Monday, July 14, 2014

Update dan Puasa


Salam,

Selamat berpuasa to darling Zue and all of you out there. Dah dua minggu kita berpuasa. Kejap je. I am so excited when it comes to the month of Ramadhan and I’m glad that kita orang balik in time for Ramadhan or else mesti I sayu-sayu kalau masih ada kat Bangkok. The main reason was of course, masa bulan nie kita boleh kumpul banyak pahala selain apa-apa kebaikkan yang kita buat pada bulan biasa akan digandakan pada bulan ini. Selain dari itu suasana bulan Ramadhan nie adalah teramat indah bagi I sebabkan tiap kali puasa je I rasa keadaan persekitaran tenang dan setiap sudut macam ada cahaya memancar-mancar. I rasa asyik nak senyum je. Badan I pun rasa ringan dan kepala otak pun relax aje tapi taraf kemonyetan masih tiada tanda-tanda penurunan aha?!. Another best part about puasa is the foooodddd... yes food merata-rata, macam pesta makanan je.. Oh I sukaaa... Habis la diet (konon), I ini. And you know what, it is never fail to amazed me that, masa puasa I (and all of us) tak rasa lapar or haus langsung but kalau bukan bulan puasa, omg, lambat makan aje, sesak nafas, mengigil satu badan and kalau berpeleseran dengan husband I kat shopping complex, mesti kena ada botol mineral sebab haus memanjang, padahal kalau bulan puasa bejalan la satu round still maintain cool. So you see, I rasa tersentuh, terharu, kagum serta berbagai-bagai perasaan because although kita puasa, Allah still look after us and that we were taken care off.., touching kan?
 

I’m adjusted back to my KL life! I suka sangat. I miss my anak-anak buah and cucu-cucu sedara kat sini. Although selama kat KL I tak ada la visit or jumpa-jumpa dorang selalu but the thought of them near to my house is comforting. I also miss the food, macam-macam I belasah kat sini. Dah la berat I naik mendadak 8kg dalam masa beberapa bulan kat Bangkok dulu, habis la I, muka I sekarang bulat and perut I jangan cerita lah mengelebeh. I gemuk you, muka I bulat. Masa baru balik aritu, husband I beli sit up equipment for the both of us, kat Big Aeon, beli satu je, share. Dia kata dia nak buat tapi tak buat-buat then I decided why don’t I guna. Mula-mula tu I macam malas nak buat but I decied to give it a try. I baru start seminggu sebelum puasa, kira masih baru la nie. Jangan la I cepat bosan and give up but memandangkan I nie kan Miss Halfway, chances of me bersekerat jalan is very high. So far so good, bulan puasa pun I buat jugak but before sahur and lepas berbuka, lepas tu before sahur je, lepas berbuka tak ada dah haha... I sit up dalam 100 je. Lebih dari tu tak sanggup I. As of now perut I tiada tanda-tanda penuruan walau dah buat selama sebulan. Macam frust je. Anyway, ada sekali tu I suruh husband I buat...oh you should see, his acting yang sungguh dramatic itu. Dia buat slowly dengan tak berbaju, sit up siap pejam mata macam orang nak masuk bilik pembedahan aje. I suruh dia bukak mata dia tak nak. Dia berhenti after six sit up. Then dia kata kaki dia sakit. I tanya, apa kena mengena dengan kaki, badan you and your perut yang bergerak, dia kata tak boleh la, sakit la, ghout kaki la..ah Mr Alasan. I also went to almost all the shopping mall dari Festival City hinggalah ke Ikea The Curve...memang lepas geram betul. Punyalah melepas rindu you.. As for beli barangan dapur masa mula-mula kat supermarket, I tak sedar mode I masih dalam suasana kat Bangkok i.e. read the ingredients a few times and ensure that I tak terambil bungkusan daging babi mentah since kat Bangkok, daging babi and daging ayam halal or non halal adalah sebelah menyebelah aje. Tiba-tiba I tersedar balik, eh.. nie kat KL laaa..mana ada supermarket jual daging babi mentah sebelah dengan daging ayam halal or non halal bercampur and beside kat supermarket yang kita orang pegi mana ada jual benda alah nie. Then I cakap kat husband I akan kekeliruan I itu, dia cakap dia pun sama. Hai.. baru 9 bulan tinggalkan KL, belum lagi bertahun-tahun kan.

