Monday, January 26, 2015

Kisah Pergi Hospital

Sudah hampir sebulan tahun 2015 berlalu..kejap je kan.. So.. Aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar semua.... Aisye hip hop la pulak, mentang-mentang menang AJL aritu kan. It has been a week and most people are still talking about it. I don’t expect Joe and Sonaone to win memandangkan asyik-asyik lagu dan muzik yang hancur hati dan lembab je kan ...nevertheless, I am so so happy that hip hop won this year... finally... Lirik lagu tentang permulaan, pengalaman dorang dalam industri and how much dia rindukan bestfriend dia, best oo.. I tak perasan pun selama nie until I listened to the lyrics. Orang kata dia cuma bercakap and bait-bait lagu tak power la, suara Sonaone semput la... hey, there’s no restriction dalam seni nie.. Beside, I’m so tired di sogokkan dengan lagu lagu yang tiada memberi manafat kepada manusia sejagat, your lips are moving, your lips are moving..eh..apahal minah trainor nih hehe... Anyway, ramai yang tak puas hati dengan kemenangan dorang nie. Well.. you can’t be pleased all the time.. Biasalah ada suka ada yang tak. And people are still talking about Caliph Busker.. Persembahan dorang memang best and they deserved to win and same goes to Dayang Nurfaizah, vocal terbaik. The ending of Di Pintu Syurga was so unexpected, rupa-rupanya suara terakhir pilot MH370 and the song in a way kerinduan for them...tiba-tiba I terkedu. As for Shila Amzah, I didn’t care much for her music but I tak kisah dia dapat no. 2. Kasi chance la bakat muda tulis lirik and composed lagu. Kalau ada yang tak puas hati dengan pendapat I, please keep your thought to yourself because I don’t want to know what you have in mind hahaha... kejam, nak bash pun bash la dalam hati wakaka...

Anyway, tak ada apa-apa cerita menarik dalam hidup I yang serba serbi serdahana ini...eceh..macam cool je statement. So on the second week of this month, I went for my doctor’s appointment untuk buat ultrasound for my breast. Ingat kena buat mamogram sekali, mula la seminggu sebelum appointment tu, hati I dah tak keruan bila mengingatkan boobs I bakal dipenyek sampai leper...huhu... Bila ingat first time buat dulu, sakit dia rasa macam nak pengsan je. Hari-hari I mengadu kat husband I akan hati yang gundah gulana ini dan kengerian yang bakal I hadapi. Husband I cuma mampu buat muka simpati dan cakap kesian. So last Friday tu, pagi-pagi kita orang dah ke Gleneagles and I was so glad sebab cuma ada dua tiga orang aje. Tak lama kemudian nama I di panggil. Masuk bilik menunggu untuk buat ultrasound, immediately all of us kat situ di suruh tukar baju. Baju yang di beri walaupun bersih tapi teruk sangat, dengan talinya yang reput dan hanya satu. So pandai-pandaila kita ikat sendiri so that tak terbukak. Hazab sangat, dah la lama dan lusuh macam kain buruk aje. I don’t know why dorang nie tak tengok akan keburukkan baju persalinan ini. I should have took the picture. Lepas salin baju, I tanya staff kat situ, I nie kena buat mamogram jugak ke? Dorang check I punya record and paper cakap tak ada... Really?? I kata betul ke, macam tak percaya je sebab doctor Suseela cakap last year I kena buat for this year. Dorang kata kalau kat record tak ada tulis memang tak ada, hati yang direndami dengan airmata sejak seminggu yang lalu tiba-tiba terus menjadi mekar. Hilang segala keresahan dan tekanan di dada ini. I rasa macam nak head banging aje punyalah happy. Kita orang pun terus la berborak akan betapa sakitnya mamogram nie hehe.. Nasib baik sekejap je process mamogram nie, kalau tak, for sure I dah pengsan 10 malam berturut-turut.

I pun berborak la dengan orang-orang kat sebelah I. Ada perempuan cina nie cakap, dia tak ada kanser cuma ada ketumbuhan macam my case. Dia kata dia kena buat dua kali sebab benda tu tumbuh dua kali. Terus la I tak sedap hati, janganlah tumbuh lagi and nak kena bedah la pulak. Kang another round of my sob sob story kan. I tak suka betul kena bius nie sebab bahagian tangan I yang kena cucuk jarum akan rasa sakit sampai dua bulan lebih. Risau I ingatkan tak boleh baik. Lama la jugak I tunggu time I nak masuk bilik ultrasound and I pun start la tanya another chinese lady yang ala-ala classy itu. Dengan slang english berabuknya dia pun explained, mak dia ada cancer and then dia pun ada tapi dia dah buang nenen dia sebelah. Dia kata what to do. Bila fikirkan kita perempuan nie yang have go through this kind of thing, kena buang nenen la, kena buang sarang peranakkan la, kena chemo la, beranak lagi la dan berbagai-bagai lagi, I rasa kesiannya orang perempuan nie. Wahai lelaki, sayangi dan kasihanilah kami orang perempuan.. No, I tak menyalahkan takdir but it is a fact of life. And if I were given a choice, I still prefer to be a woman than man. Because I suka la pakai-pakai baju, pakai-pakai make up, berdandan semua hehe.. padahal masa kecik tomboy yang amat.. oh yeah speaking of tomboy nanti I cerita.. (nanti nanti nanti cerita...tapi ceritanya tak pernah ada....). So anyway, agak lama la jugak I tunggu berjam-jam you. Siap I keluar balik kat tempat husband I tunggu kat bahagian luar and ambik note tab I. Ingat nak main Hay Day (lama sudah I tinggalkan ladang dan hasil ternakkan I itu) tapi signal dari Dome tak kuat la pulak. Last-last I main word clue aje, ala.. yang teka-teka perbuatan itu (wah..bahasa melayu I sungguh unggul..hehe..). Baru nak teka anjing yang baring kat atas floater kat swimming pool, tiba-tiba nama I di panggil. Sebelum tu banyak kali I buang air kecil sebab sejuk sangat kat situ. Bila nama I dipanggil untuk masuk bilik, terus I cakap kat staff ke doctor dalam tu, I pegi toilet dulu, then staff kat luar cakap, salah bilik, mana la I tau, dorang tak bagi tau bilik mana hehe.. Bila dah masuk bilik yang betul, I di suruh baring. Oh God, again I have to wait. Kang nak buang air kecil balik. Dalam pada itu I berfikir, janganlah dorang lupa kat I yang dalam bilik nie. Kalau I tunggu sampai setengah jam, doctor tak masuk jugak, I akan keluar and tanya. Dah la dalam bilik nie sejuk kan beku pulak I.

Dalam masa lima belas minit, doctor pun masuk (I check jam you). Nama doctor yang buat ultrasound I nie Doctor Chong. Doctor Chong nie sangat peramah macam gang kamcing la pulak. Macam-macam yang kita orang borakkan about people, about diri sendiri.. humble la..macam bukan doctor, dah la ala-ala tomboy sikit. I yang low esteem akan nenen I yang kecik dan leper nie, mula la cakap, mummy and adik beradik perempuan I semua nenen besar-besar bila tiba kat I alahai.. macam size anak dara sunti je hehe.. Makanya berbagai-bagai theory yang kita orang discussed. Sesambil tu doctor kata tak ada ketumbuhan atau apa-apa dekat kedua belah nenen I, everything is perfect and normal. Ahh...I rasa sungguh lega. This time buat ultrasound kejap je, tak sampai 20 minit pun. Oh yeah, before I forgot, bilik ultrasound memang kena sejuk because of the ultrasound machine. Anyway, lepas habis buat ultrasound, we went to Dr Suseela’s clinic. Kita orang sampai early, appointment sepatutnya pukul 3pm but since datang awal and semua dah beres so our appointment dipercepatkan. Doctor tak sampai lagi, so kita orang cadang pegi makan dulu and datang balik pukul 12.30pm or 1pm. Since it was still early and baru je breakfast kuih tadi, we decided to lepak kat Starbuck although I don’t want to go there sebab pada I semua minuman or makanan tak menepati selera I. Unless it was Coffee bean, anything in Coffee bean is so delicious pada I. Anyway, since tak ada Coffee bean and kalau nak makan kat Gloria Jeans macam awal la sangat nak lunch makanya tak ada choice kena la jugak makan makanan ringan kat Starbuck.

Well, I ordered randomly je without giving much thought but it took me quite a while to choose. I only have a few bites lepas tu terus stop kerana seperti yang sudah di jangkakan, tidak menepati selera I. I minum chocolate ice blended pun tak habis. Lepas melepak for a while we went back to the clinic. Tak lama kemudian doctor Suseela pun sampai. Bila my turn masuk, Dr Suseela tengok I sambil senyum and cakap “I remember you, the one yang sangat takut itu”..wakaka... malu I tau... I cakap, I la doctor, the one and only and also the one that people always remember hehehe.. gelak doctor. Lepas doctor baca record, ultrasound and check my breast, doctor satisfied and suruh buat appointment for next year but this time kena buat mamogram...waaaaaa...nangis. But doctor suruh buat appointment masa I tak period sebab masa period breast kita bengkak dan sakit.

Sekian catatan I untuk kali ini...

Thursday, January 1, 2015

The Wedding dan Happy New Year 2015

Happy New Year to Everyone. May 2015 bring more joy and happiness to all of us.

So untuk entry pertama di hari yang pertama for this year, I decided to publish cerita pasal perkahwinan Khairi sebab I rasa, adalah lebih baik I memulakan atau membuat entry yang penuh cinta kasih sayang dan ikatan perkahwinan ini. Tapi sebenarnya, more about myself pun hehe...ai biasala.....

Anyway, here goes..  

About Khairi and The Wedding

Last Sunday 14th December, 2014, was Khairi’s majlis nikah and bersanding on the bride side. Khairi’s is the youngest in the Abd Karim’s family. Abd Karim is my husband second eldest’s brother. Makanya semua anak-anak Abd Karim telah berkeluarga tiada lagi yang bujang kecuali cousin beliau, si Azran yang sungguh handsome, macho dan cukup manis dengan senyuman itu yang masih lagi mencari-cari calon isteri. Itulah kan tak semestinya orang yang good looking nie kahwin cepat, tapi Ayan (nama manja Azran selain dari yan) is still young pada pandangan I memandangkan perangai beliau yang masih kebudak budakkan dengan gurau sengih-sengih yang tak lekang dari mulutnya. I bet sekarang nie the pressure is on him and mesti ramai yang bertanya but I won’t ask him, dulu pernahlah I tanya dia bila nak bawak girlfriend introduce kat I, dia suruh I carikan hehe.. I nie tak pandai lah nak menjodohkan orang lagipun mana I nak cari calon-calon isteri untuk beliau memandangkan life style I nie yang sentiasa memerap kat rumah dan hanya keluar sekali sekala dengan husband I atau jumpa anak-anak buah husband I sahaja. 
 
So anyway, berbalik kepada kisah Khairi nie, teringat I masa kecik-kecik dia dulu, masa tu dia dalam 3 or 4 tahun dulu, he was such an adorable and cute boy. Dengan gigi gongaknya (bak kata husband I) dan badannya yang sedap-sedap untuk di peluk, Khairi always made me laugh with his manja-manja voice and look up to his sister Aiza that he fondly called Kak Chik. I remembered once out of the blue, he came to me and sang children’s rhyme “dari ulat jadi kepompong....rama-rama Awah (Allah) yang cipta, sungguh cantik di pandang mata....”. I masa tu tak tertahan nak gelak but I senyum je..cute betul. Over the years I saw him from time to time but he was not close to me/us (me and my husband), we did try a few times to bring him around, makan-makan, hang out but he always declined politely. I guess, dia segan or tak biasa. But he once gave me a Destiny’s Child “Of the Wall” CD for no reason and I still kept it until now. But from time to time we did have a few chat, mainly about books since both shared the same passion. He was the one who introduced me to “Life of Pi”, which was so good. One day we were talking about “And the Mountain Echoed” by Khaled Hosseini and he said he wanted to read that book but tunggu dulu. I decided to buy for him. When I gave him the book, at first he thought, I was lending him to him then I told him, aunty, bought it for you, I saw a smile malu malu excited on his face, he said thank you a few times. 
 
One day, we had a BBQ at Keramat and I saw an unfamiliar girl with us. I was wondering who is she until he told me that is her girlfriend. I was kind off surprised because Khairi’s previous girlfriend was “different” from this one. I started talking to her and wanting to know more about her, interview la konon I kan... alahai kalau tak korek-korek bukan aunty la I ini. But I tak tanya banyak because I don’t want her to feel uneasy. And when we were in Bangkok, our other anak buah told us that Khairi is planning to marry her, me and my husband was surprised because we always thought of Khairi is the baby of the family and wow, rasa macam tak percaya. Then we heard he’s engaged and the wedding was set by the end of this year. 
 

Here’s the story....

Around 7am we went to Keramat untuk breakfast and berkumpul sebelum konvoi beramai-ramai ke rumah pengantin perempuan for the nikah ceremony. Around 7.45am, all of us mula bertolak. Around 845am, we reached at a hotel nearby where Khairi bersiap-siap for the majlis. Around 9am, we went to the bride’s house. Seperti biasa, I’m one of the rombongan who carry one of the hantaran. Dalam hati I cakap, oh God, please jangan la jatuh macam masa Shida’s and Khairul punya wedding dulu..hehe.. you tau la I nie macam manakan... Lepas photographer ambik a few shots of all of us, kita orang pun masuk la ke rumah. Sementara tunggu tok kadi, I berbual-bual sambil bergelak-gelak kecil dengan para rombongan yakni side family husband I and sebelum tok kadi datang sempat lagi I ke dapur mintak air kat tuan rumah hehe... haus maa... I tell you since kalau pegi kenduri-kenduri nie sure kena duduk kat lantai. Since kita nie biasanya tak boleh duduk lama-lama especially part bersila nie, makanya all of us we’re having a cramp or semut-semut. I nie kejap-kejap mengalih ke kiri, mengalih ke kanan, bersila la dan berbagai-bagai lagi pose mengancam dari I. Ada one time tu, I siap berlunjur you hahaha.. I tanya anak buah kat sebelah, appropriate ke aunty duduk macam nie, Aida cakap, cover sikit aunty, cepat-cepat I tukar style hahaha... On top of that, I duduk kat depan pintu bilik, makanya kejap-kejap orang keluar masuk dari bilik or ke bilik, kejap-kejap la jugak aku beralih ke kiri or ke kanan.. hahaha.. I tell you, your makcik nie is always berada di dalam situasi yang tak dijangkakan. 

Tak lama kemudian, tok kadi pun sampai and acara bermula. This tok kadi is funny, ayat-ayat nasihat beliau diselang selit dengan gurauan manja. Tapikan meleret-leretlh pulak. I tak kisah tapi memandangkan akan keadaan yang kurang selesa disebabkan makcik-makcik nie semua tiada flexibility dalam posisi apa-apa sekalipun hatta bersila sekalipun makanya kedengaran la rungutan orang sebelah menyebelah. I tak merungut I cuma mengiyakan aje.. I kan angel...ekeke... sesambil tu I snap a few shots. Dalam dua kali lafaz, maka sah lah Khairi menjadi suami orang. Lepas tu acara sarung cincin and rantai, I suruh Khairi ulang balik lakonan dia hehe.. bukan main makcik nie mengarah..lepas tu baru I perasan, eh.. boleh tahan jugak suara I nih..hehe..

Lepas tu, kita orang pun beratur untuk makan dan minum sikit-sikit sebab acara kan masih pagi lagi. Dalam pada beratur itu dan berborak-borak sikit entah macam mana tiba-tiba kedengaran seperti ada benda jatuh, rupa-rupanya tudung makanan dan puncanya adalah...siapa lagi kalau bukan I wakaka.. Apparently, bag I terlanggar tudung-tudung makanan yang diletakan di belakang makanan makanan itu. Why me? Why??? Sempatlah lagi I bergurau, I kata kat kak Ani (kahwin dengan omputih), kakak ipar I punya kakak yang datang dari Hengland itu, I nie clumsy and clumsy is in my blood. Kak Ani gelak and cakap, it is good that you want to admit your clumsiness, makanya berderai la gelak tawa kita orang. Then during ambik roti jala tu, tiba-tiba roti jala I melompat, adeeihhh haiii... cepat-cepat I control pinggan I, gelak lagi kita orang. Ceh...I sungguh malu, tak habis-habis dapat unwanted attention. Nasib baik la para-para anak buah dan ipar duai I amat mengenali diri dan menerima kekurangan diri ini seadanya kalau kena kat family orang lain abis diri ini menjadi bahan umpatan, sementelah I nie cuma related by marriage aje kan, tetap la nak buat ayat mintak simpati macam biasa, ku di dalam emosi ini bak kata Sheila Majid....

Lepas makan, kita orang balik semula ke hotel, rupa-rupanya pukul 1.30pm nanti datang balik ke rumah pengantin sebab ada majlis bersanding and makan-makan. Laaa... I dengan husband tak tau pun, ingatkan terus balik. Itulah salah kita orang jugak, lama tak datang rumah Keramat, mana la nak tau apa dia punya itinerary kan... husband la.. Kalau I tau, sure I dah bawak baju extra untuk di pakai pada majlis tengahari itu. Oh yea, speaking of baju nie, you tau tak, family husband I semua pakai baju colour gelap-gelap, biru, purple, hitam (it is not a theme but coincidentally) tapi bila sampai kat I, I sorang je pakai baju colour pink bercorak putih wakaka... Kalau I tau, I akan pakai baju lebih kurang sama gelap-gelap... Hai..makcik korang nie. So anyway, sampai kat hotel, we (me and my husband) decided to go to Tesco yang bersebelahan dengan hotel itu sebab nak beli kasut I. Kasut yang I pakai rosak la pulak. I dah lama beli kasut nie tapi tak pernah pakai. Sebab simpan lama itu la sebabnya kulit-kulit kasut nie bersepai merata-rata bila I berjalan. Kat bawah lantai kereta habis bersepah dengan kepingan kasut hehe.. Alang-alang dah beli kasut, husband I suruh beli kasut untuk majlis sebelah lelaki nanti. Lepas habis beli kasut, kita orang balik ke hotel, I baring-baring dengan kakak ipar, anak buah dan menantu sedara I tapi I tak dapat lelap walaupun ngantuk sangat. Malam sebelum tu tidur pukul 3am, tak dapat tidur la pulak. Riuh dengan cucu-cucu sedara bermain sesama sendiri. Sebelum tu Adam jatuh dari katil masa Aiza tengah suapkan dia. Sian dia. Aiza bersiap nak bawak dia pegi klinik takut apa-apa kan. Around 1.00pm, kita orang bertolak dari hotel dan kembali ke rumah pengantin perempuan. Sementara tunggu family yang lain datang, kita orang lepak dalam kereta sebab kat luar panas terik. I dengan Aida dah kelaparan dan I dah tak sabar nak makan makanan pengantin nih...hui pelahap.. Bila dorang sampai kita orang terus berarak ramai-ramai ke rumah pengantin and tak sabar nak masuk kat canopy, rasa macam nak terbakar kulit muka, itu baru kat dunia belum lagi kat padang mashyar... Dalam pada itu, I look at myself, surrounded by all these loving people, me the only iban, embrace the malay culture (I tau I selalu cakap nie, you all tak akan faham, unless you’re in my shoes yang bersepai itu hehe..), I never thought that I would have this kind of life, journey. Whatever it is, I wouldn’t change for the world or ask for more. I nie kan selalu ada “moment” dalam kepala dan fantasy sendiri. No wonder la I tak boleh focus, otak I selalu menerawang ke dunia lain, kadang-kadang ada moment out of body experience la pulak..wakaka...abis la korang baca blog orang sakit jiwa, mari la mereng bersama I.... 

(Buat la muka lagi, memang pasti ku publish seluruh dunia hehehe...My husband took this picture)
 
So anyway, lepas duduk kat tempat yang dikhaskan untuk pihak lelaki, masa baru nak duduk tu, sudu I pulak jatuh ke tanah...alahai... Then I terus suruh husband I ceduk nasi and lauk pauk untuk I. I dah tak larat, lapar bercampur panas. Masa baru nak start makan, garfu I pulak jatuh....adoiila.. macam-macam I nie. Anyway, berselera kita orang makan. I, husband I and Lydia tambah dua nasi dua kali you. Dalam pada itu I ketepikan hati I yang menangis meraung sebab diet I lari. I makan lauk daging, ayam I tak pandang sebab bukan selalu I masak or makan daging. The reason was because, husband I kan ghout, so macam tak best kalau I masak and makan sorang-sorang and dia pandang je. Furthermore, it is his favourite too tapi dia tak boleh makan. Oh, lauk daging ini sungguh sedap, lembut dan senang nak pisahkan isi-isinya. Lepas makan, kita orang di jamu dengan dessert and all kind of food. Layanan pihak perempuan sangat baik dan sungguh superb! Memang non-stop makanan datang kat meja kita orang. Tak payah mintak, dorang terus hantar. Apalagi kita orang, perut I kan tak kenyang-kenyang hehehe..

Lepas makan ada seisi bergambar dan merestui pengantin. Renjis-renjis, tabur-tabur tak ada...just salam and peluk cium pengantin. Dapat la bunga telur. In between tu, I pandang Khairi and ahh.. still rasa macam tak percaya yang dia dah kahwin and ada bini. I still anggap dia macam budak-budak lagi. Then out of nowhere dia menguap kat atas pelamin dan serentak dengan itu, mata kami berdua bertemu and both of us laugh dan tersengih-sengih tanpa mengeluarkan suara. I shall never forget that moment.... Mesti dia penat sebab non stop bergambar will lots of people.

Tak lama kemudian all of us berangkat balik.....  
 
Majlis Pihak Lelaki on 20th December, 2014
 

On that day, Majlis pihak lelaki diadakan di Kampung Pengantin. All of us ada tugas masing-masing. I, husband I, abang/kakak ipar and anak-anak buah husband I jadi penyambut tetamu. Some of the anak buah, Aida jadi pengacara, Azryan jadi right hand man Khairi etc. Theme colour baju kita orang was mint green. Oh...cantiknya all of us..nampak seragam. I dengan husband I beli last minute. Nasib baik ada colour tu sebab bukan senang nak cari. I punya beli kat bawah Big Aeon. Lepas beli I punya, I ajak husband I beli untuk dia punya. Mula-mula dia tak nak, dia kata dia pakai sekejap. I pujuk-pujuk tak jalan jugak, dia still degil tak nak. Sekali I merajuk. Dalam kereta, I pandang ke tepi cermin dengan muka masam. Suasana tiba-tiba menjadi bening.... lagu kat radio pun tidak kedengaran lagi. Mulut I yang meriah terus senyap. Husband I tanya-tanya, I buat tak tau aje. Sakit hati I tau, apa salahnya dia pakai sama colour with everybody kan. I know it is setahun sekali but I don’t see it as a pembaziran sebab nanti boleh pakai lagi for raya ke or mana la tau pak menteri mana jemput ke majlis ke (macamlah...). On the way nak balik, tiba-tiba husband I belok ke arah lain. Dalam hati I dah agak, mana dia boleh tahan dengan rajukkan I ini... hehehe... Bila dia tanya-tanya I balik, terus la makcik ini menjawap dengan secepat kilat wakakaka... Mana I boleh tahan tak cakap you...

