Saturday, August 11, 2012

Update Makanan Puasa

Maka bertemu kembali kita di ruangan “mari melihat makanan puasa kakak dan abang pemakan buas korang yang sejati ini”. Dengan berpandukan gambar-gambar yang sungguh tidak menyelerakan dari segi hiasan, sudut hatta rupa sekalipun. Perhatian gambar yang di ambil adalah dari camera hp bukan camera DSLR kebanggaan yang telah lama diabaikan di dalam almari itu. Sekali tengok pun korang memang taupun dari tepon tanpa unsur-unsur photoshop muehehe... so tiada cubaan pengaburan yang cuba I lakukkan (sebenarnya photoshop pun tak tau nak guna and malas nak belajar... punya la I nie outdated).

By the way, harap maaf jika ada kisah-kisah yang I terlupa untuk I selitkan memandangkan I lama dah tak update, nie kes ingat-ingat lupa namun kugagahi jua demi mendapat setitik rasa syok sendiri.


Untuk hari yang ketiga belas, I buat roti jala, kari sardin dan mee hoon goreng ikan bilis at the last minute since I don’t know what to eat. Tekak ini tidak berkehendakkan apa-apa. Sebenarnya tak tau nak makan apa and tak ada benda pun yang teringin. Yela tu, hantar kat Kenya baru tau, monyet panggang gigi menyeringai pun nampak menyelerakan wakaka...


Untuk hari yang keempat belas kita orang berbuka makan nasi, lauk ayam masak kicap, sup sayur telur dan putu mayam je. Itupun I sorang je makan putu (sebijik je I makan sebab rasa tak sedap), husband I kalau kuih-kuih kat luar dia kureng sikit nak makan (kecuali tauhu anura), dia kata dia cuma nak makan kuih yang bidadari (ehek!) dia buat. Tapi bidadari kesuma jiwa dia nie agak malas nak buat-buat kuih nie.


Untuk hari yang kelima belas, husband I beli kuih kat KLCC. Balik rumah dia tolong I masak ketam goreng sesambil tu I masak sup labu air. Sebelum tu both of us buat marketing kat AEON AU/2 untuk membeli barangan dapur dan buah-buahan yang telah kehabisan. Balik dari buat marketing kat AEON, we went to Great Eastern sebab nak beli kuih muih nyonya. I suka kuih-muih kat situ, walaupun alahai kecik dan mahal tapi menepati selera. Balik dari situ, I rasa tersangatlah lesunya. Maybe sebab banyak berjalan kot? Tapi rasanya tak la banyak sangat or maybe panas? Bisik hati ini..wakaka... (mestila I nak kena hiaskan dengan ayat drama sikit). Oh yeah, before I forget masa nak buat marketing, masih lagi kat parking kereta rumah, masa tu I baru masuk kereta and tengok eh, ada air botol mineral dah setengah. I suruh husband I buang kat tong sampah, dia kata tak apa mana tau nak cuci muka. On the spot, husband I bukak air mineral tu and cuci muka dia.. I hairan la kan, I kata laa.. dari you cuci muka dengan air botol tu, baik la you masuk rumah balik and cuci muka kat bathroom, dia kata tak apa. Macam orang dalam perjalanan jauh and stop kat tepi jalan and cuci muka, husband I kan, entahlah... selalu buat benda yang diluar jangkaan pemikiran I yang kuat berangan ini. Petang tu I rasa sungguh kepenatan yang melampau. Seluruh badan I rasa lesu, tak pernah I rasa macam tu sepanjang hidup I berpuasa. I berbaring je kat atas sofa sampai la time berbuka and I even baring makan kuih, kurma and minum air.. can you believe it? Punya la gila penat. Husband I sengih-sengih masa bagi air kat I. Lepas tu dia urut-urut kaki I..wakaka... macam telefilem rumah orang tua-tua je. Dah la aritu perut I berangin/kembung, husband I pun urut la belakang badan I kan sesambil tu both of us berbalas-balas sendawa wakaka...I cakap kat husband I, eh kita nie macam orang tua-tua je, lepas tu I jawab balik, eh silap memang kita nie dah ancient huhu... Terus la husband I kata, tak ada la, kalau orang tengok I mesti orang ingat masih remaja lagi...,  I sendiri nak pengsan dengar statement itu, apalagi you all haha..


