Tuesday, December 10, 2013

Aku, Drama Dan Emosi..


(Yesterday was the last day of anti government demonstration. I boleh dengar and nampak from my condo akan perarakan itu dekat main road. Ramainya orang berjalan-jalan and sangat panjang. Rasa macam nak capai je camera, turun and take a few snap ala-ala CNN reporter la pulak kan but memandangkan I nie chicken, manala tau something bad happen during those rally ke so I hanya mampu memerhatikan dari jauh dan mendengar akan suara leader dorang yang serak pecah itu di corong-corong loud speaker tanpa memahami sepatah haram pun yang di perkatakan. Bising with all the sorakkan peyokong dorang nie)

Anyway, this is one of or should I say maybe my the longest entry blog ever hehe... Thank you for being so patience, percayalah, pernantian anda sangat berbaloi *alahai perasannya I, macam la best sangat cerita I...

Here goes...

I was supposed to attend my younger sister, Mbo’s convocation at Putra Jaya and we had planned it about a year ago but since masa I surgery aritu husband I kena jaga I for two weeks, makanya plan I terpaksa dibatalkan. Husband I kan baru kerja dua bulan kat sini and itupun dia bernasib baik dapat cuti walau kalau nak diikutkan mana boleh kan. Furthermore, kerja husband I bertimbun disebabkan cuti tu and also dia ada meeting on Friday, the day that we were supposed to fly back to KL. Frust la jugak I sebab I dah siap-siap bawak baju and kasut dari KL aritu and ingat bila touch down kat airport, terus check in hotel kat putrajaya without balik rumah kat KL. Well, apa nak buat, kita hanya mampu merancang, the rest is up to Allah. But I’m so proud of her. So I called Mbo a few days before the event and told her that I can’t make it. She said, it’s ok, nanti dia akan buat Master and masa convo nanti I mesti datang.

Anyway, about three weeks ago Wo, Mbo and myself had a conversation/whatsapp, with me asking them particularly Wo (memandangkan umur kita orang dekat je, beza dua tahun), whether she has this some kind of a floaters, a dark spot thread and a bubble things wandering in her eyes. Dia cakap dia tak ada. Then Mbo said, I better check it out, it might be a retina detachment. I kata ok nanti I check dengan doctor mata kat sini. After the conversation, I pun google la and I was so shocked to see that my symptom nie exactly like retina detachment punya disease and it is very dangerous. I pun teruslah jadi emotional, susah hati, depress, sedih, kecewa you name it. I jadi sangat risau, terus la terbayang yang I nie bakal jadi buta kalau terlambat (it has been a few years since I first notice those floaters etc.) and tak akan dapat tengok movie or tv lagi (ada ke itu yang I pikirkan, maklumla hobby teragung). I langsung tak ada mood nak buat apa-apa. Husband I cakap jangan risau, I belum check doctor lagi but I kata memang confirm I dapat penyakit mata nie according to the google and I’m very sure of it. I pun start la bergenang air mata but I cuba tenangkan hati I dan pasrah la dengan apa yang bakal menimpa. Bila I baca pasal recovery nie lagi la I hati I bertambah kacau bilau sebab teruk sangat and some regain dia punya sight balik after many years and some terus buta. And sakit lepas surgery tu jangan cerita la, separuh tu cakap kepala rasa macam kena tendang dengan kuda...huhuhu.. Oh.. you should see how down I was during those time.

I cakap dengan husband I regardless what it is, I akan buat surgery di KL instead of Bangkok. Don’t worry about whose going to take care of me, I tau la macam mana nanti. Husband I kata, dia akan berhenti kerja kalau dia tak dapat cuti, wah.. drama sungguh. But still husband I cakap, don’t worry about it, its nothing and dia confirm I bukan kena retina detachment nih. Tapi I mana nak dengar nasihat or cakap husband I, lagi dia nak bagi I tenang lagi la I bertambah risau. Tiba-tiba I jadi alim semacam la, terus nak bertaubat la, kejap-kejap berzikir, tasbih bawak merata-rata, sembahyang pun jadi khyusuk, lepas solat terus baca buku-buku agama and baca yassin walau dalam bahasa rumi, then teringin nak pakai tudung bagai, siap dah plan nak pakai tudung labuh lagi you and try pashmina lagi..haha.. Selalu lepas solat, doa I pendek-pendek je but not during that time, doa I punya la panjang rasa macam tak nak stop aje.. Kejap-kejap I memujuk hati sendiri, I cakap dalam hati, tabah la hati, berserahlah, terima la ketentuan Allah, Allah sayang kat I sebab tu I have all this dugaan, this is nothing, orang lain lagi teruk, kalau I nak buta, buta la kalau itu yang terbaik pada Allah, biarlah I terseksa di dunia asal I bahagia di akhirat or masuk syurga nanti... ah... syahdunya.. All kind of motivasi diri lagi you... Tiba-tiba all the quotes yang bagi kuat semangat or think positive sungguh bermakna bagi I.. selalunya I sekali baca je...

