Hello All,
(Alahai... tajuk blog I.. macam artis yang dah kahwin lepas tu menghilang, then menjanda, then datang balik wakakaka...)
Ingat kat I lagi ke.... Yea, I kakak merangkap aunty “cool” kesayangan korang
hehehe... Err... ada ke yang masih sudi
datang menjenguk blog I nih? Miss me? Mesti la miss kat I... Sorry lama
sangat I menghilang di persada penulisan ini... I busy (malas) you especially
this year. Tahun yang sangat dan paling busy sekali. Tak pernah I
busy dari awal tahun sampai dah lebih dari setengah tahun nie... Mula-mula
ingat tak nak teruskan dengan berblog lagi sebab sekarang nie ramai orang
cakap, blog dah tak relevant lagi sebab orang prefer tulis kat insta, fb,
twitter etc. But, memandangkan I nie kuat menceceh (merapu) panjang, rasa macam
tak berbaloi I nak update sikit-sikit.
Contoh, letak muka marah and tulis, “I tengah marah” atau letak gambar
pakai bikini tepi kolam dengan caption “Eh, sexy ke I” wakakaka... At least nak
lah jugak I cerita panjang-panjang pasal bikini I, beli kat mana, brand apa,
berapa harga, sulit ke masa nak memakainya dengan lemak-lemak tepu ini ke
kan... Ini kalau setakat letak caption sikit-sikit, nanti menimbulkan persoalan
hingga menyebabkan orang tak dapat tidur memikirkan bikini sexy I atau lemak2
cellulite I yang berselerat ini wakakaka...
Makanya, I pun berblog lah kembali demi korang tauuuu... hehe...
(I la..Azri yang diperkatakan oleh Neksu I, I ngantuk la....)
Anyway, like I said, there’s a lot of things that had happened to me these
past months. I rasa rugi I tak blog kan
kisah-kisah I yang tak interesting mana tapi tetap nak bagitau kat satu dunia
ini.. Kalau I rajin nanti I recap balik
ke or kalau I blog apa-apa in the future, I might selit-selitkan sikit ke. For example, awal tahun nie iaitu 1st January
nih, one of our niece, Aiza, bersalin on the date itself, best kan dia punya
date, senang nak ingat. Kalau buat-buat lupa
pun memang tak boleh la hehehe... Orang celebrate new year, baby boy dia pun
celebrate birthday, cun kan? Oh yes, dia
dapat boy lagi, nama Azri. Nama ala-ala
pelakon drama penuh konflik je.. hehe.. mesti Aiza ketap-ketap gigi baca nih
hehehe.. Nasib baik dia tak letak nama omputih,
kang orang panggil nama Bradley Cooper kat klinik ke, sekali yang datang nak
ambik ubat kat kaunter rupa ala-ala gangster tarik kereta berkulit sawo matang. Bukan la kata orang asia tak boleh nama
omputih ke apa, sedangkan kucing pun ada nama hot. I’m just saying dari sudut
culture identity je... Alahai, I pun apa
kurangnya, nama bukan main glamour (ye ke?), sekali yang muncul, alahai, rupa macam
nyonya jual rojak yang tengah gaduh dengan customer sebab isu kurang timun kan...
(Ini gambar bulan dua, dah panjang seinci dua...)
Oh, pada tarikh itu jugak, I buat pertama kalinya memotong rambut sependek
Halle Berry. Pendek you. The last time I
had a very short hair was, when I was in form 2, rambut style Lady Diana
lagi. Anyway, back to the future, cerita
dia macam nie, mula-mula I pegi dekat salon yang I selalu pegi, I suruh la
pompuan tukang gunting tu potong rambut I pendek-pendek, dia tak mau, dia kata
tak kena dengan muka I, I paksa jugak, dia still tak nak, dia kata tak cantik. Pelikkan? I’m the customer but since dah
selalu pegi kat dia, dia pun dah kenal, I pun malas nak argue, I kata ok lah.
So dia potong setakat bahu. I
cukup nyampah kalau rambut I potong setakat bahu, 80’s sungguh, macam pelakon drama
Dynasty, si Linda Evans tu je (google la kalau korang nak tau, that is how old
I am hehe..). Bila masuk kereta, husband
I tekejut tengok rupa I dengan rambut setakat bahu. Dia pun mula la tak puas hati, I kata setakat
bahu je, dia kata tak lawa bla bla bla.
I yang memang dah tak puas hati dengan rambut I, I cakap kat dia, esok
kita pegi salon lain la and tengok macam mana stylist nie boleh buat kat rambut
I. Sebenarnya dalam hati, memang niat I
nak potong pendek, tapi I tak cakap kat dia, nanti dia tak nak hantar. So, the next day, 1st January, petang, round
area rumah akhirnay terjumpa la satu salon nie.
I pun apa lagi, terus suruh sylist nie potong pendek-pendek macam Halle
Berry. Stylist nie tak agree jugak, what
the hell? Dia kata, tak kena dengan muka
I. Dia kata dia kasi panjang sikit dalam
dua inci. Ndak tak ndak I pun agree la
jugak. Bila husband I tengok,
bertambah-tambah marah la dia kat I. I
tell you, penatnya I dengar dia mengomel macam makcik mak nenek je. Tiba-tiba I jadi sedih pulak sebab in a way I
dah melukakan hati dia (macam la tak biasa buat hehehe..). I felt so bad and quilty at the same
time. Sampai hati I kan... I berjanji
kat dia and diri sendiri, I tak akan potong pendek-pendek lagi.... Well...every
now and then, husband I masih lagi complaint, ungkit-ungkit pasal rambut I yang
di potong pendek ini.....
Sekian catatan I untuk kali ini......(huii... akhirnya update jugak blog yang sudah setahun terbiar
ini....)
No comments:
Post a Comment