Oh, we were so busy ever since we came back from Bangkok a few weeks ago. Rumah yang lama di tinggalkan berkulat, berabuk and menjadi tandas awam sang cicak. Geram betul I. Bila pijak lantai, tapak kaki hitam walaupun dah mop. Makanya beberapa hari jugaklah mengemas apa yang terdaya. In between kemas mengemas, we took our time to visit a new addition to the family, anak Khairul dan Shida name Daniyal Mikhail. Baby sangat cute and manja. I yang mempunyai perangai geram monyet ini rasa macam nak peluk and geget-geget je tapi kang tak pasal-pasal kena humban dari tingkat 10, maka I batalkan niat murni I itu uhuk... Selain dari itu, Aiza and Adam the naughty twister tapi penuh misteri itu, came to visit us and we had lunch together in my house. Bukan I masak tapi beli kat kedai. Sebelum balik, we decided to have our dinner date with both of them malam tu jugak. Al-maklum lama tak jumpa, kira lepas rindu and seisi gossip seanterio. Although, Aiza is my anak buah and I’m way older than her, she is my bestfriend. We can basically talk about anything and she is my teman luah meluah perasaan. Yelah kan umur ku aje tua tapi jiwaku rumaja. 

Dalam busy itu sempat juga I dengan husband I ke Cosy House kat GE untuk menikmati hidangan yang telah lama tidak kami mamam, but rasa makanan sudah berbeza dari biasa. Adakah lidahku sudah ke siaman. Anyway, masa husband I bayar kat counter, I tanya waitress kat situ, tukang masak dah bertukar ke? Waitress cakap, masih orang yang sama but sometime apprentice dia take over, oh..patutlah and I cakap I lama tak datang sebab kat oversea (oversea la sangat Bangkok tu, tetaplah nak menerapkan element glam nya) waitress tambah lagi, oh itulah, lama tak nampak akak. Eh, tak sangka dia perasan I selalu ke situ. Lepas husband I bayar, husband I cakap, bukan main lagi PR, I cakap, I nak tau, I tanya la.

Back to my puasa story, memang telah menjadi tradisi keluarga I di Keramat, kalau first day of puasa mesti makan beramai-ramai di sana and as usul meriah especially the chocho sedara, rasa macam kat taman asuhan je hehe..budak kecik kan ramai.. I dengan husband I kalau pegi sana, bawak air atau kuih je sebab Pozi (kakak husband I as you all know nama dia Fauziah tapi I panggil Fauziah Ghous kat anak-anak buah I) cakap tak payah bawak apa-apa. Dia la masak untuk kita orang. Macam-macam menu dia every week. Kalau nak suruh I masak, I beli je. Dulu I rajin masak mee goreng bawak kat sana tapi sekarang nie kerajinan I telah menjunam dengan jayanya. I also bukak puasa dengan Yati and student kat sekolah tempat I belajar menjahit dulu and she is also the owner of the school. We were so excited to see each other, macam-macam yang kita orang borakkan, maklumla lama tak jumpa. Dia asyik suruh I datang anytime and sembang-sembang lepak-lepak kat sekolah dia.  






Sebelum puasa haritu both of us went to the Islamic shop to look for habattus sauda, instead husband I belikan yang pil, I ndak yang boleh letak kat makanan. He also bought botol besar air Zam Zam. I never know ada orang jual air Zam Zam kat sini. So during sahur I minum satu gelas. Dalam malas-malas masak I ada jugak try resepi soft roti, I jumpa kat internet. The reason why I look up for this resepi was because I tengok kat Masterchef Australia, contestant dia asyik buat roti je and macam on the spot je boleh siap. I pikir-pikir kalau dorang boleh buat kenapa I tak boleh buat. Ingatkan nak kena letak yeast ke or uli bertahun-tahun. But nope, it was so easy to make and the ingredient pun ringkas aje, minyak sayuran, air panas, tepung cake, garam sikit and melted butter, tak payah pun nak peram lama lama macam buat bread. Buat sekejap aje and roti sangat yummy. I tau resepi nie simple and senang aje but I’m proud of myself. I also buat kari ikan to go with it.

Oh yes, last Friday night we went to pick up Abagail (Bigail) from the LRT lepas berbuka. Bigail ada kursus dekat dengan Sunway Lagoon for three weeks. So every weekend dia akan datang and stay at our house. Sebelum tu dia sms I, dia tanya boleh ke dia datang rumah every weekend. I kata boleh, you are welcome. Takut-takut dia nak tanya. I kata apa nak segan-segan, I’m your parents too. Dalam pada tu risau jugak I, janganlah ada penyangak nak kacau dia atau curi bag dia dalam LRT or kat Sentral KL. I siap doa mintak kat Allah semoga dia selamat. I tak cakap dekat husband I or wo sebab nanti dorang mesti ingat I nie paranoid and pikir yang bukan-bukan. You know la sekarang nie, ramai betul penyamun-penyamun (bak kata husband I) especially kat tempat awam. Bila nampak dia pakai baju kurung pinjam dari kawan dia dengan bagpack and kasut sport dia, alahai dah besar anak daraku itu. Lama tak jumpa dia.   


Last but not least “Congratulations Germany”! I memang support Team Germany during World Cup for as long as I can remember.....  Tak sia-sia I tengok pagi-pagi buta... Bukan main lagi I snap gambar kat tv hehe...

Sekian catatan I untuk kali ini.

No comments: