Tuesday, January 7, 2014

Floating Market & Wat Pho

Last Saturday, kita orang pagi-pagi lagi dah bangun sebab we had planned to go sight seeing around and outside Bangkok. Sebelum tu husband I dah booked this taxi driver yang husband I kenal masa dia mula-mula pegi interview ke Bangkok dulu. This taxi was hired by the company yang recruit husband I and from that onward kalau pegi airport atau buat urusan passport, haritu kita orang guna dia. This guy is very friendly and boleh cakap english walaupun tak fluent dan kelam kabut but at least both parties understand what the other was talking about most of the time. Kalau tak susah la nak berkomunikasi. Rate dia, satu hari 2500 baht (equivalent to RM250), which was quite resonable since he knows his way around. Pagi tu I dah siap-siap bawak bekal sandwhich, nuggets, fingers etc.. in case lapar along the way.
   
 (Of all the pictures that I took, yang nie pulak paling clear and macam Allah nak bagi indication ambik gambar budak kebetulan pakai kopiah hehe.., bila tengok balik baru perasan..)


Anyway nama taxi driver nie Mr Prassart and nama manja dia Mr Black, nama manja you.. Sebelum tu dia tanya, nak pegi mana, kita orang kata, it is up to him, mana yang dia rasa best and the most tourist attraction etc. So dia pun mentioned la train market. Mula-mula tak paham apa maksud dia dengan train market, then dia explained, baru la I teringat I pernah tengok kat youtube dulu nevertheless still masih terpikir-pikir lagi. Sampai kat train market nie, dia turunkan kita orang and dia suruh tunggu dia sebab dia nak park. Kita orang tengok eh, this is market, agaknya nak suruh kita jalan-jalan kat market kot. Then kita orang pun ambik la a few gambar, suddenly I tengok eh, kenapa ramai tourist berkerumun kat satu kawasan nih and I ajak husband I cepat-cepat pegi situ. I tengok ada macam train track tapi orang berjual di kiri kanan and baru nak berkelip mata, I tengok orang kelam kabut berkemas, tarik barangan jualan dorang ke tepi dan tutup khemah, serentak dengan itu, train pun datang and lalu kat kawasan market nie. We the tourist nie apa lagi, semua sibuk la snap-snap gambar train nie sebab train nie bergerak and it doesn’t stop, kena capture cepat-cepat nih. Sempat la I ambik a few snap walaupun terpaksa merempuh dan bersesak dengan tourist di kiri kanan I. Lepas train tu lalu, business as usual and barangan di keluarkan balik..wah... what a sight....! Mr Black cakap, train nie lalu dua tiga kali sehari and so far tak pernah pun ada accident or anything. Well..we’re just in time, kalau tak sure kena tunggu entah bila lagi. Train nie nak naik free je, datang dari kawasan pedalaman and their last stop was somewhere just outside Bangkok.  



Then we headed to the floating market. There’s a lot of floating market around but Mr Black told us the one that he’s going to bring us is the best and most popular one called Damnoen Floating Market. Floating market nie jugak where hangover was filming. Sebelum tu Mr Black dah cakap, jangan beli ticket more than 800baht per person, bargain harga. Sampai kat pier untuk membawa ke floating market nie, I tengok eh, laluan sungai kecik je, in fact macam boleh lompat ke seberang. Then one lady came and charge harga 800baht per person, I cakap no, husband I tawar dapat la 700baht per person, I cakap kat husband I, tawar la lagi or I will do it, husband I kata tak apa la, ish kalau ikut kan I, I akan tawar sampai 500baht per person. Around 10 minutes later, one of the boat came and kita orang pun naik la. We were surprised because there were just the two of us plus a boat guy. Ingatkan naik ramai-ramai macam kebanyakkan tourist kat situ, so I guess, maybe sebab harga ticket lain-lain kot.. Neverthless, we were so happy sebab privacy and tak payah bercampur dengan orang lain yang mostly probably bermacam-macam ragam itu. Sebelum meneruskan perjalanan boat guy nie stop kat one shop tepi sungai and cakap tu kedai bini dia and husband I terus pilih patung gajah. Husband I cukup suka kumpul patung gajah kat bangkok nie la, so far dia dah ada 10 berbagai-bagai bentuk gajah tapi semua kecik and colour hitam. Then anak perempuan boat guy yang dalam umur 8 tahun nie pun join kita orang. Oh, she is so beautiful and I hope in the future janganlah dia syok dengan mat salleh tua yang bersepah kat sini.. 

