Insomnia Ini Dan Update

Firstly, I nak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan to my dearest reader, Zue and everybody yang sudi membaca blog I tiada istimewanya ini.

Last Saturday, we went to one of choco’s birthday yang I cerita pasal pra birthday aritu. Yang nie buat kat KFC yang share dengan Pizza Hut tu. Ok la the birthday was meriah with budak-budak and sibuk la dorang bergambar dengan Mr Chikky ke apa tah nama. I kata kat anak-anak buah, berebut la korang bergambar dengan mascot tu, tengok-tengok kat dalam bangla, “Nama Saya Abdurrahman” wakaka… Anyway, I tak makan banyak sebab well.. I don’t take fast food…(kononnnnya.. ekeke..). Iya I makan tapi tak banyak, I suruh husband I suapkan I sebab I malas nak siat isi ayam tu, this makcik memang cukup demand and mengada. After a while we planned to go for a karaoke night kat The Garden, Mega Mall. Tapi bila sampai rumah, perut I rasa semacam and my other half pulak rasa macam nak mual, I think sebab berminyak kot. Maklumla lama dah tak makan bende-bende nie. So husband I called anak buah cakap tak dapat pegi, dorang pun cancelled tak nak pegi jugak.

mm..what else happened kat I? Oh, as some of you might know, I ada masalah insomnia (by which I susah nak tidur malam) and masalah ini datang balik and it is getting worse by day. Selalunya pukul 2am I dah boleh lelap but not this time, I berjaga sampai pukul 7am and around 8am baru I dapat tidur but itu pun bangun balik around 10.30am to 11.00am. And di waktu siang memang tak boleh lelap langsung walau ngantuk macam mana sekali pun. I’ve tried everything and even mintak ubat tidur from the doctor but dia tak nak bagi. I tanya kat farmasi but they don’t have it. So malam-malam I toss and turning and mula main game. Berat badan I drastically turun, I have dark circle and I lost appetite to eat. But I suka sebab badan I dah kurus tapi nenen I yang memang dah kecik hampir tiada kelihatan ini membuatkan I tercari-cari dimanakah kembar tak seiras I itu ekeke..

So dalam kehampaan tidak dapat tidur dan main game itu, kekasih hati di sebelah bukan main lena lagi. Berbagai-bagai posisi I saksikan pada malam-malam dan dinihari itu. Paling I suka posisi menyerah beliau..rasa macam nak geget je. Satu lagi posisi menarik beliau adalah posisi ala-ala dugong haha…(jahat I kan kutuk laki sendiri, bulan puasa pulak tu), macam cute-cute je dengan lambakkan lemak di bahagian perut beliau. Dalam tidur-tiduran itu sempat lagi beliau mengentotkan I. Bunyi macam nak terkoyak je seluar dia… Tension I tau.. lepas tu cepat-cepat I tarik selimut untuk tutup hidung. Rasa macam nak tepuk je perut dia tapi memandangkan beliau tak sengaja sebab tidurkan so I biarkan aje. As for snoring tu tak payah cakap la, begegar katil kita orang dengan bunyi vabrettor dan diselang seli dengan bass nya sekali. Kadang-kadang I gelak sorang-sorang bila dia tiba-tiba meraung. Mimpi jumpa antu agaknya hahaha.. kelakar tau… Lepas tu cepat-cepat I tepuk dia.. Dia pandang I and terus tidur balik..

Namun begitu, I lihat ada kedamaian yang jelas di wajah beliau ketika tidur itu. Wajah yang I pandang hari-hari tanpa rasa jemu siang dan malam. Wajah yang membuatkan I rindu menanti beliau pulang. Wajah yang membuatkan hati I begelora sampai sekarang (feeling lagi la Zue ekeke..).

Comments

Zue-rouge said…
Sis, selamat berpuasa to u n kekasih hati tu sekali ye.. :-)

hahahahah tk tahan gelak baca entry sis yg ni..cute la..

sis..u also have inspired me on how to layan my husband, dgn cara manja2 comel tu,(minus the mengada2 part la) heheheh
Misty said…
Hi Zue, Selamat Berpuasa to you and your family too...

Ambik la tip tip yang amat berguna dari sis nie hahahaha...nescaya filem tamil akan terjadi... ngada penting zue biar kasi dia makan hati sikit ekeke...

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku