kena soal.. huhu... tak mau la...Sementara tunggu nurse datang nak bawak I ke Operation Theather I decided to buang air kecil lagi sekali. Seteguk air pun I tak minum since kena puasa dari malam but buang air kecilnya dekat lima kali, banyak pulak tu. Tah mana datang.

Tak lama kemudian nurse datang and suruh I bukak all of the accessories. I kata I dah bukak dari rumah lagi. Then dia and another nurse nak tolak katil I untuk ke tempat Operation. I pun salam and cium tangan husband I. I cakap, I mintak ampun dan halalkan makan minum I. Sekalikan husband I cakap, ish..jangan cakap macam tu. I baru nak buat memory kan...spoil la husband I, orang baru nak buat scene tambahan ahaha.. Since I dah bukak contact lense and pakai spec, I cakap kat nurse tu, boleh tak I pakai spec sampai I dah nak kena bedah baru bukak sebab I nak tengok sekeliling. Nurse tu kata boleh and I cakap boleh tak husband I temankan I sejauh mana yang dia boleh pegi. Nurse tu kata boleh lagi. Macam-macam demand kan I nie.. Bila nak masuk ke satu section of the operation theater, nurse suruh husband I bukak kasut and pakai kasut khas so that dia boleh join I. Then nurse tunjukkan form, is it my signature and my consent etc., then dia tanya kena bukak all kind of accesories. I kata dah bukak. Then dia suruh I bukak getah rambut and pakai sarung rambut. And then satu pintu terbukak untuk ke another section of the operation theater. I cakap kat nurse tu, sudah! Dia terpinga-pinga tak paham, I kata it’s ok, I suspense dengar pintu tu terbukak..husband I senyum kat je.. Bila katil I nak di tolak ke another section I lambai-lambai husband I and one of the nurse kat Day Care senyum simpul tengok perangai I. Then I cakap kat nurse kat situ boleh tak I still pakai spec I and akan bukak bila masuk operation theater. Nurse kata boleh. Then katil I pun di tolak ke dalam but both me and my husband dipisahkan oleh cermin, so he still can see me but not able to talk or hear each other talking. Masa tu I baring kat situ rasa macam nak lari je, I was so scared and rasa macam nak buang air besar pun yea. I tengok husband I, dia pandang je I and then dia lekatkan mulut dia kat cermin... hehe... scene paling kelakar wakaka..adeeihh... Since we can’t hear each other makanya berterbanganlah flying kiss between both of us haha.. melampaukan. Then ada adegan buat mulut kiss kiss, mesti korang muntah baca nih ehehe.. I bagi signal suruh dia makan, dengan tangan I ke mulut, then I tunjuk perut I cakap nak mu mu (buang air besar), husband I senyum je. Then both of us whisper I love you berpandukan mouth language..hehe..syahdu la konon masa tu... Then ada adegan lambai-lambai tata tata ahahaha..crazy...

Masa I terbaring kat tempat tu, I tengok ramai katil pesakit yang ditolak kiri kanan yang keluar dari operation theater dengan berbagai-bagai rupa dan condition. Semua terbaring kat katil on recovery section and tak sedar., separuh tu ada something in their mouth. Dah la I takut, ngeri ooo. Tak lama kemudian doctor anesthetic yang cucuk jari I masa kat Day Care tadi datang kat I. Dia pandang I, I buat tepuk dada, I kata I nervous. Dia kata “eh, I thought you dah allright”. Banyak lah allright I, jab la apa-apa yang menenangkan I, takan tenang punya. Then nurse suruh I remove my spec and dia kata dia akan bagi kat husband I. Doctor anesthetic jab dekat drip and terus I tak sedar apa-apa. I tersedar kejap bila, I dialihkan ke katil pembedahan and bila I tengok atas, lampu surgery tak pasang lagi, dalam bilik tu gelap and cuma ada satu lampu, then I terus tak sedar apa-apa. This was a different experinced. Dulu masa remove my gallbladder, I ingat baju I ditukar, I dimasukkan ke operation theater yang besar, sejuk dan terang benderang. I kena pakai mask dan posisi I bak cerita Dead Man Walking, masa Sean Penn nak kena hukum mati dengan kedua-dua dibuka kiri kanan. And then the doctor suruh I kira dari 100. I siap boleh bercakap-cakap lagi dengan orang keliling. But not this time, this time, air drip pun tak dimasukkan ke jari I and no mask or change of cloths pun. I guess this is a minor surgery.  

(Orang lepas kena bedah lapar nak makan) 

Bila I tersedar, I dah ada kat recovery section. I sedar tak sedar. Dalam foggy tu sempat lagi I tanya-tanya nurse keliling ahahaha... I dah ke, siapa nama nurse, siapa nama doctor anesthetic tu etc.. sabar je la kalau dah PR.. ahaha.. Nurse kat situ senyum and sabar melayan berbagai-bagai pertanyaan I yang serba khayal. Kalau dorang nak cungkil segala rahsia I, for sure dengan penuh rela I memberikannya.. Dalam keadaan yag separa-separa itu, Dato Dr Suseela datang kat I and tunjukkan my lump and bagitau I, dua-dua lump dia dah remove. I cuba bukak mata nak tengok but then terus I tak sedar apa-apa. Then I tersedar kejap bila katil I ditolak semula ke Day Care. The first person that look at me has a very beautiful smile, well..it was my husband. Oh, I tak pernah tengok wajah seindah itu. I senyum kat dia. I tengok my left breast telah berbungkus macam bantal kecik je. Then I terlelap in and out. Husband I cakap dia balik kejap untuk mandi and datang balik. An hour later nurse datang bagi I air untuk minum. Kalau I muntah maknanya I kena tahan kat ward but lucikly I tak muntah, in fact I nak minum lagi but nurse tak nak bagi dulu. Dia kata nanti dia bawak lunch for me. Tak lama kemudian husband I datang and I tengok ada satu belon kecik Get Well Soon. Nak tergelak I, dia kata dia nak beli yang besar tapi dekat RM50, yang nie less than RM10 je. I kata kat dia, it doesn’t matter as long as dia bagi I something...seposen pun I appreciate.. I told you, I suka hadiah dari dia. During our conversation kan, I cakap slow and sangat lemah lembut. I think it must be the ubat bius yang masih ada lagi. I cakap kat husband I, how I wish I cakap macam nie selalu kat you instead of cakap macam lawyer. Husband I kata, best la kalau I selalu kena bius.. nyampah I.. Then food sampai, walaupun, biasalah food hospital kan tawar but since I’m hungry, I rasa sungguh sedap. Habis I makan kesemuanya.

Kita orang tanya bila boleh keluar, nurse kata dia call doctor and then lepas semua urusan ubat selesai, kita orang pun dibenarkan balik. Sebelum balik nurse check I punya blood pressure and turun ke 137..fuh lega I.. Nurse senyum..haa.. dah turun.. Masa I jalan kat pintu wah.. bukan main laju lagi I berjalan, sekali nurse tu usik I, eh, lajunya bejalan. Tiba-tiba I slow down ahaha.. sejak dari saat itu, I telah memainkan peranan orang sakit. Pegi kat lift nak turun kat lobby untuk bayar bills pun I jalan slow-slow and buat muka sedih sambil tangan kiri I angkat untuk I jadikan shield takut kena langgarkan. Nak jalan kat kereta pun, I jalan slow je. Nak masuk kereta pun dia kena bukak and tutupkan pintu. Masa kereta berjalan I warned him for the bumper and all and make sure tak langgar lubang. Bila ada rasa kereta bergoyang sikit, I dah menjerit, punyala melampaukan.. Then kita orang stop kejap untuk beli french bread for my dinner since I tak ada selera nak makan apa-apa, konon.. cuba kalau bagi nasi briyani, mau melompatnya I tangkap.

Sampai rumah, husband I cepat-cepat kemas katil untuk I baring. I kata, tukar cadar tilam and all baru I dapat tidur..wah..demand... Lepas husband I tukar semua, I kata I nak mandi. Mandi nie bukan mandi betul tapi sekerat badan ke bawah je. Bahagian atas tak boleh kena air. Masa husband I terbongkok-bongkok basuh and sabun bahagian kaki I, tiba-tiba I rasa sayu akan anak yatim ini (ayah dah tak de, mak ada lagi) yang penuh dengan sifat pengasihnya terhadap I. I rasa I sungguh kejam pada dia selama ini, dengan semangat rimau yang tak turun-turun ini. But he still stood by me, bersusah payah pada I. He even said, kalau boss dia tak bagi dia cuti untuk jaga I, dia sanggup berhenti kerja.. Then dia lap belakang I slowly, dia sabunkan and dia make sure tak kena bandage. Lepas mandi dia lap badan I, dia pakaikan I body cream, dia sapukan I bedak and dia pakaikan I baju pyjama slowly. Then dia panaskan soup ayam campbell, dia potongkan french bread and then dia ambikkan I air juice. Dia letak depan coffee table depan tv so that I boleh tengok tv sambil makan. Lepas makan, dia make sure I makan ubat. Lepas makan ubat, I rasa mengantuk and around 9am I dah nak masuk tidur. Then dia susun bantal-bantal untuk memudahkan I berbaring. Tapi I tak nak tidur baring.. I tidur duduk sebab I tak nak tidur terlentang. You tau la, kalau lepas kena bedah or sakit or lemah semangat, “member” yang satu nie suka sangat bertenggek kat dada atau hempap kita. Nak menjerit tapi suara tak keluar... Anyway, husband I pun join tidur sekali, I cakap kat dia that he should sleep kat bawah takut terlanggar kat dada I, wahhh... exxagerate betul I. Husband I cakap, dia tak tidur ganas bukan macam I. I cakap yelah yelah hehe.. Around 9.15pm I tertidur and I terkejut dengar jam husband I berbunyi pukul 3am. I marah oo.. Dia kata dia pun tak tau macam mana jam dia boleh bunyi.. Mistik la konon. An hour later I sambung tidur balik...

I bersyukur kerana semuanya telah selesai, debaran dan kerisauan selama sebulan itu akhirnya hilang. I just hope my lump yang dorang hantar kat lab tu nanti is not a cancer cell or anything serious or I akan sedih sepanjang hayat.

(Hadiah get well soon dari husband I tadi)
 
To my friends and adik kesayangan Zue, En Sabirin atau darling manja JM ahaha.. and one of my sweet silent readers cuke yang sendu hehe.. thank you so much for your doa and support. I really appreciate it very much. You guys are my friends in times of need. Sayang korang dengan sepenuh hati I. And ofcourse my BFF, I know she didn’t know that this blog exist but I still nak ucapkan thank you kat dia sebab banyak bagi I support with her kind words and ayat-ayat or zikir untuk I baca bagi menenangkan hati I.  Dia kawan yang sangat baik dan penyayang..Noreen. I can’t wait to see her..
 
Sekian catatan I kali ini....


Sunday, October 27, 2013

Ada Lump Dalam Nenen I (Part 2)

Balik dari solat I tunggu balik kat tempat tadi for my report. I called husband I and tanya dia dah beli makanan ke sebab patutnya tak payah beli and makan je kat sini. Tak terpikir la tadi pulakkan. Tak lama kemudian husband I sampai with the food but I tak ada selera nak makan makanan yang di beli and ajak dia makan kat Dome. Eh, tadi kata tak ada selera nak makan tapi boleh pulak ajak makan kat Dome? Question mark betul. Masa makan kat situ, I mintak chili sauce sampai dua kali but budak tu kata ok tapi dia buat tak tau and buat kerja lain. Nasib baik mood I tengah down kalau tak sure I dah maki dia. Anyway, I makan pun tak habis and lepas makan, I dengan husband I pegi balik kat tempat tadi and I tanya dia how’s my report sebab I punya doctor’s appointment is around 3.30pm. Dorang pun sibuk cari I punya report and call sana sini, around 3.20pm report I pun keluar and I bawak report tu ke Dato’ Dr Suseela’s clinic.

Sampai kat clinic, I tengok dah ada enam orang menunggu. Dan untuk yang kesekian kalinya I tegur and berborak dengan makcik sebelah I. Macam-macam la dia cerita kisah breast cancer dia. Peringkat demi peringkat and also macam mana dia recover and all. Dia jumpa lump dia last year masa dia buat check up kat Hospital Kampung Baru, then dorang suruh dia cari hospital untuk remove cancer dia sebab hospital kampung baru nie tak ada buat so dia pilih Hospital Gleneagles nie. Adik dia jumpa dah terlambat, maklum house wife tinggal kat kampung and beranak tiap tahun so tak perasan la. Bila discover dah lambat and setahun lepas tu passed away. Start daripada haritu la dorang anak beranak buat medical check up nie every year from 2009 and tiba-tiba 2012 lump nie keluar. Nasib baik baru stage 1 and kecik je. So dia remove cepat-cepat and since it was an early stage, dia tak payah buat chemo cuma radiotheraphy aje. Then dia tanya I macam mana, mula la I sebak and dia assure me not to worry about it. And macam-macam kata motivasi dia bagi kat I. Dia ceria permakanan dia macam mana and walaupun umur dia dah 60 tahun tapi dia tak ada sakit apa-apa pun such as diabetes, cholestrol, high blood or heart problem sebab dari muda dia memang jaga makan. Macam-macam tips dia bagi kat I pasal permakanan nie.. I was so impressed. Tapi dia kata, walaupun dia tak sakit-sakit yang lain tengok-tengok dia dapat nie. I tanya dia nangis tak first time dia dapat tau dia ada breast cancer nie, dia kata dia tak nangis and tak takut sebab umur dia dah tua and furthermore dia punya cancer nie early stage and dia langsung tak takut. Wah, makcik nie sangat tabah.. I sungguh admire dia. Dia kata kalau orang sibuk nak jaga muka kenapa orang tak nak sibuk jaga bahagian dalaman. Betul sangat apa dia cakap.

Lepas dia masuk, sementara tunggu nama I kena panggil I berborak dengan perempuan cina sebelah I. My husband must has been geleng his kepala dalam hati watching how peramah his wife was. Perempuan cina nie pun cerita la pasal breast cancer dia. Dia dah remove sebelah nenen dia a few years ago and about three weeks ago dia discover another cancer kat nenen sebelah dia and it needs to be remove too. I kata kat dia masa I jumpa I punya lump I depress and nangis-nangis. Dia kata, perempuan mana yang tak menangis, dia pun macam tu jugak but dia tak nak nangis depan orang yang dia sayangi sebab tak nak dorang susah hati. I yang baru jumpa lump and belum tau lagi what it is pun dah macam nak gila, dorang nie lagi worst daripada I. I jadi malu tiba-tiba. Respect la perempuan prempuan nie. Then dia kata, dia tak peduli nenen dia kena remove as long as dia sihat and panjang umur. Furthermore nenen dia kecik and love one should understand. I kata I punya pun kecik, tu yang selalu pakai push up bra, dia tergelak and cakap dia pun pakai push up bra jugak. Tak pernah dalam hidup I, I berborak dengan ramai cancer and bekas cancer patient. It was so interesting to hear their story. I tell you, these ladies are the most brave and strong women that I ever met in my life. Banyak pengajaran yang I dapat dari mendengar cerita dorang nie.

Then nama I pun di panggil and both of us masuk ke bilik doctor nie. Dato Doctor Suseela nie check I punya report and then tengok I punya mamogram. Doctor tanya-tanya bila I discover my lump nie and I cerita la I ada buat ultrasound kat Ampang Puteri but doctor kat situ tak ada jumpa apa-apa pun and tiba-tiba bulan September lepas I terjumpa. Doctor kata, maybe masa tu kecik lagi. Dia tanya pasal family history ada tak yang ada cancer, I kata my mum ada cancer colon dulu tapi dah operate. Then dia suruh I baring and dia check-check bahagian yang ada lump tu. Masa dia check-check untuk yang kesekian kalinya I menangis lagi sambil kesat-kesat airmata lagi. I know, korang pun dah bosan baca kisah I yang banyak menangis and bergenang airmata ini. Tak abis-abis dengan dramanya I nie. Doctor nie calm aje, dia tak ada marah-marah I pun bila I buat perangai ini, dia cakap baik-baik, mana la tak bertambah manjanya I kan uweks. Dia kata from the look of it, it is not cancer but a fibroadenoma sebab lump I tu smooth, oval and boleh gerak sana sini. Dia tanya I ada tak gerak-gerak masa I rasa, I kata, I rasa keras je. Doctor kata kalau cancer, edges dia crooked. Dia kata my lump needs to be remove. I kata remove je doctor, I don’t want to keep it. Dia kata nanti masa dia operate dia akan tengok lump kat bawah yang kecik tu jugak. Tiba-tiba I jadi risau bila dia mention pasal lump kecik tu huhu..jangan la cancer. Doctor also said that I banyak cyst and calcium merata-rata. Dia kata not to worry and set the date for my operation. Husband I choose bulan November nie. I kata kat doctor kalau cepat lagi bagus so that kita orang boleh balik Bangkok cepat-cepat sebab husband I baru kerja kat sana. Doctor terus panggil receptionist dia and slot the earliest date for me. Doctor suruh buat next week. I was so happy sebab I memang tak sabar nak get rid of it. Doctor kata don’t worry it is just a simple operation and within half an hour aje. Tak payah admitted semalam pun. Lega sikit hati I. I tanya sakit tak, dia kata tak sakit nanti dia bagi pain killer, ubat untuk kalau breast swollen etc.. lepas operate and to come back to do another mamogram after six months... ahhhhhhh....nak lariiii....

On the way balik ke rumah, I discussed dengan husband I pasal arrangement etc. I kata kat husband I the reason why I nak cepat sebab no. 1 memang la I nak get rid of this cepat-cepat and then doctor nie selalu busy, I dengar masa orang nak buat appointment dengan dia through her receptionist, dia full sampai bulan December. I tak nak tunggu lama sangat and takut tiba-tiba jadi besar pulak I punya lump nie..who knows kan.. Doctor also said that tak boleh demam or flu bila nak operate nanti. So I told my husband I tak nak ikut dia balik sebab I tak nak menyangkit dengan orang kat dalam flight nanti. Bukan lama pun dalam beberapa hari je lagi. Lagipun I nak berehat sampai my operation day. Puas la husband I pujuk-pujuk but still I tak nak ikut. Kang kalau I demam or flu dah kena postponed pulak.. tak mau la postponed.

The next day, kita orang pegi rumah family husband I and bagitau dorang pasal hal I nie and furthermore I want to see my bedridden mother in law. Aiza ada birthday party for Adam but I told her I’m not going sebab tak nak menyangkit and I’m preparing for my operation. Lepas tu kita orang buat marketing untuk simpan stock makanan such as sayur, lauk pauk etc. for me until husband I balik dari Bangkok. Malam, Khairul jemput datang rumah for dinner but we plan to go to Khairil’s place dulu sebab ada belikan cucu sedara (anak dia) some toys sebab masa belikan Adam punya present kita orang belikkan budak berdua nie sekali, tapi toys kecik-kecik aje. An an is so cute, omg, I rasa macam nak peluk kuat-kuat tapi I takut mak pak dia marah la pulakkan. I tahan hati je. Dah la dia dengan suka relanya datang menyerah kat I and husband I. As for Rayyan, hmm.. tak payah lah, pandang pun tak nak, boleh tahan garang pulak tu hehe. . Khairil was so kind to offer me to sleep at their house kalau I rasa takut-takut when my husband balik Bangkok nanti. Same goes to Aida and Aiza, masa I bagitau I tinggal since alang-alang nak balik, terus dorang offer nak temankan I. Baik-baik anak buah kita orang nie. But I tak nak la menyusahkan dorang but I’m touched by their kind gestures. Anyway, after that we went to Khairul’s place. Khairul and Shida belanja Nando’s as usual, their favourite’s food. Kita orang bawak ayam percik and ayam black pepper beli kat ayamas. Before that we gave one box for Khairil and family.

Lepas makan-makan, tengok tv borak-borak, Shida buat air kopi. Then I teringat I pernah rasa kopi buatan dia masa I rasa kat mug husband I since I’m not a coffee drinker and I find that, it’s quite delicious. So malam tu, I isi mug I sekali and I benar-benar jatuh cinta dengan air kopi buatan air tangan dia, tak manis, tak pahit, the taste is just right. I don’t know how but, wow.. I minum sikit-sikit untuk menikmati kesedapannya. Pandai Shida buat air kopi untuk aunty, uncle dia and ofcourse abang K kesayangan dia.. Around 10.30pm we went back sebab husband I nak berlepas esok.

Next day in the morning, husband I pujuk I balik lagi. I jadi berbelah bagi, rasa berdosa tak ikut cakap husband I and petang semalam sebelum pegi rumah Khairul and Khairil dah ada acara tangis menangis dari I sebab sedih berpisah dengan husband I untuk beberapa hari and now this morning I nangis macam budak kecik lagi. I cuma sekali je berpisah dengan husband I, itupun masa I baru datang KL, itupun seminggu je. And now this, OMG..I rasa sangat sedih rasa macam bertahun tak jumpa, padahal tak sampai seminggu je. I don’t know how la orang yang dah kahwin boleh duduk-duduk jauh dari pasangan masing-masing. Kalau I, sure bertambah keding kerana menanggung rindu dendam yang teramat parah ini.

Tengahari tu I masak for lunch before husband I pegi. Around 1.30pm husband I berlepas ke airport, masa kat pintu...adoooooii, I nangis, stop, nangis stop, tapi tak ada la meraung ke apa, just nangis sentimental dengan masih berbaju pyjamanya lagi and rambut dikepit klip besar wakaka... We promised each other that we would skype each other as soon as possible. Husband I pesan, jangan keluar rumah and to just stay at home takut I menyangkit kat orang. Risau betul dia. I kata, tak ada la I nak keluar pun. Sebelum I mandi, I pusing ke ruang tamu, I rasa sungguh sunyi and lengang tiba-tiba rasa sayu semacam. Mata I mencari husband I merata-rata. I wish dia tak jadi pegi and tiba-tiba patah balik..but wish tinggal wish. I menyesal tak ikut dia balik, sungguh-sungguh menyesal. Rasa macam nak ketuk je kepala kat meja. I risau sebab tak ada orang masakkan dia, kesian dia sebab diakan kuat makan. Jangan la dia sakit perut lapar. On the way husband I pegi airport, tiba-tiba I dapat call dari hospital bagitau nak buat operation I earlier. I kata, I call balik sebab I need to call my husband. I call husband I, husband I cakap, dahh..orang dah ada kat airport. Dia suruh I accept and confirm of the new date kat hospital tu. Then I kata don’t worry about it nanti I boleh naik taxi and deal this thing myself. Dia balik je ikut ticket yang dia dah beli dulu untuk balik KL. My husband said, he will see about it.

Malam Shida whatsapp and I bagitau dia pasal date operation I yang dah bertukar and I need to go to the hospital one day before the operation to fill up all kind of documents. I kata I naik taxi nanti, dia kata kebetulan dia ganti cuti haritu and dia boleh hantar I. I tersentuh I dengan kesudian dia untuk menghantar I. I cakap apa-apa nanti I akan bagitau dia. Then I berskype dengan husband I. Lepas abis borak-borak, I decided to go to sleep sebab mata dah ngantuk. Sebelum tu I dah angkut stand light yang kat ruang tamu ke bilik. I tak nak tidur gelap-gelap sorang. I thought I tak lena tidur but I had a peaceful night and bangun in time for solat.

Siang tu, Lydia whatsapp I tanya how’s my night, operations etc. I pun bagitau akan date yang dah berubah and dia cakap, nanti dia akan temankan I during the operation and dia akan arrange kan anak-anak dia. Dia akan tunggu I. Sekali lagi I terharu dengan keikhlasan dia. I tak sangka in time of need, dorang sudi nak tolong I and be by my side. Hati I betul-betul tersentuh dengan keperhatian menantu-menantu sedara, bertambah sayang I kat both of them. Same goes to Aida and Aiza, bila dorang tau I sorang-sorang kat rumah, both offer nak temankan.  Tak lama kemudian, Mummy called nangis-nangis and dia kata Mbo cakap dengan dia yang I nak kena operate. Dia tanya siapa jaga I, etc.. I kata don’t worry nanti husband I boleh balik. Dia marah-marah sebab I tak bagitau dia personally. I pun tak bagitau sesiapa pun before this, only Mbo, Wo and my BFF je. Family husband I pun I and husband I cuma bagitau bila dah sampai sini aritu. I don’t like the attention although I’m an attention getter to my husband. So anyway, Mummy said she wants to come over to take care of me, she said although she’s old but she’s still strong. I cakap whose going to take care of your cucu? Mbo’s kids. She said, Mbo ada mak mentua and they can look after the kids while she’s with me. I told her again, don’t worry about it, ada orang jaga I nanti. Kalau boleh I tak nak menyusahkan sesiapa, rasa segan. Well.. she is the biggest shocker of all the call/whatsapp that I received that day. Being the anak yang kurang di beri perhatian di kalangan adik beradik, it come as a surprise to me. I thought she didn’t care or love me enough to want to look after me. And ofcourse, the one who always busy and never once visited me when I was admitted two times before is you know who... Macam-macam alasan dia bagi, ini la itu la, without me asking for her help pun. Biasalah orang being defensive memang macam tu, cepat-cepat dia cover line. I already knew what she’s going to say even before I told her what’s going on with me. Tak pe la I pun tak pernah mengharap apa-apa bantuan dari dia knowing her very well.

Anyway, the next day, my husband called and bagitau dia akan balik petang tu jugak. I kata it’s ok time and time again, that I can take care of some stuff, document to fill, insurance etc. But he said, it is his responsibility, he’d already talked to his boss and his boss said ok that he can have the leave. Makanya one night aje la I tidur sorang-sorang. So I’ve been couped in the house from the time I visited my in law until now, even birthday cucu sedara hari nie pun I dan husband I tak pegi sebab takut menyangkit flu ke demam ke sebab masa nak operate nanti tak boleh sakit. I hope the day of my operation will goes smoothly, doakan I yea my dear friends and readers....

Sekian catatan I untuk kali ini...

Thursday, October 24, 2013

Ada Lump Dalam Nenen I (Part 1)

I went to Gleaneagles Hospital last Monday for my doctor’s appointment... But let me tell you on how it all started...

About a month ago, 22nd September 2013 to be exact, I perasan yang breast I sebelah kiri rasa gatal-gatal dan pedih semacam but I ignored it as I thought nie mesti pusingan nak period ke or hormone bertukar, you know perempuan punya internal organ nie kan macam-macam, itu belum lagi I nak discuss pasal the emotional side of it.

So anyway, two nights later, I decided to have a look and when I touched it, I was so shocked because it was hard. Macam ada small lump as big as a red peas. It was right beneath the nipple but still in the areola area. Terus hati I berdebar and risau bukan kepalang. My husband said, it must be a bisul or something. I kata kalau kat tangan ke kaki ke, I tak worried but the thing is in my breast. It can be anything and ofcourse the first thing that comes to mind is the C! I cried a little bit that night until I go to sleep.

Next day I whatsapp my sisters and told them about it. They told me not to worry about it and starting making plan and my younger sister, Mbo asked me to come to Kuching and do it there so that she can look after me if it is bad news. I was so touched with her gestures. Then both of us, me and my husband, surfing for a good hospital in Bangkok. I found a few but I was sceptical because I prefer to check/do it in KL. I pikir kalau apa-apa at least I’m in my country. Starting from that onward, I jadi sangat depress. Sometime I’m ok but other time I menangis sampai teresak-esak, dah la I nie cengeng kan. Berbagai-bagai pekara bermain di fikiran I. Being the emotional and drama queen, I always think of the worst thing that could happened to me. No amount of pujukkan from my husband dapat meredakan sengsara di hati I

But bermula dari saat itu, I selalu memikirkan akan kematian, before this I selalu terpikir jugak but this time it was a different. I feel ashamed of myself for not being the good muslim that I should be. I rasa sungguh rugi after 22 years of converted to muslim, I didn’t improve anything about myself and what I should do as a good muslimah. I pikir kalau I mati nanti, habis la I kena seksa kat kubur, itu belum lagi kat api neraka. I jadi sedih bila I memikirkan what will happened to my husband if I were to fall sick and be “taken” away from him. Mesti dia sedih kan sebab tak ada kawan merajuk-merajuk dengan dia. My husband mesti broken hearted. Malam-malam I discussed dengan husband I pasal I yang bakal pergi. Husband I marah and kata I cakap yang bukan-bukan. Belum apa-apa lagi, doctor tak check lagi and you don’t know what is is dah pikir macam tu. Husband I kata, kalau dia boleh ambik whatever it is in me, he will take it immediately. Dia cakap kalau I tak de, within months dia pun akan pegi jugak sebab dia akan jatuh sakit sebab I takde sebelah... adeeih.... so tragic.. I tengok mata husband I bergenang and he quickly looked away. He said Insyallah tak ada apa-apa, don’t think about it too much. Kadang-kadang I reda dan pasrah kalau sampai sini aje ajal I tapi kadang-kadang I tak dapat terima and I go to the dark corner and cry... I risau kalau I kena operate or kalau I kena penyakit C ini siapa nak jaga I sebab husband I baru kerja. Tapi husband I kata, don’t worry about it, I pikir yang bukan-bukan and unecessary. He said it is definietly not cancer. I kata mana dia tau nie bukan? Husband I kata, kalau iya pun, sekarang kan technology dah moden and chances of recovery is very high and jangan lagi sebut-sebut pasal mati nih. He doesn’t want to hear it anymore.

Since I tak nak jumpa doctor or pegi hospital Bangkok, my husband quickly made an appointment with the doctor in KL and choose Gleneagles Hospital since dah biasa kat situ. Nurse kat situ recommended Dato’ Dr Suseela pakar cancer. But we have to wait for a month because this doctor is always bus, fully booked, the most sought after and the best. Kebetulan the timing was just right sebab on Monday I punya appointment and on Wednesday Bangkok cuti, hari chulalongkorn katanya. Furthermore my husband needs to settle all the bills yang dah due etc.

So that Monday, we went to the hospital around 9.30am. On the way ke situ, I was very quiet. Bila dia tanya-tanya I, I was either nod or shake my head meanwhile my eyes just pandang depan. He knows I was so tense during that time. But kalau tak ada kisah memang tak sah la hari kita orang kan... Bila nak masuk simpang hospital, husband I terlepas simpang and masuk tempat yang non entry/one way. Then dia pusing kat kawasan parking yang satu lagi. Akhirnya I bersuara lepas tengok dia kelam kabut, I cakap you should keluar balik sebab nak ambik parking ticket.. husband I keluar balik and pusing sekali lagi, masuk keramat, masuk jelatek and ikut jalan belakang. Normally I would either laugh at him or kutuk-kutuk or worst leterkan dia but since mood tengah down, I diam je, dalam hati I cakap, lagi delay lagi bagus... Tak nak rasanya pegi hospital, kalau la I boleh lari.

Sampai hospital kita orang terus ke clinic doctor tu, isi borang and terus pegi hospital because I need to do the ultrasound and mamogram.. I heard mamogram nie sakit base on what my neighbour and some of the people I know told me tapi sekejap aje. Masa menunggu tu berdebar-debar jantung I. Ultrasound tu I tak takut but the mamo tu...huhu..seram I tau.. I pikir macam mana la dorang nak kepit nenen I yang macam dada budak tadika nie, abis la penyek.. While waiting for my name to be called sempat la lagi I berborak dengan kakak sebelah I, dia buat x-ray sebab kedua belah lutut dia sakit and dah haus. Doctor nak masukkan besi and I cakap kakak I and mak mentua I pun sakit lutut jugak macam dia. Kalau dah Miss PR, Miss PR la jugak bak kata husband I lepas I abis berborak dengan kakak tu. Tak lama kemudian nama I pun di panggil untuk buat mamogram, glups... Masuk je I tanya kat budak yang buat tu, nama dia Aishah, sakit tak, dia kata sakit sikit and sekejap je. Dalam hati I berdebar bagai nak gila tengok machine kepit nenen tu. Lepas bukak baju, Aishah suruh I letakkan badan I dekat-dekat dengan machine mamo tu sambil tu dia adjust I punya nenen dekat plate tu. Kepala I pulak kena pusing ke tepi and sebelah tangan kena letak kat bawah machine and sebelah tangan pegang handle. Then dia explain how the machine works. She told me not to move and to stand still. Lepas tu dia pegi ke computer and benda tu pun turun untuk kepit. OMG! Sakitnya, I merengek cakap adoi la sikit, nasib baik sekejap tapi sakit oo.. Lepas tu kena buat sebelah pulak, entah macam mana part of my body termasuk sekali. I kena buat lagi sekali! Sudah! Aduhai..tak sanggup rasanya lagi. Lepas habis buat tu, sempat lagi I kata kat Aishah, hari-hari kerja adik tengok nenen orang eh.. dia senyum kata a’hah...

Lepas tu I keluar and tunggu untuk buat ultrasound pulak. About an hour later, I pun di panggil and kena tunggu lagi kat another room with some of the ladies yang nak kena buat jugak. Bilik tu sejuk and beberapa kali I kena bangun untuk ke toilet. Tak lama kemudian, kita orang di suruh tukar baju and baju persalinan I punya la buruk, siap koyak-koyak and some of the tali dah putus. Rasa macam pakai kain buruk aje.. Apalah hospital nie, nama je private hospital. Masa I keluar dari bilik persalinan tu sempat la lagi I bagi signal kutuk-kutuk baju yang I pakai nie kat one of the lady yang tengah tunggu kat situ. Seperti biasa, I berborak dengan dia. I tanya-tanya dia and dia cakap dia dah remove dia punya cancer kat breast about five years ago and sekarang nie buat follow up. Tak lama kemudian nama I pun di panggil, lama jugak I tunggu doctor yang buat ultrasound nie and sempat la I pegi buang air kecil lagi, tah mana datang air dalam badan I nie. Then doctor pun masuk, nama doctor nie Doctor Shanti and mulalah nenen ku di tunjal-tunjal. Tiba-tiba I rasa sungguh sayu sebab I risau adakah ketulan kat nenen I nie cancer, mengalir airmata I, sambil berborak-borak dengan doctor. Dia kata jangan sedih, think of a happy thoughts. I kata, I nie memang drama queen, kejap-kejap bergenang and kejap-kejap mengalir. Doctor Shanti kata don’t worry, jangan sedih. Dia kata I banyak cysts and dia explain. Then dia kata I kena buat mamogram lagi sebab dia ada nampak another small lump bawah lump yang besar kat puting I. Furthermore, Doctor Shanti nak gambar nie dibesarkan lagi. OMG! Not again..rasa macam nak pengsan I dengar. I kata ok, walau rasa macam nak lari masa tu. Dalam hati I dah nangis... Doctor Shanti nie kata dia akan suruh budak yang sama, Aishah untuk buat mamogram untuk I.

Lepas abis buat ultrasound, I buat mamogram nie balik. Masuk je dalam bilik tu, Aishah cakap this time dia kena kepit lebih lagi, I kata kat dia, please ignore kakak sebab kakak akan menjerit. Dia kata don’t worry dia dah biasa ignore benda nie semua. Procedure macam tadi, but this time, machine tu disengetkan ke kiri dan lepas tu kekanan. Bila machine tu kepit sampai abis... Ya Allah Ya Tuhan ku... sakit nak mampus!! Lebih sakit daripada yang the first round. I meraung you.... sampai terkeluar airmata, gila punya sakit, rasa macam nenen I kena tarik lepas tu kena siat!! Masa dia buat tu, I kata cepat-cepat-cepat, I couldn’t take it. Lepas abis tu I terus tengok and gosok nenen I, manalah tau meletup ke apa kan..alahai.. Budak tu suspense tengok I and pucat muka dia. Dia kata, kita rehat kejap kak untuk buat yang sebelah lagi. I cakap, tak pe dik, I want to get this thing over with.. tak nak rehat-rehat. Seriously, I couldn’t wait for it to be over. Then dia buat sebelah pulak, I meraung lagi...OMG! sakitnyaaaaa... mengeletar satu badan I. Trauma I. I gosok lagi nenen I sambil terkeluar airmata I. Aishah cakap, macam mana la kalau akak beranak nanti eh...I senyum, sempat lagi senyum tu.. I rasakan kalau I beranak mesti satu hospital dengar I meraung.

Keluar dari situ, hati I dah sedih sambil menahan nenen yang berdenyut-denyut kesakitan because the thought of buat mamogram two rounds means something is not right and that the thought of the doctor discover another lump is making me so depress. I ajak husband I keluar ke kereta sebab I nak ambik telekung, I nak solat kat hospital because it is going to be one whole day. Bila husband I tengok muka I macam nak menangis, dia tanya, how was it, I tak terkata and mata I dah bergenang, I kata nanti I cakap dengan suara yang tersekat-sekat, I tak boleh cakap sekarang, nanti airmata I keluar. But husband I tak puas hati, dia press for question. In between cries, I cakap kat dia, what happened to me, how painful was my mamogram, the thought of the lump and all. Husband I kata, don’t worry, doctor tak check lagi and report tak keluar. When my husband went to buy some lunch for us, I terus ke bilik solat. On the wa, my BFF whatsapp and tanya how it goes etc. Lepas abis I berwhatsapp dengan dia I pun masuk bilik solat and seperti biasa semua mata memandang I tanpa berkedip. I felt so uncomfortable and I know, it was because I tak pakai tudung, they think I tak layak nak solat and never thought species urban macam I nie tak solat. I dah biasa with this kind of situation, that is why I rather solat ganti kat rumah bila nak ke airport dari solat kat airport. Then I pikir buat apa la nak rasa sakit hati with people starring at me, just anggap aje dorang nie pandang-pandang I sebab terkedu tengok bidadari ke or artis ke nak solat wakaka.. Terus I senyum dalam hati. See? Happy thoughts... Lepas solat, I decided to use the toilet at this level. Toilet nie is a sliding door. Masa I nak tutup, I thought I dah lock abis. So masa I guna tu ada la I dengar orang cuba nak bukak and then masa I dah abis and nak tarik seluar tiba-tiba pintu toilet terbukak ada nyonya tua berdiri and cakap ah, the door is open, I thought nobody in sambil senyum-senyum, tekejut I, I tengking dia I kata hey! Close the door la.. dengan penuh geram. Ada ke dia berdiri kat situ sambil explain. Kalau kita, the moment kita bukak ada orang terus tutup kan. Nasib baik I bediri sipi, tapi puas la dia tengok bontot I dari tepi... ceh!

To be continued...
 
Sekian catatan I untuk kali ini...
 

Sunday, October 20, 2013

I'm Back In KL...

Hello, I’m back in KL...

We came back last Friday night. Flight pukul 6.15pm (waktu Malaysia) and sampai 8.15pm..dua jam aje. Kita orang tak bawak banyak barang. Husband I lagi la, satu baju pun dia tak bawak. Kita orang memang saje kosongkan beg sebab nak angkut makanan dari sini. I pun nak bawak a few baju, shoes and some bags. 