T
Then kita orang pun meneruskan perjalanan sambil tak habis-habis ambik gambar kiri kanan dan kawasan persekitaran sungai. Mula-mula ingatkan tak ada yang excited sangat naik long tail boat nie and I don’t expect much pun. I also don’t expect the floating market to be that nice or interesting ke apa, but bila sampai kat floating market nie, wah... what an experienced that was. Walaupun floating market nya tak besar but peniaga kiri kanan sibuk dengan barangan jualan yang penuh atas boat masing-masing. Macam-macam yang dorang nie jual, dari buah-buahan, memasak makanan untuk di jual atas boat, hinggakan lah kepada beg-beg, topi etc. I baca kat internet ada comment, floating market nie tak best, jammed and so on. But jammed kat atas air nie la yang membuatkan ianya sangat seronok bagi I and my husband and suatu pengalaman baru yang sungguh hebat. Gila best, bila boat bersilih dengan boat-boat penumpang dan peniaga di kiri kanan. Cara dorang sungguh expert dalam mengendalikan boat-boat walau dalam keadaan bersesak itu. The thing is, these people are so nice to each other, tak ada pun nak tengking-tengking or marah-marah, in fact, they give way to each other, siap tunduk-tunduk and cakap baik-baik lagi. Wah.. sungguh impress dengan budi bahasa dorang nie. Dalam keadaan jammed itu, kita orang seronok dan non-stop ambik gambar merata-rata. Selain membeli souvenir kat tepi-tepi sungai, kita orang beli air kelapa dan buah-buahan yang fresh di potong oleh peniaga di boat. Sambil minum air kelapa dan sambil makan buah-buahan (we give some to anak perempuan boat guy nie) dan menikmati suasana persekitaran.. oh, suatu memori yang sangat indah yang tak akan I and my husband I lupa sampai bila-bila. Husband I cakap, kalau 1000baht per person pun berbaloi because this experienced is so precious. Yela tu intan payung...



Anyway, on the way back, boat guy nie, stop kat satu tokong and suruh kita orang jalan-jalan kat situ. Kita orang tak masuk rumah berhala nie cuma ambik gambar kat luar aje. After that, kita orang naik boat balik dan meneruskan perjalanan balik semula ke pengkalan yang kita orang berlepas in the beginning. Sampai situ Mr Black dah tunggu sambil baca paper. Then we decided to have our lunch on the way back to the city. On the way nak pegi lunch, kita orang stop untuk beli garam yang kita orang nampak masa on the way nak ke train and floating market. Di kiri kanan memang banyak stall jual garam dan juga perlombongan garam, macam sawah padi, except for daun-daun tak ada, cuma lopak-lopak garam yang besar-besar. Garam dia murah sangat, kita orang beli dua kampit aje sebab memang kureng sikit makan benda-benda masin. And I also grabbed sebotol gula melaka, as for yang lain-lain such as ikan masin, kuah-kuah, sambal dalam botol, keropok tu I tak beli. Then kita orang meneruskan kembali perjalanan to have our lunch kat seafood restaurant. Restaurant nie is a pasar borong tapi bersih dan berbagai-bagai barangan basah, sayuran dan kering di jual. Lepas kita orang pilih makanan laut, pekerja dan owner hantar ke dapur untuk di masak. Tak lama kemudian food pun sampai and food dia..wow..sangat-sangat lazat. Mr Black mula-mula tu macam malu but after a while sampai buncit perut dia menahan kenyang hehe.. Yang pasti habis semua kita orang bedal and ofcourse, my aim is at the crab...ahhh...tak pernah rasa crab masak macam nie punya sedap, semua la seafood dia sedap. Dalam makan-makan tu risau la pulak akan ghout husband I kan..but husband I kata, don’t worry dia ada bawak ubat and lepas makan dia akan terus makan ubat. The price of the food was quite resonable 2300baht dalam RM230


