Saturday, August 8, 2015

Puasa, Hari Raya dan Genangan Air Mata Ini

Hello,

First of all, I nak ucapkan Selamat Hari Raya to all of you out there..either you’re celebrate or come as a guest... There’s not much going on or activities during Puasa or Hari Raya ini. During puasa, I jarang sangat masak although ada buat lauk frozen, itupun I dengan husband I tak makan. Either tapau or makan kat luar aje. Itupun tak ada makan-makan heavy, yang simple aje. But for the first time in my sejarah berpuasa nie, I tak miss sahur kecuali period. Itulah you, I pun macam tak percaya. I sahur pun simple je, mostly I minum oats dengan vico without sugar, kadang-kadang roti. Tapi berat badan tak turun-turun, maintain kembang...perut I makin buncit, maybe minum air banyak kot kata diri ini memberi alasan untuk menyenangkan hati yang tengah gundah. Ish! orang cerita pasal sembahyang terawih and pasal malam israk mikraj, I cerita pasal makanan during puasa and sahur...tetaplah tak berubah... 
 


As for Hari Raya for this year, hmm... I tak buat open house, cukuplah sekadar menyambut di rumah in-law pada setiap tahun. Sis in-law I ada tanya, ada buat open house ke? I kata, tak ada sebab tak ada mood. Hah.. terus terang lagi, tak kuasa I nak bagi berbagai-bagai alasan or corner kiri kanan just because nak menyedapkan hati orang nanti memakan diri sendirk. Open house ke tak open house ke tak penting, yang penting kita nie menyambut kemenangan setelah sebulan mengawal diri dari melakukkan pekara-pekara rutin. Tapikan you, sampai sekarang I still amaze that, kalau I tak makan betul or lambat makan, I akan rasa mengigil satu badan, mulut rasa sejuk, sesak dada and rasa pening-pening nak pengsan. Bila puasa je, langsung tak rasa apa-apa, in fact I boleh belari-lari lagi and sampai petang pun I masih rasa segar. I rasa macam wow... tak tau macam mana I nak explained, sedangkan I bukan la alim mana but of course solat I jaga. I sangat terasa kenikmatan dan humble dengan kebesaran serta kekuasaan Allah. Itu yang sometime I hairan kenapa masih ada orang yang tak boleh/tak nak berpuasa and orang-orang lelaki yang kena tangkap sebab curi-curi makan haritu.

Anyway, hari raya this year Bigail datang lagi sebab nak celebrate dengan both of us. Actually, dia cakap dia datang hari Rabu, I ingat hari Khamis. Bila dia hantar gambar ticket last week, I tak perasan lagi but bila dia whatsapp cakap dia dah dalam bas, tekejut I, I tanya bila datang dia kata today, I pun kelam kabut kemas bilik and sediakan tilam, selimut, bantal untuk dia tidur. This is the second time dia datang sendiri-sendiri, the first time was last year. Dia datang naik bas and LRT. Risau I sebenarnya dengan anak dara I sorang tu. Takut penyamun penyamun brengsek nie kacau-kacau dia. Bila dia kata dia dah dekat nak sampai, cuma one more station, lega rasa hati I. I dengan husband I buat marketing kat supermarket and beli food for berbuka, so I suruh datang situ. I tunggu kat tempat cookies sebab janji kat situ tapi dari jauh dah tersengih-sengih ikut husband I dari belakang. Geram I tengok pipi gebu dia..rasa macam nak gigit je.. She is so cute. Walaupun umur dah 20 tahun tapi I dengan husband I masih anggap dia macam budak-budak lagi. Yelakan, dari merah-merah baru sehari lahir I dah kenal dia.

Sebelum dia datang, dia dah pesan kat I, yang dia are on strictly diet tak makan nasi tapi sempat lagi tanya ada tak ice cream kat rumah sebab dia nak belasah puas-puas hahaha... nak diet konon... heh! Pening la kepala I memikirkan nak bagi dia makan apa. Then I dengan husband I decided that, kalau dia tak nak makan. I akan tetap masak nasi hehehe.. kejam I kan. So masa kat shopping complex tu, I tapau nasi ayam for berbuka for all of us and doughnut Big Apple which is her fav’s. Oh yeah..she’s fasting. Last year dia puasa penuh but this year dia puasa jugak but ada sekali dua dia makan kurma pukul 6.30am hahaha... tak pe la dia bukan muslim but I respect her and cuma period dia tak puasa. You see, if she can do it, I don’t see why the muslim can’t do it. Dia tak bangun sahur lagi, kadang-kadang aje.

So masa hari raya, I bagi dia baju yang I buat tapi tak pernah pakai. Ngam-ngam kat badan dia. On the way to in-laws house, husband I stop kat tepi jalan belikan lemang for them and then on the way nak balik, husband I beli lemang and rendang for us and for our chinese neighbour. We didn’t go anyway sebab husband I kena ghout kat kaki. I pun tak tau dia makan apa. Sampai rumah, I masak lontong untuk bagi neighbour sebelah, berserta dengan lemang, rendang dan serunding. Bahan-bahan untuk lontong dah prepare siang-siang with the help of Bigail, of course. Rajin dia tolong I tau.. Haritu masa dia baru datang, I tengah simpan barang kat dalam icebox, sekalikan air kelapa tertumpah, terus dia ke kitchen without being told and ambik mop, terus dia mop beberapa kali. So tell me how orang tua macam I nie tak sayang habis kat dia? Dia pandai ambik hati I yang sangat lembut lagi gebu ini hehehe...

