Update Yang Dah Basi

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin to my family and friends, termasuk korang yang berapa kerat baca blog I yang kudus ini hehe.. I tau, I selalu terlambat nak wish or dengan kata lain asyik ketinggalan nak update etc. Story nie pun dah basi. Dua, tiga kali tertunda nak update.

So how’s korang punya raya? This year raya kita orang lain dari kebiasaan. Oh yeah, raya this year baju yang hantar kat tailor tak siap, apparently makcik tu tak sihat, so I pakai yang dah buat tahun-tahun yang sudah yang tak pernah pakai lagi, nasib baik ada, kalau tak, guna je la baju kerja wakaka.. Raya hari tu, as usual, ke rumah in-law berkumpul, makan-makan and berambik gambar. Puas la I pose-pose perasan ayu but bila tengok product, alahai buruk dan tuanya muka I...sedih la. I ingat I lawa dan cantik rupa-rupa ugly nak mampus.. baru sedar... oh pilu, (terima la hakikat ini...huhu...). Anyway, lepas makan-makan we decided to leave early sebab, like I said this year ada pertukaran sikit, kalau selalunya every year, petang dorang akan visit rumah and sibuk la I memasak but this year we decided to go elsewhere. We went to spend our first day portion of hari raya at Philea Resort Ayer Keroh. Ini pun last minute plan. Nak pegi visit Tuan Puteri kat Terengganu dah tak sempat. Tuan Puteri dah book Hari Raya Haji, lepas tu siang-siang dia dah suh tolong dia masak nanti. Dah siap bagi tugasan minah nak seorang itu.. (tgh memikirkan excuse nak ngelak nih heh!).

So lepas beramah mesra, both of us pun bergegas balik rumah, tukar baju and terus drive ke Philea Resort Ayer Keroh, Melaka. Singgah kejap kat R & R and beli KFC, lapar la pulak. Masa kat rumah in-law I tak makan banyak sebab I sakit perut sehari sebelum raya, I dah tersalah makan. And also, mulut I ada empat blister/pecah. Sakit jangan cerita la, mulut yang kata atas nampak tebal sebelah lepas tu bila bangun pagi ada bekas darah kering kat bibir, bila I berus gigi, darah keluar melimpah ruah (melampaunya perumpamaan...), terpercik la airmata tanpa sengaja kan...pedih sangat.


Anyway, sampai situ, tengok lobby hotel macam biasa je, buruk pun yea. Then bila buggy datang hantar ke hotel, wah... cantiknya pemandangan di kiri kanan, rasa macam kat oversea je sebab hotel/villa di buat sepenuhnya dari kayu log and suasana yang sungguh nyaman. Masuk je kat bilik hotel, wah...lagi sekali, cantiknya. Kita orang sepatutnya tinggal kat one king size tapi sebab cleaning tak siap lagi, dorang bagi yang king size with extra single bed kat ground floor of the two storey building. Sibuk la I snap gambar sana sini. Ingat nak order room service, I tengok makanan, alahai baik tak payah, mahal nak mampus and tak banyak choice. So we decided to go to the restaurant. Masuk je I tanya kat one of the waiter, nie high tea buffet because it was almost 4pm, dia tergagap-gagap la pulak, benda macam nie yang buat I tension, it is a simple question and they are the waiter kan? I tanya lagi nie buffet lunch ke? Dia buat muka pikir, I pandang dia sambil kepala I senget ke tepi, baru la dia cakap yea, itupun muka tak sure. Sabar je la kan. The place was ok but banyaknya lalat. I checked food, alahai, sikit je and kurang menyelerakan but since both are hungry, ambik je la. I ambik sikit aje, seketul boxing chicken wing, dua helai sayur, seketul ayam goreng pedas, dua sudu nasi putih dan dua sudu nasi briani kot. Itupun I tak pakai senduk kat luar sebab like I said, banyaknya lalat hinggap kat senduk-senduk tu. I guna sudu yang kat atas table. Husband I pun ambik sikit aje. Dessert pun I ambik dua jenis aje sebab tak berani tengok lalat hinggap-hinggap, apa la dorang nie. Benda macam nie penting kena jaga.


Masa tengah makan, husband I tanya, berapa eh, I kata with this spread of food yang tak banyak mesti around RM30 or RM40 je. Bila time nak bayar, we went to the counter and I jalan-jalan kat luar persekitaran. Lepas bayar husband I suruh I teka berapa, I kata dalam RM70 kot. Husband I tunjukkan bill, terkejut I, it was RM162.00. Kalau I tau, I ambik semua food kat situ although I tak makan kan? I sungguh tak berpuas hati with the quality of the food, the hygiene and the service. Membebel la I, apa nak buatkan. Balik dari restaurant, kita orang mandi, solat and berehat kejap. Masa nak solat, husband I cari dia punya kain, I tak kemaskan dia punya baju-baju masa nak pegi sebab dia nak kemas sendiri, sekalikan dia terlupa nak bawak, last-last dia guna bathrobe and the best part, bathrobe tu kecik and sempit, so nampak la bentuk badan beliau.. Dah la tu bathrobe pun tak labuh, nak pengsan I gelak. Lepas solat, tertidur la kejap then kita orang terjaga sebab dengar bunyi orang naik tangga and drag a bag and suara berborak kuat. Bengang la kan. Then husband I called reception and mintak tukar bilik. Within minutes, buggy datang and bagi kita orang kunci. Good service. Ingatkan nak pindah jauh, rupanya pindah kat tingkat atas je tapi arah bertentangan. Maknanya bersebelahan dengan satu family yang bising tu but its ok sebab tak dengar sangat. We would rather tinggal sebelah menyebelah dari tinggal bawah dorang, with the bunyi tapak kaki and all kan. Its a log house/cabin memang la bunyi kuat kalau bejalan.


