Jumaat - 22th August, 2014
Beberapa pagi yang lepas saya telah bangun awal memandangkan saya bersahur untuk berpuasa enam sekaligus mengantikan puasa yang “terpaksa” saya tinggalkan, kebetulan enam hari juga. Saya mula berpuasa pada selasa lepas dan Insha Allah dua hari sahaja lagi tinggal. Saya mengambil keputusan untuk mengantikan puasa secepat mungkin kerana saya tidak mahu berlengah-lengah dan kelam kabut seperti puasa ganti yang lepas lagipun saya ingin mendapatkan pahala puasa enam yang amat jarang saya lakukan sebelum ini. Malam tadi saya telah memasang dua loceng jam, satu untuk bangun sahur pukul 5 pagi dan satu lagi untuk pukul 9 pagi kerana saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton secara langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17. Selepas bersahur dan solat subuh, saya mengambil peluang untuk tidur sekejap. Jam 9 pagi saya dikejutkan oleh loceng jam yang kedua. Dengan kepala yang masih separa tidur saya keluar ke ruang tamu dan membuka tv. Memandangkan kapalterbang belum tiba lagi, saya mengambil keputusan untuk mandi dulu. Saya jarang mandi awal tapi hari ini saya berniat untuk mengambil wudhu sekali.
Selepas mandi, saya kembali menonton tv. Mula-mula saya menonton rancangan astro awani tetapi saya menukar saluran ke TV3 bila saya rasa pengacaranya agak kurang lancar walaupun tetamu jemputan iaitu Ferry Anugerah Makmur yang juga bekas pramugara MAS memberi pandangan yang sangat menarik untuk didengar. Beberapa minit sebelum pukul 10 pagi saya belari anak ke bilik untuk mencapai selendang untuk saya bertafakur nanti. Tepat jam 10.05 pagi (jam saya), satu persatu van jenazah, motosikal pengiring dan tentera-tentera untuk mengusung jenazah tiba selepas kapalterbang dari Schipol, Amsterdam mendarat dengan selamatnya di lapangan terbang bersebelahan terminal utama KLIA. Bila pintu cargo kapalterbang dibuka hati saya mula sebak bila melihat jenazah pertama dikeluarkan dan diturunkan perlahan-lahan. Hati saya bertambah hiba bila askar-askar berpakaian kemas berbaju melayu putih bersih serta bersampin songket hijau emas mengangkat jenazah dengan penuh hormat lagi tertib. Suasana ketika itu amat tenang dengan hanya bunyi deruan angin tetapi ianya amat memilukan. Puas saya menahan airmata yang bergenang, jiwa saya sarat dengan kesedihan bercampur dendam. Walau mereka bukan keluarga saya atau berlainan agama serta bangsa tapi mereka adalah rakan senegara yang “berkongsi” segala-galanya dengan saya dan jutaan penduduk Malaysia. Saya juga sempat mengambil gambar dan merakamkan saat-saat itu kerana ianya adalah antara hari yang paling penting dalam sejarah Malaysia. Saya juga tidak mahu mereka dilupakan dan akan sentiasa mengingati detik ini hingga ke akhir hayat saya.
Tepat jam 10.45 pagi saya dan seluruh rakyat Malaysia serentak bertafakur selama 1 minit. Keadaan hening seketika. Pukul 11.05 pagi, satu demi satu kenderaan yang membawa jenazah keluar perlahan-lahan menuju tempat persemadian. Sebahagian jenazah di hantar dengan helicopter dan kapalterbang ke destinasi asal masing-masing.
Di sebelah petang saya menyambung kembali siaran tentang pengkembumian, tak lama kemudian suami saya pulang dari tempat kerja. Saya bercerita kepada suami tentang istiadat di sebelah pagi tadi. Tapi saya tidak dapat meneruskan kata-kata kerana ada getaran pada suara dan saya terpaksa berhenti sambil memandang beliau dengan pandangan sayu. Suami bagaikan faham, beredar seketika dan duduk tidak jauh dari saya. Saya bangun lalu menunjukkan gambar dan rakaman yang saya ambil pagi tadi.
Ahad – 24th August, 2014
Hari ini, tiga lagi jenazah tiba. Saya tidak sempat melihat secara langsung kerana setelah bersahur pagi tadi saya tidur semula dan bangun agak lewat dan hanya tersedar bila dikejutkan oleh bunyi burung yang merepek-repek sesama sendiri di tingkap bilik saya. Bila saya buka tv, jenazah telah berada di masjid untuk disembahyangkan dan selepas itu di hantar ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Mereka juga diberikan penghormatan yang sama seperti jenazah-jenazah pada dua hari lepas. Dan seperti dua hari lepas juga, mata saya bergenang lagi terutama bila kisah-kisah arwah dan mendiang serta keluarga di siarkan di kaca tv.
Takziah buat rakan senegara yang bukan beragama islam dan Al-Fatihah buat saudara islam saya, moga roh kalian ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada kerajaan Malaysia kerana memberi satu istiadat yang sangat indah, penuh hormat dan beradab kepada mangsa-mangsa nahas MH17.
Sekian, catatan saya untuk kali ini...

No comments:
Post a Comment