(Gambar terbaru)
Weekend haritu, kita orang tak kemana because my husband was not well and still is as of this writing. Hidung dia sangat sensitive, this is due to the haze and he went to the clinic and doctor bagi ubat untuk dia sedut dengan air panas. The smell was so strong (hidung I kan sensitive kepada bau-bauan nie) sampai I pun boleh cium bau ubat tu sampai ke tekak tapi sedap la bau peppermint. Kejap-kejap dia bersin and gatal-gatal hidung and dia tak dapat bernafas dengan betul. I masak bubur ayam, ikan and soup ayam these past few days for him. I letak halia and white pepper banyak-banyak, sampai I sendiri makan pun terbatuk-batuk.
So dalam hari-hari I buat bubur untuk dia, one day tu masa time nak makan, husband I pun bediri la kat sebelah I sambil memegang mangkuk besar untuk dia makan dan as usual tidak berbaju. Kelakar la macam banduan tengah queue nak ambik makanan wakaka... Bubur masa tu masih panas mengelegak sebab I baru off kan, bila I senduk aje, tiba-tiba bubur tu terpelanting ke perut husband I. Serentak dengan itu, dia memegang bahagian perut yang terkena bubur sambil mengadu kesakitan. I terkejut sebab bukannya sikit yang terpercik tapi segumpal kan. Tak pasal-pasal daging perut husband I masakkan, kang ada yang mengidam nak makan daging bubur perut suami. Tapi entah macam mana, I tiba-tiba tak tahan nak gelak, macam kelakar, I masih boleh tahan lagi tapi ada bunga-bunga senyuman mula mengembang di bibir ini. Jahat I kan...
Lepas makan, I tiba-tiba rasa tak tahan nak ketawa kan dia. So semalam-malam tu I gelakkan dia sampai tekeluar airmata bila peristiwa itu bermain-main di fikiran I. Husband I kata, orang sakit dia gelak dengan muka manja gumuk dia, I tak peduli I gelak bagai nak rak. I cakap, I tak sengaja and sorry but you look so cute and funny when it happened. Sebelum tidur I gelak-gelak kecil di kegelapan malam. Orang “muda” tu buat tak tau je..hehehe..
Two days later which was last Saturday, I buat bubur lagi and I decided to buat ikan merah goreng kicap sebagai lauk. Bila I nak goreng ikan kat minyak panas, tiba-tiba I terbaling without any particular reason. Sekali minyak tu terpercik kat tangan, kaki and peha I. I pakai baju tidur so nasib baik la kat peha sikit je kena and ada seluar sebagai penghalang tapi kat tangan I yang berlengan pendek, oh dear.. you sendiri tengok la kat gambar. Lepas kena percik je I belari sambil terus tadah bahagian tangan yang kena air dengan running water. Husband I tanya, sakit tak, I dengan egonya cakap, tak ada la, I bukan macam you, wah, sempat lagi bongkak tu.. Sambil tu I cakap kat husband I, I ketulahan sebab gelakkan dia aritu masa perut dia terkena bubur panas. Husband I kata, tak ada la, I sebenarnya dapat pahala sebab masakkan dia although I injured. I kata tak ada la, ini la balasan I, dapat “cash” lagi. I kata tak apa la I dapat balasan kat dunia and not akhirat. But husband I insisted on saying that, it’s not because I gelakkan dia aritu or ketulahan, nothing to do with that at all, kebetulan dah nak terkena. But I know deep in my heart... Padan muka I, ituler, gelakkan lagi suamikan...
Lepas tu I examine tangan I, merah semacam je, husband I ajak pegi clinic. I kata tengok la macam mana nanti. Tak lama kemudian, tangan I rasa berdenyut-denyut macam ada jarum halus mencucuk-cucuk. Then petang tu, kita orang pegi clinic. Sampai clinic, ramainya orang penuh satu clinic. Sebelum I masuk jumpa doctor, assistant kat situ panggil nama satu patient but can you believe it, assistant panggil sampai tiga kali, bapak budak yang anak dia sakit nie boleh kata nanti sebab dia tengah main ipad!! I was shocked, assistant tu pun muka macam fed up. Sambil berdiri lagi bapak budak tu sambil tekan-tekan ipad kata nanti-nanti.. Tercengang I sekejap! Lepas dia keluar and ambik ubat. I tengok bukan dia sorang je keluar dari clinic tu, rupa-rupanya satu family dia yang about eight people menuju ke kereta! La... sorang sakit sampai lapan orang hantar memenuhi clinic and orang yang betul-betul sakit kena berdiri! Tapi still I sort of admire how supportive they are towards each other cuma kurang kesedaran sivic je.