Nevertheless we were so happy with the new room with one king size bed. Kalau nak dua katil pun buat apa kan, its not like we sleep on a different bed. Buah hati I mana boleh tidur jauh walau I tension with his snoring. Rasa macam nak cekik je sometime bila I terjaga tengah malam dengan dengkuran bak gemuruh beliau. Lepas pindah bilik atas, kita orang rehat kejap sementara tunggu nak dinner. Lepas mandi kita orang ingat nak try steamboat. It was said on the pamphlet kalau nak makan steamboat kena book dulu but we decided to give it a try. Sampai situ around 8.30pm and cuma ada dua pelanggan tengah makan and one table reserved yang lain tu semua kosong. So tanya la ada ke sitting or steamboat. Dorang tanya berapa orang, kita orang dua orang aje. Waiter/cook whoever it is said, steamboat dah habis...hahaha..kelakar la it was only 8.30pm not 10pm and like I said cuma ada dua pelanggan!


I cakap kat husband I, lets go out and I decided to call Wo. Wo kerja lagi and abis pukul 10pm, neverthless we went to Tampin and went to Wo’s working place. Borak kejap and she told us to pick up the kids and their father while waiting for her. Lepas Wo abis kerja terus kita orang pegi dinner sama-sama. Borak punya borak dah dekat pukul 1am. Wo ajak lepak kat rumah but it was quite late. I promised kat Wo akan call and jumpa dia malam esok. Balik hotel, mandi, solat and zzzzzzzzzzz..

The next day, lepas breakfast, kita orang lepak kejap kat hotel before we decided to go to Melaka and have our lunch there. Mula-mula tu ingat nak guna swimming pool kat situ but I changed my mind sebab I tengok boleh tahan ramai orang and swimming pool tak ada la besar sangat, geli la. Mesti ada yang kencing-kencing, batuk-batuk keluar lendir kat dalam tu and with all kind of penyakit kulit kan, who knows, kulit I dah la sensitive yang amat. Anyway, on the way nak ke Melaka, jam giler, it took us two hours nak sampai ke pusat bandar and both of us tersangatla laparnya. Pukul 3pm baru la lunch, itupun makan nasi ayam aje kat Century Paradise. Nak cari tempat makan lain, tak sanggup la, nanti stuck kat jam lagi. Lepas makan, sempat la lagi I bershopping beli shirt kat situ. Then we went back, ingat nak tapau but I told my husband, kita dinner dengan Wo and family again.

Malam dinner kat another place, service sangat la slow and hujan lebat la pulak masa tengah makan. Lepas makan kita orang balik cepat sebab nak berkemas. Tengah malam tu, I terkena food poisioning, dekat tiga kali I bangun membuang. Macam nak mati punya la sakit sampai berpeluh lenjun. Pagi tu I tak breakfast sebab takut la nak makan, kang on the way nak balik, nak membuang la pulakkan. Husband I bila I tak nak breakfast, dia pun tak nak..alah busyuk I tu... Around 10.30am, kita orang check out sebab takut kena jam kat highway. Nasib baik tak jam and kejap je dah sampai rumah. Overall, it was not a fun holiday sebab, I blister almost satu mulut, panas melekit berpeluh, jam, makanan kat hotel yang tak sedap and overcharge and I terkena diarohea sebab makan kat luar but the hotel is so beautiful, I love the decoration, the log cabin is awesome and beautiful! Merasalah jugak tinggal kat rumah kayu jenis macam nie. Oh by the way, we were told kayu-kayu untuk buat hotel diimport dari oversea, Russia etc.
 
Sekian, catatan I kali ini...

Comments

vagg-nini said…
haiiiiiiiiiii. nama i tuan puteri HAHAHAHA.
no sms raya kan?
actually i planned to call terus coz tau kakak tuan puteri mls nk reply sms hurup kecik sgt haha.
tp bila balik rumah mertua (raya 2-6), bz sungguh. ni dah balik dungun, afi n gab pulak demam.

tgk sis update trus laju g baca hahahah. jadi ye raya haji niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. hahaha over excited
Misty said…
Tuan Puteri Vagg,

so sorry sebab sis tak sms kat you, bukan kat vagg je, kat semua org pun sis tak sms, so sorry, next time sis akan sms wish yea...sebab ntah la, sis nie langsung tak ada kesedaran part2 nak merapatkan silaturahim, teruk maaaa sis nie...

oh vagg, sis dah download whatsapp hehehe... and terpaksa la merajinkan diri bersms nih, kalau salah eja, tolong abaikan yea...

kissssss, yela raya haji nanti kalau tak ada aral melintang, I menyerahlah kat Tuan Puteri hehehehe...
vagg-nini said…
ehhh bukann. maksud ku, takde sms raya dari ku.. bkn dr sis. hahahah. ok kekanda bidadari. jom kita ber whatsapp hahaha
Misty said…
I know but sis patutnya sms wish vagg and kawan2 lain jugak (ramainya kawan wakaka..), yes marilah kita ber whatsapp :)

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku