Monday, July 2, 2012

Kisah Mesin Ais


Huii.. lamanya I tak update blog I nie. Busy and ditambah dengan banyaknya distraction of other worldy thing hingga membuatkan I kehilangan idea dan tak ada mood nak berblog. Tak best la macam tu kan. I really need to discipline myself and divide my time wisely. Sayang la kalau tak share or more like show off my life story wakaka... macam la menarik kisah or my buah fikiran nie.

Anyway, husband I kan, seingat-ingat I dari zaman awal perkahwinan kita orang lagi, dia asyik sebut nak beli mesin ais batu untuk buat ABC or cendol. Mula-mula tu I hairan and was wondering why the fascinating with it. Nak kata dia suka makan ABC or whatever desert yang menggunakan ice, tak ada la pulak, kalau ada pun order sangat la jarangnya. So over the years, every now and then, he would mentioned about it and check the price or even googled around.


Last week, out of nowhere with those big grin in his face, he told me he found one. The next day, he came back during lunch time and dengan penuh bangganya showed me the mesin ais idaman beliau itu. Petang tu balik kerja sibuk la I dengan dia mencari bahan-bahan nak buat ais kacang. I tengok husband I sangat excited. Siap cakap, raya nanti boleh la sediakan ABC nanti. I kata, eh, anak buah kan tak kasi anak dorang makan benda-benda berais sebab takut batuk etc. Husband I, a’hah, yea tak yea (ungkapan atau expresi orang lama hehehe..). Lepas tu sibuk la dia cakap, puasa nanti kita buat nie untuk berbuka, kita campur macam-macam... bukan main lagi pakcik korang suggest ini itu..


Nevertheless, a few days later kita orang pun sibuk la try guna mesin nie. Wah, dalam tengah memesin tu, tiba-tiba I terbayang, kalau dah tua esok-esok (eh, bukan sekarang dah masuk group kilauan emas ke? Ceh!), kalau husband I dah retire and kalau orang padang jambu tak nak jaga ke kan, ahaks! hehe, adalah I dengan husband I bukak pondok atau pickup kecik jual ABC tepi jalan. Kesiankan..bayangkan husband I yang tak berbaju dengan perut boroi dan short miskin (peberet nakkal) tengah mesin ais and I pakai tudung Siteh Norhalijah nampak jambul dengan seluar jeans boot cut sibuk bungkus ABC... and not to forget biskut kuih kapit..wakaka..Oh my God, what a sight!

16 comments:

vagg-nini said...

tolonggggggggggg. do u know that mmg dari kecik bercita2 nk beli mesin ni? then bila dh kawin ni btau gabanz, dia ckp buatpe beli. pdhal dia tau i love ice kacang, ABC so much! lepas ni nk beli! nk beli! sis beli kat mana n price? hahaha

Claudia said...

wah bercita2 lagi macam abang serious je hehehe..

Beli dekat jalan ampang,tak jauh or berderet dengan kedai rotan, I think Gab tau mana tempat tu. Harga dalam RM200.00

Unknown said...

mesin mcm yg kat dlm gambar kat atas tu ke?? harga 200.00 tu...

Claudia said...

to berkat stedy,

yes harga dia around RM200.

Unknown said...

kat mana nak beli mesin ni?

Claudia said...

Hello Fazlina,

Husband saya beli di alamat ini... No.116A Jln Kabus, Off Jln Ulu Kelang Kuala Ampang 68000 Ampang Selangor, Tel : 03-42520229

Unknown said...

Saya dari kota tinggi, mcm mana nak dpt kan mesin seperti didalam gambar diatas?

Claudia said...

Hello aji jeri,

Address ada I dah bagi dekat atas comment untuk Fazlina..sila rujuk disitu...

Anonymous said...

Siapa2 bminat nak bli mesin pengisar abc boleh call saya..pengisar elektrik..harga RM350 boleh nego lg..call reza 0148468829..maaf ya buat iklan kat sni..

coklatwrapper said...

Saya pun memang ade keinginan nak beli mesin ni...leh la buat ais kacang dan sebagainya..hahaha

Claudia said...

Hello coklatwrapper,

puasa dah nak dekat nie, boleh la berbuka ais kacang hehe...

Unknown said...

Dekat ipoh, dimana nak cari mesin ABC tu?

Fatimah arif said...

Assalam kak. Boleh bagi detail alamat tempat beli mesin tu ? Sebab search tak jumpa 😂

pandangan said...

Tima kasih post article ni, saya pun selalu berangan nak ada mesin ais sagat, semalam exhibition machine nampak mesin cam you posted , tapi orang lain dah beli , yang ada hanya yang smaller model, cute tapi hanya satu blade (pisau, nak gi cari lah di ampang, dimana ya?

pandangan said...

sorry , citer lama rupanya, saya tak baca habis over exited. Thank you anyway for the address

Unknown said...

Askum..nk tumpang tanye..masih ada lg x mesin pengisar ais 2 skrg?

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...