Berbalik kepada kisah makanan berbuka, untuk hari yang keenam belas, I finally teringin nak makan kuih tepung pelita kat pasar ramadhan. On the way back husband I singgah untuk beli and sedap tepung pelita tu and ofcourse tauhu anura dia mana boleh tinggal. Tapikan walau teringin macam mana sekalipun I only managed to makan tiga ketul tepung pelita. Sayang yang lain tu kena buang the next day sebab tak habis. Husband I beli Nasi Briani, mee rebus and mee bandung sekali kat Aladdin. I terkejut sebab kenapa dia beli banyak-banyak, siapa nak makan kan and mesti tak habis. Husband I kata, makan sikit-sikit. I makan nasi briani pun tak abis, mee rebus I makan sesudu aje, lepas tu tak lalu.
 

Untuk hari yang ketujuh belas, husband I beli kuih-muih kat KLCC and Nasi Bojari kat Miss Kwan (Madam Kwan tutup for renovation). I suka makan Nasi Bojari Madam/Miss Kwan nie sebab sedap, ayam pun besar, sambal udang superb and rendang daging sungguh menyelerakan. Menepati selera. Anyway, I bukannya nak mengutuk (this is my opinion or tastebud and I don’t think so that I would be sue over this) but I rasa sungguh kecewa with the state of kuih-kuih yang di beli or dijual kat KLCC nie. Dah la kecik and mahal pulak tu. Rasa pun tak sedap langsung. If I have lots of money and able to rent a place kat tempat yang bertaraf international macam tu I would make sure that the kuih-muih tradisi Malaysia nie has a class of its own. I akan jaga quality and buat besar-besar, sedap-sedap and menjual dengan harga yang berpatutan. So that my customer akan rasa puas hati with the price that they paid. Sesambil tu pelancong-pelancong will have a true taste and respect kuih-muih tradisi kita. Its one of the way to promote your culture and your food. Wah, boleh jadi menteri pelancongan nie, tergugat la pulak tempat Pak Rais kan. Anyway, at the end of the day, both of us had to throw the kuih-muih away sebab it is not eatable or shouId I say tidak dapat di makan kerana rasanya sangat teruk to the stage that I kunyah and terus I luahkan balik...tak tertelan.


Untuk hari yang kelapan belas, I buat pulut kuning since husband I asyik hint, tanya-tanya bila nak buat. This is my second time buat, the first time was long time ago masa kita orang baru-baru kahwin. Risau la pulak takut tak jadi, nasib baik ok, boleh la di makan, tak ada la sedap mana pun. I kurangkan garam so tawar la sikit. Husband I kata tak apa, tawar la sedap sebab nanti nak makan dengan serunding and kari ayam. Bila masuk mulut aje terus la husband I cakap sedapnya (sampai tertutup la mata dia kan) tak pernah dia rasa sedap macam nie dalam hidup dia hahahaa.. nyampah tau, nak ambik ati pun berpada la kan hehe...Husband I memang tau, suka feeling. Btw, I suruh husband I buat bentuk and tekan padat-padat sebab tangan dia lagi kuat. Lepas tu I buat bee hoon sup simple je. Around 9.30 or 10.00pm seperti biasa baru la makan mee behoon sup or anything yang heavy sikit.


Untuk hari yang kesembilan belas, I buat popia goreng sebab pening memikirkan apa nak makan untuk pembuka puasa. Itupun last minute punya plan, dekat-dekat pukul 6.30pm baru I start buat. Nasi berserta lauk pauk I dah buat awal around 6pm. Makan pun seperti biasa mesti tak abis, I makan dua biji je popia, husband I kata dia lost count makan berapa sebab banyak sangat, as usual exagerate haha.. Btw, kurma dah dua kota habis, yang ketiga kotak nie pun tinggal sikit lagi, tapi kita orang siang-siang dah beli extra dua kotak for backup. Kurma nie wajib dimakan untuk berbuka dan bersahur same as buah tembikai mesti makan tiap-tiap malam, takut sembelit.

 Sekian kisah makanan berpuasa I untuk kali ini, esok I akan update lagi, I know dah agak ketinggalan.

1 comment:

vagg-nini said...

bestnya pulut kuning. bukan tu je.. semua lah! thanks for updating all entries from your humble kitchen haahaha

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...