Sunday, August 31, 2014

Merdeka and Wedding Anniversary

Today is Malaysia 57th Independence Day and our 22nd Wedding Anniversary. 

Tak terasa dah 22 tahun I share hidup dengan husband I. Semalam I tanya dia, lama jugak kita dah kahwin eh? Husband, I cakap, rasa macam baru lagi kan?, eceh.. uncle korang feeling pengantin baru and tak habis honeymoon lagi ekeke.. Orang cakap for the first five years, hidup berumahtangga masih dalam suasana bulan madu but as for us maybe sebab kita orang hidup berdua dari dulu sampai sekarang so tak ada la rasa apa-apa perubahan dalam institusi kekeluargaan yang ahlinya cuma dua orang saje ini..

I bersyukur kerana rumahtangga I masih bertahan dan kekal utuh hingga kini. I’m so glad that I’m married to someone who truly love me and accept me for who and what I am. Same goes to me, I terima segala-galanya yang ada pada dia. This awesome guy, never fail to me laugh and smile even when he is not around. I hope kasih cinta ini akan berkekalan sampai ke akhirat. Love you till the end of time, sweetheart.     

So malam tadi, I tertunggu-tunggu akan hadiah anniversary dari dia. Selalunya malam sebelum any event dia dah kasi cepat-cepat. Dalam 10.30pm I cepat-cepat masuk bilik, punyalah nak hadiah kan , tak senonoh. Tapi tunggu punya tunggu tak lah jugak dapat. I tengok dia tengah tengok tv. Dalam hati I cakap, eh, kenapa dia tak bangun pegi somewhere else untuk ambikan I hadiah. Hati dah mula sedih dan merajuk. I pun tunjuk perasaan dengan siap-siap nak tidur tapi mata terbuka luas sambil memandang dinding. Then dia jenguk muka I and tanya kenapa. I cakap tak ada apa-apa dengan muka tak ada mood dan nada suara mendatar. Maunya tak ada apa-apa. Untuk pasangan yang baru berkahwin, ini pesanan I, jangan la percaya kalau isteri kata tak ada apa-apa tapi memek muka mengambarkan sebaliknya, maknanya ada la tu. Berpura-pura la memujuk agar isteri “sudi” menceritakan apa yang terbuku di hatinya, nescaya dia akan memberitahu dengan serba segera. Kerana memanglah tujuan dia tunjuk perasaan sebab nak kita tanya, kalau tak tentu dia tak tunjuk.

Anyway, berbalik kepada kisah duka nestapa I, tak lama kemudian, husband I cakap, dia tak bagi I hadiah malam tadi sebab dia tak tau nak bagi apa. Puas dia jalan satu KLCC and Pavillion tengok-tengok apa nak bagi I tapi dia tak sure I nak apa sebab rasanya semua I dah ada, wah! mesin parking I ada ke bang? (kataku dalam hati). Dia suggested I dengan dia keluar sama-sama and pilih apa I ndak. Tiba-tiba muka yang masam kelat ini tersipu-sipu tersenyum malu, I cuba control serious tapi tak berjaya. Dari senyap sepi terus riuh I discuss dengan dia apa yang I rasa I patut beli wakaka... Tapikan sempat la jugak I berlakon isteri soleha, I cakap, tak payah la beli apa-apa, I mati nanti bukan boleh bawak pun (main tarik tali), sambil diiringi gesekkan biola imaginasi. Then I cakap dengan husband I, ingatkan dia lupa or think that tak payah belikan I apa-apa sebab haritu masa husband I balik Dubai, we went out to look for my digital al-quran yang I idamkan for the past few months (nanti I cerita). Masa tu lepas beli and keluar dari kedai, I cakap kat husband I, anniversary nanti tak payah la beli apa-apa untuk I sebab this digital al-quran is your wedding gift to me (konon). Husband I cakap, itu hadiah lain, wedding anniversary gift kena bagi jugak..ok la kalau you dah “paksa”, I tiada pilihan lain haha.      

Ingat nak keluar pegi cari hadiah since cuti sampai Monday nie but since, I tak sihat, sakit tekak la, batuk and bersin sejak beberapa hari ini makanya niat “suci” ini terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu. 

Anyway, I already made up my mind to pick something simple and cheap (Hapa? So you see, how thoughtful I am? Haha.. perasan!) when I totally recover and able to go out.  

Friday, August 29, 2014

Keseorangan Dalam Kabut Rindu

Peringatan : Jika anda ada berpenyakit geli-geli nak muntah, anda dilarang keras untuk membaca entry I untuk kali ini... Ingat anda telah diberi amaran hehehe...

Last, week, Wednesday husband I balik kerja, bagitau I dia kena pegi Dubai for a meeting on Saturday. Dia cakap kalau dia dapat elak memang dia tak nak pegi and some of dia punya colleague tambah sehari dua lagi kat sana. And it is not a leisure trip and dia tak dapat bawak I. I tanya apa number flight dia, pukul berapa and sebagainya. Dia tanya kenapa, I kata manalah tau kena hijack ke apa... Then I cakap, even kalau I dapat ikut I still tak nak ikut sebab I masih suspense nak naik kapalterbang, ndak-ndak yang terbang jauh-jauh nih, lagipun I nak buat apa terkurung kat hotel baiklah I kat rumah aje. Furthermore, middle east tengah panas gila sekarang nie, suhu mencecah 40-45C.. huii..tak sanggup I kalau nak keluar berjalan. I tanya bila dia balik, dia kata pegi Saturday and terbang balik Monday petang, sampai Tuesday morning. I cakap tak apa la tiga malam je I tidur sorang (konon tak kisah..).

Friday petang lepas solat maghrib, both of us keluar untuk makan berbuka kat luar and beli barangan dapur sikit, sepeninggalan beliau. Next day tu masa dia bersiap-siap nak ke airport, hati I mula berkocak. Tiba-tiba I jadi sedih la pulak. I ikut mana dia pegi dalam rumah. Dia mandi, I tunggu depan pintu, dia siap-siap pakai baju I duduk kat sebelah. Padahal sebelum nie, jeling sebelah mata pun I tak ada masa heh. Husband I cakap, don’t worry, sekejap aje nanti dia balik, dia pun tak nak spent time lama-lama kat tempat orang kalau I tak ada. Bila dia nak keluar pintu, I cium tangan dia beberapa kali. I peluk dia kuat-kuat, macam tak nak lepas la konon... Dalam hati I cakap, I hope this is not our last goodbye. I hope kapalterbang yang dia naik selamat pegi dan balik or jangan la pulak ada penyangak nak kopak pintu rumah masa I sorang-sorang waktu malam nanti or tiba-tiba hantu rambut panjang baju putih menerawang kat siling rumah. I know, I nie kalau tak ada unsur-unsur karut kat otak memang tak sah, super duper paranoid betul. Then masa dia keluar rumah, I tunggu dia sampai dia hilang dari mata I. I masuk balik and tiba-tiba rumah rasa sepi dan kosong. I keluar masuk bilik resah je. Kalau setakat pegi Singapore ke Bangkok I tak kisah la sangat tapi ini nun di sana berjam-jam nak sampai. Around 2pm, dia called I dari KLIA, dia cakap masa dia check-in, pekerja kaunter tu tekejut sebab dia pegi balik cepat aje. 

Petang tu, I masak mee hoon goreng aje untuk berbuka puasa, hati I sudah mula mendung.. bila time nak berbuka, I makan dua tiga suap aje, lepas tu tak lalu la nak makan pulak. Hati I rasa tak keruan, oh dear. Lepas makan tiba-tiba rasa macam nak rebah la, tak dapat bernafas la, rasa macam, inilah sedutan nafasku yang terakhir la...alahai...macam heroin filem tamil retro yang berpenyakit misteri aje. Then I masuk bilik, I bawak bantal husband I untuk ke ruang tamu. Nak ambik kain pelikat dia, dia lama dah tak pakai, nak ambik short belang-belang hasil jahitan I, terasa ngeri je nak peluk cium bila teringat dia selalu mengentotkan short-short itu tiap kali dia memakainya. Makanya bantal tempat baringan kepala dan kepitan ketiak dia yang selalu I kutuk-kutuk akan kebusukkannya itu menjadi bau yang sangat harum pernah I cium dalam hidup I. Gila punya rindu hahaha.. I cuba menonton tv tapi managed to do so half way sebab I tak dapat concentrate kerana hati ini nun jauh di bawa pergi ke Dubai.. I decided to masuk bilik and tiba-tiba nak menangis aisyeman, mula la dada turun naik menahan rasa, tapi airmata tak nak keluar tapi suara menangis oohh ahhh..keluar la pulak..hahaha.. I decided to whatsapp Aiza and told her of my condition yang overwhelming ini (tapi I tak cakap I kerinduan kat husband I). Sebelum tu husband I cakap tak payah bagi tau anak-anak sedara yang dia tak ada and that I tinggal sorang-sorang. But I kena bagitau jugak, yelah..mana la tau.. if anything happened to me ke, kang tak pasal-pasal husband I balik dari Dubai, bukak pintu je, tiba-tiba tercium bau busuk and perut I dah kembung ke.. ish nauzubillah. Lagipun dua hari lepas I terjatuh kat dapur, sebelum tu husband I cakap, dapur licin becareful. I lupa akan amarannya dan terus ke dapur dengan serba tangkas untuk cuci tangan lepas berbuka. Sekalikan gedebuk I jatuh, nasib baik kepala I tak terhentak, kalau tak sure I dah lupa and tak kenal husband I or ingat I masih single dan tiba-tiba bersiap nak jumpa Ryan Gosling ke atau ingat Brad Pitt tu bekas I ke kan..hehehe.. Bila husband I nak angkatkan I, adooiii sakitnya seluruh badan I. I suruh husband I stop, biar I bangun sendiri. Biru-biru kedua tangan dan kaki I. Masa berjalan tu I terpaksa bongkokkan badan and jalan terhinjut-hinjut. Bila I nak baring atas katil, I kena sengetkan punggung I sebab rasa bisa semacam. So anyway, Aiza, cakap if there’s anything or emergency, please inform her immediately. I kata ok and I rasa lega at least ada orang tau of my condition and situation (tapi I tak bagitau yang I jatuh kat dapur cuma I cakap I sorang kat rumah). Nak bagitau Khairul or Khairil kang nanti dorang suruh tidur rumah dorang, I kalau boleh tak nak la menyusahkan orang. Biarlah derita kutanggung sendiri – eceh Gaya Zakry... sekadar mengambil title lagu wakaka..

Tak lama kemudian I kunci pintu and tutup lampu kat ruang tamu. I bukak lampu bilik and I tak off kan my handphone sebab I’m very sure husband I call nanti. I try to take a nap sekejap tapi mana mungkin sebab takut tak dengar bunyi telephone. Kejap-kejap I terjaga oleh bunyi game Hay Day yang menandakan tanaman yang telah sedia untuk di tuai atau telur ayam dan susu lembu harus I kutip begitu juga dengan ternakan binatang haram khinzir yang harus dipanggang untuk menjadi bacon, semangat bertani masih menebal dihati ini walau dalam apa keadaan sekalipun wakaka.... Dalam pukul 11pm husband I called cakap dah sampai. Dengan penuh mengantuk, I pun apalagi, mula lah sedih, pilu dan berkeluh kesah, i love you, i miss you...menyampah bila teringat akan betapa over I nie hahaha... But I really missed him, rasa menyesal bila teringat I asyik kurang sabar aje dengan dia. Dalam hati I berazam, dia balik nanti I will treat him like a king (yela tu.. azam saat emosi ..haha..). Lepas borak-borak kejap dengan dia, I decided that I nak tidur awal sebab I tak ada mood. I pun make sure main door dah berkunci. I letak penyapu kat pintu, ikut style my late father-in law. Father-in-law I lagi la, bukan hanya letak penyapu biasa, penyapu lidi dan dulang besar pun dia sandarkan dekat pintu. I tak pernah tanya dia, tapi husband I pernah cakap dia nak elak kena pukau kot, dia pun tak sure but I think maybe dia letak dulang tu, kalau misalnya orang nak masuk, sure bunyi klang klung terjatuh kan and mesti orang terjatuh kalau terlanggar penyapu ke..entahlah, I ikut je.

