Wednesday, October 2, 2019

My Birthday Part 1


So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of situation especially dugaan hidup ini.  I try to look on the positive side of it and the reason why it happened.  Sebab kalau I nak pikirkan all this issues, I boleh jadi gila.  I don't need anyone's advise or tell me what I should do or think, you are not in my situation, you will never understand.  Kalau you kena, you boleh bunuh diri, I'm serious.  I took a different approach, I go with the flow and hope for the best in the future.  Whatever happened right now, I just brush it aside sebab kalau I nak susah hati pun problem tak akan resolve unless kalau I mati, satu masalah la pulak kena seksa kat kubur knowing I'm a sinner!  Yang penting both of us still have each other to rely on and giving each other support or else, we don't know what to do should the other one gone. 

As for my birthday nie, I tidur awal malam tadi, pukul 10pm dah masuk bilik.  Tidur siang ke tak tidur siang still mata I akan mengantuk around that time or earlier than that.  I jarang tidur siang but there a time where hari-hari I tidur siang sampai 2 or 3 hours but sekarang nie I tak nak tidur siang sebab banyak benda I nak buat and my brain susah nak rest.  So pagi tadi I bangun solat subuh and duduk kat meja belajar.  Husband I pun siaplah nyanyi lagu happy birthday tapi I buat tak tau sebab hati I tengah tertanya-tanya, eh where is my birthday present? hahaha.. I know your aunty nie memang melampau, dah tua-tua pun tetaplah nak present kan, *cubitkan.  Husband I kept on singing lepas tu bila dia tengok no respond dia datang dekat, cuit-cuit la, cium-cium, I still buat tak tau sambil pandang screen computer and buat-buat senyum kelat dan tak ikhlas tapi hati rasa perit.  You tau la I kan, tak boleh sembunyikan perasaan I, kalau I tak puas hati, it will show on my face.  No wonder la pelakon gred B nie tak pernah naik ke gred A. 

I cakap today I tak nak masak, al maklum alasan birthday, you boleh hantar ke, dia kata boleh, I kata nanti la I akan call dia nak makan apa.  Fikiran kacau you sebab menanti present tak kunjung tiba.  I  tak kisah la apa-apa hadiah janji dalam bungkusan or wrapper cantik-cantik siap dengan ribbon wakaka... gilakan aunty nie hehehe.  Yelah, kerana diriku begitu berharga - sambil meminjam iklan Loreal dahulu kala.  Bila dia dah nak pegi kerja, dia hulur tangan nak salam macam biasa, I cium tangan dia tapi mulut I muncung.  Dia tanya, eh, kenapa muncung nie, I kata tak ada apa-apa (dengan tone mendatar hahahaha...) and mata masih tengok screen nie.

(First time buat birthday cake sendiri you, alahai buruknya.  I tak tulis kat atas tu, malas, yang penting I finally managed to made one and in between tu I belah and ada cream tau)

Around 10am tadi, I decided to buat cake birthday sendiri berpandukan resepi omputih kat internet.  I pilih Easy Orange Cake (nama pun easy memang sangat easy).  Rupa alahai buruk yang amat tapi tak apa lah first time buat birthday cake sendiri siap degan cream icing tapi bila I jilat ada macam krup krup la pulak, ah sudah.  Nasib baik I dah kurangkan gula, kalau tak mesti manis.  Oh my mummy ada call early in the morning but I was so busy so I kata I akan call dia balik.  Kakak I yang pussy lagi chicken itu pun whatsapp setelah sekian lama membawa diri masing-masing, dia wish hantar birthday gambar kumpulan K-Pop on which I don't know and bagi emoticon kiss.  Mula-mula ingat tak nak kasih emoticon kiss tapi I pikir bagi la balik walau hati I masih terhiris berkali-kali and akan kekal sampai bila-bila masa.  Lagipun I kena tunjuk contoh I orang Islam, mature dan I tak nak memutuskan hubungan silaturahim - bedosa you, but I won't be the same in fact nowadays I mind my own business and I hardly or never talk to any of my friends except Yati. Then Khairul pun hantar whatsapp wish from him and his family.  That was very kind of him sementelah birthday kita orang selang sehari. 

Tengahari husband I pun balik and bawak food, ma'am besar yang perasan birthday dia special hari nie nak relax.  Dia belikan I belon and Secret Recipe's cake (nanti I post on my siri birthday part 2).  Eh I kata, kenapa you beli, I kan dah buat.  Dia kata tak apa nanti dia boleh bawak cake yang I buat tu ke office.  Then I pun buat muka muncung balik, I cakap, tunggu orang bagi hadiah tak bagi-bagi.  Malam tadi pun tak bagi, pagi nie pun tak dapat ( gedikkan aunty korang nie hahaha).  Dia kata, dah ada tapi tak sempat nak ambik.  Eh, I kata apa hadiah yang nak kena tunggu siap nie but eh, jangan cakap, I nak surprise (kan too much hahaha..).  Dia kata tak sempat nanti petang dia ambik... Wah curious I. 

Tuesday, October 1, 2019

Jerebu Di Hatiku

(Tajuk bukan main lagi)

I decided to removed all my family, relatives and friends from my IG's, make it private and only leave two of my goodfriends as my follower.  I also decided to active balik my IG's but my life style bukannya interesting pun. Kalau ada kawan-kawan or family request nak follow, I akan filter and think before I accept them.  But for now biarlah I jadi seorang yang reculsive but I share la jugak kat sini kan... so what's the different? haha..

So I dengan husband I baru baik dari all this sinus, pink eyes, batuk etc  for a week and I masih lagi batuk sikit-sikit.  Rasa sejuk and panas badan nie and bila keluar kahak colour hitam and berdarah.  Naik risau I tapi Dr merangkap husband I cakap, don't worry itu sinus punya pasal.    As usual, haze!  Husband I apa lagi, hari-hari menceceh pasal haze nie, siap update I everyday of the condition or index macam la I tak baca internet tapi I buat-buat tak tau so that dia rasa  proud dia tau semua.  Dalam rumahtangga nie kadang-kadang you have to pretend or give some credit to boost their self esteem.  Bukan sebab husband I ada low self esteem, trust me this mamat is sangat over confident. But I want him to feel special and bukan sakit pun puji-puji partner kita, dapat pahala you, kita mengembirakan hati dia and kalau dia mengembirakan hati kita.. 

Haritu dia sibuk cakap Dr M hantar surat kat President Indonesia.  Butir bicaranya macam nie. "Eh you tau tak Mahathir ada hantar surat dekat JOKOMO.  I gelak bukan main lagi.  I kata bukan Jokomo la Jokowi. Dengan tersipu-sipu dia cakap ah, whatever lah. Satu hari I sakat husband I.  He is so funny, orang sibuk cakap pasal haze or politik dia pun sibuk la nak bagi buah fikiran dia.  I tahan-tahan and senyum sorang-sorang sebab fakta dia selalu bercanggah ataupun old news. 

Sekarang haze dah kurang and almost everyday hujan lebat especially bila petang, dia dah mula ngomel pasal hujan la pulak, adoi  cute la dempol I tu, ada je tak puas hati.....

As for our live, well, there's a lot of down time these past years, bukan pasal our marriage because our marriage is as strong as ever but the things that had has and currently happening to us.  I will try to share or post back regularly kisah harian hidup I yang tak seberapa ini.

Monday, June 10, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

(Aiza and Myself)


OMG, I miss blogging so much!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin to everyone that celebrate this wonderful ocassion.  Tahun nie seperti tahun lepas, routine yang sama, in the morning pegi rumah in law, makan-makan sambil catch up dan update berbagai-bagai stories.  Kalau tak ada adegan air mata memang tak sah la.  My person is of course Aiza, dia la pendengar setia I dan yang paling memahami I dari dulu hingga sekarang.  She never judge me and always at my corner.

This year I dengan husband I tak pegi Open House Tun unlike last year.  Gila nak mati penat last year, dengan peluhnya, panasnya, sampai I kena bukak high heels, jalan berkaki ayam kat pavement - (on the way back tu husband I beli selipar kat station bus and I buang je high heels I tu hehehe.... ) Dengan peluhnya dengan ramainya orang.  Serik la walau hati terasa gatal nak pegi this year tapi husband I kata dia tak larat dah.  So Balik dari rumah in law, kita orang balik rumah kejap sebab husband I nak tukar baju, as for me, I tak tukar, al maklumlah I nak merasa suasana beraya walau di mana I berada.  You tau I first time pakai baju kurung ke KLCC, selalunya "pakaian rasmi" I jeans, sneakers, t-shirt atau blouse je.  Kalau orang pakai baju kurung dengan heels ke atau heels bertumit rendah but I pakai  sneakers, macam budak-budak remaja, kasi la chance kan..  Tak kuasa I nak berjalan tertonggek-tonggek menahan seksa sakit.  Tua-tua nie I go for comfort, xde dah concept biar merana asal bergaya.  Sometime I wonder, macam mana dulu-dulu I sanggup dan boleh berjalan dengan kasut 5 to 6"?

Oh yea, speaking of baju kurung, you tau I buat baju raya I nie at the last minute je.  Ingat nak pakai baju kerja yang lama-lama macam last year but I decided to jahit je sendiri.   Kat luar tu mahal la, dengan economy yang tak seberapa sekarang nie, lagipun I kan tau menjahit, lainlah kalau yang fashion yang complicated ke, baju yang jadi I buat pun cuma baju kurung je, yang lain-lain pasti hancur walau hanya baju kelawar sekalipun, mesti ada tak kena kat bahagian collar.  Baju kurung kedah yang simple pun asyik rosak je, baju kurung je la selamat.  Kain nie I tak ingat bila I beli adalah dalam 5 or 6 tahun yang lepas kot.  Bahagian baju nie tak cukup, I tampal-tampal mana yang dapat,kalau Tim Gunn tengok kat dalam mesti dia pitam setahun, make it work, make it work!  Nasib baik untuk bahagian kain ada lebih, boleh la I guna untuk padding, sudah pasti, I kan 80's girl .  Oh, kain baju nie I tak pakai zip, I pakai keliling getah aje hehe.... I know I malas but comfy maaa…

Back to jalan-jalan kat KLCC, we decided to go to the Avenue K.  I tak pernah pegi situ.  Jalan ikut subway, alahai bau badan orang jangan ceritalah, I siap tutup hidung.  Hidung I kan teramatnya sensitive dengan bau-bauan nie sebab tu la kalau nak tau lauk basi ke or apa-apa bau,  I la kena hidu sampai kadang-kadang merah mata menahan nak muntah.  Husband I cakap I boleh kerja immigration bahagian pintu keluar masuk ganti anjing penghidu - ala-ala anjing hush puppies la pulak.  Oh I tell you, masa kita orang pegi Red Light District kat Amsterdam, bau ganja weed merata-rata, husband I dengan anak-anak buah relax je jalan-jalan menyedut udara kat situ as for me I have to cover my nose, kang tak pasal-pasal kepala I weng.  Kang ada yang jadi penganja yang tegar, tersadai tepi longkang!

Asyik menyimpang je cerita I nie.  Anyway, malap je Avenue K nie, I think maybe sebab kebanyakkan kedai tutup because of Hari Raya kan.  Pusing-pusing kejap both of us balik ke KLCC, beli a few stuff and bought some food, pie tee and lobak.  On the way back, singgah kat Big Aeon AU2 beli pizza  kat pizza hut and lemang, ketupat daun palas, ketupat nasi, rendang and serunding.  I rasa ini la roughly cara orang bandar beraya, bukan kita orang aje, ramai local I jumpa are doing the same thing.  Orang selalu cakap, I will never know the true feeling or the joy of  celebration of Hari Raya unless I celebrate kat kampung.  They might be right but I believe I can create my own happiness and memories wherever I go.  The point is the true meaning of Hari Raya to me adalah kesabaran menempuh dugaan puasa selama sebulan.  Walau mulut ini terkadang sukar di kawal bila ada benda yang menjengkelkan hati.

Sekian la cerita I yang langsung tidak memberangsangkan ini.  Bye for now.....

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...