We went to Jalan Masjid India to look for his baju melayu. Itupun merata-rata tanya pekedai and puas mencari until I ajak husband I pegi tempat yang buat banyak buat baju melayu lelaki. Mula-mula dia tak nak, dia kata, nanti dia suruh sedara dia buat. I hairan, I tanya, bila dia tanya and which sedara yang boleh buat sebab I tak pernah tau pun sedara dia ada yang tau buat baju. I ajak dia jugak cari kat situ, dia kata nanti mahal la, tak berbaloi pakai sekejap. I kata tak apa, kalau mahal tak payah beli. Husband I kan, dengan orang dia tak berkira tapi untuk diri sendiri dia cukup berkira, I don’t know why, pelik la perangai dia. Sampai kat situ masa lalu kat one of the shop, tiba-tiba ada mak nyah tegur tanya, cari apa kak... I stop and cakap cari baju melayu colour mint green, terus dia ajak masuk. I was happy sebab terus ada baju colour tu. I cakap kat husband I, cuba kita terus pegi sini, kan ke tak payah buang masa cari tempat lain merata-rata. Harga pun murah je for baju melayu lelaki yang terkenal dengan mahalnya kat situ. Harga RM100 je. Terus kita orang beli.  

(I nak letak gambar I dengan husband I pakai baju sedondon tapi dia tak kasi..terpaksa la I letak gambar anak dara ini wakaka..)

 So anyway, back to majlis pihak lelaki... sebelum acara bermula, kita orang di suruh makan dulu. I tak makan banyak sebabkan kat rumah sebelum datang I dah makan roti canai sekeping sebab ingatkan kita orang akan makan lambat. Had I know, sure I tak makan kat rumah and bersusah payah bawak air botol dari rumah. I nie kan tak boleh hidup tanpa air putih.. Itupun sempat berkrisis kat rumah dengan husband I hahaha.... omg, I’m so embarassed to share this story with you all tau... Puncanya remeh je, pasal air botol la jugak... dahlah..tak nak I cerita hehehe.., part merajuk je I cerita. Terus la I ugut tak nak pegi majlis Khairi itu tapi at the same time, I sibuk-sibuk sediakan handbag, kasut bagai...tapi mulut ugut lagi tak nak pegi wakaka.. buat-buat baring, tutup bantal la at the same time kepala ligat pikir pasal make up la and sibuk-sibuk cari selendang, kipas, camera, handphone make sure battery penuh. Bila I tengok tak ada response dari husband I. I pegi kat dia, I kata “serious I tak nak pegi” (padahal tunggu nak mandi aje), dia kata “kenapa”?, I kata sebab dia tak pujuk I, dia kata, “eh you kata jangan pujuk and jangan cakap dengan you?” I kata, “ah you memang tak sayang I lagi” (hahaha.. cilakak punya ayat)... lepas tu dia pun pujuk, “mari la pegi”.. sambil hulurkan tangan mintak maaf hahaha...(padahal dia memang tau I mesti akan pegi). Lepas berdamai ala-ala salam hari raya, teruslah I melompat masuk bilik air sebab takut lambat sebab buang masa merajuk tadi. Omg, tergelak besar bila I ingat balik... Please jangan ikut I punya contoh... I dah rosak you...

Anyway back to majlis Khairi, everything went smoothly and there’s no clumsy drama from me... thanks God....

Sekian catatan I hari ini, di tahun baru 2015.....

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...