Wednesday, November 29, 2017

Sand and Sandals Desaru JB Part 2, 3 & 4

 


Sand and Sandals Desaru JB Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pagi tu, I buffet breakfast with my husband.  I tak makan banyak and decided we need to look for roti, manalah tau later nanti lapar and I’m also looking for a bubble bath sebab ingat tuan puteri kayangan berangan di awan nak berendam jap lagi.  So pagi-pagi sebelum husband I pegi kerja makanya kita orang pusing kat Desaru and tanya merata-rata, keluar masuk kedai, satu pun tak ada jual bubble bath and some of them don’t even know what it is, I pun kena explain, air buih sabun and still they can’t figure it out.   Lastly, I went to the biggest supermarket around and just grab one sabun mandian yang ada tulis spa je.  Dalam hati I cakap nantilah kalau tak ada buih akan ku kocak-kocak sendiri.
 

Lepas husband I pegi kerja, I decided to check out the beach.  Hari tak panas dan agak mendung so tak ada la kulit I akan terbakar furthermore I tak ada sunblock.  I took a few pictures dekat pantai and also kawasan persekitaran hotel.  Then I ordered / tapau food for lunch kat restaurant. Sementara tunggu food siap, I pegi kat convenience shop kat hotel and beli some ice creams, drinks and kacang.  Then I pegi ke game room and main basketball kejap. Balik bilik, I mandi, makan and tengok cerita yang I download sampai petang.  Sementara tunggu husband I balik, I lepak-lepak kat verandah and dengar live band yang menyanyikan lagu era 70 dan 80’an, so retro.  Petang tunggu husband I balik, tak balik-balik (sebelum tu I dah belasah mee in my mug, keropok, roti etc... but still.. ) I dah lapar, rasa macam nak menangis je hehehe... jangan you, makanan punya pasal boleh kasi I pilu, dah la sekarang nie, selera makan membuak-buak, I gemuk giler, seluar semua tak boleh pakai, kena beli baru and pakai yang bergetah je... I know I pernah cakap kat my previous blog, yup... berat badan tak turun-turun, hampa I.  Anyway, husband I called, I pun mula la berkeluh kesah akan penderitaan I yang kelaparan, dia kata jangan tunggu dia, suruh I order room service, you see? Mana nak cari isteri mithali macam I nie, dah pupus you wakaka..  I pun order la food, tak lama kemudian husband I balik.  I pun suruh dia order cepat-cepat order so that room service sampai sama-sama dengan I.
 
Lepas makan, I tengok tv kejap and then tidur.....
 
Sand and Sandals Desaru JB Part 3
 
 

Today, I breakfast sorang-sorang sebab husband I nak pegi awal.  Lepas makan I naik balik ke bilik.  Ingat nak bubble bath but bila pikir kejap lagi ada orang datang cuci bilik, so I mandi cepat-cepat.  Husband I suruh pegi spa, I kata nantilah, next time lah sebab I baru pegi a few weeks ago.  I surf internet jap sambil orang datang cuci bilik.  Lepas dia siap, I turun order food, bawak naik atas and makan.  Lepas tengok tv I pun bubble bath or mandi sabun kat luar.  I make sure tak ada orang nampak sebab window tu tutup separuh aje.  Lepas berendam beberapa seketika, oh, nasib baik shower cream spa tu buih, so tak payah la I nak kocak-kocak.  Next time I guna je shower cream, murah pun murah, tak kiralah brand apa.  Lepas tu I mandi lagi sekalik, tengok tv and bila petang, I decided to jalan kat pantai lagi, ambik angin, ambik gambar dan acara gerakkan kaki.


I tengok semua yang pegi situ, either berpasangan atau satu family.  I je sorang-sorang, tapi takde la I nostalgic cuma kalau husband I ada, sure I dah berkemban ala-ala Panggilan Pulau ayo ayo ayo ayo kezambo dan jangan lupa bunga kena selitkan kat telinga sambil tu ketawa mengekek... uishh..buruk rupa wakaka.. After a while, I balik.  Malam I cadang nak makan kat restaurant instead of order room service, tak lama kemudian husband I called and suruh I makan dulu.  Memang plan tak tunggu pun kang gerimis mengundang la pulak..  Dalam menunggu makanan sampai, husband I kejap-kejap whatsapp, cakap dia lapar, ala siannya dia..  Then I borak dengan waitress kat situ, dia tanya I bercuti sorang ke (tiba-tiba I terpikir, betul jugak budak nie cakap sebab I did everything alone, makan pun sorang, lepas tu asyik cakap dalam hati je...).  I pun explained, cakap husband I lambat balik etc.  Budak nie datang dari Sabah and start kerja pun baru lagi, last September.  Baik dan peramah lagi, I usik mesti homesick, dia kata yea.


Lepas makan, I duduk-duduk kat luar, ambik-ambik gambar suasana malam and whatsapp kat husband I.  After a while I naik masuk bilik.  Malam husband I balik.

Sand and Sandals Desaru JB Part 4

Today, both of us sama-sama bersarapan sebelum balik KL.  We went to JPO and husband I belikan bag Coach, tak kisah la off season, yang penting harga murah giler!!  And a few other things.  We made a lot of stop along the way, lunch, beli buah etc.

Sekian, catatan I kali ini...

P/S : Congrats Fazura and Fattah, moga berbahagia ke anak cucu....

Saturday, November 25, 2017

Sand & Sandals Desaru, JB Part 1


Assalamualaikum,

Lama I tak berblog, bukan sebab tak nak tapi I tak ada mood.  Banyak benda I nak cerita tapi semua I pendam dan I lupakan sahaja.  Anyway, next time lah I share my supersappy story nih.
 
 Husband I finally got a job and start working last week – Thursday after not working for quite a while.  Both of us were so ecstatic.  A few days later which was last Tuesday 21st, he has to go to Desaru for an introductory etc course, so dia bawak I.  Mula-mula I tak nak ikut sebab dia pergi atas urusan kerja (cewah.. perasan isteri memahami konon hehe..) tapi you know la husband I yang control freak and over risau itu, dia cakap, tak apa ikut je, boss dia pun kata boleh bawak wife and furthermore dia risau tinggalkan I sorang-sorang kat rumah, sementelah tak ada anak untuk menemani and also siapalah yang peduli pada diriku ini apa lagi bertanya khabar jauh sekali (sempatlah jugak menyelitkan unsur-unsur simpati).

 (Masuk je tengok katil 4 poles bed, nie, ala-ala katil pengantin baru la pulak, siap kelambu lagi)

So mula-mula ingat nak bertolak pagi-pagi around 4am but I propose drive malam so that dia boleh tidur kejap and tak penat bila terus ke office.  Kita orang keluar around 9.30pm, I siap bawak bantal and selimut, macam budak-budak je.  We brought a few foods/fruits along the way.  Singgah on a few R&R, beli buah and sebab I asyik nak buang air je, sejuk you.  Bila sampai kat Johor, husband I masuk Kota Tinggi nak ke Desaru nih.  Oh, we’d been here before about 23 years ago in 1994 when my husband worked here for just a few months.  Bila masuk Kota Tinggi, kita orang drive punyalah jauh and was wondering, kenapa tak sampai-sampai nih?  Dekat traffic light, we asked budak naik motor, dia pun bagilah direction, dia kata dia nak ke situ tapi dia ikut jalan jauh and dia kata direction yang dia bagi dekat lagi.  Dalam drive tu, kita orang pikir lagi kenapa tak sampai nie, dah dekat sejam lebih and the road was so quiet, dark with no lampu di kiri kanan.  Kadang-kadang berkabus and we are the only car around.  I kan rasa seram semacam je, dalam hati I cakap jangan la tiba-tiba ada lembaga putih berterbangan hinggap kat tingkap.  Jantung I rasa lemah semacam, kadang-kadang I pejam mata sebab takut nak tengok depan.  Kadang-kadang I kecikkan mata so that kalau ada benda meniarap kat depan I, tak ada la I terkejut mana I know I’m a chicken hehehe, walaupun garang bukan main hehe. Dah la tu, I tiba-tiba rasa nak terkencing yang amat sangat, kedai makan or even petrol station yang kita orang stop semua dah tutup and bilik mandi berkunci.  Tak payahlah I cerita bagaimana I buang air kecil tanpa memberhentikan kereta tapi yang pasti, tiada kesan percikkan di mana-mana samada di luar atau di dalam kereta dan tak mungkin I melepas di luar, kang ada makcik rambut ala-ala Makcik Simply The Best – Tina Turner atau anak dara cun melecun dengan baju kebaya ketat, kain kipas terbelah sampai ke peha, tegur I out of nowhere...hehehe....

 
Dah dekat 2 jam baru la nampak signboard tulis Desaru.  Lega hati I, lampu jalan pun dah ada begitu juga dengan kawasan perumahan di kiri kanan.  Dalam pukul 3.30am, barulah kita orang sampai.  Lepas check in, I terus cepat-cepat ambik gambar sana sini.  Lepas mandi, I terus naik katil, but, you know what?  I saw something dari ekor mata kat tepi jalan (bentuk kain kapan warna putih) masa lalu kat kawasan jalan sunyi tu but I didn’t tell my husband, kalau I bagitau dia masa tu, dia akan secepat kilat memusingkan kepala dan tanya I, mana- mana dengan penuh dramatic.  Lagipun I tak nak dia panik, only masa nak tidur aje baru I bagitau dia, apalagi kecoh la pakcik alam mistik tu bertanya bertubi-tubi. Siang tu husband I cakap, no wonder la budak tu tak nak ikut jalan yang dia suruh kita pegi...  Yelah kan chances ada yang membonceng kalau naik motor is very high...

Sekian, untuk kali ini, esok I sambung, kalau I tak busy berangan.

P/S : Tahniah Fazura and Fattah, walau I bukan fan and hanya tengok 10 episode HSC, but I’m so happy for them especially her.  Finally she found someone yang tidak mempermainkan dia and betul-betul menyayangi dia hingga ingin memperisterikan dia....

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...