Then bila I tengok keadaan pintu, macam tak kena je, macam senang je orang nak terjah. So I decided to push the threadmill yang terlipat kat dinding ke depan pintu, nasib baik ada roda. Entah macam mana, lipatan tu terbukak, bedentum jatuh nasih baik tak kena kaki I. I lipat balik, this time I buat slowly and then I letak betul-betul depan pintu and I try to bukak pintu and lepas berpuas hati akan halangan pintu bakal sukar di buka I pun tutup semua lampu dan masuk bilik. Dalam pada itu, mata dan hati ini bagai melihat imbasab-imbasan halus di ekor mata. Oh, tidak.. me and my supernatural imagination. Lepas I tutup pintu bilik, I letak tong sampah kecik depan pintu, kalau orang bukak pintu, tong sampah akan melekat dekat carpet, at least ambik masa sikit nak bukak. Dan kalau jatuh mesti ada bunyi, sure I terbangun. Punyalah banyak trap yang macam tak boleh di terima pakai wakaka.. Sesambil tu I telah mengenal pasti, dimanakah letaknya gunting, parang, pegumpil pintu, batang buluh made in India, tali pinggang dan berbagai peralatan yang I rasakan boleh menjadi senjata dalam keadaan kecemasan di setiap sudut bilik tidur I haha. Serasa macam nak beli bahan senjata api je di saat-saat begini, boleh la jugak I menembak macam abang usop selam – gera gera gera gerakhas.... Oh yeah, I tidur dengan night stand rasa macam tidur sebelah unggun api je sebab warna bilik bertukar jingga.

Around 5am next day, Sunday I bangun untuk bersahur sorang-sorang *sigh. Selalunya husband I akan bangun temankan I walaupun I bangun senyap-senyap sebab I tak nak dia temankan I sebab sahur untuk puasa ganti aje. Tapi dia mesti tersedar tanpa dikejutkan. Dia akan panaskan air and buatkan I oat atau gorengkan I telur ke. So bila tiada yang meneman, makanya I duduk sorang-sorang bertenggek di hujung dapur. Keja-kejap I pandang ke pintu dapur bilik tidur because I was hopping that dia akan muncul dengan mata separa pejam then I teringat, dia tak ada, terus I patah hati... Lepas makan I solat and baring-baring. Hari Ahad adalah hari yang cukup membosankan I bila I tau yang dia patutnya tak kerja and ada kat rumah. Walaupun hari bekerja dia seharian tiada kat rumah but bila weekend suasana agak berbeza bila dia tak ada. Since today is my last day of puasa ganti, I berniat untuk makan or berbuka luar tapi bila memikirkan husband I tak ada, I tak nak la keluar sorang-sorang. Nak ajak anak-anak buah, it’s their weekend too and I’m very sure they have planned with their family. Maka sebatang kara lah I. Ini la dia kalau your source of entertainment is only one person and the only one that is interact with you everyday face to face tanpa memerlukan untuk berkomunikasi dengan phone atau fb. And all of you pun tau perangai I macam mana, I don’t like to mingle or berjumpa-jumpa orang except for my family aje. So chances untuk I socialise itu is nil.

Anyway, rutin I sama seperti first day. Dia call pagi-pagi sebelum dia turun breakfast. Tapi I sangat gembira kerana it was my last day of puasa enam/ganti. Lega rasa hati I. Tak perlu I pikir-pikir bila nak ganti or when is the right timing untuk puasa ganti. Malam I masuk tidur awal as I don’t know what to do. I main HayDay, husband I called sebelum I tidur and again I berkeluh kesah sedih pilu rindu bla bla bla. Sebelum tidur seperti biasa I tengok youtube pasal kucing. Orang lain tengok drama korea ke video nyanyi ke but not me, I always tengok youtube kucing and kadang-kadang anak anjing, tak kira ke siang ke malam tapi mesti sebelum tidur, dah jadi habit. Lepas tu I gushing sorang-sorang, ala comelnya, cute nya, geramnya, cium-cium baru tau and then tanpa sedar I gigit-gigit bibir bawah sebab geram sangat.

Next day, since dah habis puasa, kekononnya nak celebrate la akan kejayaan menempuh pancaroba dunia puasa ini kui kui kui... I masak awal-awal, pukul 10am I dah habis masak you. I masak ketam masak cili padi lagi and as for the sayur, I goreng kacang buncis dengan telur. Since masak ketam, kenalah buang sisa kulit dan sebagainya kat tong sampah besar secepat mungkin, nanti sang langau durjana itu memulakan modus operandi bersepadunya. Lepas masak dengan tak mandinya lagi I pun turun la untuk buang sampah. Sepanjang-panjang hidup I tinggal kat condo nie, ini la the second time I turun buang sampah. The first time was semalam. Tugasan ini milik husband I yang jitu, kalau Abagail ada, tugas tersebut jatuh kepada Abagail but since husband I serta assistant nya Abagail tak ada and sampah mesti di buang hari-hari makanya tugas tersebut terpaksa di galas oleh I. Turun lift, oh..selamat tak ada orang. I pun cepat-cepat ke tong besar untuk buang sampah then I terdengar macam ada orang tutup pintu kereta, sudah! Bila I masuk ke tempat lift, ada sorang mamat tengah tunggu lift la pulak. Tiba-tiba pintu security tertutup dan berdentum dengan kuatnya, tekejut I sampai terangkat bahu sambil tu I mengurut dada, apalagi I pun tiba-tiba masuk character wakaka.. Mamat tu pandang I and senyum. Yea, I yang tak mandi, memakai pyjama mismatch dan rambut berjurai-jurai walau di sanggul dan dikepit, bau ketam masak lemak daun limau purut jangan ceritalah penuh satu badan I, siap kau mamat terkepung dengan aku bersama bau harum ini hehe..

Masuk dalam lift, I yang peramah seperti biasa pun komen la pasal pintu security yang kuat berdentum kalau tak pegang and tutup slowly kat mamat tu. Ingatkan dia tak respond, memandangkan rata-rata penduduk condo ini belagak nak mampus kecuali I yang sentiasa menguntum senyuman bak anak dara pingitan dan rajin menyapa terutama budak-budak. Mamat nie pun mengiyakan kata-kata I dengan a’hah betul tu etc. Tak lama kemudian husband I called and bagitau abis meeting nanti dia akan terus pegi airport sebab dia dah check out pagi-pagi lagi. Dia bagitau flight dia pukul berapa and timing dia sampai KL. I pulak asyik cakap, balik la cepat, make sure you keluar on time lepas meeting takut nanti tertinggal kapalterbang and also sempat lagi tanya, apa hadiah dia belikan I hehe.. I tau husband I akan beli jugak walau I tak tanya tapi I saje je tanya untuk kepuasan peribadi hahaha.. I kan kalau dia belikan I penanda buku pun tak apa, janji dia mesti beli kan I something. After that, seharian I, I habiskan masa dengan menonton tv walaupun I tak dapat concentrate sepenuhnya kerana mata ini kejap-kejap tengok jam and kira timezone kat Dubai sana.

Malam I tak dapat tidur, kejap-kejap terbangun, agaknya excited tak sabar nak tunggu husband I balik kot. Betul lah kata orang, makan tak lalu, tidur tak lena cuma mandi aje I basah sebab impossible la kalau mandi tak basah kecuali lah kalau jirus dengan tepung maka mandi tepung la kita. 
 

(Cendrahati husband I beli kat airport sebab tak ada masa pegi mana-mana)

So pagi Tuesday, lepas solat I tak tidur kerana I takut I tertidur and tak dengar husband I balik. Then I tarik threadmill dan juga penyapu yang telah menjadi penjaga pintu sejak beberapa malam yang lepas. Tak lama kemudian I terdengar pintu cuba di bukak. I teringat eh, I lupa nak bukak kunci dari dalam. I pun cepat-cepat keluar dari bilik dan bukak pintu. Di depan I, sang panglima gagah mumuk tersenyum penuh girang, ahh..senyuman jejaka tampan itu melenyapkan kerinduan I selama tiga malam berturut-turut . Terus la pasangan cinta agung ini berpelukkan erat sambil husband I cakap dia sakit tekak sambil batuk-batuk dan suara pun bertukar garau. Dia kata weather panas mencecah 45C rasa macam dalam oven. I kata, no wonder la I tak nampak dia kat pintu cuma perasan macam ada gigi putih dan mata putih terkebil-kebil. I main agak-agak je bila peluk dia tadi wakaka.... 

Sekian catatan I tentang kerinduan yang sangat melampau bila “ditinggal” oleh husband I selama tiga malam. Baru tiga malam, belum lagi sebulan.           

Sunday, August 24, 2014

Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17


Jumaat - 22th August, 2014

Beberapa pagi yang lepas saya telah bangun awal memandangkan saya bersahur untuk berpuasa enam sekaligus mengantikan puasa yang “terpaksa” saya tinggalkan, kebetulan enam hari juga. Saya mula berpuasa pada selasa lepas dan Insha Allah dua hari sahaja lagi tinggal. Saya mengambil keputusan untuk mengantikan puasa secepat mungkin kerana saya tidak mahu berlengah-lengah dan kelam kabut seperti puasa ganti yang lepas lagipun saya ingin mendapatkan pahala puasa enam yang amat jarang saya lakukan sebelum ini. Malam tadi saya telah memasang dua loceng jam, satu untuk bangun sahur pukul 5 pagi dan satu lagi untuk pukul 9 pagi kerana saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton secara langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17. Selepas bersahur dan solat subuh, saya mengambil peluang untuk tidur sekejap. Jam 9 pagi saya dikejutkan oleh loceng jam yang kedua. Dengan kepala yang masih separa tidur saya keluar ke ruang tamu dan membuka tv. Memandangkan kapalterbang belum tiba lagi, saya mengambil keputusan untuk mandi dulu. Saya jarang mandi awal tapi hari ini saya berniat untuk mengambil wudhu sekali.

Selepas mandi, saya kembali menonton tv. Mula-mula saya menonton rancangan astro awani tetapi saya menukar saluran ke TV3 bila saya rasa pengacaranya agak kurang lancar walaupun tetamu jemputan iaitu Ferry Anugerah Makmur yang juga bekas pramugara MAS memberi pandangan yang sangat menarik untuk didengar. Beberapa minit sebelum pukul 10 pagi saya belari anak ke bilik untuk mencapai selendang untuk saya bertafakur nanti. Tepat jam 10.05 pagi (jam saya), satu persatu van jenazah, motosikal pengiring dan tentera-tentera untuk mengusung jenazah tiba selepas kapalterbang dari Schipol, Amsterdam mendarat dengan selamatnya di lapangan terbang bersebelahan terminal utama KLIA. Bila pintu cargo kapalterbang dibuka hati saya mula sebak bila melihat jenazah pertama dikeluarkan dan diturunkan perlahan-lahan. Hati saya bertambah hiba bila askar-askar berpakaian kemas berbaju melayu putih bersih serta bersampin songket hijau emas mengangkat jenazah dengan penuh hormat lagi tertib. Suasana ketika itu amat tenang dengan hanya bunyi deruan angin tetapi ianya amat memilukan. Puas saya menahan airmata yang bergenang, jiwa saya sarat dengan kesedihan bercampur dendam. Walau mereka bukan keluarga saya atau berlainan agama serta bangsa tapi mereka adalah rakan senegara yang “berkongsi” segala-galanya dengan saya dan jutaan penduduk Malaysia. Saya juga sempat mengambil gambar dan merakamkan saat-saat itu kerana ianya adalah antara hari yang paling penting dalam sejarah Malaysia. Saya juga tidak mahu mereka dilupakan dan akan sentiasa mengingati detik ini hingga ke akhir hayat saya.         

Tepat jam 10.45 pagi saya dan seluruh rakyat Malaysia serentak bertafakur selama 1 minit. Keadaan hening seketika. Pukul 11.05 pagi, satu demi satu kenderaan yang membawa jenazah keluar perlahan-lahan menuju tempat persemadian. Sebahagian jenazah di hantar dengan helicopter dan kapalterbang ke destinasi asal masing-masing. 

Di sebelah petang saya menyambung kembali siaran tentang pengkembumian, tak lama kemudian suami saya pulang dari tempat kerja. Saya bercerita kepada suami tentang istiadat di sebelah pagi tadi. Tapi saya tidak dapat meneruskan kata-kata kerana ada getaran pada suara dan saya terpaksa berhenti sambil memandang beliau dengan pandangan sayu. Suami bagaikan faham, beredar seketika dan duduk tidak jauh dari saya. Saya bangun lalu menunjukkan gambar dan rakaman yang saya ambil pagi tadi. 


Ahad – 24th August, 2014

Hari ini, tiga lagi jenazah tiba. Saya tidak sempat melihat secara langsung kerana setelah bersahur pagi tadi saya tidur semula dan bangun agak lewat dan hanya tersedar bila dikejutkan oleh bunyi burung yang merepek-repek sesama sendiri di tingkap bilik saya. Bila saya buka tv, jenazah telah berada di masjid untuk disembahyangkan dan selepas itu di hantar ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Mereka juga diberikan penghormatan yang sama seperti jenazah-jenazah pada dua hari lepas. Dan seperti dua hari lepas juga, mata saya bergenang lagi terutama bila kisah-kisah arwah dan mendiang serta keluarga di siarkan di kaca tv. 

Takziah buat rakan senegara yang bukan beragama islam dan Al-Fatihah buat saudara islam saya, moga roh kalian ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada kerajaan Malaysia kerana memberi satu istiadat yang sangat indah, penuh hormat dan beradab kepada mangsa-mangsa nahas MH17. 

Sekian, catatan saya untuk kali ini... 

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...