Then I google cari the best hospital mata kat Bangkok and sambil tu I suruh husband I book appointment doctor mata kat KL. I kata I want a few opinion before I decide but walau apa-apa pun I nak buat surgery kat KL. I baca merata-rata forum expat kat Bangkok pasal best doctor and hospital mata. Then I found one, Rutnin Eye Hospital Bangkok. Katanya Thailand Premier Eye Hospital for over 49 years and the only one at Bangkok yang mainly cater to mata sahaja. Then I called my husband and asked him to book and make an appointment with the doctor.     
 

Makanya, the Saturday’s Mbo’s convo was the day I pegi ke hospital mata ini. But that night sebelum pegi, I dah tak dapat tidur. Again, macam kes I yang nak kena surgery nenen kat KL aritu and same goes to masa surgery gallbladder dulu kala. Oh, I tell you, malam tu kejap-kejap I pusing kiri kanan and terjaga dengan dengkuran husband I. Dada I berdebar-debar memikirkan apa yang akan berlaku or news yang I akan dapat nanti. I dah rehearse apa I nak cakap dengan doctor, apa baju I nak pakai and how am I going to react to the news.. hoho.. kena rehearse ke? Sesambil tu I berzikir sambil berbaring nak tidur dengan tasbih tak lepas dari tangan sampai la I terlena berzikir benda lain and terkejut balik. I terlelap kejap and around 4am, I terbangun and tiba-tiba airmata I mengalir bila mengenangkan nasib ini.. (huh..self pity la sesangat). Ilham buat puisi tiba-tiba datang non-stop, berbagai prosa, metafora, you name it, berlegar-legar di fikiran usang ini wakaka..wah... kalau dah berdarah seni darah seni la jugak...*lentok. Punyalah dramatic sampai tak tau nak pilih mana satu tajuk for my puisi ini contoh Meraih Hati Yang Rawan la, Hati Yang Germisi la, haha..shit punya title!. 
 

Next day tu, pagi-pagi lagi kita orang dah keluar rumah since the appointment was at 9.30am but we have to be there around 8.30am. I pakai spec instead of contact lense, leceh nak bukak-bukak and nak kena bawak solution lagi. Lepas turun dari BTS, kita orang ambik taxi. Sampai kat hospital I tengok kat ground floor tempat mendaftar tu, orang tak ramai and hospital nampak kecik aje. Ingat nak snap gambar tapi since I tak ada mood, I kata dalam hati nanti la. Lepas register dan diberi nombor giliran, kita orang naik second floor, bahagian retina. Bukak je lift, oh..ramainya manusia and same goes with the nurse, ramainya nurse kat situ.. muda-muda dan sangat cute. No wonder la some of the forum expat yang I baca, ada a few mat salleh pegi hospital lain not hospital mata nie, puji-puji the nurses kat bangkok. Seriously, muka dorang nie lebih kurang, kecik, slim, kulit putih, rambut hitam bersanggul, bertopi, same uniform, maunya mat-mat salleh penasaran tak suka. Yelakan.. perempuan mat salleh or their nurses kat negara dorang kebanyakkan badan tinggi besar-besar, tua-tua, shape muka bersegi and perangai dan juga cara percakapan pun agak kasar dengan muka masamnya lagi. Ini bukan I cakap but base on the comment yang dibaca, kang ada yang kata I bias just because I nie asian..haha..like I care? So anyway, 80% orang or patience kat situ adalah local, tak tau la pulak kalau some of them orang asia dari south east asia jugak, al maklum muka kita nie kan lebih kurang je.

While waiting for my name to be called, I suruh husband I ambik kan air yang dah disediakan kat situ, air mineral or chinese tea. I mintak dia ambikkan air mineral aje sebab kalau minum chinese tea, chances of me kejap-kejap pegi toilet is very high. Sementara tunggu nama I dipanggil, I saw satu pasangan suami isteri yang I presume datang dari somewhere in timur tengah/Pakistan/India (berdasarkan wajah dan juga warna kulit and definietly is a muslim sebab bini dia pakai tudung/jubah) in front of my seat. Well.. hehe..need I say more? Yea, kakak korang yang peramah ini pun menegur la dengan gigihnya. I tanya, dorang nie jumpa doctor kenapa and which one of them yang akan jumpa, although I know sure yang lelaki nie sebab dia pakai spec but who knows la maybe bini dia ke. So husband dia pun cakap, dia yang nak jumpa. I kata bagus ke hospital nie? Dia kata bagus and it was not his first time. About five years ago dia pernah datang sini. This time dia datang nak buat check up aje. I cakap I dari Malaysia, bila dengar je nama Malaysia, muka dorang berubah wajah ceria, yelakan siapa tak kenal Malaysia, thanks to Tun. Bini dia tanya, Malaysia tak ada good eye doctor/hospital ke. I cakap, husband I kerja sini sebab tu I datang sini je. Tak lama kemudian, nama I di panggil and we have to go to another section. Lepas mintak diri, sempat lagi I bagi salam. Then we went to the counter and bagi our file. Tak lama kemudian husband I cakap nama I di panggil although I tak dengar. I kata no lah, it’s not my name and it can’t be that fast. Husband I insist that I should go to the nurse at the counter yang supposedly called my name. I pun pegi and tunjuk my number, nurse tu suruh I duduk. Apparently, it was not my name. I sungguh geram and malu sebab dua tiga kali I tanya-tanya nama I di panggil and berdiri-diri kat situ. Then I bejalan balik sambil pandang muka husband I dengan mengerutkan muka I. I cakap, I told you, it’s not my name. Masa tu I rasa macam nak telan aje husband I. Orang kat situ pandang-pandang I. Then I duduk balik. Dia kata, dia dengar macam nama I kena panggil. I kata bukan la dengan muka gangster lorong I ini. Husband I memang tau...selalu bagi I scene malu yang tak sepatutnya..

Lepas duduk tu, I perasan ada dua lelaki and sorang perempuan kat belakang I. Sebelum tu I ada tengok dorang tunjuk passport kat counter masa I duduk-duduk and I guess dorang nie bukan local sebab local mana ada tunjuk passport. And haha.. I pun tegur la ekeke... (kepoh kan?). I tanya, where are you from? One of the guy nie cakap dorang datang dari Kemboja sambil senyum-snyum kat I (thanks God, he didn’t find me annoying, ye ke?). I tanya siapa yang nak jumpa doctor, dia kata kakak ipar dia and dia introduce perempuan tu and also abang dia. So abang dia punya bini la nie. I tanya kakak ipar dia but she doesn’t know how to speak english and muka senyum-senyum kelat je. Adik ipar dia explained, kakak ipar dia nie ada nampak floaters. I cakap, sama macam I. Then I tanya, first time ke datang sini. Dia kata tak, dulu dia hantar mak dia ke sini and hospital/doctor sangat bagus. I tanya, dia datang sini semata-mata nak hantar kakak ipar dia ke dia kata dia ada business so kira menyelam minum air la kan. Dia kata kadang-kadang dia datang and buat check up kat Hospital Bumrungrad. I kata, hospital tu mahal, abang dia terus gelak sebelum tu abang dia cuma senyum-senyum je, although tak tau cakap english, bila I cakap very expensive, tau la pulak dia kan. Then dia kata sebelum nie dorang buat medical check up kat Elizabeth Hospital kat Singapore. Dalam hati I cakap, wah... kaya dorang nie although pakai biasa-biasa, peramah, humble dan berbudi perkerti pulak tu. Dia kata Elizabeth Hospital nie lagi murah (dalam 15% je) in comparison to Hospital Bumrungrad kat Bangkok nie tapi kalau dah kira makan, hotel etc.. lebih kurang sama or lagi mahal kat Singapore.

Tak lama kemudian, nama dorang pun kena panggil untuk jumpa doctor. Then nama I di panggil and di suruh ke section lain. I was asked to remove my spec and nurse kat situ check my spec. Then dia check mata I and cakap wind. I ingat apa la wind wind nie kan. Rupa-rupanya, bila I letak muka I kat machine tu ada angin keluar hembus mata I. Tiap kali angin nie hembus mata I, tiap kali tu jugak la badan I terangkat-angkat sebab sejuk angin tu bukan sakit pun tapi acting je lebih... Lepas tu dia check mata I macam yang kat kedai tu, suruh I baca apa yang kat dinding. Lepas abis dia check, I kena duduk balik kat section tadi. Tak lama kemudian, nama I dipanggil and kena pegi tu another section ( I know, banyak sangat section). Bila masuk the section, I tengok eh kenapa macam ada katil-katil and tirai?. Takan la doctor check kat tempat macam tu, macam makeshift punya tempat je. Then I tengok ada ramai orang tengah duduk, separuh tu tengah pejam mata. Then that kemboja guy berserta abang and kakak ipar dia pun ada. I tanya macam mana dengan kakak ipar dia, dia kata dorang dah jumpa doctor and doctor suruh dorang pegi ke tempat nie and datang jumpa doctor nie balik lepas buat procedure kat sini. Wah... I cakap kat dia, eh, kenapa I tak jumpa doctor lagi and terus ke sini? I pun sibuk la bagitau husband I and then I pun kecoh-kecoh la tanya nurse kat situ, kenapa I tak jumpa doctor dulu sebelum ke sini. Nurse dengan senyum penuh lembut cakap, dia kena letak liquid kat mata untuk bagi pupil I membesar so that doctor boleh check dalam mata I. I kata ok walau tak habis-habis I cocet dengan husband I, tak puas hati la kan.

Then nurse tu suruh I duduk dekat machine untuk check my blood pressure. And as usual, blood pressure I naik. Dia kata tak apa nanti dia akan check lagi. Then I duduk balik kat seat. Lepas tu dia kata nak letak liqiuid kat mata I. I tanya sakit tak? Dia kata tak cuma pedih sikit-sikit. No wonder la perempuan kat sebelah I pejam mata sambil mendongakkan kepala ke atas. Sebelum dia letak, nurse nie cakap, mata I akan kabur for a few hours or sampai petang. Lepas dia titik liquid tu, I tanya, boleh ke I bukak mata. Dia kata boleh kalau tak pedih. Orang kat situ semua senyap, I aje yang bising-bising tanya-tanya soalan hahaha... Bila ingat balik perangai, alahai I nie kan.... Bila I bukak mata tak lama kemudian I terasa pedih cepat-cepat I kipas-kipas mata I and pejam mata I balik. Tapi tak tahan pejam lama sebab sibuk nak tengok orang keliling. I bukak balik mata I sambil tu mencari-cari wajah kesayangan hamba itu hehe.. Sempat lagi I tengok husband I tengah berborak dengan orang kemboja tu. Tak lama kemudian, nurse nie pegi kat I balik and check my blood pressure and seperti yang you all telah sedia maklum blood pressure I lagi naik. Oh, balik nanti I nak jumpa my doctor and insist nak makan ubat high blood la, risau I tau. I dah berapa kali mintak tapi dia tak nak bagi jugak. A few minutes later, nurse datang balik and titik balik kat mata I. Dia kata, dia kena titik tiga kali after a few minutes. Lepas abis procedure nie, I ingat sure kena baring kat katil yang ada tirai-tirai nie but I was asked to go back to the same section before untuk jumpa doctor.

