There are a lot of things happened during the September month. Firstly, offcourse Hari Raya yang lepas, barangan kat rumah tak berganti pun. Kain langsir yang bergantung last year langsung I tak basuh.. tak kuasa, selalunya 4, 5 tahun baru I bawak turun cuci. Itu pun I ada dua je.. kalau satu basuh, pakai yang satu. As for kuih raya, I beli je kat Giant and JJ.
So first day raya tu selalunya pagi-pagi lagi husband I dah bagi angpau tapi this year dia tukar concept, bagi I hadiah rantai emas, siap dengan pendant love celoreng emas putih lagi hehe.. Dia cakap hadiah serentak dengan our annivesary sebab fall on the same day of Hari Raya. Sungguh romantic pagi raya kami berdua. Tapikan I hairan kenapa orang menangis-nangis mintak maaf kat laki ke or anak-anak minta maaf sambil peluk-peluk syahdu. Sebabkan I tak ada feeling pun bila I mintak maaf and cium tangan husband I dan sesambil tu cium-cium pipi mungil dia sekali. In fact I boleh cakap, “hah… sorry kalau I banyak buat silap tapi, you la selalu buat I marah..” Apa punya bini. Lepas tu, both of us pegi rumah in law, makan-makan, ambik gambar beramai-ramai and balik rumah. Balik je terus tukar baju pakai jeans and t-shirt sebab nak pegi Giant, nak beli bahan-bahan untuk esok sebab anak-anak buah nak datang esok. Selalunya on the first day of raya itself dorang akan datang but memandangkan ramai yang balik rumah in law on the first day so they decided to come tomorrow.
Masa pegi kat Giant, wah..meriahnya orang-orang kat situ dengan baju sedondon siap bersampin lagi. I dengan husband sempoi abis.. Orang selalu cakap, raya kat KL tak meriah la, tak best la. I tak rasa pun maybe sebab I tak pernah merasai suasana macam mana kan furthermore I’m not too keen to berkunjung mengunjung nie, nanti takde benda lain yang dorang akan tanya, anak berapa orang, dah check doctor.. bla bla and all that shit! Daripada dada I berapi baik la I tak payah jumpa-jumpa orang. Bukan tu je, kalau jumpa dengan sesiapa orang yang baru berkenalan dengan I, itu la yang di tanya. Part paling “best” bila dorang tanya, tua nanti siapa nak jaga? Dalam hati I, terus I menyumpah sambil berdoa “mintak-mintak anak kau baling kau kat longkang atau lombong bila kau dah ganyut nanti”. So sesiapa yang rasa nak cakap ayat kat atas tu kat orang-orang yang bernasib baik macam I, silakan la… Wah, emosi la pulak. Tak abis-abis issue yang sama I omelkan hehehe…
Anyway, second day raya tu pagi-pagi sibuk la both of us, masak memasak. I masak ayam golek, mee goreng, nasi tomato and buat sirap bandung. Selain daripada tu, rendang and lemang beli je. Husband I beli KFC sebab memang acara wajib tiap-tiap tahun or kalau berbuka dengan dorang mesti request KFC, kira husband I nie mascot barrel/bucket KFC hehe.. We had such a great time and sibuk la berborak-borak. I kan kadang-kadang risau kalau borak dengan dorang sebab telinga I bukannya clear sangat. Tak tau kenapa la, nak kata pekak, kalau orang berbisik dari jauh boleh pulak dengar tapi kalau borak dekat-dekat tiba-tiba kepala I jadi blank and telinga I langsung tak dapat tangkap percakapan dorang.. memang dari kecik lagi dah macam nie. Bukan tu aje, lain yang orang cakap telinga I filter benda lain.
Selain daripada tu, I dah ganti puasa masa I uzur bulan puasa sebanyak sepuluh hari although kalau nak di kira lapan hari aje. I suka lebihkan. Lepas abis puasa ganti, I puasa enam pulak. So I puasa 16 hari la kan. Then I period and offcourse tak puasa, lepas period I membelasah macam biasa and berat badan I menunjukkan tanda-tanda peningkatan. Habis period, I relax kejap and I start puasa balik last week for five days. Hari Sabtu and Ahad I tak puasa. And masuk hari nie, hari kedua I puasa lagi sekali untuk minggu nie and sama macam last week, weekend is my off day from puasa. I’m going to make this as my routine. Husband I pun tak balik tengahari, dia pun cakap nak kurangkan berat badan dia. Bila dia cakap macam tu I senyum-senyum je sebab ituler azam dia berabad yang lalu.
Next story pulak, a few days after raya, anak-anak buah called ajak berkaraoke ke The Garden at Mid-Valley. Mula-mula both of us malas nak pegi because it was malam Jumaat and who wouldnt want to miss Tahajud Cinta. But luckily ianya tak ditayangkan that week because it is still a week of raya and furthermore I puasa ganti. So penyanyi-penyanyi bertaraf international ini pun dengan penuh confident menaiki satu kereta untuk kesana. Buffet was provided and the food…oh…makanan sungguh class, sangat delicious and berbagai-bagai jenis Rambang mata I, semua I nak makan. Sampai tak habis, punya la tamaknya. Masa karaoke tu, I nyanyi lagu Ning, habis all the soprano punya suara keluar.. wakaka… Lagu Sudirman pun I sapu jugak.. Itu belum lagi lagu English, mana nak cari penyanyi karaoke multi lingua nih! As usual, husband I kalau tak puji bini dia yang maha perasan nie memang tak sah. I tau suara I tak sedap langsung but husband I make it like I la penyanyi yang paling banyak menang grammy award ekeke… Aiza, jangan kira la.. suara memang sangat la sedapnya and si Khairul, penyanyi lagu-lagu indon yang tegar same goes to husband Aiza… lagu rock kapak mesti ada…
Oh last but not least, my insomnia problem dah sedikit demi sedikit kembali pulih. I dah boleh tidur awal, dalam pukul 1.30am I dah ngantuk and malam tadi I tidur pukul 12.30am. I am so happy and I hope it will continue and I boleh tidur awal lagi.. Syukur Alhamdullilah.
Sekian, kisah sepanjang September and latest ini.
No comments:
Post a Comment