Lepas makan Mr Black recommend satu shop jual pulut mangga, husband I ok je sebab dia suka makan pulut mangga nie but as for me, I kureng sikit. Dalam kureng tu, kalau ada depan mata, habis jugak I ngap. Husband I belikan sebungkus untuk anak-anak dia. Then kita orang meneruskan kembali perjalanan to the city. Sampai situ, Mr Black stop kita orang kat another attraction called Wat Pho or Temple of the Reclining Buddha. This temple is also known as the birth place of a thai massage. Oh, I tak try lagi massage dia.. nanti I mesti try. Sementara tunggu husband I beratur bayar ticket which was about 100baht per person, I peratikan kawasan keliling, wah.. tersergam two huge statues at one of the pintu keluar masuk kawasan wat nie. Apparently, semua pintu keluar masuk kat wat nie ada dua patung besar, kira macam penjaga la kot. Then I saw one place where tourist or orang yang beragama buddha nie duduk, sembah-sembah this few gold statues and dorang lekat-lekat macam kertas emas. I bediri kat tepi je sambil ambik gambar. Dalam kepala I bermacam-macam yang I fikirkan about this sort of thing termasuk akan kehairanan I terhadap penyembahan oleh sesuatu agama itu kepada sesuatu yang diluar oleh jangkauan fikiran I. Anyway, then kita orang masuk ke tempat patung buddha nie tengah reclining. Kasut kena bukak dan disediakan beg untuk di bawa ke dalam. Besarnya patung buddha nie and I tengok a few mat salleh dan orang-orang nie pakai this green robe. I baca kat baju dorang but I still couldn’t figure it out what it was. Ingatkan dorang nie from a group of tourist or association macam greenpeace ke apa tapi dorang yang pakai gree robe nie rupa-rupanya, baju yang dorang pakai tak sesuai. Yelakan, tak kira you masuk masjid ke, rumah berhala ke, kena la respect tempat orang tu, takan la nak pakai pakaian terdedah belah sana sini, kang ada bulu yang terselit keluar ke. Since dorang tak pakai pakaian proper, makanya dorang nie kena la pakai green robe yang disediakan. Tau je la mat salleh kebanyakkannya dress up macam nak pegi beach aje. Nasib baik la I pakai baju long sleeves and long pants. Husband I pun pakai long pants and shirt berkolar. 


Lepas tu kita orang berjalan keluar and ingatkan kecik je but this place is huge and banyak reka bentuk yang berbagai-bagai di setiap sudut kawasan. I tengok, wah.. cantiknya shape building yang bertingkat-tingkat nie, in fact there’s a lot around. Banyak la gambar yang I ambik dan macam-macam pose I buat, not knowing what it was... Dalam ber snap kiri kanan, sempat lagi drama “gaduh-gaduh manja” dengan husband I it was either dia ambik gambar camera handphone I tak dapat snap or dia ambik gambar without telling me whether he’s taking it or tengah focus, maka banyak lah gambar I yang pejam mata. Marah la model perasan nie kan bila tengok balik kat screen. Bila I snap guna my camera handphone, ok je tak ada masalah je.. geram I dengan husband I. Dalam marah-marah masam mencuka tu, bila dia nak snap, boleh pulak I tersenyum manis ahahaha.. Lepas tu muka masam balik. I feel bad for scolding him bila I tengok dia senyap je, I kata sorry, I should have been more understanding, you are not a professional photographer, you’re just a paparazzi cabuk ahaha.. (sempat lagi mengutuk), husband I cakap biasalah dealing dengan tiger, nyampah I.. Oh yeah, kita orang masuk lagi ke one of temple kat dalam nie, saje je nak tengok apa yang kat dalam and again, I saw a few tourist perempuan was asked to wear sarung and baju tutup-tutup untuk masuk ke dalam. I masuk tapi tak pegi depan, just bediri kat belakang, ambik a few snap and tengok-tengok keadaan kat dalam which tak sampai 5 minit and then I keluar. I tengok those yang menganut agama nie and jugak tourist-tourist duduk kat depan dan sami-sami buddha duduk section lain sambil semua memberi tumpuan kepada patung-patung kat depan tu..., tak tau macam mana I nak explain tapi pengabdian manusia kepada sesuatu pekara yang tidak munasabah pada pandangan dan ajaran agama I, membuatkan I rasa sedih... Cepat-cepat I keluar dari situ.    


Tak lama kemudian, Mr Black masuk, I think dia risau kita orang lama kat dalam. Ofcourse la lama, mana boleh masuk sejam lepas tu keluar, sebab anggaran dia sekejap je. I tanya dia, apa building shape bertingkat-tingkat yang cantik-cantik nie, you know what? Mr Black cakap, building yang shape bertingkat nie is a place untuk menyimpan raja-raja dan juga sami buddha punya ashes. Gulp! Telan air liur I bila teringat bukan main lagi I bergambar, siap menyandar la, letak kaki bagai... huiii... seram I tau. Then dia ajak pegi two more wat. I kata kat dia, nampak gaya memang tak sempat sebab jam dah pukul 4pm. Next time je. Dia kata sure ke, dia boleh bawak, I kata it’s ok, furthermore dia nak balik kampung malam nanti, kang penat. Dia kata thank you very much. Yelakan.. takan la nak sejam je pegi attraction yang lain tu. I kalau nak pegi tempat-tempat bersejarah or attaraction nie mana boleh kejap, mana nak menghayati lagi, mana nak ambik gambar lagi, mana nak “berdrama” lagi, makan masa tu... Around 5pm kita orang sampai rumah and instead of giving him 2500baht like what they both agreed on, husband I bagi dia 3000baht. Sebab service dia tersangat bagus and he is very patient and also kind to us.

Sekian catatan I untuk kali ini..

PS : I might upload some of the pictures to my fb sebab gambar banyak tak tau mana satu nak letak kat blog nie..

No comments: