Thursday, October 13, 2011

Penggaru Itu....


For as long as I can remember, belakang husband I sentiasa gatal. Nak kata dia bersandar kat benda- benda miang tak pernah pun I nampak. Nak kata nyamuk gigit pun tak ada jugak. Apa yang pasti dia asyik mengaru-garu belakangnya tanpa sebab. Dia selalu suruh I check kalau ada merah ke bengkak tapi bila I tengok tak ada apa-apa pun. Kadang-kadang dia cari bucu dinding yang strategic bagi mengasah belakangnya itu. Bila dia dah mula menunjalkan belakang dia, kening sebelah akan terangkat macam kening Mr Bean je.

I tak tau bila beliau mula menggunakan atau membeli penggaru belakang. I tak ingat bila tapi satu hari tu tiba-tiba I tengok dia bawak balik penggaru kayu yang dia beli entah dimana. Or was it, dia beli masa sama-sama dengan I?, I kurang pasti. Tapi yang I pasti, sejak dari haritu kemana-mana beliau pegi dalam rumah mesti ada penggaru kayu tu bersamanya. I mula-mula tengok macam kelakar aje, macam orang tua (err..bukan dia or both of us dah tua ke? Wakaka..) or macam taukey cina kat kedai kopi aje. One day tu dia complaint, dia kata penggaru kayu nie tak sedap la, keras la, sakitkan belakang dia la.. Dia kata dia nak cari yang baru.

A few weeks later, dia balik bersama dengan penggaru plastic. Dengan penuh bangga, masa dia baru balik dari kerja, depan-dpan pintu lagi dia dah angkat and tunjukkan kat I. Punyalah excited nak bagitau I berita gembira beliau. I senyum aje tengok perangai dia. Bak chewing gum yang dah kehabisan manisnya, begitula juga husband I meninggalkan penggaru kayu yang sebelum ini telah berbakti kepada beliau. Kasih sudah beralih arah ke penggaru plastic. Maka penggaru plastic itu menjadi teman baru beliau. Kemana- mana dia pegi pengaru plastic tu mesti ada. Kadang-kadang dia selitkan kat dalam short dia, lepas tu dia saje jalan sebelah I atau pusing-pusing ataupun mengelilingi I, so that I notice. Tapi I buat tak tau je sambil menjeling ke atas or buat-buat busy. Dia senyum-senyum kat I sebab dia tau yang I tau tapi I buat saje je kan hehe. Bila dia tengok I still buat tak tau, dia akan pura-pura tanya, nampak tak penggaru belakang dia, I buat pandang ke lain lepas tu dia buat-buat tekejut and cakap “Eh, kat sini rupanya” sambil menarik perlahan-lahan dari short berpinggang getahnya itu, lepas tu dia buat-buat nak garu kat tangan I, benci I tawww hahaa.., dia cuma stop kalau I menjerit. Kalau tak dia akan continue doing it.. geram I… Dan permanent place for that penggaru plastic is on our coffee table. Selain dari digunakkan untuk mengaru belakang, penggaru plastic itu digunakkan untuk mengaru kaki, ke or mana-mana part kat badan dia. Kadang-kadang dia buat-buat garu ketiak and try nak garu badan I, acah-acah la konon, I cepat-cepat lari, yuckss.. nak muntah I.. Lepas tu bila tengok I lari, bukan main suka lagi dia. I kata buat la macam tu kalau berani, you pegi kerja I bakar or baling keluar. Dia kata dia boleh beli baru, beli la I kata, I akan buang lagi or I bagi kat beruk kalau kawan-kawan beruk dia make a surprise visit to us again… wakaka…

One day tu, beliau mencari-cari sesuatu and tanya I mana penggaru plastic dia. I kata, mana I tau, memang I tak tau pun. Nak dekat dengan benda tu pun I geli. Then dia accused I sembunyikan. I kata, ingat I tak ada kerja lain ke kat rumah? (memang I tak ada kerja pun kat rumah wakaka..) Ada wajah muram di wajah beliau bagai merindui sesuatu. Malam tu bila tengok tv, I perasan dia rasa macam kurang selesa, kejap-kejap pandang I sebab dia masih suspect I lagi. Then I tengok, dia cari pengaru kayu yang lama and start garu belakang dia, itu pun kejap aje sebab dia cakap, tak best la.. ini la itu la and then dia stop guna. Sejak dari hari itu I tengok dia tak garu lagi belakang dia, tapi kadang-kadang dia akan membengkokkan ibu jari dia and mengaru dengan sungguh uniknya hahaha.. I kata padan muka, itu la niat jahat kat I.. selalu usik I and ugut guna pengaru tu… Dia kata kalau dia jumpa dia nak garu kat seluruh badan I. I kata you tak akan jumpa selagi niat you buruk sebab I bini paling baik dalam dunia hahaha… (uweek..) Husband I kata memang la sebab I kan bidadari dia, alahai perasannya dia….

So one day tu, tengah I berkemas-kemas kat ruang tamu, I terjumpa penggaru plastic idaman kelabu dia. I sengih sorang-sorang, especially bila I teringat akan mulut cute dia yang mengomel complaint pasal kehilangan penggaru plastic itu. Then I letakkan betul-betul depan tv so that bila dia switch on remote dia akan nampak. Malam tu seperti biasa dia landing kat favourite spot dia dengan sebelah kaki kat atas and sebelah kat bawah hahaha.. dia on tv macam biasa.. tapi I tengok dia macam tak perasan aje. I tanya tak perasan ke? Dia pandang keliling rumah, dia cakap “wah! kemasnya..” I kata “bukan tu la.. tengok betul-betul”. Kepala dia pusing kiri kanan and still confused. I kata “tengok la kat tv tu”.. dia pandang and still tak perasan lagi.. I kata” tengok la betul-betul…” Tiba-tiba dia tersenyum lebar and sibuk la tanya, mana I jumpa and terus dia mencapai penggaru plastic itu dan start garu belakang dia. Padahal masa penggaru tu tak ada, tak pulak dia garu belakang dia dengan penggaru kayu tu hari-hari, cuma sekali aje. Tak lama kemudian I tengok dia tertidur dengan penggaru plastic itu yang diletakkan didadanya… Nyampah I tau.. macam pasangan kekasih pulak….

2 comments:

che^amad said...

dah lama teringin nak beli kayu penggaru ni tapi tak terbeli2 lagi.. skrg guna bucu tiang/dinding atau tangan penggaru vagg aje.. keh keh..

Misty said...

hehe.. beli jangan tak beli gab..sis tengok husband I sampai stim2 mata beli dah mula mengaru belakang dia wakaka..