Friday, September 7, 2012

Pendapat I Tentang Blog

Haritu one of my friend sent me an email and asked me what do I think of his blog. Dia tanya dan inginkan pandangan I bagai mana tentang blog dia, adakah dia merepek, melalut ke etc.. Eh itu dia cakap bukan I tau kang tak pasal-pasal dia merajuk la pulak. I bukannya pandai pujuk orang tua-tua nie, lagipun tak kuasa I tau... wakaka..
 
He has been asking me about this about a month ago but I was always busy with being Bidadari la, Ratu Hati la, Pelakon Grade B la macam-macam la. Lagipun it was during puasa, di tambah lagi dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu dan berbagai activity sampingan (wah, banyaknya sebab). I pun bukannya orang yang suka mengadap laptop kecuali kalau I nak update blog atau nak check something. Sebab tu la I tak active ber facebook macam tuan puteri nun di sana hehe.. Like I always said, I tak ada mende nak share kat situ and agak kekok bagi I, almaklum seperti yang sering I perkatakan jugak, I nie kan anti-sosial. I malas nak beramas mesra dengan orang-orang kat situ kecuali tuan puteri dan satu dua orang je, itupun I click like je, lepas tu terus la tuan puteri tangkap I dengan segera wakaka...
 
So anyway, back to business (wah!), dia tanya what do I think of his blog. To me, there’s nothing wrong with his blog or anybody’s blog for that matter. Ini kira I generalise semua sekali la. Apa-apa yang di tulis atau di blog oleh yang empunya tuan rumah itu adalah hak dia yang mutlak. Dia boleh tulis apa-apa yang dia ingini atau meluahkan segala isi hatinya. Tapi walaupun dia boleh menulis sesuka hati ada pekara-pekaras sensitif yang perlu di ambil kira agar tidak melanggar undang-undang cyber ke kan. Bila I berblog, I make sure my blog is about me, my story that I would like to share with anybody who wants to read it. Blog I bukan blog hiburan media yang menyajikan kisah artis saban waktu atau blog pasal politik. Sebabnya, I tak pandai bergossip atau menyebarkan sesuatu pekara yang belum pasti (another word for fitnah). Lain orang ada lain sebab mengapa dorang nie berblog. Blog I pun bukannya famous atau penuh controversy pun, jari jemari pun lebih banyak dari follower I wakaka... Dalam sehari kalau ada satu dua orang yang visit memang dah kira bagus la tu. Yang banyak hit tu pun, I sendiri yang jenguk-jenguk blog I wakaka..lagi.. Pada I berblog nie sebenarnya banyak manfaatnya dan bergantung kepada tujuan masing masing, selain dari dapat mencungkil bakat penulisan atau membuatkan kita menjadi seorang pengkarya yang unggul (ada yang gelak baca ayat I nih), penglipurlara tanpa sedar in a way ianya bak satu therapy untuk kita meluahkan segala isi hati gundah gulana maupun berkongsi rasa gembira dan sebagainya.
 
The downside about blogging nie, tak semua orang suka baca tulisan kita sebab best or seronok pada kita tapi tidak pada orang lain. As for me, I don’t care about pandangan orang lain and ianya tidak penting sama sekali. What is the point of berblogging kalau hanya untuk memenuhi selera orang lain? I’m not talking about blog yang berbentuk hiburan or gossip yang memang diketahui mempunyai banyak peminat dan untuk menambahkan pendapatan. I’m talking about blogging in general. Kenapa kita perlu mengembirakan hati orang jika ianya bukan tulus atau datang dari hati kita sendiri. Apa di fikiran or perasaan orang apablia dia masuk blog kita itu tidak perlu kita risaukan. Itu bukan masalah kita, itu masalah dia. Peduli apa kalau orang kata blog kita nie syok sendiri. Because to tell you the truth, I memang syok sendiri kalau I tulis blog I, kenikmatan itu hanya I sorang aje yang memperolehinya. Jika ada tetamu yang membaca pun rasa seperti apa I rasa, I anggap orang itu bertuah kerana dapat menjiwai, menyelami dan dapat berkongsi rasa dengan I (hahaha...sila gelak terlentang).
 
So far I tak pernah mengalami pekara-pekara atau komen yang tidak baik dari orang-orang yang pernah singgah dan baca blog I. Blog I nie harmless je pun. I sudah menganggap regular yang meninggalkan komen kat blog I sebagai penyeri dan pemberi semangat pada I untuk terus berblog. Orang-orang ini juga adalah sebahagian dari blog I dan memberi rencah yang enak.
 
Untuk kawan yang bertanya apa pendapat I pada blog dia (rasa berbesar hati dan penting la sangat buah fikiran I nie haha..). Ini pandangan ikhlas dari I. Your blog memang menarik terutama dari segi lenggok tulisan, bahasa-bahasa puitis syahdu yang indah, susunan kata dan kiasan yang mendalam tapi senang untuk dihayati. I juga suka baca kisah-kisah tentang kehidupan yang you share. Tiada unsur-unsur hiprokrasi dan yang benar sahaja. You cakap, kadang-kadang you rasa macam nak delete blog you, I tak tau kenapa dan apa alasan you untuk berbuat demikian. Apa-apa you rasa, I cadangkan you fikir dulu dan hargai apa-apa karya you yang lepas. Jangan ikutkan naluri perasaan ketika you dalam keadaan beremosi dengan meminggirkan kewujudan fikiran. Jika you sudah mengambil keputusan muktamad, jangan menyesal dan berkalih kebelakang. Kerana ketidakpuasan hati pada pekara yang lepas akan mengaburi sedikit demi sedikit kenikmatan di depan mata. Dan pandangan dan rasa hati you lebih penting dari sesiapa pun not even me sekalipun.
 
Last but not least to my dearest reader, thank you so much for spending your precious time (I tau I selalu guna ayat bodek nih hehe..), reading and melayan whatever merapu story that I write/share with all of you.
 
Sekian catatan I untuk kali ini, take care and love from me....

4 comments:

Unknown said...

i love ur blog datin..

coz byk gamba makanan dan suke bace kisah datin dgn husband..lawak.. hope i day jm dan husband akan happy salu cam tu..

take care datin ku cayunk

Claudia said...

hi JM,

ala malu la JM, cakap love blog datinmu ini hehe..

Gambar makanan kat blog sungguh menyedihkan dan datinmu ini tak pandai menggunakan pencahayaan atau menriasinya wakaka..

JM, datinmu mendoakan agar you and your husband will be as happy as mine in fact more happier than mine, Insyallah...

take care to you JM my sayang too and thank you kerana sudi menjenguk blog kesepian ini hehehe...

Zue-rouge said...

Sis

i love ur blog, tpi sis dah tau kan..hihi..teruskan cerita ceriti pasal hero tamil tu..saya suka..saya suka

Zura

Claudia said...

Zue manja,

thank you, tauuu..... kisah cinta abadi yang sangat serious itu wakaka... Ada banyak lagi tak share nih, bakal menyusul nanti wakaka..

Sis

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...