Airport Survanbhumi nie amat besar dan luas dan berbagai-bagai free duty around. Orang pun ramai but kalau nak makan yang halal memang tarak, so siap-siap la makan kat rumah or beli dulu. I ada masak kat rumah but each time nak pegi travelling especially naik belon nie mesti I tak ada selera nak makan. Makanya sampai kat airport, perut I pun kelaparan. Habis merata-rata kita orang cari yang halal, so I have no choice but to have the muffin and chocolate ice blended kat Starbuck untuk alas perut although ada sandwhich ham kat situ. But husband I kata it’s ok because I punya makanan bukan macam jenis yang kat restaurant yang masak dish sekali and he pointed out to the pak pak arab nie yang relax je makan kat restaurant yang clearly stated ada pork and all kan. Kalau dah betul-betul tak ada choice tu, it is a different story la kan but who am I to talk about this hukum-hukum or saying these people is doing something wrong, I’m just a muslim yang sungguh cetek pegangan agamanya dan belajar mengaji pun asyik half way sambil mencari tasbih entah di mana... *oh! please.... 
 
(Hazab la sangat kan...) 

Masa masuk dalam kapalterbang, sempat la jugak I ambik Bangkok Post’s newspaper. Kebetulan terpampang depan-depan cover pasal Laos Airline terhempas. Sudah! Kata hatiku berdetik. I cakap kat husband I yang tengah jalan kat depan I masa nak cari seat, I kata “ tengok nie, orang dah la nak naik kapalterbang and this news pulak keluar..” Husband I senyum je tapi I siap telan air liur. Terus la superstitious mind ini berfikir yang bukan-bukan, oh, adakah ini bakal penghujung kepada love story pasangan joker ini... so drama. Dan seperti biasa I pasti akan ambik gambar food kat flight MAS knowing fully well that the food was less enticing and tak payah la nak cakap pasal taste yang tah apa-apa but tah apa-apa pun abis I melantak because I was so hungry. As for the presentation wise, tak payah la I nak cakap banyak, you guys can see it for yourself. Gone were the glamour and the delicious food (better la dari yang sekarang) that I used to have... ahh.. tak ada chance lah lagi untuk I nak mencilok plastic compartment nya yang sungguh cute berempat segi itu and no more gifts from them..uhuk! I miss the old MAS...

 (Mulut itik jongang pun nak show off  membaca dengan penuh khusyuk)
 
Anyway, usually kan I akan kejap-kejap tengok jam and can’t wait for it to land but not this time. You tau jela I nie kan restless macam budak-budak. This time I non-stop baca buku dari airport and only stop to have the flight dinner and then sambung balik baca sampai kapalterbang landing. Siap bukak lampu lagi sebab gelap and tidak sekali pun I bangun untuk pegi buang air kecil. It’s a new record for me hehe.. The best part was, rasa macam kejap je dah sampai. Normally, I akan baca kejap lepas tu my mind would be distracted and kepala pun rasa pening semacam aje but not this time. I think it must be the panadol that I took earlier on today sebab I rasa macam nak demam kot... maybe... Sampai rumah kat KL around 11.30pm and kebetulan neighbour sebelah belum tidur, so husband I suruh bagi souvenir right away. We went to their house and chat for a while. I will tell you what was the conversation about in my future entry, kalau I rajin. Oh yeah, I bagi salam sebelum masuk rumah yang telah lama kita orang tinggalkan as I read somewhere that we should do that when we were away from the house for quite sometime. Anyway our house is a bit dusty and some part of the house bila jalan, tapak kaki hitam. Malasnya nak mop...... 

 (Shamito and Arina wajah yang penuh melayu klasik itu)
 
Next day, Saturday, we called Aida and told her that we want to see her and the kids sebab masa kita orang bertolak ke Bangkok haritu tak sempat jumpa. Kita orang janji jumpa in the evening at our house as the kids wants to mandi manda kat swimming pool. Then both of us, me and my husband went to Cosy House to have our lunch. Then we went to Toy’r us to buy some gifts for the cucu’s and beside Adam’s birthday is next week and we wouldn’t be around to join the celebration..huhu.. so bought the Adam’s birthday present in advance. Then we went to Aeon supermarket to buy all kinds of food untuk bawak balik ke Bangkok nanti such as mee maggie, kicap, macam-macam la. We have to do all this thing quickly because of the tight schedule. Then we went to buy some dinner food for all of us. Aida and the kids came around 6pm. Bila nak turun mandi, hari pulak dah start drizzling, I can see the disappointed from the cucu’s face, ala sian but we decided to go ahead with the plan. Masa dorang masuk swimming pool hujan dah start lebat and nasib baik kilat and guruh sekali dua je kedengaran kalau tak sure dorang yang kat swimming pool nie bau BBQ ehehe... eee..jahattt.. 
 
While husband I melayan cucu dua orang tu, I had a chat with Aida, catch up and all. Selebat itu hujan turun, sehebat itu la juga perbualan kami berdua anak buah dan aunty nya ini. Meanwhile, I can hear akan kekecohan husband I with the cucu’s.. I know my husband buli dorang cukup-cukup haha.. Around maghrib, Shamito ajak balik sebab dia dah mengigil kesejukkan. Tak puas berborak dengan Aida.. then we went back, had our lunch and we brought out a gifts for both of them. Then we played some game, husband I la buli Shamito with monopoly. As for Arina, sibuk la dia dengan pelekat-pelekat glitter yang kita orang beli kat Toy’r us. We had such a great time with them... Love them with all our heart...    
 
Sunday
 

Today we had a big family gathering at Quality Hotel. Husband I belanja makan Dim Sum. I tak makan banyak sebab sibuk berbual and tah la..masa kat Bangkok bukan main lagi plan nak makan ini itu but bila dah ada kat sini seciput je I makan. But I puas hati sebab I dapat bermesra dengan anak-anak buah and cucu-cucu yang cute itu. Meriah la kita orang with all kind of stories, al maklum cerita orang merantau nie macam-macam la kan.. I told them about the cheap clothes kat sana and anak-anak buah are making plan to come over nanti.. I can’t wait....


This evening we went out with Khairul and Shida since kita orang dah plan nak date together when we come back. Furthermore Shida was not in the Dim Sum gathering because she has to go to work on alternate Sunday. Haritu masa berwhatsapp dengan Khairul, dia dah usik-usik hint mintak belanja, I know he was just kidding but kita orang memang plan nak belanja both of them because each time ada karaoke session, dia je yang insist keluar duit.. 

So around 8am they pick us up and we went straight to Hard Rock Cafe. One of Khairul’s fav’s. Lepas makan around 10pm kita orang balik. No karaoke session or anything because tomorrow I have doctor’s appointment. I hope it’s nothing serious.......

Sekian catatan I kali ini...

Tuesday, October 15, 2013

Kisah Pada Hari Raya Haji

Selamat Hari Raya Aidil Adha to all my fellow muslim readers. I’m not going to talk or berkhutbah pasal korban this korban that or bagi apa-apa nasihat because I bukan pakar dalam bidang-bidang agama nie. Cuma I sedih tak dapat makan rendang hehe.. 

Kat sini tak ada rasa celebration apa-apa huhu, yelakan hidup di perantauan, wah..macam la jauh sangat... Hari nie, I dengan husband I buat medical check up kat Paolo Memorial Hospital untuk apply for work permit (endorsement) etc..

Sebelum tu malam tadi husband I bagitau, dia ada call Paolo Memorial Hospital nie and orang kat situ cakap tak payah ambik darah or fasting. Doctor tengok-tengok and within 10 minutes dah boleh ambik cert. I dengan husband I punyalah suka, I kan takut dengan jarum apa lagi ambik darah walaupun dah berpuluh kali ambik darah sebelum nie.. Kita orang pun ketawa berdekah-dekah and we can’t believe how lucky we are...(la sangat...).

Bila sampai kat hospital nie, husband I check duit dia and dia kata, macam tak cukup je and dia tanya I ada berapa, I kira-kira tak cukup. Then dia suruh I tunggu sementara dia balik semula untuk ambik duit kat rumah. Sempat lagi I membebel marah-marah kat dia. Yelakan, dah sampai hospital baru perasan duit tak cukup. Sementara tunggu dia, I try guna whatsapp on my new phone, yea you.. husband I belikan I hp baru about a week ago untuk hp number I kat Thailand nih. Brand Samsung jugak tapi jenis WIN DUOS, size kecik and boleh guna dua sim. Version nie baru keluar so cover dia masih tak banyak di pasaran. I ndak la cari cover yang macam ada telinga cute cute kan...*pitam... tapi so far tak jumpa.. Thanks God! Sebelum dia belikan I phone baru, dia suruh I guna extra hp buruk dia buat sementara waktu until dia dapat gaji aritu. Sepanjang-panjang I guna hp buruk dia nie, memang boleh buat I sakit jiwa, dah lah ada kesan-kesan calar, tak ada colour and so outdated. Sakit hati betul I guna hp tu, so confusing, al maklum la I biasa pakai touch screen, tak main la pakai kekunci atau punat-punat nie, amboiii..dekkk. Hari-hari I complained siap main baling-baling lagi hp hazab nih hehe.. I kata kalau baling kat anjing, anjing pun gelak mengiring tengok hp buruk nih. Makcik nie kan tak main la phone outdated, mesti nak yang canggih je...belagak habis padahal, guna untuk whatsapp and call je, function lain tu haram I peduli, nak set alarm pun terhegeh-hegeh... Hp Samsung I yang lama tu khas untuk number Malaysia. Phone number yang satu lagi pulak khas untuk Samsung Note 10.4 tempat I store all my games and books. Yea, I ada tiga phone number sekarang nie you, dua number Malaysia and yang baru nie number Thailand, macam la wanita berkarier ...padahal....wakaka... So I pun sibuk la whatsapp dengan Wo and Mbo guna hp no. Thailand nie memandangkan hp no. Malaysia nie dah abis credit for roaming, kalau kat rumah baru la whatsapp nie boleh guna sebab ada wifi.