Bila time I masuk, doctor nie tanya (not my regular doctor), kenapa nama I macam nie, al maklum nama omputih kan.. (batuk). I pun kena la bersalahsilah dengan dia. Here’s the thing it is not easy to have a glamour name like me/mine (batuk berlagak lagi), asyik kena explained je kalau berkenalan dengan orang. Itu belum lagi orang tanya dah kahwin ke belum or berapa anak , berapa tahun dah kahwin and kenapa tak ada anak.. rasa macam nak tampar dengan selipar platform je mulut dorang nie.. so nosey la. Sempat lagi menyelit lepas geram. So anyway, doctor suruh I datang a few days or bila tempat yang terbakar kena minyak nie berair sebab dia nak cuci. Muka I pun berkerut, doctor kata tak sakit. I kata ok although dalam hati I dah confirm tak mau datang, sakit or not.
Masuk dalam kereta, I careful not to kenakan tangan I kat mana-mana, so kena angkat la sikit. Then on the way nak balik, I suruh husband I beli rambutan, sebelum jumpa doctor I dah nampak orang jual kat dalam truck. Lepas husband I beli, dia tanya manis tak, I tanya dia balik, dia tak rasa ke, dia kata dia rasa and manis tapi dia suruh I rasa. Tiba-tiba termengada lebih la pulak, I kata I tak dapat kopak sebab tangan I injured (konon la sangat bukannya jari). Dalam dia drive tu, dia ambik rambutan kat belakang, tangan sebelah pegang stering and tangan sebelah kopakkan rambutan dengan gigi hehe.. Sampai rumah tiba-tiba je semua benda tak boleh buat hatta nak angkat tisu sekalipun hahaha.. I know I melampau giler... Nak duduk pun I pun extra hati-hati sambil mengangkatkan tangan sesambil tu husband I tiupkan, I pun buat muka ala-ala pedih (ceh! pelakon grade B maa...), padahal tak ada sakit mana pun or should I say, langsung tak sakit.
Tapi masa nak mandi, ada la pedih-pedih sikit bila kena air, tapi pelakon grade B nie meraung la konon, cepat-cepat husband I belari kat bilik mandi, risau la kan bidadari dia macam mana. Kalau I la jadi husband I and dapat bini macam I, langsung I tak akan layan and buat tak tau je. Next day tu, husband I teringin nak makan ketam goreng. I cakap kat dia, I boleh campurkan garam, kunyit semua tapi I tak nak goreng sebab masih trauma (yea..sila muntah). Husband I kata tak apa, I jangan buat apa-apa biar dia gorengkan. So haritu husband I siang, bersihkan (part-part bersih lauk i.e ketam, sotong, udang itu memang tugas dia) ketam and I cuma campurkan garam kunyit. Nasi pun dia masak (also tugas wajib dia kalau tak kerja). Sementara bidadari kesuma jiwa nie, sibuk surf internet. Boleh la pulak main internet kan... Lepas siap semua, I duduk makan aje sambil belakon hati-hati angkat tangan I itu..Two days later some of the tempat yang kena minyak dah mula berair. Tengah I syok-syok main internet, one of tempat yang ada gelembung air tu tergaris kat laptop.. adeeeihhh.. terkoyak and keluar la air. But really, until now I masih lagi trauma bila nak goreng apa-apa lauk.
Come to think of it, I kan kalau acting out towards him, I akan dapat “cash” or kena on the spot, dapat balasan seminit dua masa tu jugak, contoh macam terlanggar pintu la, tersangkut kat wayar la or tersepak kerusi la, terhantuk la, macam-macam la. Betul-betul di timpa daulat tapi tak serik-serik lagi..... Oh ampun kekanda suamiku.... dinda janji dan tak mau jahat-jahat lagi hek!.
No comments:
Post a Comment