Wednesday, August 1, 2012

Update Makanan Puasa

Hello entry puasa datang lagi dari kakak kesayangan korang yang sungguh menawan ini kah kah kah.. (aduhi tak sedar diri...sila muntah pink) dan yea seperti biasa, entry ini bukan berbentuk nasihat atau memberi ceramah setazah bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini kerana I rasa I tidak berkelayakan berbuat demikian lagipun I tidak lah pandai hendak memberi nasihat pasal hal agama ini sementelah diri ini masih terkapai-kapai di muara sepi (sendu..). Lagipun kat status fb kawan-kawan korang bertimbun segala macam ayat-ayat atau nasihat.. Kalau nak bagi nasihat pasal hal-hal motivasi atau jati diri, boleh la sikit-sikit tapi dengan syarat (wah) akan diselang seli dengan ayat-ayat kemerapuan yang melampau yang bisa menambahkan bebanan perasaan korang heh!
So untuk hari yang kesembilan berpuasa (sudah nampak senyuman makcik sibuk dua orang itu biarlah I namakan V dan Z hahaha..), husband I take away Nasi Briani Gam Johor dari Restaurant Alladin dekat Ampang Point. Pada I, Nasi Briani berserta lauk pauk sampingan kat restaurant nie tersangatlah sedapnya, memenuhi selera kami suami isteri yang bernafsu gajah ini. Mee Rebus dan Mee Goreng... nyumm.. (terliur la pulak I tulis nie, padahal baru lepas berbuka tadi – kan I dah cakap nafsu gajah). Masa makan nasi briani, I complaint la pulakkan, sebab macam sikit and yes abis satu pinggan tu I bedal. Tau la bujang senang si bedal tu datang dari sarawak wakaka.. Rasanya sahur cuma minum air putih and tidur balik.
Hari yang kesepuluh, I masak lontong, sambal ikan bilis dan nasi putih aje. Pencuci tekak, makan wintermelon dan agar-agar konyaku yang kenyal itu. Tengah malam husband I makan berulang yakni lontong itu. I dah siang-siang menyerah kalah sebab I dah makan nasi dengan ikan bilis. Sahur minum air putih je.
Hari yang kesebelas, husband I take away Mee Kolok, Burger kat Carl’s Jr dan Yong Tau Foo kat Pavillion. I yang sedang membelek-belek resepi kat buku-buku resepi dan majalah tiba-tiba ternampak resepi murtabak maggi and teringin la nak buatkan. Maka terhasilah masakan yang nampak sungguh tidak menyelerakan dan tidak seberapa (rendah diri la konon) di petang puasa yang sepoi sepoi angin lalu.... (feeling la baca kay?). I don’t expect it to be delicious ke apa kan tapi husband I makan non-stop, sambil memuji-muji and cakap masakan bidadari (I la tu taw..) paling sedap dalam dunia..wakaka.. I seperti biasa buat jeling-jeling kedut kening and cakap “tak ada lah sedap mana”, mulut pun buat muncung haha.. (aisye... pelakon kelas B la katakan), tapi dalam hati I kembang macam nak meletup, how I wish my dada yang berkembar ini kembang tak kempis.. ah..sedih... Anyway, makan tak habis pun, mee kolok tu I makan dua suap, burger I tak makan and yong tau foo I makan tiga empat bijik je (jaga badan maa..). Pandai pulak cakap jaga badan, padahal nasi briani aritu habis satu pinggan dalam dua tiga kelip mata je (kalau I tulis sekelip mata, tipula kan..). Sahur minum air putih and tidur balik, serupa la macam tak sahur kan.
Hari yang keduabelas, which is today, husband I take away two large of Domino’s Pizza and seekor ayam percik kat ayamas. I terkejut tengok pizza size large sebab sure tak habis. I complaint la sebab membazirkan, I bukannya suka sangat makan pizza nie, sekeping pun susah nak abis (eh bukan aritu I melantak tak ingat ke? Errrr...). Then husband I ajak keluar beli kuih sebab dia kesian kat I sebab macam tak ada benda nak makan (ada ke?). I kata that is more than enough, don’t worry about it. Around 7.15pm just now, I decided to masak mee maggi and campurkan dengan lebihan yong tau foo semalam ( see.. I dah insaf tak membazirkan). Sekian entry puasa I yang hanya bermodalkan kisah makanan berbuka. Sungguh I tak punya cerita cantik menarik tertarik kau memang da bom. Before I forget, this is the link to tauhu anura punya resepi. Selamat Mencuba... http://aziancollections.blogspot.com/2009/08/tauhu-anura.html

2 comments:

vagg-nini said...

hai pelakon kelas B hahahahaha. i love both the lontong n maggi. u know why hahahaha.

love u bidadariiiiiiiiii.. :)

Claudia said...

hai penyanyi bersuara emas ahhahaha, oh you love the lontong and maggi? Tell me why, I don't know la darling...

love you too tuan puteriiiii :))

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...