Tak lama kemudian husband I sampai and dia arrange everything, sebelum tu dia call and suruh I buat, I kata dia buat la semua, tak kuasa I.. Anyway, orang ramai kat hospital nie, I don’t expect to be call anytime soon but I was surprised because a few minutes later, nama kita orang dah kena panggil. Husband I pun cakap la kat nurse yang panggil tu, dia kata dia ada call semalam and someone kat hospital nie cakap, tak payah fasting and tak payah ambik darah nak buat medical check up. Nurse nie cakap, mana boleh, nak buat medical check up kena ambik darah and tambah lagi kalau nak buat permit. Nurse tu tanya husband I cakap dengan siapa, husband I lupa nak tanya nama. Mula la hati I jadi seriau...like I said, I nie cukup takut part ambik darah nie, muka I dah pucat and nampak panic... I pun berkeluh kesah kat husband I. Betul la nurse tu cakap, mana ada orang buat medical check up tak check darah nak gelak la pulak I tulis nie. Husband I pandang I, dia tanya macam mana. Dengan muka sedih nak menangis I cakap, ambik je la darah, I want to get this thing over with, kalau nak argue pun tak kemana and definietly tak dapat permit and kalau dah keluar tak dapat masuk balik, kalau nak masuk balik kena pegi embassy Thailand kat Malaysia lagi sekali and apply lagi sekali. Oh, if I were to tell you about the procedure nih, sure you all pening, so confusing and macam-macam la... Sebelum tu before sampai sini, husband I dah buat medical check up kat KL and then both of us kena pegi ke embassy Thailand untuk apply for work permit, visa and then dorang mintak original surat kahwin, aritu orang Thailand kata tak payah and then embassy tengok kita orang tak bawak yang original kata tak apa, copy pun boleh.. Then embassy Thailand kat Malaysia nie suruh apply for single entry in order to apply for work permit etc. So bila kita orang dah ada kat sini (Thailand), kena apply lagi so that kita orang akan dapat multiple entry... you get what I mean? Pening kan? Then company kat sini apply permit kerja untuk husband I... about two months later, dorang suruh both of us buat medical check up kat Thailand untuk dapatkan permit visa so that we don’t have to bawak passport kemana-mana and dorang akan produce sort of IC for the both of us to carry everywhere, maybe? Or lekatkan some kind of document ke passport? Tah, I’m not sure la pulak. But, ada but lagi, lepas kita orang bagi medical certificate yang kat hospital Thailand nie, company akan bawak ke immigration for approval. Lepas dapat approval a few days later baru la kita orang dapat multiple entry and also permit whatever...pening kepala I. 

Back to my story kat hospital nie... dengan penuh keterpaksaan I kena la jugak ambik darah... gone were the cocky laugh that we had last night and replace by terror huhuhu... Nurse tu suruh husband I ambik darah dulu sementara tu dia ambik my blood pressure.. And seperti yang telah dijangkakan..blood pressure I shot kepada 179 sebab I sangat takut akan darah yang bakal di ambil nanti. Nurse try lagi, still lagi tinggi. Then nurse suruh I ambik darah dulu, so that blood pressure I turun bila dia ambik nanti. Oh you should see, how this drama queen dengan muka sedih penuh kerutan menahan ketakutan. I suruh husband I bediri sebelah I sementara I duduk and bagi tangan I kat nurse tu. I tak nak pandang jarum and apa yang nurse nie nak buat. I peluk, I pegang kuat kuat dan I cium lengan husband I yang sentiasa menjadi mangsa cubitan dan kadang-kadang bulu-bulu lengan beliau I cabut bila datang angin sadis I itu. I panggil mummy mummy sambil memejamkan mata, masa I rasa jarum tu menebuk ke lengan I, punyalah penuh drama wanita ini... Husband I pujuk-pujuk dengan nada lembutnya sambil cakap, “tu dah masuk tu, tak sakit kan, sikit je, I buat tadi tak rasa apa pun.., tu darah dia dah ambik.., kejap je...”, ah..so soothing pujukkan beliau itu. Budak budak kena ambik darah pun tak ada macam I yang penakut tapi garang nak mampus ini. Kalau la I dapat lelaki yang tak sabar and bosan dengan perangai I yang tak senonoh nie, sure dah kena sound... I nie teruk la... like I said earlier, tahun nie je, termasuk hari nie, tiga kali dah ambik darah, still jugak tak ada daya tahan diri. Apa nak jadi dengan I nie, I hate myself for acting like this...menyeksa perasaan diri sendiri.., tak malu betul. I seriously need to change.

Lepas ambik darah, I dengan penuh bongkak, cakap kat husband I, tak sakit la, sambil buat muka macam bagus. Eh, bukan I ke yang tadi mengelabah macam orang nak kena hukuman mati? Berkeluh kesah, muka pucat and nak menangis bagai? Husband I senyum je and cakap, kan..dah cakap tak sakit, sikit je... Then I senyum tersipu-sipu malu. After that kita orang tunggu doctor panggil untuk buat pemeriksaan ringkas. Keadaan dalam hospital nie sangat sejuk nak mampus sampai gigi I pun berketap-ketap rasa beku semacam je. Fifteen minutes later, nurse pun panggil untuk masuk bilik doctor. Husband I ajak masuk sekali and I cakap kat doctor I nak guna selimut atas katil dalam bilik doctor nie kejap untuk balut badan I sebab tak tahan sejuk and I lupa bawak pashmina, doctor tu tersengih-sengih tengok perangai I. I pun berbungkus dengan enaknya. Doctor perempuan nie macam takut-takut and sengih memanjang, I think baru grad agaknya. Lepas dia check husband I, dia check I pulak, tangan dia sangat sejuk and seperti biasa pelakon tambahan ini pun terkejut-tekejut la pulak bila doctor nie sentuh bahagian persekitaran perut I.... alahai... Doctor siap gosok-gosok tangan dia kasi panas sebab pelakon gedik nih tak tahan sejuk wakaka..., korang janganlah..sejuk taww.. macam ice batu tangan dia...Lepas habis dia check badan I, dia check balik my blood pressure and it seems that blood pressure I masih tinggi and Doctor suggest I buat follow up. I know I may eventually have to makan ubat high blood nanti.. But husband I suruh tunggu dulu, jumpa doctor kat KL and mintak pendapat doctor I nanti.

After that, husband I ke cashier untuk membuat pembayaran, yela takan nak pegi nyanyi karaoke kat kaunter cashier kan... Ingatkan mahal rupa-rupanya sorang RM120 je.. buat penat je dia balik kejap ambik duit tadikan. Nurse cakap result akan dapat within two hours.. wah..kejap je.. Medical check up nie, air kencing and xray pun dia tak buat sebab nie untuk permit and penyakit yang dia nak check pun penyakit macam batuk kering, penyakit puan and penyakit-penyakit yang berjangkit aje. So sementara tunggu result siap, both of us pegi ke supermarket kat sebelah. Yea, Big C yang I kutuk-kutuk and cakap tak nak pegi lagi haritu... ke situ la kita orang pegi tadi, so much for saying not wanting to go there anymore..

Two hours later husband I pegi balik kat hospital sementara I tunggu dia kat dalam Big C nih. Perut dah lapar and I decided to buy some donuts and drinks untuk alas perut. Dua kali jugak husband I ke hospital nie sebab dia punya cert dah siap and I punya kena datang balik within 1/2 hour. Tak lama kemudian husband I ambik and stop over dalam hospital tu untuk beli lunch, makanan arab la what else kan.. oh..I sudah fed up makan makanan arab or Indian food nie but tak ada choice, nie je yang halal and senang nak cari. Then kita orang balik rumah, lepas lunch kat rumah husband I pegi kerja...

Sekian catatan I untuk kali ini...

Monday, October 14, 2013

Ke Chatuchak Weekend Market

A week ago, which was last Sunday , we went to Chatuchak Weekend Market for the first time.  This Market is only open on the weekend from 6am to 6pm.  This market is thought to be the biggest market in the world. Yes, it is so huge. The best part is, it is near our condo yes, only one BTS station away and not far from my husband’s office.

So on that Sunday, around 10.30am, we took a taxi to the place. Malas nak naik BTS sebab lebih kurang je. Sampai kat situ, kita orang tengok orang dah ramai. Mula-mula my husband is not to keen nak pegi sebab dia ingat tempat orang jual sayur-sayur and ikan je but bila kita orang masuk, mula-mula tu I was not that impress. Tapi dalam hati I kata, inikan open air market and belum survey ke dalam dalam lagi. Masa masuk kat first lane tengok barang, alahai macam tak ada apa-apa pun, barang macam buruk. Apparently, we didn’t take the map of the market because different section selling different thing. Bila dah masuk to the other section, oh wow...terkejut I tengok barangan yang di jual, berbagai-bagai. We thought we can coordinate where to go first and which lane to use, boy, we were wrong.. the place is so huge and it was so easy to get lost. Not to mentioned the distraction around. The more we go inside the crazier we become.. 
 

Ah...semua benda I nak beli. Harga, oh... tersangat la murahnya.. if you want to buy or go for cheap stuff macam I yang cheapskate ini, sini lah tempatnya. I feel like I’m in heaven. I was speechless, I don’t know where to start. I bought a few summer dress, each RM15 je.., yea RM15, summer dress yang sleeveless panjang itu kalau kat KL jangan harap la dapat harga macam nie, at least RM89 and above. Quality pun bagus sebab masa I try cuci tangan baju tak shrink and colour still maintain lagi. And also kalau I pakai sleevles summer dress nie, I akan pakai dengan cardigan or jacket cotton je, tak de nye I nak menunjukkan lurah ketiak I. Baju blouse long sleeves cuma RM10 and I bought a few. Kasut yang jenis macam kasut ballet, I beli dua pasang. Satu pasang RM15 aje. Kalau rosak ke koyak in the future pun I tak peduli sebab ialahkan tak ada brand and murah je, sambile menyengetkan kepala ke kiri dan ke kanan..belagak!
 