Balik ke section tu, I tanya husband I mata I macam mana. Husband I cakap anak biji mata I besar. Gelak-gelak dia tengok. Then I ambik cermin and I tengok sendiri..hehe... memang betul, pupil kita yang biasa kecik ini jadi besar, macam tak cukup ruang untuk iris macam mata orang makan meth je. Husband I cakap ada iras-iras mata ular. Really kelakar tau, mata I macam mata kartun manga. Then I pegi toilet kejap walaupun tak ada rasa nak buang air kecil, mana la tau masa doctor check tiba-tiba I rasa macam nak buang air kecil ke sebab nervous and all. Tak lama kemudian serasa bagai nama I di panggil oleh nurse and husband I suruh cepat-cepat masuk. I masuk je I tengok, eh, kenapa doctor nie nampak muda bukan yang macam I tengok kat internet. I terus tanya, what is your name doctor. Sekali doctor tu tanya I balik, what is your name.. hahaha.. Then I sebut nama I. Then nurse tu tengok kat file yang dia pegang and it was not my turn yet. And it was not my name that she called. Then I dengan husband I keluar balik, aisyemen, how many time I nak kena malu nie? On the way nak keluar dari bilik doctor, I cakap kat husband I, I swear I heard my name and husband I cakap dia pun dengar sama. Lepas tu I cakap kat husband I, agaknya nenek tua kecik rambut beruban, berkain batik berselisih dengan I masa I nak keluar bilik doctor and dia masuk tu agaknya kot yang nurse nie panggil and maybe nama dia sama dengan nama glamour (la sangat) I tak?

Lepas nenek tu keluar, tak lama kemudian nama I pun di panggil. Doctor baca I punya file and I explained kat doctor pasal I nampak floaters, macam rambut halus, bubbles kat mata I. I cakap yang bila I pandang something, it seems that ada a few spot menghalang pemandangan I but I still can see the things or figure in front of me. Then doctor pun check mata I yang macam check mata kat kedai mata but lagi sophisticated. Then dia suruh I baring tanpa bukak kasut. Then dia tutup lampu and dua nurse bediri kat sebelah dia. Masa dia pancarkan lampu kat mata kanan I, meleleh-leleh airmata I, bukan sebab I sedih tapi keluar automatically. Dia suruh pandang atas, bawah, kiri dan kanan. Then bila dia pancarkan lampu kat mata kiri I pulak, oh, this is a bit uncomfortable sebab selain dari airmata I keluar meleleh-leleh, I rasa silau yang amat sampai terangkat kaki I. Doctor tanya I kenapa, I kata mata silau sangat. Then doctor said something to the nurse and nurse tu kurangkan aircond, mungkin dia ingat I sejuk.

Lepas tu nurse bukak lampu and doctor explained kat I and husband I. I tanya, I ada retina detachment ke. Doctor kata no and mata I tak ada apa-apa. Ya Allah! I was so relieved. Buat penat aje I menjeruk perasaan selama seminggu lebih itu. Dengan all the drama, the sadness, the airmata selju bergenang, dengan depress, dengan segala puisi syahdu, tak lalu nak makan la, siap dah plan nak practice kalau lepas kena surgery – nak baring macam mana la, siap pikir nanti kalau I terbuta macam mana nak bejalan, baju nak pakai, cara nak masak, buat air tea/coffee bagai..oh dear, I know, imaginasi I memang melampau dan tak terjangkau oleh pemikiran korang hehe but honestly, that is what I had gone through and over nothing! Then doctor cakap, I punya power sangat tinggi and beside I dah berumur *merana..itula punca kenapa I ada this floaters and all. I tak puas hati, I tanya lagi sebab nak confirm pasal retina detachment tu. I tanya tak ada tear ke, dia kata tak ada. How about benda yang cover penglihatan I yang macam flash. Doctor tu kata, mata kita nie macam kulit, kalau pinch hari-hari dia akan jadi macam tu. Then I tanya, apa I kena buat and boleh hilangkan ke. Doctor kata, tak boleh hilang, as we grow old benda nie akan ada kat setiap orang. So stand by la korang nanti yea..hoho... Then doctor sambung lagi, eat lots of vegetables and fruits. I tanya bila I kena datang lagi for check up, doctor kata, datang after six months or check once a year.

Lepas keluar dari bilik dia, kita orang nak turun ke bawah untuk bayar bills and ternampak gang kemboja nie. I tanya macam mana dengan kakak ipar dia, dia kata, tak ada apa-apa cuma abuk. Dia tanya I punya case, I cakap I dah tua sebab tu la nampak all this things then all of us gelak. Then we said our goodbye. On the way nak turun, husband I cakap, kan dia dah kata, bukan retina detachment and dia sangat confident itu bukan. I kata kat husband I, macam tak puas hati je. I kata balik KL nanti I nak pegi check lagi sekali. Husband I cakap, I pegi doctor mata, apa yang I tak satisfied, dia dah diagonse I tak ada apa-apa, dorang ofcourse expert dalam bidang nie and he has all the experienced and he knows what he’s doing and talking about. I kata, yela yela... Bila keluar dari hospital nie, oh... punya la terang benderang, sampai I tak boleh nak bukak mata sebab silau yang amat. This is due to the pupil I yang masih dilated lagi and it will take a few hours or until the evening for it to go back to it original size. I bukak spec and pakai spec hitam. Jadi bertambah kabur la pulak. I berpegang kat husband I macam orang buta, kalau bawak tissue memang confirm orang ingat nak jual and mintak derma. Originally husband I ajak naik taxi tapi I insist on bejalan, ingatkan dekat, berpeluh habis dengan panas and with all the vehicles around. During those bejalan moment, husband I asyik merungut, jauh la, panas la, mana BTS nie tak nampak-nampak and dia siap tanya guard kat one of the building betul ke jalan yang kita orang tengah menapak nie jalan ke BTS. I kata jangan nak malas-malas.. exercise... Husband I pulak bejalan agak slow, I fed up I terus jalan ke depan dengan rabun nya lagi and tah macam mana sikit lagi motorsikal nak langgar I masa I seberang jalan. Husband I cakap, penunggang motorsikal tu siap geleng-geleng kepala lagi. I kata, you la jalan slow sangat. Husband I cakap, sabar la.. Balik dari situ, kita orang lunch kat restaurant kat MBK. During makan tu, Mbo hantar gambar gambar dia convo dan dorang yang attend such as Mummy, Wo and laki dia. I kata kat husband I, rasa rugi la. Husband I kata, tak apa, dah fated you tak dapat pegi walau macam mana you merancang sekalipun. Allah knows better. Yela.. Ustad...

Lastly, in my opinion and base on my experienced, Rutnin Eye Hospital nie sangat bagus dan efficient walaupun ramai patient. Service sangat teratur dan hospital sangat bersih. Harga berpatutan, tak mahal. Layanan amat memuaskan. Air minuman mineral and chinese tea sentiasa ada di setiap floor, bukan pakai botol tapi pakai gelas yang ditutup dengan plastic. Orang-orang and nurse kat situ baik-baik, helpful, polite and sentiasa senyum melayan kerenah.... I ler. I sampai pukul 9.00am kat hospital tu, pukul 12pm dah keluar..  Anyway, balik rumah husband I cakap, wah... semua orang I tegur tak kira bangsa.  Dia kata I patut join politik,  I kata I tak minat nak join politik sebab I tak sanggup nak fitnah or back stab orang.  Husband I cakap, I punya marketing sangat bagus.  I kata nasib I tak gunakan mulut I yang peramah nie untuk menjadi Miss putar alam, tipu sana sini.  Then  husband I cakap, campak la I kat mana-mana and sure semua orang I tegur and kalau kat pekan-pekan kecik mesti merata-rata orang dah kenal, who knows boleh jadi mayor... I cakap, ahh...sudahlah..

Sekian catatan I untuk kali ini.... 

4 comments:

shahima said...

nak baca puisi hati yang rawan pls hikhik

Claudia said...

ahahaha...adeeiihh...malu tawww...hehe

Zue-rouge said...

Sis

tak sempat baca lagi..tapi nk wish happy new year, may this year brings u more happiness, makin cantik menarik, makin happy bersama sidia, and everything yang baik2 lah
rasa nk pegi bangkok la this year, so boleh visit sis yg vouge sekali kan

take care sis yang meletop

Claudia said...

Dear Zue,

Happy new year to you and your family... Wishing you a year that is filled with all the fragrance of roses, illuminated with all the lights of the world and be blessed with all the smiles on the planet. Hope this year will be the year when all your dreams come true. Happy New Year 2014.

hehe... kang pengsan jumpa sis yang kertu....aaa in person ahahahaha...

take care dear darling...

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...