Saturday, June 27, 2015

Puasa dan Tauhu Anura

Kejap je dah setengah tahun kan? What have I achieved so far (for this year)? Dalam usia begini apalah sangat percapaian hidup I ini... (macam pasrah je...), selain dari melakukkan pekara-pekara routine sahaja. I pun baru je start balik baca buku. Buku Sunan yang I start baca awal tahun baru abis dua tiga hari lepas. setengah tahun baru abis you... Sesambil tu, jiwa peladang dan petani Hay Day masih kental di jiwa ini... gigih sungguh I. Berbalik kepada setengah tahun ini in terms of tentang kehidupan, what I can tell you is that, it is not been good for the both of us. Bukan lah kerana orang ketiga atau kaseh berubah tetapi pekara-pekara lain yang sangat memeritkan di ketika ini. I hope whatever it is going on in our life right now, it will be over soon. I believe that hard times will not last forever, uhuk... that’s life heh!
 
 (Masa goreng nie, hati I telah berbunga, macam ok je..hehe.. suka la tu)

Anyway, hari nie dah masuk hari kesepuluh kita berpuasa. Sebelum puasa I dah menanamkan semangat untuk tidak ke Pasar Ramadhan seperti tahun-tahun yang lepas, kira nak menyambung tradisi la katakan... tetapi.. on the first day itself, tiba-tiba teringat la akan keenakkan tahu anura di Pasar Ramadhan Melawati. Ya, tauhu anura dan puasa bagai tidak dapat dipisahkan dalam diari puasa I. Makanya, di petang yang terik dan hari pertama berpuasa, I dengan husband I mengorak langkah ke pasar ramadhan Melawati dengan niat untuk membeli ala kadar sahaja... (yela tu..). Masuk je kat Pasar Ramadhan, cun cun booth tauhu anura sudah berada di depan mata dengan penjualnya yang mahal dengan senyuman itu dan hanya memandang sekilas lalu (sempat lagi meluahkan perasaan). Seketul tauhu anura nie RM2.50, dulu rasanya murah lagi..blame it on GST, husband I beli empat ketul aje. Lepas tu, we decided to check out all the stall selling all kind of food. We bought a few (a few? porah!) kuih muih etc. Lepas puas hati (tak puas hati sebenarnya tapi menahan nafsu...) dengan “hasil tangkapan”, makanya kita orang pun balik ke rumah tapi sebelum itu, berenti kejap kat truck orang jual rambutan sebab sebelum tu, I cakap kat husband I masa kat rumah yang I teringin nak makan rambutan.. tengok-tengok ada... Syukur Alhamdullilah...

(Akhirnya... tercapailah impian untuk membuat tauhu anura)
 
Malam lepas berbuka, I cakap kat husband I, nanti I nak cari resepi tauhu anura, I nak cuba buat sendirilah. Husband I kata, kalau I buat mesti sedap nak mampus wakaka.. tetaplah nak memuji... A few days ago I pun mencari-cari la akan resepi ini. I terjumpa a few and bila baca and tengok macam senang aje.. I asked my husband to buy the tauhu kering since bahan yang lain dah ada and a few days later I decided to give it a try. Ini lah hasilnya, it was so easy to make.. as for the kuah, I tak buat sebab I malas. Furthermore, husband I tak makan kuah cicah..so xdela I nak buat. Resepi boleh didapati di sini http://aziancollections.blogspot.com/2012/05/my-specialitytahu-anura.html. Bila time buka husband I terus capai and baru masuk mulut je, dia dah uhhh ahhh... I tau tak ada la sedap mana biasa-biasa je (merendah diri nampak...). I pun buat-buat tanyala, walau I tau akan jawapannya, sedap ke? Husband I cakap sedaapppp.. (dengan panjangnya). I’m always being hard on myself and selalu tak puas hati dengan apa-apa yang I masak or buat, I tanya lagi, ye ke? (sungguh low self esteem). Dia cakap, lagi sedap dari pasar ramadhan dan kenapa I tanya, I rasa tak sedap ke? I cakap I rasa biasa je... Dia cakap, you memang, semua you rasa biasa... So buat la..senang je..

Sekian, catatan pendek I untuk hari ini...I tak ada mood la you...

3 comments:

Zue-rouge said...

Sis

Share la apa lagi menu sis masak..hahah best tau baca
Semoga kita mendapat keberkatan di bulan Ramadhon ni ye.

muahh muahh pipi kiri kanan

Claudia said...

Hi Zue,

Oh.. ada msg dari Zue, so sorry, lama sis tak jenguk blog usang ini hehe... I miss you and thanks for the wish walau sis ketinggalan sepurnama...

muah muah pipi kiri kanan kiri dan kanan lagi..hehehe...

Claudia said...

Hi Zue,

Oh.. ada msg dari Zue, so sorry, lama sis tak jenguk blog usang ini hehe... I miss you and thanks for the wish walau sis ketinggalan sepurnama...

muah muah pipi kiri kanan kiri dan kanan lagi..hehehe...

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...