Like I said, baju-baju kat sini murah-murah, berbagai-bagai style, fashion dan banyak selection. Rasa menyesal shopping kat MBK and Platinum Mall haritu. Ingatkan kat situ murah tapi kalau nak keselesaan and ada aircond, shopping la kat those two places tu. But for me, chatuchak is my first option, kalau tak, tak ada la dua minggu berturut-turut I datang. I also bought a few of their tradisional/craft’s bag, rasa macam hippies je.. sementelah I ke situ pakai selipar je. Sedang berjalan-jalan dari lorong ke lorong tiba-tiba husband I ternampak satu kedai jual barangan silver. He knows I suka accessories nie and I was looking for one particular set of silver. Dia ajak I ke situ but I told him, tak payahlah sebab I dah ada banyak silver and tak pakai pun. But my husband insist on going there, dia kata tengok-tengok je tak semestinya beli. But my husband do have the eye for fine and nice thing. Dia suruh pekedai tu keluarkan dari cermin and tunjukkan I yang ambik kesempatan duduk kat dalam kedai, penat oo.. bejalan. Bila I tengok je, oh..I terus jatuh hati. Husband I tanya, do you like it, of course la suka. Dia kata this is your birthday present sambil pandang I dengan senyum nervous, just to be sure whether I like it or not. Oh, my husband is so cute... Dia tanya lagi ok tak, I kata ok la darling, I suka sambil senyum meleret-leret (over) kat dia (kalau dah pelakon tambahan, pelakon tambahan la jugak...) Walaupun murah je.. RM120 but the thought of him doing whatever he could to please me and make me happy, touch my heart...cair I taww..hehe.. Gosh, I really love this guy! Dia suruh I pakai terus, I tengok muka dia proud and kejap-kejap dia angkat tangan I and tengok gelang loceng tu. Dia kata cantiknya bila I pakai..ahaha.. sweet talker pelakon tamil.. Dia kata tak pernah dia tengok gelang macam nie and tu yang dia tak sabar nak belikan I ...alahai..buah hati.. Berbunyi-bunyi la pulak loceng bila I bergerak, husband I cakap I nie kira anak kucing dia, kalau tak ada bunyi maknanya I tak ada kat sebelah dia..wah.. 
 



Tak lama kemudian, perut pun rasa lapar, we did brought some food from home but I saw one halal stall not far from where we stand. I jumpa tempat nie pun lepas I google and kat situ cakap halal food nie dekat tower. Senang je nak cari, betul-betul bawah tower. Mula-mula husband I hesitate nak pegi, I kata kalau tak nak pegi makan pun tak apa, kita ada bawak bekal then he changed his mind and ajak I ke situ. We ordered nasi briyani and lauk ayam goreng je, just to be on the safe side. Maklumla perutkan sensitive and tak berani nak makan sebarangan. The food, well.. not so nice sekadar untuk mengalas perut je.

Lepas makan kita orang berjalan lagi and I ternampak satu section jual pinggan mangkuk. Oh wow! Berbagai-bagai jenis dan bentuk dan cantik-cantik, ada yang jenis macam kita makan kat hotel, besar-besar... macam-macam la size. I jadi gila lagi... I told my husband, lama-lama esok, kita concentrate on buying the pinggan mangkuk je, satu dua pun jadilah..

Orang berbagai-bagai bangsa and I ada selisih dengan a few fellow Malaysian around tapi I tak tegur because knowing my husband yang “kureng” sikit bila I nie ramah sangat. Dia kata don’t be too friendly, we don’t know them, they might be a peyamun.. Suka betul dia grade kan orang penyamun la, penyangak la, pembelit la.. On the way nak balik, tiba-tiba I terdengar suara perempuan nyanyi macam tak cukup makan. I cakap kat husband I, siapalah yang nyanyi macam nak mati nie... sekalikan bila I lalu kat one lane, baru I perasan dua budak buta pakai baju sekolah bediri and one of them tengah nyanyi sambil memegang tabung mintak sedekah. Oh, I felt soooo bad. I ingat orang tua nyanyi saje-saje untuk menghiburkan pengunjung. I rasa malu pada diri sendiri. I cakap kat husband I, I tak patut cakap benda macam tu and I thought of derma kat bebudak buta nie. Husband I kata, tak payah la, dorang nie mesti ada sindiket...I kata I tak peduli, sindiket ke tak, I rasa sangat guilty and then on the way keluar dari kedai, I bagi all the coins that I have to their tabung.

Ingat nak balik, tapi ada lagi barang nak cari, sampai tak larat kaki I nak melangkah dengan pinggangnya rasa macam nak putus sampai sambil berjalan sambil tu husband I urut belakang I ahaha..namun ku gagahi jua walau setapak demi setapak.....demi nafsu shopping ku yang rakus.....

Hari itu berbagai-bagai pekara atau emosi yang I alami such as excited, speechless, happy, loving, bad, ashamed with myself and guilty....ahh...perasaan yang kepelbagaian in one day....


Saturday

Last Saturday, which was two days ago, we went to this place again. Pagi-pagi tu I masak nasi and masak lauk simple je such as chicken wing goreng, sayur goreng dan telur dadar for our lunch sebab tak lalu nak makan makanan kat stall halal masa last Sunday haritu. Anyway, this time ingat nak cari souvenir for my cousin yang mintak beli t-shirt dari haritu lagi. Husband I nak cari t-shirt and a pants. I pulak nak cari simple t-shirt untuk pakai kat rumah hari-hari.. Sesambil tu I plan nak cari a few key chain ke apa-apa yang tengok nanti. Beside, I need to buy something for our neighbour yang baik hati itu. Ingat nak balik before end of this month but ticket pun tak book lagi and beside we have to settle our visa, permit this and that macam-macam la. Sampai je kat Chatuchak Market nie terus kita orang ambik map kat entrance. Bila tengok map jadi bertambah pening sebab it seems that kedai dorang bercampur aduk and tak specific sangat.

 
Lepas husband I beli barangan dia, we decided to take a break and have our lunch somewhere. We found one spot and a few of the shoppers pun duduk kat kaki lima tapi tempatnya bersih. Sedang I dengan husband I makan-makan, tiba-tiba ada la satu family dari India datang and duduk sebelah kita orang dengan anaknya menangis sambil menjerit-jerit. Budak tu punya jeritan sangat high pitch, bingit telinga I.. sabar je la. I think mesti la dia tak selesa kan sebab panas dan berpeluh..sian budak-budak. Kecoh la jugak dorang berborak-borak sesama sendiri. I kata husband I nie ada magnetic force..hehe.. Anyway, lepas makan kita orang sambung balik berjalan-jalan and something caught my eyes... yeah! I ternampak lesung batu in one of the shop. Terus I masuk ke kedai tu and macam-macam size tapi tak banyak. I bukanlah pemakan sambal belacan yang tegar and in fact lama I dah tak makan belacan dan dah berpuluh tahun I tak beli and tak ada kat rumah since husband I tak makan. Dia cukup tak suka dengan bau belacan ini. Tapi masa I remaja dulu, kalau tak ada sambal belacan, I memang tak ada selera nak makan. I punyalah suka sambal belacan sampai isi sup ayam pun I cicah dengan belacan. Pada I belacan miri sarawak adalah yang paling sedap dan sambal belacan sarawak lah yang paling enak sekali, tak cair. Terliur la tiba-tiba... Anyway, berbalik kepada fungsi lesung batu yang I beli nie adalah untuk I mengetuk serai, halia etc..since selama tinggal kat sini I guna belakang periuk untuk ketuk benda-benda nie.. Harga dia tak mahal RM37. Haritu I tengok kat supermarket, size besar RM69..


Lepas beli lesung batu, kita orang ternampak ada orang jual kebab halal and husband I decided to buy sebab nak tau rasa kebab kat sini macam mana. Sementera tunggu kebab tu siap I tengok kat sebelah kedai kebab nie ada kedai jual air tea tarik. Ramai la orang berkerumun nak tengok macam mana mamat nie tarik air tu, siap mat salleh ambik video lagi. I tak heran la sebab kita dah biasa tengok kat negara kita kan. Bila siap je kebab, husband I bagi I, I kata tak nak lah sebab kenyang lagi tapi ndak la rasa sikit, sekali I ngap..wah..sedap jugak.. senyum husband I lepas tu dia ajuk I cakap, I tak nak tadi.. Lepas tu I tengok ada orang jual ice cream kelapa, I nak try, so I order, wah..sedapnya... Mula-mula husband I tak nak tapi bila I suruh dia rasa sikit, terus dia ndak.. Ituler kalau tak try mana kita tau kan...

Then husband I ajak cari kedai silver yang kita orang pegi last week.. Cari punya cari tak jumpa-jumpa.. Oh I tell you...if you find something that you like kat Chatuchak Market nie, I suggest you beli immediately sebab kalau you nak cari balik, you tak akan jumpa lagi. We decided to go back dengan penuh hampa, next time la cari. Although dua kali pegi sini, kita orang masih tak dapat cover semua tempat sebab punyalah besar. Sampai rumah kita orang mandi cepat-cepat and I suruh husband I try baju dan seluar yang dia beli. Bila dia pakai je, I cakap wah..macam budak muda sebab baju tu memang style remaja ada cop besar kat belakang... tersenyum sipu dia...
 
Oh yeah, before I forget, tips untuk ke sini, sila pakai baju yang selesa dan ringkas, pakai sport shoes, in my case I pakai selipar je atau mengikut keselesaan masing-masing dan yang paling penting sila bawak air banyak-banyak, you're gonna need it badly.

Sekian, catatan I untuk kali ini...

Thursday, October 3, 2013

Hari Ini Hari Jadi I

Today is my birthday...

A few weeks before my birthday, I dah mula hint nie hint tu kat husband I. Bila lalu je anything that caught my eyes tak kira apa be it pencil sekalipun, I cakap, you belikan I nie untuk birthday present I pun jadilah (punyalah nak hadiahkan). Kalau I tunjuk barang murah, I akan cakap “you see, you are lucky to be married to me because I don’t ask for expensive gifts (yela tu)”. Husband I senyum je. Kalau I tunjuk benda mahal, I akan cakap “you should buy this one for me, it might be expensive but I’m worth it (eceh! Perasan berharga konon)”. Lepas tu husband I akan cakap, kalau dia boleh beli dunia, dah lama dia belikan untuk I, wakaka..lepas tu I akan cakap, porah sweet talker! Itu tak termasuk lagi I sibuk plan ajak husband I celebrate makan kat sini la kat sana la... Special la sangat birthday I nie...akai...

So malam tadi, masa duduk-duduk kat ruang tamu tiba-tiba I rasa sensitive, mula la nak buat drama. I cakap kat husband I, kenapa I je yang beria-ia nak celebrate birthday I sedangkan dia buat tak tau je serentak dengan itu tiba-tiba je I rasa sesak nafas, dada turun naik...konon sedih la tu... airmata pun macam nak bergenang je...ceh! I pun meluahkan perasaan yang diri ini tidak dipedulikan la, I cakap, you tak romantic la, I tak nak celebrate la, tak payah keluar makan la, birthday I tak penting la, anggap je hari biasa etc.. Sekali you know what? Husband I bangun and bukak ice box and keluarkan sekotak cake berserta lilin. Dia kata “ you spoiled la...” apparently dia dah beli siang-siang and nak surprised I pukul 12 malam nanti. But me being tak puas hati and asyik anggap diri ini victim, termalu la kan because I don’t expect it at all. Lepas tu I pegi marah husband I, I cakap kenapa dia bagi siang-siang and tak tunggu pukul 12. Husband I cakap, I dah sedih-sedih and cakap macam tu, dia nak surprised pun tak jadi sebab kesian tengok I mengomel... wakaka... padan muka I...
 

Then dia pegi second bedroom and bawak gift bag. Dia kata, “nah your present”. I cakap, la kenapa dia bagi I hadiah siang-siang kenapa tak tunggu pkl 12 or esok. Husband I kata, dia tak tahan nak bagi, mesti dia tak nak I berada dalam watak isteri menderita memendam rasa kan wakaka... Itulah I, punyalah tak sabar... I spoiled my own birthday...Tua-tua pun masih lagi buat perangai. I tengok eh apa dalam gift bag nie, sekali I keluarkan, wah...husband I hadiahkan I pyjama pink...I kan suka pakai pyjama instead of nighties...tak main la pakai sexy sexy..bahaya.. Talking about pyjama nie, teringat I akan anak-anak buah I masa I mula-mula baru kahwin dengan husband I and tinggal dengan dorang on ground floor. Aiza and Khairil masa tu kecik lagi dengan muka comel dorang senyum-senyum masa first time tengok I pakai pyjama dorang cakap, eh..aunty pakai pyjama? I kata, yea kenapa, dorang cakap sebab tak pernah tengok orang besar pakai pyjama wakaka...kelakar bila I ingat balik..

Anyway, husband I suruh I bukak, I kata tak mau dulu, nanti lepas pukul 12, tak habis-habis pukul 12 nya.. Husband I cakap, nanti kita cepat tidur. Ye tak ye jugak sebabkan I dengan husband I sejak tinggal Bangkok nie, pukul 9.30pm dah ngantuk and by 11pm dah masuk tidur. I don’t know why sebab kat KL pukul 3 or 4am baru masuk tidur.. I cakap, kalau tak sempat bukak pyjama nie, esok I akan bukak asalkan on my birthday not before.. You see, how I want things to be on a certain way, certain time, date etc... I try so much untuk buang this character but it was so hard, so far memang tak boleh lagi, same goes if I want to arrange stuff, it has to be on this direction, corner nie mesti exactly sama dengan corner tu...facing this facing that..ahh..... I sendiri rimas akan character I ini....

Then husband I cakap, nanti dia belikan I hadiah yang lain sebab sekarang nie tak gaji lagi. Dia kata sorry sebab tak bungkus and kat kedai tu tak ada kertas untuk bungkus so pekedai tu bagi dia gift bag. I kata don’t worry about it. Dia kata, I suka ke hadiah dia bagi, I kata I suka...memang I sangat suka. I don’t care how much it cost, yang penting dia kena belikan I hadiah, wah..mandatory. I cakap kat husband I, nasib baik dia bagi I cepat-cepat, kalau tak satu malam I akan merana, makan hati sebab ingat dia tak bagi I apa-apa. Husband I kata, dia tau sebab tu dia bagi I cepat-cepat sebelum I melarat haha.. ceh!

So pagi-pagi tadi lepas I solat, I tunggu dia wish I, tak wish-wish...hati dah mula nak merajuk (eleh). Then I buat-buat bukak hadiah pyjama nie and nak snap gambar..I risau bila I on my phone, Wo akan wish I dulu sebab I nak husband I wish I dulu...(ya Allah..punyalah melampau perangai I nie kan...). Bila dia tengok I ambik gambar, cepat-cepat dia cakap..eh, and wish I happy birthday.. I kata, I tunggu you wish I pagi-pagi dari tadi, sambil mencebikkan mulut separa jongang ini. I pun tak tau kenapa la tiap kali birthday I, mesti I sensitive semacam..agaknya sebab terasa umur dah meningkat kot? Or perasan hari nie special sangat..padahal...haha.. So anyway, husband I dengan suara garau pun nyanyi la lagu happy birthday antara dengar dengan tidak, maklumlah pagi-pagi suara belum panas lagi. I kata tak payah la nyanyi, dah too late, wah..minah nie...

 
Petang tadi husband I balik kerja awal and ajak I dinner. Mula-mula tu I rasa malas sebab kalau kat KL dah tau nak makan apa, kat sini tak familiar but we decided to google and jumpa restaurant Mak Yah. Haritu ada lalu tempat nie masa naik taxi. On the way nak ke situ jalan jammed..sampai pun dekat sejam..padahal dekat je. Kalau tau naik BTS tapi tak tau exactly mana restaurant Mak Yah nie. Masa I mula-mula masuk terus owner, I think la kan bagi salam. Owner nie tau cakap melayu tapi slang indon. Anyway, the place is not so nice and the food pun biasa-biasa je. Masa baca kat google bukan main lagi this one blogger bagi rave review.. Ntahlah maybe lain orang lain taste. Lepas makan, kita orang balik naik BTS. Sampai kat our stop, kita orang stop kat Villa Market, famous for expat’s punya barangan, imported goods. Tapi haritu kita orang check and beli barangan kat situ, tak ada pun imported goods macam supermarket local je, tak ada variety langsung.
 
I ke situ sebab nak pegi kat kedai Boots (yang I cakap aritu, macam watson and guardian) but I decided nak layer rambut. Kalau ikutkan hati, I nak potong pendek macam jac victor atau adira tapi husband I siang-siang dah veto kata tak boleh..so I suruh pekerja salon tu potong dua inci je... Pekerja kat situ tak tau cakap english tapi nasib baik ada one customer tolong translate. Oh! budak yang tolong translate nie handsome nak mampus, terkedu I kejap, muka campuran mat salleh dengan local, body macam model dan muscular yang tidak keterlaluan, gigi bersih, budak lelaki nie antara ciptaan Allah yang sangat perfect pada pandangan I (husband I pun agree), tapi macam ada soft sikit. Dia sangat peramah and very helpful. Pekerja salon yang cuci and potong rambut I nie badan sekeping and ala-ala gay but I tak kisahlah. Lepas rambut I siap, budak handsome giler nie terus puji-puji kata lawa, wah..nie boleh jadi kawan I nie sebab pandai ngampu haha. Then I tanya dia colour rambut ke? Memang obvious la dia colour rambutkan tapi tak tau nak tanya apa sebenarnya since dia peramah dan tolong I maka kena la cakap-cakap jugak. I tanya colour apa, dia kata soft brown grey sambil bagi senyuman I cukup menawan tapi I tak ada la tertarikkan cuma admire je.. I tanya tinggal kat area nie ke, dia kata yea and tanya I dari mana, I cakap dari KL, dah sebulan kat sini, husband I kerja kat sini and all this while, husband I membatu je kat sebelah, rasa macam bediri sebelah patung batu je, apa la laki aku nie... I kata I suka negara dia, wah.. pekerja-pekerja kat situ semua senyum bangga and masa nak keluar semua bediri and pusing pandang kat arah I and cakap thank you thank you, goodnight profusely...I kata thank you and I cakap Karp Kun Kap (thank you dalam bahasa thai) then I cakap you see.. wah..lagi dorang suka semua gelak-gelak senyum...siap lambai-lambai lagi..

Keluar je dari situ, hujan masih tak berhenti lagi. Tunggu taxi, tuk-tuk semua tak ada. Lepas lama tunggu, I ajak husband I jalan kaki je ke condo sebab bukan jauh pun, dalam sepuluh minit dah sampai kalau jalan kaki. Then husband I ajak pegi 7/11 beli payung.



Sampai rumah, I masuk fb kejap, reply inbox and comment from the well wisher. Lepas mandi I pakai pyjama baru itu. Husband I puji-puji and he was very proud sebab I pakai hadiah pemberian dia. Then husband I keluarkan dua potong kek yang dia beli semalam. Dia suruh I duduk kat kerusi and bakar lilin sambil tu dia snap-snap gambar I. Habis buat wish I tiup lilin... Lepas lilin padam tiba-tiba on balik, eh... kita orang tiup and padam and then jadi balik hahaha.. ketawa both of us..I think nie mesti lilin trick tu.. No wonder la masa api masih kat lilin tu, lilin tu macam ada reaction, keluar spark spark la pulak kan...

Sekian catatan wanita yang telah berusia lebih empat dekad ini......  

Tuesday, October 1, 2013

Items in the Condo

Items that was provided by the owner of the condo.  Like I said, pindah bawak suitcase aje, cuma rice cooker kena beli oh but we will buy a mop, broom and a laundry basket soon.
 


(Diswasher. I tak guna lagi, in my opinion rasa macam tak practical je sebab basuh dengan tangan lagi cepat but I might give it a try nanti, mana pernah guna benda-benda macam nie)

 








Sekian entry I untuk kali ini....