We didn’t go anyway sepanjang dia kat sini, melepak aje kat rumah, tengok tv and of course berborak non stop, kadang-kadang sampai ke solat subuh. You tau je la, I nie kuat berborak hah... Itu belum lagi part I mengulang cerita, borak dengan orang tua macam I, memang macam tu you... Kalau tak repeat topic yang sama, memang tak sah, itu belum lagi I nak cerita how forgetful I am. Sabar je la Bigail melayan I. Bila dia bangun and siap-siap mandi, dia akan tanya I ada apa-apa nak tolong kat dapur or I akan panggil dia tolong I. I only need her for 1 or 2 hours je, selebih tu dia buat hal dia, main tablet, whatsapp dgn kawan-kawan dia or borak dengan I and makan sama-sama depan tv. Bercakap pasal whatsapp nie, dia ramai betul peminat and kawan-kawan, bak ahli perniagaan yang business nya tengah masyuk. Nak tergelak I tengok. Kalau dia borak dengan I, dia akan ignore all the calls, I tanya eh, tak nak jawap ke girl, dia kata tak apa..wah.. she can take her sweet time lagi you, bila-bila dia nak reply.. punyalah laku hehe... Kalau ada orang call, I akan usik dia, I buat suara background ala-ala filem tamil tengah bergaduh la or kalau ada mamat yang nak kacau dia, I siap tulis ayat-ayat funny kat kertas masa dia tengah borak dengan orang tu, sebab nak bagi dia ketawa, mengigil dia tahan gelak. Nasib la dapat aunty macam I. Bigail cakap I nie sometime dia rasa hubungan dia dengan I macam kakak dengan adik aje but sometime rasa macam aunty. Hai, I nie kan pelakon serba boleh makanya semua watak memang berjayalah I lakonkan hehe... Tapi yang sebetulnya bukan I belakon but I’m just being myself beside I don’t know how or the right way to handle a daughter or those who is way younger than me as you know I dengan husband I kan tak ada anak. So I just treat her like a friend and be an aunty (according to me la) at the same time.  Itu belum lagi husband I yang akan ambik food bila dia nak capai or buat-buat nak bawak food lari.. hahaha..

I ajak dia tengok Masterchef Australia (finale two weeks) yang latest, sekali ada la mamat bujang sorang nama Reynolds yang cute. Of course la dia support Reynolds nie bukan main lagi you... Dia kata kat I handsome kan aunty, cute kan aunty and this or that kan. I tengok alahai.. pangkat anak aku je nih. Not my taste la nak uhhh and ahhh or syok pada anak hekan nie. Pelik la kalau tiba-tiba I tersipu-sipu malu tengok budak-budak bujang yang muda nie..ish! Oh, wait.. don’t get me wrong or take it personally with my statement. It has nothing to do with Che Tar ke or Hellah or Erang Pazirang or any other women yang kahwin or couple dengan lelaki muda. Lain perempuan lain la taste nya kan. Tapi even if I’m single pun I memang tak minatlah. Tambah-tambah I jenis yang malas nak layan kerenah orang... Errr... am I speaking too soon? Kang ada la yang duduk atas peha anak hekan sambil memintal mintal rambut sendiri dan berlaga pipi sambil ber selfie mulut arnab gigi kapak...hapa??? Anyway, I cuma sengih-sengih je la tengok perangai dia, kadang-kadang I dengan husband I pandang each other sambil memberi signal keat belakang dia... oh she is so cute... Teringat zaman I muda remaja dulu, dengan emotion yang ups and down dan extreme itu hahaha... Tapi yang pasti, I memang anak yang baik dan paling tak menyusahkan Mummy and Daddy, seriously, nanti la I cerita (kalau I ingat) akan diri yang memang impian para ibubapa seluruh dunia wakakaka...uwekksss..... cuma itu la..sensitive je hehe...

After spending a few days with us, it was time to send her back. We dropped her at the nearest LRT station so that she can catch a bus back to Malacca. Sebelum tu, we all pegi makan dulu sambil selfie lagi you... Lepas hantar dia balik, I pun terus la nak ke bilik tempat dia tidur sebab nak kemas bilik, bukak sarung bantal, cadar tilam dan selimut untuk di basuh, tiba-tibakan hati I jadi sebak especially bila tengok baju, tuala dan beg yang dia tinggalkan di situ. Cepat-cepat I keluar dari bilik dia, tanpa sempat mengemas dan sebagainya.. Rumah terasa sepi tanpa gelak tawa dan borakkan I dengan dia. Sebelum ini I tak tau apakah maknanya sunyi dalam erti kata yang sebenar (mula la meleret...), tapi petang itu hanya kedengaran kipas siling yang berpusing. I peluk husband tanpa dapat melafazkan kata-kata sambil airmata I bergenang.....
Sekian antara catatan yang ketinggalan ini...
 

2 comments:

Zue-rouge said...

Sis

Selamat hari raya, lama sgt tunggu sis update
alah jangan la sedih cmtu, i nk gi raya rumah sis boleh??
hahah tk payah masak pun tkpe, minum air ribena je pun ok

muahh muahhh

Claudia said...

Zue,

OMG! Dah setahun baru sis nak reply nie hehehe....
Selamat Hari Raya 2016 to you... muah muah...

So sorry lambat reply, lupa password, sampai kena ber email dengan google for a few times hahahaha.....

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...